237082987-sejarah-ekonomi-malaysia_2.ppt

Upload: syiqah-sapian

Post on 01-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sosioekonomi malaysia

TRANSCRIPT

  • 6.0PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA

  • EKONOMI MALAYSIA : SEJARAH DAN PERUBAHAN

    PERTANIAN merupakan asal dan asas ekonomi hampir keseluruhan negara di dunia ini. Akan tetapi, akibat perubahan masa, :

    Struktur ekonomi ini telah berubah dengan memasukkan sektor perindustrian dan sektor-sektor yang lain.

  • Perubahan struktur ini boleh berlaku sama ada secara sengaja atau secara sendiri (Zulkifli 1992: 3-4). Perubahan ini dikatakan secara sengaja apabila melalui proses yang dirancang oleh kerajaan bagi tujuan pencapaian sesuatu matlamat. Sebaliknya, perubahan juga boleh berlaku tanpa dirancang tetapi berubah mengikut peredaran masa, suasana sosioekonomi, sosiopolitik, dan kualiti dan kuantiti sumber semasa yang ada (Zulkifli 1992: 4).

  • Perubahan ini kerap difahamkan sebagai kemajuan dan pembaikan ekonomi sesebuah negara.

    Di kebanyakan negara maju sekarang, kekuatan ekonominya banyak mendapat sumbangan daripada sektor perindustrian

  • SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIAJika dihalusi daripada fakta sejarah, kegiatan ekonomi di Semenanjung Malaysia dalam bentuk pertanian, bercucuk tanam dan penternakan telah bermula sejak dari zaman logam (iaitu 2500 tahun dahulu) lagi.

    Oleh itu, dalam membincangkan sejarah perkembangan ekonomi Malaysia, maka ia akan bertitik tolak dari zaman logam sehinggalah ke era moden kini.

  • Dengan mengambil kira tempoh liputan tersebut, maka beberapa peringkat perkembangan dapat dikenal pasti yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada beberapa era, iaitu era prapenjajahan, era penjajah, era kemerdekaan, danera baru kini.

  • 1 Era prapenjajahan

    Pergantungan hidup kepada bercucuk tanam dan penternakan menandakan bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan antara satu dengan lain yang dijelmakan melalui perdagangan.

    Bahan galian seperti bijih timah dan besi; barang perhiasan seperti emas, manik dan tembikar; dan bahan makanan seperti beras, daging dan sayuran mula diperdagangkan.

  • Akibat daripada perdagangan, beberapa pusat perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang luar wujud seperti di Guar Kepah dan Pengkalan Bujang (Kedah), Jenderam Hilir (Selangor), dan Kuala Selinsing (Perak).

  • Kegiatan ekonomi bertambah rancak dengan tertubuhnya beberapa buah kerajaan Melayu tua seperti kerajaan Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang. Kerajaan Kedah Tua juga menjadi pelabuhan antarabangsa dengan kapal-kapal dari India, Asia Barat, dan negara China singgah berlabuh. Penulis-penulis India menamakan Semenanjung Malaysia ketika itu sebagai Bumi Emas (suvarnabumi).

  • Kerajaan Kedah Tua yang wujud pada kurun Masihi kelima terus berkembang sehingga kurun ke-14.

    Dari segi aktiviti pertanian, penanaman padi dan tanaman lain termasuk kelapa, pisang dan buah-buahan dijalankan secara tradisional dan secara kecil-kecilan.

    Kegiatan ekonomi umumnya didapati melalui gotong-royong, buruh keluarga dan sebahagiannya ada yang melalui tenaga kerahan (Ishak dan Jama 1992:1).

  • Hasil negara biasanya diperoleh daripada cukai yang dikenakan terhadap barang perdagangan dan hasil pengeluaran pertanian yang biasanya dipungut oleh pembesar negeri atau golongan bangsawan.

    Cukai yang dikenakan ke atas pedagang teratur dan berbeza mengikut kawasan. Pedagang-pedagang dari sebelah Barat dikenakan cukai enam peratus, manakala pedagan-pedagang dari sebelah Timur tidak dikenakan cukai, sebaliknya dikenakan membawa hadiah. Manakala pedagang-pedagang Melayu Melaka sendiri dikenakan tiga peratus (Zainnl Abidin A. Wahid, et. aI1988:54).

  • 2 Era Penjajahan

    Emas, rempah, kain dan teh ialah antara barang-barang yang diminati di Erupah.

    Pedagang dari Tanah Arab dan Mesir banyak membeli barang-barang ini dari Melaka untuk dijual di Eropah.

  • Kemakmuran dan kepesatan ekonomi (Melaka) di samping kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah jalan laut Timur-Barat menimbulkan keinginan kuasa Eropah itu untuk meninjau secara lebih dekat dan seterusnya menguasai kekayaan tersebut.

    Portugis membuka langkah dengan membawa armadanya ke Melaka.

  • Tahun 1511 merupakan titik bermulanya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu dan berlanjutan selama 446 tahun iaitu sehingga tarikh mencapai kemerdekaan, 31 Ogos 1957.

