249 495 1 sm kata ganda

9
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 31 MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN KATA GANDA BERENTAK MURID TAHUN LIMA MENGGUNAKAN KAEDAH “CELIK KGB” Oleh : Nur Azlika Binti Khazizi & Norazniza Binti Mohd Nor Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan membantu 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan dari Tahun 5 Uranus, Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu yang menghadapi masalah dalam penguasaan penulisan kata ganda berentak. Tiga instrumen utama telah digunakan iaitu ujian pra dan pos, penelitian dokumen dan pemerhatian berstuktur untuk mengumpul data kajian. Analisis data menunjukkan berlakunya peningkatan dari segi pencapaian murid apabila Kaedah “Celik KGB” digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan penguasaan penulisan kata ganda berentak peserta kajian dapat dilihat sebelum dan selepas intervensi dibuat. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan Kaedah “Celik KGB” telah berjaya meningkatkan penguasaan penulisan kata ganda berentak murid melalui pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar yang menarik. Kata kunci: penguasaan penulisan, kata ganda berentak, Kaedah “Celik KGB” PENDAHULUAN Dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid, iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Wujud pelbagai masalah yang bakal dihadapi oleh para guru dalam proses PdP mata pelajaran bahasa Melayu. Tatabahasa merupakan antara masalah utama yang dapat dikesan dalam kalangan murid. Menurut Arbak Othman (1985), tatabahasa adalah peraturan bagaimana perkataan-perkataan dibentuk dan digabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Salah satu aspek tatabahasa yang terpenting dalam pembentukan kata bahasa Melayu ialah kata ganda. Kata ganda atau kata ulang ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga). Proses pengandaan bukanlah proses yang mudah untuk difahami kerana sering menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa terutamanya bagi mereka yang jarang membaca atau pun menggunakan bahasa Melayu secara gramatis dalam komunikasi harian.

Upload: azam-rafique

Post on 12-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kata Ganda

TRANSCRIPT

Page 1: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

31

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN KATA GANDA

BERENTAK MURID TAHUN LIMA MENGGUNAKAN

KAEDAH “CELIK KGB”

Oleh :

Nur Azlika Binti Khazizi & Norazniza Binti Mohd Nor

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail

[email protected] & [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan membantu 2 orang murid lelaki dan 3 orang

murid perempuan dari Tahun 5 Uranus, Sekolah Kebangsaan Padang

Kemunting, Kuala Terengganu yang menghadapi masalah dalam penguasaan

penulisan kata ganda berentak. Tiga instrumen utama telah digunakan iaitu

ujian pra dan pos, penelitian dokumen dan pemerhatian berstuktur untuk

mengumpul data kajian. Analisis data menunjukkan berlakunya peningkatan

dari segi pencapaian murid apabila Kaedah “Celik KGB” digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan penguasaan penulisan kata

ganda berentak peserta kajian dapat dilihat sebelum dan selepas intervensi

dibuat. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan Kaedah “Celik KGB”

telah berjaya meningkatkan penguasaan penulisan kata ganda berentak murid

melalui pelbagai kaedah dan bahan bantu belajar yang menarik.

Kata kunci: penguasaan penulisan, kata ganda berentak, Kaedah “Celik

KGB”

PENDAHULUAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu terdapat tiga kemahiran yang

perlu dikuasai oleh murid-murid, iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran

menulis. Wujud pelbagai masalah yang bakal dihadapi oleh para guru dalam proses PdP

mata pelajaran bahasa Melayu. Tatabahasa merupakan antara masalah utama yang dapat

dikesan dalam kalangan murid. Menurut Arbak Othman (1985), tatabahasa adalah peraturan

bagaimana perkataan-perkataan dibentuk dan digabung dengan perkataan-perkataan lain

untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis.

Salah satu aspek tatabahasa yang terpenting dalam pembentukan kata bahasa Melayu

ialah kata ganda. Kata ganda atau kata ulang ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan

menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara

keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan

(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga). Proses pengandaan bukanlah proses yang mudah untuk

difahami kerana sering menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa terutamanya bagi

mereka yang jarang membaca atau pun menggunakan bahasa Melayu secara gramatis dalam

komunikasi harian.

