2bbm3106.docx · web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. walaupun tidak sampai...

14
UNIT 2 TEORI DALAM LINGUISTIK Pengenalan Teori merupakan pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia juga merupakan prinsip-prinsip atau dasar bagi pembentukan sesuatu ilmu. Ini bermakna apabila seseorang itu berteori, maka dia sebenarnya mengemukakan teori atau prinsip sesuatu ilmu. Semua disiplin ilmu mempunyai teori masing-masing sama ada dalam bidang sejarah, ekonomi, sains, falsafah, kemanusian dan sebagainya. Justeru linguistik yang merupakan satu bidang ilmu bersifat saintifik, tentulah mempunyai teori-teorinya untuk dijadikan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Teori linguistik bersifat saintifik kerana ia berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal. Objektif 1. Memahami pengertian teori linguistik. 2. Mengetahui ciri-ciri teori dalam penyelidikan linguistik.

Upload: vuongkhuong

Post on 26-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

UNIT 2

TEORI DALAM LINGUISTIK

Pengenalan

Teori merupakan pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan

sesuatu perkara. Ia juga merupakan prinsip-prinsip atau dasar bagi pembentukan

sesuatu ilmu. Ini bermakna apabila seseorang itu berteori, maka dia sebenarnya

mengemukakan teori atau prinsip sesuatu ilmu. Semua disiplin ilmu mempunyai teori

masing-masing sama ada dalam bidang sejarah, ekonomi, sains, falsafah, kemanusian

dan sebagainya. Justeru linguistik yang merupakan satu bidang ilmu bersifat saintifik,

tentulah mempunyai teori-teorinya untuk dijadikan prinsip dan dasar untuk menganalisis

dan menghuraikan data bahasa. Teori linguistik bersifat saintifik kerana ia berupaya

membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.

Objektif

1. Memahami pengertian teori linguistik.

2. Mengetahui ciri-ciri teori dalam penyelidikan linguistik.

3. Mengetahui perbezaan antara teori linguistik dengan teori bahasa.

Teori dalam Penyelidikan

Teori merupakan rumusan pandangan sehingga mampu diberi definisi, konsep, prinsip

kriteria, ciri atau gejala yang wujud bagi sesuatu yang diteorikan. Maklumat yang

Page 2: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

dirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap

sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran, kalau

tidak benar berasaskan fakta, ia benar dari segi reason. Dalam hal ini, Shafie Abu

Bakar (1995) menjelaskan beberapa kriteria yang dapat mengukuhkan pembinaan

sebuah teori, antaranya:

1. Adanya prinsip-prinsip asas yang dapat diolah dan diulas sehingga dikenal

pasti kriteria-kriterianya.

2. Dapat dianalisis secara relavan dan bersifat ilmu.

3. Ada kolerasi antara tahap-tahap persoalan dan perbandingan.

4. Kekukuhan hujah, walaupun ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan.

5. Ada pendekatan yang sistematik sehingga ia tidak diragukan kebenarannya.

Satu daripada tujuan penyelidikan atau penyelidikan linguistik adalah untuk

menguji teori atau hipotesis yang sedia ada. Kebanyakan penyelidikan sebenarnyacuba

menyelidiki sesuatu hipotesis. Hipotesis adalah satu andaian yang penuh dengan daya

fikir tentang cara benda-benda boleh terjadi. Menurut Wray et al.

An experimental hypothesis makes predictions about the outcome of specific controlled events, and theoutcomes actually achieved enable you to confirm orfail to confirm the hypothesis (1998:7).

Hipotesis juga sebenarnya digunakan dalam penyelidikan bukan eksperimental

seperti bahasa. Dalam hal ini, hipotesis membolehkan kita mengenal pasti secara lanjut

Page 3: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

tentang perbezaan atau ciri-ciri yang kita lihat dalam data. Dengan itu kita boleh

membina koleksi data dengan cara yang tepat. Sebagai contoh, dalam satu kajian

pemerhatian, hipotesisnya ialah seorang kanak-kanak akan saling bertindak dengan

cara berbeza-beza dengan orang dewasa berbanding dengan kanak-kanak yang lain.

