3. bab 1,5 & rujukan.pdf

Upload: zulhariszan-abd-manan

Post on 07-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Sesungguhnya setiap daripada golongan masyarakat di sesebuah negara tidak dapat

    menolak peri pentingnya pendidikan dalam kehidupan. Di negara yang ingin mencapai

    kemajuan perlu menjadikan pendidikan sebagai agenda terpenting pembangunannya. Hal ini

    kerana sistem pendidikan yang berada pada tahap kualiti tertinggi tentunya akan

    mempengaruhi corak kehidupan masyarakat di sesebuah negara baik dari segi ekonomi,

    sosial, mahupun politik.

    Justeru, pemimpin dan pemikir dalam bidang pendidikan di seluruh dunia seiring dan

    mempunyai suara yang sama dalam isu pendidikan iaitu memastikan rakyatnya mempunyai

    prestasi yang baik dan berkualiti. Penubuhan sebuah organisasi yang dikenali sebagai

    UNESCO atau Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan memperlihatkan komitmen

    warga dunia dalam peningkatan pendidikan rakyat negara masing-masing. Begitu juga

    dengan program TIMSS yang turut melibatkan 63 buah negara di dunia (setakat tahun

    2013) termasuk Malaysia.

    TIMSS adalah akronim bagi Trends In International Mathematics and Science Study

    adalah suatu projek penyelidikan dan penilaian pelajar antarabangsa yang terbesar di dunia

    dengan tujuan mengukur tahap pencapaian pelajar di peringkat gred empat (tahun empat

    sekolah rendah di Malaysia) dan Gred 8 (tingkatan dua sekolah menengah di Malaysia) di

    dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Perlaksaan program TIMSS ini ditadbir oleh

    International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) empat tahun

    sekali dan telah bermula sejak tahun 1995 serta diuruskan oleh International Study Centre

    Lynch School of Education, Boston College, Amerika Syarikat.

  • 2

    Tujuan utama penyelidikan dan penilaian ini adalah untuk mengkaji perbezaan tahap

    pendidikan di negara-negara yang terlibat dengan program TIMSS. Dengan cara ini, secara

    tidak langsung, akan membantu negara-negara terbabit meningkatkan kualiti pengajaran

    dan pembelajaran (PdP) dalam subjek Matematik dan Sains melalui penambahbaikan dalam

    sistem pendidikan negara terutamanya dalam bidang kurikulum, pengajaran guru, dan

    bahan bantu mengajar. Melalui kajian TIMSS ini, negara-negara yang mengambil bahagian

    akan dapat mengenal pasti dan mempelajari faktor-faktor yang menjadi kekuatan dan

    kelemahan dalam pencapaian pelajar secara relatif kepada pelajar-pelajar di seluruh dunia.

    Ternyata tinjauan dan kajian sebegini menggalakkan persaingan yang sihat di peringkat

    global dalam bidang pendidikan.

    Sejak tahun 1999, iaitu kali pertama penglibatan Malaysia dalam Trends In

    International Mathematics and Science Study (TIMSS) hingga kini, pencapaian Malaysia

    masih belum dapat dibanggakan. Sesuatu yang perlu diambil perhatian adalah peningkatan

    pencapaian negara luar agak pantas berbanding Malaysia menjadikan jurang semakin

    melebar secara relatif. Keputusan TIMSS setiap kali dikeluarkan telah menunjukkan

    perbezaan pencapaian yang ketara. Justeru, kerajaan melalui Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan proaktifnya telah memperkenalkan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai alat kepada peningkatan kepada pencapaian

    pelajar.

    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dibangunkan

    sebagai platform untuk pendidikan Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa. Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia ini tetap menggunapakai konsep Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan sebagai dasar di samping mengambilkira sistem pendidikan berdasarkan

    standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat bersama aspirasi negara, serta

    harapan ibu bapa dan masyarakat. Sesungguhnya sistem pendidikan di mana jua negara di

    dunia ini adalah bersifat dinamik dan kita (guru, ibubapa, masyarakat) sebagai alat kepada

    sistem pendidikan perlu bergerak seiiring dengan perubahan tersebut.

  • 3

    1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

    Sepertimana yang kita sedia maklum, sistem pendidikan Malaysia telah mengalami

    transformasi dalam aspek pentaksiran kepada pelajar. Walau bagaimanapun, beberapa

    persoalan wujud berkaitan tahap kemampuan pelajar dari aspek Kemahiran Berfikir Aras

    Tinggi (KBAT). Keputusan skor purata yang diperoleh Malaysia seperti dikeluarkan oleh

    TIMSS melalui laporannya selepas setiap tahun ujian dijalankan ternyata meresahkan

    banyak pihak. Semenjak penglibatan Malaysia di dalam TIMSS pada tahun 1999 sehingga

    tahun 2011, skor purata bagi pencapaian Sains semakin merosot.

    Beberapa usaha telah digerakkan meliputi banyak program penambahbaikan dalam

    penilaian pencapaian pelajar dengan memansuhkan peperiksaan formatif dan

    memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan satu bentuk

    pentaksiran yang bersifat holistik. Konsep asas PBS meliputi penilaian aspek kognitif

    (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS) telah menggantikan tempat ujian formatif yang dilihat agak konservatif.

    Bagaimanapun, prestasi yang dihasratkan terhadap mata pelajaran Sains perlu

    dibuat kajian dan tinjauan dari aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana

    pentaksiran yang dijalankan di sekolah ketika ini masih di tahap yang belum stabil. Usaha

    memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang bergantung daripada faktor

    kognitif, efektif, dan psikomotor perlu dikaji tahap keberkesanan dan pencapaiannya.

    Dengan itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi penanda aras tentang hubungan antara

    percapaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian pelajar dalam mata

    pelajaran Sains.

  • 4

    Laporan TIMMS 2011 menunjukkan penurunan kedudukan Malaysia untuk subjek

    Sains iaitu pada kedudukan 22 (1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011). Begitu juga

    dengan penurunan markah purata bagi subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471

    (2007) dan 426 (2011); jatuh 66 mata dengan penilaian markah di bawah 500 dikira

    sebagai prestasi yang sangat rendah.

    Menurut laporan TIMSS 2011 lagi, pencapaian Sains pelajar Malaysia agak rendah

    berbanding negara-negara yang menyertai TIMSS. Negara yang mendapat skor purata

    tertinggi ialah Singapura iaitu 590 mata dan Korea sebanyak 560 mata. Malaysia hanya

    mendapat skor 426 mata iaitu lebih rendah dari tahun sebelumnya. Hasil kajian TIMSS 2007

    pula jelas menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan Sains

    merosot dengan ketara. Skor Sains pada 2007 pula merosot kepada 471 mata pada 2007

    daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata

    antara 2007 dan 2003. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 40

    mata bagi Sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali dalam kalangan 59

    negara itu. Perbandingan skor pencapaian Sains antara Malaysia dengan Korea ini dapat

    diterangkan melalui graf 1.1 di bawah.

    Graf 1.1: Perbandingan Pencapaian Sains Dalam TIMSS Antara Malaysia Dengan

    Korea Mengikut Skor Purata

    0

    100

    200

    300

    400

    500

    600

    1999 2003 2007 2011

    Malaysia

    Korea

  • 5

    Korea menduduki tempat teratas dalam kedudukan pencapaian Sains di peringkat

    gred empat dan Singapura berada di tempat kedua seperti yang telah dinyatakan oleh

    laporan TIMSS 2011. Manakala, pencapaian Sains pelajar Gred 8 memperlihatkan Korea

    berada di tempat kedua selepas Singapura. Kedua-dua Negara ini perlu dijadikan rujukan

    kepada negara-negara yang menyertai TIMSS kerana keputusan yang konsisten dalam

    pencapaian sains.

    Satu fakta menarik, sebaliknya telah berlaku melalui pencapaian Gred Purata

    Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83

    pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Lebih spesifik,

    bilangan pelajar yang mendapat A di dalam subjek Sains pula meningkat dari 18.5 peratus

    dari 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.

    1.3 PERNYATAAN MASALAH

    Terdapat banyak faktor yang menentukan pencapaian pelajar di dalam bidang akademik

    mereka antaranya ialah pengetahuan sedia ada pelajar, aras kognitif pelajar, dan perbezaan

    kualiti sekolah di mana seseorang pelajar itu bersekolah (PISA, 2000). Antara faktor lain

    yang menentukan tahap pencapaian pelajar ialah cara dan kaedah pembelajaran, iaitu

    kemahiran berfikir pelajar, teknik penyoalan guru, dan aktiviti di dalam kelas. Menurut Shuib

    dan Azmawati (2001) dipetik daripada Yee Mei Heong et al. (n.d) bagi graduan-graduan

    yang memburu pekerjaan, kemahiran berfikir tidak boleh lagi dianggap sebagai satu

    kelebihan tetapi satu kemestian.

    Kini, pelajar menengah rendah (tingkatan satu hingga tiga) di Malaysia telah

    mengalami fasa baharu dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengambil tempat

    bagi menilai dan mengenal pasti tahap pencapaian mereka. Bagaimanapun, tahap

    pencapaian yang diukur dengan kaedah ini telah menimbulkan banyak keraguan dan

    rungutan berkaitan tahap kompetensi dan kebolehpercayaan terhadap prestasi seseorang

    pelajar.

  • 6

    Negara maju seperti Korea perlu dijadikan penanda aras kepada pencapaian Sains di

    Malaysia kerana pencapaian mereka dalam bidang ekonomi, sosial, dan khususnya

    pendidikan sangat memberangsangkan. Sebagai maklumat asas, Korea Selatan telah

    menggubal undang-undang pendidikannya yang pertama sejak tertubuhnya negara

    republiknya pada tahun 1948. Bagaimanapun, reformasi kurikulum pendidikan di Korea telah

    dilaksanakan sejak tahun 1970-an dengan mengkoordinasikan teknik dan gaya

    pembelajaran dalam kelas dan penggunaan teknologi di dalam PdP.

    Mengikut perangkaan statistik pada November 2013, negara Korea mempunyai

    populasi lebih 48 juta penduduk (hampir dua kali ganda bilangan penduduk Malaysia sekitar

    29 juta penduduk). Bagaimanapun, Korea mempunyai peratusan kadar pengangguran yang

    hampir sama dengan Malaysia iaitu 3.20% hanya berbeza 0.2% dari Malaysia. Tahap sosio

    ekonomi antara Malaysia dengan Korea dapat dirumuskan melalui Jadual 1.1 dengan

    perbandingan purata hayat umur dan pendapatan per kapita sebagai panduan dan rujukan

    am.

