document2

23
2.0 KAEDAH LATIHAN DAN PRINSIP ANSUR MAJU ACARA LOMPAT JAUH Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba untuk melompat dan mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat serta tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas serta melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta mempunyai daya koordinasi yang baik. Untuk menguasai acara ini seseorang yang menceburi dalam acara ini perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak,Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif. MENENTUKAN KAKI LONJAKAN Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki lonjakan.Ada beberapa cara untuk menentukan kaki lonjakan: >Berdiri tegak dan condongkan badan ke hadapan seolah- olah hendak jatuh. Secara automatik satu kaki akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. >Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari belakang tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan. Setelah

Upload: loh-jer-ling

Post on 05-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hj

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

2.0 KAEDAH LATIHAN DAN PRINSIP ANSUR MAJU ACARA LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba untuk

melompat dan mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Tujuan utama

lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak ini dapat

dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat

serta tinggi. Seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas

serta melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta mempunyai daya

koordinasi yang baik. Untuk menguasai acara ini seseorang yang menceburi dalam

acara ini perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat

utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan

meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap

kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan

langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak,Disamping itu pelompat

jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.

MENENTUKAN KAKI LONJAKAN Kita mesti menggunakan kaki yang kuat sebagai kaki

lonjakan.Ada beberapa cara untuk menentukan kaki lonjakan: >Berdiri tegak dan

condongkan badan ke hadapan seolah-olah hendak jatuh. Secara automatik satu kaki

akan menyokong badan daripada rebah.Kaki itu adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

>Berpasangan.A berdiri tegak dengan kedua kaki dirapatkan.B menolak A dari belakang

tanpa isyarat.Kaki pertama yang melangkah adalah kaki yang kuat untuk lonjakan.

Setelah mendapatkan kaki lonjakan, maka latihan boleh dijalankan secara ansur maju.

KELAJUAN LARIAN

Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan

yang kuat dan mungkin juga jauh. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak

begitu penting dalam acra lompat jauh. Pendapat ini salah kerana tanpa larian

deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang

tidak sesuai boleh menyebabkan perkara berikut:

Page 2: Document2

Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh menganggu

lompatan.

Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan yang

dibuat.

 Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada

sasaran di papan pelepasan , yang boleh menyebabkan lompatan

batal.

Tedapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat

harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas.

Untuk kelajuan ini, seorang pembantu diperlukan untuk menanda titik yang paling

sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi

melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan

sebanyak larian sehingga ketepatan diperoleh. Kaedah kedua ini bagaimanapun

tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan

konsistensi larian yang telah diukur tadi.

Ansur maju 1

Larian menuju ke papan lonjak:

Page 3: Document2

Dilakukan secara berpasangan.

· A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B berdiri

berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak.

· Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak

ukuran di tempat permulaan.

· Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan

ke belakang satu atau dua langkah.

· Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau dua

langkah ke hadapan.

· Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

· Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.

· Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.

Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1:

· Lonjak dari papan lonjakan.

· Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah.

· Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.

· Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat

dengan tumit

Ansur maju 2:

· Melonjak dari hujung bangku.

· Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.

· Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.

· Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan.

Page 4: Document2

· Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

. Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali

. Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan lonjakan.

. Lari sejauh lima hingga enam langkah.

. Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat

3. Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1:

· Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

· Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan

lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:

· Mencecah bola dengan hujung tangan.

· Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan

mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai.

· Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.

· Cuba mencecah bola dengan hujung tangan.

· Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

· Mencecah bola dengan dahi.

Page 5: Document2

· Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat

dengan ketinggian yang boleh disentuh.

· Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.

· Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas.

· Cuba sentuh bola dengan dahi.

· Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.

· Mendarat dengan tumit dahulu.

· Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.

ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH

1.Ansur Maju Lari Landas

Berpasangan.A berlari dari tempat permulaan ke papan lonjakan.

B berdiri berhampiran papan lonjakan sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di

papan lonjak.

