20150520124614_topik 4 analisis utiliti.pdf

Upload: jessica-richard

Post on 28-Feb-2018

378 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    1/35

    PENGENALANDari Topik 1 hingga Topik 3 telah mendedahkan kita dengan gelagat asas

    pasaran. Sekarang, anda perlu bersedia untuk menganalisis dengan lebihmendalam tentang keluk permintaan. Persoalan utama yang akan diselesaikanmelalui topik ini adalah apakah faktor yang mempengaruhi pengguna untuk berkelakuan menurut Hukum Permintaan. Teori gelagat pengguna adalahpenting untuk ekonomi pasaran kerana pengeluar yang sentiasa bersaing antarasatu sama lain untuk menarik pengguna membeli barangan mereka, perlumengetahui motif di sebalik permintaan pengguna.

    Melalui teori gelagat pengguna, anda akan dapat memahami dengan lebih jelasgelagat dan kelakuan pengguna. Anda juga adalah seorang pengguna yang

    TT

    oo

    pp

    ii

    44 Analisis Utiliti

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menerangkan konsep utiliti;

    2. Membezakan antara utiliti kardinal dan utiliti ordinal;

    3. Menerangkan konsep jumlah utiliti, utiliti sut dan peranankeseimbangan pengguna;

    4. Mengkaji konsep keluk puas sama, garis belanjawan dankeseimbangan pengguna;

    5. Mendapatkan keluk Engel dan keluk permintaan dari kelukpendapatan-penggunaan dan keluk harga penggunaan; dan

    6. Membezakan antara kesan penggantian dan kesan pendapatan yangdisebabkan oleh perubahan harga.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    2/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 97

    memiliki sejumlah wang pada masa tertentu untuk dibelanjakan denganmembeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Anda perlu membuat keputusantentang jenis dan jumlah barangan yang akan anda beli kerana anda tahu

    bahawa setiap pembelian perlu dibiayai dengan pendapatan anda yang terhad.Namun, pada masa yang sama, anda mempunyai cita rasa anda sendiri yangakan mempengaruhi corak pembelian anda. Di dalam topik ini, kita akanmembincangkan motif pengguna, gelagat pengguna dan proses pembuatankeputusan pengguna.

    PILIHAN DAN TEORI UTILITI

    Menurut teori utiliti, pengguna menggunakan tahap kepuasan sebagai asasuntuk membuat pilihan penggunaan dan menilai sesuatu barangan berdasarkankepada tahap kepuasan. Secara amnya, terdapat dua kaedah dalam analisis teoriutiliti iaitu kaedah kardinal dan kaedah ordinal. Dalam kaedah kardinal, kitamengandaikan utiliti boleh diukur dengan menggunakan util sebagai unitukuran. Sebagai contoh, makan durian akan memberikan kita 2util dan makanrambutan akan memberikan kita 1util.

    Sementara itu, kaedah ordinal mengandaikan bahawa tahap kepuasan tidak boleh diukur. Namun, kita hanya boleh membuat perbandingan antara tahapkepuasan yang berbeza. Sebagai contoh, makan durian akan memberi kita lebihkepuasan berbanding dengan makan rambutan. Dalam kes ini, tiada sebarangunit kepuasan yang digunakan. Tahap kepuasan ditentukan melaluiperbandingan sahaja.

    TEORI UTILITI KARDINAL

    Sebagai contoh, memakan kek akan menghasilkan 8util, manakala memakan biskut hanya akan menghasilkan 4util. Ini menunjukkan kek menghasilkan duakali ganda utiliti berbanding biskut. Tahap utiliti kebiasaannya ditunjukkan oleh

    Teori utiliti kardinal adalah satu kaedah yang mengandaikan kepuasan boleh diukur dengan unit util.

    Utiliti adalah kepuasan yang diperoleh pengguna daripada penggunaan

    barangan dan perkhidmatan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaansesuatu barangan untuk memberi kepuasan kepada pengguna.

    4.2

    4.1

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    3/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 98

    kesanggupan seseorang individu untuk membayar berdasarkan kepada nilaiwang. Semakin tinggi harga yang sanggup dibayar, semakin tinggi kepuasanyang diperoleh.

    4.2.1 Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

    Terdapat dua konsep asas utiliti iaitu jumlah utiliti dan utiliti sut. Jadual 4.1menunjukkan hubungan antara penggunaan barangan dengan jumlah utiliti danutiliti sut. Perhatikan yang jumlah utiliti untuk unit pertama yang digunakanadalah 10util. Apabila penggunaan meningkat kepada 2 unit, jumlah utiliti

    meningkat kepada 22util dan begitulah seterusnya.

