252449240 panduan briged bestari

23
CBA8014-SK LADANG KOTA BAHAGIA PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI _______________________________________________________________________________________________________________ _________ PANDUAN BRIGED BESTARI 1. PENDAHULUAN Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintegrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, ianya juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan ini melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyenggaraan komputer. 2. RASIONAL Briged Bestari ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada penggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum. 3. MATLAMAT Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi lain berjalan lancar. Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan. 4. OBJEKTIF Antara objektif penubuhan Briged Bestari adalah untuk: 4.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan pelbagai aplikasi di sekolah. 4.2 Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari. 4.3 Meningkatkan kemahiran ICT serta keyakinan diri dikalangan ahli Briged Bestari seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini. 4.4 Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.

Upload: zuhairi

Post on 02-Oct-2015

298 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Briged

TRANSCRIPT

PANDUAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARI CBA8014-SK LADANG KOTA BAHAGIA

________________________________________________________________________________________________________________________

PANDUAN BRIGED BESTARI1.PENDAHULUANPencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintegrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti.Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, ianya juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif.Oleh yang demikian, adalah menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan ini melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyenggaraan komputer.2.RASIONALBriged Bestari ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada penggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.3.MATLAMATBriged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi lain berjalan lancar.Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.4.OBJEKTIFAntara objektif penubuhan Briged Bestari adalah untuk:4.1Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan pelbagai aplikasi di sekolah.4.2Menjadi agen penggerak bagi membantu melancarkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.4.3Meningkatkan kemahiran ICT serta keyakinan diri dikalangan ahli Briged Bestari seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.4.4Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.4.5Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan yang lain di sekolah.

5.FUNGSIAntara fungsi penting Briged Bestari adalah :5.1 Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah.5.2 Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.5.3 Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian.5.4 Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Sekolah Bestari.5.5 Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan.5.6 Membantu pihak sekolah dalam pengurusan makmal pengkomputeran dan peralatan ICT.5.7 Membantu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti inisiatif ICT sekolah.

6. APLIKASI YANG PERLU DIKUASI AHLI-AHLI BRIGED BESTARIPelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut:6.1 Emel6.2 Internet6.3 CD TLM (Stand-Alone)6.4 Kolaborasi (contoh:Think.com, Project-Based Learning (PBL), British Council Connecting Classrooms)6.5 Pemprosesan perkataan (contoh:MS Word)6.6 Hamparan Elektronik (contoh:MS Excel)6.7 Aplikasi Persembahan Elektronik (contoh:PowerPoint / Flash)6.8 Aplikasi Multimedia (contoh:Movie Maker/Video Cutter)6.9 Aplikasi Grafik (contoh:Adobe Photoshop)6.10 Aplikasi Sosial (contoh: Facebook/MySpace/)6.11 Membangun Laman Web6.12 Aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari

7.KEANGGOTAAN7.1 Syarat Pemilihan7.1.1Pelajar sekolah yang berkenaan.- Jumlah ahli antara 25 hingga 30 orang yang diwakili oleh pelajar setiap tingkatan di sekolah menengah atau tahap dua di sekolah rendah.7.1.2 Berminat serta mempunyai pengetahuan asas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).7.1.3 Memiliki rekod akademik yang baik.7.1.4 Mempunyai rekod disiplin yang baik.7.2 Prosedur Pemilihan7.2.1 Pemilihan pelajar atau ahli berdasarkan borang permohonan dan pencalonan guru.7.2.2 Pelajar yang dicalonkan akan menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih.7.2.3 Sekurang-kurangnya seorang pelajar daripada setiap kelas dan perlu memenuhi syarat ditetapkan.7.2.4 Pelajar-pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.7.2.5 Keutamaan diberi kepada pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan badan khas lain di sekolah.7.3Insentif KeanggotaanKeanggotaan Briged Bestari memberikan insentif berikut kepada pelajar:7.3.1Berpeluang untuk mempelajari dan mengendalikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi terkini.7.3.2 Berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam dan di luar sekolah.7.3.3 Pengiktirafan dan penghargaan yang sesuai sebagai galakan kepada ahli Briged Bestari.7.3.4 Diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan ICT di sekolah.