    Maklumat dan data di dalam Jadual 1.1 mungkin bukanlah satu keperluan kajian.

    Bagaimanapun, data tersebut perlu untuk pengetahuan am dan latarbelakang negara yang

    ingin dikaji. Sesuatu yang menarik, Korea Selatan adalah sebuah negara pengeluar

    automobil yang besar dan peralatan elektrik yang hebat. Maka, dapat kita katakan bahawa

    ini adalah indikator kepada penguasaan ekonomi yang baik dan kuat dan sebagai pemain

    dalam industri pembuatan berbekal tenaga mahir tempatan.

    Pendapatan per kapita negara Korea hampir dua kali ganda pendapatan per kapita

    Malaysia. Ini adalah indikasi kepada kemampuan rakyatnya untuk menjadi modal insan yang

    berkualiti dengan kemahiran yang tinggi. Secara relatifnya, imbuhan dan gaji seseorang

    pekerja akan dibayar mengikut kemahiran mereka. Semakin mahir dan berkemahiran di

    dalam sesuatu bidang, maka nilai tambah dalam diri seseorang akan semakin meningkat.

  • 7

    Jadual 1.1: Perbezaan Korea dan Malaysia Dari Aspek Sosio Ekonomi

    Korea Malaysia

    Populasi 48,955,203 orang 29,628,392 orang

    Purata hayat umur 79.550 tahun 74.280 tahun

    Populasi ibu Negara 10,349,300 orang 1,453,980 orang

    Pendapatan per kapita $32,800 US $17,200 US

    Sumber:

    http://www.aneki.com/comparison.php?country_1=Korea,%20South&country_2=Malaysia

    (20 Januari 2014)

    Struktur pendidikan di sekolah menengah di Korea, tidak diadakan saringan masuk

    kerana adanya konsep equal accessibility. Pelajar akan meneruskan pengajian sehingga

    peringkat menengah sama seperti yang diamalkan di Malaysia. Terdapat beberapa isu

    pendidikan yang dihadapi oleh negara Korea Selatan yang sifatnya hampir menyamai isu

    pendidikan di Malaysia antaranya adalah:

    1) meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan pendidikan,

    2) memperkecil jurang pemisah antara penduduk Bandar dan luar Bandar.

    3) memberikan perhatian besar terhadap pendidikan sosial dan moral.

    Kebanyakan kita mengetahui bahawa belajar bukan hanya sekadar mengetahui

    sesuatu, tetapi yang lebih penting adalah menggunakan pengetahuan dan kemahiran.

    Justeru, pencapaian pelajar dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah penting.

    Dengan wujudnya pelajar yang berminda mencipta serta mempunyai pemikiran kritis dan

    kreatif, maka negara akan mencapai status negara maju dengan kualiti yang baik.

  • 8

    Maka, merujuk instrumen Sains dalam TIMSS yang mengandungi lebih kurang 70%

    soalan jenis aplikasi dan penaakulan yang melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    (KBAT) perlu dijadikan sandaran kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik. Analisis

    pencapaian Sains sejak penglibatan dalam TIMSS menunjukkan bahawa pelajar sekolah di

    Malaysia lemah dalam menjawab soalan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT).

    Laporan TIMSS adalah sangat berfaedah kerana persampelan TIMSS adalah secara

    rawak maka keputusannya akan mewakili kedua-dua pelajar cemerlang dan juga pelajar

    corot. Malaysia mempunyai jurang yang luas di antara pelajar paling cemerlang dan paling

    corot (sic). Maka secara relatifnya ini menyebabkan keputusan Malaysia dalam TIMSS agak

    kurang memberangsangkan berbanding keputusan hebat PMR dan UPSR.

    Penyelidik merasakan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia masih

    berlandaskan sistem peperiksaan. Pengajaran disediakan untuk peperiksaan terutamanya

    PMR dan UPSR. Maka dengan mudahnya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang

    diberi fokus lebih dan malangnya pemantauan keatas pelajar-pelajar yang tidak cemerlang

    dalam pelajaran secara sengaja atau tidak, telah dijadikan prioriti kedua.

    Akhir sekali, permasalahan kajian berkaitan soalan peperiksaan. Tidak dinafikan

    bahawa soalan-soalan PMR dan UPSR telah menerapkan elemen-elemen penyelesaian

    masalah dengan kritis seperti KBKK, tetapi peratus soalan-soalan sedemikian hanya sedikit.

    Hal ini membenarkan pelajar-pelajar menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan

    awal yang hanya memerlukankan penghafalan fakta dan sebagainya. Sub-soalan KBKK yang

    lebih mendalam di penghujung soalan utama boleh diabaikan atau ditinggalkan tanpa

    menjejaskan markah keseluruhan pelajar ataupun menggagalkan pelajar.

  • 9

    Berdasarkan permasalahan dan isu semasa yang dibincangkan di atas, maka kajian

    hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains dalam

    kalangan pelajar Gred 8 perlu dilaksanakan agar implikasi kepada hubungan tersebut dapat

    dicadangkan serta menjadi panduan kepada kajian-kajian selanjutnya.

    1.4 TUJUAN KAJIAN

    Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains dalam kalangan pelajar

    Gred 8 di Malaysia dengan Korea. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi domain

    penaakulan dan aplikasi akan dihubungkaitkan dengan pencapaian Sains dalam kalangan

    pelajar Gred 8 serta membandingkan hubungan tersebut di antara Malaysia dengan Korea.

    1.5 OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik akan memfokus kepada tajuk. Secara

    spesifik, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

    a) Mengenal pasti pencapaian Sains dalam kalangan pelajar Gred 8 di Malaysia dengan

    Korea.

    b) Mengenalpasti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar Gred 8

    di Malaysia dengan Korea.

    c) Mengenal pasti hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) domain

    penaakulan dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar

    Gred 8 di Malaysia dengan Korea.

    d) Mengenal pasti hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) domain

    aplikasi dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar Gred 8

    di Malaysia dengan Korea.

  • 10

    1.6 SOALAN KAJIAN

    a) Apakah pencapaian Sains dalam kalangan pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea?

    b) Apakah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar Gred 8 di Malaysia dengan

    Korea?

    c) Adakah terdapat hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) domain

    penaakulan dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar

    Gred 8 di Malaysia dengan Korea?

    d) Adakah terdapat hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) domain

    aplikasi dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar Gred 8

    di Malaysia dengan Korea?

    1.7 HIPOTESIS KAJIAN

    H o1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) domain penaakulan dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam

    kalangan pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea.

    Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) domain aplikasi dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan

    pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea.

    1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

    Pencapaian akademik sering menjadi perhatian masyarakat di negara ini kerana ia

    merupakan salah satu isu penting sama ada di peringkat rendah, menengah, atau pengajian

    tinggi. Justeru pelajar yang rendah pencapaiannya sering dikatakan mempunyai masalah di

    dalam pelajaran mereka juga masa depan kerjaya mereka. Pencapaian dalam mata

    pelajaran Sains adalah merupakan indikator kemajuan masyarakat dalam negara tersebut.

  • 11

    Kajian ini penting walaupun laporan TIMSS tidak merujuk secara langsung berkaitan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), namun beberapa laporan berkaitan pencapaian

    domain kognitif penaakulan dan aplikasi dapat dijadikan rujukan bagi melihat hubungan

    antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains pelajar Gred 8 di

    Malaysia berbanding Korea. Kajian-kajian berkaitan kemahiran berfikir telah banyak

    dilakukan, namun kajian khusus terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar (KBAT)

    masih kurang.

    Kesedaran pelajar untuk belajar dan menjadikan subjek Sains penting bagi mereka

    ditahap yang rendah. Kenyataan ini dapat dilihat dengan banyak kajian minat terhadap

    Sains telah dilaksanakan dengan membuktikan hubungan sikap dan pencapaian yang

    signifikan. Manakala, faktor bahasa yang digunakan di dalam PdP dan di dalam ujian serta

    kurangnya konsep Sains di kalangan pelajar adalah antara masalah pembelajaran Sains

    ketika ini. Dengan adanya kajian tinjauan terhadap hubungan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) dengan pencapaian Sains seterusnya membandingkan pencapaian tersebut dengan

    negara yang lebih baik, maka penyelidik percaya bahawa kajian ini akan membantu dalam

    mengisi ruang kosong dalam pengisian ilmu kepada pelajar mahupun peningkatan dan

    pemantapan PdP guru di dalam kelas.

    Di pihak guru, pengajaran di dalam kelas sepatutnya perlu diubah daripada hanya

    mengajar konsep dan berorientasikan peperiksaan kepada konsep yang lebih mendalam

    dengan memurnikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Dengan adanya kajian ini guru akan

    dapat melihat keperluan meningkatkan KBAT di dalam pengajaran mereka.

    Dari aspek peperiksaan, kebanyakan soalan peperiksaan kerap disusun dengan cara

    boleh diramal oleh guru dan juga pelajar. Dengan menghafal topik dan subtopik pelajar

    mampu menguasai subjek yang akan diuji di dalam peperiksaan. Selain itu, tuisyen berbayar

    juga membantu pelajar menghafal jawapan berdasarkan ramalan soalan. Pelajar yang

    dapat menghafal set jawapan paling banyak akan memperoleh keputusan lebih cemerlang.

    Amalan pusat tuisyen ini kemudian dibantu bengkel menjawab soalan berbayar yang

  • 12

    kemudian juga berfungsi untuk membantu pelajar menghafal set-set jawapan yang telah

    ditentukan. Ironinya, pelajar kita tidak dilatih untuk menjawab soalan TIMSS di mana aras

    soalannya berbentuk analisis dan penaakulan, tetapi di peringkat peperiksaan PMR dan SPM

    arasnya hanyalah kefahaman dan aplikasi.

    Konsep pemberatan soalan dengan nisbah 5:3:2 (mudah:sederhana:sukar)

    sepatutnya telah lama disemak semula. Justeru, pengubalan soalan yang lebih bersifat

    aplikasi dan penaakulan perlu diberi penekanan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai

    mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang baik. Pendidikan di Malaysia perlu

    berubah dan tidak patut berterusan berorientasikan peperiksaan, tidak dinamik serta tidak

    berteraskan perkembangan ilmu untuk menghasilkan pemikiran kritis.

