286-569-1-sm

9
SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013 169 KAEDAH ‘3T’ MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENYEBUT MAKHRAJ HURUF DENGAN BETUL Nur Ain Shafiqah binti Abd Aziz & Nawi bin Mamat Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid-murid Tahun 4 meningkatkan kemahiran menyebut makhraj huruf dengan betul ketika membaca al-Qur’an melalui kaedah 3 ‘T’ iaitu kaedah talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmi’. Kemahiran menyebut makhraj huruf yang ditekankan di sini ialah dalam menyebut huruf-huruf yang terdapat dalam surah al- Zalzalah. Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 6 orang murid Tahun 4 yang berumur 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam, Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Dalam melaksanakan tinjauan awal kajian, pengkaji telah menggunakan pemerhatian, ujian diagnostik serta penelitian rekod tasmi’ sebagai medium untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil dapatan ketiga-tiga instrumen ini menunjukkan kesemua responden ini lemah dalam kemahiran menyebut makhraj huruf dengan betul. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra dan pasca, pemerhatian dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati kesemua responden menunjukkan peningkatan yang positif iaitu sebanyak 66% bagi peningkatan min markah dalam menguasai kemahiran menyebut makhraj huruf. Analisis data ini dapat disahkan melalui analisis ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian serta borang soal selidik. Keputusan penyelidikan tindakan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah 3 ‘T’ dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran menyebut makhraj huruf dengan betul yang meliputi kemahiran membaca surah al-Zalzalah. Cadangan seterusnya adalah dengan menjalankan kajian sebegini bagi surah lain yang terdapat dalam al-Qur’an dan kepada murid lain yang berbeza aras pencapaian. Kata kunci: Kaedah 3 ‘T’, Talaqqi Musyafahah, Tikrar dan Tasmi’, Kemahiran Menyebut Makhraj Huruf, Surah al-Zalzalah PENDAHULUAN Pengajian Tilawah al-Qur’an diajar di bawah mata pelajaran Pendidikan Islam. Sebelum mencapai kesempurnaan dalam bacaan al-Qur’an, kita mestilah membetulkan sebutan makhraj huruf terlebih dahulu. Kamus al-Jadid (1982) mendefinisikan makhraj sebagai tempat keluar. Kurikulum Pendidikan islam Sekolah rendah terdiri daripada 4 bidang utama iaitu bidang Asuhan Tilawah al-Qur’an, bidang Asas Ulum Syariah, bidang Adab dan Akhlak Islamiah dan bidang Pelajaran Jawi. Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu muslim yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarkatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah pertama; pendidikan Asas Tilawah al-Qur’an, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardhu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu

Upload: abdulmuiz-ishak

Post on 11-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KT

TRANSCRIPT

Page 1: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

169

KAEDAH ‘3T’ MEMBANTU MURID TAHUN 4

MENYEBUT MAKHRAJ HURUF DENGAN BETUL

Nur Ain Shafiqah binti Abd Aziz & Nawi bin Mamat

Jabatan Pendidikan Islam & Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu murid-murid Tahun 4

meningkatkan kemahiran menyebut makhraj huruf dengan betul ketika

membaca al-Qur’an melalui kaedah 3 ‘T’ iaitu kaedah talaqqi musyafahah,

tikrar dan tasmi’. Kemahiran menyebut makhraj huruf yang ditekankan di

sini ialah dalam menyebut huruf-huruf yang terdapat dalam surah al-

Zalzalah. Responden dalam penyelidikan ini terdiri daripada 6 orang murid

Tahun 4 yang berumur 10 tahun di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam,

Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Dalam melaksanakan tinjauan awal

kajian, pengkaji telah menggunakan pemerhatian, ujian diagnostik serta

penelitian rekod tasmi’ sebagai medium untuk mendapatkan maklumat

kajian. Hasil dapatan ketiga-tiga instrumen ini menunjukkan kesemua

responden ini lemah dalam kemahiran menyebut makhraj huruf dengan

betul. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah ujian pra dan pasca,

pemerhatian dan soal selidik. Hasil analisis data mendapati kesemua

responden menunjukkan peningkatan yang positif iaitu sebanyak 66% bagi

peningkatan min markah dalam menguasai kemahiran menyebut makhraj

huruf. Analisis data ini dapat disahkan melalui analisis ujian pra dan ujian

pasca, pemerhatian serta borang soal selidik. Keputusan penyelidikan

tindakan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah 3 ‘T’ dapat membantu

dalam meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran

menyebut makhraj huruf dengan betul yang meliputi kemahiran membaca

surah al-Zalzalah. Cadangan seterusnya adalah dengan menjalankan

kajian sebegini bagi surah lain yang terdapat dalam al-Qur’an dan kepada

murid lain yang berbeza aras pencapaian.

