musim 2021 liga perdana singapura - berita harian

1
Musim 2021 Liga Perdana Singapura (SPL) membuka medan pertarungannya hari ini. Pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan liga ke-26 ini? BERITA HARIAN mengulas persembahan yang bakal ditonjol setiap daripada lapan pasukan yang bertanding musim ini. MUSIM 2021 LIGA PERDANA SINGAPURA Hampir menggenggam kejuaraan pertama mereka sejak 2013, Tampines hanya mampu menjadi naib juara musim lalu meskipun mendahului liga dengan tinggal dua perlawanan. Stags namun melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC buat pertama kali dalam sejarah. Gavin Lee menjangkakan musim yang mencabar bersaing dengan pasukan terbaik Asia dan kehilangan pemain utama dari Canada, Jordan Webb. Pengganti Webb, Armin Bosnjak, yang memiliki pengalaman dalam liga tahap tertinggi Montenegro dijangka membentuk gabungan serangan mantap bersama rakan senegara, Boris Kopitovic, pemain midfield Serbia, Zehrudin Mehmedovic dan pengatur serangan dari Jepun, Kyoga Nakamura. Tampines Rovers ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: Stags Stadium: Stadium Our Tampines Hub Pemain utama: Boris Kopitovic, Kyoga Nakamura, Zehrudin Mehmedovic dan Armin Bosnjak Kedudukan 2020: Naib juara Jurulatih: Gavin Lee Seperti tahun-tahun sudah, juara bertahan telah menyegarkan skuad mereka menjelang kempen liga baru, walaupun para pemain yang dikekalkan ialah kunci kemenangan 2020 mereka. Kapten Kazuki Hashioka beraksi setiap minit kempen liga dan membezakan dirinya sebagai bek kanan terbaik dalam pertandingan, sementara pemain tengah Ryoya Taniguchi dan penyerang Ryosuke Nagasawa ialah pemain tetap pasukan pertama. Mengenai rekrut baru, tiada banyak yang diketahui melainkan penyerang Kurabo Kondo yang pernah membuat penampilan untuk pasukan belia Jepun. Albirex Niigata ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: The White Swans Stadium: Stadium Jurong East Pemain utama: Boris Kopitovic, Kyoga Nakamura, Zehrudin Mehmedovic dan Armin Bosnjak Kedudukan 2020: Juara Jurulatih: Keiji Shigetomi Musim 2020 ialah musim yang mahu dilupakan Hougang United. Ia mulanya berharap dapat memperbaiki persembahan menakjubkan menduduki tempat ketiga pada 2019. Sebaliknya, mereka menamatkan musim lalu di tempat ketiga dari bawah dan kalah separuh daripada 14 perlawanan mereka. Kekurangan gol menjadi masalah utama Cheetahs musim lalu susulan pengunduran Stipe Plazibat pertengahan musim. Tidak hairan jurulatih Clement Teo menetapkan serangan sebagai agenda beliau musim pemindahan ini apabila menandatangani empat penyerang - pemain Brazil Gilberto Fortunato, penjaring gol kedua terbanyak SPL 2020 Tomoyuki Doi, Khairul Nizam dan Shahril Ishak. Jika rekrut baru ini dapat menjalin keserasian sesama mereka, Cheetahs mungkin akan kembali menyengat. Hougang United ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: Cheetahs Stadium: Stadium Hougang Pemain utama: Gilberto Fortunato, Afiq Yunos, Tomoyuki Doi dan Kaishu Yamazaki Kedudukan 2020: Keenam Jurulatih: Clement Teo Sudah sedekad tidak bertanding dalam kejohanan Asia, Geylang kembali musim ini setelah mengakhiri musim lalu di tempat keempat untuk menjamin bola sepak Piala AFC. Ia merupakan keputusan terbaik Eagles sejak 2017 apabila mereka menduduki tangga keempat di akhir musim dan Noor Ali akan mahu anak buahnya memberi saingan dalam kededua pertandingan domestik dan benua musim ini. Bekas pemain Singapura itu mengekalkan teras skuadnya, termasuk pemain utama Firdaus Kasman dan Christopher van Huizan. Dengan pengunduran penyerang Khairul Nizam dan Iqbal Hussain, Eagles akan bergantung pada dua pendatang baru, Sylvano Comvalius dan Matheus Moresche, untuk mengetuai bahagian serangan pasukan. Geylang International ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: Eagles Stadium: Stadium Our Tampines Hub Pemain utama: Firdaus Kasman, Christopher van Huizen, Sylvano Comvalius dan Matheus Moresche Kedudukan 2020: Keempat Jurulatih: Mohd Noor Ali Setelah mencipta sejarah sebagai kelab bola sepak swasta pertama Singapura musim lalu, Lion City Sailors dijangka menjadi pencabar kuat kejuaraan. Namun, pasukan kendalian Aurelio Vidmar terpaksa berpuas hati di tempat ketiga musim lalu setelah mengalami permulaan yang agak goyah. Namun, Sailors dijangka menjadi antara pasukan kegemaran untuk menjulang kejuaraan liga musim ini, terutamanya setelah menandatangani pemain jutaan dolar pertama bola sepak Singapura, Diego Lopes, daripada liga teratas Portugal. Pemain Brazil itu akan membentuk gandingan serangan bersama penjaring gol terbanyak 2020 Stipe Plazibat dan pemain negara, Faris Ramli dan Gabriel Quak yang pasti mengancam benteng lawan setempat dan rantau sedang Sailors bersedia beraksi dalam Piala AFC musim ini. Lion City Sailors ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: Sailors Stadium: Stadium Jalan Besar Pemain utama: Diego Lopes, Faris Ramli, Gabriel Quak dan Stipe Plazibat Kedudukan 2020: Ketiga Jurulatih: Aurelio Vidmar Philippe Aw kembali ke padang bola sepak profesional sebagai jurulatih Young Lions musim ini, menggantikan Nazri Nasir yang masih beransur pulih daripada serangan angin ahmar tahun lalu. Aw, yang sebelum ini memimpin Home United – kini digelar Lion City City Sailors – dikenali sebagai jurulatih yang memberi peluang kepada pemain muda dan gandingan baru ini mungkin boleh membantu Young Lions mempertingkat prestasi musim ini. Meskipun Young Lions mengakhiri liga di tangga kedua dari bawah,pasukan muda ini telah menunjukkan potensi semasa mengatur serangan. Musim ini, Young Lions bukan sahaja memburu kedudukan liga lebih baik, malah membina momentum bagi Sukan SEA di Hanoi pada akhir tahun ini. Pertahanan mereka dikukuhkan dengan ketibaan pemain bawah 23 tahun Singapura, Syahrul Sazali, dan Alif Iskandar. Trio midfield, kapten Jacob Mahler, Hami Syahin dan Ryhan Stewart akan menjadi tunggak pasukan dengan Ilhan Fandi mendahului bahagian serangan. Young Lions ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: Young Lions Stadium: Stadium Jalan Besar Pemain utama: Jacob Mahler, Hami Syahin, Syahrul Sazali dan Ryhan Stewart Kedudukan 2020: Ketujuh Jurulatih: Philippe Aw Balestier pastinya kecewa kerana terlepas peluang melayakkan diri ke pertandingan Asia musim ini. Meskipun itu, Tigers menunjukkan peningkatan ketara musim lalu apabila menduduki tempat kelima, berbanding di tempat terakhir musim sebelumnya. Jurulatih Marko Kraljevic mengekalkan sebahagian besar skuadnya, termasuk empat pemain asing - Sime Zuzul, Kristijan Krajcek, Shuhei Hoshino dan Ensar Bruncevic - yang akan menjadi kunci dalam kempen kali ini. Dengan kelab lain menandatangani nama-nama besar musim ini, bolehkah Balestier mengulangi atau memperbaiki persembahan mereka tahun ini? Balestier Khalsa ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: Tigers Stadium: Stadium Toa Payoh Pemain utama: Sime Zuzul, Hazzuwan Halim, Shuhei Hoshino dan Ensar Bruncevic Kedudukan 2020: Kelima Jurulatih: Marko Kraljevic Kemunculan kembali Tanjong Pagar United dalam SPL musim lalu, setelah enam tahun menyepi, amat dialu-alukan. Tetapi, akibat kekurangan persiapan dan dihimpit kecederaan, kelab itu mempunyai kempen hambar mengakhiri musim di tangga terakhir. Jaguars gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 14 perlawanan mereka. Musim ini, mereka lebih bersedia dengan bekas pemain Singapura Hasrin Jailani, yang dilantik sebagai ketua jurulatih, menandatangani beberapa pemain berprofil tinggi. Ketibaan dua pemenang SPL, Blake Ricciuto dan Reo Nishiguchi, dan bekas bintang pasukan Singa, Ridhuan Muhammad dan Khairul Amri, menandakan hasrat Jaguars untuk memberi persaingan musim ini. Tanjong Pagar United ULASAN MUSIM 2021: Nama gelaran: Jaguars Stadium: Stadium Jurong East Pemain utama: Blake Ricciuto, Reo Nshiguchi, Ridhuan Muhammad dan Khairul Amri Kedudukan 2020: Kelapan Jurulatih: Hasrin Jailani FOTO DAN GRAFIK BERITA HARIAN: HYRIE RAHMAT

