1korintus - ebible.org · 1korintus2:1 4 1korintus2:9 2 1 saudara-saudaraku! ketika aku datang...

42
1 Korintus 1:1 1 1 Korintus 1:10 1 Korintus Salam 1 Daripada Paulus yang dengan kehendak Allah telah di- lantik sebagai Rasul Isa al-Masih, dan daripada Sostenes, saudara kita; 2 Kepada jemaah di Korintus, yang telah disucikan dalam Isa al-Masih, dan yang telah dipanggil untuk menjadi orang salih bersama semua orang di mana jua, yang berseru kepada Junjungan kita Isa al-Masih, Junjungan mereka dan Junjungan kita juga. 3 Semoga Allah Bapa kita dan Junjungan Isa al-Masih menganugerahimu kasih kurnia dan sejahtera. Ucapan syukur 4 Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu, sebab Dia telah menganugerahimu kasih kurnia dalam Isa al-Masih. 5 Oleh sebab di dalam Isa al-Masih, kamu telah diperkayakan dalam segala hal: dalam segala perkataan dan dalam segala pengetahuan; 6 bahkan kesaksian ten- tang al-Masih telah diperkukuh dalam dirimu, 7 sehingga kamu tidak kekurangan satu kurnia pun sementara me- nunggu Junjungan kita Isa al-Masih dinyatakan. 8 Dia akan menguatkanmu hingga akhir supaya kamu tidak bercela pada hari Junjungan kita Isa al-Masih. 9 Allah setia. Allah telah memanggilmu hidup dalam keakraban dengan Putera-Nya, Isa al-Masih, Junjungan kita. Perpecahan di kalangan Jemaah 10 Saudara-saudaraku! Demi nama Junjungan kita Isa al-Masih aku berseru kepada kamu semua supaya seia

Upload: hoangcong

Post on 10-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 Korintus 1:1 1 1 Korintus 1:10

1 KorintusSalam

1Daripada Paulus yangdengankehendakAllah telah di-lantik sebagai Rasul Isa al-Masih, dan daripada Sostenes,saudara kita;2 Kepada jemaah di Korintus, yang telah disucikan dalamIsa al-Masih, dan yang telah dipanggil untuk menjadiorang salih bersama semua orang di mana jua, yangberseru kepada Junjungan kita Isa al-Masih, Junjunganmereka dan Junjungan kita juga.3 Semoga Allah Bapa kita dan Junjungan Isa al-Masihmenganugerahimu kasih kurnia dan sejahtera.

Ucapan syukur4 Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu,

sebab Dia telahmenganugerahimu kasih kurnia dalam Isaal-Masih. 5 Oleh sebab di dalam Isa al-Masih, kamu telahdiperkayakan dalam segala hal: dalam segala perkataandan dalam segala pengetahuan; 6 bahkan kesaksian ten-tang al-Masih telah diperkukuh dalam dirimu, 7 sehinggakamu tidak kekurangan satu kurnia pun sementara me-nunggu Junjungan kita Isa al-Masih dinyatakan. 8 Diaakan menguatkanmu hingga akhir supaya kamu tidakbercela pada hari Junjungan kita Isa al-Masih. 9 Allahsetia. Allah telah memanggilmu hidup dalam keakrabandengan Putera-Nya, Isa al-Masih, Junjungan kita.

Perpecahan di kalangan Jemaah10 Saudara-saudaraku! Demi nama Junjungan kita Isa

al-Masih aku berseru kepada kamu semua supaya seia

1 Korintus 1:11 2 1 Korintus 1:19sekata dan tidak wujud perpecahan. Dengan demikian,kamu bersatu hati dan fikiran sepenuhnya. 11 Saudara-saudaraku, beberapa orang anggota keluarga Kloe telahmenyatakan kepadaku bahawa berlaku sengketa antarakamu. 12 Inilah yang kumaksudkan: Ada orang yangberkata, ‘Aku mengikut Paulus’; ada yang berkata, ‘Akumengikut Apolos’; ada yang berkata, ‘Aku mengikutPetrus’; dan ada pula yang berkata, ‘Aku mengikut al-Masih.’

13Adakah al-Masih berbelah-bahagi? Bukannya Paulusyang mati di kayu salib untukmu! Bukanlah seba-gai pengikut Paulus kamu telah diimadkan! 14 Akubersyukur kepada Allah kerana aku tidak mengimadkankamu, kecuali Krispus dan Gayus. 15 Oleh itu tiadasiapapun dapat mengatakan kamu diimadkan dalam na-maku. 16 (Sebenarnya, aku juga mengimadkan Stefanussekeluarga. Selain itu, aku tidak ingat siapakah lagiyang kuimadkan.) 17 Al-Masih mengutusku bukan untukmengimadkan orang, tetapi untuk menyebarkan Injil.Aku menyampaikannya bukan dengan kata-kata kebijak-sanaan manusia. Dengan demikian salib al-Masih tidakmenjadi sia-sia.

Kebijaksanaan Allah dan kebijaksanaan manusia18 Bagi mereka yang akan binasa, berita tentang salib

dianggap suatu kebodohan. Namun, bagi kita yang dise-lamatkan Allah, berita itu menunjukkan kekuasaan-Nya.19 Telah tersurat:‘Allah berfirman,

“Aku akan memusnahkankebijaksanaan orang yang bijak.Dan kepandaian orang yang pandaiAku akan ketepikan.” ’

1 Korintus 1:20 3 1 Korintus 1:3120 Jadi, di manakah orang yang bijak? Di manakah ahliTaurat? Di manakah orang berilmu zaman ini? BukankahAllah telah menunjukkan bahawa kebijaksanaan duniasebenarnya kebodohan semata-mata? 21 Oleh sebab ke-bijaksanaan Allah, Dia telah menetapkan bahawa manu-sia tidak mungkin mengenal-Nya dengan kebijaksanaansendiri. Allah berkenanmenyelamatkanmereka yang be-riman kepada-Nya melalui berita yang kami sampaikan,yang dianggap sebagai kebodohan. 22 Orang Yahudimenuntut tanda berbentuk mukjizat, manakala orangYunani menuntut kebijaksanaan. 23 Sebaliknya kamimemberitakan al-Masih yangdisalib. Hal inimenjadi batusandungan kepada orang Yahudi dan dipandang bodoholeh bangsa-bangsa lain. 24 Namun, bagi mereka yangdipanggil Allah, baik Yahudi mahupun Yunani, al-Masihkuasa Allah dan kebijaksanaan Allah. 25Kebodohan Allahlebih bijak daripada kebijaksanaan manusia. KelemahanAllah lebih kuat daripada kekuatan manusia.

26 Saudara-saudara! Fikirkan keadaanmu ketika Al-lah memanggilmu. Di mata manusia, tidak ramai dari-padamu yang bijak, atau berkuasa, atau bangsawan.27 Sememangnya Allah memilih orang yang bodoh didunia untuk memalukan orang yang bijak. Allah memilihorang yang lemah di dunia, untuk memalukan orangyang kuat. 28 Allah memilih yang rendah dan dihina didunia bahkan yang tidak ada untukmeniadakan yang ada.29Oleh itu, tiada siapapun dapat bermegah di hadapan Al-lah. 30Oleh sebab Allah, kamu berada dalam Isa al-Masih.Allah telahmembuat Diamenjadi kebijaksanaan bagi kita,dan melalui Dia, Allah memperbenar, menyucikan, sertamenebus kita. 31 Dengan demikian, sebagaimana telahtersurat, ‘Jika sesiapa bermegah, maka hendaklah diabermegah di dalam Tuhan.’

1 Korintus 2:1 4 1 Korintus 2:92

1 Saudara-saudaraku! Ketika aku datang kepadamuuntuk menyampaikan rahsia Allah, aku tidak datangdengan kata-kata indah atau kebijaksanaan. 2 Ini ker-ana sewaktu aku bersamamu, aku telah bertekad untukmenyampaikan berita tentang Isa al-Masih semata-mata,khususnya tentang kewafatan-Nya di kayu salib. 3 Olehitu, ketika aku mendekatimu, aku daif dan gementarketakutan. 4 Dan perkhabaran serta pengajaranku tidakdisampaikan dengan kata-kata hikmat yang meyakinkan.Sebaliknya aku menyampaikannya secara menunjukkankuasa Roh. 5 Dengan demikian, imanmu bukanlah be-rasaskan kebijaksanaanmanusia, tetapi berasaskan kuasaAllah.

Kebijaksanaan yang benar6 Namun begitu, aku berkata juga tentang kebijak-

sanaan kepada mereka yang sudah matang kehidupanrohaninya. Kebijaksanaan itu bukanlah kebijaksanaandunia, atau kebijaksanaan para penguasa dunia ini, ker-ana kuasa mereka akan punah. 7 Kebijaksanaan yangkusampaikan itu kebijaksanaan daripada Allah, di luarpengetahuanmanusia, yang telah diwujudkan-Nya untukkemuliaan kita sebelum Dia mencipta dunia ini. 8 Parapenguasa dunia ini tidak mengetahui kebijaksanaan itu.Kalaulah mereka tahu, mereka tidak akan menyalib Jun-jungan Yang Mulia. 9 Sebagaimana telah tersurat:

‘Apa yang belum pernah dilihat oleh mataatau didengar oleh telinga,

atau timbul dalam hati manusia,itulah yang disediakan Allahuntuk mereka yang mengasihi-Nya.’

1 Korintus 2:10 5 1 Korintus 3:110Akan tetapi kepada kita, Allah menyatakannya melaluiRoh-Nya, kerana Roh itu yang menyoroti segala-galanya,termasuk rahsia Allah yang paling dalam. 11 Siapakah diantara kita yang mengetahui apa yang terdapat dalamdiri seseorang selain roh orang itu sendiri yang beradadalam dirinya? Begitulah juga tidak ada seorang punyang mengetahui apa yang terdapat dalam diri Allahselain Roh Allah. 12 Kita tidak menerima roh duniaini. Kita menerima Roh daripada Allah agar mengetahuisegala kurnia Allah kepada kita. 13 Jadi, segala perkaraini kami sampaikan bukan dengan kata-kata daripadakebijaksanaan manusia tetapi daripada ajaran Roh yangmenggabungkan fikiran rohani dengan kata-kata rohani.14 Orang yang tidak mempunyai Roh Suci tidak dapatmenerima kurnia daripada Roh Allah, kerana merekatidak mungkin mengertinya malah menganggapnya ke-bodohan semata-mata, dan mereka tidak dapat mema-haminya, disebabkan perkara-perkara itu hanya dapatdinilai secara rohani. 15 Orang yang mempunyai RohSuci dapatmenilai segala-galanya tetapi tiada siapa dapatmenilai orang itu. 16 Ini kerana:

‘Siapakah yang mengetahui fikiran Tuhan?Siapakah yang berupaya menasihati-Nya?’

