penapisan gambar-gambar filem dan penghiburan ... images/laws/peng_pdf/penggal 69...4...

12
UNDANG-UNDANG BRUNEI Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai PENG.69 1 UNDANG-UNDANG BRUNEI EDISI SEMAKAN 1984 PENGGAL69 PENAPISAN GAMBAR-GAMBAR FILEM DAN PENGHIBURAN-PENGHIBURAN ORANG RAMAl SUSUNANBAB BAHAGIANI PERMULAAN Bab 1. Gelaran pendek. 2. Tafsiran. BAHAGIANII PUSAT PENAPIS FILEM DAN SETENGAH SETENGAH PENGHIBURAN ORANG RAMAl 3. Lantikan Senarai Penapis. 4. Filem-filem akan dipertunjukkan kepada Penapis BLR.O.l/1984

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai PENG.69 1

UNDANG-UNDANG BRUNEI

EDISI SEMAKAN 1984

PENGGAL69

PENAPISANGAMBAR-GAMBAR FILEM DANPENGHIBURAN-PENGHIBURAN ORANG

RAMAl

SUSUNANBAB

BAHAGIANI

PERMULAAN

Bab

1. Gelaran pendek.

2. Tafsiran.

BAHAGIANII

PUSAT PENAPIS FILEM DAN SETENGAH­SETENGAH PENGHIBURAN ORANG RAMAl

3. Lantikan Senarai Penapis.

4. Filem-filem akan dipertunjukkan kepada Penapis

BLR.O.l/1984

Page 2: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem.dan2 PENG.69 Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai

5. Kuasa-kuasa Penapis.

6. Perubahan atau pemotongan.

7. Ikral berkenaan dengan pengenalan filem.

8. Benda-benda iklan.

9. Cap penapisan.

10. Rayuan-rayuan daripada keputusan Penapis.

11. Penyemakan yang istimewa oleh Lembaga.

12. Pengecualian

13. Bayaran.

14. Penyemakan penghiburan-penghiburan orang ramai.

15. Kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukuman.

BAHAGIAN III

PENAPISAN OLEH PENAPIS TEMPATAN BAGIPENGHIBURAN ORANG RAMAl

16. Penapis Tempatan

17. Kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukuman.

18. Kuasa-kuasa Penapis Tempatan.

BAHAGIANIV

RAMPAIAN

19. Peraturan-peraturan.

Page 3: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai PENG.69 3

AKTA PENAPISAN GAMBAR-GAMBAR FILEM DANPENGHIBURAN-PENGHIBURAN ORANG RAMAl

Satu Akta untuk mengadakan syarat bagi penapisan gambar- 8 tahun 1962.

gambar filem dan segala pengbiburan orang ramai sertamembuat syarat-syarat yang berkenaan dengannya.

Permulaan kuatkuasa : 21 Ogos, 1962.

BAHAGIANI

PERMULAAN

1. Akta ini bolehlah digelar sebagai Akta PenapisanGambar-Gambar Filem dan Penghiburan-PenghiburanOrang Ramai.

Ge1aran

pendek.

2. Dalam Akta ini Tafsiran.

"Benda iklan" bermakna semua gambar-gambar (pho­tograph) gambar-gambar, patung-patung, ayat-ayatdan segala apa-apa jua benda yang mengiklankangambar-gambar filem dan penghiburan orangramal;

"Lembaga" bermakna Lembaga Penyemak yang di­bentuk di bawah syarat-syarat ceraian (1) bagi bab10 ;

"Penapis" bermakna sebarang daripada Ahli-ahli darisenarai Penapis, yang tidak kurang dari 3 orangjum­lahnya, seperti yang dilantik oleh Setiausaha untukkeadaan yang tertentu untuk menjalankan tugas­tugas menapis seperti yang tersebut di bawah ini ;

"Pameran" bermakna pertunjukan di suatu tempatyang boleh dikunjungi oleh orang ramai atau mana­mana golongan orang ramai ;

B.L.R.O.1/1984

Page 4: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

4

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem danPENG.69 Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai

LantikanSenarai

Penapis.