    Seperti yang anda sedia maklum, marginal membawa maksud tambahan.Formula untuk utiliti marginal adalah:

    Oleh itu, utiliti sut untuk unit pertama adalah bersamaan dengan jumlah utilitiuntuk unit tersebut. Seperti yang dapat kita lihat dari Jadual 4.1, MU untuk unitpertama adalah 10util manakala MU untuk unit kedua adalah 12util iaitu 22util 10util. Kaedah yang sama digunakan untuk memperoleh MU bagi setiap unityang seterusnya.

    PerubahanPerubahan

    TU MU Q

    Utiliti sut MU ) adalah peningkatan jumlah utiliti apabila penggunaanmeningkat satu unit.

    Jumlah Utiliti TU) adalah jumlah kepuasan yang diperoleh daripenggunaan sesuatu barangan.

    Tahukah anda siapa yang memperkenalkan teori utiliti kardinal? Iadiperkenalkan oleh Alfred Marshall. Apakah andaian atau anggapanyang dibuat berdasarkan kepada teori ini?

    AKTIVITI 4.1

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    4/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 99

    Jadual 4.1: Jumlah Utiliti dan Utiliti Sut

    Kuantiti Q ) Jumlah Utiliti TU ) Utiliti Sut MU )

    1 10 102 22 12

    3 30 8

    4 36 6

    5 38 2

    6 38 0

    Apabila kita campurkan utiliti sut sehingga lima tahap penggunaan, kita akan

    memperoleh 38util iaitu bersamaan dengan jumlah utiliti unit.

    Rajah 4.1: Jumlah utiliti dan utiliti sut

    Rajah 4.1 menunjukkan jumlah utiliti dan utiliti sut yang diperoleh dari Jadual4.1. Perhatikan yang utiliti sut adalah bersamaan dengan kecerunan keluk jumlah utiliti untuk setiap unit penggunaan. Perhatikan juga yang jumlah utilitimencapai tahap maksimumnya apabila utiliti sut adalah sifar.

    Bincangkan bagaimana jumlah utiliti memberi kesan kepada utiliti sut.

    Sekiranya sesuatu barangan adalah percuma, apa yang akan berlakukepada tahap jumlah utiliti dan utiliti sut? Jelaskan pendapat anda.

    AKTIVITI 4.2

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    5/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 100

    4.2.2 Hukum Utiliti Sut Berkurangan

    Sebelum ini, kita telah mendefinisikan utiliti sut sebagai peningkatan kepuasanyang diperoleh apabila kita menggunakan satu unit tambahan sesuatu barangan.Kita dapat lihat dari Jadual 4.1 dan Rajah 4.1 yang pada permulaannya, utiliti sutmeningkat dengan perlahan dan kemudian akan mula menurun sebelummenjadi sifar. Pergerakan nilai utiliti sut yang semakin berkurangan ini dikenalisebagai hukum utiliti sut berkurangan.

    Contohnya, semasa anda merasa sangat dahaga pada hari yang panas, segelas airsirap akan memberikan anda kepuasan. Memandangkan anda masih lagidahaga, gelas kedua akan memberikan anda kepuasan yang lebih tinggi. Namun,gelas ketiga akan memberikan anda kurang kepuasan kerana rasa dahaga andasudah mulai hilang. Jika anda rujuk semula Jadual 4.1, utiliti sut mula turunapabila kita mencapai tiga unit penggunaan. Anda juga mungkin akanmemperoleh utiliti sut negatif apabila penggunaan satu unit tambahanmendatangkan ketidakselesaan dan bukannya kepuasan.

    Sekiranya kita mengukur kepuasan dalam bentuk ringgit, maka MU untuksegelas air sirap adalah jumlah ringgit yang anda sanggup bayar untukmendapatkan minuman tersebut. Oleh itu, apabila MU menurun, kesanggupanmembayar anda untuk setiap gelas tambahan juga akan menurun. Jika MU menjadi negatif, maka orang lain pula yang perlu membayar anda supaya andaminum minuman tersebut.