Namun demikian, kita mempunyai fikiran al-Masih!

3Perselisihan

1 Saudara-saudaraku! Aku tidak dapat bercakap den-ganmu seperti dengan orang yang mempunyai Roh Suci.Aku terpaksa bercakap denganmu seperti dengan orang

1 Korintus 3:2 6 1 Korintus 3:12yang masih hidup secara duniawi atau yang masih men-tah dalam iman terhadap al-Masih. 2 Dulu aku member-imu susu kerana kamu belum sedia menerima makanankeras. Tetapi sekarang pun kamu masih belum bersediamenerimanya. 3 Kerana kamu masih hidup secara duni-awi. Kamu berdengki-dengkian dan berbalah; bukankahitu tanda kamumasih hidup secara duniawi, sama sepertimanusia biasa? 4 Apabila seorang daripadamu berkata,‘Aku mengikut Paulus’ dan seorang lagi berkata, ‘Akumengikut Apolos’, bukankah kelakuanmu sama sepertikelakuan orang dunia ini?

5 Siapakah Apolos? Siapakah Paulus? Kami hanyalahhamba Allah yang memimpinmu ke arah iman terhadapal-Masih. Kami sekadar menjalankan tugas yang dite-tapkan oleh Tuhan. 6 Aku menyemaikan benih man-akala Apolos menyiram, tetapi Allah yang membolehkantanaman itu tumbuh. 7 Yang menyemaikan benih danyangmenyiram tidak penting. Hanya Allah yang penting,kerana Dialah yang membolehkan tanaman itu tumbuh.8 Yang menyemaikan benih dan yang menyiram mem-punyai kedudukan yang sama. Allah akan mengurniakanganjaran berdasarkan kerja masing-masing.

9 Kami sama-sama pekerja Allah, dan kamu ibaratladang Allah. Kamu juga boleh diumpamakan sebagaibangunan Allah.

10 Dengan kasih kurnia Allah, aku sebagai pembinayang mahir telah meletakkan asas bangunan itu, laluorang lain membina bangunan di atas asas itu. Se-tiap orang yang membina perlu berhati-hati. 11 Keranatiada siapa yang dapat meletakkan asas selain asas yangtelah tersedia, iaitu Isa al-Masih. 12 Ada orang yangmenggunakan emas, perak atau permata untuk membinabangunan di atas asas itu. Ada pula yang menggunakan

1 Korintus 3:13 7 1 Korintus 4:2kayu, rumput kering atau jerami. 13 Mutu kerja setiaporang akan terserlah pada hari Tuhan datang kembali,kerana ia akan diuji dengan api. 14 Sekiranya bangunanyangdidirikandi atas asas itu tahan api, pembinanya akanmendapat ganjaran. 15 Sebaliknya, jika bangunan yangdibina oleh seseorang itu dimakan api, dia akan kerugian,walaupun dirinya terselamat seperti orang yang terlepasdaripada kebakaran.

16 Kamu tentu tahu bahawa kamu tempat kediamanAllah, kerana Roh Suci tinggal di dalam dirimu. 17 Olehitu, sekiranya seseorangmemusnahkan tempat kediamanAllah, Allah akanmemusnahkan orang itu, kerana tempatkediaman Allah itu suci dan kamulah tempat kediamanAllah itu.

18 Janganlah menipu diri. Jika sesiapa di kalanganmumenganggap dirinya bijak berdasarkan penilaian dunia,dia harusmenjadikan dirinya bodoh dimata dunia supayadia benar-benar bijak; 19 kerana apa yang dipandangdunia sebagai kebijaksanaan sebenarnya kebodohan disisi Allah. Telah tersurat: ‘Allah memerangkap orangbijak dengan kecerdikanmereka sendiri.’ 20 Juga tersurat:‘Tuhan mengetahui fikiran orang bijak itu sia-sia.’ 21 Jadi,janganlah bermegah dengan perbuatan manusia, keranasegala-galanya telah dikurniakan kepadamu. 22 Paulus,Apolos, Kefas, dunia ini, hidup dan mati, zaman ini danzaman akan datang, segala-galanya milikmu, 23dan kamumilik al-Masih, dan al-Masih milik Allah.

4Hamba al-Masih

1 Kamu hendaklah memandang kami sebagai hambaal-Masih yang diamanahkan dengan rahsia-rahsia Al-lah. 2 Setelah dipertanggungjawabkan dengan amanah,

1 Korintus 4:3 8 1 Korintus 4:10hamba demikian itu wajib membuktikan bahawa dia da-pat dipercayai. 3 Aku tidak peduli apa pandanganmudanorang lain terhadapku;malah pandanganku terhadapdiriku sendiri pun tidak penting. 4 Aku tidak berasabersalah, tetapi ini tidak bererti aku tidak bersalah.Hanya Tuhan yang berhak menentukan sama ada akubersalah atau tidak. 5 Oleh itu janganlah putuskan samaada seseorang itu bersalah atau tidak sebelum sampaiwaktunya. Tunggulah hingga Junjungan datang kem-bali dan mendedahkan segala rahsia yang diselubungikegelapan, segala niat yang terpendam di hati manusia.Ketika itulah setiap orang akan mendapat penilaian yangsewajarnya daripada Allah.

6 Saudara-saudaraku! Untuk kebaikanmu, segala initelah kukerjakan dalam diriku dan Apolos supaya denganmengikut teladan kami, kamu dapat mengerti kata-katahikmat ini: ‘Janganlah melampaui apa yang telah ter-surat’. Dengan demikian, kamu tidak memegahkan sese-orang daripada yang lain. 7 Siapakah yang menjadikandirimu lebih baik daripada yang lain? Apakah yang adapadamuyang tidak kamu terima? Jadi, jika kamumemangmenerimanya,mengapakah kamubermegah, seolah-olahapa yang ada padamu itu bukan kurnia-Nya?

8 Ya, kamu tidak memerlukan apa-apa lagi! Kamumemang sudah kaya-raya! Tanpa kami pun kamu sudahmenjadi raja! Namun, kamu tidak begitu. Alangkahbaiknya jika kamu benar-benar raja. Dapatlah kamimemerintah bersamamu. 9 Pada pandanganku, Allahmemberikan kedudukan paling rendah kepada kami pararasul; tak ubah seperti orang yang dijatuhi hukummati dihadapan orang ramai, dijadikan tontonan para malaikatdan manusia. 10 Kerana al-Masih, kami menjadi orangyang bodoh; tetapi kerana al-Masih, kamu menjadi orang

1 Korintus 4:11 9 1 Korintus 4:21bijak. Kami lemah, namun kamu kuat! Kami dihina,sedangkan kamu dimuliakan! 11 Hingga saat ini kamilapar dan dahaga, berpakaian lusuh, didera, tiada tempattinggal yang tetap. 12 Kami bertungkus-lumus menyarahidup. Kami membalas sumpah seranah dengan berkatrestu, dan bersabar ketika dianiaya. 13 Kami membalascaci maki dengan kata-kata yang baik. Kami dianggapsampah masyarakat, sampah dunia hingga sekarang.

14 Aku menulis demikian kepadamu bukanlah untukmemalukanmu, tetapi untukmenasihatimu sebagai anak-anakku yang kusayangi. 15 Walaupun kamu mungkinmempunyai sepuluh ribu orang pengasuh dalam Isa al-Masih, bapamu tidaklah ramai. Ini kerana dalam al-Masih, aku seperti bapamu yang telah membawa In-jil kepadamu. 16 Oleh itu aku menyeru kamu, ikutlahteladanku. 17 Bagi tujuan itu aku mengutus Timotius,anakku yang dikasihi dan setia dalam Tuhan. Dia akanmengingatkan kamu tentang jalan hidup yang kuikutsejak beriman kepada al-Masih, iaitu jalan hidup yangtelah kuajarkan kepada jemaah di serata tempat.

18 Ada di antara kamu yang bersikap angkuh keranamenyangka aku tidak akan mengunjungimu. 19 Kiranyadiizinkan Tuhan, aku akan mengunjungimu tidak lamalagi dan melihat bukan hanya apa yang dikatakan olehorang yang angkuh itu tetapi apa kuasamereka. 20Keranakerajaan Allah bukan sekadar kata-kata sahaja tetapiterdiri daripada kuasa. 21 Mana yang kamu pilih? Agaraku datang kepadamu dengan rotan, atau dengan kasihsayang dan lemah lembut?

5Dosa dalam Jemaah

1 Korintus 5:1 10 1 Korintus 5:111 Aku dimaklumkan bahawa di kalanganmu ada per-

buatan cabul yang tidak pernah dilakukan oleh orangyang tidak mengenal Tuhan pun: Seorang lelaki berzinadengan isteri ayahnya. 2 Namun begitu, kamu masihbermegah. Sewajarnya kamu bersedih dan bertindakmenyingkirkan orang yang melakukan perbuatan itu.3 Walaupun pada lahirnya aku jauh daripadamu, namunpada batinnya aku bersamamu. Aku pun sudah men-jatuhkan hukuman atas orang yang melakukan perbu-atan itu seolah-olah aku berada di tengah-tengah kamu.4Apabila kamu berhimpun demi nama Junjungan kita Isa,sifatkanlah aku ada di kalanganmu pada batinnya dandengan kuasa Junjungan kita Isa 5 serahkanlah orang itukepada Iblis supaya tubuhnyadimusnahkan tetapi rohnyadapatlah diselamatkan pada hari Junjungan datang kem-bali.

6 Kamu tidak harus bermegah. Tentu kamu mengenalpepatah ini: ‘Sedikit ragi mencemari seluruh adunan.’7 Buanglah ragi lama supaya kamu menjadi adunan barutanpa ragi. Aku tahu bahawa kamu sebenarnya begitu.Kerana al-Masih, domba Paska kita telah dikorbankan.8 Marilah kita sambut perayaan Paska bukan denganragi yang lama, ragi lambang kejahatan dan kezaliman,melainkan dengan roti yang tidak beragi, iaitu ketulusanhati dan keikhlasan.