Kata kunci: Kaedah 3 ‘T’, Talaqqi Musyafahah, Tikrar dan Tasmi’,

Kemahiran Menyebut Makhraj Huruf, Surah al-Zalzalah

PENDAHULUAN

Pengajian Tilawah al-Qur’an diajar di bawah mata pelajaran Pendidikan Islam. Sebelum

mencapai kesempurnaan dalam bacaan al-Qur’an, kita mestilah membetulkan sebutan

makhraj huruf terlebih dahulu. Kamus al-Jadid (1982) mendefinisikan makhraj sebagai

tempat keluar. Kurikulum Pendidikan islam Sekolah rendah terdiri daripada 4 bidang

utama iaitu bidang Asuhan Tilawah al-Qur’an, bidang Asas Ulum Syariah, bidang Adab

dan Akhlak Islamiah dan bidang Pelajaran Jawi. Pendidikan Islam sekolah rendah wajib

dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam

menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu muslim yang

merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarkatan dan kenegaraan. Tumpuan

khusus mata pelajaran ini ialah pertama; pendidikan Asas Tilawah al-Qur’an, kedua;

pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardhu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu

Page 2: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

170

Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam dan keempat; penerapan adab

yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid (Sukatan Pelajaran Pendidikan

Islam KBSR, 2006).

Membaca surah lazim dengan sebutan yang betul termasuk dalam bidang Asuhan

Tilawah al-Qur’an. Objektif Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah ialah murid

dapat membaca surah dengan bertajwid dan lancar. Namun, semasa pengkaji menjalani

fasa praktikum tiga ketika melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi bidang

Tilawah al-Qur’an, pengkaji mendapati terdapat murid yang menghadapi masalah untuk

menyebut makhraj huruf dengan betul dan mereka tidak dapat membezakan sebutan huruf

yang berdekatan makhraj. Pengkaji dapati masih terdapat murid yang tidak dapat

menyebut kalimah dalam surah ini dengan makhraj yang betul. Murid-murid tidak dapat

membezakan bunyi makhraj huruf yang berdekatan tempat keluar huruf iaitu huruf ،ت ،ش س، ق، ك، ث، ط، ، ز ذ، خ، ح، .

Sebutan huruf-huruf yang berdekatan tempat keluar huruf dibaca dengan bunyi yang

sama dan akibat daripada bacaan yang salah ini boleh mengubah makna sebenar ayat al-

Qur’an. Setelah melakukan refleksi kendiri dan menganalisis masalah murid, pengkaji

dapati masalah paling ketara iaitu murid tidak dapat menyebut dengan baik makhraj huruf

dalam ayat bacaan surah al-Zalzalah.

Menurut Masyitah Ulul Azmin (2009), kaedah talaqqi musyafahah dapat meningkatkan

kemahiran menyebut makhraj huruf dengan betul. Selain itu, berdasarkan Saleh bin

Yusof (2005) pula, mengatakan bacaan secara bersendirian oleh murid tidak berkesan

bagi membetulkan makhraj huruf dalam kalangan murid. Di samping itu, hasil kajian

Zakiah binti Kassim (2012), membuktikan bahawa teknik tikrar dapat membantu

meningkatkan mutu bacaan al-Qur’an terutamanya dalam aspek makhraj dan sebutan

ayat. Tambahan pula, menurut Farhan Ismail (2010), kaedah tasmi’ dapat membetulkan

kesalahan murid dengan serta-merta.

Oleh itu, berdasarkan kajian lepas pengkaji telah memikirkan kaedah yang terbaik untuk

menyelesaikan masalah ini iaitu dengan mengaplikasi dan menggabungjalin kaedah

talaqqi musyafahah, kaedah tikrar dan kaedah tasmi’ serta meningkatkan keberkesanan

ketiga-tiga kaedah ini dalam menyebut makhraj huruf iaitu bagi setiap huruf yang ingin

disebut iaitu dengan menambah huruf ‘alif’ berbaris fathah dan meletakkan baris sukun

atau mati pada huruf yang ingin diajar.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, analisis dokumen (penilitian rekod

tasmi’) dan ujian diagnostik secara lisan tujuan tinjauan masalah.

Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan

dengan masalah ini:

1. Murid tidak dapat menyebut makhraj huruf dengan betul sedangkan mereka kenal

huruf tersebut.

2. Murid tidak dapat membezakan bunyi huruf yang berhampiran makhraj huruf.

Page 3: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

171

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap keupayaan murid ketika

membaca surah-surah pilihan yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam

sekolah rendah.