    Saban tahun peningkatan pelajar lepasan SPM yang layak memasuki Institusi

    Pengajian Tinggi semakin menunjukkan peningkatan yang positif. Bagaimanapun, kita

    mengharapkan agar kualiti pendidikan di peringkat sekolah iaitu pendidikan primer dan

    sekunder seiring dengan kualiti di peringkat tertier. Sebagai pendidik, penyelidik merasakan

    amat perlu meningkatkan mutu pengajaran kepada tahap yang lebih berkualiti sehingga

    dapat menghasilkan pelajar yang menguasai tahap pemikiran berAras Tinggi (KBAT). Kajian

    hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains pelajar

    Gred 8 adalah penting bagi melihat signifikan domain kognitif penaakulan dan aplikasi

    dengan pencapaian Sains pelajar.

    Kepada pelajar tidak kira peringkat rendah, menengah, mahupun universiti; negara

    luar seperti Korea adalah contoh sebuah negara yang boleh dijadikan panduan

    perbandingan kemajuan dalam sistem pendidikan. Di samping dapat mengeluarkan tenaga

    mahir dan profesional tempatan, mereka mampu melatih rakyat dari negara luar berkaitan

    teknologi yang mereka pelopori. Anak muda Malaysia secara umumnya hanya terikut-ikut

    budaya berpakaian dan fesyen artis daripada Korea. Tetapi, amat menyedihkan disiplin ilmu

    yang diamalkan oleh pelajar negara tersebut tidak dapat menjadi ikutan anak remaja

  • 13

    Malaysia. Keputusan pencapaian Sains yang baik dalam TIMSS yang dicapai oleh Korea

    perlu dijadikan penanda aras bagi peningkatan kualiti pencapaian Sains di Malaysia.

    1.9 SKOP KAJIAN

    Skop kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik ialah seperti akan meliputi kajian terhadap

    hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains dalam

    TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea. Penyelidik juga akan

    mengkaji hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi domain kognitif

    penaakulan dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 serta mengkaji hubungan antara

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi domain kognitif aplikasi dengan pencapaian

    Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar Gred 8 antara Malaysia dengan Korea. Ini

    bermakna skop kajian akan menumpu kepada kajian hubungan dua pembolehubah dan

    perbandingan pencapaian antara dua negara iaitu Malaysia dengan Korea melalui kajian

    tinjauan.

    1.10 BATASAN KAJIAN

    Kajian mengenai pencapaian pelajar sebenarnya terlalu luas dan umum. Bagaimanapun,

    hasil laporan TIMSS 2011 telah memudahkan penyelidik memperolehi data sekunder untuk

    diproses. Sementalah, penyelidik masih baharu dalam penganalisisan data melibatkan data

    sekunder yang perlu dianalisa menggunakan IEA IDB Analyser dan SPSS Version 21.0 for

    Windows. Penyelidik menerima cabaran baharu dalam mentadbir data sekunder kerana

    proses pengumpulan data tidak seperti data primer yang memerlukan proses yang panjang

    dan telah diberikan penerangan di dalam pembelajaran sebelum ini. Di samping itu,

    penyelidik mengakui peruntukan masa yang agak terbatas dalam mengkaji keseluruhan

    aspek kerana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang merangkumi domain kognitif

    aplikasi dan penaakulan di dalam TIMSS mempunyai item yang banyak dan tidak tercakup

    untuk ditadbir oleh penyelidik.

  • 14

    Item yang dikeluarkan oleh TIMSS adalah hasil daripada perbincangan dan penelitian

    daripada panel pakar penggubalan item yang telah kerapkali mengadakan perbincangan

    bagi pembinaan item dalam instrumen. Dari aspek pengumpulan data, kerjasama yang

    dimainkan oleh negara terlibat dalam mengurus respon daripada item perlu telus dan

    dilaksanakan dengan jujur. Kemasukan data skor bagi setiap respon item jika terdapat

    kesilapan adalah diluar pengetahuan dan kemampuan penyelidik. Penyelidik mengakui tidak

    dapat mengawal respon yang diberikan oleh sampel secara data pertama kerana data akan

    dikumpul daripada pangkalan data yang merangkumi jumlah respon dari sampel yang besar.

    Antara batasan kajian menggunakan data TIMSS adalah penyelidik hanya boleh

    menggunakan eksibit yang terkandung di dalam laporan TIMSS sahaja dan data hanya

    untuk kajian tinjauan kuantitatif.

    Antara batasan lain kajian yang dijalankan adalah kekangan untuk menganalisa item

    domain aplikasi dan penaakulan yang banyak sehingga penyelidik telah membuat keputusan

    untuk menggunakan hanya 24 item yang dibahagikan kepada 12 item domain aplikasi dan

    12 item domain penaakulan. Setiap item ini diambil daripada item yang telah dikeluarkan

    secara rasmi oleh TIMSS 2011 dengan pecahan domain kandungan Biologi, Kimia dan Fizik.

    Pencapaian domain kognitif aplikasi dan domain kognitif penaakulan tidak dinyatakan secara

    khusus dan dalam bentuk peratus pelajar dapat menjawab betul terkumpul serta nilai

    kumpulan min khusus melainkan terdapat nilai plausibel bagi domain kognitif aplikasi dan

    domain penaakulan yang akan diterangkan oleh penyelidik secara ringkas di dalam analisa

    data.

    1.11 DEFINISI OPERASIONAL KAJIAN

    Definisi secara operasi adalah penting bagi mengetahui dan menerangkan kata kunci yang

    digunakan dalam kajian. Tajuk kajian yang mengandungi pemboleh ubah manipulasi,

    pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan akan diterangkan mengikut

    keperluan dan konsep kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik.

  • 15

    1.11.1 Pencapaian Sains

    Dalam kajian ini, pencapaian mata pelajaran Sains merujuk kepada laporan yang

    dikeluarkan oleh TIMSS 2011. Pencapaian TIMSS dikategorikan kepada empat peringkat

    iaitu Advanced, High, Intermediate dan Low. Skala pencapaian dikira dari 0 hingga 1000

    (walaupun kebiasaan pencapaian pelajar sekitar 300 hingga 700). Pencapaian pada skala

    500 sebagai min bagi keseluruhan taburan pencapaian. Penurunan dan peningkatan mata

    pencapaian Sains negara terlibat akan merujuk kepada skala ini.

    Di dalam TIMSS, terdapat dua kriteria bagi mengukur pencapaian sains. Pertama

    menerusi domain kandungan iaitu Sains Bumi, Fizik, Kimia dan Biologi. Sementara domain

    kognitif diukur menerusi domain kognitif kefahaman (30%), penaakulan (35%) dan aplikasi

    (35%). Setiap domain kandungan akan diuji dengan ketiga-tiga domain kognitif ini. Perlu

    diketahui, pencapaian Sains di dalam data TIMSS juga meliputi sikap pelajar terhadap Sains.

    1.11.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merujuk kepada aras aplikasi, analisis sintesis, dan

    penilaian di dalam Taksonomi Bloom. Menurut Bhasah (2003), aras aplikasi diuji dalam

    soalan ujian untuk menguji pelajar mengingat, memahami, dan boleh menggunakan apa

    yang telah dipelajari kepada situasi baharu kepada pelajar. Ahrash dan Lemons (2006)

    menyatakan analisis memerlukan seseorang memahami sesuatu fakta dan menyelesaikan

    masalah. Aras sintesis ialah kebolehan seseorang menghubungkan antara dua elemen yang

    berbeza dan aras penilaian memerlukan seseorang menggunakan pengetahuan secara

    kritikal untuk memastikan kualiti sesuatu maklumat yang diperolehi.

    Bagaimanapun, Miri et al. (2007) menyatakan aras kemahiran berfikir iaitu

    mengingat dikategorikan sebagai kemahiran berfikir aras rendah. Manakala analisis,

    penilaian, dan sintesis dikategorikan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

    Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    meliputi aplikasi, penilaian, dan analisis. Kajian ke atas pelajar menengah rendah yang akan

  • 16

    dilaksanakan oleh penyelidik akan mengkaji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui

    domain kognitif penaakulan dan aplikasi seperti di dalam TIMSS 2011.

    1.12 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

    Daripada kajian lepas, penyelidik merasakan adalah penting bagi mengkaji hubungan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sainsmerujuk laporan TIMSS

    2011. Dalam kajian ini, penyelidik telah membentuk kerangka konsep yang bertujuan untuk

    menjelaskan kajian yang ingin dikaji iaitu hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011. Analisa juga akan membandingkan

    pencapaian tersebut di antara Malaysia dengan Korea. Kaitan antara domain kognitif dengan

    domain kandungan juga akan dikaji oleh penyelidik. Rajah 2.1 merumuskan konsep kajian

    yang akan dijalankan oleh penyelidik.

    Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian

    KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) (KBAT)

    DOMAIN KOGNITIF PENAAKULAN

    DOMAIN KOGNITIF APLIKASI

    PENCAPAIAN SAINS MALAYSIA DENGAN KOREA

    DOMAIN KANDUNGAN

    FIZIK KIMIA

    BIOLOGI

  • 17

    Kerangka konseptual kajian ini menerangkan kajian mengenai hubungan pencapaian

    berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang meliputi domain kognitif penaakulan

    dan aplikasi serta hubungannya dengan pencapaian Sains bagi Malaysia dengan Korea.

    Dapat dijelaskan bahawa, pencapaian Sains adalah pembolehubah tetap manakala

    pencapaian KBAT adalah penbolehubah dimanipulasi.

    1.13 PENUTUP

    Bab ini telah membincangkan pengenalan, latar belakang masalah, objektif kajian, persoalan

    kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian, definisi operasional

    kajian dan kerangka konseptual kajian. Melalui kajian ini juga diharap dapat menjawab

    persoalan-persoalan kajian yang diutarakan melibatkan hubungan antara Kemahiran Berfikir

    Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains pelajar Gred 8 agar objektif yang disasarkan

    tercapai.

  • 18

    BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 PENGENALAN

    Setiap kajian yang hendak dijalankan oleh seorang penyelidik perlu meneliti dan

    mengenalpasti kajian-kajian lepas yang berkaitan tajuk yang ingin dikaji. Maka, sorotan

    literatur atau tinjauan literatur perlu dilaksanakan dan tujuan utama tinjauan literatur ialah

    untuk mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang lain. Sorotan kajian atau

    sorotan literatur menyediakan latar belakang dan konteks kajian dengan lebih mendalam

    seperti dinyatakan Othman Talib (2013).