Sekiranya A menapak lebih atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di

tempat permulaan.

Jika kaki lonjakan manapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke

belakang satu atau dua langkah.

Jika menapak sebelum papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan satu atau dua

langkah ke hadapan.

Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika lari landas. >Kawal kelajuan semasa

berlari. >Jarak langkah yang kosisten dalam setiap larian.Langkah pertama adalah

sangat penting dijaga jaraknya supaya sekata dalam setiap larian. >Kederasan didapati

selepas langkah keempat, kelima dan keenam. >Larian sama dengan lari pecut tetapi

badan perlu ditegakkan sedikit dan lutut diangkat tinggi. >Penggunaan penanda di

tempat permulaan dan di tempat yang tidak kurang dari jarak empat langkah dari papan

Page 6: Document2

lonjakan. >Ketika berada di penanda yang terakhir, pelompat mestilah mencapai

kelajuan yang terkawal. >Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah

jarak langkah angka ganjil.

2.Ansur Maju Lonjakan

Ansur maju 1:

Lonjak dari papan lonjakan.

Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. A

yunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan.

Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan

rumit.

Ansur maju 2:

Melonjak dari hujung bangku.

Bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku.

Lonjak dengan kuat dan ayunkan lutut kaki bebas seberapa tinggi yang termampu.

Ayun kedua-dua belah tangan ke atas hadapan. Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali Rentangkan seutas tali di atas pasir berjarak 1-

1.5 meter dari papan lonjakan.

Lari sejauh lima hingga enam langkah.

Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat.

3.Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Ansur maju 1:

Page 7: Document2

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan

dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

Ansur maju 2:

Mencecah bola dengan hujung tangan.

Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat

dengan ketinggian yang boleh dicapai.

Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan.

Cuba mencecah bola dengan hujung tangan. Mendarat dengan tumit.

Ansur maju 3:

Mencecah bola dengan dahi.

Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat

dengan ketinggian yang boleh disentuh.

Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan.

Lakukan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta tangan ke atas. Cuba

sentuh bola dengan dahi.

Ulang lakuan.

Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan kepala ke atas.

Mendarat dengan tumit dahulu.Hulurkan tangan ke hadapan dan hamburkan badan ke

hadapan.

Page 8: Document2

LATIHAN ANSUR MAJU YANG DIPILIH

1. LARI LANDAS

Ansur maju ini dilakukan bersama pasangan. Apabil atlet A berlari dari tempat

permulaan ke papan lonjakan, atlet B perlu berdiri berhampiran papan lonjakan sambil

memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak. Sekiranya atlet A menapak lebih

atau kurang di papan lonjakan, ubah suai jarak ukuran di tempat permulaan. Jika kaki

lonjakan atlet A menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke

belakang satu atau dua langkah. Jika kaki atlet A menapak sebelum papan lonjakan,

anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 3 kali di

tempat permulaan yang baru.

2. LONJAKAN

Ansur Maju 1

• Peserta melonjak dari papan lonjakan.

Peserta berdiri di atas papan lonjak. Lutut dibengkokkan dan badan dibongkokkan

rendah. Kedua – dua belah tangan diayun. Perlakuan ini adalah untuk mendapatkan

daya lonjakan. Peserta melonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan

lonjakan dan mendarat dengan tumit.

Ansur Maju 2

• Peserta melonjak dari hujung bangku.

Peserta bergerak dengan dua atau tiga langkah ke hujung bangku dan melonjak dengan

kuat. Lutut kaki bebas diayun seberapa tinggi yang boleh. Kedua – dua belah tangan

juga diayun ke hadapan dan mendarat dengan tumit

Page 9: Document2

3. LAYANG DAN MENDARAT

Ansur Maju 1

Atlet berlari, melonjak melepasi kayu atau tali.

Atlet hendaklah berlari merentasi seutas tali yang direntangkan di atas pasir berjarak 1 -

1.5 meter dari papan lonjakan. Atlet hendaklah lari sejauh lima hingga enam langkah

dan melonjak melintasi tali atau kayu yang direntangkan dan mendarat.