9 Dalam suratku yang lalu, aku telah menyerumusupaya menjauhkan diri daripada orang yang cabul.10 Orang cabul yang kumaksudkan bukanlah yang tidakmengenal Allah maka berkelakuan cabul, tamak, menipudan menyembah berhala. Untuk menjauhkan diri dari-pada mereka ini, terpaksalah kamu keluar dari duniaini. 11Maksudku ialah kamu tidak harus bergaul denganorang yang mengaku dirinya sebagai saudara tetapi pada

1 Korintus 5:12 11 1 Korintus 6:8hakikatnya orang yang cabul, tamak, penyembah berhala,pengumpat, pemabuk atau penipu. Janganlah makanbersama mereka.

12 Apakah urusanku sehingga aku harus mengadiliorang di luar jemaah? Bukankah kamu hanya mengadiliorang di dalam jemaah saja? 13 Tetapi bagi yang di luarjemaah, Allah sendiri akan mengadili mereka. Oleh itu,kamu harus singkirkan orang yang durjana dari kalan-ganmu.

6Tuntutan mahkamah tidak digalakkan

1 Sekiranya salah seorang antara kamu bertikai denganyang lain, wajarkah dia bawa perkara itu ke hadapanhakim yang tidak mengenal Allah dan bukan kepadaorang salih? 2 Tidakkah kamu tahu bahawa orang salihakan mengadili dunia ini? Jika kamu mengadili dunia ini,tidak sanggupkah kamu mengadili perkara yang kecil?3 Tidakkah kamu tahu bahawa kita akan mengadili paramalaikat? Apatah lagi hal ehwal hidup sehari-hari?4Adakahkamuakanmembawaperkara begitu kehadapanorang yang langsung tidak ada kedudukan di kalanganjemaah? 5Alangkahmemalukan! Tentu ada seorang dari-pada kamu yang cukup bijaksana untuk menyelesaikanpertikaian antara saudara seiman. 6Tetapi tidak, seorangsaudara tergamak mendakwa saudara yang lain, justerudi hadapan orang yang tidak percaya!

7 Dengan adanya pendakwaan sesama kamu, jelaslahbahawa kamu sudah ditewaskan. Daripada yangdemikian, bukankah lebih baik kamu dipersalahkan?Bukankah lebih baik kamu dirugikan. 8 Sebaliknya kamusendiri yang bersalah dan merugikan saudara seimanmusendiri!

1 Korintus 6:9 12 1 Korintus 6:189 Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak taat

akan perintah Allah tidak akan menikmati kerajaan Al-lah. Janganlah menipu diri. Orang yang berkelakuancabul, menyembah berhala, berzina, melakukan liwat,10 mencuri, bersikap tamak, sering mabuk, mengumpatatau merompak – semuanya tidak akan menikmati kera-jaan Allah. 11 Begitulah kelakuan sebilangan daripadamudahulu. Tetapi kamu telah dibersihkan, dikuduskan dandiperbenarkan dalam nama Junjungan Isa al-Masih dandengan Roh Allah Tuhan kita.

Percabulan12 Segala-galanya halal bagiku, tetapi bukan segala-

galanya berfaedah. Segala-galanya halal bagiku, tetapiaku tidak membiarkan sesuatu memperhamba diriku.13 Makanan untuk perut dan perut untuk makanan. Ya,tetapi Allah akan menghapuskan kedua-duanya. Tubuhkita bukan untuk melakukan perbuatan cabul, tetapiuntuk Tuhan, dan Tuhan untuk tubuh kita. 14Allah telahmembangkitkan Junjungan daripada kematian. Begitu ju-galah Allah akan membangkitkan kita daripada kematiandengan kuasa-Nya. 15Kamu tahu bahawa tubuh kamu itusebahagian tubuh al-Masih; maka wajarkah kamu men-jadikannya sebahagian tubuh seorang pelacur? Tidaksekali-kali! 16Atau tidakkah kamu tahu bahawa seseorangyang bersetubuh dengan seorang pelacur itu menjadisatu tubuh dengan pelacur itu? Di dalam kitab sucijelas tersurat, ‘Mereka berdua menjadi satu.’ 17 Apabilaseseorang menyatukan diri dengan Tuhan, rohnya akanmenjadi satu dengan Roh Tuhan.

18 Jauhilah perbuatan cabul. Dosa lain tidak di-lakukan terhadap tubuh sendiri; tetapi seseorang yangmelakukan perbuatan cabul berdosa terhadap tubuhnya

1 Korintus 6:19 13 1 Korintus 7:9sendiri. 19 Kamu tentu tahu bahawa tubuhmu itu tem-pat kediaman Roh Suci yang telah dikurniakan Allahkepadamu. Tubuhmu bukanlah milikmu, tetapi milikAllah. 20 Allah telah membelimu dengan harga yang su-dah dibayar sepenuhnya. Oleh itu, gunakanlah tubuhmuuntuk memuliakan Allah.

7Tentang perkahwinan

1 Sekarang aku akan membincangkan masalah yangkamu kemukakan di dalam suratmu. Jika seorang lelakitidak berkahwin, itu memang baik. 2 Namun demikian,supaya tidak tergoda melakukan perbuatan yang cabul,lebih baiklah setiap lelaki itu beristeri dan setiap perem-puan bersuami. 3 Seorang suami harus menunaikankewajipan kepada isterinya, begitu juga seorang isterikepada suaminya. 4 Seorang isteri tidak berkuasa keatas tubuhnya sendiri; suaminya berkuasa ke atas tubuh-nya. Demikianlah juga, seorang suami tidak berkuasake atas tubuhnya sendiri; isterinya yang berkuasa keatas tubuhnya. 5 Jangan renggangkan hubungan sebagaisuami isteri, kecuali sementara waktu dengan persetu-juan bersama untuk bertumpu kepada ibadat. Tetapisetelah itu teruskan hubungan sebagai suami isteri, su-paya Iblis tidak berjaya menggodamu kerana kamu tidakdapat menahan nafsu. 6Akumenyampaikan ini bukanlahsebagai perintah tetapi sebagai nasihat. 7Memanglah akulebih suka sekiranya kamu semua sepertiku. Tetapi Allahmemberikan kurnia yang khusus; yang seorang kurniaini, yang lain kurnia itu.

8 Kepada yang belum berkahwin dan kepada wanitayang telah menjadi balu. Inilah nasihatku: Memangbaik kamu terus hidup sendirian seperti aku. 9 Tetapi

1 Korintus 7:10 14 1 Korintus 7:16

sekiranya kamu tidak dapat menahan nafsu, berkahwin-lah. Ini lebih baik daripada membiarkan hawa nafsubergelora.

10 Kepada yang sudah berkahwin, inilah perintahku,yang sebenarnya bukan perintah aku tetapi perin-tah Tuhan. Seorang isteri tidak boleh meninggalkansuaminya. 11 Tetapi jika seorang isteri telah mening-galkan suaminya, diamesti terus hidupbersendirian, ataudia boleh balik kepada suaminya. Seorang suami tidakboleh menceraikan isterinya.

12 Kepada yang lain aku memberikan nasihat ini, iaitunasihatku sendiri, bukan perintah Allah: Jika seoranglelaki beriman mempunyai isteri yang tidak beriman danisteri itu bersetuju terus hidup bersamanya, maka lelakiitu tidak boleh menceraikan isterinya. 13 Jika seorangwanita beriman mempunyai suami yang tidak berimandan suami itu bersetuju untuk terus hidup bersamanya,maka wanita itu tidak boleh menceraikan suaminya.14 Seorang suami yang tidak beriman menjadi suci ker-ana isterinya. Demikian juga, seorang isteri yang tidakberiman menjadi suci kerana suami. Jika tidak, anak-anakmu akan menjadi anak-anak yang tercela. Tetapidengan demikian mereka adalah anak-anak yang suci.

15 Namun demikian, jika seseorang yang tidak beri-man hendak meninggalkan isteri atau suaminya yangberiman, biarkanlah dia berbuat demikian. Jika ini ter-jadi, suami atau isteri yang beriman itu bebas membuatpilihan. Allah mahu kamu semua hidup aman damai.16 Wahai isteri yang beriman, bagaimana kamu bolehpasti bahawa kamu tidak akan dapat menyelamatkansuamimu? Demikian juga, wahai suami yang beriman,bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu tidak akandapat menyelamatkan isterimu?

1 Korintus 7:17 15 1 Korintus 7:28Hidup dalam keadaan seperti waktu dipanggil Allah

17 Setiap orang harus hidup dalam keadaan yangditetapkan Tuhan untuknya ketika memanggilnya.Demikianlah ajaran yang telah kusampaikan kepadasemua jemaah. 18 Contohnya, jika seseorang itusudahpun bersunat sewaktu Allah memanggilnya,janganlah pula dia cuba menghilangkan tanda sunatitu. Demikian juga, sekiranya seseorang itu tidakbersunat semasa Allah memanggilnya, janganlah diameminta disunat. 19 Bersunat atau tidak bersunat bukanperkara yang terpenting. Yang terpenting ialah taatakan perintah Allah. 20 Setiap orang harus terus hidupdalam keadaannya ketika dia telah dipanggil Allah. 21 Jikakamu hamba ketika dipanggil Allah, janganlah bersusahhati kerana itu; tetapi jika kamu mendapat peluanguntuk menjadi orang merdeka, ambillah peluang itu.22 Hamba yang beriman kepada Tuhan menjadi orangmerdeka di sisi Tuhan. Begitu juga orang merdeka yangberiman kepada al-Masih menjadi hamba kepada al-Masih. 23 Kamu telah dibeli dengan harga yang dibayarsepenuhnya; maka janganlah kamu menjadi hambamanusia. 24 Saudara-saudaraku, masing-masing hiduplahbersama Allah dalam keadaan yang sama seperti ketikadipanggil Allah.