    Tinjauan literatur ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti

    buku, jurnal, tesis, dan surat khabar. Buku dan jurnal yang dirujuk boleh didapati di

    perpustakaan. Selain daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media

    elektronik dalam laman-laman web dalam internet. Tinjauan literatur amat penting kerana ia

    dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan.

    Menurut Mohamad Najib (2006), sesuatu penduaan kajian tidak begitu berguna

    dilaksanakan kecuali untuk proses menguji semula atau menggunakannya dalam metodologi

    dan situasi yang berlainan. Manakala Lay & Khoo (2013) menyatakan, usaha perlu dilakukan

    untuk membanding beza dan membincangkan kesamaan atau perbezaan antara dapatan

    kajian-kajian terdahulu untuk mengenal pasti jurang pengetahuan yang wujud dalam bidang

    kajian yang diselidiki. Othman Talib (2013) pula menyatakan, kupasan teori dan kajian lepas

    dalam bab ini harus menggambarkan keperluan kajian anda penting dan perlu dijalankan.

  • 19

    Merujuk kenyataan di atas, di dalam bab ini penyelidik akan membincangkan

    beberapa teori berkaitan kemahiran berfikir dan teori pencapaian dalam pendidikan bagi

    menjelaskan keperluan kajian. Penyelidik juga akan menghubungkaitkan kajian lampau

    dengan kajian yang akan dijalankan tentang hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras

    Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains terhadap pelajar Gred 8. Selain itu, bab ini juga

    akan memberi tumpuan kepada tinjauan pendidikan yang berkaitan yang telah dijalankan di

    dalam negara dan juga luar negara.

    2.2 TEORI-TEORI PENDIDIKAN YANG BERKAITAN KEMAHIRAN BERFIKIR

    Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-

    rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang

    diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu

    itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi

    pemikir yang aktif. Kebanyakan kurikulum sekolah kini telah memfokus kepada

    pembangunan kemahiran berfikir seperti yang dinyatakan Venville et al. (2003). Berikut

    dibincangkan seberapa ringkas beberapa teori berkaitan kemahiran berfikir.

    2.2.1 Teori Taksonomi Bloom

    Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul Taxonomy of

    Educational Objectives Book 1Cognitive Domain dengan mencadangkan pengelasan

    objektif domain kognitif kepada enam komponen. Keenam-enam komponen tersebut

    meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen

    ini disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali

    sebagai Taksonomi Bloom.

    Menurut Bloom (1964), taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan

    disesuaikan atas dasar yang konsisten. Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem

    pengelasan objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa

    tepat yang mungkin serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks.

  • 20

    Objektif pendidikan disusun daripada yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu

    rangka bagi kategori matlamat pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk

    menentukan tahap penguasaan pelajar mereka.

    Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas pelajar Bloom

    bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi

    Bloom. Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini

    sesuai dengan peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar

    psikologi kognitif, pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan

    pentaksiran. Usaha ini telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001,

    mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga

    kategori iaitu istilah, struktur dan penekanan seperti yang diujarkan oleh Forehand (2004).

    Melalui kajian yang dilaksanakan tersebut, perubahan terhadap istilah telah dibuat

    iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian)

    kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

    mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan

    satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang

    menjelaskan tentang tindakan yang dibuat.

    Beberapa istilah telah diubah iaitu perkataan pengetahuan telah diubah kepada

    mengingat. Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah

    mengingat adalah lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah kefahaman

    pula diubah kepada memahami. Sementara itu, sintesis diubah kepada mencipta. Dalam

    hal ini, versi yang lama meletakkan sintesis di bawah penilaian dalam hirarki taksonomi.

    Manakala bagi versi disemak semula, mencipta merupakan puncak bagi hirarki tersebut.

  • 21

    Perbincangan terhadap komponen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula

    dengan elemen yang keempat dalam taksonomi Bloom. Aras ini mengkehendaki pelajar

    untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian

    antara unsur-unsur. Penekanan keupayaan pelajar mengenalpasti unsurunsur dan struktur.

    Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan pelajar

    menentukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang

    sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan

    hipotesis. Manakala, ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu pelajar perlu mengenal pasti

    prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan

    menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan

    tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan

    khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

    Seterusnya, elemen yang kelima iaitu aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan

    pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras

    sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana

    pelajar cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.

    Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk

    menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau

    pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia

    melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti

    teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.

    Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat

    membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.

    Manakala elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan

    pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu

    membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu

    idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat,

    berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah

    pelajar perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu

    tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah

  • 22

    memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua

    iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan

    bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-

    kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori

    kedua adalah pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk

    kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai

    teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

    Penilaian

    Sintesis Pemikiran Aras Tinggi

    Analisis

    Aplikasi

    Kefahaman Pemikiran Aras Rendah

    Pengetahuan

    Rajah 1.2: Aras Taksonomi Bloom

    2.2.2 Teori Kognitif Jean Piaget

    Takrifan kognitif dapat dilihat dengan jelas dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 yang

    menerangkan kognitif adalah segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses

    pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Proses ini boleh dianggap

    sebagai satu proses atau fenomena yang tidak boleh dilihat secara langsung.

  • 23

    Proses kognitif menekankan pada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan.

    Dengan perkataan lain proses ini lebih memberi fokus kepada proses mental dalaman.

    Maklumat yang diterima akan diproses melalui beberapa peringkat. Peringkat tersebut

    adalah pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada

    dalam ingatan. Setelah itu, penyatuan maklumat yang terjadi akan diubah dan disusun

    semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli

    psikologi kognitif menekankan bahawa otak manusia bukanlah penerima rangsangan-

    rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak manusia akan memproses secara aktif maklumat

    yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru.

    Secara ringkasnya, teori kognitif menerangkan pembelajaran sebagai proses yang

    melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang

    bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Teori kognitif dimulakan dengan teori

    perkembangan kognitif Piaget (1926) dengan menerangkan bahawa skema (the internal

    knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya

    dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan

    maklumat baru.

    Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas

    lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk

    memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling dan juga

    persekitaran mereka. Pendekatan kognitif bertujuan untuk menekankan proses mental

    dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan

    dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian

    akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung kepada proses mental

    dalaman tersebut menurut Azizi Yahaya et al. (2005).

  • 24

    Piaget (1990) menyatakan kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu

    dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Piaget,

    beliau berpendapat bahawa perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat hanya

    akan berlaku apabila seseorang itu mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah

    kepada kematangan yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak

    dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Berdasarkan

    konsep pembelajaran pula, bentuk pembelajaran kognitif menitikberatkan pemikiran,

    pengalaman, dan pengamatan. Struktur kognitif yang terhasil melalui proses ingatan atau

    membentuk proses penyimpanan maklumat akan digunakan untuk menyelesaikan masalah.

    Dalam konteks pencapaian, teori Piaget menggunakan konsep peringkat umur dan

    kematangan. Pencapaian yang baik akan diperolehi sesuai dengan kematangan pelajar

    tersebut. Bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam usia 14 tahun adalah satu kayu ukur

    kepada kecemerlangan mereka pada peringkat yang lebih tinggi.

    2.2.2 Teori Kognitif Gagne

    Seorang lagi tokoh teori kognitif yang telah memperkenalkan model pengajaran

    pemprosesan maklumat adalah Robert Mills Gagne. Beliau telah dilahirkan di North Andover

    Massachusetts pada 21 Ogos 1916. Teori kognitif Gagne secara ringkas membawa maksud

    penambahan pengetahuan dalam ingatan jangka panjang atau perubahan skema atau

    struktur pengetahuan seperti yng dinyatakan Gagne (1985).

    Teori ini memberi tumpuan kepada proses mengetahui dan memperolehi ilmu

    pengetahuan melalui proses celik akal iaitu memproses maklumat dengan cara mengadakan

    perbincangan, penaakulan, penyelesaian masalah dan aktiviti percambahan fikiran,

    maklumat-maklumat ini akan disimpan dan dikeluarkan kembali apabila diperlukan.

  • 25

    Gagne (1985) menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu

    daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka

    pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM).

    Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat

    sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat

    ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila

    maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk

    digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan

    apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran.

    Melihat keperluan kajian, teori kognitif adalah teori yang dapat dijadikan sandaran

    sebagai mengenalpasti pencapaian pelajar masakini. Perubahan kognitif pelajar akan dapat

    dikesan daripada amalan pengajaran dan pembelajaran, amali yang dijalankan serta

    tugasan atau kerja rumah yang diberikan. Pencapaian dan kebolehan pelajar dalam

    kemahiran berfikir aras tinggi pelajar akan menentukan prestasi dan pencapaian mata

    pelajaran Sains.

    2.3 PERKEMBANGAN KAJIAN BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN SAINS

    Perkembangan mutakhir di dalam era pendidikan masa kini menuntut pelajar agar

    mempunyai tahap pendidikan yang cemerlang untuk bersaing dengan dunia luar. Ukuran

    pencapaian pelajar dalam bidang akademik semakin menjadi suatu keperluan, dimana setiap

    sekolah akan mewujudkan pelbagai kaedah dan formula untuk meningkatkan pencapaian

    pelajarnya. Setiap dapatan kajian yang dilaksanakan telah dijadikan asas kepada implikasi

    terhadap sistem pendidikan sesebuah negara.

  • 26

    Kajian terhadap pencapaian Sains juga telah banyak dilaksanakan oleh penyelidik

    dalam dan luar negara. Pelbagai pembolehubah telah diuji dan pelbagai kaedah kajian telah

    dijalankan oleh ramai penyelidik dan telah menyatakan dapatan mereka di dalam jurnal,

    prosiding mahupun seminar. Sub topik berikutnya akan membincangkan dapatan kajian-

    kajian terdahulu berkaitan pencapaian Sains.

    2.3.1 Kajian Dalam Negeri Mengenai Pencapaian Sains

    Perkembangan kurikulum masa kini banyak mendatangkan implikasi terhadap pencapaian

    pelajar. Beberapa kajian berkaitan minat dan pencapaian pelajar sekolah juga telah dibuat

    oleh banyak pengkaji. Kajian terhadap pencapaian Sains juga telah dijalankan oleh beberapa

    penyelidik. Antaranya, kajian oleh Abu Hassan dan Rohana (2003) terhadap tahap

    penguasaan kemahiran proses Sains dan hubungannya dengan pencapaian Kimia di

    kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru menunjukkan bahawa tahap

    penguasaan kemahiran proses Sains, khususnya kemahiran membuat inferens dan

    mengenalpasti pemboleh ubah, serta tahap penguasaan kimia di kalangan pelajar adalah

    sederhana.

