25248547 rancangan pengajaran harian pendidikan seni visual mata
DESCRIPTION
SENITRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual
Tahun
: Tahun 2 Amanah
Tarikh : 29 Mac 2009
Bidang Kegiatan : Membentuk dan membuat binaan
Tajuk
: Mobail (Gegelang kunci)Jenis Aktiviti
: Cantuman, lipatan dan guntingan
Masa : 12.00 1.10 pm (60 minit)Objektif Pengajaran Guru dapat mengajar murid konsep mobail dan langkah-langkah untuk menghasilkan mobail (gegelang kunci) menggunakan teknik cantuman, lipatan dan guntingan kertas.Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Menyatakan konsep mobail. Menyatakan cara-cara menghasilkan gegelang kunci dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan kertas .
Menghasilkan mobail menggunakan teknik cantuman, lipatan dan guntingan kertas.
KeperluanAlat
: Pembaris, pensel ,gunting.
Bahan:Kertas warna, lidi, gam, benang.
Rujukan:Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
:Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSR.Prosedur
Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap pelajar. Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi.
Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap dan memperkenalkan bahan yang akan digunakan untuk membuat mobail. Guru memberi penerangan kepada pelajar cara-cara untuk menghasilkan mobail dengan teknik cantuman, lipatan dan guntingan kertas.
Memberi bimbingan kepada pelajar dalam menyiapkan hasilan.
Apresiasi dan refleksi.
Penutup
Sosial atau
Kognitif
BUTIRAN AKTIVITIHASIL PEMBELAJARANSTRATEGI PENGAJARAN
SET INDUKSI (3 minit) Guru bermain permainan pergerakan kreatif. Guru meminta murid melakukan pergerakan mengecil, membesar, tumbuh, berat, ringan dan melayang.
Murid menjalankan aktiviti.
Murid dapat melakukan pergerakan kreatif dengan rasa seronok.
TKP -Interpersonal
-Kesedaran ruang
AKTIVITI 1 (5 minit) Guru memperkenalkan konsep mobail kepada murid.
Guru menerangkan konsep mobail menggunakan teknik cantuman, lipatan dan guntingan.
ARAS 1
Murid mendengar penerangan guru tentang mobail.
Murid dapat mengetahui konsep mobail.
KBKK- mencirikan.
AKTIVITI 2 (5 minit) Memperkenalkan bahan-bahan-bahan untuk menghasilkan mobail mudah. Menerangkan fungsi alat dan bahan yang digunakan.ARAS 2
Murid dapat mengenal alat-alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan mobail mudah.
Murid dapat menyatakan fungsi alat dan bahan yang digunakan.
KBKK
-menjana idea
TKP
- Interpersonal
AKTIVITI 3 (40 minit) Guru menunjuk cara:
Membuat lipatan asas yang di panggil Square-based.
Guru membimbing murid melakukan aktiviti membuat lipatan demi lipatan menggunakan alat bahan bantu mengajar.
Guru meminta murid menghias gegelang kunci yang telah dibuat mengikut kreativiti masing-masing Guru membimbing murid mencantum gegelang kunci untuk membentuk mobail.ARAS 3
Murid dapat menghasilkan lipatan asas dalam penghasilan Gegelang Kunci Murid dapat membuat lipatan gegelang kunci berpandukan bimbingan guru.
Murid dapat menghias hasil kerja yang telah siap.
Murid dapat menghasilkan kerja secara kreatif dan menarik.KBKK
- Interpersonal
- Intrapersonal
SESI APRESIASI & REFLEKSI (5 minit) Guru meminta murid memberi respon tentang mobail yang telah mereka hasilkan. Pelajar dapat menyatakan perasaan dan pengalaman mereka ketika aktiviti dijalankan.KBKK
- Verbal linguistik
- Interpersonal
PENUTUP (2 minit) Guru menjalankan sesi soal jawab sebagai pengukuhan. Murid dapat memberi respon terhadap soalan guru.KBKK
- Verbal linguistik
- Interpersonal
- Intelektual
Catatan:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAGE 1