25 Tuhan tidak memberiku perintah tentang orangyang belum kahwin; tetapi aku menasihatimu, keranadengan belas kasihan Tuhan aku boleh dipercayai. 26Olehsebab kini kita diancam pelbagai pancaroba, aku yakinbahawa setiap lelaki baiklah meneruskan hidup dalamkeadaannya sekarang. 27 Sekiranya kamu sudah beristeri,janganlah cuba menceraikan isterimu. Jika kamu belumberisteri, usahlah berkahwin. 28 Namun, kalau kamuberkahwin, kamu tidaklah berdosa. Demikian juga, jika

1 Korintus 7:29 16 1 Korintus 7:36seorang gadis berkahwin, dia tidak berdosa. Tetapi orangyang berkahwin banyak menghadapi masalah; aku mahukamu bebas daripada masalah itu.

29 Saudara-saudaraku, maksudku demikian: Masa kitasudah semakin suntuk. Mulai sekarang, setiap lelaki yangberisteri, hiduplah seolah-olah tidak beristeri; 30 orangyang menangis, hiduplah seolah-olah tidak bersedih;orang yang tertawa, hiduplah seolah-olah tidak gem-bira; orang yangmembeli barang, sifatkanlah seolah-olahbarang yang dibeli itu tidak dimiliknya; 31 Orang yangmenggunakan barang-barang yang ada di dunia seolah-olah tidakmenggunakannya kerana dunia dalam keadaansekarang sedang lenyap.

32 Aku mahu kamu bebas daripada kerunsingan. Se-orang yang tidak beristeri akan menumpukan minatkepada hal-hal ketuhanan untuk mendapat keredaan-Nya. 33 Sebaliknya, seorang yang mempunyai isteriakan menumpukan perhatian kepada hal-hal duniawiuntuk menggembirakan isterinya. 34 Dengan demikianperasaannya berbelah-bagi. Seorang wanita atau gadisyang tidak bersuami menumpukan minatnya kepadahal-hal ketuhanan kerana ingin mengabdikan seluruhdirinya kepada Tuhan. Tetapi seorang wanita yangtelah bersuami akan memusatkan perhatian kepada hal-hal duniawi untuk menyukakan hati suaminya. 35 Akumenasihati kamu demikian untuk menolongmu. Akutidak mahu melarangmu membuat itu dan ini. Aku inginkamu melakukan apa yang wajar dan mengabdikan dirisepenuh hati kepada Tuhan.

36 Sekiranya seorang lelaki merasa dia tidak adil ter-hadap tunangnya, dan jika gadis itu semakin meningkatusianya, dan dia merasa dia patut berkahwin dengan

1 Korintus 7:37 17 1 Korintus 8:6gadis itu, maka dia harus bertindak menurut hasrat-nya. Dia tidaklah berdosa jika berkahwin. 37 Tetapi jikaseorang lelaki dengan kerelaannya sendiri mengambilkeputusan tidak akan berkahwin dengan gadis tunangnyaitu, dan dia dapat mengawal nafsunya, serta tahu apayang akan dilakukannya, maka lebih baiklah dia tidakberkahwin. 38 Tegasnya, berkahwin itu baik, tetapi tidakberkahwin lebih baik lagi.

39 Seorang wanita yang telah berkahwin terikat kepadasuaminya hanya sepanjang hayat suaminya itu. Setelahsuaminya meninggal dunia, wanita itu bebas berkahwinlagi dengan sesiapa sahaja lelaki pilihannya asalkan diaseorang beriman. 40Tetapi wanita itu akan lebih berbaha-gia jika tidak berkahwin lagi. Ini fikiranku sendiri, tetapiaku yakin aku mendapat panduan daripada Roh Allah.

8Makanan yang dipersembahkan kepada berhala

1 Sekarang tentang soal makanan yang telah dipersem-bahkan kepada berhala: Kita tahu bahawa kita semuamempunyai ilmu pengetahuan. Tetapi ilmu pengetahuanboleh membuat orang angkuh manakala kasih membinahidup. 2 Seseorang yang menyangka dirinya serba tahu,sebenarnya tidak mengetahui apa yang patut diketahui.3 Tetapi seseorang yang mengasihi Allah, dikenal olehAllah.

4 Tentang makan makanan yang dipersembahkankepada berhala: Kita tahu bahawa berhala menggam-barkan sesuatu yang tidak ada. Kita tahu bahawa Allahitu Esa, tiada tuhan selain Allah. 5Walaupun ramai yangdipanggil dewa dan junjungan, di syurga dan di bumi,6 namun bagi kita Allah adalah Esa, Bapa yang menciptasegala-galanya, dan untuk Dialah kita hidup. Junjungan

1 Korintus 8:7 18 1 Korintus 9:1kita juga Esa, iaitu Isa al-Masih. Segala-galanya diciptamelalui-Nya, dan kerana Dialah kita hidup.

7 Tetapi tidak semua orang yang mengetahui hakikatini. Ada orang yang hingga sekarang ini sudah biasamenyembah berhala, dan apabila mereka makanmakanan yang telah dipersembahkan kepada berhala,mereka merasakan bahawa makanan itu makananberhala. Oleh itu, hati nurani mereka yang lemahmenjadi ternoda. 8 Sebenarnya makanan tidak dapatmengeratkan hubungan kita dengan Allah. Kita tidakakan rugi jika kita tidak makan makanan itu, dan tidakpula untung jika memakannya.

9 Namun demikian, berhati-hatilah, jangan sampaikebebasanmu melakukan apa sahaja menjadi batu san-dungan kepada orang yang lemah. 10 Sekiranya sese-orang yang hati nuraninya lemah melihat kamu yangdianggap lebih berpengetahuan makan di kuil berhala,tidakkah ini akan menggalakkannya makan makananyang dipersembahkan kepada berhala? 11 Dengandemikian pengetahuan kamu itu membawa kebinasaankepada saudaramu yang lemah itu, sedangkan al-Masihtelah mati untuknya juga. 12 Jika kamu secara demikianberdosa terhadap saudara-saudaramu dan melukai hatinurani mereka yang lemah, kamu sebenarnya berdosaterhadap al-Masih. 13 Jadi, jika makanan menyebabkansaudaraku berdosa, aku tidak akanmakan daging lagi, su-paya jangan sampai akumembuat saudaraku tersandung.

9Hak dan kewajipan rasul

1 Bukankah aku seorang yang ‘merdeka’? Bukankahaku seorang rasul? Tidakkah aku pernahmelihat Isa, Jun-jungan kita? Bukankah kamu hasil kerjaku untuk Tuhan?

1 Korintus 9:2 19 1 Korintus 9:132 Mungkin orang lain enggan mengakuiku sebagai rasul,tetapi kamu pasti mengakuiku! Hidupmu bersatu denganTuhan membuktikan kerasulanku.

3 Apabila orang mengecamku, kujawab demikian.4 Tidak berhakkah kami menerima makanan dan minu-man untuk kerja kami? 5 Tidakkah kami berhak mem-bawa isteri yang beriman, sebagaimana yang dilakukanoleh saudara-saudara Junjungan dan oleh rasul-rasul laintermasuk Kefas? 6 Wajarkah aku dan Barnabas sahajamencari nafkah sendiri?

7Tiada askar yangmenyara diri sendiri dalamangkatanperang. Tiada peladang yang tidak makan buah anggurdari ladang sendiri. Tiada gembala yang tidak minumsusu dari domba sendiri. 8 Adakah aku mengatakansemua ini hanya dari segi pandangan manusia? Tidakkahhukum Taurat juga menyuarakan perkara ini? 9 Telahtersurat dalam Taurat Musa, ‘Jangan berangus mulutlembu yang sedang mengirik bijirin.’ Tentulah Al-lah tidak menumpukan perhatian kepada lembu sahaja.10 Bukankah kita yang dimaksudkan oleh Allah dalamfirman itu? Tentu sekali. Orang yang membajak danmenuai memang wajar bekerja dengan harapan mener-ima sebahagian daripada tuaian. 11Kami telah menyemaibenih rohani dalam hidupmu. Memang patutlah kamimenuai sedikit hasil daripadamu. 12 Jika orang lainberhak mengharapkannya daripadamu, bukankah kamilebih berhak lagi?

Namun, kami tidak menggunakan hak itu. Kamilebih suka menanggung segala-galanya supaya tidak ter-gendala penyebaran Injil tentang al-Masih. 13 Kamutentu tahu bahawa orang yang bekerja dalam rumahibadat menerima makanan dari rumah ibadat. Orangyang bertugasmempersembahkan korban di atasmazbah

1 Korintus 9:14 20 1 Korintus 9:22menerima sebahagian daripada korban itu. 14 Begitujugalah Tuhan telah menetapkan, bahawa orang yangmenyampaikan Injil harus menerima nafkah daripadakerja itu.

15 Tetapi aku belum menggunakan satu pun hak itu.Aku menulis demikian bukanlah untuk menuntut hak-hak itu bagi diriku. Biarlah aku mati daripada kehilanganapa yang kumegahkan. 16 Namun, aku tidak berhakuntuk bermegah dengan mengkhabarkan Injil keranakerja ini telah menjadi kewajipanku. Malanglah aku jikatidak menjalankannya. 17 Andainya aku melakukannyamengikut kehendakku sendiri, patutlah aku mengharap-kan upah. Tetapi aku melakukannya sebagai kewajipan,kerana Allah telah memberiku tugas itu. 18 Jadi, apakahupahku? Upahku ialah mendapat hak istimewa untukmengkhabarkan Injil tanpa meminta bayaran atau me-nuntut hakku sebagai penyebarnya.

19 Aku orang merdeka, bukan hamba sesiapa. Tetapiaku memperhambakan diri kepada semua orang supayaaku dapat menawan hati ramai orang. 20 Bagi orangYahudi, aku berlaku seperti orang Yahudi supaya aku da-pat menawan hati orang Yahudi. Bagi orang yang terikatkepada Taurat, aku berlaku seperti orang yang terikatkepada Taurat, padahal aku tidak terikat kepada Tau-rat. Aku berbuat demikian supaya aku dapat menawanhati mereka. 21 Bagi orang yang tidak terikat kepadaTaurat, aku berlaku seperti orang yang tidak terikatkepada Taurat. Aku berbuat demikian supaya aku dapatmenawan hati mereka. Ini tidaklah bermakna aku tidaktaat akan hukum Allah. Sebenarnya aku dikuasai olehhukum al-Masih. 22Bagi mereka yang lemah, aku berlakulemah untuk menawan hati mereka. Aku menjadi segala-galanya kepada semuaorang supaya dengan sedaya upaya

1 Korintus 9:23 21 1 Korintus 10:7aku dapat menyelamatkan seramai mungkin. 23 Akumelakukan semua ini untuk Injil, semoga aku juga men-dapat berkatnya.