    Walau bagaimanapun, tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuat

    hipotesis, mentafsir maklumat seterusnya membuat ramalan berasaskan maklumat yang

    diperolehi adalah baik; manakala, pelajar menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran

    mengeksperimen. Terdapat korelasi positif yang rendah antara kemahiran proses Sains

    pelajar dengan pencapaian mereka dalam kimia seperti kajian Abu Hassan dan Rohana

    (2003).

    Menurut Abu Seman (1997), terdapat hubungan yang signifikan di antara jantina,

    minat dan inisiatif pelajar, pendidikan bapa, penglibatan ibubapa, guru, sumber dan

    kemudahan dengan pencapaian Sains tetapi tidak wujud hubungan yang signifikan antara

    bangsa pelajar, pendidikan ibu, status pekerjaan ibubapa, pendapatan keluarga dengan

    pencapaian subjek tersebut. Seterusnya hasil kajian ini menunjukkan terdapat hubungan

  • 27

    yang positif dan signifikan di antara pembolehubah bebas seperti minat, inisiatif pelajar,

    penglibatan ibubapa, sumber, faktor guru matematik dan guru Sains.

    Terdapat juga dapatan berkaitan bahasa yang digunakan dengan pencapaian Sains

    seperti yang dibuat oleh Lim dan Ong (2009) dengan dapatan bahawa pencapaian pelajar

    dalam ujian versi bahasa Melayu adalah lebih baik berbanding dengan ujian versi bahasa

    Inggeris dalam konteks pelajar di Malaysia untuk matapelajaran Sains. Pelajar lebih

    menunjukkan pencapaian yang baik jika memduduki ujian menggunakan bahasa Melayu.

    Manakala kajian yang dijalankan Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya (2012) di lapan

    buah sekolah menengah di daerah Kulai, Johor, mendapati bahawa terdapat perbezaan

    yang signifikan pada pencapaian akademik pelajar berdasarkan lokasi bandar dan luar

    bandar. Bagaimanapun, banyak kajian yang dilaksanakan di peringkat dalam negeri telah

    membincangkan pencapaian akademik secara umum serta hubungan gaya pembelajaran,

    minat, sikap dan lokasi sekolah.

    Kajian oleh Emeliana et al. (2012) mendapati bahawa pelajar tingkatan empat (4)

    Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru paling banyak mengamalkan gaya

    pembelajaran reflektif dan kajian mendapati bahawa tidak terdapat sebarang hubungan

    yang signifikan antara gaya pembelajaran aktif, reflektif, teoris dan pragmatik dengan

    pencapaian akademik. Azizi dan Nurfaizah (2011) mendapati gaya pembelajaran pelajar

    yang paling dominan adalah gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek visual. Selain itu,

    terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran

    dengan pencapaian akademik pelajar.

    Dapatan kajian Zainudin dan Fazilah (2011), menunjukkan bahawa hubungan antara

    minat pelajar dan sikap ibu bapa berada pada paras sederhana. Analisis hubungan antara

    minat pelajar dan prestasi matematik terbaik pelajar dan sikap ibu bapa dengan prestasi

    matematik terbaik pelajar menunjukkan tiada hubungan yang signifikan. Ini menunjukan

  • 28

    bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh faktor selain dari minat dan sikap ibu

    bapa.

    Kajian yang dilakukan oleh Zulzana et al. (n.d) terhadap pelajar di universiti

    menyatakan hubungan minat dengan pencapaian adalah pada tahap yang lemah. Ini

    bermakna minat pelajar perlu dipupuk dari semasa ke semasa dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Menurut Zulzana et al. (n.d) lagi, kaedah dan kepelbagaian strategi

    pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan oleh pensyarah bagi mewujudkan suasana

    pembelajaran yang menyeronokkan serta tidak membosankan.

    Kajian terhadap minat, inisiatif pelajar, penglibatan ibubapa dan faktor guru terhadap

    pencapaian Sains juga agak signifikan dan kajian ini dianggap sudah berulang-ulang.

    Bagaimanapun, dalam kajian yang akan dilaksanakan ini, penyelidik akan cuba mengkaji

    hubungan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains seperti tujuan

    serta objektif kajian yang telah diterangkan secara terperinci oleh penyelidik dalam bab 1.

    2.3.2 Kajian Luar Negara Mengenai Pencapaian Sains

    Banyak kajian kuantitatif telah dilaksanakan berkaitan pencapaian dalam pembelajaran

    pelajar bermula pra-sekolah hingga ke peringkat tertier. Setiap penyelidik yang membuat

    kajian mengenai pencapaian telah menyatakan beberapa faktor pencapaian pelajar terbabit.

    Laporan yang telah dibuat oleh jawatankuasa TIMSS menunjukkan bahawa terdapat

    beberapa faktor yang menentukan pencapaian pelajar. Menurut laporan TIMSS 2007

    mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan Sains ialah di

    kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan Sains dalam bahasa keluarga

    (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang

    belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa

    kedua/asing.

  • 29

    Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses

    pembelajaran matematik dan Sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan

    kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang

    pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah

    seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

    Kajian pelbagai aras dan variasi terhadap pencapaian pelajar dalam TIMSS yang

    telah dilaksanakan oleh Ebrahim Mohammadpour (2012) menunjukkan bahawa variasi

    pencapaian antara pelajar dan tahap sekolah adalah meningkat setiap tahun dari 1999,

    2003 dan seterusnya pada 2007. Menurut Martin et al. (2000) di dalam Ebrahim (2012)

    membantu keluarga di rumah akan menjadikan masa untuk membuat tugasan sekolah di

    rumah terbatas yang kebiasaannya dialami oleh pelajar yang mempunyai keluarga

    berpendapatan rendah. Dapatan TIMSS menunjukkan hubungan yang negatif antara masa

    mengurus atau bekerja di rumah dengan pencapaian pelajar.

    Menurut Mary et al. (2013), minat awal sejak di pra-sekolah merupakan faktor yang

    kuat untuk membina konsep di dalam diri serta pencapaian yang tinggi dalam mata

    pelajaran Sains. Begitu juga Harackiewicz et al. (2010) di dalam Mary et al. (2013)

    menyatakan minat dalam subjek tertentu mempunyai hubungan yang positif dengan

    pencapaian akademik.

    Lay et al. (2012) dalam kajian hubungan keyakinan diri pelajar terhadap Sains dan

    matematik dengan pencapaian Sains dan matematik mendapati keyakinan diri untuk mata

    pelajaran Sains menunjukkan signifikan secara statistik terhadap pencapaian pelajar Gred 8

    di Malaysia dengan Singapura. Data kajian ini diperolehi daripada laporan TIMSS 2007.

  • 30

    Sesuatu fakta menarik hasil laporan TIMSS dan kajian mengenai faktor guru

    terhadap pencapaian matematik pelajar oleh Lay et al. (2013) menunjukkan bahawa jantina

    guru adalah signifikan dan positif hubungannya dengan pencapaian pelajar di Malaysia

    dengan Singapura, tetapi tidak di Indonesia dan Thailand.

    2.4 PERKEMBANGAN KAJIAN BERKAITAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS

    TINGGI (KBAT)

    Kemahiran berfikir telah diukur berdasarkan pencapaian dan penglibatan pelajar di dalam

    aktiviti yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas.

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diukur melalui domain aktiviti amali, perbincangan

    dalam kelas serta tugasan yang diberikan guru.

    2.4.1 Kajian Dalam Negeri Berkaitan Kemahiran Berfikir

    Banyak kajian telah dilaksanakan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menurut

    Rajendran (2001), guru mesti berusaha menukar amalan pengajaran pembelajaran di kelas

    mereka supaya amalan tersebut benar-benar berbeza dari amalan di kelas konvensional.

    Kajian oleh Sarimah dan Shaharom (2008) ke atas 269 orang pelajar tingkatan 4

    mendapati tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis adalah di tahap yang sederhana dan

    implikasi daripada kajian ini menegaskan proses pengajaran dan pembelajaran perlu

    memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir. Bagaimanapun, di

    dalam kajian bagi mengetahui kesesuaian penggunaan set induksi terhadap Kemahiran

    Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam pencapaian

    pelajar seperti dinyatakan oleh Nur hidayah (2008).

  • 31

    Menurut Azizi et al. (2005) di petik di dalam Sarimah dan Shaharom (2008)

    menyatakan pemikiran kritis merupakan pembelajaran aktif berkenaan pengamatan dan

    maklumat yang digunakan sebagai panduan untuk menilai dan bertindak. Pemikiran kritis

    ditakrifkan sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kajian ini seperti yang telah

    dipersetujui perubahannya di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

    Manakala kajian yang dilaksanakan oleh Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim (2011)

    pula menyatakan bahawa guru-guru kerap menggunakan soalan aras kognitif Bloom di

    dalam pengajaran. Soalan yang menguji tahap pengetahuan dan kefahaman lebih banyak

    digunakan seperti yang ditemui oleh pengkaji. Kekerapan guru menggunakan aras soalan

    pengetahuan dan kefahaman memberi kesan yang positif kepada guru dan pelajar.

    Kegagalan guru untuk merangsang pemikiran pelajar telah menyebabkan kurangnya

    penglibatan pelajar dalam mengikuti proses PdP guru Sains. Kajian Seman (2005),

    Waheedawati (2003) dan Roselan (2001) menunjukkan penggunaan penyoalan guru hanya

    berkisar pada aras kognitif rendah atau sederhana sahaja. Sebagai contoh, kajian

    Waheedawati (2003) mendapati segelintir guru tidak dapat menguasai atau mengabaikan

    penyoalan di dalam bilik darjah. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam jumlah yang

    kecil dan kurang merangsangkan daya pemikiran pelajar. Kajian Seman (2005) juga

    menunjukkan pola soalan yang diajukan kepada pelajar adalah soalan-soalan beraras

    rendah, iaitu pada peringkat pengetahuan. Maka, jelas kajian-kajian ini telah menyokong

    fakta bahawa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) hampir tiada pemurniaan di dalam

    kelas.

    Penyelidik berpendapat sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi

    aktif jika pelajar diuji dengan soalan yang menguji ingatan mereka terhadap pelajaran yang

    lepas atau jawapan boleh dirujuk di dalam buku dan guru pula dapat membantu pelajar

    mengingat fakta yang telah dibincangkan. Soalan-soalan yang melibatkan Kemahiran Berfikir

    Aras Tinggi (KBAT) perlu menjadi amalan dalam proses PdP.