Upload: others

Post on 12-Nov-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUSIM 2021 LIGA PERDANA SINGAPURA - Berita Harian

Musim 2021 Liga Perdana Singapura (SPL) membuka medan pertarungannya hari ini. Pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan liga ke-26 ini? BERITA HARIAN mengulas persembahan yang bakal ditonjol setiap daripada lapan pasukan yang bertanding musim ini.

MUSIM 2021 LIGA PERDANA SINGAPURA

Hampir menggenggam kejuaraan pertama mereka sejak 2013, Tampines hanya mampu menjadi naib juara musim lalu meskipun mendahului liga dengan tinggal dua perlawanan. Stags namun melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC buat pertama kali dalam sejarah. Gavin Lee menjangkakan musim yang mencabar bersaing dengan pasukan terbaik Asia dan kehilangan pemain utama dari Canada, Jordan Webb. Pengganti Webb, Armin Bosnjak, yang memiliki pengalaman dalam liga tahap tertinggi Montenegro dijangka membentuk gabungan serangan mantap bersama rakan senegara, Boris Kopitovic, pemain midfield Serbia, Zehrudin Mehmedovic dan pengatur serangan dari Jepun, Kyoga Nakamura.

Tampines Rovers

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: Stags

Stadium: Stadium Our Tampines Hub

Pemain utama: Boris Kopitovic, Kyoga Nakamura, Zehrudin Mehmedovic dan Armin Bosnjak

Kedudukan 2020:Naib juara

Jurulatih:Gavin Lee

Seperti tahun-tahun sudah, juara bertahan telah menyegarkan skuad mereka menjelang kempen liga baru, walaupun para pemain yang dikekalkan ialah kunci kemenangan 2020 mereka. Kapten Kazuki Hashioka beraksi setiap minit kempen liga dan membezakan dirinya sebagai bek kanan terbaik dalam pertandingan, sementara pemain tengah Ryoya Taniguchi dan penyerang Ryosuke Nagasawa ialah pemain tetap pasukan pertama. Mengenai rekrut baru, tiada banyak yang diketahui melainkan penyerang Kurabo Kondo yang pernah membuat penampilan untuk pasukan belia Jepun.

Albirex Niigata

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: The White Swans

Stadium: Stadium Jurong East

Pemain utama: Boris Kopitovic, Kyoga Nakamura, Zehrudin Mehmedovic dan Armin Bosnjak

Kedudukan 2020:Juara

Jurulatih:Keiji Shigetomi

Musim 2020 ialah musim yang mahu dilupakan Hougang United. Ia mulanya berharap dapat memperbaiki persembahan menakjubkan menduduki tempat ketiga pada 2019. Sebaliknya, mereka menamatkan musim lalu di tempat ketiga dari bawah dan kalah separuh daripada 14 perlawanan mereka. Kekurangan gol menjadi masalah utama Cheetahs musim lalu susulan pengunduran Stipe Plazibat pertengahan musim. Tidak hairan jurulatih Clement Teo menetapkan serangan sebagai agenda beliau musim pemindahan ini apabila menandatangani empat penyerang - pemain Brazil Gilberto Fortunato, penjaring gol kedua terbanyak SPL 2020 Tomoyuki Doi, Khairul Nizam dan Shahril Ishak. Jika rekrut baru ini dapat menjalin keserasian sesama mereka, Cheetahs mungkin akan kembali menyengat.

Hougang United

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: Cheetahs

Stadium: Stadium Hougang

Pemain utama: Gilberto Fortunato, Afiq Yunos, Tomoyuki Doi dan Kaishu Yamazaki

Kedudukan 2020:Keenam

Jurulatih:Clement Teo

Sudah sedekad tidak bertanding dalam kejohanan Asia, Geylang kembali musim ini setelah mengakhiri musim lalu di tempat keempat untuk menjamin bola sepak Piala AFC.Ia merupakan keputusan terbaik Eagles sejak 2017 apabila mereka menduduki tangga keempat di akhir musim dan Noor Ali akan mahu anak buahnya memberi saingan dalam kededua pertandingan domestik dan benua musim ini. Bekas pemain Singapura itu mengekalkan teras skuadnya, termasuk pemain utama Firdaus Kasman dan Christopher van Huizan. Dengan pengunduran penyerang Khairul Nizam dan Iqbal Hussain, Eagles akan bergantung pada dua pendatang baru, Sylvano Comvalius dan Matheus Moresche, untuk mengetuai bahagian serangan pasukan.