24 Sebagaimana kamu tahu, dalam lumba lari, semuapeserta mengambil bahagian tetapi hanya seorang yangmendapat hadiah. Oleh yang demikian, berlarilah, hinggamenerima hadiah. 25 Setiap ahli sukan yang bertand-ing dalam sukan berlatih dengan gigih, kerana inginmendapat mahkota, walaupun mahkota itu tidak kekal.Tetapi kita menjalani latihan yang ketat untuk mendapatmahkota yang kekal. 26 Oleh itu aku terus-menerus larike garis penamat. Juga seperti ahli tinju, aku tidak mahumensia-siakan tumbukanku. 27Aku bersungguh-sungguhmelatih diri, untuk menguasai diri, supaya aku tidakditolak setelah mengkhabarkan Injil kepada orang lain.

10Peringatan dari sejarah Israel

1 Saudara-saudaraku, aku ingin mengingatkan kamubahawa nenek moyang kita berada di bawah awan, dansemuanya menyeberangi Laut Merah. 2 Mereka semuadiimadkan di dalam awan dan laut itu untuk menjadipengikut Musa. 3 Mereka makan makanan rohani yangsama 4 dan minum minuman rohani yang sama daribatu rohani yang menyertai mereka, dan batu rohaniitu adalah al-Masih sendiri. 5 Namun demikian, Allahtidak meredai kebanyakan daripada mereka, maka mayatmereka bergelimpangan di gurun.

6 Semua ini menjadi contoh kepada kita supaya kitatidak ingin akan kejahatan seperti mereka dahulu; 7 dansupaya kita tidak menyembah berhala seperti sebilan-gan daripada mereka. Telah tersurat, ‘Umat itu mulamakan minum dan menari untuk menyembah berhala.’

1 Korintus 10:8 22 1 Korintus 10:208 Janganlah kita berkelakuan cabul seperti sesetengahmereka. Akibat perbuatan itu, dua puluh tiga ribu orangmati dalam sehari. 9 Janganlah kita cubai Tuhan sepertiyang dilakukan oleh sebilangan daripadamereka. Akibat-nya mereka mati dipagut ular berbisa. 10 Janganlah kitabersungut seperti sesetengah mereka, sehingga nyawamereka dicabut Malaikat Maut.

11Semua yang terjadi kepadamerekamerupakan suatuiktibar, dan telah ditulis untuk menjadi amaran kepadakita yang hidup pada akhir zaman. 12 Sesiapa yangmenyangka dirinya berdiri tegap, berhati-hatilah supayatidak jatuh. 13 Setiap cubaan yang kamu alami memangbiasa dihadapi orang. Tetapi Allah setia menepati janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai melebihikekuatanmu. Sewaktu kamu dicubai, Allah akan mem-berimu jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatanmenanggungnya.

14Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, jauhkanlahdiri daripada penyembahan berhala. 15 Aku berkata-kata kepadamu seperti kepada orang bijaksana. Fikirkan-lah masak-masak. 16 Bukankah cawan kesyukuran yangkita berkati itu menunjukkan kita sama-samamengambilbahagian dalam darah al-Masih? Bukankah roti yangkita pecah-pecahkan itu menunjukkan kita sama-samamengambil bahagian dalam tubuh al-Masih? 17Walaupunkita ramai, kita semuamerupakan satu tubuh, kerana kitamakan roti yang satu itu bersama-sama.

18 Perhatikan orang Yahudi: Bukankah mereka yangmakan makanan yang dipersembahkan di atas mazbahitu bersama-sama mengambil bahagian dalam penyem-bahan? 19 Adakah maksudku bahawa berhala, ataumakanan yang dipersembahkan kepada berhala, tidakbererti apa-apa? 20 Tidak! Apa yang dipersembahkan

1 Korintus 10:21 23 1 Korintus 10:32di atas mazbah berhala bukanlah persembahan kepadaAllah tetapi kepada roh-roh iblis. Aku tidak mahu kamuterlibat dengan roh-roh iblis. 21 Kamu yang tidak dapatminum daripada cawan Tuhan, minum pula daripadacawan roh iblis. Kamu yang tidak dapat makan di mejaTuhan, makan pula di meja roh iblis. 22 Bukankah kitayang membuat Tuhan cemburu sekiranya kita berbuatdemikian? Adakah kita lebih kuat daripada Tuhan?

Kebebasan orang beriman23 Kita dibenarkan berbuat segala sesuatu tetapi

tidak semuanya berfaedah; kita dibenarkan berbuatsegala sesuatu tetapi tidak semuanya membina hidup.24 Janganlah lakukan sesuatu untuk kepentingan dirisendiri saja. Lakukanlah untuk kepentingan orang lainjuga.

25 Kamu boleh makan apa saja yang dijual di pasardaging. Jangan tanyakan apa-apa, supaya hati nuranimutidak terganggu; 26 kerana ‘Bumi ini dan segala yang didalamnya milik Tuhan.’

27 Jika kamu diajak makan oleh seorang yang tidakberiman dan kamu menerima, makanlah apa-apa yangdihidangkan. Usah tanyakan apa-apa, supaya hati nu-ranimu tidak terganggu. 28 Tetapi jika seseorang mem-beritahumu, ‘Makanan ini telah dipersembahkan kepadaberhala’, janganlah makan makanan itu, demi kebaikanorang itu, dan demi hati nurani. 29 Maksudku bukanhati nuranimu, tetapi hati nurani orang itu. Mungkinada yang bertanya, ‘Mengapa pula kebebasanku haruskubatasi untuk hati nurani orang lain? 30 Jika aku telahmengucap syukur kepada Allah atas makanan itu, men-gapa orang harus mengecamku?’

31 Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupunminum, lakukanlah untuk memuliakan Allah. 32 Jagalah

1 Korintus 10:33 24 1 Korintus 11:10tingkah lakumu, jangan sampai menyebabkan orang lainberdosa, baik orang Yahudi, bukan Yahudi, mahupunjemaah Allah. 33 Ikutlah teladanku. Dalam setiap yangkubuat, aku cuba menyukakan hati semua orang. Akutidak melebihkan kepentingan diriku. Aku menguta-makan kepentingan orang lain, untuk menyelamatkanmereka.

11Peraturan bagi jemaah

1 Teladani aku, sebagaimana aku meneladani al-Masih.2 Sekarang aku memujimu, saudara-saudaraku, kerana

kamu mengingatiku dalam semua hal dan memeliharasegala ajaran yang telah kusampaikan kepadamu.

3 Tetapi aku mahu kamu tahu bahawa ketua setiaplelaki ialah al-Masih, ketua wanita ialah lelaki dan ketuaal-Masih ialah Allah. 4 Jika seorang lelaki berdoa ataubernubuat dengan kepala bertudung, dia mengaibkankepalanya. 5 Sebaliknya, jika seorang wanita berdoaatau bernubuat dengan kepala tidak bertudung, dia men-gaibkan kepalanya, samalah seperti dia membotakkankepalanya. 6 Jika seseorang wanita tidak bertudungkepala, baiklah rambutnya dicukur. Jika satu keaiban bagiwanita dicukur atau dibotakkan kepalanya, hendaklah diabertudung kepala. 7 Seorang lelaki tidak patut menudungkepalanya, kerana dia mencerminkan dan memuliakanAllah; tetapiwanita adalah kemuliaan lelaki. 8Lelaki tidakberasal daripada wanita, tetapi wanita berasal daripadalelaki. 9 Begitu juga, lelaki tidak dicipta untuk wanita,tetapi wanita dicipta untuk lelaki. 10 Oleh itu, dan olehsebab paramalaikat, wanita harusmemakai satu lambangkewibawaan di atas kepalanya.

1 Korintus 11:11 25 1 Korintus 11:22

11 Walau bagaimanapun, lelaki dan wanita salingbergantung, di bawah kuasa Tuhan. 12 Sebagaimanawanita berasal daripada lelaki, maka lelaki pulalahir melalui wanita; segala-galanya daripada Allah.13 Timbangkanlah sendiri. Wajarkah seorang wanitaberdoa kepada Allah dengan tidak bertudung kepala?14 Tidakkah alam tabii sendiri mengajar kamu bahawajika seorang lelaki menyimpan rambut panjang, itusuatu keaiban baginya? 15 Tetapi jika seorang wanitamempunyai rambut panjang, itu suatu kemuliaanbaginya; kerana rambut dikurniakan kepadanya sebagaipenudung. 16 Namun demikian, jika sesiapa kelihataningin membantah, maka jawablah bahawa kita tidakmempunyai adat yang lain, begitu juga semua jemaahAllah.

Perjamuan Tuhan17 Dalam memberimu petunjuk-petunjuk berikut, aku

tidak memujimu kerana apabila kamu berhimpun, bukankebaikan tetapi keburukan yang timbul. 18 Pertamasekali, apabila kamu berhimpun sebagai satu jemaah, akudengar kamu berkelompok-kelompok, dan aku percayasebahagian yang kudengar. 19 Sememangnya di kalan-ganmu pasti terbentuk beberapa kelompok, sehinggamereka yang diperkenan Allah menjadi nyata. 20 Apabilakamu berhimpun di suatu tempat, bukanlah PerjamuanTuhan yang kamumakan 21kerana semua berebut hendakmakan dahulu; sehingga ada yang lapar dan ada pulayang mabuk. 22 Apa! Tidakkah kamu mempunyai rumahuntuk makan minum di dalamnya? Atau adakah kamumemandang hina jemaah Allah dan hendak memperkecilorang yang tidak mempunyai apa-apa? Apakah akan

1 Korintus 11:23 26 1 Korintus 11:34kukatakan kepadamu? Akan kupujikah kamu dalam halini? Tentunya tidak!

23 Aku telah menerima daripada Junjungan apa yangtelah kusampaikan kepadamu: Bahawa pada malam Diadikhianati, Junjungan Isa telah mengambil roti; 24 danselepas mengucap syukur, Dia telah memecah-mecahkanroti itu lalu berkata, ‘Ambil, dan makanlah; ini tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagaiperingatan kepada-Ku.’ 25Demikian juga, Dia mengambilcawan makan malam itu sambil berkata, ‘Cawan Perjan-jian Baru dengan darah-Ku. Setiap kali kamu meminum-nya, lakukan ini sebagai peringatan kepada-Ku,’ 26Keranasetiap kali kamu makan roti dan minum dari cawandengan cara demikian, kamu memberitakan kematianJunjungan hingga kedatangan-Nya.

