20151105081116 kuliah 10 luluhawa

43
1 PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMA PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMA PENGENALAN PENGENALAN Sebahagian besar daripada disiplin geomorfologi Sebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalah mengkaji proses yang berlaku di muka adalah mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Proses-proses ini sama ada berlaku dengan bumi. Proses-proses ini sama ada berlaku dengan pengaruh semulajadi atau pun dengan tindakan pengaruh semulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusia banyak mengubah lanskap muka aktiviti manusia banyak mengubah lanskap muka bumi kita. Proses semulajadi yang ditekankan bumi kita. Proses semulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan di kawasan tropika adalah lebih diberatkan di kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa, gerakan terutamanya Malaysia seperti luluhawa, gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai. jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.

Upload: syahirahnajihah

Post on 15-Feb-2017

329 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

11

PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMAPROSES-PROSES GEOMORFOLOGI UTAMA

PENGENALAN PENGENALAN

Sebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalah Sebahagian besar daripada disiplin geomorfologi adalah mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Proses-mengkaji proses yang berlaku di muka bumi. Proses-proses ini sama ada berlaku dengan pengaruh proses ini sama ada berlaku dengan pengaruh semulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusia semulajadi atau pun dengan tindakan aktiviti manusia banyak mengubah lanskap muka bumi kita. Proses banyak mengubah lanskap muka bumi kita. Proses semulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan di semulajadi yang ditekankan adalah lebih diberatkan di kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa, kawasan tropika terutamanya Malaysia seperti luluhawa, gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.gerakan jisim, hakisan permukaan dan hakisan pantai.

Page 2: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

22

LULUHAWALULUHAWA

Proses luluhawa dianggap sebagai peringkat pertama proses penggondolan muka bumi.

Semua bahan yang terdapat di permukaan bumi terdedah kepada proses luluhawa. Batuan yang mengalami penguraian, pereputan dan penyepaian ini akhirnya akan dihakis pula oleh agen-agen hakisan seperti air, glasier dan angin.

Proses penyepaian batuan ini amat penting sebagai satu sumber primer misalnya pembentukan tanih untuk pertanian dan juga pembangunan sektor binaan bangunan, jalanraya dan kerja kejuruteraan lain.

Page 3: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

33

sambungan…sambungan…

Luluhawa boleh dikelaskan kepada dua kategori yang utama sekiranya dilihat dari segi proses iaitu luluhawa fizikal atau mekanika dan luluhawa kimia.

Luluhawa fizikal ialah proses yang menyebabkan peleraian batuan oleh tegasan pada batuan itu sendiri tanpa mengubah kandungan bahan mineral di dalamnya.

Luluhawa kimia satu proses yang menyebabkan peleraian batuan yang juga mengubah bahan kimia dalam batuan.

Page 4: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

44

Sambungan…Sambungan…

Dilihat dari segi punca berlakunya luluhawa, ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu tambahan kepada luluhawa biologi.

Luluhawa biologi adalah tindakan benda-benda hidup termasuk aktiviti-aktiviti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh peranan tumbuhan boleh dilihat melalui akar pokok yang memecahkan batuan.

Page 5: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

55

Luluhawa FizikalLuluhawa Fizikal

Luluhawa fizikal ialah proses yang melibatkan pemecahan/peleraian batuan yang disebabkan oleh daya-daya fizikal dari dalam dan luar batuan.

Ini dikaitkan secara langsung dengan tegasan terhadap batuan iaitu dari dalam atau luar atau kedua-duanya sekali yang menyebabkan merekah dan terlerai.

Ia juga dikaitkan dengan pemecahan batuan besar menjadi batu kecil tanpa mengubah kandungan kimianya. Terdapat beberapa proses yang sering berlaku seperti proses pembebasan tekanan, proses pengembangan hablur, proses perubahan suhu dan proses organan.

Page 6: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

66

Proses Pembebasan TekananProses Pembebasan Tekanan

Struktur batuan yang berlapis biasanya mempunyai satah retakan atau rekahan.

Lapisan-lapisan batuan ini adalah hampir selari dengan permukaan bumi dan semasa ia berada jauh di dalam tanah, ia mengalami tekanan tinggi hasil daripada beban yang terletak di atasnya.

Apabila permukaan di bahagian atas batuan tersebut mengalami proses hakisan, ia akan mengurangkan tekanan pada batuan di bawahnya.