Page 2: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

32

Sewaktu pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid

tahun Lima Uranus di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, pengkaji telah memberikan

lembaran kerja yang mengandungi latihan kata ganda. Apabila pengkaji menjalankan

pemeriksaan jawapan lembaran kerja tersebut, pengkaji berasa sangat terkejut kerana tiada

seorang pun murid yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan tepat.

Apabila pengkaji bertanya kepada murid-murid, jawapan yang mereka berikan mudah

sahaja iaitu “cikgu ada ajar, tapi dah lupa la..” Ada juga antara mereka mengatakan bahawa

jawapan yang diberikan hanya tekaan sahaja. Pengkaji difahamkan bahawa mereka tidak

pernah diberi penerangan secara terperinci oleh guru sebelum ini malah guru juga jarang

membincangkan bersama murid-murid apabila ada ujian bertulis tentang kata ganda.

Oleh yang demikian, pengkaji perlu mengambil inisiatif merancang untuk membuat

tindakan tentang permasalahan kata ganda berentak iaitu merupakan cabang daripada

kemahiran tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid untuk kegunaan seharian sama

ada secara lisan atau tulisan. Pengkaji perlu memperbetulkan kelemahan murid tahun Lima

Uranus pada peringkat awal lagi sebagai persediaan mereka dalam menghadapi Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun hadapan bagi penghasilan gaya penulisan

yang lebih menarik dan pembinaan ayat yang lebih gramatis.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji merujuk masalah penguasaan penulisan kata ganda berentak.

Kesalahan penggunaan kata ganda berentak sering dilakukan oleh sebilangan murid Tahun 5

Uranus dalam penulisan mereka. Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat

mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini:

1. Murif tidak tahu apa itu kata ganda berentak.

2. Murid tidak tahu maksud bagi sesetengah kata ganda berentak.

3. Kosa kata murid dalam kata ganda berentak sangat kurang.

4. Murid kurang pendedahan mengenai kata ganda berentak secara mendalam.

5. Murid tidak tahu bagaimana hendak mengaplikasikan kata ganda berentak dalam ayat

dengan betul.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan peratusan murid yang mendapat

markah yang baik bagi Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan menggunakan

Kaedah “Celik KGB”.

Objektif khusus kajian ini supaya murid dapat:

1. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penggunaan kata ganda berentak

dengan betul dalam penulisan.

2. Meningkatkan pemahaman murid dalam fungsi penggunaan kata ganda berentak.

3. Membantu murid menguasai kata ganda berentak dengan menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran yang menarik.

Page 3: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

33

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

1. Adakah Kaedah “Celik KGB” dapat meningkatkan tahap penguasaan penulisan kata

ganda berentak murid dengan betul?

2. Bagaimanakah Kaedah “Celik KGB” membantu murid memahami fungsi

penggunaan kata ganda berentak?

3. Bagaimanakah Kaedah “Celik KGB” dapat menarik minat murid-murid dalam

menguasai kata ganda berentak?

KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah mengenal pasti 5 peserta kajian yang akan menjadi sampel dalam kajian.

Peserta kajian ini terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan

daripada tahun Lima Uranus, Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu,.

Pengkaji telah mendapat butiran maklumat peribadi peserta kajian melalui borang profil

diri murid daripada guru kelas mereka. Analisis latar belakang keluarga mendapati, peserta

kajian yang dipilih terdiri daripada keluarga sederhana. Pemilihan ini dilakukan setelah

beberapa pemerhatian serta ujian khusus dijalankan bagi mendapatkan hasil melalui kaedah

yang digunakan.

TINDAKAN

Model Penyelidikan Kurt Lewin (1948) digunakan apabila masalah kajian telah dikenal pasti.

Masalah kajian yang dikenal pasti akan melalui beberapa peringkat dalam lingkaran.

Lingkaran berkenaan boleh berulang ke lingkaran kedua. Ketiga dan seterusnya sehingga

masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Dalam lingkaran ini menyarankan empat langkah

kajian seperti yang dirumuskan pada rajah 2 di bawah :

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin

Model penyelidikan Tindakan Kurt Lewin digunakan apabila masalah kajian telah

dikenal pasti. Kurt Lewin menerangkan bahawa penyelidikan tindakan mengandungi empat

peringkat dalam lingkaran iaitu bermula dengan perancangan diikuti dengan tindakan,

pemerhatian dan refleksi. Model ini diaplikasikan kerana bertepatan dengan peringkat –

perancangan tindakan pemerhatian refleksi

Page 4: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

34

peringkat yang dilalui oleh pengkaji ketika melaksanakan kajian ini. Selepas masalah telah

dikenal pasti, pengkaji telah merangka perancangan yang teliti, teratur dan tersusun untuk

mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam kajian.