    Konsep utiliti sut berkurangan menerangkan kenapa individu menggunakanpelbagai jenis barangan dan bukan hanya satu barangan. Ahli ekonomiterdahulu menggunakan hukum utiliti sut berkurangan ini untuk menjelaskankenapa kecerunan keluk permintaan adalah negatif. Inilah yang akan kita bincangkan pada bahagian seterusnya.

    Hukum utiliti sut berkurangan bermaksud utiliti sut yang diperolehdaripada setiap unit tambahan penggunaan akan mula menurun apabila jumlah penggunaan meningkat.

    Adakah anda bersetuju jika setelah satu tahap dicapai, kepuasan danpenggunaan sesuatu barangan akan menurun? Jelaskan pendapat anda.

    AKTIVITI 4.3

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    6/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 101

    4.2.3 Keseimbangan Pengguna

    Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pengguna? Sebagai seorangpengguna yang rasional, objektif utama yang ingin anda capai adalah untukmemaksimumkan kepuasan yang anda peroleh. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada definisi permintaan, kehendak perlu menyamaikesanggupan dan kemampuan untuk membayar. Objektif pengguna tercapaidan pengguna dikatakan mencapai keseimbangan pengguna apabila utilitimaksimum boleh dicapai dengan sejumlah wang perbelanjaan atau pendapatan.

    (a) Keseimbangan Pengguna untuk Satu BaranganKita akan terlebih dahulu melihat bagaimana keseimbangan penggunadicapai untuk satu barangan. Persoalan pertama yang perlu dijawab adalah bagaimanakah kita boleh memaksimumkan utiliti jika konsep utiliti itusendiri sukar untuk diukur. Untuk memudahkan analisis, kita akanmenggunakan konsep util sebagai ukuran kepada utiliti. Dalam kes ini, utilakan diukur dengan nilai wang. Dengan kata lain, util adalah nilaipenggunaan sesuatu barangan. Oleh itu, utiliti sut adalah jumlah wangyang sanggup dibayar untuk mendapatkan satu unit tambahan barangan. Jika anda sanggup membayar RM1 untuk satu cawan tambahan kopi, makautiliti sut untuk kopi adalah RM1. Perhatikan di sini bahawa dalam kesyang melibatkan satu barangan, pengguna akan memaksimumkankepuasan apabila utiliti sut dari penggunaan sesuatu barangan adalah bersamaan dengan harga barangan tersebut.

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS).

    1. Teori gelagat pengguna mengandaikan bahawa pengguna akancuba untuk memaksimumkan utiliti sut.

    2. Hukum utiliti sut berkurangan menyatakan bahawa apabilapenggunaan meningkat secara konsisten, satu tahap di mana jumlah utiliti akan meningkat pada kadar yang meningkat akandicapai.

    3. Apabila jumlah utiliti meningkat, utiliti sut adalah positif dan

    mungkin meningkat atau menurun.4. Utiliti sut adalah sentiasa lebih besar daripada jumlah utiliti.

    LATIHAN 4.1

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    7/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 102

    Kepuasan maksimum dicapai apabila harga adalah bersamaan denganutiliti sut kerana utiliti sut menggambarkan kesanggupan membayar. Olehitu, sekiranya utiliti sut yang diperoleh daripada penggunaan satu unit

    tambahan adalah lebih tinggi daripada harga yang perlu dibayar, ini bermakna pengguna akan dapat meningkatkan lagi kepuasannya denganmeningkatkan lagi penggunaannya.

    Seperti contoh air sirap di atas, andaikan kos untuk gelas pertama air siraptersebut adalah RM1. Namun, pada anda, ia bernilai lebih daripada RM1, jadi anda sanggup membeli air sirap tersebut. Begitu juga untuk gelas yangkedua tetapi untuk gelas yang ketiga, jika harganya kekal pada RM1, andatidak akan membelinya kerana pada anda, ia bernilai kurang daripadaRM1.

    Konsep keseimbangan ini sebenarnya menjelaskan kenapa kelukpermintaan bercerun adalah negatif. Nilai atau kesanggupan membayaryang anda letakkan bagi setiap unit tambahan sesuatu barangan akansemakin berkurangan apabila anda memiliki semakin banyak barangantersebut. Pada sepanjang keluk permintaan, MU adalah bersamaan denganharga ( MU = P ). Ini menunjukkan bahawa pengguna berada pada tahapoptimum di setiap titik di sepanjang keluk permintaan.