Ansur Maju 2

Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.

Atlet berlari lima hingga enam langkah dari kawasan lonjakan dan atlet perlu melonjak

dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir. Tumit digunakan

ketika fasa mendarat.

Ansur Maju 3

Atlet berlari dan melonjak dengan kaki lonjakan melepasi kayu.

Atlet berlari dan melonjak menggunakan kaki lonjakan melepasi kayu yang diletakkan di

atas kon (kecil dan besar). Atlet juga perlu berlari sejauh lima hingga enam langkah

sebelum melonjak melintasi kayu dan mendarat menggunakan tumit.

Page 10: Document2

3.0 PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ACARA LOMPAT

JAUH

Lintasan awalan lompat jauh lebar minimum 1,22 m dan panjang 45 m

2. Panjang papan tolakan 1,22 m, lebar 20 cm dan tebal 10 cm

3. Pada sisi dekat dengan tempat mendarat harus diletakkan papan plastisin

untuk mencatat bekas kaki pelompat bila ia berbuat salah tolak sekurang-kurangnya 1

meter dari tepi depan bak pasir pendaratan

4. Lebar tempat pendaratan minimum 2,75 m jarak antara garis tolakan sampai

akhir tempat lompatan minimal 10 m

5. Permukaan pasir di dalam tempat pendaratan harus sama tinggi / darat

dengan sisi atas papan tolakan.

6. Bila peserta perlombaan lebih dari 8 orang, setiap peserta diperbolehkan

melompat 3 kali giliran dan 8 pelompat dengan lompatan terbaik, dapat melompat 3 kali

untuk menentukan pemenang. Bila pesertanya hanya 8 orang atau kurang, semua

peserta harus melompat 6 kali giliran. Semua lompatan diukur dari titik bebas terdekat di

bak pasir / pendaratan yang dibuat oleh setiap bagian badan ke garis tolakan dalam

posisi siku-siku terhadap garis tolakan tersebut. Peserta diberi waktu (1 giliran) lompat

hanya 1,5 menit. Lompatan yang sama (tie) ditentukan dengan melihat hasil lompatan

terbaik kedua, bila masih sama (tie) dilihat lompatan terbaik ketiga, bila masih sama (tie)

dilihat lompatan terbaik keempat dan seterusnya, sampai diketahui pemenangnya.

Semua acara padang dan balapan mempunyai undang–undang dan peraturan

yang tersendiri. undang–undang dan peraturan ini digubal dan disediakan berdasarkan

kesesuaian jantina, peserta, peralatan dan jenis acara tersebut. Berikut adalah undang–

undang bagi acara lompat jauh yang disediakan mengikut kelulusan IAAF:

Page 11: Document2

1. Susunan atau giliran peserta yang akan membuat lompatan perlu

ditentukan melalui undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.

2. Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh

(daripada keseluruhan lompatan yang dibuat).

3. Jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta, setiap peserta diberi

tiga kali percubaan lompatan. Peserta yang mempunyai lompatan terbaik akan dipilih

untuk mara ke pusingan akhir dan dalam pusingan ini, peserta – peserta ini akan diberi

tiga lompatan lagi. Tiga lompatan tambahan akan diberikan jika lebih daripada seorang

mempunyai jarak yang sama. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang,

peserta yang dapat mencatatkan rekod paling tanpa batal akan dikira sebagai

pemenang.

4. Lompatan akan dikira batal jika peserta melakukan perkara – perkara

berikut :

• Kaki peserta memijak atau menyentuh tanah melebihi papan lonjak yang

disediakan. Penanda plastisin yang diletakkan pada hadapan papan lonjak akan dilihat

oleh pegawai untuk melihat kesilapan ini.

• Kaki peserta menyentuh atau memijak kawasan di luar papan lonjak.

• Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik di belakang

tapak kaki.