Filem-filemakan

dipertunjuk­kan kepadaPenapis.

"Hiburan orang ramai" termasuk pertunjukan di

panggung-panggung, permainan di atas pentas,wayang-wayang, sendiwara, permainan binatang­binatang atau sarkis, pertunjukan wayang patung­patung, dan apajua drama, temasya dan apa-apajuapertunjukan yang boleh dilihat atau apa-apa wa­

yang, yang boleh dikunjungi oleh orang ramai ataumana-mana golongan orang ramai, sarna ada

dengan bayaran atau tidak, selain daripada pertun-. jukan gambar-gambar filem ;

"Menteri" bermakna Menteri yang bertanggungjawabbagi Kebudayaan, Belia dan Sukan ;

"Setiausaha" bermakna Setiausaha Penapis yang dilan­tik mengikut bab 3.

BAHAGIANII

PUSAT PENAPIS FILEM DAN SETENGAH­SETENGAH PENGHIBURAN ORANG RAMAl

3. (1) Maka hendak diadakan satu Senarai Penapis yangmengandungi tidak lebih daripada 12 orang Ahli.

(2) Lantikan Ahli-Ahli Penapis ini adalah diperbuatoleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan dalam Majlis Mesyuarat dantiap-tiap perlantikan akan disiarkan di dalam Warta Kera­

jaan.

(3) Setiausaha Penapis adalah seorang yang akan di­lantik oleh Menteri.

4. Selain daripada yang dikecualikan berikut, makasemua filem yang hendak dipertunjukkan di dalam NegaraBrunei Darussalam mahulah sebelum dipertunjukkan kepadaorang ramai dan dengan tuan punya filem itu atau penyewa

Page 5: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai PENG.69 5

filem itu menanggungjawab atas kerosakan filem dan perbe­lanjaannya, dipertunjukkan kepada Penapis (mengandungitidak kurang daripada tiga orang Ahli) yang telah dilantikoleh Setiausaha buat menjalankan tugas-tugas menapis filem­filem itu, di suatu masa dan tempat yang boleh ditetapkan olehSetiausaha. Semasa filem itu ditayangkan untuk penapisan,maka selain daripada Ahli-Ahli Penapis itu, hanyalah penja­Ian mesin atau lain-lain orang yang dibenarkan khas olehAhli-Ahli Penapis berkenaan dengan perkara teknikal, yangboleh menghadiri pertunjukan itu.

5. (1) Setelah melihat sesuatu filem atau bukti-bukti

yang lain yang munasabah pada fikiran Penapis, maka Pe­

napis bolehlah :-

(a) Membenarkan filem itu dipertunjukkan dengantidak payah diubah atau dipotong ;

(b) Membenarkan ditunjukkan dengan berubahatau berpotong ataupun keduanya sekali dan dengansyarat yang filem itu akan ditapis semula sebelum ditun­

jukkan apabila segala perubahan atau pemotongan itutelah disempurnakan ;

(c) Membenarkan ditunjuk dengan tidak payahdiubah atau dipotong atau setelah diubah atau dipo­tong tetapi mengikut berbagai-bagai syarat ; atau

(d) Tidak dibenarkan ditunjuk.

(2) Jika seseorang tuan punya atau penyewa filem itu

terkilan di atas keputusan Penapis di bawah ceraian (1), makaPenapis hendaklah, apabila permintaan diperbuat oleh orang­orang itu, memberi dengan ringkasnya sebab-sebab keputu­san dibuat sedemikian.

6. Apa-apa jua perubahan atau pemotongan yangdikehendaki oleh keputusan Penapis di bawah bab 5 boleh di­

perbuat oleh Penapis dengan persetujuan tuan punya atau

Kuasa-kuasa

Penapis.