Jika penyelidikan tidak dibina berdasarkan satu hipotesis, mereka akan

memberikan kesan buruk iaitu tidak dapat menjelaskan perkara yang telah ditemui

dalam kajian. Hipotesis dibuat dalam penghuraian bagi teori-teori. Teori adalah satu

penjelasan untuk sesuatu benda yang boleh diperhatikan. (Wray et al.,1998:7)

Banyak penyelidikan yang berjaya, mengandungi percubaan-percubaan dan

analisis yang mencabar teori-teori yang kukuh dengan data-data yang baru. Oleh

kerana linguistik merentasi sains dan juga kemanusian, maka linguistik menghuraikan

data intelektual dengan cara yang berbeza-beza:

1. Data kuantitatif, iaitu ujian statistik dapat dilakukan: dapatkan uji kaji, jumlah

perkataan dan sebagainya.

2. Data kualitatif: perhitungan, persepsi, pengertian dan sebagainya.

3. Teori tulen: model-model proses dalaman yang walaupun dapat diuji dalam

istilah bahasa, sebenarnya atau pada hakikatnya tidaklah experimental,

(Wray et al., 1998).

Page 4: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

Semua penyelidikan seharusnya berdasarkan teori atau model teori.

Kebanyakan penyelidikan merangkumi ujian, dengan maksud seperti satu uji kaji atau

pemerhatian, satu ramalan bagi teori atau model. Kerja-kerja pemerhatian, temu duga,

uji kaji dan kajian kes mestilah ditunjangi oleh beberapa teori atau model. Dengan itu

dapatannya boleh digunakan untuk perbincangan yang lebih luas. Menurut Nor

Hashimah (1996:29), gabungan antara data yang dikutip di lapangan dan analisis

menggunakan teori yang terbaik akan menghasilkan satu kajian bahasa yang boleh

dipertanggungjawabkan.

Teori dalam Ilmu Linguistik

Linguistik, seperti disiplin sains yang lain, mementingkan pembentukan satu sistem

konsep mujarab yang dapat menghuraikan sifat bahasa yang tergambar secara

sempurna, bukannya sekadar mengutip data sahaja. Menurut Popper yang dipetik oleh

Kempson (1992:2), perkembangan teori linguistik pada amnya telah melalui pola yang

tertentu dalam membina satu sistem (teori) yang mujarab untuk meramalkan fakta

tertentu:

1. Membina satu sistem (teori) yang mujarab untuk menjelaskan satu bahagian

tertentu struktur bahasa.

2. Mengkaji akibat daripada pembinaan sistem tersebut.

3. Menolak sistem tersebut jika sistem itu meramalkan fakta tertentu yang

sebenarnya tidak dapat diperolah.

Page 5: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

4. Menggantikan sistem itu dengan sistem pengganti yang sesuai dengan

faktanya.

Berdasarkan pola perkembangan di atas, dapat dijelaskan bahawa seorang ahli

bahasa itu menumpukan perhatian pada pembinaan teori am tentang sifat bahasa, dan

juga pada pembinaan tatabahasa satu-satu bahasa. Kedua-duanya ini mencerap

pengetahuan penutur bahasa berkenaan yang membolehkan penutur tersebut

menggunakan bahasanya sebagai alat perhubungan, dan seterusnya membekalkan

bahan uji bagi kekangan sejagat yang didakwa terdapat dalam tatabahasa semula jadi

(Kempson, 1992:11). Ahli linguistik (sama dengan ahli bahasa) mengkaji ayat sesuatu

bahasa untuk mendapatkan konsep dalam bahasa tersebut. Kemudian konsep pyang

dipertemukan dalam sesuatu bahasa itu diperiksa sama ada dipertemukan juga dalam

bahasa lain. Jika sedemikian maka konsep itu dianggap sejagat dan disebut teori

bahasa.