• Berundur melalui kawasan pendaratan selepas habis membuat lompatan.

• Cara atau kaedah lompatan yang digunakan tidak dibenarkan oleh

undang – undang.

• Peserta menggunakan alat sokongan atau bantuan lompatan.

5. Sekiranya peserta membuat lompatan dari kawasan di bahagian

belakang papan lonjak, perkara tersebut bukanlah satu kesalahan.

6. Peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan lorong lompat jauh untuk

membuat percubaan atau latihan ketika pertandingan sedang dijalankan.

Page 12: Document2

7. Ukuran jarak lompatan mesti dibuat pada titik sentuhan yang paling dekat

dengan papan lonjak tanpa mengira titik tersebut diperoleh melalui pendaratan kaki atau

sebarang anggota tubuh peserta.

8. Untuk memastikan lompatan diukur dengan tepat dan betul, permukaan

pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan tempat

melonjak.

9. Larian peserta hendaklah dalam lorong larian yang telah disediakan.

10. Setelah pegawai memberi isyarat, peserta hendaklah membuat lompatan.

UNDANG-UNDANG & PERATURAN ASAS

• Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan,

berdasarkan keputusan yang telah dibuat.

• Dua belas atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke pusingan akhir.

• Lompatan terbaik, iaitu yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan

tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta.

• Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan yang

disediakan di tempat melompat. Bagaimanapun peserta dibenarkan membuat lonjakan

sebelum kaki sampai ke papan lonjak iaitu kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat

di atas papan lompatan.

• Lompatan akan dikira batal atau gagal jika seseorang pelompat melakukan

perkara-perkara berikut:

Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan melepasi tanda

yang dibenarkan

Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat

(kawasan pasir).

Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada

kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan.

Page 13: Document2

Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan

mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan kawasan

pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh

pelompat di dalam kawasan mendarat.

Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut

berpaku (spike)

Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi

sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang menentukan

tempat mendarat dan seorang lagi pencatat.

Giliran atau susunan peserta untuk membuat lompatan hendaklah ditentukan

Menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.

Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh salah

satu daripada lompatan yang dibuat.

Dalam sesuatu pertandingan, jika terdapat lebih daripada lapan peserta, setiap

Peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana lapan peserta yang mempunyai

lompatan yang terbaik dipilih untuk ke pusingan akhir. Dalam pusingan ini

mereka diberikan tiga lompatan lagi. Jika lebih daripada seorang mempunyai

jarak yang sama dalam menentukan peserta yang ke lapan terbaik, tiga lompatan

tambahan diberikan. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang.

Peserta yang membuat lompatan yang paling jauh tanpa batal dikira pemenang.

Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut :

a. Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan

dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat. Untuk

membantu pegawai menentukan kesilapan ini, penanda plastesin

Page 14: Document2

diletakkan pada bahagian hadapan papan melonjak itu.

b. Ketika membuat lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh

kawasan di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi.

c. Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik dibelakang

tapak kaki.

d. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan.

e. Peserta menggunakan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan

oleh undang-undang.

f. Peserta menggunakan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.

5. Jika peserta membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak,

bukanlah dianggap kesalahan.

6. Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan

lorong lompat jauh untuk membuat percubaan atau latihan.

7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan

paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu

diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.

8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat,

permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan

yang melonjak.

9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong larian yang disediakan.

Page 15: Document2

10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai

pertandingan.

Cara Menetukan Juara

1. Juaranya adalah yang dalam 6 kali melompat mencapai hasil terbaik.

2. Jika ada 2 hasil terbaik yang sama,maka dicarilah hasil di bawah terbaik (hasil

kedua).

3. Jika masih sama, dicarilah hasil ketiga, keempat, kelima, dan keenam.

4. Jika keenam hasil itu sama, maka penyelesaiannya:

a) Kalau keduanya nomor 1, keduanya harus diadu lomba lagi sampai ada yang

menang.

b) Kalau keduanya nomor 2, mereka menjadi nomor 2 semua.

c) Kalau keduanya nomor 3, nomor 3 ada 2 orang.