Objektif khusus kajian ini adalah supaya:

1. Meningkatkan tahap keupayaan murid tahun 4 Intan menyebut makhraj huruf dengan

betul dan mudah.

2. Murid mampu membezakan sebutan huruf-huruf yang berdekatan makhraj seperti

ط/س، ت/ه، ث/ذ، ح/ك،ز/ق .

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

1. Sejauhmanakah keberkesanan kaedah 3 ‘T’ mampu meningkatkan tahap keupayaan

murid 4 Intan menyebut makhraj huruf dengan betul dan mudah?

2. Bagaimanakah kaedah 3 ‘T’ membantu murid untuk membezakan sebutan huruf-

huruf yang berdekatan makhraj?

KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian ini ialah 6 orang responden yang terdiri daripada 6 orang murid tahun 4

Intan Sek. Keb Seri Nilam, Kuala Terengganu iaitu 3 orang lelaki dan 3 orang

perempuan. 6 orang murid ini terdiri daripada 2 aras iaitu aras lemah dan sederhana.

Responden juga terdiri daripada murid pemulihan j-Qaf bagi bidang tilawah al-Qur’an.

Murid ini telah dikenalpasti oleh pengkaji melalui tinjauan masalah berdasarkan tiga

instrumen iaitu ujian pemerhatian, diagnostik secara lisan dan juga bertulis dan analisis

dokumen. Rasional pemilihan responden tahun 4 dipilih oleh pengkaji kerana

mengandaikan responden boleh mengenal huruf dan membaca al-Qur’an namun tidak

lancar. Selain daripada itu, responden juga tidak menghadapi peperiksaan penting seperti

mana murid tahun 6 yang menghadapi peperiksaan UPSR. Selain itu, pengkaji

membentuk kumpulan yang terdiri daripada murid yang sederhana dan lemah supaya

wujud pengajaran koperatif. Murid yang sederhana boleh membimbing yang lemah

dalam menyebut makhraj huruf dengan betul.

TINDAKAN

Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan

kajian tindakan ini.

Page 4: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

172

Rajah 1: lingkaran penyelidikan tindakan yang dijalankan (model penyelidikan tindakan

Kurt Lewin)

Perancangan

Menurut Rosinah Edinin (2011), model Kurt Lewin biasanya digunakan apabila masalah

atau isu kajian telah dikenalpasti dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang

tepat dapat digunakan.

Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah 3 ‘T’ bagi membantu 6 orang

responden untuk menyebut makhraj huruf dengan betul dan dapat membezakan bunyi

makhraj huruf yang mempunyai tempat keluar huruf yang sama.

Rancangan ini termasuk mengadakan ujian diagnostik secara lisan, pemerhatian dan

analisis dokumen; penilitian rekod tasmi’.

Tindakan

Pada peringkat perancangan, pengkaji membuat pemilihan responden berdasarkan tiga

instrumen uang dijalankan semasa tinjauan masalah iaitu pemerhatian, ujian diagnostik

secara lisan dan analisis dokumen. Pengkaji membina instrumen kajian dan mendapatkan

pengesahan instrumen kajian daripada penyelia kajian. Instrumen yang digunakan oleh

pengkaji ialah ujian pra dan ujian pasca secara lisan dan bertulis, soal selidik dan

pemerhatian. Ujian pra dan ujian pasca melibatkan ujian lisan.

Selepas menganalisis hasil tinjauan masalah, pengkaji mengenal pasti punca masalah

sebutan makhraj huruf murid disebabkan dua faktor. Antaranya ialah murid tidak dapat

mendengar dan melihat dengan jelas sebutan daripada guru dan pengajaran dan

pembelajaran tilawah al-Qur’an tidak menarik dan tiada teknik yang mudah sehingga

murid terganggu konsentrasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tilawah al-

Qur’an. Hasil perbincangan bersama pensyarah penyelia, guru-guru dan rakan

praktikum, pengkaji telah memutuskan untuk melaksanakan kaedah 3 ‘T’ bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh responden kajian. Kaedah ini adalah

gabungan 3 kaedah yang sememangnya tidak dapat lari daripada pengajaran tilawah al-

Qur’an. Pengkaji telah menyediakan kad imbasan pelbagai gabungan warna supaya

PERANCANGAN

TINDAKAN PEMERHATIAN

REFLEKSI PERANCANGAN

TINDAKAN PEMERHATIAN

REFLEKSI

Lingkaran

1

Lingkaran

2

Page 5: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

173

murid tertarik dan meningkatkan motivasi responden untuk menyebut dengan baik yang

terdapat huruf-huruf tertentu yang akan diajar oleh guru.