Page 7: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

77

Sambungan…Sambungan…

Apabila tekanan batuan tersebut mulai berkurangan menyebabkan batuan mengembang, meretak dan memecah.

Pengembangan ini menyebabkan kepingan besar batuan terpisah atau terlerai dari batuan induk. Sekiranya batuan itu terletak hampir dengan permukaan bumi, maka pengembangan yang berlaku adalah sehala iaitu berkembang ke atas sahaja.

Pengembangan yang berlaku akan memberi kesan terhadap pemecahan batuan di sepanjang satah retakan terutamanya pada batuan jenis granit dan marmar dan pemecahan tersebut adalah secara bersendi.

Page 8: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

88

Page 9: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

99

Proses Pengembangan HablurProses Pengembangan Hablur

Proses pengembangan hablur boleh dibahagikan kepada dua tindakan iaitu tindakan ibun dan penghabluran garam.

Tindakan ibun biasanya berlaku di kawasan yang beriklim sejuk disebabkan oleh proses pengembangan hablur iaitu pembekuan air. Air akan mengembang sebanyak 9 % apabila membeku pada suhu 0 darjah celcius. Perubahan isipadu yang besar ini mempunyai kesan pemecahan yang paling besar dalam luluhawa fizikal. Air yang membeku dalam ruang atau rekahan batuan akan menghasilkan tekanan yang kuat terhadap dinding rekahan tersebut dan retakan yang lebih besar akan berlaku.

Page 10: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1010

Sambungan…Sambungan…

Proses pembekuan dan pencairan yang berulang-ulang akan menyebabkan batuan pecah dan proses ini dikenali sebagai penyepaian ibun.

Batuan yang pecah ini akan menghasilkan bentuk serpihan-sepihan yang tajam dan bersegi-segi. Sebagai contoh ialah di Pergunungan Alps di Eropah jelas menunjukkan permukaan cerun dan puncaknya yang terdiri daripada batuan bersegi-segi hasil daripada tidakan ibun tadi.

Page 11: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1111

Page 12: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1212

Page 13: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1313

Sambungan…Sambungan…

Tindakan penghabluran garam berlaku di kawasan yang panas dan kering. Pada musim kemarau yang berpanjangan, menyebabkan air disedut ke atas permukaan bumi oleh daya rerambut hasil daripada proses sejatan. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus tertinggal di dalam rongga-rongga dan retakan-retakan dalam batu pasir.

Proses sejatan yang berterusan sepanjang musim kemarau menyebabkan kuantiti hablur bertambah dan berkembang apabila ia mengalami tekanan menyebabkan batu pasir tersepai. Proses ini akan menghasilkan bentuk-bentuk bumi seprti nic (ceruk), gua yang cetek, gerbang batu dan lelubang pada batu pasir.

Page 14: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1414

Page 15: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1515

Proses Perubahan SuhuProses Perubahan Suhu

Perubahan suhu biasanya membawa kepada pengembangan dan penguncupan batuan.

Perubahan suhu yang berterusan menyebabkan berlakunya tegasan terhadap batuan dan memecahkan batuan kepada butir-butir yang kecil.

Perubahan suhu malam dan siang, musim panas dan musim sejuk boleh menyebabkan bahan-bahan batuan mengembang dan menguncup. Dalam keadaan ini menyebabkan berlakunya luluhawa fizikal di kawasan gurun dan puncak kawasan gunung yang terdedah.

Page 16: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1616

Sambungan…Sambungan…

Proses pengembangan dan penguncupan yang berulang-ulang menyebabkan batuan meretak dan bersepai.

Sesetengah batuan tersepai dalam bentuk kepingan yang berlapis-lapis dan biasanya berlaku pada batuan yang mempunyai struktur yang berlapis-lapis. Keadaan ini dikenali sebagai pengelupasan.

Proses ini telah menghasilkan kubah-kubah pengelupasan seperti yang terdapat di Taman Negara Yosemite di Amerika Syarikat, di Gurun Kalahari dan Gurun Sahara.

Page 17: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1717

Page 18: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1818

Page 19: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

1919

Page 20: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2020

Proses OrgananProses Organan

Proses organan adalah hasil daripada tindakan tolakan yang dilakukan oleh akar tumbuh-tumbuhan. Akar pokok yang menjalar di dalam tanah menghasilkan tekanan yang kuat dan boleh melebarkan rekahan di dalam batuan.