8.KELAYAKAN MINIMUM LITERASI CALON BRIGED BESTARIBagi memastikan pelajar yang layak menyertai Briged Bestari, mereka perlu mencapai kelayakan minimum literasi komputer.8.1 Sekolah Menengah8.1.1 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam mengendalikan perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus, pencetak dan sebagainya termasuk fungsinya.8.1.2Berkemahiran dan berpengetahuan dalam menggunakan beberapa perisian asas seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel .8.1.3 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam perisian asas grafik, multimedia dan laman web.8.1.4 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam penyenggaraan asas komputer.8.1.5 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam melayari internet dan menggunakan emel.8.2 Sekolah Rendah8.2.1 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam mengendalikan perkakasan komputer seperti papan kekunci, tetikus, pencetak dan lain-lain.8.2.2 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam menggunakan beberapa perisian asas seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel .8.2.3 Berkemahiran dan berpengetahuan dalam melayari internet dan menggunakan emel.

9.CARTA ORGANISASICarta 9.1 menunjukkan cadangan carta organisasi Jawatankuasa Briged Bestari.

Boleh disesuaikan mengikut keperluan sekolah- Carta 9.1

10.BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI10.1Penasihata.Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.b.Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan/ Jabatan Pelajaran Melaka/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.c.Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.10.2 Penyelarasa.Mengurus pemilihan dan pelantikan AJK Briged Bestari.b. Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari.c. Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.d. Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.e.Memastikan tahap keselamatan semasa aktiviti Briged Bestari dijalankan.f.Membimbing ahli Briged Bestari dalam aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.g.Menyelaras perhubungan dengan kelab sekolah lain atau agensi luar.10.3 Pengerusia.Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.b.Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.c.Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah dan membuat keputusan.d.Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat program Pembestarian Sekolah.e.Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.

10.4Timbalan Pengerusia.Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.b.Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan menyediakan laporan.c.Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.10.5 Setiausahaa.Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.b.Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.c.Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.d.Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.10.6Penolong Setiausahaa.Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari.b.Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat laporan.c.Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.10.7Bendaharia.Bertanggungjawab kepada guru penyelaras tentang urusan kewangan.b.Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang perseorangan.c.Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.d.Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.e.Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat.

10.8 Ahli Jawatankuasaa.Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.b.Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan briged.c.Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.10.9 Tugas-tugas Biroa.Biro Infrastruktur Teknologi Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan melalui Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Memastikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang dibekalkan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. Membantu menyenggara pelbagai peralatan ICT yang ada di sekolah.b.Biro Latihan Merancang dan melaksanakan latihan atau kursus yang berkaitan dengan ICT dan Program Pembestarian Sekolah. Mengenalpasti dan merancang latihan kepada warga sekolah yang kurang mahir ICT.c.Biro Dokumentasi Dan Penerbitan Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah. Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di sekolah.d.Biro Laman Web Membantu mengemas kini laman web rasmi sekolah. Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan atau persatuan serta kelab pelajar bagi membina laman web pertubuhan mereka.

11.AKTIVITI BRIGED BESTARI11.1 Aktiviti Khususa.Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada ahli Briged Bestari.b.Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual.c.Membantu penyenggaraan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi.d.Membantu guru mata pelajaran semasa sesi P&P dalam penggunaan peralatan ICT.e.Menghasilkan sekurang-kurangnya satu inovasi tahunan berkaitan ICT sebagai projek Briged Bestari.11.2 Aktiviti Sampingana.Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi tujuan mengemas kini laman web sekolah.b.Mendokumentasikan setiap aktiviti khas yang telah dijalankan oleh sekolah.c.Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai penyampai maklumat untuk tetamu.d.Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer kepada warga sekolah.e.Membantu pengambilan gambar untuk profil pelajar.f.Mengadakan lawatan ke sekolah lain bagi tujuan penanda aras.g.Membantu pihak sekolah mempromosi budaya Bestari.

12.PEMANTAUANPihak Kementerian Pelajaran Malaysia / Bahagian Teknologi Pendidikan / Jabatan Pelajaran Melaka / Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan memantau pelaksanaan aktiviti Briged Bestari dijalankan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penyelaras bagi memastikan organisasi ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Borang senarai semak boleh digunakan sebagai instrumen pemantauan.

13SUMBER KEWANGANSumber Kewangan untuk Briged Bestari boleh dikumpul melalui:13.1Sumbangan ahli.13.2Sumbangan dari sektor swasta, individu atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru. (PIBG)13.3 Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain.