27 Jika sesiapa makan roti atau minum dari cawanTuhan ini secara yang tidak wajar, dia akan menanggungdosa terhadap tubuh dan darah Junjungan. 28Hendaklahsetiap orang memeriksa dirinya, dan kemudian makanroti itu dan minum dari cawan itu; 29 kerana jika seseo-rang memakannya dan meminumnya secara yang tidakwajar, dia makan dan minum akan penghukuman kepadadirinya, kerana tidak mengenal dan menghargai tubuhTuhan. 30Oleh sebab itu ada sebilangan besar yang lemahdan yang sakit di kalanganmu,malah ada yangmeninggaldunia. 31 Jika kita menghakimi diri sendiri, tidaklah kitadihakimi. 32 Tetapi apabila kita dihakimi, kita dihukumoleh Tuhan supaya kita insaf, agar kita tidak dibinasakanbersama-sama dunia.

33 Oleh itu, saudara-saudaraku, apabila kamu berhim-pun untuk makan, tunggulah satu sama lain sebelumbermula. 34 Tetapi jika ada sesiapa yang lapar, makanlahdahulu di rumah, supaya perhimpunanmu tidak men-

1 Korintus 12:1 27 1 Korintus 12:11datangkan hukuman. Hal-hal lain akan kuatur ketika akudatang kelak.

12Kurnia rohani

1 Aku tidak mahu kamu jahil, saudara-saudaraku, ten-tang kurnia-kurnia rohani: 2 Kamu tahu bahawa dulu,sebelum kamumenjadi umat Allah, kamu telah terpedayadalam pelbagai cara untuk menjadi pengikut berhala-berhala yang bisu. 3Oleh itu aku menyatakan kepadamu,tiada siapapun yang bersuara di bawah pimpinan RohAllah akan berkata: ‘Isa terkutuk’; dan tiada siapapundapat mengakui, ‘Isa adalah Junjungan Yang Esa,’ kecualidi bawah bimbingan Roh Suci.

4 Terdapat berbagai-bagai kurnia, tetapi semuanyaberpunca daripada satu Roh. 5 Ada berbagai-bagaipelayanan, tetapi hanya satu Tuhan. 6Ada berbagai-bagaikerja, tetapi Allah Yang Esa mengerjakan semuanya.

7 Tetapi Roh Suci memberi seseorang kurnia tertentuuntuk kebaikan semua. 8 Ada yang diberi kurnia olehRoh Suci untuk berbicara dengan penuh hikmat, danada pula yang dikurniakan Roh Suci untuk berbicaratentang pengetahuan. 9 Ada juga yang dikurniai den-gan keteguhan iman, ada yang diberi kurnia kebolehanuntuk menyembuhkan orang sakit daripada Roh yangsama. 10 Kepada yang lain diberi kurnia untuk menger-jakan mukjizat, ada yang diberi kebolehan bernubuatdan menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Jugaadamereka yangdikurniai kebolehanuntukmembezakandi antara roh-roh. Ada juga mereka yang diberi kur-nia untuk bertutur dalam pelbagai lidah, dan ada pulayang diberi kurnia untuk mentafsirkan lidah-lidah itu.11 Namun Roh yang satu dan sama mengerjakan semua

1 Korintus 12:12 28 1 Korintus 12:24ini, Roh Sucilah yang mengagih-agihkan kurnia yangberlainan menurut kehendak-Nya.

Banyak anggota tetapi satu tubuh12 Sebagaimana tubuh yang satu mempunyai banyak

anggota, tetapi semua anggota itumerupakan satu tubuh,demikian juga al-Masih. 13 Oleh satu Roh kita semuatelah diimadkan ke dalam satu tubuh – baik Yahudi atauYunani, baik hamba atau orang merdeka – dan semuatelah disuruh minum ke dalam satu Roh yang sama.

14 Tubuh bukan hanya terdiri daripada satu anggotatetapi banyak anggota. 15Kalaulah kaki berkata, ‘Oleh se-bab aku bukan tangan, aku bukanlah sebahagian tubuh,’maka benarkah kaki itu bukan sebahagian tubuh? 16 Dankalaulah telinga berkata, ‘Oleh sebab aku bukanmata, akubukanlah sebahagian tubuh,’ maka benarkah telinga itubukan sebahagian tubuh? 17 Andainya seluruh tubuh itusatu mata, di manakah pendengaran? Sekiranya seluruhtubuh itu pendengaran, di manakah pula penghiduan?18 Tetapi Allah telah meletakkan setiap anggota di tubuhmenurut kehendak-Nya. 19 Kalaulah semuanya hanyasatu anggota, di manakah tubuh? 20 Tetapi sekarang adabanyak anggota, namun kesemuanya dalam satu tubuh.

21Mata tidak boleh berkata kepada tangan, ‘Aku tidakmemerlukanmu,’; kepala tidak boleh berkata kepada kaki,‘Aku tidak memerlukanmu.’ 22 Malah, anggota-anggotatubuh yang kelihatan lebih lemah itulah yang amat kitaperlukan. 23 Kepada anggota-anggota yang kita anggapkurang terhormat, kita berikan lebih banyak penghor-matan; dan bahagian-bahagian tubuh kita yang tidaklayak ditunjukkan mempunyai lebih banyak kesopanan.24 Sedangkan bahagian-bahagian yang layak ditunjukkantidak memerlukannya. Dalam mencipta tubuh, Allah

1 Korintus 12:25 29 1 Korintus 13:3telah memberikan lebih banyak penghormatan kepadabahagian yang kurang memilikinya, 25 supaya tidak adaperpecahan dalam tubuh, tetapi semua anggota sama-sama prihatin antara satu sama lain. 26 Jika satu anggotamenderita, semuanya turut menderita; sebaliknya jikasatu diberi penghormatan, semua turut bersukacita.

27 Kamu adalah tubuh al-Masih, dan setiap dari-padamu anggota tubuh itu. 28 Allah telah menentukantempat masing-masing anggota jemaah: Pertama se-bagai rasul-rasul, kedua nabi-nabi, ketiga guru-guru;seterusnya mereka yang diamanahkan untuk melakukanpelbagai mukjizat, mereka yang diberi kurnia untukmenyembuhkan, untuk memberikan pertolongan, un-tuk memimpin dan untuk bertutur dalam aneka lidah.29 Adakah semua menjadi rasul? Adakah semua menjadiguru? Adakah semua melakukan mukjizat? 30 Adakahsemua diberi kurnia untuk menyembuhkan? Adakahsemua dapat bertutur dalam pelbagai lidah? Adakahsemua diberi kurnia untuk mentafsirkan bahasa-bahasaitu? 31 Oleh itu, berusahalah kamu bersungguh-sungguhuntuk mendapat kurnia-kurnia yang lebih besar. Akuakan menunjukkan kepadamu jalan yang lebih baik.

13Kasih

1 Kalaupun aku dapat bertutur dalam semua lidahmanusia, malah bahasa malaikat juga, tetapi tidak mem-punyai kasih, maka aku tak ubah seperti gong tem-baga atau genta yang berbunyi. 2 Kalaupun aku diberikurnia untuk bernubuat, dan mengetahui semua rahsiaserta ilmu, malah memiliki kekuatan iman yang dapatmengalih gunung-ganang, tetapi tidakmempunyai kasih,maka aku langsung tidak bererti. 3 Begitu juga, kalaupun

1 Korintus 13:4 30 1 Korintus 14:1aku memberikan segala milikku untuk memberi makankepada orang miskin, atau menyerahkan tubuhku untukdibakar, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku lang-sung tidak berguna.

4 Kasih bersifat penyabar dan penyayang. Kasih tidakiri hati, tidak membanggakan diri, dan tidak angkuh.5 Kasih tidak berkelakuan biadab, tidak memburu ke-pentingan sendiri, tidak cepat meradang, tidak mem-perhitungkan kesalahan orang lain. 6 Kasih tidak gem-bira dengan kejahatan, tetapi gembira meraikan kebe-naran. 7 Kasih tahan menderita segala-galanya, per-caya akan segala-galanya, berharap akan segala-galanya,terus-menerus menanggung segala-galanya.

8 Kasih tidak akan luput. Nubuat-nubuat akan be-rakhir, bahasa-bahasa akan berhenti, dan ilmu penge-tahuan akan lenyap 9 kerana pengetahuan dan nubuatkita tidak sempurna. 10 Setelah yang sempurna datang,maka yang tidak sempurna akan disingkirkan. 11 Padazaman kanak-kanak, aku bercakap secara kanak-kanak,mengerti secara kanak-kanak. Tetapi setelah aku dewasa,segala sifat kanak-kanak itu kutinggalkan. 12 Sekarangkita hanya melihat samar-samar melalui cermin, tetapiakan tiba saatnya kita melihat dengan jelas berpandangmuka. Demikianlah, sekarang aku hanya mengetahuisebahagian, tetapi akan tiba masanya aku mengetahuisepenuhnya, sebagaimana aku diketahui.

13 Hanya tiga yang tinggal: iman, harapan dan kasih.Antara ketiga-tiga ini, yang paling utama ialah kasih.

14Kurnia bernubuat dan bertutur dalam lidah

1 Usahakanlah memperoleh kasih dan cubalahsungguh-sungguh untuk mendapatkan kurnia-kurnia

1 Korintus 14:2 31 1 Korintus 14:12rohani, terutamanya kurnia untuk bernubuat. 2 Apabilaseseorang bertutur dalam lidah, dia bukanlah bercakapkepada sesama manusia tetapi kepada Allah; dia bertuturtentang hal-hal rahsia dengan rohnya. 3 Sebaliknya,apabila seseorang bernubuat, dia bercakap kepadasesama manusia dengan kata-kata yang membina,menasihati dan menghibur. 4 Orang yang bertuturdalam lidah membina diri sendiri, manakala orang yangbernubuat membina jemaah. 5 Aku suka jika kamubertutur dalam lidah, tetapi aku lebih suka jika kamubernubuat; kerana orang yang bernubuat lebihmembawamanfaat daripada orang yang bertutur dalam lidah,kecuali jika dia mentafsirkan apa yang dituturkannya ituuntuk membina jemaah.

