biar mati anak jangan mati adat

20
SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 1 210511 DEFINISI ADAT Menurut Kamus Dewan,adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun(sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Adat juga didefinisikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan 1 .Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat .Kata majmuk adat ialah adat istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial,kepercayaan dan perundangan. 2 Adat istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia.Adat istiadat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan bangsawan dan rakyat biasa.Menurut Dr Van Dijk menyatakan bahawa adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup dan semua peraturan serta tingkah aku 3 .A.J.N Richard pula mentakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean law,fashion,persona and social behavior 4 . Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasaan,keresaman tetapi cara hidup.Alam seki tar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan “Hidup 1 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 296 2 Abdul Latif Abu Bakar,Adat Melayu Serumpun,Penerbit Universiti Malaya,Kuala Lumpur,2001,hlmn 88 3 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu,Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 297 4 Ibid,hlmn 297

Upload: 720710025620

Post on 05-Jul-2015

324 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 1

210511

DEFINISI ADAT

Menurut Kamus Dewan,adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun

temurun(sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan

yang harus dipatuhi.Adat juga didefinisikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi

kebiasaan1.Etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan

atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan yang

tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat .Kata majmuk adat ialah adat

istiadat.Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu perkataan ini boleh disamakan dengan

kebudayaan.Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja bermaksud istiadat atau

upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial,kepercayaan dan

perundangan.2

Adat istiadat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses

kehidupan manusia bermula apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia.Adat

istiadat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu adat yang diamalkan oleh golongan

bangsawan dan rakyat biasa.Menurut Dr Van Dijk menyatakan bahawa adat merupakan

kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup dan semua peraturan serta tingkah aku

3.A.J.N Richard pula mentakrifkan adat sebagai “colloquially,adat can mean

law,fashion,persona and social behavior 4.

Adat diamalkan sekitar 2000 tahun dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses

peradaban dan ketamadunan melayu.Adat bukan sekadar kebiasaan,keresaman tetapi cara

hidup.Alam sekitar juga mempengaruhi adat melayu.Pepatah juga ada mengatakan “Hidup

1 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu, Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 296 2 Abdul Latif Abu Bakar,Adat Melayu Serumpun,Penerbit Universiti Malaya,Kuala Lumpur,2001,hlmn 88

3 S.Gazalba,Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu,Pustaka,Jakarta,1990,hlmn 297 4 Ibid,hlmn 297

Page 2: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 2

210511

Dikandung Adat Mati Dikandung Tanah”.Adat bukan sahaja diamalkan oleh orang melayu

sahaja tetapi melibatkan juga kaum peribumi lain seperti kaum Temuan,Jakun,Negrito dan

sebagainya.

Pepatah biar mati anak jangan mati adat dimaknakan secara literal iaitu biarlah anak mati

asalkan adat dapat dipertahankan dan dikekalkan.Ianya berpunca daripada kecetekan

pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap epistemology dan atmosfera dunia melayu

khususnya tentang ilmu terhadap kiasan Melayu yang merangkumi konsep pengucapan orang

Melayu.Adat orang-orang melayu adalah sangat halus iaitu di dalamnya terkandung unsur

dan nilai agama(malah dalam keadaan tertentu adat dianggap atau sama sebagai agama itu

sendiri),didalamnya ada rasa bertuhan atau diperhatikan oleh Allah SWT.Za’aba banyak

menggariskan orang melayu yang beradat dan beradab itu sebagai manusia yang berbudi

pekerti dan dilihat dari aspek caranya berpakaian,tutur kata dan bahasanya serta tingkah laku

dan perlakuannya.Terdapat pelbagai jenis adat resam dalam masyarakat melayu yang

diamalkan sehingga kini diantaranya ialah adat cukur jambul dan berendoi.

AMALAN CUKUR JAMBUL DAN BERENDOI DALAM MASYARAKAT MELAYU

Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru

dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak

wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai

berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang

disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad

dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan

Page 3: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 3

210511

umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh.

Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin,

apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut

mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan

kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan,

emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari

ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din

al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan

madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi.

Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut

sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran

yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan

sihat.Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak

sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan

sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam

buah kelapa.Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran

Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat.

Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali

kepercayaan seperti ini.Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat

agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut

dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat

berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Page 4: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 4

210511

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau

berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari

akikah, bolehlah diadakan jamuan.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara

tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau

piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Peralatan cukur jambul

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku

seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.

Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan

di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa.

Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa

atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah

membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.

Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan

adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari

Page 5: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 5

210511

yang lain.Cukur jambul selalunya bermula pada lewat pagi dengan bacaan Al-Quran atau

marhaban atau berzanji.Ibubapa mendukung dan membawa bayi kepada setiap orang supaya

mereka dapat menggunting beberapa gelung rambut.Peluang ini diberikan terutamanya datuk

dan nenek,ahli keluarga atau penduduk kampong yang lebih tua,ahli kumpulan marhaban

atau berzanji dan ketua agama.Selalunya menjadi satu adat mereka yang melakukannya

menghadiahkan bayi dengan sedikit wang atau sepertinya.Selalunya dalam majlis ini,tetamu

akan dihidangkan dengan makanan atau minuman seperti nasi briyani,nasi minyak,kambing

guling,ayam masak merah dan sebagainya.Dahulunya tetamu dihadiahkan dengan bunga telur

sebagai tanda terima kasih tetapi kini mereka dihadiahkan dengan gula-gula dan juga kek.

Page 6: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 6

210511

Peralatan yang digunakan semasa acara cukur jambul dilakukan

Cenderahati untuk diberikan kepada para tetamu selain daripada bunga telur

Page 7: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 7

210511

sebelum majlis akan di adakan doa selamat.. kemudian.. bacaan selawat kepada Nabi

Muhammad s.a.w.. bayi akan di arak

Kepala bayi akan ditepung tawar terlebih dahulu sebelum acara cukur jambul dibuat.

Page 8: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 8

210511

kemudian barulah rambut bayi di gunting

rambut yang di gunting tadi akan di masukkan kedalam kelapa dan beras kunyit di tabur. Duit

syiling bersama bunga rampai juga di tabur.Kanak-kanak akan berebut rebut mengutip duit syilling tersebut.

Page 11: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 11

210511

Wajah bayi selepas selesai dicukur

Nasi yang dihidangkan didalam talam Amalan sunnah Nabi

Adat berendoi

Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk

menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur

keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.

Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga

terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di

tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh.

Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.

Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan

dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti

dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat

kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali

persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.

Page 12: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 12

210511

Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih

atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja,

maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju

kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya

anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu

Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri

Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama

Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh

kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan

sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu

Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa senikata yang memuji junjungan Nabi

Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak

dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan

ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi

ialah Tuhan Rabbul’alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran

Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

BAHAN DAN PERALATAN

Page 13: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 13

210511

Lirik lagu Anak di dalam Buaian(Adat Berendoi Melayu)

Ayuhai anak di dalam buaian,

Pejamkan mata jangan tangiskan,

Lagu Berendoi kami dendangkan,

Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,

Namun engkau tak kunjung tiba,

Dengan takdir ilahi rabbi,

Kini engkau sudah menjelma.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara

tersebut

beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring

yang berisi

air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

TEPUNG TAWAR

BERTIH PULUT

Page 14: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 14

210511

BERAS KUNYIT

BAHAN UNTUK UPACARA BERENDOI

BUNGA RAMPAI

TEPUNG TAWAR

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok

sikuseluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk.

Page 15: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 15

210511

Kemudian kelapa yang dihiasdengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan

di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa.

Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa

atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah

membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan.

Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan

adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari

yang lain.

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain

songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri

kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam

atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat

Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Page 16: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 16

210511

ALATAN , PERKAKASAN DAN PERJALANAN

SEPANJANG MAJLIS BERENDOI

Bahan untuk upacara berendoi Bayi berumur 1-2 bulan Menaikkan bayi ke dalam

buaian

Bunga telur untuk tetamu Para tetamu di majlis berendoi Mendendangkan marhaban

Bahan untuk upacara berendoi Beras kunyit Bertih pulut

Beranika corak buaian Buaian upacara berendoi Bunga rampai

Bunga telur Tepung tawar Menepung tawar buai

Page 17: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 17

210511

KEPENTINGAN ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT MASA KINI

Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk

hidup bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian

kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui

adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia

yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup

berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran.

Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat

Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti

kata yang lain, identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan

nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi.

Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat

dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam

kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara

bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur

negatif dalam kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan

India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap

akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini.

Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas

yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik.

Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan

masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam

melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang

Page 18: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 18

210511

bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni

yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari

masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma

kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah

perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.

Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan

tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati

budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan.

Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar

Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses

pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan

berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan

kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat.

KESIMPULAN

Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun

pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun

dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan

semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh

didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan

perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian

negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan

rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai

Page 19: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 19

210511

dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu

mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang

membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang

bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan

mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan

memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang

merdeka dan bermaruah.

Page 20: Biar mati anak jangan mati adat

SGRM 3103 Sejarah Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu 20

210511