14PENUTUPPenubuhan Briged Bestari di semua sekolah diharap akan dapat menjadi pemangkin kepada matlamat menggunakan teknologi sebagai pengupaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar yang terpilih menganggotai briged ini merupakan sekumpulan pelajar yang istimewa kerana mereka akan bertindak sebagai perangsang dan model kepada rakan-rakan pelajar yang lain.

PERLEMBAGAAN BRIGED BESTARI1.NAMABriged Bestari

2.OBJEKTIF2.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah.2.2 Menjadi agen penggerak membantu kelancaran pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah.2.3 Melatih kumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang ICT.

3. SYARAT-SYARAT KEAHLIAN3.1 Syarat Pemilihana.Terbuka kepada semua pelajar setiap tingkatan/tahap 2.b.Berminat dan berpengetahuan dalam bidang ICT.c.Mempunyai rekod akademik yang baik.d.Tahap kesihatan yang memuaskan.e.Mempunyai rekod disiplin yang baik.3.2 Prosedur Pemilihana.Pemilihan pelajar berdasarkan borang permohonan dan pencalonan guru.b.Setiap pelajar yang dicalonkan akan ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilih.c.Sekurang-kurangnya seorang pelajar dari setiap kelas dan memenuhi syarat.d.Pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.e.Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan badan khas di sekolah.

4.PEMBATALAN KEAHLIAN4.1 Seseorang murid dianggap hilang atau batal kelayakan menjadi ahli Briged Bestari ini apabilaa.Tidak lagi dianggap sebagai pelajar.b.Melanggar peraturan Briged Bestari.c.Melanggar Akujanji.d.Disabitkan dengan kesalahan disiplin sekolah (sederhana dan berat mengikut Buku Peraturan Disiplin Sekolah).

5. CARTA ORGANISASI BRIGED BESTARI5.1 CARTA ORGANISASICarta 5.1 menunjukkan cadangan carta organisasi Jawatankuasa Briged Bestari.

6. BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI6.1 Penasihata.Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.b.Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan/ Jabatan Pelajaran Melaka/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.c.Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.6.2Penyelarasa.Mengurus pemilihan dan pelantikan AJK Briged Bestari.b.Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari.c.Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar.d.Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari.e.Memastikan tahap keselamatan semasa aktiviti Briged Bestari dijalankan.f.Membimbing ahli Briged Bestari dalam aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.g.Menyelaras perhubungan dengan kelab sekolah lain atau agensi luar.6.3Pengerusia.Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.b.Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.c.Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah dan membuat keputusan.d.Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat program Pembestarian Sekolah.e.Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.

6.4Timbalan Pengerusia.Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.b.Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan menyediakan laporan.c.Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.6.5Setiausahaa.Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.b.Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.c.Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari.d.Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.6.6Penolong Setiausahaa.Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari.b.Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat laporan.c.Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari.6.7Bendaharia.Bertanggungjawab kepada guru penyelaras tentang urusan kewangan.b.Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang perseorangan.c.Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.d.Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras.e.Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat.

6.8Ahli Jawatankuasaa.Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.b.Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan briged.c.Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.6.9Tugas-tugas Biroa.Biro Infrastruktur Teknologi Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan melalui Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Memastikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang dibekalkan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. Membantu menyenggara pelbagai peralatan ICT yang ada di sekolah.b.Biro Latihan Merancang dan melaksanakan latihan atau kursus yang berkaitan dengan ICT dan Program Pembestarian Sekolah. Mengenalpasti dan merancang latihan kepada warga sekolah yang kurang mahir ICT.c.Biro Dokumentasi Dan Penerbitan Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah. Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di sekolah.d.Biro Laman Web Membantu mengemas kini laman web rasmi sekolah. Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan atau persatuan serta kelab pelajar bagi membina laman web pertubuhan mereka.

7.PEMILIHAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA7.1 Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Briged Bestari perlu diadakan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh sekurang-kurang dua pertiga daripada jumlah ahli.7.2 Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu penasihat Briged Bestari dengan kuasa yang ada padanya boleh membenarkan mesyuarat dijalankan walaupun kehadiran ahli kurang dari majority sebagaimana yang dikehendaki.