    Jadual 4.2: Utiliti dan Harga

    Kuantiti X Jumlah Utiliti Utiliti Sut Harga RM)

    1 10 10 10

    2 22 12 10

    3 32 10 10

    4 40 8 10

    5 46 6 10

    6 44 -2 10

    Jadual 4.2 menunjukkan jumlah utiliti, utiliti sut dan harga untuk barang X .Seperti yang dapat anda lihat, pengguna mencapai keseimbangan padaunit yang ketiga iaitu apabila utiliti sut bersamaan dengan harga.

    Apa yang akan berlaku sekiranya ada barang X boleh diperoleh secarapercuma? Apabila sesuatu barangan adalah percuma, maka penggunatidak lagi menghadapi sebarang kekangan belanjawan dan beliau jugatidak dihadkan dari segi kesanggupan membayarnya. Oleh itu, penggunaakan menggunakan barang tersebut sehinggalah beliau mencapai jumlah

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    8/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 103

    utiliti maksimum di unit yang kelima. Unit yang keenam tidak akandipertimbangkan kerana ia mengurangkan jumlah utiliti. Jika andamembeli keenam unit, anda akan berasa tidak selesa atau keberatan kerana

    penggunaan berlebihan.

    (b) Keseimbangan Pengguna untuk Dua Barangan atau Lebih

    Kita telah lihat gelagat pengguna dalam kes satu barangan. Sekarang, kitaakan lihat kes di mana pengguna perlu membahagikan perbelanjaan beliauantara dua atau lebih barangan.

    Andaikan anda memiliki sejumlah pendapatan ( I ) yang digunakan untukmembeli makanan ( X ) dan buku teks ( Y ). Sebagai pengguna yang rasional,

    anda akan membelanjakan semua pendapatan anda dengan memilihkombinasi yang akan menghasilkan utiliti sut per ringgit untuk kedua-dua barangan adalah sama iaitu:

    X Y

    X Y

    MU MU P P

    , di mana MU = utiliti sut , P = harga

    Jika X Y X Y

    MU MU P P

    , pengguna yang rasional akan meningkatkan penggunaan

    barang X kerana untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, pengguna akanmemperoleh kepuasan tambahan (utiliti sut) yang lebih besar. Pada masa yangsama, pengguna akan mengurangkan penggunaan barang Y . Peningkatanpermintaan barang X akan menyebabkan harga barang X (P X ) meningkat dan

    X

    X

    MU P

    menjadi lebih kecil.

    Pada masa yang sama, Y Y

    MU P

    akan menjadi lebih besar disebabkan oleh

    permintaan untuk barang Y yang semakin berkurangan. Pergerakan ini akan berterusan sehinggalah X

    X

    MU P

    = Y Y

    MU P

    . Apabila ini berlaku, tiada lagi

    kecenderungan untuk pengguna mengubah kombinasi barangan yangdigunakan.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    9/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 104

    Sebaliknya, jika X X

    MU P

    < Y Y

    MU P

    , pengguna akan meningkatkan penggunaan

    barang Y yang seterusnya akan menyebabkan harga barang Y (P Y ) naik. Pada

    masa yang sama P X akan jatuh. Ini seterusnya akan menyebabkan Y Y

    MU P

    menjadi semakin kecil dan X X

    MU P

    semakin besar. Keadaan ini akan berterusan

    sehinggalah X Y X Y

    MU MU P P

    .

    Sekarang, kita lihat satu lagi contoh:

    Jadual 4.3: Utiliti Sut Per Ringgit

    Kuantiti MU X MU X P X MU Y M U Y P Y

    1 30 15 20 10

    2 29 14.5 19 9.5

    3 28 14 18 9

    4 26 13 16 8

    5 24 12 14 7

    6 22 11 12 6

    7 20 10 * 10 5

    8 18 9 * 8 4

    9 16 8 * 5 2.5

    (* P x dan P y adalah masing-masing bersamaan RM2)

    Jadual 4.3 menunjukkan utiliti sut ( MU x dan MU y ) dan utiliti sut per ringgit(iaitu MU x / P x , dan MU y / P y ) yang diperoleh daripada pengguna apabilapenggunaan dua barangan X dan Y , apabila harga barang X dan barang Y adalahkedua-duanya RM2 ( P x = 2, P y = 2). Di sini kita andaikan yang pendapatanpengguna adalah RM22 dan kesemuanya digunakan untuk membeli dua barangan ini.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    10/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 105

    Syaratnya,

    X Y

    X Y

    MU MU P P

    dicapai pada kombinasi ( X ,Y ) = (7,1), (8,3) atau (9,4).

