23. rumusan

4

Click here to load reader

Upload: narmatha-mani-maran

Post on 21-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fhtyjhd

TRANSCRIPT

Page 1: 23. rumusan

SJH 3093 PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAHPISMP SEJARAH SEM 5

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,

kemajuan dan pencapaian murid. Hal ini kerana, guru bertanggungjawab dalam

membuat pertimbangan serta keputusan berhubung dengan pengajaran dan

pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran

sudah dicapai oleh pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Oleh

yang demikian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, diuji

dan dinilai. Lantaran itu, guru harus merancang dan membina instrumen penilaian,

mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor serta

menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan

pemulihan.

Tambahan pula, proses di atas membolehkan guru mengenalpasti

perkembangan potensi individu secara menyeluruh serta bersepadu dari aspek intelek,

rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Maka, untuk mencapai hasrat FPK di sekolah guru haruslah memberi penekanan

kepada konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian. Hal ini kerana menurut Sumini

(2002), pentaksiran, pengujian dan penilaian amat penting dalam bidang pendidikan

kerana maklumat yang terhasil daripada langkah mengadakan pentaksiran, pengujian

dan penilaian dapat memberi maklum balas setakat manakah pencapaian pelajar telah

ditunjukkan. Walaubagaimanapun, sering kali istilah pentaksiran, pengujian dan

penilaian digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila

mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai

prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang

mendukung istilah-istilah berkenaan.

Khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik

dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Menurut Cronbach (1970) ujian ialah satu

prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang

individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang

berkategori. Pengukuran pula membawa definisi sebagai suatu proses untuk

mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana

individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat

66

Page 2: 23. rumusan

SJH 3093 PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAHPISMP SEJARAH SEM 5

tertentu (Mohd Isha, 2007). Manakala Najib (2011) menyatakan tujuan utama

pengukuran adalah untuk mendapatkan data (status) yang boleh dijadikan landasan

penilaian. Popham (1975) pula menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai

satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Selain daripada itu, kini

istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Pentaksiran pula

melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau

piawaian.

Sistem pendidikan di Malaysia berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) termaktub ke arah usaha berterusan melahirkan warganegara yang mempunyai

imbangan pengetahuan dan kemahiran, sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan moral

yang positif, bertanggungjawab, berdaya cipta, inovatif, kreatif, fleksibel dan juga

berupaya memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang

berharmoni, makmur dan bersatu. Maka proses penilaian hendaklah dijalankan secara

berterusan iaitu bermula dari bangku sekolah hingga ke menara gading. Lantaran itu, di

sini saya ingin membuat perbandingan akan cara peperiksaan dilaksanakan di antara

sekolah dan Institut Pendidikan Guru Kampuer Perlis dari segi keadaan persekitaran

bilik peperiksaan, pengawalan masa ketika peperiksaan, penyediaan psikologi,

memoderasi ujian dan penyediaan skema permarkahan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada

keadaan di sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang kepada

seseorang. Maka, keadaan sekelilingi bilik peperiksaan di sekolah dan di IPG Kampus

Perlis mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan yang tersendirinya. Antara

persamaan yang terdapat dari segi keadaan persekitaran bilik peperiksaan ialah

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk

keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang

mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan

kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan.  Susun atur perabot

dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang

tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.

67

Page 3: 23. rumusan

SJH 3093 PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAHPISMP SEJARAH SEM 5

Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

Memastikan bilik peperiksaan berada dalam keadaan kondusif dan selamat digunakan untuk

peperiksaan. Menyediakan dewan atau bilik peperiksaan yang sesuai, selesa dan selamat bagi

menjamin peperiksaan berjalan dengan licin, sempurna dan lancar sepanjang tempoh

peperiksaan serta bekerjasama kepada semua petugas peperiksaan

Kesimpulannya, sistem pendidikan di Malaysia berpaksikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) termaktub ke arah usaha berterusan melahirkan warganegara yang

mempunyai imbangan pengetahuan dan kemahiran, sains dan teknologi, nilai-nilai

rohani dan moral yang positif, bertanggungjawab, berdaya cipta, inovatif, kreatif,

fleksibel serta berupaya memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara

yang berharmoni, makmur dan bersatu. Oleh yang demikian, proses penilaian

hendaklah dijalankan secara berterusan sama ada secara formal atau tidak formal

untuk mencapai hasrat yang termaktub dalam FPK.

68