Tindakan ini seterusnya akan memecahkan jasad batuan tersebut di samping dapat membantu air yang berperanan sebagai agen luluhawa masuk ke dalam jasad batuan di dalam bumi. Keadaan akar tumbuh-tumbuhan yang membesarkan, mendalamkan dan memecahkan rongga, rekahan dan retakan ini pada batuan telah menyebabkan proses penyepaian bongkah batuan berkenaan.

Page 21: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2121

Page 22: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2222

Luluhawa KimiaLuluhawa Kimia Luluhawa kimia melibatkan pereputan dan penguraian

batuan dan berlaku perubahan dalam kandungan kimia batuan tersebut. Ini disebabkan oleh agen-agen atmosfera seperti air, oksigen, karbon dioksida dan pelbagai jenis asid.

Luluhawa kimia amat dominan dan berkesan di kawasan khatulistiwa dan kawasan tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun seperti di kawasan tanah pamah yang sederhana lembap dan kawasan batu kapur.

Luluhawa kimia memerlukan air yang banyak dan suhu yang tinggi. Terdapat beberapa proses yang terlibat dalam luluhawa kimia iaitu larutan, pengoksidaan, pengkarbonan, penghidratan dan hidrolisis.

Page 23: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2323

LarutanLarutan

Larutan adalah boleh dianggap sebagai peringkat pertama dalam luluhawa kimia. Ia merupakan satu proses melarutkan mineral di dalam air. Sesetengah mineral seperti mineral klorida, bikarbonat dan beberapa mineral sulfat boleh larut dalam air biasa dan ada juga mineral yang hanya terlarut dalam air yang berasid.

Garam biasa dan gipsum adalah sebatian yang mudah larut dalam air dan cuma wujud di kawasan gersang dunia. Keberkesanan proses larutan bergantung kepada isipadu air di sesuatu kawasan dan darjah kelarutan sesuatu batuan.

Page 24: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2424

PengoksidaanPengoksidaan

Pegoksidaan menunjukkan satu proses perubahan yang dihasilkan melalui tindakbalas oksigen dari udara atau air dengan mineral di dalam batuan.

Proses pengoksidaan amat berkesan pada batuan yang terletak di permukaan tanah. Oksigen dalam udara mudah bergerak di dalam liang-liang dan retakan-retakan yang terdapat pada batuan. Pengoksidaan biasanya berlaku pada batuan mafik yang mempunyai elemen-elemen seperti ferum dan magnesium.

Oksigen + Mineral Ferum Oksida

Page 25: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2525

Sambungan…Sambungan…

Apabila struktur batuan tersebut menyentuh udara dan air, elemen besi dalam batuan akan dioksidakan menjadi hematit berwarna merah.

Batuan yang mengalami pengoksidaan ini biasanya kurang teguh dan mudah dioksidakan. Misalnya tanah liat yang berasal jauh di bawah tanah berwarna kebiru-biruan tetapi apabila terdedah ke permukaan ia akan teroksida lalu bertukar ke warna perang atau merah kerana adanya sebatian-sebatian besi.

Dalam erti kata yang mudah ia akan berkarat lalu membentuk ferum oksida yang peroi dan mudah dihakis.

Page 26: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2626

PengkarbonanPengkarbonan

Pengkarbonan merupakan satu proses luluhawa kimia yang paling mudah dan paling meluas berlaku. Batuan karbonat seperti batu kapur dan dolomit adalah di antara batuan yang paling mudah mengalami luluhawa kimia di permukaan bumi dengan kehadiran air yang mengandungi karbon dioksida.

Karbon dioksida yang larut di dalam air membentuk asid yang lemah iaitu asid karbonik lemah. Proses pengkarbonan ini berlaku apabila tindakbalas di antara asid karbonik lemah ini dengan bahan mineral. Sebagai contoh asid karbonik lemah ini bertindak dengan batu kapur dan menukarkannya kepada kalsium karbonat yang lebih larut.