Perubahanatau

pemotongan.

B.L.R.O. 1/1984

Page 6: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

6

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem danPENG.69 Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai

Ikralberkenaan

denganpengenalanfilem.

Penggal l Z,

Benda-bendaiklan.

Cappenapisan.

penyewa filem itu. likalau dikehendaki oleh Penapis, makafilem-filem yang telah dikembalikan kepada tuan punya atau

penyewa filem untuk diubah atau dipotongitumahulah ditun­jukkan semula kepada Penapis di dalam tempoh 48 jam, danjua segala keratan filem yang telah ditapis itu akan diserahkankepada Penapis buat disimpan selagi filem itu berada di dalam

Negara Brunei Darussalam.

7. (1) Penapis dan Setiausaha boleh dengan masing­masingmembuat surat ikral iaitu filem yang dikenali di dalamikral itu adalah salinan yang sebenar atau filem yang dikenalisedemikian adalah salinan yang sebenar bagi filem yang telah

ditunjukkan atau akan ditunjukkan bagi penapisan.

(2) Sesiapa jua yang membuat surat ikral di bawahbab ini dengan palsu atau tidak betul di atas perkara yangmustahak boleh dihukum mengikut bab 3 Akta Surat Ikral.

8. (1) Semua benda iklan berkenaan dengan filem-filematau salinan-salinan iklan itu jika dipersetujui oleh Penapis,sebelum disiarkan mahulah diserahkan kepada Penapis danjua apa-apa maklumat tambahan yang dikehendaki oleh Pe­

napis mahulah disediakan bersama-sama.

(2) Penapis setelah memeriksa benda-benda iklan itubolehlah membenarkan iklan itu disiarkan dengan syarat­syarat yang pada fikiran Penapis patut dikenakan atau se­

baliknya tidak membenarkan iklan itu disiarkan.

9. Setiausaha akan memakai satu cap penapisan yangdengan pertimbangannya sendiri boleh ditukar atau dipindadan cap penapisan ini akan menjadi bukti, selagi tidak adabukti yang lain boleh menafikannya, yang filem ataupun iklanyang telah ditanda dengan cap itu telah ditapis dan dibenar­kan dibuat pameran atau disiarkan mengikut syarat-syaratAkta ini.

Page 7: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai PENG.69 7

10. (1) Tuan punya atau penyewa sesuatu filem ataupunbenda-benda iklan berkenaan dengan filem yang tidak puashati di atas keputusan Penapis bersangkutan dengan filematau benda-benda iklan filem, boleh dengan jalan menulis

kepada Penapis di dalam tempoh 28 hari selepas keputusanitu, merayu kepada Lembaga Penyemak yang mengandungiMenteri, Pengarah Pelajaran, Pesuruhjaya Polis dan orang­orang lain jika ada, yang dilantik oleh Kebawah Duli YangMaha Mulia daripada satu masa ke suatu masa.

(2) Menteri akan menjadi Pengerusi Lembaga itu te­

tapijika ia tidak hadir di dalam mesyuarat Lembaga itu, makabolehlah ahli-ahli yang hadir melantik seseorang daripadamereka yang hadirmenjadi Pengerusi. Pengerusi adalah mem­punyai undi halus dan muktamad.

(3) Di dalam rayuan di bawah bab ini, atau pun ara­

han di bawah bab 11, Lembaga akan mempunyai segala kua­sa-kuasa Penapis mengikut Akta ini, dan segala keputusan

,

Lembaga adalah mengatasi keputusan Penapis di atas segalaperkara yang disemak.

11. Jika Menteri, sarna ada dengan mengikut permintaanyang bertulis daripada seseorang atau dengan kehendaknyasendiri, memikirkan yang sesuatu filem yang ditunjuk atau

yang boleh dipercayainya yang filem itu akan dipertunjukkandi dalam Negara Brunei Darussalam tidak harus dipertun­jukkan, maka ia bolehmengarahkan supaya filem itu disemakoleh Lembaga, dan boleh jua mengarahkan yang filem itutidak boleh ditunjuk selagi belum disemak.