Dalam peringkat ini. pengkaji telah merancang pelan tindakan yang bakal

dilaksanakan dalam menangani isu atau masalah utama yang telah dikenal pasti. Pelbagai

tindakan akan dirancang di peringkat ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang

dihadapi oleh murid-murid. Pengkaji memperuntukan tempoh masa sepanjang program

Intership di sekolah, iaitu sebulan untuk melaksanakan kajian ini.

Pengkaji telah memikirkan untuk menggunakan Kaedah “Celik KGB” bagi

memantapkan kemahiran penulisan kata ganda berentak murid. Sekali gus akan dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh 5 orang peserta kajian di sekolah ini. Program ini

mengandungi tiga jenis aktiviti dalam satu intervensi yang akan memberi penekanan kepada

aspek ingatan, aplikasi, dan latih tubi bagi meningkatkan kefahaman dan penguasaan

kemahiran peserta kajian yang terlibat.

Dalam Kaedah “Celik KGB”, pengkaji akan menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang

mudah dan menarik untuk membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran mereka dalam

penulisan kata ganda berentak. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah „Papan Selit KGB

(10 KGB Seminggu)‟, „Maksud KGB‟ dan „Ayat Cinta KGB‟. Tindakan dimulakan dengan

memperkenalkan murid dengan 10 kata ganda berentak setiap seminggu. 10 kata ganda

berentak akan diselitkan pada „Papan Selit KGB‟ ini sepanjang minggu sebelum ianya

ditukar dengan 10 kata ganda yang baru.

Bagi aktiviti „Maksud KGB‟ pula, peserta kajian perlu menyalin semula 10 kata

ganda berentak yang diberi dalam buku latihan kata ganda yang disediakan kepada mereka.

Mereka perlu menggunakan Kamus Dewan Bahasa bagi mencari kesemua kata ganda

berentak yang telah diperkenalkan pada langkah pertama. Dalam langkah terakhir iaitu „Ayat

Cinta KGB‟, peserta kajian dikehendaki membina sekurang-kurangnya lima ayat

menggunakan kata ganda yang telah diberi. Latih tubi membina ayat menggunakan kata

ganda berentak dilakukan setiap seminggu. Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan

penguasaan penggunaan kata ganda berentak dalam penulisan peserta kajian.

Lima instrumen akan diguna pakai dalam kajian ini merangkumi ujian pra dan pos,

penelitian dokumen, temu bual separa berstruktur, pemerhatian berstruktur dan soal selidik.

Perkara ini untuk melihat peningkatan kata ganda berentak peserta kajian dalam penulisan

melalui Kaedah “Celik KGB” yang dijalankan pengkaji. Pengkaji membuat refleksi selepas

intervensi dijalankan ke atas peserta kajian. Refleksi yang dibuat akan menilai keberkesanan

intervensi yang dijalankan berdasarkan data-data yang telah dikumpul. Lingkaran yang kedua

akan dijalankan oleh pengkaji sekiranya perlaksanan intervensi tidak berjaya dan dapatan

data tidak memuaskan.

Page 5: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

35

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Membantu meningkatkan tahap penguasaan penulisan kata ganda berentak murid

dengan betul.

Jadual 1 : Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil. Peserta Kajian Ujian

Pra

Ujian

Pos 1

Jumlah

Peningkatan

(pra & pos 1)

Ujian Pos

2

Jumlah

Peningkatan

(pos 1 & 2)

1. Peserta Kajian

1 8 14

6 18 4

2. Peserta Kajian

2 5 13

8 16 3

3. Peserta Kajian

3 9 15

6 20 5

4. Peserta Kajian

4 11 16

5 20 4

5. Peserta Kajian

5 9 14

5 20 6

Berdasarkan jadual 1, pengkaji mendapati berlaku peningkatan yang amat ketara dalam

pencapaian markah kedua-dua ujian pos setelah Kaedah “Celik KGB” diperkenalkan kepada

kelima-lima peserta kajian. Sebelum intervensi dilaksanakan. didapati markah peserta kajian

dalam ujian pra sangat lemah. Kesemua markah peserta kajian berada dalam tahap yang tidak

memuaskan iaitu berada dalam lingkungan 5 - 11 markah. Namun, setelah pengkaji

memperkenalkan Kaedah “Celik KGB” dalam tempoh tiga minggu sahaja, kesemua peserta

kajian ini berada dalam lingkungan yang sangat cemerlang iaitu berada di paras 15 hingga 20

markah (Kriteria Pemarkahan KGB Pengkaji).