  • 32

    2.4.2 Kajian Luar Negara Berkaitan Kemahiran Berfikir

    Kajian yang dibuat oleh Anton dan Lazarowitz (2010), mendapati bahawa peningkatan

    kemahiran berfikir kritikal adalah salah satu tujuan utama pendidikan Sains. Ini memerlukan

    pengupayaan kemahiran metakognitif pelajar agar berada di tahap kognitif biasa. Menurut

    Anton & Lazarowitz (2010), hubungan pencapaian pelajar terhadap kemahiran berfikir

    kritikal dengan soalan-soalan pemikiran kritikal adalah positif.

    Menurut Rachel & Mildred (2008), arahan bersama aktiviti kreatif tidak menunjukkan

    perbezaan yang signifikan berbanding arahan tanpa aktiviti kreatif terhadap peningkatan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini telah menggunakan kaedah eksperimen

    dalam kajian mengenai aktiviti kreatif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

    Penyelidikan-penyelidikan lepas yang dijalankan oleh Ball & Garton (2005), Jimenez

    & Diaz (1997) dan Whittington et al. (1997) menjelaskan bahawa kebanyakan guru tidak

    tahu bagaimana menerapkan KBAT kepada pelajar manakala ada yang tidak sanggup

    membuat sedemikian. Ini jelas menunjukkan bahawa kekurangan pengajaran KBAT dalam

    bidang pendidikan (Ulmer, 2005). Pelajar juga menghadapi masalah kekurangan garis

    panduan yang jelas ke atas pengaplikasian kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran

    dan dalam kehidupan harian.

    Menurut Dass (2004) menerangkan aktiviti saintifik di dalam kelas dapat

    meningkatkan kemahiran berfikir. Begitu juga kajian-kajian daripada penyelidik yang banyak

    (Campbell & Muzyka, 2002; Welsh, 2003; Dkeidek, 2003 dan Koether, 2003) yang

    kesemuanya memperkenalkan komponen kreativiti di dalam kelas sebagai aktiviti saintifik.

    Manakala menurut beberapa penyelidik (Helser, 2003; Kelkar, 2003) pula memperkenalkan

    peningkatan kemahiran berfikir melalui permainan dan silang kata serta dapat

    memperkukuhkan dan mengekalkan keseronokan belajar. Alber (2001) pula meneroka

    peranan konsep kesusasteraan dan puisi di dalam subjek Kimia dengan penulisan sajak

  • 33

    berkaitan tokoh Kimia. Begitu juga Abisdris and Casuga (2001) menggunakan puisi Robert

    Frosts untuk memahamkan pelajar mengenai model Kimia.

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang merangkumi aras aplikasi, analisis,

    sintesis dan penilaian dapat diukur pencapaiannya melalui rangsangan aktif pelajar semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran, amali yang dilaksanakan serta tahap kebolehan

    pelajar melakukan tugasan atau kerja rumah. Penyelidik akan mengkaji KBAT berkaitan

    domain kognitif aplikasi dan penaakulan di dalam TIMSS 2011 dengan mengaitkan dengan

    sorotan literatur yang dibincang. Kemahiran berfikir mempunyai hubungan signifikan dengan

    pencapaian matapelajaran dan akademik pelajar menurut banyak kajian dan teori-teori

    pembelajaran yang dikaji oleh penyelidik.

    2.5 PENUTUP

    Pelbagai kajian telah dilakukan di dalam dan luar negara terhadap hubungan sikap dan

    pencapaian pelajar. Begitu juga terdapat kajian mengenai hubungan kerja rumah dengan

    pencapaian pelajar. Manakala, kajian yang telah dilaksanakan oleh TIMSS dalam laporan

    tahun 2011 telah membandingkan pencapaian pelajar di Malaysia serta beberapa negara

    yang mengikuti program TIMSS telah menyatakan beberapa faktor pencapaian pelajar

    termasuk minat dan aktiviti berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

    Pada pandangan penyelidik, kajian tinjauan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) dengan pencapaian Sains pelajar Gred 8 perlu dilaksanakan berpandukan data

    daripada pangkalan data dan laporan TIMSS 2011. Kajian yang dilaksanakan oleh

    penyelidik mengenai pencapaian Sains adalah penting kepada penyelidik-penyelidik lain

    serta kajian yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

  • 34

    Kajian hubungan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains

    akan merujuk laporan dan data yang telah dikeluarkan oleh TIMSS 2011. Melalui kajian yang

    dilakukan ini, penyelidik akan menggunakan kajian-kajian yang lepas yang dibincang di atas

    sebagai panduan dalam melaksanakan kajian dan melihat perkembangan hubungan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains terhadap pelajar Gred 8 di

    Malaysia dengan perbandingannya dengan Korea.

  • 35

    BAB 3

    METODOLOGI

    3.1 PENGENALAN

    Bab ini akan membincangkan bagaimana penyelidik menjalankan pertimbangan dan

    perbincangan isu berkaitan kajian yang akan dilaksanakan. Metodologi kajian yang dilakukan

    penyelidik adalah untuk mencapai matlamat dan sasaran yang telah dinyatakan di dalam

    objektif yang telah dibincangkan di dalam Bab 1. Metodologi kajian adalah merujuk kepada

    kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang

    efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif,

    metodologi yang dirangka adalah melibatkan pemilihan reka bentuk kajian, kaedah

    pengumpulan data, penentuan populasi, dan pemilihan sampel serta kaedah penganalisisan

    data.

    Menurut Lay dan Khoo (2012), penyelidik dengan pendirian falsafah positivisme

    beranggapan bahawa untuk mengetahui sesuatu fenomena yang berlaku dalam

    persekitaran, fenomena tersebut mestilah boleh diperhatikan dan diukur. Justeru, kajian

    yang akan dijalankan oleh penyelidik akan menjurus kepada penyelidikan kuantitatif sebagai

    asas metodologi kajian. Penyelidik merasakan kaedah kuantitatif sangat sesuai dengan tajuk

    kajian penyelidik.

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) dengan pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar Gred 8 serta

    membuat perbandingan antara negara Malaysia dengan Korea. Secara khususnya kajian ini

    ingin mengkaji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mengikut teori taksonomi Blooms dan

    teori-teori kognitif seperti yang telah dijelaskan dalam bab 2. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT) dapat dikenal pasti melalui pencapaian pelajar melalui domain kognitif aplikasi dan

  • 36

    penaakulan dalam keputusan TIMSS 2011. Kajian yang akan dijalankan juga akan mengesan

    pencapaian Sains pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea.

    3.2 REKA BENTUK KAJIAN

    Reka bentuk kajian ini pada asasnya menggunakan pendekatan kuantitatif untuk melihat

    hubungan antara Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian mata pelajaran

    Sains pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea dengan menggunakan laporan Trends In

    International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011. Data sekunder daripada

    laporan TIMSS 2011 akan diekstrak dengan menggunakan perisian IEA IDB Analyzer 3.1

    dan SPSS versi 21.

    Melalui laporan TIMSS 2011, penyelidik akan meneliti dan menganalisa min

    pencapaian Sains bagi Malaysia dengan Korea. Penyelidik juga akan membandingkan min

    pencapaian KBAT antara pelajar Malaysia dengan Korea serta hubungan pencapaian KBAT

    dengan pencapaian Sains dalam kalangan pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea.

    Penyelidik akan menguji hipotesis yang disenaraikan di dalam bab 1 dengan menggunakan

    statistik inferensi bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian.

    3.3 SAMPEL DAN POPULASI KAJIAN

    Menurut Mohd Majid Konting (2000), populasi didefinisikan sebagai satu set ciri-ciri yang

    menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek.

    Bagi kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik ini, dua sampel kajian dari populasi sekolah

    yang dipilih secara rawak di dua buah negara iaitu Malaysia dengan Korea. Menurut Mohd

    Najib (1999), sampel adalah contoh daripada populasi dan merupakan sumber untuk

    mendapatkan data. Beliau menyatakan bahawa lebih besar peratusan sampel populasi

    adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai lebih kemungkinan untuk memilih sampel

    yang mempunyai ciri-ciri populasi.

  • 37

    Penyelidik memahami bahawa, penggunaan seluruh individu atau semua objek

    dalam sesuatu populasi akan melibatkan tenaga, perbelanjaan, dan masa yang banyak bagi

    melaksanakan sesuatu penyelidikan. Walaupun ianya tidak mustahil untuk kajian dilakukan

    ke atas setiap individu dalam sesebuah populasi, namun wujudnya batasan-batasan

    terutamanya dari segi masa, tenaga, dan wang turut menghadkan usaha penyelidik untuk

    mengkaji seluruh individu dalam populasi (Mohd Majid, 2000).

    Sampel dan populasi yang penyelidik ingin dapatkan akan merujuk data TIMSS

    2011. Menurut laporan data mentah TIMSS, populasi sekolah yang telah dibuat kajian di

    Malaysia ialah sebanyak 180 buah, manakala Korea pula sebanyak 150 buah sekolah. Dari

    populasi sekolah di Malaysia sejumlah 5733 orang pelajar telah memberi respon kepada

    instrumen yang dikeluarkan berbanding sejumlah 5166 orang pelajar memberi respon di

    Korea.

    Kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik akan menggunakan persampelan

    awak bersrata dan data telah disediakan di dalam laporan TIMSS 2011. Ini bererti, sampel

    akan meliputi semua kategori pelajar dalam kelompok kajian tanpa mengira kebolehan

    mereka. Bagaimanapun, kumpulan sampel tetap dikekalkan iaitu pelajar tingkatan 2 atau

    lebih dikenal sebagai Gred 8 mengikut label yang digunakan oleh TIMSS.

    Panel TIMSS 2011 telah mengusahakan setiap langkah yang perlu bagi mencapai

    kualiti dan kebolehpercayaan data yang diperolehi melalui perancangan yang berhati-hati

    dan pendokumentasian, kerjasama antara negara yang terlibat, menggunakan prosedur

    yang standard serta mengambil perhatian kepada jaminan kualiti. Sebagai contoh, beberapa

    siri semakan verifikasi telah dilakukan bagi memastikan kesesuaian alihbahasa pada

    konstruk item dan soal selidik, pendokumentasian yang teliti diperlukan bagi menepati

    standard persampelan dan program tapisan jaminan kualiti telah dilaksanakan bagi

    memantau kutipan data.