12. (1) Sesuatu filem atau benda iklan filem akan dikecua­likan daripada syarat-syarat bab 4 jika-

(a) Ia ditunjuk atau disiarkan oleh ataupun dengankebenaran sesebuah jabatan Kerajaan ; atau

Rayuan­rayuandaripadakeputusanPenapis.

Penyemakanyang istimewaoleh

Lembaga.

Pengecualian.

B.L.R.O.l/1984

Page 8: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

8

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem danPENG.69 Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai

Bayaran.

Penyemakanpenghiburan­penghiburanorang ramai.

(b) Ia telah dibenarkan untuk ditunjuk atau disiar­kan oleh Penapis Rasmi di Singapura atau di Malaysiadan jua tidak dipinda atas sebarangnya selepas dari­

pada kebenaran itu.

(2) Perenggan (b) ceraian (1) tidaklah akan bersang­kut dengan sesuatu filem atau benda-benda iklan filem yangmana Setiausaha dengan sesuatu arahan am atau khas serta

bertulis di bawah kuasanya, berkehendakkan diserah kepadaPenapis.

(3) Untuk maksud-rnaksud bab ini, "Penapis Rasmi"termasuklah sesiapajua di Singapura atau di Malaysia, meng­ikut mana yang berkenaan, daripada satu masa ke suatu masa

menjalankan tugas-tugas seumpama dengan tugas-tugas yangmasa ini dijalankan oleh Penapis Rasmi di tempat-tempat itu

. .

masmg-masmg.

13. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam MajlisMesyuarat boleh dengan kenyataan dalam Warta Kerajaan,menetapkan kadar pembayaran segala khidmat yang telahdiberi atau tugas-tugas yang dijalankan di bawah Akta ini.

(2) Maka Lembaga boleh, di dalam sesuatu perkarayang tertentu, mengarahkan yang wang bayaran untuk penye­makannya di kurangkan atau tidak langsung dikenakan.

14. (1) Sarna ada Bahagian II telah diturut atau tidak,maka Menteri boleh menegahkan buat sementara apa-apa juapameran hiburan orang ramai atau penyiaran apa-apa bendaiklan yang bersangkutan dengannya, dan pada masa itu juameminta script atau kenyataan yang penuh berkenaan denganhiburan itu untuk diserahkan kepada Penapis.

(2) Penapis, berkenaan dengan hiburan orang ramai,yang script atau kenyataan yang penuh telah diserahkan

mengikut ceraian (1), akan mempunyai kuasa yang sarna se­

bagai Penapis di bawah perenggan-perenggan (a), (b) dan (c)ceraian (1) dari bab 5 bersangkutan dengan filem.

Page 9: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai PENG.69 9

(3) Tuan punya atau pun sesiapa yang bertanggung­jawab di atas pertunjukan hiburan orang ramai yang telah ter­

kilan dengan keputusan Penapis di bawah bab ini berkenaan

dengan hiburan sedemikian, adalah mempunyai hak yangsarna sebagai tuan punya atau penyewa filem seperti yang ter­sebut di bawah ceraian (2) bab 5 dan ceraian (I) bab 10.

(4) Maka Lembaga itu hendaklah, berkaitan dengansebarang hiburan orang ramai, yang menjadi perkara ke­

putusan oleh Penapis, terhadap mana rayuan telah diperbuatkepada Lembaga itu, mempunyai semua kuasa Penapis dan

keputusannya akan mengatasi keputusan Penapis.