Page 27: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2727

Sambungan…Sambungan…

Air Hujan + Karbon dioksida Asid karbonik lemah

Asid karbonik lemah + Kalsium karbonat Kalsium bikarbonat

Proses melarutkan batu kapur ini akan meluaskan lagi rekahan-rekahan lalu membentuk lurah dan permatang batu kapur (grike dan clint) serta menghasilkan satu landskap yang menarik yang dikenali sebagai pandang darat karst.

Antara pandang darat karst di kawasan batu kapur ialah bukit-bukit sisa, lubang langgah, lurah kering, sungai bawah tanah dan ciri-ciri dalam gua seperti stalaktit dan stalagmit serta tiang batu batu kapur atau tiang kalsit.

Page 28: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2828

Sambungan…Sambungan…

Jenis luluhawa kimia ini berlaku dengan giatnya di kawasan batu kapur di Malaysia, Negara Thai, Indonesia dan bahagian selatan Negara China.

Di Malaysia, kawasan batu kapur yang terkenal terdapat di sekitar Ipoh dan Baling. Antara gua batu kapur yang terkenal di Malaysia ialah Gua Mulu dan Gua Niah di Sarawak serta Batu Caves di Kuala Lumpur.

Page 29: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

2929

PenghidratanPenghidratan

Proses penghidratan melibatkan penambahan molekul air terhadap mineral tertentu. Ini akan melemahkan ikatan di dalam mineral tersebut dan memudahkan mineral itu untuk mengalami proses-proses luluhawa seterusnya.

Penghidratan menyebabkan mineral-mineral mengembang dan kemudiannya diikuti oleh pengurangan kekuatan mineral tersebut.

Pengembangan akan menghasilkan tegasan di dalam jasad batuan dan seterusnya boleh melemahkan ketahannya.

Page 30: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3030

Sambungan…Sambungan…

Mineral batuan yang menyerap air akan mengalami perubahan kimia dan membentuk bahan yang baru.

Tegasan yang berlaku akan melemahkan batuan terutamanya apabila kalsium sulfat bertindak dengan air akan membentuk gipsum.

Selain itu, proses penghidratan ini boleh menyebabkan batuan menjadi susut dan semakin kecil lalu hancur dan reput manakala yang tidak hancur akan menjadi berbutir-butir.

Proses ini juga menyebabkan batuan rosak secara relaian bijian dan melibatkan luluhawa dari lapisan permukaan hingga ke dalam batuan. Ia berpunca dari air hujan, pencairan fros dan kejadian osmosis akar.

Page 31: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3131

HidrolisisHidrolisis

Hidrolisis adalah satu proses tindakbalas kimia yang melibatkan air. Proses ini berkesan di bahagian dalaman bumi yang melibatkan penggabungan molekul air dan molekul mineral.

Hasil awal yang akan diperolehi daripada proses ini ialah bahan mineral akan menjadi tidak stabil dan akan terus mengalami pemecahan menjadi bahan baki yang lebih halus dan lembut atau bahan yang boleh larut di dalam air tanah dan boleh digunakan oleh tumbuhan.

Page 32: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3232

Sambungan…Sambungan…

Hidrolisis biasanya bertindak di antara air dengan bahan-bahan mineral seperti felspar, kuartz dan mika.

Felspar bertindak dengan air dan bertukar menjadi tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin yang lebih lembut.

Besi yang bertindak dengan air dan oksigen akan menghasilkan besi oksida yang berwarna kuning, coklat atau merah.

Tindakan kimia ini menyebabkan batuan granit menyepai dan melemahkan struktur batuan tersebut. Ini bermaksud dengan adanya asid karbonat di dalam air hujan yang masuk ke dalam batuan, akan mempercepatkan lagi pereputan dan pemecahan batuan.

Page 33: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3333

Page 34: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3434

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LULUHAWALULUHAWA

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses luluhawa. Secara amnya kita boleh bahagikan kepada beberapa faktor seperti berikut :

• Faktor Iklim• Faktor Geologi• Faktor Topografi• Faktor Masa• Faktor Biotik

Page 35: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3535

Faktor IklimFaktor Iklim

Proses-proses luluhawa banyak bergantung kepada iklim sesuatu kawasan.

Aspek utama iklim ialah suhu, hujan, sejatan dan juga kadar kelembapan. Jika dilihat kebanyakan proses luluhawa memerlukan air dan ia mampu memberi pejelasan tentang sebaran luluhawa mengikut ruang.