6 Saudara-saudaraku, bermanfaatkah bagimu seki-ranya aku datang bertutur kepadamu dalam lidah?Tidakkah lebih bermanfaat jika aku bertutur dalambahasa yang kamu fahami, baik dalam penyampaianwahyu, ilmu pengetahuan, nubuatmahupun pengajaran?7 Samalah dengan benda-benda tidak bernyawa yangmengeluarkan bunyi; seperti suling atau kecapi, jika bun-yinya tidak terang, bagaimana orang dapat mengetahuilagu apa yang dimainkan? 8 Sekiranya nafiri mengelu-arkan bunyi yang tidakmenentu, siapa yang akan bersiapuntuk berperang? 9 Demikianlah juga, jika kamu tidakbertutur dengan bahasa yang jelas, bagaimanakah orangdapatmengetahui apa yang kamu katakan? Kamu seolah-olah bercakap kepada angin. 10 Bahasa dunia entah be-rapa banyaknya, tetapi tiada satu pun yang tidak bererti.11Namun, jika aku tidak mengetahui erti sesuatu bahasa,maka bagi orang yangmenggunakannya aku orang asing,dan bagiku orang yangmenggunakannya itu orang asing.12Begitu jugalah kamu. Dalam berusaha untuk mendapat

1 Korintus 14:13 32 1 Korintus 14:21kurnia-kurnia rohani, berusahalah untuk memperolehyang utama, iaitu yang dapat membina jemaah.

13Oleh itu, seseorang yang bertutur dalam lidah harusberdoa agar dia dapat mentafsirkannya juga. 14 Kalaulahaku berdoa dalam lidah, maka hanya rohku yang berdoa,sedangkan akalku tidak menghasilkan apa-apa. 15 Olehitu, apa yang harus kulakukan? Aku akan berdoa denganrohku dan akalku juga. Aku akan menyanyi denganrohku dan akalku juga. 16 Sekiranya kamu mengucapsyukur hanya dengan rohmu, bagaimana orang yangtidak memahami dapat mengaminkan ucap syukurmu?Mereka tidak tahu apa yang kamu ucapkan! 17 Oleh itu,walaupun ucap syukurmu itu baik, orang lain tidak dapatdibina.

18 Aku mengucap syukur kepada Allah kerana aku da-pat bertutur dalam lidah, lebih daripada kamu semua.19 Tetapi dalam perhimpunan jemaah, aku lebih sukamengucapkan lima patah kata dari akalku daripada sepu-luh ribu patah dalam lidah; dengan demikian aku dapatmenyampaikan pengajaran kepada orang lain.

20Saudara-saudaraku! Janganlah kamumenjadi kanak-kanak dalam akal fikiranmu. Berhubungan hal kejahatan,memang kamu harus menjadi kanak-kanak, tetapi akalfikiranmu hendaklahmatang. 21DalamKitab Taurat telahtersurat:

‘Dengan bahasa-bahasa asingdan dari mulut orang asing

Aku akan bersuara kepada bangsa ini;Namun demikian, mereka tidak akan mendengar-

Ku,’Tuhan berfirman.

1 Korintus 14:22 33 1 Korintus 14:3122 Oleh itu, bertutur dalam lidah adalah tanda, bukanbagi orang yang percaya, tetapi bagi orang yang tidakpercaya; manakala nubuat adalah tanda, bukan bagiorang yang tidak percaya, tetapi bagi orang yang percaya.23 Sekiranya seluruh jemaah berhimpun di suatu tempatdan semuanya bertutur dalam lidah, lantas masuk orangyang tidak tahu atau orang yang tidak percaya, tidakkahmereka menyangka kamu semua gila? 24 Tetapi jikasemuanya bernubuat, lalumasuk seorang yang tidak tahuatau yang tidak percaya, dia akan merasa diyakinkandan dihakimi oleh segala yang didengarinya. 25 Dengandemikian, segala rahsia hatinya akan ternyata, lalu diasujud menyembah Allah serta mengakui bahawa Allahsesungguhnya ada bersamamu.

Peraturan dalam jemaah26 Jadi bagaimana, saudara-saudaraku? Apabila kamu

berhimpun, hendaklah masing-masing menyampaikanmazmur, atau pengajaran, atau wahyu, atau sesuatudalam lidah, ataupun pentafsirannya. Tetapi hendaklahsemuanya bertujuan untuk membina jemaah. 27 Jika adaorang yang bertutur dalam lidah, biarlah dua atau tigaorang saja, seorang lepas seorang, dan hendaklah adaorang yang mentafsirkannya. 28 Sekiranya tiada yangdapat mentafsirkannya, janganlah dituturkan di perhim-punan itu. Tuturkanlah bagi diri sendiri dan kepadaAllah.

29 Bagi orang yang diberi kurnia sebagai nabi, biar-lah dua atau tiga orang sahaja yang bernubuat, danyang lain menilainya. 30 Tetapi sekiranya ternyata Allahmewahyukan sesuatu melalui seorang lain yang turuthadir, hendaklah orang pertama itu berhenti bernubuat.31 Kamu semua boleh bernubuat, seorang demi seo-rang, agar semua mendapat pengajaran dan kekuatan.

1 Korintus 14:32 34 1 Korintus 15:332 Kurnia untuk bernubuat tertakluk kepada nabi yangmemilikinya, 33 kerana Allah tidak menghendaki keke-liruan, tetapi kesejahteraan. Sebagaimana dalam se-mua jemaah orang salih, 34 wanita-wanita hendaklahberdiam diri dalam perhimpunan jemaah. Mereka tidakdibenarkan bercakap. Hendaklah mereka menurut per-intah, sebagaimana tersurat dalam Taurat. 35 Jika merekaingin mempelajari sesuatu, hendaklah mereka bertanyakepada suamimerekadi rumah. Sungguhmemalukan jikaseorang wanita bersuara dalam perhimpunan jemaah.

36 Adakah firman Allah datang daripadamu? Atauadakah datangnya kepada kamu sahaja? 37 Sekiranyaseseorang menyangka dirinya mendapat kurnia untukbernubuat atau kurnia rohani yang lain, dia hendaklahmengakui bahawa yang kutuliskan kepadamu ini adalahperintah Tuhan. 38 Tetapi jika sesiapa tidak tahu, biarlahdia demikian.

39 Oleh itu, saudara-saudaraku, berusahalah untuk da-pat bernubuat, dan jangan larang orang bertutur dalamlidah. 40 Tetapi hendaklah segalanya dilakukan dengansopan dan teratur.

15Kebangkitan al-Masih

1Aku menyatakan kepadamu, saudara-saudaraku, ten-tang Injil yang telah kusampaikan kepadamu, telah kamuterima dan pegang hingga sekarang. 2 Melalui Injil itukamu diselamatkan, jika kamu tetap berpegang kepadaFirman yang telah kusampaikan, dan imanmu bukankosong semata-mata.

3 Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama,yang telah kuterima sendiri: Bahawa al-Masih telah matiuntuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam

1 Korintus 15:4 35 1 Korintus 15:15Kitab Suci; 4 bahawa Dia telah dikuburkan, dan telahdibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana ter-surat dalam Kitab Suci; 5 dan bahawa Dia telah mem-perlihatkan diri-Nya kepada Kefas, kemudian kepadakedua-dua belas pengikut-Nya. 6 Selepas itu Dia mem-perlihatkan diri-Nya kepada saudara-saudara kita, lebihdaripada lima ratus orang pada satu masa. Kebanyakanmereka masih hidup, dan ada yang sudah meninggaldunia. 7 Seterusnya Dia memperlihatkan diri-Nya kepadaYakobus, kemudian kepada semua rasul-Nya. 8 Akhirsekali Dia telahmemperlihatkan diri-Nya kepadaku, yangseperti bayi yang dilahirkan sebelum masa; 9 keranaakulah yang paling rendah antara rasul-rasul, malah akutidak layak disebut rasul, kerana aku telah menganiayajemaah Allah. 10 Tetapi dengan kasih kurnia Allah, akutelah menjadi seperti diriku sekarang. Kasih kurnia-Nyayang telah dianugerahkan-Nya kepadaku tidaklah sia-sia,kerana aku telah bekerja lebih keras daripada merekasemua; sesungguhnya bukan aku yang melakukannya,tetapi kasih kurnia Allah yang bersamaku. 11 Dengandemikian, baik aku mahupun mereka, begitulah yangkami khabarkan, dan begitulah yang kamu percaya.

Kebangkitan orang mati12 Setelah kami khabarkan kepadamu tentang al-Masih

yang dibangkitkan daripada kematian, mengapakah adadi kalanganmu yang berkata bahawa tiada kebangkitanselepas mati? 13 Jika tiada kebangkitan selepas mati,maka al-Masih juga tidak dibangkitkan. 14 Jika al-Masihtidak dibangkitkan, maka sia-sialah perkhabaran kamidan sia-sialah imanmu. 15 Kami juga ternyata sebagaisaksi dusta kepada Allah, kerana kami telah membuatkesaksian bahawa Allah telah membangkitkan al-Masih,sedangkan Allah tidak membangkitkan-Nya, kalaulah

1 Korintus 15:16 36 1 Korintus 15:30benar tiada kebangkitan selepas mati; 16 kerana jikatiada kebangkitan selepas mati, maka al-Masih tidaklahdibangkitkan. 17 Dan jika al-Masih tidak dibangkitkan,sia-sialah imanmu; dan kamu masih bergelumang dosa!18 Orang yang mati dalam iman kepada al-Masih jugatetap binasa. 19 Sekiranya dalam hidup ini sahaja kitamempunyai harapan dalam al-Masih, kitalah yang palingmalang antara manusia!