Dengan teori bahasa (konsep sejagat) seseorang ahli bahasa menganalisis bahasa lain. Tujuan ahli bahasa adalah menganalisis bahasa dan menghuraikan juga nahu bahasa tersebut. Sehingga sekarang, kelima-lima ribu bahasa di dunia belum dianalisis kesemuanya. Dari semasa ke semasa, dipertemukan bahasa baru yang dapat dianalisis. Ahli bahasa terus menganalisis bahasa yang belum pernah dianalisis lagi dengan tujuan untuk mendapatkan konsep sejagat yang baru dalam bahasa tersebut. Oleh itu, tujuan ahli linguistik ialah mendapatkan konsep sejagat untuk menganalisis bahasa (Lufti Abas, 1985:26)

Teori linguistik am bersifat saintifik, iaitu berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal. Jika sesuatu hipotesis dinyatakan secara samar-samar sehingga tiada siapa pun yang dapat menguji hipotesis itu sama ada benar atau tidak, maka teori yang sedemikian tidak lagi empirikal dan tidak benar dari sudut pandangan sains. Bukat setakat itu sahaja, malah satu-satu teori dapat diuji melalui usaha-usaha mencari kelemahannya. Ini disebabkan usaha membuktikan satu-satu teori itu tidak benar dapat dilakuakn melalui seperangkat fakta yang tertentu manakala mustahil kita dapat membuktikan kebenaran sesuatu teori melalui cara ini. Fakta mungkin serasi atau tidak serasi dengan satu-satu teori, keserasian itu tidak pernah membuktikan kesahihan tersebut, kerana teori tersebut tidak benar disebabkan alasan lain yang tidak berkait

Page 6: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

dengan fakta itu.Pada amnya, percubaan sains tidak menghiraukan bukti yang menunjukkan satu-satu teori itu benar, tetapi dengan bukti yang mungkin dapat menunjukkan teori itu tidak benar (Kempson, 1992:1-2).

Teori Linguistik dan Teori Bahasa

Teori linguistik adalah seperangkat hipotesis yang digunakan untuk menerangkan data bahsa sama ada bersifat lahiriah seperti bunyi bahasa ataupun yang bersifat batiniah seperti makna (Harimurti, 1983:166). Teori linguistik merupakan cabang linguistik yang menumpukan perhatian pada teori umum dan kaedah-kaedah umum dalam penyelidikan bahasa sama ada dalam bidang linguistik , psikolinguistik dan sebagianya. Misalnya teori kasus dalam bidang semantik, teori gelombang dan teori pohon dalam bidang linguistik bandingan, teori behavioris dalam bidang psikolinguistik dan lain-lain. Begitu juga dengan teori-teori linguistik yang lain seperti teori struktural, transformasi generatif, tagmemik, analisis wacana, lakuan pertuturan dan sebagainya.

Sebagai contoh, aplikasi dapat dijelaskan, misalnya teori pohon dan teori gelombang dalam bidang linguistik bandingan sejarawi. Dengan memperlihatkan perkembangan dialek secara beransur-ansur menjadi bahasa, dan bagaimana bertumpang tindihnya dialek-dialek dan juga bahasa sekeluarga dalam rantaian yang bahagian-bahagiannya terjalin erat satu sama lain, maka kita dapat membuktikan bahawa bahasa-bahasa tidak berpecah secara mendadak. Malah sesudah perpisahan, bahasa-bahasa itu tetap mempunyai pertembungan satu sama laindan ini bertentangan dengan apa yang diutarakan oleh Schteicher dalam konsep teori pohonnya ( family tree theory).