15. (1) Seseorang yang mempamerkan atau menyiarkan,ataupun menyebabkan atau membiarkan supaya ditunjukatau disiarkan sesuatu filem atau benda-benda iklan bagifilem, Pameran atau penyiaran yang mana belum dibenarkan

lagi, akan bersalah dan akan boleh dihukum, apabila telah

didapati salah, dengan penjara selama 12 bulan dan didenda

sebanyak $30,000.

(2) Seseorang, dengan tidak mempunyai kebenarandaripada Penapis, yang mempamerkan sesuatu cap penapi­san, ataupun mempamerkan sesuatu cap yang dikira sebagaisalah untuk cap penapisan, bersangkut dengan filem ataupunbenda-benda iklan bagi filem-filem akan bersalah dan akanboleh dihukum, apabiia telah didapati salah, dengan huku­man penjara selama 6 bulan dan didenda sebanyak $12,000.

(3) Seseorang yang melanggar, ataupun menyebab­kan atau membiarkan supaya dilanggar, suatu arahan yangdibuat oleh Menteri di bawah bab 11 akan bersalah dan boleh

dihukum, apabila telah didapati salah, dengan hukuman pen­

jara selama 3 bulan dan didenda sebanyak $6,000.

(4) Seseorang yang mempamerkan, ataupun menye­babkan atau membiarkan supaya ditunjuk sesuatu pameranorang ramai atau benda-benda iklan yang berkenaan dengan

Kesalahan­kesalahandanhukuman­hukuman.

BLR.O. 111984

Page 10: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

10 PENG.69 Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai

pameran orang ramai apakala pertunjukan itu atau iklandemikian telah ditegahkan di bawah ceraian (1) bab 14, makaorang itu adalah bersalah dan boleh dihukum, apabila telah

didapati salah, dengan hukuman penjara selama 6 bulan dandidenda sebanyak $12,000.

(5) Seseorang yang mempamerkan, ataupun menye­babkan atau membiarkan supaya dipamerkan, sesuatu hibu­ran orang ramai yang script atau kenyataan telah dihantarkankepada Penapis mengikut syarat-syarat ceraian (2) bab 14,dan pameran orang ramai yang demikian belum lagi dibenar­kan untuk dipamerkan oleh Penapis, ataupun, jika sekiranyaperkara itu untuk merayu keputusan Penapis, oleh Lembaga,maka orang itu adalah bersalah dan boleh dihukum, apabilatelah didapati salah, dengan hukuman penjara selama 6 bulandan didenda sebanyak $12,000.

(6) Jika sekiranya, di dalam perbicaraan di atas ke­salahan di bawah ceraian (3), (4) atau (5), Mahkamah berpuashati iaitu semasa yang kena tuduh itu melakukan kesalahan­nya, ianya tidak mengetahui dan tidak boleh dengan meng­gunakan perhatian yang munasabah, mendapat tahu yangadanya arahan atau tegahan sedemikian, mengikut mana

yang berkenaan, maka yang kena tuduh itu tidak akan dida­pati salah di atas tuduhannya.

(7) Dengan tidak menyinggung kepada sahnya cara­

cara memaklumkan yang lain-lain yang memadai padapandangan mahkamah, maka suatu arahan di bawah bab 11atau suatu tegahan di bawah bab 14 adalah dianggapkan telahdimaklumkan kepada seorang yang kena tuduh di bawah ke­salahan bab ini, jika orang itu telah diberitahu dengan mulutoleh Setiausaha atau sebarang pegawai polis di atas segalaarahan atau tegahan yang demikian.

(8) Suatu surat keterangan yang dikatakan sebagaiarahan di bawah bab 11 atau tegahan di bawah bab 14, selagitidak ada bukti yang lainmenafikannya, adalahmenjadi bukti

Page 11: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai PENG.69 11

di dalam mana-mana perbicaraan di bawah ceraian-ceraian

(3), (4) dan (5), yang arahan atau tegahan sedemikian telah

dibuat, dengan tidak dikehendaki bukti yang tandatangandi atas arahan atau tegahan sedemikian adalah kepunyaanMenteri.