  • 38

    3.4 INSTRUMEN KAJIAN

    Menurut Mohd Majid (2000), alat penyelidikan atau instrumen kajian adalah penting bagi

    mencapai objektif sesuatu penyelidikan. Beliau berpendapat bahawa sesuatu alat kajian

    yang sempurna akan mendorong responden dalam memberikan jawapan yang tepat serta

    bekerjasama untuk menjayakan penyelidikan tersebut. Instrumen kajian berbentuk

    kuantitatif mudah ditadbir setelah dibina dengan baik, dan senang untuk diproses

    menggunakan program SPSS dan IDB Analyzer untuk dianalisis. Ianya juga membolehkan

    penyelidik mengetahui tahap pencapaian akademik responden yang ramai. Hal ini tidak

    mungkin dapat dilakukan dengan kaedah lain seperti pemerhatian ataupun kaedah temu

    bual. Lebih-lebih lagi kaedah temu bual memerlukan masa untuk merancang, mentadbir,

    menulis, dan menganalisis.

    Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan akan merujuk item yang telah

    dikeluarkan oleh TIMSS 2011. Sudah pasti, bagi kajian hubungan antara Kemahiran Berfikir

    Aras Tinggi (KBAT) dengan pencapaian Sains pelajar Gred 8 di Malaysia dengan Korea,

    penyelidik akan menggunakan instrumen dari laporan TIMSS 2011. Instrumen berkaitan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) akan menggunakan laporan pencapaian pelajar dari

    aspek domain kognitif aplikasi dan penaakulan. Manakala, pencapaian Sains pula akan

    menggunakan instrumen pencapaian negara yang terlibat dalam TIMSS 2011 terutama

    Malaysia dengan Korea.

    Instrumen yang diuji di dalam TIMSS mengandungi soalan rawak yang mengandungi

    komponen domain kandungan Sains bumi, Fizik, Biologi dan Kimia. Item yang diuji adalah

    berbentuk aneka pilihan dan item berstruktur dan setiap satu bahagian mengambil masa 45

    minit untuk responden memberi respon. Setiap domain kandungan akan mengandungi item

    domain kognitif kefahaman (30%), penaakulan (35%) dan aplikasi (35%).

  • 39

    Setiap negara yang terlibat dalam TIMSS perlu meletakkan sasaran sampel

    sekurang-kurangnya 4500 pelajar bagi memastikan responden adalah cukup bagi setiap

    item yang diuji. Bagi pelajar Gred 8 yang ingin dikaji, TIMSS telah meletakkan 12 bahagian

    yang mengandungi 170 item kesemuanya. Oleh kerana kajian yang akan dijalankan

    penyelidik hanya melibatkan item aplikasi dan penaakulan, maka penyelidik akan

    menyenaraikan beberapa contoh item berkaitan domain kognitif tersebut yang menjurus

    kepada KBAT.

    Jadual 3.1: Senarai Item yang Dianalisa

    Bil. No siri

    Item

    Soalan Domain

    kognitif

    Domain

    kandungan

    1 S032306 Mata bertindak balas kepada perubahan Aplikasi Biologi

    2 S032451 Perbezaan warna cengkerang siput Aplikasi Biologi

    3 S032514 Pertumbuhan alga di dalam tasik Aplikasi Biologi

    4 S032614 Bilangan buah pinggang yang dipunyai oleh bayi Aplikasi Biologi

    5 S032315 Graf populasi pepatung Penaakulan Biologi

    6 S032665A Populasi dalam negara: ramalan Penaakulan Biologi

    7 S032665C Populasi dalam negara: pencemaran Penaakulan Biologi

    8 S042022 Kepekatan CO2 dan fotosintesis Penaakulan Biologi

    9 S032056 Sodium bikarkobat dalam cuka Aplikasi Kimia

    10 S032579 Rajah struktur jirim Aplikasi Kimia

    11 S032679 Tenaga yang dihasilkan ketika tindak balas Aplikasi Kimia

    12 S042305 Pengkelasan unsur/sebatian/campuran Aplikasi Kimia

    13 S032156 Graf keterlarutan/suhu Penaakulan Kimia

    14 S032570 Kenalpasti bahan besi Penaakulan Kimia

    15 S052136 Senarai dua bahan besi Penaakulan Kimia

    16 S032141 Graviti menentang penerjun payung Penaakulan Kimia

  • 40

    ..sambungan Jadual 3.1

    Bil. No siri

    Item

    Item Domain

    kognitif

    Domain

    kandungan

    17 S032141 Graviti menentang penerjun payung Aplikasi Fizik

    18 S032184 Mentol dalam siri/selari Aplikasi Fizik

    19 S032238 Ruang antara besi landasan dan keretapi Aplikasi Fizik

    20 S032279 Kenapa botol menuruni lembah Aplikasi Fizik

    21 S032272 Aras air dalam bekas yang dipanaskan Penaakulan Fizik

    22 S042197 Kekuatan suatu magnet Penaakulan Fizik

    23 S042238B Satu pembolehubah yang dikekalkan Penaakulan Fizik

    24 S042238C Kesimpulan dari graf Penaakulan Fizik

    3.5 KAJIAN RINTIS

    Menurut Baker (1994) kajian rintis merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian

    yang khusus. Kajian rintis dapat membantu penyelidik untuk memperoleh petunjuk awal

    tentang mana-mana bahagian soal selidik yang mungkin tidak tepat atau tidak sesuai,

    mengenal pasti sebarang kekurangan dalam instrumen kajian dan memudahkan kerja

    penambahbaikan. Mohd Najib (1999) mengatakan kajian rintis bertujuan untuk mendapat

    maklumat berkenaan kejelasan dan kemudahan bahasa yang digunakan, bentuk-bentuk

    soalan yang dikemukakan, kefahaman terhadap soalan dan kesesuaian masa yang

    diperuntukkan untuk menjawab soalan ujian yang diberikan.

    Mengikut kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik, kajian rintis telah dilaksanakan

    oleh pasukan dan petugas khas yang dilantik oleh panel TIMSS dan berkoloborasi dengan

    wakil negara yang terlibat dengan TIMSS. Setiap item dan mutu item telah dijamin

    kualitinya oleh panel TIMSS. Pendokumentasian yang teliti telah telah dilaksanakan bagi

  • 41

    menepati standard persampelan dan program tapisan jaminan kualiti juga telah dijalankan

    oleh kumpulan ini bagi memantau kutipan data.

    Bagi memastikan bilangan item yang berkualiti tinggi untuk TIMSS 2011 untuk ujian

    yang dijalankan, satu ujian percubaan di lapangan telah diadakan antara bulan Mac hingga

    April 2010. Ujian lapangan ini adalah sebagai kajian rintis yang akan dibuat sebanyak dua

    kali dengan seberapa banyak item untuk digunakan dalam ujian sebenar TIMSS. Terdapat

    enam bahagian daripada 14 bahagian instrumen dalam item TIMSS 2007 akan dikeluarkan

    dan akan diganti dengan bahagian instrumen yang baharu. Bererti enam bahagian yang

    dikeluarkan sebanyak dua kali akan menjadi 12 bahagian instrumen yang akan diuji bagi

    subjek Sains pelajar Gred 8.

    3.6 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN

    3.6.1 Kesahan

    Kesempurnaan sesuatu penyelidikan adalah berhubung kait dengan kesahan dan

    kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Soal selidik sebagai alat pengumpulan data

    hendaklah memenuhi kesahihan dan kebolehpercayaan. Kesahan membawa maksud benar

    dan tepat. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik perlu dibina sebelum digunakan

    dalam kajian sebenar.

    Menurut Chua (2011), kesahan merupakan keupayaan suatu pengukuran yang

    dilakukan untuk mengukur nilai konsep sebenar dalam hipotesis. Sesuatu ujian dikatakan

    sah sekiranya ia benar-benar tepat mengukur sesuatu semua perkara yang hendak diukur

    (Vincent & Denis, 2010). Kesahan adalah tinggi sekiranya instrumen yang dibina dapat

    mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis. Kebolehpercayaan ialah ketekalan

    (Sukardi, 2005), berkait dengan peringkat ketetapan hasil pengukuran (Nana, 2005),

    ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah mahupun gagasan (Mohd,

    2005).

  • 42

    Instrumen bagi TIMSS Sains telah diberikan kepada kumpulan sampel rawak pilihan

    dengan pelaksanaan yang teliti dan didokumentasi dengan baik. Persampelan pelajar untuk

    TIMSS 2011 telah dilaksanakan dengan penuh perhatian terhadap kualiti telah dibuat oleh

    kakitangan daripada pihak Statistik Kanada dan IEA DPC yang berkoleborasi bersama

    Koordinator Penyelidikan Kebangsaan untuk setiap fasa persampelan. Pihak pakar

    persampelan dari Statistik Kanada bersama jururunding TIMSS 2011 (Keith Rust, Westat,

    Inc.) akan menilai kualiti persampelan samada berkualiti dan sesuai dengan keperluan

    responden.

    3.6.2 Kebolehpercayaan

    Kebolehpercayaan merupakan darjah ketepatan dan kepersisian bagi ukuran yang dibuat

    oleh sesuatu instrumen kajian (Lay dan Khoo, 2009). Jika pengukuran kali kedua dan

    seterusnya memperolehi nilai yang sama, ini bermakna kajian tersebut dikatakan

    mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Chua, 2011). Kebolehpercayaan sesuatu data

    berlaku apabila sesuatu ujian untuk mengukur perkara yang sama dilakukan berulang kali

    dan menghasilkan keputusan yang sama pada setiap kali ujian (Salkind, 2006).

    Berdasarkan data dalam laporan TIMSS 2011, persampelan pelajar telah dilakukan

    dengan sangat teliti demi menjamin kualiti dan banding beza yang tepat. Kebolehpercayaan

    item dalam TIMSS dijamin oleh pakar statistik dari Kanada yang menilai kualiti sampel dan

    persampelan. TIMSS 2011 telah melaksanakan setiap usaha ke arah menjaga kualiti dan

    kebolehpercayaan melalui perancangan dan dokumentasi yang teliti. Kebolehpercayaan data

    yang diperolehi telah diusahakan oleh panel TIMSS melalui perancangan yang berhati-hati

    dan pendokumentasian, kerjasama antara negara yang terlibat, menggunakan prosedur

    yang standard serta mengambil perhatian kepada jaminan kualiti.