Teori ini melihat pemecahan bahasa-bahasa dari induknya seperti pencabangan pada pokok-pokok. Pencabangan itu berlaku secara mendadak , tiap-tiap kali bercabang dua dan makin lama makin berjauhan sehingga tiada lagi pertembungan satu sama lain. Skema (1) menggambarkan konsep yang dibawa oleh teori ini.

Sebaliknya teori pohon amat berbeza daripada teori gelombang yag dikemukakan oleh Wilhelm Schmidt. Menurut teori gelombang, bahasa berpisah antara satu sama lain secara beransur-ansur dan sesudah berpisah, berlaku pertembungan timbal balik antara satu sama lain, seperti halnya dengan gerak gelombang. Bahasa-bahasa yang masih dekat hubungannya terdapat dalam jarak yang dekat antara satu sama lain dan juga dalam kawasan yang juga merupakan titik pemisahan, sedangkan bagi yang jauh dari titik pemisahan akan berkuranglah persamaan-persamaan itu.

Page 7: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

Untuk memahami teori ini, kita hendaklah mencampakkan seketul batu ke dalam air. Kita akan lihat di sekitar jatuhnya batu itu, riak gelombang adalah agak besar, tetapi gelombang mengembang ke arah luar dan riaknya makin menipis. Sekitar gelombang yang menebal itu boleh disamakan dengan bahasa-bahasa yang masih dekat hubungannya antara satu sama lain, sedangkan lingkaran luar menunjukkan gelombang semakin menipis itu melambangkan bahasa yang sudah jauh berpisah sungguhpun masih ada ciri-ciri yang diwarisi dari bahasa sumber.

Teori gelombang itu sesuai dengan penemuan tentang pemecahan bahasa-bahasa sekeluarga. Dengan itu kita akan dapati bahawa tempat jatuhnya batu itu masih merupakan bahasa induk atau purba dengan dialek-dialeknya. Lingkaran ombak yang terdapat di sekeliling sekitaran itu merupakan bahasa-bahasa yang baru berkembang dari dialek-dialek, sedangkan lingkaran-lingkaran seterusnya merupakan bahasa yang sudah lama berpisah. Skema (2) sedikit sebanyak sesuai dengan gambaran yang dibawa oleh teori gelombang ini (Asmah Hj. Omar, 1985:105-106).

F1 G1 H1 E2 F2

E1 G2

D1 C2 H2

C1 D2

B1 B2

A

Page 8: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

Skema (2)

Dialek F

Dialek A

Dialek E

Dialek B Dialek D

Dialek C

Teori bahasa pula ialah teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua bahasa manusia di dunia ini. Falsafah bahasa berminat tentang teori bahasa untuk mendapatkan sifat-sifat dan struktur umum dalam semua bahasa asli manusia. Sifat-sifat dan struktur umum sedemikian akan membantu pengkaji beberapa generalisasi (generalization) atau pandangan umum terhadap bentuk dan kandungan bahasa yang boleh diasaskan kesimpulannya untuk melahirkan kebenaran tentang bentuk dan kandungan pengetahuan konsepsi manusia. Tetapi ini hanyalah langkah pertama. Teori itu tidak dapat menerangkan kepada pengkaji pengitlakan yang manakah yang boelh digunakan, bagaimana hendak menggunakannya, ataupun masalah falsafah yang mana yang akan diselesaikan jika ia menggunakan pengitlakan sedemikian.

Teori bahasa yang mengkaji bentuk-bentuk dan sifat-sifat umum dalam bahsa asli manusia, berbeza dengan huraian tentang sesuatu bahasa sahaja iaitu yang menunjukkan sifat-sifat tersendiri atau partikular bagi sesuatu bahasa. Misalnya huraian tentang bentuk bahasa Inggeris berbeza dengan huraian tentang bentuk bahasa Melayu. Ini adalah linguistikdeskriptof bagi sesuatu bahasa. Teori bahasa sebaliknya cuba menghuraikan sifat-sifat umum yang terkandung di dalam semua bahasa asli manusia dengan melihat sifat-sifat dan ciri-ciri yang merentasi semua bahasa.Oleh itu dalam kajian tentang sesuatu bahasa, kita memeriksa butir-butir terperinci di dalam tiap-tiap bahasa untuk mengetahui jarak perbezaan antara bahasa-bahasa itu, sedangkan dalam kajian ciri-ciri umum, kita ingin mengetahui had-had perbezaan itu. Kedua-dua pendekatan itu saling bergantung antara satu sama lain. Huraian terperinci