BAHAGIAN III

PENAPISAN OLEH PENAPIS TEMPATAN BAGIPENGHIBURAN ORANG RAMAl

16. Kebawah Duli YangMaha Mulia dalam Majlis Mesyu­arat bolehlah melantik tidak lebih daripada jumlah 5 orangdan tidak kurang daripadajumlah 3 orang (selepas ini dipang­gil "Penapis Tempatan") sebagai Penapis bagi hiburan orangramai untuk sesuatu kawasan tertentu atau Daerah di dalam

Negara Brunei Darussalam.

17. Tidak ada sesuatu hiburan orang ramai yang boleh di­

pertunjukkan melainkan jika hiburan itu ditunjukkan meng­ikut dan sesuai dengan kebenaran Penapis Tempatan atau,jika sesuatu rayuan dibuat, dengan kebenaran LembagaPenyemak, dan jika sekiranya dipertunjukkan dengan ber­lawanan dengan syarat-syarat di atas, maka tuan yang punyapenghiburan, dan sesiapa yang bertanggungjawab di atas

pertunjukan itu, dan sesiapa yang membiarkan supaya per­tunjukan hiburan itu, adalah bersalah dan boleh dihukum,apabila telah didapati bersalah, dengan hukuman penjaraselama 6 bulan dan didenda sebanyak $12,000.

18. Sesuatu Penapis Tempatan, berhubung dengan mana­

mana hiburan orang ramai, adalah mempunyai kuasa yangsarna sebagai Penapis filem mengikut perenggan-perenggan(a), (c) dan (d) ceraian (1) dari bab 5 berhubung dengan se­

suatu filem :

PenapisTempalan.

Kesalahan­kesalahandanhukuman­hukuman.

Kuasa-kuasaPenapisTempatan.

B.L.R.O. 1/1984

Page 12: Penapisan Gambar-Gambar Filem dan Penghiburan ... Images/LAWS/Peng_PDF/Penggal 69...4 UNDANG-UNDANGBRUNEI PenapisanGambar-GambarFilemdan PENG.69 Penghiburan-PenghiburanOrangRamai Lantikan

UNDANG-UNDANG BRUNEI

Penapisan Gambar-Gambar Filem dan

12 PENG.69 Penghiburan-Penghiburan Orang Ramai

Dengan syarat iaitu hak-hak merayu di atas keputusanPenapis Tempatan adalah diadakan, dan bagi maksud-mak­sud rayuan sedemikian, ceraian-ceraian (3) dan (4) bab 14 ada­

lah digunakan bagi penapisan oleh Penapis Tempatan sebagaidigunakan bagi penapisan oleh Penapis tetapi dengan meng­

gantikan perkataan "Penapis Tempatan" pada perkataan"Penapis".

BAHAGIANIV

RAMPAIAN

Peraturan­

peraturan.19. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam MajlisMesyuarat boleh membuat peraturan-peraturan amnya untukmenjalankan syarat-syarat Akta ini, dan khasnya untuk

mengadakan peraturan-peraturan bagi -

(a) Aturan-aturan yang diperbuat bagi penapisansesuatu filem atau hiburan orang ramai, ataupun se­

suatu benda iklan berkenaan dengan filem atau hiburan

orang ramai ; dan

(b) Cara-cara yang akan diikut di atas sesuatu

rayuan kepada Lembaga Penyemak, di atas sesuatu ara­han di bawah bab 11 ataupun di atas sesuatu tegahan dibawah bab 11 atau bab 14.

(2) Mana-mana peraturan-peraturan yang diperbuatdi bawah bab ini bolehlah mempersyaratkan iaitu sesuatu

pelanggaran mana-mana peraturan-peraturan itu akan men­

jadikan kesalahan yang boleh dihukum dengan hukumanyang ditetapkan yang tidak lebih daripada penjara selama 3bulan dan didenda sebanyak $6,000.