    Bagaimanapun, kita perlu membuat pilihan antara tiga kombinasi di atas berdasarkan kepada jumlah pendapatan pengguna iaitu RM22. Kita perlumelihat berapakah jumlah perbelanjaan untuk ketiga-tiga kombinasi tersebut.

    Perbelanjaan pengguna untuk kombinasi di atas adalah

    A = (7,1) = (7 2) + (1 2) = 16B = (8,3) = (8 2) + (3 2) = 22C = (9,4) = (9 2) + (4 2) = 26

    Oleh kerana kombinasi B memenuhi syarat perbelanjaan, kombinasi B adalahkombinasi keseimbangan.

    Bagaimana jika pengguna perlu membahagikan pendapatan beliau bagipenggunaan lebih daripada dua barangan?

    Apabila pengguna menggunakan lebih daripada dua barangan, syarat yangsama akan digunakan. Untuk menentukan tahap keseimbangan pengguna bagitiga barangan iaitu X , Y dan Z , syaratnya ialah

    y x z

    x y z

    MU MU MU P P P

    . Sekiranya n barangan digunakan, keseimbangan

    dicapai apabila 1 21 2

    ... n n

    MU MU MU P P P

    .

    Jelaskan kenapa keluk permintaan bercerun negatif dari kiri ke kanandengan menggunakan kaedah utiliti kardinal.

    AKTIVITI 4.4

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    11/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 106

    TEORI UTILITI ORDINAL

    Gelagat pengguna semasa memaksimumkan keuntungan digambarkan melaluikeluk puas sama. Pendekatan ini juga menekankan kepada perbandingandengan penggunaan barangan yang lain untuk menentukan tahap kepuasan.

    4.3.1 Pilihan dan Keutamaan

    Tahukah anda perbezaan antara pilihan dan keutamaan? Sekiranya tidak,mari kita sama-sama lihat apa yang membezakan mereka. Pilihan tidak bergantung kepada harga barangan ataupun pendapatan. Pilihan boleh berubahdan ia berlaku bukan berdasarkan kepada kemampuan untuk membayar.Walaupun anda tidak mampu untuk memiliki rumah atau kereta mewah, ini tidak bermakna anda tidak boleh menyukai kedua-duanya. Malah, anda juga tidakakan menukar kegemaran anda semata-mata kerana pendapatan anda telah berubah atau kerana harganya berubah. Pilihan juga menunjukkan kehendak dankemahuan manusia yang tidak terbatas kerana sebagai pengguna yang rasional,kita akan sentiasa memilih sesuatu yang lebih banyak berbanding yang sedikit.

    Menurut teori utiliti ordinal , manfaat atau kepuasan yang diperolehpengguna tidak boleh diukur secara kuantitatif. Sebaliknya, ia diukur secara

    perbandingan dengan penggunaan barangan lain.

    4.3

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS).

    1. Untuk mencapai keseimbangan pengguna, harga yang sanggupdibayar untuk barangan yang dibeli adalah bersamaan denganharga relatif barangan di pasaran.

    2. Sesuatu barangan yang mendatangkan kepuasan akan menjadi barangan yang tidak diingini sekiranya ia digunakan denganterlalu banyak.

    3. Utiliti sut barang X adalah 15 dan harganya adalah RM5; utiliti sut

    barang Y adalah 10 dan harganya adalah RM2. Pemaksimumankepuasan akan dicapai dengan mengurangkan penggunaan barang Y .

    LATIHAN 4.2

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    12/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 107

    Sebaliknya, keutamaan berbeza dengan pilihan. Pengguna mungkin memilikipilihan mereka yang tersendiri, tetapi daripada semua pilihan yang beliau miliki, beliau perlu memilih hanya satu sebagai keutamaan. Pengguna akan

    menggunakan konsep keutamaan apabila berdepan dengan beberapa pilihandan kemampuan untuk membayar. Contoh yang paling mudah adalah yuranyang perlu anda bayar untuk mengambil kursus ini.

    4.3.2 Keluk Puas Sama

    Apabila kita mempunyai pilihan antara dua barangan (barang X dan barang Y ),keluk puas sama boleh digunakan untuk menunjukkan pelbagai kombinasi X dan Y yang akan menghasilkan tahap kepuasan yang sama kepada pengguna.

    Andaikan anda membantu rakan anda untuk memilih antara dua kombinasi barang X dan Y yang digemarinya.

