26806662-form-4-sistem-liga-pertandingan-kalah-mati

Download 26806662-Form-4-Sistem-Liga-Pertandingan-Kalah-Mati

If you can't read please download the document

Upload: terencechan

Post on 01-Jul-2015

414 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Sistem Liga (Pertandingan Kalah Mati)

1) Pertandingan Kalah Mati.Cara ini mudah dan ringkas dikeolakan, kalah mati bermakna sesebuah pasukan atau peserta yang kalah disingkirkan terus daripada pertandingan. Pertandingan jenis ini mempunyai beberapa variasi iaitu:a) Kalah mati sekali b) Kalah mati dua kali c) Kalah mati tiga kali d) Kalah mati bersagu hati e) Kalah mati berlapis f) Kalah rawak berterusan

a) Kalah mati sekali.- Bermakna seseorang peserta atau pasukan akn bermain sekali sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan pertandingan sehingga terdapat seorang pemenang sahaja yang tinggal. -Sistem ini melibatkan perlawanan yang paling sedikit kerana separuh daripada peserta telah disingkirkan pada pusingan awal. - Sistem pertandingan ini kedua popular slepas sistem liga kumpulan, sistem kalah mati sekali juga mempunyai kelebihan dan kelemahannya iaitu:

-> Kelebihan.1. Format mudah difahami. 2. Mampu menerima penyertaan yang banyak. 3. Bilangan perlawanan yang sedikit. 4. Memerlukan kemudahan yang sedikit. 5. Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan. 6. Pemenang dapat ditentukan dengan cepat.

-> Kelemahan.1. Perserta atau pasukan bertanding sekali sahaja 2. Separuh daripada peserta atau pasukan tewas pada peringkat awal pertandingan. 3. Penggunaan kenudahan secara minimum. 4. Penentuan pemain pilihan adalah penting. 5. Pemenang pada peringkat awal tidak semestinya peserta atau pasukan pilihan.

Langkah pengolahan pertandingan seperti berikut: Bilangan Peserta Menunggu. -Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah dalam sistem pertandingan ini sekiranya jumlah pasukan yang mengambil bahagian dalam angka pangkat 2 atau angka kuasa dua. Penempatan Pasukan Pilihan atau seeded. -Peserta pilihan akan ditempatkan secara adil dengan sebaran yang menyeluruh.

b) Sistem Kalah Mati Dua Kali.- Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk bertanding sekurangkurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan. Perserta yang kalah masih berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir selepas mengalami kekalahan yang kedua. - Walaupun sistem kalah mati dua kali ini memberi peluang kepada peserta yang kalah kali pertama meneruskan peluang bermain sehingga kalah kali kedua tetapi sistem ini tetap mempunyai kelebihan dan kekurangan iaitu:

-> Kelebihan.1. Peserta bertanding sebanyak dua kali. 2. Peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan. 3. Dapat memilih pemenang yang sebenar. 4. Penentuan peserta menunggu tidak diperlukan.

-> Kelemahan.1. Memakan masa yang lebih panjang. 2. Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan gelangang yang banyak. 3. Jadual pertandingan yang kompleks dan mengelirukan.

Sekian, Terima Kasih