Page 16: Document2

KESELAMATAN

Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian adalah seperti:

1. Atlet hendaklah memakai pakaian yang sesuai sebagai seorang atlet lompat

jauh seperti kasut spike.

2. Papan lonjakan yang kuat dan hendaklah separas dengan permukaan tanah.

3. Kawasan mendarat mestilah mempunyai pasir yang baik, bersih dan bebas

daripada benda-benda yang boleh memberi kecederaan kepada atlet.

4. Pembantu mesti sentiasa berada di kawasan memastikan kawasan itu

sentiasa selamat digunakan.

5. Semasa peserta membuat lompatan kawalan kawasan lompatan hendaklah

diberi perhatian untuk mengelakkan gangguan daripada peserta lain.

6. Sistem giliran lompatan hendaklah dijalankan dengan betul agar tidak berlaku

pertindihan lompatan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada peserta.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pengajaran lompat jauh penting dalam pembelajaran

murid di sekolah. Selepas mempelajari aktiviti sukan ini, murid-murid dapat melakukan

aktiviti kecergasan yang melibatkan daya tahan kardiovaskular, kelenturan dan

sebagainya. Hal ini membolehkan murid-murid lebih memahami bahagian otot yang

terlibat dalam lompat jauh.

Sebelum memulakan latihan lompat jauh, semua individu haruslah memanaskan

badan kerana ia dapat meregangkan otot-otot badan dengan sempurna. Kelengkapan

yang diperlukan bagi lompat jauh juga harus diperiksa untuk memastikan bahawa ia

dapat berfungsi dengan baik dalam latihan lompat jauh. Semua fasa latihan dalam

lompat jauh seperti fasa penujuan, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa

pendaratan hendaklah dikuasai oleh setiap individu untuk menjadi seorang atlet yang

baik.

Di samping itu, semua individu haruslah mematuhi peraturan asas dan teknik-

teknik lompat jauh bagi mendapat keputusan cemerlang dalam sukan ini. Aspek

biomekanik perlu difahami dan dilakukan oleh jurulatih mahupun atlet agar mereka dapat

Page 17: Document2

melakukan latihan dengan cara yang betul. Langkah-langkah keselamatan turut perlu

diambil perhatian oleh setiap individu agar dapat mengelakkan diri daripada mengalami

kecederaan.

Bagi meningkatkan kemahiran lompat jauh, terdapat beberapa latihan boleh

dilakukan. Sebagai contohnya, murid boleh melakukan bangkit tubi L-seat untuk

menguatkan bahagian abdominalnya. Latihan ini membolehkan murid tersebut

melompat dengan lebih jauh. Murid-murid juga boleh menjalankan latihan plyometric,

iaitu melompat dari kotak berketinggian 50cm dengan satu kaki, kemudian dengan

pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas tangan dan bahu. Latihan ini

dapat meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

Setiap individu haruslah menjalani latihan yang berpanjangan dan sistematik.

Semua

fasa-fasa latihan di dalam lompat jauh hendaklah dikuasai oleh setiap individu

yang ingin

menjadi seorang atlit yang baik.

Aspek biomekanik perlu difahami dan dilakukan oleh jurulatih mahupun atlit

agar

mereka dapat melakukan latihan bagi membolehkan mereka mendapat

pencapaian yang

cemerlang.

Dalam usaha untuk menguasai kemahiran individu haruslah melakukan

aktiviti

dengan teknik-teknik yang betul. Di samping itu factor yang paling utama yang

harus

diberi perhatian adalah factor keselamatan. Keselamatan penting untuk

mengelakkan

seseorang atlit mengalami sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan

terhadap

Page 18: Document2

penyertaan mereka dan boleh membantutkan usaha mereka untuk berjaya dalam

acara

lompat jauh