20 Tetapi al-Masih memang telah dibangkitkan dari-pada kematian. Dialah yang pertama dari kalangan orangyang telah mati. 21 Oleh sebab satu orang, kematianberlaku; dan oleh sebab satu orang juga, kebangkitanorang mati berlaku; 22 kerana sebagaimana dalam Adamsemua manusia mati, demikian juga dalam al-Masihsemua manusia akan dihidupkan semula; 23 masing-masing mengikut aturannya: Pertama al-Masih, kemu-dian mereka yang telah menjadi milik-Nya, pada saatkedatangan-Nya kelak. 24Selepas itu datanglah pengakhi-ran, ketika Dia menyerahkan kerajaan kepada Allah Bapa,ketika dia melenyapkan semua pemerintahan, semuakewibawaan dan semua kekuasaan; 25 kerana Dia harusmemerintah sehingga semua musuh telah diletakkan-Nya di bawah kaki-Nya. 26 Musuh terakhir yang akandilenyapkan ialah Maut. 27 Semua perkara telah di-taklukkan oleh Allah di bawah kaki al-Masih. Jelaslahbahawa Allah tidak turut ditaklukkan. 28 Oleh itu setelahsemua perkara ditaklukkan kepada al-Masih, Dia sebagaiPutera akan menaklukkan diri-Nya juga kepada Allah,makaAllahmenjadi segala-galanya dalam semua perkara.

29 Apakah akan dilakukan oleh mereka yang telah di-imadkan bagi pihak orang mati? Sekiranya orang matitidak dibangkitkan, mengapa orang diimadkan untukorang mati? 30 Begitu juga kami, mengapa sepanjang

1 Korintus 15:31 37 1 Korintus 15:41masa kami rela menghadapi bahaya? 31 Setiap hariaku menghadapi kematian. Aku mengakui ini, saudara-saudaraku, demi kebanggaanku denganmu yang kumilikidalam Isa al-Masih, Junjungan kita. 32 Jika menurutpertimbangan manusia, apa faedahnya bagiku berjuangseperti dengan binatang buas di Efesus? Juga, sekiranyaorang mati tidak dibangkitkan,‘marilah kita makan dan minum,

kerana esok kita mati.’33 Jangan kamu biarkan dirimu disesatkan orang. ‘Kebi-asaan yang baik musnah kerana pergaulan yang buruk.’34 Insaflah sepenuhnya dan jangan berbuat dosa lagi, ker-ana di kalanganmu ada sebilangan yang tidak mengenalAllah. Aku berkata demikian supaya kamu berasa malu.

Kebangkitan tubuh35 Mungkin ada yang menyoal, ‘Bagaimana caranya

orang mati dibangkitkan? Dengan tubuh yangbagaimanakah mereka akan hidup?’ 36 Hai orangyang tidak berakal, sesuatu yang kamu semaikantidak mungkin tumbuh jika tidak mati terlebih dahulu.37Tambahan pula, yang kamu semaikan bukanlah seluruhtubuh tanaman, tetapi bijinya sahaja, contohnya bijigandum atau biji-bijiran lain. 38 Tetapi kemudian Allahmemberikan biji itu suatu tubuh, menurut kehendak-Nya. Setiap biji mempunyai tubuhnya yang tersendiri.39 Semua yang bernyawa tidak serupa. Rupa manusiaberbeza dengan rupa binatang, rupa burung berlainandengan rupa ikan. 40 Ada benda di langit dan ada bendadi bumi. Kemuliaan benda di langit berbeza dengankemuliaan benda di bumi. 41 Kemuliaan matahariberbeza dengan kemuliaan bulan, dan berlainan pula

1 Korintus 15:42 38 1 Korintus 15:53dengan kemuliaan bintang-bintang; manakala kemuliaanbintang-bintang berbeza antara satu sama lain.

42Demikianlah dengan kebangkitan orangmati: Tubuhdisemaikan dalam kebinasaan, dan dibangkitkan dalamketidakbinasaan; 43disemaikan dalam kehinaan, dibangk-itkan dalam kemuliaan; disemaikan dalam kelemahan,dibangkitkan dalam kekuatan; 44disemaikan dalam tubuhjasmani, dibangkitkan dalam tubuh rohani.

Jika ada tubuh jasmani, maka adalah juga tubuh ro-hani. 45 Sebagaimana telah tersurat, ‘Adam, manusiayang pertama, menjadi makhluk yang hidup,’ manakalaAdam yang terakhir menjadi roh yang menghidupkan.46 Yang pertama bukan rohani tetapi jasmani, dan yangkemudian adalah yang rohani; 47 kerana manusia yangpertama berasal daripada debu bumi, tetapi manusiayang kedua berasal daripada syurga. 48 Seperti manusiayang berasal daripada debu bumi itu, begitulah semuaorang yang berasal daripada debu bumi. Dan sepertimanusia dari syurga itu, begitulah semua orang yangsyurgawi. 49 Sebagaimana kita telah memakai rupa yangberasal daripada debu bumi itu, kita akan memakai rupamanusia yang berasal daripada syurga.

50 Saudara-saudaraku, aku ingin mengatakankepadamu, daging dan darah tidak akan mendapattempat dalam kerajaan Allah, dan sesuatu yangboleh binasa tidak akan mendapat tempat dalamketidakbinasaan. 51 Dengarlah, aku memberitahumusuatu rahsia: Tidak semua kita akan mati, tetapi semuaakan diubah 52 serta-merta, dalam sekelip mata, ketikaberbunyinya sangkakala yang terakhir. Pada saat ituorang mati akan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan,dan kita yang masih hidup akan diubah, 53 kerana yangboleh binasa ini mesti mengenakan bentuk yang tidak

1 Korintus 15:54 39 1 Korintus 16:4boleh binasa, dan yang boleh mati ini mesti mengenakanbentuk yang tidak boleh mati. 54 Setelah ini berlaku,terbuktilah firman:‘Maut telah ditelan dalam kemenangan.’55 ‘Hai Maut, di manakah kemenanganmu?

Hai Maut, di manakah sengatmu?’56 Sengat maut ialah dosa, manakala kuasa dosa ialahTaurat. 57 Tetapi syukurlah kepada Allah yang telahmemberi kita kemenangan melalui Junjungan kita Isa al-Masih.

58 Oleh itu, saudara-saudara yang kukasihi, teguhkanpendirian, jangan berganjak, dan bersungguh-sungguhlah dalam pengabdianmu kepada Tuhan. Kamutahu bahawa dalam Tuhan, jerih lelahmu tidak akansia-sia.

16Bantuan untuk jemaah di Baitulmaqdis

1 Sekarang aku menyentuh tentang pengumpulan ban-tuan bagi orang salih. Lakukanlah sebagaimana yangtelah kutentukan bagi semua jemaah di Galatia. 2 Padahari pertama setiap minggu, setiap orang daripada kamuhendaklah mengasingkan wang menurut kemampuanmasing-masing dan menyimpannya. Janganlah setelahaku datang baru kamu mula mengumpulnya. 3 Setelahaku tiba, aku akanmenghantar sesiapa yang kamuanggapsesuai untuk membawa pemberianmu itu bersama suratke Baitulmaqdis. 4Sekiranya aku perlu pergi juga, merekaakan pergi bersamaku.

Permintaan Paulus

1 Korintus 16:5 40 1 Korintus 16:175Aku akandatang ke tempatmu selepasMakedonia ker-

ana aku akan datang melalui Makedonia. 6Mungkin akuakan tinggal beberapa waktu denganmu, malah mungkinsepanjang musim dingin; kemudian kamu boleh meno-longku meneruskan perjalanan. 7Kali ini aku tidak mahusinggah sahaja; aku berharap akan dapat tinggal agaklama denganmu jika diizinkan Tuhan. 8Namun, aku akantetap berada di Efesus sampai hari Pentakosta, 9 keranapintu untuk melakukan pekerjaan besar telah terbukaluas bagiku walaupun ramai orang yang menentang.

10 Jika Timotius datang ke tempatmu, jangan biarkandia berasa takut tinggal di kalanganmu, kerana diajuga melakukan pekerjaan untuk Tuhan, sama sepertiku.11Oleh itu jangan sesiapa memandang ringan kepadanya.Setiap orang hendaklah menolongnya, supaya dia dapatmeneruskan perjalanan dengan sejahtera dan datangmenemuiku, kerana aku dan beberapa orang saudara lainmenunggu kedatangannya.

12 Tentang saudara kita Apolos, aku telah mende-saknya mengunjungimu bersama saudara-saudara yanglain, tetapi dia enggan pergi sekarang ini. Jika adakesempatan, dia akan datang juga.

13 Berhati-hatilah, berdiri teguh dalam iman, sentiasaberani dan gigih. 14 Lakukan segala-galanya dalam kasih.

15 Saudara-saudaraku, ada satu permintaankukepadamu. Kamu sedia maklum bahawa Stefanussekeluarga merupakan hasil pertama pelayananku diAkhaya, dan mereka telah bertekad untuk mengabdikandiri kepada orang salih. 16 Aku meminta supaya kamutunduk kepada orang yang demikian, dan kepada semuayang turut berusahadengankami. 17Akugembira bahawaStefanas, Fortunatus dan Akhaikus telah datang, keranaapa-apa kekuranganku telah dilengkapkan oleh mereka.

1 Korintus 16:18 41 1 Korintus 16:2418Mereka telah menyenangkan hatiku dan hatimu. Olehitu, hargailah orang yang demikian.

Salam19 Jemaah-jemaah di Asia berkirim salam kepadamu.

Akwila dan Priskila, serta jemaah di rumah mereka,berkirim salam mesra kepadamu dalam Tuhan. 20 Semuasaudara seiman juga berkirim salam kepadamu. Bersala-manlah dengan mesra.

21 Aku juga menyampaikan salam yang kutulis dengantanganku sendiri – Paulus.

22 Jika ada yang tidak mengasihi Junjungan, terkutuk-lah dia. Ya Tuhan, datanglah segera!

23Kasih kurnia Junjungan Isa al-Masih menyertaimu.24 Kasihku menyertai kamu semua dalam Isa al-Masih.

Amin.

42Kitab Suci Zabur dan Injil

Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia.Copyright © 2013 Pengamat Kitab MuliaLanguage: Bahasa Malaysia (Malay)This translation is made available to you under the terms of the Creative CommonsAttribution-No Derivatives license 4.0.Youmay share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format,provided that:

You include the above copyright and source information.You do not make any derivative works that change any of the actual words or

punctuation of the Scriptures.Pictures includedwith Scriptures and other documents on this site are licensed just forusewith those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respectivecopyright owners.2014-04-01PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 4 Mar 2019 from source files dated 4 Mar2019648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827