    Penjajahan selama 446 tahun ini melibatkan empat negara penjajah iaitu Portugis, Belanda, Inggeris, dan Jepun.

  • Dibandingkan dengan era penjajahan sebelumnya, maka era penjajahan Inggeris ini lebih banyak membawa perubahan dalam struktur ekonomi negara.

    Inggerislah yang telah bertanggungjawab memperkenalkan tanaman baru seperti getah dan kelapa sawit, serta sistem pengurusan baru pertanian secara estet.

  • Kegiatan pertanian Malaysia berkembang pesat dan ini mendorong Inggeris untuk membawa masuk buruh-buruh asing dari benua India dan China untuk mengusahakan pertanian secara perladangan yang kebanyakannya dimiliki oleh mereka (Inggeris) dan juga sektor perlombongan.

  • Pengimportan buruh asing - China dan India di samping memesatkan sektor perladangan dan perlombongan, ia juga telah menandakan bermulanya sejarah baru struktur penduduk negara ini dengan menjadi negara majmuk yang mengandungi tiga etnik utama - Melayu, Cina dan India sehinggalah sekarang.

  • Sektor pembuatan pula pada era itu hanya merangkumi aktiviti peringkat ringan, yang sebahagian besarnya merupakan pengganti import, termasuk simen, bata, bahan minuman dan makanan, tembakau, tayar, kasut dan sabun.

  • 3 Era kemerdekaan

    Era ini meliputi periode transisi, periode kemerdekaan, dan periode selepas beberapa tahun kemerdekaan. Pada era inilah buat kali pertama kerajaan memperkenalkan satu rancangan ekonomi yang lebih teratur dengan nama Rancangan Pembangunan Ekonomi yang pertama (RPE 1) atau juga dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama yang meliputi tahun 1956-60.

  • Pada era transisi ini juga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan (1956) yang bertujuan untuk mengatasi masalah petani yang kekurangan tanah di samping meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga petani.

  • Pada tahun 1961, RPE 2 pula dilancarkan. Namun kedua-dua RPE masih memberi tumpuan kepada sektor pertanian yang merupakan tunjang ekonomi Malaysia pada ketika itu.

  • 4. Era baru kini

    Selepas lebih kurang satu dekad, ekonomi Malaysia mengalami suatu perubahan yang mendadak iaitu apabila berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang berlaku ini dipercayai ekoran daripada wujudnya ketidakseimbangan dalam pelbagai aspek khususnya ekonomi antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.

  • Maka sejak itu, beberapa dasar telah dilancarkan oleh kerajaan yang bermula daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehinggalah kepada Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).

  • SEKTOR-SEKTOR EKONOMI

    Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor yang diibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, kedua, dan ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan bentuk aktiviti yang terlibat. Setiap satu daripada tiga sektor ekonomi tersebut melibatkan asas kegiatan serta keluaran yang berbeza.

  • 1) Sektor pertama

    Kegiatannya lebih kepada kegiatan ekonomi peringkat awal yang kurang atau tidak melibatkan pemprosesan. Contoh sektor ekonomi yang tergolong dalam sektor pertama ialah tanaman, penternakan dan perikanan, perhutanan dan perlombongan, dan kuari.

    Secara umumnya, subsektor tanaman, perhutanan, penternakan dan perikanan kerap disebut sebagai sektor pertanian.

  • Barang keluaran sektor pertama ini terdiri daripada keluaran pertanian dan bahan mentah yang biasanya perlu diproses terlebih dahulu sebelum dapat digunakan.

    Contohnya, kayu balak perlu diproses di kilang untuk dijadikan papan. Begitu juga dengan kelapa sawit atau bijih timah, hanya boleh digunakan setelah diproses.

  • 2. Sektor kedua

    Kegiatan sektor kedua pula melibatkan kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Sektor ini lebih bersifat pemprosesan ke atas bahan mentah keluaran sektor pertama atau barang separuh siap bagi pengeluaran barang siap atau separuh siap yang lain.

  • Proses penukaran bahan mentah atau barang separuh siap kepada barang siap atau separuh siap yang lain biasanya disebut sebagai kegiatan pembuatan.

    Dua kegiatan ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah sektor pembuatan dan sektor pembinaan. Sektor pembuatan juga dikenali sebagai sector perindustrian atau perkilangan.

  • 3. Sektor ketiga

    Kegiatan sektor pertama dan kedua memang jelas menghasilkan barang. Walau bagaimanapun, tidak semestinya setiap kegiatan ekonomi menghasilkan barang yang dapat dilihat atau dipegang. Ada kegiatan ekonomi wujud hanya dalam bentuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Sektor yang terlibat dalam menghasilkan perkhidmatan ini tergolong dalam sektor ketiga.

  • Kegiatan sektor ini merangkum bidang-bidang seperti pentadbiran, pertahanan, kemudahan asas dan pengangkutan.

    ******************************