Pemerhatian

Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud

pengkaji perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian dan juga

borang soal selidik.

Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen seperti ujian

pra dan ujian pos serta borang soal selidik. Selain itu, pemerhatian berstruktur digunakan

bagi melihat perubahan tingkah laku responden.

Data yang diperoleh ini akan digunakan dan dijadikan sebagai pengukur sama ada kajian

ini berjaya atau gagal.

Refleksi

Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian

yang berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta perubahan

tingkah laku responden. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji

perlu mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan

penambahbaikan.

Lingkaran kedua

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang

dikehendaki. Pengkaji mendapati masalah utama yang membawa kepada keadaan ini

adalah alat intervensi itu sendiri. Keadaan ini membawa pengkaji kepada lingkaran

kedua dalam kajian ini.

Perancangan kedua

Dalam lingkaran kedua, pengkaji memulakan semula kajian daripada peringkat

rancangan. Pada masa ini, pengkaji merancang untuk menggunakan kaedah 3 ‘T’

berbantukan bahan bantu belajar yang berbentuk multimedia iaitu slaid power point yang

telah ditambahbaik dalam kajian. Pada peringkat perancangan, kaedah dan cara yang

digunakan masih lagi sama dengan sebelum ini. Namun begitu, terdapat suatu

penambahbaikkan pada alat intervensi yang diharap dapat memberikan kesan yang

berbeza kepada responden. Alat intervensi yang digunakan oleh pengkaji ialah

persembahan slaid pada papan layar di hadapan yang terdapat perisian audio contoh

bacaan dan imej tempat keluar huruf bagi setiap huruf yang ingin difokuskan.

Tindakan kedua

Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan penambahbaikkan yang

telah dilakukan. Pemerhatian berstruktur juga akan dilakukan pada masa ini. Satu lagi

ujian pasca (ujian pasca 2) akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan

penambahbaikkan tersebut. Setelah selesai, satu borang soal selidik (borang soal selidik

akhir) diedarkan kepada responden bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai

kaedah 3 ‘T’.

Pemerhatian kedua

Page 6: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

174

Pada fasa pemerhatian kedua ini, pengkaji akan mendapatkan maklumat tentang kajian

yang dijalankan melalui pemerhatian 2 dan ujian pasca 2. Dapatan daripada ujian pasca 2

dan pemerhatian 2 ini akan dibandingkan dengan ujian pasca 1 dan pemerhatian 1.

Pengkaji juga akan menilai pandangan responden daripada soal selidik akhir.

Refleksi kedua

Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak berdasarkan

kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh. Pada lingkaran kedua ini, pengkaji berasa

amat berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh. Oleh itu, lingkaran seterusnya tidak

dijalankan.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Meningkatkan tahap keupayaan murid tahun 4 Intan menyebut makhraj huruf

dengan betul dan mudah dengan menggunakan kaedah 3 ‘T’.

Rajah 2: Analisis peratusan dapatan antara ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2

Berdasarkan rajah 2 di atas, semasa ujian pra, tiada seorang responden pun yang dapat

menyebut makhraj huruf dengan betul membawa kepada peratusan 30%. Setelah

intervensi 1 dijalankan, hasil dapatan peratusan ujian pasca 1 meningkat hingga 72%.

Jumlah peratusan responden yang dapat memahami dan menggunakan istilah populasi

dengan betul dalam ujian pasca 2 adalah sebanyak 96%.

30%

72%

96%

0%

20%

40%

60%

80%

100%

120%

ujian pra ujian pasca 1 ujian pasca 2

per

atu

s %

Peratusan responden yang dapat menyebut

makhraj huruf dengan betul dan mudah dengan

menggunakan kaedah 3 ‘T’

Page 7: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

175

Rajah 3: Analisis Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca 1 dan ujian Pasca 2

Bagi mendapatkan data peratusan responden meningkatkan tahap keupayaan murid tahun

4 Intan menyebut makhraj huruf dengan betul dan mudah dengan menggunakan kaedah 3

‘T’, pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Berdasarkan

daripada graf di atas menunjukkan, kesemua responden menunjukkan kenaikan yang

mendadak daripada ujian pra kepada ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Kenaikan yang

paling menonjol ialah responden ke-5 iaitu dengan kenaikan 60% iaitu daripada 24% di

ujian pra kepada 84% di ujian pasca 2. Hal ini menunjukkan kaedah 3 ‘T’ amat

membantu murid dalam menyebut makhraj huruf yang betul.