Geylang International

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: Eagles

Stadium: Stadium Our Tampines Hub

Pemain utama: Firdaus Kasman, Christopher van Huizen, Sylvano Comvalius dan Matheus Moresche

Kedudukan 2020:Keempat

Jurulatih:Mohd Noor Ali

Setelah mencipta sejarah sebagai kelab bola sepak swasta pertama Singapura musim lalu, Lion City Sailors dijangka menjadi pencabar kuat kejuaraan. Namun, pasukan kendalian Aurelio Vidmar terpaksa berpuas hati di tempat ketiga musim lalu setelah mengalami permulaan yang agak goyah. Namun, Sailors dijangka menjadi antara pasukan kegemaran untuk menjulang kejuaraan liga musim ini, terutamanya setelah menandatangani pemain jutaan dolar pertama bola sepak Singapura, Diego Lopes, daripada liga teratas Portugal. Pemain Brazil itu akan membentuk gandingan serangan bersama penjaring gol terbanyak 2020 Stipe Plazibat dan pemain negara, Faris Ramli dan Gabriel Quak yang pasti mengancam benteng lawan setempat dan rantau sedang Sailors bersedia beraksi dalam Piala AFC musim ini.

Lion City Sailors

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: Sailors

Stadium: Stadium Jalan Besar

Pemain utama: Diego Lopes, Faris Ramli, Gabriel Quak dan Stipe Plazibat

Kedudukan 2020:Ketiga

Jurulatih:Aurelio Vidmar

Lion City Sailors

Philippe Aw kembali ke padang bola sepak profesional sebagai jurulatih Young Lions musim ini, menggantikan Nazri Nasir yang masih beransur pulih daripada serangan angin ahmar tahun lalu.

Aw, yang sebelum ini memimpin Home United –kini digelar Lion City City Sailors – dikenali sebagai jurulatih yang memberi peluang kepada pemain muda dan gandingan baru ini mungkin boleh membantu Young Lions mempertingkat prestasi musim ini. Meskipun Young Lions mengakhiri liga di tangga kedua dari bawah,pasukan muda ini telah menunjukkan potensi semasa mengatur serangan.

Musim ini, Young Lions bukan sahaja memburu kedudukan liga lebih baik, malah membina momentum bagi Sukan SEA di Hanoi pada akhir tahun ini.

Pertahanan mereka dikukuhkan dengan ketibaan pemain bawah 23 tahun Singapura, Syahrul Sazali, dan Alif Iskandar. Trio midfield, kapten Jacob Mahler, Hami Syahin dan Ryhan Stewart akan menjadi tunggak pasukan dengan Ilhan Fandi mendahului bahagian serangan.

Young Lions

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: Young Lions

Stadium: Stadium Jalan Besar

Pemain utama: Jacob Mahler, Hami Syahin, Syahrul Sazali dan Ryhan Stewart

Kedudukan 2020:Ketujuh

Jurulatih:Philippe Aw

Balestier pastinya kecewa kerana terlepas peluang melayakkan diri ke pertandingan Asia musim ini. Meskipun itu, Tigers menunjukkan peningkatan ketara musim lalu apabila menduduki tempat kelima, berbanding di tempat terakhir musim sebelumnya. Jurulatih Marko Kraljevic mengekalkan sebahagian besar skuadnya, termasuk empat pemain asing - Sime Zuzul, Kristijan Krajcek, Shuhei Hoshino dan Ensar Bruncevic - yang akan menjadi kunci dalam kempen kali ini. Dengan kelab lain menandatangani nama-nama besar musim ini, bolehkah Balestier mengulangi atau memperbaiki persembahan mereka tahun ini?

Balestier Khalsa

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: Tigers

Stadium: Stadium Toa Payoh

Pemain utama: Sime Zuzul, Hazzuwan Halim, Shuhei Hoshino dan Ensar Bruncevic

Kedudukan 2020:Kelima

Jurulatih:Marko Kraljevic

Kemunculan kembali Tanjong Pagar United dalam SPL musim lalu, setelah enam tahun menyepi, amat dialu-alukan.

Tetapi, akibat kekurangan persiapan dan dihimpit kecederaan, kelab itu mempunyai kempen hambar mengakhiri musim di tangga terakhir. Jaguars gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 14 perlawanan mereka. Musim ini, mereka lebih bersedia dengan bekas pemain Singapura Hasrin Jailani, yang dilantik sebagai ketua jurulatih, menandatangani beberapa pemain berprofil tinggi. Ketibaan dua pemenang SPL, Blake Ricciuto dan Reo Nishiguchi, dan bekas bintang pasukan Singa, Ridhuan Muhammad dan Khairul Amri, menandakan hasrat Jaguars untuk memberi persaingan musim ini.

Tanjong Pagar United

ULASAN MUSIM 2021:

Nama gelaran: Jaguars

Stadium: Stadium Jurong East

Pemain utama: Blake Ricciuto, Reo Nshiguchi, Ridhuan Muhammad dan Khairul Amri

Kedudukan 2020:Kelapan

Jurulatih:Hasrin Jailani

FOTO DAN GRAFIK BERITA HARIAN: HYRIE RAHMAT