    Kombinasi A = 2 unit X + 6 unit Y Kombinasi B = 2 unit X + 4 unit Y

    Rakan anda sudah tentu akan memilih kombinasi A kerana walaupun kuantiti X adalah sama dalam kedua-dua kombinasi, kombinasi A memiliki lebih banyak barang Y . Jika kita andaikan kombinasi A yang akan dipilih, maka kita tahumana-mana kombinasi yang memiliki lebih banyak X atau Y atau kedua-duanya,sudah tentu akan lebih digemari berbanding kombinasi A. Sebaliknya,kombinasi yang memiliki kurang X atau Y atau kedua-duanya, akan kurangdigemari berbanding A. Rajah 4.2 menunjukkan pilihan yang dibincangkan ini.

    Rajah 4.2: Keluk puas sama

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    13/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 108

    Apakah akan berlaku sekiranya terdapat satu lagi kombinasi C dengan 3 unit Xdan 5 unit Y ? Walaupun kuantiti Y dalam kombinasi C adalah lebih kecil berbanding dalam kombinasi A, kuantiti X adalah lebih besar dalam kombinasi

    C . Rakan anda mungkin tidak boleh membuat pilihan kerana padanya, kedua-dua kombinasi tersebut ( A dan C ) akan memberikan kepuasan yang sama.

    Apabila anda dapat mengenal pasti kesemua kombinasi yang memberikan tahapkepuasan yang sama dan seterusnya menghubungkan kesemua kombinasi ini,anda akan memperoleh apa yang dikenali sebagai keluk puas sama. Selaindaripada itu, jika anda dapat mengenal pasti lain-lain kombinasi yang akanmenghasilkan tahap kepuasan yang lebih tinggi atau lebih rendah danseterusnya membentuk keluk puas sama yang berkaitan, maka anda akanmemperoleh peta puas sama .

    Peta puas sama terdiri daripada sekumpulan keluk puas sama yangmenunjukkan pelbagai tahap kepuasan yang boleh dicapai oleh pengguna.Semakin jauh keluk puas sama dari titik asal, maka semakin tinggi tahapkepuasan yang dicapai. Sebagai contoh, keluk U 3 di Rajah 4.3 menghasilkantahap kepuasan yang lebih tinggi berbanding apa yang dihasilkan di keluk U 2 dan U 1 . Begitu juga untuk keluk U 1 , tahap kepuasan yang diwakili oleh keluk iniadalah lebih tinggi berbanding keluk U 2 , tetapi lebih rendah berbanding U 3 .

    Rajah 4.3: Peta puas sama

    (a) AndaianBerikut adalah beberapa andaian yang akan digunakan untuk memastikananalisis pengguna adalah tepat:

    (i) Setiap kombinasi barangan perlu berada di atas keluk puas samayang sama;

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    14/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 109

    (ii) Keluk puas sama memiliki kecerunan yang negatif kerana untukmemastikan tahap kepuasan kekal sama, anda perlu memperolehlebih barang X jika anda perlu mengorbankan sebahagian barang Y ;

    (iii) Keluk puas sama yang lebih tinggi lebih digemari oleh penggunakerana ia mewakili bakul penggunaan yang lebih besar; dan

    (iv) Keluk puas sama tidak mungkin bersilang dengan keluk puas samayang lain kerana jika ia berlaku ini bermakna pengguna adalah tidakrasional. Untuk seorang pengguna yang rasional, jika A lebihdigemari berbanding B dan jika B lebih digemari berbanding C , makaA akan lebih digemari berbanding C . Berdasarkan kepada Rajah 4.4,kita dapat lihat yang A >B , B = C tetapi A = C dan A B . Ini bermakna, dua keluk puas sama yang berbeza tidak boleh bersilang

    antara satu sama lain.