  • 43

    3.7 PEMBOLEHUBAH KAJIAN

    Pembolehubah merupakan sesuatu yang dikawal mahupun diperhatikan dalam sesuatu

    kajian. Pembolehubah terdiri daripada tiga, iaitu pembolehubah yang dimanipulasi,

    pembolehubah yang tetap dan pembolehubah yang bergerak balas. Menurut Othman Talib

    (2013), pendekatan kajian kuantitatif menekankan pengukuran dan pencarian hubungan

    ataupun perkaitan antara variabel.

    Dalam kajian ini, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah pembolehubah

    dimanipulasi manakala pencapaian Sains adalah pembolehubah yang bergerak balas. Bagi

    pembolehubah tetap dalam kajian ini adalah pelajar Gred 8. Dengan adanya pembolehubah

    ini, hipotesis nol terhadap hubungan antara pembolehubah dapat dikenalpasti.

    3.8 TATACARA PENGUMPULAN DATA

    Penyelidik akan memuat naik data dari laporan TIMSS 2011 berhubung pencapaian dan

    domain kognitif yang telah dipilih. Datadata yang telah dikumpul tersebut akan dianalisis

    dengan menggunakan program IEA IDB Analyzer dan mengabungkan data tersebut bagi

    mendapatkan nilai korelasi dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences

    (SPSS) version 21.0 dan. Data yang dikumpul ini adalah berkaitan dengan persoalan-

    persoalan yang dikemukakan dalam Bab 1. Kajian yang akan dilaksanakan oleh penyelidik ini

    dapat diperincikan melalui prosedur yang terkandung dalam jadual 3.1 di sebelah.

  • 44

    Jadual 3.2: Prosedur Kajian

    Bil. Tarikh Prosedur

    1 8 September 2013 Taklimat Usul Penyelidikan Sarjana

    2 16 September

    hingga 20 Oktober

    2013

    Penulisan usul penyelidikan Bab 1 hingga 3

    Pembetulan dan Penambaikan Bab 1 hingga 3

    Pertemuan dan perbincangan bersama penyelia

    3 26 Oktober hingga

    30 November 2013

    Pembentangan bersama penyelia dan pembetulan

    Bengkel IEA IDB Analyzer 3.1

    4 14 Disember 2013

    Semakan Akhir Usul Penyelidikan dan Perbincangan bersama

    penyelia

    5 31 Disember 2013 Menyerahkan laporan akhir usul penyelidikan

    6 25 Januari 2013 Pembentangan usul penyelidikan

    7 Januari 2014 Melaksanakan analisis untuk mendapatkan ujian kebolehpercayaan.

    Menjalankan Bengkel Pemurnian IEA IDB Analyser 3.1

    8 Februari 2014 Memasukkan dan menganalisis data dengan menggunakan Perisian

    SPSS for Windows Version 21.0 dan IEA IDB Analyser 3.1

    Membuat penulisan Bab 4 iaitu Analisis Data

    Membuat penulisan Bab 5 iaitu Rumusan, Perbincangan dan

    Cadangan.

    9 Mac 2014 Membuat pembetulan Bab 4 dan membuat penambahbaikan Bab 5

    10 April 2014 Semakan seluruh laporan dari awal hingga akhir penulisan

    11 Mei 2014 Menghantar draf penuh disertasi kepada penyelia

  • 45

    3.9 TATACARA PENGANALISISAN DATA

    Analisis data adalah proses mengubah data hasil penelitian menjadi maklumat yang dapat

    digunakan untuk memberikan kesimpulan penelitian terhadap kajian yang telah dilakukan.

    Analisis ini dilakukan dengan menggunakan analisis statistik. Analisis statistik merupakan

    tatacara, teknik, dan kaedah yang digunakan untuk tujuan memahami data dan maklumat,

    membuat penelitian, meringkas, dan membuat analisis bagi memperihalkan pelbagai

    maklumat yang diperolehi melalui data.

    Penganalisisan data adalah penting supaya data yang diperolehi mudah difahami

    oleh orang ramai. Analisis statistik ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu statistik

    deskriptif dan statistik inferens. Data-data yang diperolehi daripada soal selidik akan

    dikumpul dan dianalisis secara statistik dengan menggunakan program Statistical Package

    For Social Sciences (SPSS) dan IEA IDB Analyzer. Analisis data dibahagikan kepada dua

    bahagian: deskriptif (melibatkan frekuensi dan peratus) dan inferensi (melibatkan Pearson

    Correlation Coefficient). Bagi keputusan deskriptif, statistik deskriptif digunakan oleh

    penyelidik untuk mencari min kekerapan dan peratusan bagi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

    (KBAT), pencapaian KBAT domain kognitif penaakulan, pencapaian KBAT domain kognitif

    aplikasi dan pencapaian Sains bagi negara Malaysia dengan Korea serta membuat analisis

    statistik inferensi bagi hubungan pembolehubah berkaitan.

    Manakala untuk keputusan inferensi, statistik inferensi digunakan. Statistik inferensi

    adalah kaedah yang digunakan untuk membantu proses pengambilan keputusan daripada

    kelompok yang lebih besar yang telah diteliti. Prosedur-prosedur untuk membuat

    generalisasi mengenai populasi yang dikaji adalah berdasarkan maklumat daripada sampel

    yang diambil dari populasi. Pada aras keertian, : menerima atau menolak H0 bergantung

    kepada tahap signifikan atau aras keertian (level of significance). Aras keertian juga

    dipanggil sebagai kebarangkalian berlakunya ralat jenis 1, iaitu dalam membuat keputusan,

    hipotesis nol ditolak sedangkan pada hakikat ianya benar. Maka, semakin besar nilai aras

    keertian, semakin besar kemungkinan kita akan menolak hipotesis nol yang benar. Lazimnya

    nilai yang digunakan ialah 0.05.

  • 46

    Jadual 3.3: Ujian Inferensi Berdasarkan Hipotesis Nol

    Hipotesis nol Ujian Statistik

    Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran

    Berfikir Aras Tinggi (KBAT) domain penaakulan dengan

    pencapaian Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar

    Gred 8 di Malaysia dengan Korea.

    Ujian korelasi

    Pearson

    Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran

    Berfikir Aras Tinggi (KBAT) domain aplikasi dengan pencapaian

    Sains dalam TIMSS 2011 dalam kalangan pelajar Gred 8 di

    Malaysia dengan Korea.

    Ujian korelasi

    Pearson

    Statistik inferens digunakan oleh penyelidik untuk menguji hipotesis berkenaan

    hubungan ini dengan merujuk hipotesis nol 1 hingga 3. Jadual 3.2 di atas menjelaskan

    ujian-ujian yang akan dijalankan mengikut hipotesis nol yang telah ditetapkan. Dengan ini,

    kaedah statistik korelasi Pearson digunakan untuk mencari hubungan antara pemboleh ubah

    yang dinyatakan.

    Jadual 3.4: Pekali Korelasi (r)

    Saiz Pekali Korelasi Interpretasi Korelasi

    0.90 - 1.00

    0.70 - 0.90

    0.50 - 0.70

    0.30 - 0.50

    0.01 - 0.30

    0.00

    Terlalu tinggi

    Tinggi

    Sederhana

    Rendah

    Lemah

    Tiada korelasi

    Sumber: Ary, Jacobs dan Razavieh (2010)

  • 47

    Pekali korelasi merupakan indeks atau nilai yang menggambarkan kekuatan

    hubungan antara dua pemboleh ubah. Ia mempunyai julat antara -1.0 hingga +1.0. Nilai

    +1.0 menunjukkan hubungan positif yang sempurna. Nilai -1.0 menunjukkan hubungan

    negatif yang sempurna. Nilai pekali korelasi adalah sifar jika dua pemboleh tidak

    berhubungan. Jika nilai pekali korelasi (r) hampir kepada satu, hubungan antara dua

    pemboleh adalah kuat. Jika nilai r hampir kepada kosong, maka hubungan antara dua

    pemboleh ubah adalah lemah.

    3.10 PENUTUP

    Melalui bab ini, penyelidik telah menjelaskan bagaimana kaedah yang akan digunakan dalam

    menjalankan kajian ini. Metodologi kajian yang dinyatakan di atas diharapkan sebagai

    perancangan yang lengkap dan teliti sebagai panduan menjalankan penyelidikan. Semua

    langkah telah dijelaskan dan penyelidik telah mengambil perhatian yang kritikal berkaitan

    penyediaan alat penyelidikan. Aktiviti pengumpulan data, pemprosesan data, dan

    penganalisisan data akan diberikan tumpuan yang serius agar dapatan yang diperolehi

    dapat dijadikan sumber rujukan dan penambahbaikan dalam pembangunan pendidikan

    negara amnya. Bab seterusnya pula akan menjelaskan dapatan kajian yang telah dijalankan

    seterusnya menjawab persoalan kajian dan hipotesis.

  • 48

    BAB 4

    DAPATAN KAJIAN

    4.1 PENGENALAN

    Proses penganalisisan data yang dilakukan dalam bab ini merupakan hasil pengumpulan

    data daripada data mentah yang telah dimuat-turun secara pukal daripada laman sesawang

    TIMSS dan PIRLS. Data yang telah dimuat-turun kemudiannya dipilih sesuai dengan

    maklumat negara dan item yang hendak dikaji. Hasil daripada pemprosesan data ini,

    membolehkan kajian ini menjawab persoalan dan hipotesis yang telah dirangka dalam Bab

    1. Bab 4 ini membentangkan hasil analisis menggunakan IEA IDB Analyzer Version 3.1 dan

    digabungkan dengan analisis Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 21.0 for

    Windows. Data daripada pangakalan data TIMSS 2011 adalah data sekunder yang perlu

    diproses melalui analisa IEA IDB Analyzer.

    Secara umumnya, bab ini mengandungi dua bahagian daripada hasil kajian yang

    diperoleh dengan merujuk kepada persoalan dan hipotesis kajian dalam Bab 1. Bahagian

    pertama adalah berkaitan dengan analisis statistik deskriptif yang terdiri daripada data min

    untuk menerangkan persoalan kajian. Manakala dalam bahagian dua pula adalah berkaitan

    dengan analisis statistik inferensi yang terdiri daripada data bagi menguji hipotesis yang

    telah dibuat dalam bab 1.

    Melalui bab ini, penyelidik akan menggunakan pelbagai cara untuk

    mempersembahkan data, seperti jadual dan graf digunakan untuk menganalisis aspek-aspek

    tersebut bagi menginterprestasikan hasil dapatan kajian. Kesemua dapatan yang diperoleh