Suhu juga merupakan satu petunjuk terhadap kadar luluhawa yang berbeza misalnya penurunan suhu menyebabkan penghabluran ais, kembang kuncup batuan dan suhu yang tinggi akan mempercepatkan proses luluhawa.

Page 36: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3636

Sambungan…Sambungan…

Bagi kawasan yang menerima curahan hujan yang banyak dan bersuhu tinggi membolehkan tindakan luluhawa kimia berperanan secara dominan terutamanya di kawasan tropika lembap.

Sebaliknya di kawasan gurun yang menerima curahan sangat sedikit atau di kawasan beriklim sejuk dengan keadaan air yang sentiasa membeku, maka proses luluhawa fizikal lebih dominan.

Page 37: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3737

Faktor GeologiFaktor Geologi

Faktor geologi dapat dikesan melalui ciri-ciri batuan tersebut seperti kandungan mineral, sifat batuan, struktur batuan, saiz batuan dan permukaan batuan.

Kandungan mineral dalam batuan boleh dilihat melalui batuan yang mengandungi mineral seperti karbonat dan garam mudah dilarutkan oleh air.

Batuan dengan kandungan mineral yang gelap seperti basalt dan gabro akan menjadi lebih cepat panas berbanding dengan batu kapur yang bewarna cerah.

Page 38: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3838

Sambungan…Sambungan…

Perbezaan ini akan mempengaruhi kadar penyepaian dan penguraian batuan. Kandungan kimia batuan juga menentukan ketahanan terhadap luluhawa kimia dan fizikal.

Mineral dalam batuan boleh disusun mengikut ketahanan terhadap luluhawa kimia. Sebagai contoh, mineral-mineral silikat biasa boleh disusun mengikut ketahanan seperti berikut :

Paling rendah ketahanan Olivin• Augit• Hornblende• Mika• Felspar• Paling tahan Kuarza

Page 39: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

3939

Sambungan…Sambungan…

Sifat batuan pula merujuk kepada batuan keras seperti batuan igneus lambat diuraikan. Batuan lembut seperti batu kapur mudah diuraikan. Batuan yang tahan terhadap luluhawa biasanya akan membentuk permatang dan batuan yang tidak tahan terhadap tindakan luluhawa akan membentuk kawasan topografi rendah.

Struktur batuan merujuk kepada permukaan batuan yng mempunyai banyak retakan, pecahan dan kekar lebih mudah diluluhawakan. Sebaliknya batuan yang tidak mempunyai sebarang retakan adalah lebih sukar diluluhawakan.

Page 40: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

4040

Sambungan…Sambungan…

Saiz batuan menyatakan bongkah batuan yang lebih kecil lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan bongkah batu yang besar. Permukaan batuan yang terdedah luas lebih cepat diluluhawakan berbanding dengan batuan yang permukaannya tidak terdedah.

Page 41: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

4141

Faktor TopografiFaktor Topografi

Keadaan topografi seperti ketinggian dan kecerunan mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap suhu, bahangan, hujan, angin, sejatan dan sebagainya.

Kawasan landai umpamanya menerima bahangan yang lebih tinggi berbanding kawasan yang terlindung atau bercerun. Kawasan yang menerima jumlah cahaya matahari yang banyak akan menggiatkan lagi luluhawa kimia.

Page 42: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

4242

Faktor MasaFaktor Masa

Masa jasad batuan terdedah kepada proses luluhawa mempengaruhi darjah proses luluhawa yang akan berlaku ke atas jenis-jenis batuan tertentu. Semakin lama sesuatu bahan itu terdedah kepada tindakan luluhawa maka semakin tinggilah darjah luluhawa yang dialaminya.

Page 43: 20151105081116 kuliah 10 luluhawa

4343

Faktor BiotikFaktor Biotik

Tumbuhan dan organisma memainkan peranan dalam proses luluhawa batuan. Kedua-duanya ini membekalkan asid, gas-gas dan sebatian kimia bagi mempercepatkan tindak balas kimia dalam batuan.

Kulampair dan lumut di atas batuan umpamanya menjalankan proses fotosintesis dan membebaskan karbon dioksida yang secara tidak langsung menolong proses kimia batuan.

Begitu juga dengan proses pereputan bahan organik. Pembesaran akar tumbuhan berupaya memecahkan batuan bawah tanah terutamanya dalam proses luluhawa fizikal.