    Rajah 4.4: Keluk puas sama tidak bersilang

    Keluk puas sama kebiasaannya berbentuk cembung. Bagaimanapun,

    terdapat juga keluk puas sama yang mempunyai bentuk yang lain. Sebagaicontoh, untuk dua barangan yang merupakan barangan penggantisempurna, keluk puas sama akan bergaris lurus seperti yang ditunjukkanoleh Rajah 4.5(a). Apabila keluk puas sama bergaris lurus, ini bermaknapengguna tidak kisah sama ada beliau akan hanya menggunakan barang X sahaja atau barang Y sahaja kerana kedua-duanya akan memberikan tahapkepuasan yang sama.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    15/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 110

    Rajah 4.5: Keluk puas sama untuk barang pengganti sempurna dan penggenap sempurna

    Rajah 4.5(b) menunjukkan keluk puas sama untuk barangan yangmerupakan penggenap sempurna. Sebagai contoh, sekiranya anda telahpun memiliki sepasang kasut (titik A), jika anda diberi sebelah kasut ( Y )sahaja, ia tidak akan memberikan anda sebarang kepuasan. Anda hanyaakan mendapat kepuasan yang lebih tinggi sekiranya anda diberi kedua-dua belah kasut (titik D ).

    (b) Kadar Penggantian Sut Berkurangan

    Keluk puas sama yang ditunjukkan di Rajah 4.2 adalah tidak linear dan berbentuk cembung ke titik asal. Ini bermakna, kecerunan keluk tersebutakan berkurangan apabila kita menggunakan semakin banyak barang X .Kenapakah keluk puas sama kebiasaannya dilakar sedemikian rupa? Iniadalah kerana kebanyakan barangan bukan barangan pengganti ataupenggenap sempurna.

    Sesetengah barangan tidak boleh menggantikan barangan yang lain. Ada barangan yang lain pula boleh menggantikan barangan yang lain tetapitidak secara sempurna. Anda mungkin boleh menggantikan sepinggan nasidengan segelas air sirap jika anda tidak memiliki nasi langsung. Namun jika anda memiliki dua atau tiga pinggan nasi dan anda masih lagimemiliki dua gelas air sirap, anda mungkin tidak akan menggantikankedua-dua barangan tersebut. Dari segi analisis puas sama, konseppenggantian tidak sempurna ini dirujuk sebagai kadar penggantian sut dankadar ini akan berubah-ubah mengikut tahap penggunaan.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kadar penggantian? Apabila kitalakarkan keluk puas sama dengan meletakkan barang Y di paksi Y dan barang X di paksi X , kecerunan keluk tersebut adalah ( Y / X ).

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    16/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 111

    Contoh:Kecerunan pada titik A

    = ( Y / X )=

    4

    1

    = 4

    Kecerunan keluk puas sama (dalam contoh ini = 4) adalah dirujuk sebagaikadar penggantian sut Y kepada X [MRS XY = ( Y / X )]. Kecerunan inimenunjukkan jumlah Y yang sanggup pengguna korbankan untukmemperoleh satu unit tambahan X agar utiliti kekal tidak berubah.Memandangkan keluk puas sama bercerun negatif, kadar penggantian ini

    akan sentiasa bernilai negatif. Justeru itu, kita boleh mengabaikan tandanegatif ini. Seterusnya, semakin kita bergerak ke bawah (ke kanan),kecerunan keluk ini juga akan berkurangan. Ini bermakna kadarpenggantian sut juga akan berkurangan. Cuba bandingkan kecerunan padatitik A dengan kecerunan pada titik B di Rajah 4.6.

    Rajah 4.6: Kadar penggantian sut

    Kadar penggantian sut berkurangan adalah berkait rapat dengan hukumutiliti sut berkurangan yang telah kita bincangkan sebelum ini. Kepuasanyang diperoleh individu dari penggunaan setiap unit tambahan semakin berkurangan. Oleh itu, apabila kita bergerak ke bawah di sepanjang kelukpuas sama, penggunaan barang X akan meningkat manakala penggunaan barang Y pula akan jatuh. Oleh yang demikian, utiliti sut dari barang X akan jatuh dan utiliti sut barang Y akan meningkat. Kesanggupan untukmengorbankan Y untuk memperoleh lebih banyak X akan semakin berkurangan dan MRS XY juga akan semakin berkurangan. Secara

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    17/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 112

    4X XY Y

    MU MRS MU

    ringkasnya, MRS bergantung kepada tahap penggunaan pengguna di manasemakin rendah kadar penggunaan sesuatu barangan, semakin sukaruntuk pengguna menggantikan barangan tersebut dengan barangan yang

    lain.

    Mari kita lihat semula Rajah 4.6. Di sini kita dapati penggunaan pada titikA menghasilkan tahap kepuasan yang sama dengan penggunaan pada titikB . Oleh itu, penurunan kepuasan yang disebabkan oleh pengurangansebanyak 4 unit barang Y harus ditimbal balik dengan tambahan kepuasanyang diperoleh melalui penggunaan satu unit tambahan barang X . Ini bermakna utiliti sut dari satu unit tambahan barang X mesti 4 kali lebih besar dari utiliti sut dari satu unit tambahan Y yang dikorbankan (keranapengguna telah mengorbankan 4 unit barang Y ).