8. PENGGUGURAN/PEMECATAN AJK8.1 AJK yang dipilih boleh dipecat atau digugurkan apabila: a.Tidak lagi menjadi warga sekolahb.Didapati bersalah dalam kes disiplin yang beratc.Tidak dapat melaksanakan tugas dengan baikd.Meletak Jawatan8.2Pengguguran/pemecatan boleh dibuat melalui mesyuarat khas sekurang-kurangnya 2 atau 3 ahli yang hadir bersetuju dengan pengguguran/pemecatan tersebut.8.3 Pengguguran/pemecatan berlaku secara automatic apabila pelajar tidak lagi menjadi warga sekolah atau meletak jawatan.8.4 AJK yang ada berhak melantik mana-mana AJK atau ahli untuk memegang jawatan AJK yang gugur/dipecat sehingga mesyuarat pemilihan AJK yang berikutnya.85. Semua pengguguran/pemecatan perlu mendapat persetujuan Penyelaras dan dimaklumkan kepada Penasihat.

9.PERJUMPAAN BRIGED BESTARI9.1 Mesyuarat Tergempara.Mesyuarat tergempar badan ini boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja jika difikirkan mustahak apabila sesuatu tindakan segera perlu diambil mengenai sesuatu isu yang berbangkit atau perkara yang melibatkan ahli atau Briged Bestari ini.9.2 Kekerapan Mesyuarat Biasa Jawatankuasaa.Jawatankuasa badan ini hendaklah mengadakan perjumpaan atau mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa satu bulan dengan tujuan untuk berhubung serta berbincang demi kepentingan Briged Bestari serta ahli-ahlinya.b.Dalam setiap mesyuarat jawatankuasa, kehadiran pengerusi atau timbalannya, dan enam anggota lain adalah dianggap mencukupi korum, dan mesyuarat tersebut boleh dijalankan.9.3Minit-minit Mesyuarata.Setiap minit mesyuarat hendaklah ditulis dan direkodkan dengan baik oleh setiausaha atau jika ketiadaannya oleh penolong setiausaha.

10.TABUNG BRIGED BESTARI10.1Sumber Kewangana.Sumbangan ahlib.Sumbangan dari sector swasta, individu atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).c.Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain.10.2Akauna.Semua sumbangan yang diterima hendaklah diserah kepada Penyelaras.10.3Pembelanjaana.Setiap perbelanjaan yang hendak dikeluarkan mesti mendapat kelulusan daripada Penyelaras.b.Dalam keadaan apabila perbelanjaan segera diperlukan yang tidak memungkinkan untuk dipanggil mesyuarat serta merta, maka atas nasihat Penyelaras, boleh dengan kuasa yang ada padanya meluluskan seberapa banyak perbelanjaan yang diperlukan mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil briged Bestari.

11.PROJEK DAN AKTIVITI BRIGED BESTARI11.1Briged Bestari ini dari semasa ke semasa hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktivitinya sendiri untuk menjadikan Briged Bestari ini sebuah organisasi yang bergerak aktif dan dinamis.11.2 Briged Bestari boleh mengambil apa-apa bahagian dalam projek dan aktiviti yang dijalankan oleh organisasi lain di sekolah ini atau di sekolah lain.11.3 Keputusan sama ada ingin melibatkan diri atau tidak bagi cerian 11.2 di atas boleh sama ada dibuat menerusi mesyuarat biasa atau tergempar oleh ahli jawatankuasa. Keputusan itu hanya memerlukan suara majority mudah dan tidaklah memerlukan suara majority dua pertiga.11.4 Berkaitan cerian 11.2 dan 11.3, Penyelaras mempunyai kuasa penuh bagi memberi kata putus selepas dirujuk terlebih dahulu kepada Penaung.

12. PINDAAN PERLEMBANGAAN12.1 Sebarang pndaan perlembangaan ini hendaklah diluluskan dengan suara majority dua pertiga oleh AJK setelah dipersetujui oleh Penyelaras.

13. TARIKH PERLEMBANGAAN DIGUBAL DAN TARIKH BERKUAT KUASA13.1 Perlembangaan ini telah digubal pada hh/bb/tt dan mula berkuat kuasa pada tarikh digubal.

14. PEMAKAIAN PERLEMBANGAAN14.1 Perlembangaan ini hendaklah digunakan dengan sahnya. Sebarang Perlembangaan Briged Bestari sebelum ini, jika ada, hendaklah terbatal setakat yang berlawan dengan perlembangaan ini.