Membantu murid memahami fungsi penggunaan kata ganda berentak.

Pengkaji telah mengumpul data-data yang diperlukan bagi kajian ini dengan menganalisis

dokumen peserta kajian selepas Kaedah “Celik KGB”. Pengumpulan data melalui analisis

dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji.

Pengkaji menggunakan buku kerja peserta kajian untuk menganalisis latihan kata ganda yang

diberikan.

Instrumen temu bual juga telah dipilih oleh pengkaji untuk menyokong instrumen

penelitian dokumen yang telah dibuat. Hasil temu bual yang dibuat, pengkaji mendapati

Kaedah “Celik KGB” telah berjaya membantu peserta kajian dalam memahami penggunaan

kata ganda berentak dengan betul. Peserta kajian sudah mampu menggunakan dan

mengaplikasikan kata ganda berentak dalam penulisan ayat dan karangan mereka.

Page 6: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

36

Jadual 2 : Contoh Transkripsi Temu Bual Separa Berstruktur

Pengkaji : 1. Apa yang awak rasa selepas cikgu perkenalkan Kaedah “Celik KGB” semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran (pdp)?

2. Ooo..jadi kenapa awak rasa seronok?

3. Ok..jadi boleh bagi tahu cikgu, apa maksud tungkus-lumus?

Peserta Kajian 1 : 1. “Saya seronok belajar guna cara yang cikgu ajar!”

2. “Sebab mudah ingat. Senang nak faham kata ganda berentak lepas tahu

maksudnya”.

3. “Senang je..berusaha keras atau bersungguh-sungguh kan?”

Membantu menarik minat murid-murid dalam menguasai kata ganda berentak.

Rajah 2: Perbandingan Graf Garisan Sebelum dan Selepas Kaedah “Celik KGB”

Rajah 2 menunjukkan analisis data pemerhatian berstruktur sebelum dan selepas

intervensi dijalankan. Penurunan tingkah laku negatif oleh peserta kajian berlaku disebabkan

pengkaji telah menggunakan Kaedah “Celik KGB” semasa sesi pdp. Peserta kajian

didedahkan dengan aktiviti-aktiviti menggunakan bahan maujud dan bahan interaktif yang

mampu menarik minat mereka untuk melibatkan diri secara langsung di dalam proses

pembelajaran tersebut. Hasilnya, tingkah laku negatif peserta kajian dapat dikurangkan dan

secara tidak langsung meningkat pemahaman dan penguasaan mereka dalam kata ganda

berentak.

0

2

4

6

8

10

12

Tingkah Laku A Tingkah Laku B Tingkah Laku C Tingkah Laku D Tingkah Laku E

Sebelum Kaedah "Celik KGB Selepas Kaedah "Celik KGB"

Page 7: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

37

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penggunaan kata ganda berentak

dengan betul dalam penulisan menggunakan Kaedah “Celik KGB”

Daripada data yang dikumpulkan, didapati majoriti murid tidak dapat menulis semula kata

ganda berentak dengan betul berdasarkan kata dasar yang diberikan. Oleh itu, Kaedah “Celik

KGB” telah diperkenalkan dan dilaksanakan untuk membantu murid menulis kata ganda

berentak dengan betul. Dalam kitaran pertama, walaupun pemahaman murid dalam

penulisan kata ganda berentak telah dipertingkatkan berbanding sebelum pelaksanaan

Kaedah “Celik KGB” dijalankan, namun peningkatan itu masih berada dalam tahap yang

belum memuaskan.

Penambahbaikan intervensi telah dibuat pada lingkaran kedua. Ujian yang sama telah

telah dijalankan pada kitaran kedua dan keputusan yang diperolehi adalah sangat

memberangsangkan iaitu seramai seramai 4 orang murid telah mencapai aras pencapaian

yang sangat cemerlang iaitu mendapat lingkungan markah 18 hingga 20 dan hanya seorang

murid sahaja berada pada tahap cemerlang iaitu mendapat 16 daripada 20 markah.