Murid mampu membezakan huruf-huruf yang berdekatan makhraj seperti ذ،/ك،ز/ق ط/ت س،/ث ه،/ح dengan menggunakan kaedah 3 ‘T’.

Rajah 4: Analisis soal selidik bagi jawapan “YA” Sebelum dan selepas rawatan.

Seterusnya, pengkaji menggunakan soal selidik dan pemerhatian untuk menjawab

persoalan kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan jawapan yang positif

daripada responden iaitu daripada ‘TIDAK’ kepada ‘YA’. Secara keseluruhannya,

kesemua responden bersetuju bahawa kaedah 3 ‘T’ ini dapat membantu mereka

membezakan huruf-huruf yang berdekatan makhraj seperti ط/ت س،/ث ه،/ح ذ،/ك،ز/ق

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

R1 R2 R3 R4 R5 R6

Ujian Pra

Ujian Pasca 1

Ujian Pasca 2

responden%

0

0.2

0.4

0.6

0.8

1

1.2

S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

SEBELUM

SELEPAS

Page 8: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

176

dengan menggunakan kaedah 3 ‘T’ dengan betul dan mudah. Selain itu, hampir semua

responden berasa yakin untuk memperdengarkan bacaan mereka di hadapan guru dan

rakan-rakan lain di hadapan kelas. Kesimpulannya, kesediaan responden untuk membaca

ayat bacaan dalam surah al-Zalzalah membuktikan berlakunya perubahan positif

seterusnya mencapai objektif kajian yang kedua.

Hasil dapatan bagi pemerhatian pula telah menunjukkan perubahan positif selepas

diaplikasi kaedah 3 ‘T’ dalam aktiviti tilawah al-Qur’an. Minat dan kesungguhan

responden serta pencapaian objektif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

menunjukkan peningkatan paling ketara dan diikuti oleh penglibatan responden.

Perubahan sikap atau sahsiah responden daripada negatif kepada positif juga

menunjukkan peningkatan di mana terdapat penurunan terhadap tingkah laku negatif

setelah menggunakan kaedah 3 ‘T’ dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Qur’an

bagi menyebut makhraj huruf dengan betul. Analisis daripada soal selidik dan

pemerhatian yang telah dijalankan ke atas responden telah menunjukkan perubahan

positif dalam menyebut makhraj huruf dengan betul.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Meningkatkan tahap keupayaan murid tahun 4 Intan menyebut makhraj huruf

dengan betul dan mudah dengan menggunakan kaedah 3 ‘T’.

Hasil daripada analisis perbezaan markah responden antara ujian pra, ujian pasca 1 dan

ujian pasca 2 menunjukkan peningkatan penguasaan responden dalam kemahiran

menyebut makhraj huruf dengan betul. Secara keseluruhannya, kaedah 3 ‘T’ ini telah

berjaya membantu responden untuk menyebut makhraj huruf dengan betul berbanding

dengan pencapaian mereka sebelum ini. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan

positif analisis min markah antara ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 yang telah

mencatatkan peningkatan yang banyak iaitu sebanyak 66% bagi perbezaan min markah

ujian pra dan ujian pasca 2.

Murid mampu membezakan huruf-huruf yang berdekatan makhraj seperti ذ،/ك،ز/ق ط/ت س،/ث ه،/ح dengan menggunakan kaedah 3 ‘T’.

Dapatan kajian ini jelas menunjukkan peningkatan peratusan responden yang

menunjukkan perubahan selepas diaplikasi kaedah 3 ‘T’ dalam aktiviti tilawah al-Qur’an;

membaca surah al-Zalzalah berdasarkan instrumen pemerhatian dan soal selidik yang

dijalankan. Perubahan tingkah laku responden semasa intervensi yang dapat dilihat

melalui instrumen pemerhatian. Responden lebih ramai yang menunjukkan perubahan

tingkah laku yang positif semasa intervensi dijalankan.

Page 9: 286-569-1-SM

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2013

177

RUJUKAN

Abdul Hafiz b. Hj. Abdullah. (2003). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-

Quran yang efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Universiti

Teknologi Mara.

Abdul Raof Dalip. (1998). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Agama Islam di

Sekolah Menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Mara.

Abu Najihat al-Hafiz. (2001). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qariah. Selangor:

Penerbitan Darul Iman Sdn. Bhd.

Ahmad Al-‘Ayyid & Dawud ‘Abduh. Dr. (1989). al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi. al-

Munazimah al-‘Arabiyyah: t.tp

Ahmad Mohd. Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-Qaf: Metodologi Dan

Pedagogi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran pendidikan Islam tingkatan 5. Jurnal Penyelididkan Pendidikan

IPTAR.