UNDANG-UNDANG KECIL BRIGED BESTARI1.Pakaian Seragam1.1Memakai baju T atau vest atau blazer yang menggunakan logo rasmi Briged Bestari, logo sekolah, logo BTP dan tanda nama.2. Dasar Keselamatan2.1Ahli Briged Bestari mesti mematuhi peraturan penggunaan makmal/Bilik Komputer, Pusat Akses Sekolah dan Dasar Keselamatan ICT.3.Penggunaan Infrastruktur ICT3.1Ahli Briged Bestari mesti pada setiap masa mematuhi peraturan penggunaan infrastruktur ICT Sekolah.4.Penggunaan Bilik4.1Ahli Briged Bestari mesti sentiasa mematuhi peraturan penggunaan Bilik Operasi/Makmal Komputer/Pusat Akses Sekolah.5.Peraturan Sekolah5.1Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.6.Tugas dan Tanggungjawaba.Ahli Briged Bestari wajib bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.b.Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan.c.Setiap ahli Briged Bestari perlu merekodkan tugas harian mereka.7.Keselamatana.Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci Bilik Operasi/makmal Komputer/Pusat Akses Sekolah.b.Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan dan pemulangan kunci.

8.Penyalahgunaan / Kerosakan8.1Sebarang penyalahgunaan atau kerosakan peralatan ICT hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.8.2Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh penyelaras dan pegawai yang diberi kuasa oleh Guru Penyelaras Briged Bestari.9.Kewangan9.1 Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat atau Guru Penyelaras Briged Bestari.9.2 Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan sekolah adalah mengikut budi bicara Guru Penyelaras Briged Bestari.9.3 Penyalahgunaan wang akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah.9.4 Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemaskini, dibentang dan disahkan dalam mesyuarat.9.5 Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah. Jika sumbangan yang diberi itu berbentuk peralatan atau bahan-bahan lain, ia hendaklah didaftar sebagai harta modal sekolah.10. Peraturan-peraturan Lain10.1Segala peraturan Briged Bestari adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa sama ada peraturan sekolah atau sebarang peraturan tambahan yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa Briged Bestari.

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN BRIGED BESTARIBilPerkaraTindakanTarikh /BulanCatatan

1. Membentuk jawatankuasa induk Briged Bestari PentadbirDis

2. Mengadakan mesyuarat jawatan kuasa induk PentadbirJan

3. Mengadakan iklan atau promosi keahlian PenyelarasJan

4. Pengambilan keahlian PenyelarasAkhir Jan

5. Sesi temu duga Jawatankuasa Induk pengurusanFeb

6. Penapisan ahli Jawatankuasa IndukFeb

7. Kursus latihan/ tempoh percubaan Jawatankuasa IndukMacAhli Baru

8 Pelantikan jawatan kuasa ahli Briged Jawatankuasa IndukMac

9. Majlis pelantikan Jawatan kuasa IndukMac

10. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa Briged Bestari kali pertama Jawatan kuasa Briged BestariMac

11. Mengadakan aktiviti yang dirancang Jawatan kuasa Briged BestariSepanjangTahun

12. Mengadakan mesyuarat Jawatan kuasa Briged BestariBermula April4 kali setahun

13. Mengadakan penilaian dan pemantauan Jawatan kuasa IndukJun dan Sept

14. Anugerah dan pengiktirafan Jawatan kuasa IndukOkt

Format Perancangan Tahunan Aktiviti Briged BestariBulanAktiviti

JANUARIa.Mesyuarat awal tahun AJK lama b.Promosi dan Pemilihan calon ahli baruc.Membantu guru dalam pendaftaran murid secara on-line (ahli lama)

FEBRUARISesi temuduga dan penapisan calon

MACa.Kursus /latihan / aktiviti dalam tempoh percubaanb.Majlis Pelantikanc.Mesyuarat kali pertama AJK baru

APRILa.Kursus Asas Literasi Komputer /Penyelenggaraan komputer 1b.Minggu ICTc.Kem IT peringkat sekolah

MEIa.Kursus Fotografi Digitalb.Pengumpulan imej digital berasaskan tema atau topik

JUNBengkel pengendalian peralatan ICT

JULAIa.Penyelenggaraan Komputer 2b.Mesyuarat Pertengahan Tahunc.Pertandingan membina bahan pengajaran dan pembelajarand.Pertandingan Online Game

OGOSPertandingan membina dokumen atau penerbitan berunsurkan patriotisme dalam media digital

SEPTEMBERPemantauan dan penilaian prestasi ahli

OKTOBERa.Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Anugerahb.Mesyuarat Akhir Tahun