Page 9: 2BBM3106.docx · Web viewdirumuskan oleh teori mendekati ciri-ciri ilmu. Walaupun tidak sampai kepada tahap sekonkrit ilmu, sekurang-kurangnya teori tidak terkeluar dari wilayah kebenaran,

bagi sesuatu bahasa akan membantu pengkajian terhadap butir-butir yang boleh diabstrakkan atau disedut keluar untuk mendapatkan pengitlakan tentang bahasa-bahasa itu.

Kajian sifat-sifat umum tentang bahasa-bahasa akan menunjukkan sifat-sifat yang serupa atau invariants dalam semua bahasa yang boleh diasaskan sebagai sifat mutlak yang harus ada dalam tiap-tiap huraian mana-mana bahasa asli manusia sekalipun. Jadi sifat umum itu akan menjadi batu pengukur kejituan huraian tentang bahasa mana sekalipun. Ringkasnya huraian terperinci setiap bahasa boleh memberi sekumpulan sifat umum bagi semua bahasa dan sifat-sifat umum semua bahasa boleh menjadi batu pengukur tentang kejituan huraian terperinci bagi setiap bahasa.

Sifat-sifat umum bahasa atau invariant hadir dalam semua bahasa asli manusia. Oleh sebab sifat invariant ini berkait dengan pengitlakan bahasa, maka teori bahasa bolehlah dilihat sebagai model yang mengeluarkan aturan-aturan untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Pengitlakan linguistik dalam huraian terhadap sebarang bahasa asli manusia,

2. Sejumlah aturan yang boleh menunjukkan konstruksi yang boleh digunakan untuk memformulasikan aturan-aturan itu.

Oleh itu kajian tentang bahasa-bahasa umumnya membentuk satu model yang dapat menerangkan kepada kita bagaimanakah hendak mensistemkan fakta-fakta tentang tiap-tiap stu bahasa asli manusia. Huraian tentang sesuatu bahasa adalah benar secara empiris jika butir-butir linguistik menunjukkan bahawa huraian sedemikian dapat membezakan satu bahasa dengan bahasa yang lain, dan empiris menyokong dakwaan bahawa tiap-tiap huraian menunjukkan keadaan yang lengkap dan mustahak bagi bahasa-bahasa yang berlainan itu. Sebaliknya teori bahasa menerima sokonagn empiris daripada huraian yang disahkan terhadap sesuatu bahasa. Satu teori bahasa sejagat/universal adalah sah selagi aturan-aturan bagi setiap huraian bahasa asli yang jitu mempunyai bentuk-bentuk yang dikehendakinya dan menggunakan rumus-rumus yang diberikan status sebagai universals of language atau kesejagatan dalam bahasa. Dengan itu sekumpulan fakta linguistik yang sama memberi bukti-bukti empiris untuk huraian-huraian linguistik juga memberi bukti empiris bagi pengitlakan antara bahasa-bahasa untuk membentuk teori bahasa sejagat. (Hashim Musa, 1994:23-25).

Kesimpulan

Linguistik sebagai satu disiplin sangat mementingkan pembinaan satu teori, yang dapat memberikan huraian sifat bahasa yang tergambar secara sempurna, bukannya setakat mengumpul fakta sahaja. Teori yang digunakan dalam menghuraikan bahasa harus sesuai, iaitu mampu menjelaskan segala masalah yang timbul dalam sesuatu bahasa.