Meningkatkan pemahaman murid dalam fungsi penggunaan kata ganda berentak

Menggunakan Kaedah “Celik KGB”

Berdasarkan hasil analisis senarai semak, didapati kesemua peserta kajian dapat mencari

semua maksud kata ganda berentak yang diberikan dan kelima-lima peserta kajian sudah

mampu membina ayat yang baik menggunakan kata ganda berentak yang diberikan.

Dapatan kajian ini disokong oleh pengkaji lepas iaitu Nasruddin Bin Mat Hassan

(2003). Beliau menyatakan bahawa kosa kata dan pemahaman peserta kajian dapat

dipertingkatkan setelah penggunaan kamus diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Menurut beliau lagi, murid mudah menguasai isi pembelajaran apabila mereka

mengetahui maksud atau konsep yang mendokong sesuatu istilah.

Membantu murid menguasai kata ganda berentak dengan menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran yang menarik.

Melalui ketiga-tiga keputusan analisis menunjukkan penurunan tingkah laku negatif iaitu

aspek penumpuan perhatian dan minat kepada pembelajaran dalam bilik darjah.

Keberkesanan proses pelaksanaan Kaedah “Celik KGB” dalam bilik darjah boleh dinilai

melalui aspek-aspek perubahan tingkah laku murid ketika menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Ini boleh dilihat melalui keputusan pemerhatian berstruktur yang

dijalankan.

Dapatan kajian ini selari dengan teori Eee Ah Ming (1997) yang menyatakan murid

merasa bosan untuk belajar sekiranya guru mengamalkan pengajaran tradisional

bertunjangkan kepada kaedah kuliah yang berbentuk komunikasi satu hala semasa guru

Page 8: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

38

mengajar kerana peranan murid dalam kelas akan menjadi pasif dan keadaan ini

menyebabkan murid hilang minat untuk belajar.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah berjaya meningkatkan penguasaan

penulisan kata ganda berentak peserta kajian. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan menggunakan

bahan-bahan maujud seperti „Papan Selit KGB‟ dan „Kamus Mini KGB‟ dapat menarik

minat peserta kajian untuk belajar perkara baru dalam bidang kata ganda berentak. Pengkaji

sangat berbesar hati kerana sedikit sebanyak kajian ini memberikan pengaruh baik kepada

peserta-peserta kajian. Semoga kajian ini memberikan implikasi yang baik kepada beberapa

pihak seperti peserta-peserta kajian, ibu bapa, guru, pentadbir sekolah dan penggubal dasar

berkaitan pendidikan.

RUJUKAN

Frank Parker & Kathryn Riley (2009), Linguistic For Non-Linguits (A Primer With

Exercises).

Abdullah Hassan (2005), Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2006), Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu,

Kuala Lumpur, Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et al. (2010), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Selangor Darul Ehsan,

Dawama Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin (2012), Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan, Kuala Lumpur,

Percetakan Advanco Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud, (2011), Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam

Pengajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ainon Bin Mohd & Abdullah Hassan (2002), Kamus Peribahasa Kontemporari, Kuala

Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Jurnal Bahasa (2001) Penerapan Kata Ganda dalam Kamus-kamus Melayu. Penulisan Ilmiah

Kajian Tindakan.

Salbia Hassan (2012) Kata Ganda Semu Dalam Dialek Sarawak. Penulisan Ilmiah Kajian

Tindakan.

Aleimmah binti Ali, (2009) Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Murid Tingkatan 3A

Dalam Kemahiran Menulis Dengan Menggunakan Kaedah Majalah Dalam

Kelas/MDK-DS. Penulisan Ilmiah Kajian Tindakan.

Page 9: 249 495 1 Sm Kata Ganda

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

39

Abdul Wahid Muhammad Nasir (2011), Penguasaan Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu

Satu Kaedah Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat dan Berbahasa Kalangan

Murid-murid Tahun Lima. Penulisan Ilmiah Kajian Tindakan.

Nasruddin Bin Mat Hassan, (2001) Penggunaan Kamus dalam Kelas Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris : Satu Penyelidikan Perbandingan.Penulisan Ilmiah Kajian

Tindakan

Nur Azah Ahmad (2012), Penggunaan Teknik AYDBG dalam Membantu Murid Tahun 3

Mengenal Pasti Kata Kerja dalam Petikan Teks. Penulisan Ilmiah. IPG Kampus Ipoh.