    Maka ,

    Menurut kaedah ordinal, pengguna dianggap sebagai rasional.Pernahkah anda membeli barangan dalam keadaan yang tidak rasional?

    Jika pernah, terangkan kenapa. Apa yang akan berlaku kepada kelukpuas sama? Jelaskan.

    SEMAK KENDIRI 4.1

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS).

    1. Keluk puas sama boleh bersilang.2. Keluk puas sama menunjukkan pelbagai kombinasi barangan yang

    menghasilkan tahap kepuasan yang sama kepada pengguna.

    3. Keluk puas sama adalah bercerun positif.

    4. Apabila penggunaan barang X meningkat, semakin banyak barangY yang sanggup dikorbankan untuk memperoleh satu unittambahan barang X .

    LATIHAN 4.3

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    18/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 113

    4.3.3 Garis Belanjawan

    Anda telah lihat pelbagai jenis keluk dan garis; tetapi apakah pula yangdimaksudkan dengan garis belanjawan? Garis belanjawan sangat penting dalamanalisis puas sama kerana ia menentukan pilihan sebenar yang akan dilakukanoleh pengguna yang rasional. Keluk puas sama menunjukkan keutamaanpengguna manakala garis belanjawan pula akan menunjukkan kekangan yangdihadapi pengguna atau kemampuannya untuk membeli.

    Andaikan anda memperuntukkan sebanyak RM10 untuk membeli barang X dan barang Y dan harga X (P X ) adalah RM1 dan P Y = RM2. Jadual 4.4 dan Rajah 4.7menunjukkan kombinasi penggunaan X dan Y yang boleh anda beli.

    Jadual 4.4: Kombinasi X dan Y

    Kombinasi X Y

    A 10 0

    B 8 1C 6 2

    D 4 3

    E 2 4

    F 0 5

    Rajah 4.7: Garis belanjawan

    Garis belanjawan adalah keluk yang menunjukkan kombinasi dua baranganyang boleh dibeli oleh pengguna dengan menggunakan sejumlahpendapatan dan berdasarkan kepada harga pasaran barangan tersebut.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    19/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 114

    Jika anda membelanjakan kesemua pendapatan anda untuk membeli Y , andaakan memperoleh lima unit Y . Manakala, jika kesemua pendapatan andadigunakan untuk membeli X , anda akan memperoleh 10 unit X . Anda juga boleh

    memilih mana-mana kombinasi yang memenuhi persamaan I = P x X + P y Y yangmenunjukkan jumlah pendapatan ( I ) adalah sama dengan jumlah perbelanjaan(P x X + P y Y ).

    (a) Kesan Perubahan PendapatanSekarang andaikan yang pendapatan anda meningkat daripada RM10 keRM20 dan harga kekal tidak berubah. Peningkatan pendapatan anda akanmembolehkan anda untuk membeli lebih banyak barang X atau barang Y . Jumlah maksimum X dan Y yang boleh dimiliki kini adalah 20 unit dan 10unit. Ini bermakna garis belanjawan akan beralih secara selari dari garis

    yang asal kerana harga relatif (yang mewakili kecerunan keluk) kekal tidak berubah). Rajah 4.8 menunjukkan dua garis belanjawan yang diperolehdaripada dua tahap pendapatan yang berbeza (RM10 dan RM20) apabilaharga relatif kekal sama (RM1 untuk X dan RM2 untuk Y ).

    Rajah 4.8: Kesan perubahan pendapatan

    (b) Kesan Perubahan HargaSekarang, kita akan lihat pula kesan perubahan harga terhadap garis belanjawan. Kita sedia maklum yang di sepanjang garis belanjawan, jumlahpendapatan ( I ) adalah sama dengan jumlah perbelanjaan ( P x X + P y Y ). Olehitu, garis belanjawan boleh dinyatakan melalui persamaan berikut:

    I = P x X + P y Y

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    20/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 115

    Apabila Y diletakkan pada paksi Y , persamaan di atas boleh ditulissebagai:

    Y = x y

    I P X P

    Oleh itu, nisbah harga P x / P y adalah kecerunan garis belanjawan. Jika salahsatu daripada harga berubah, kecerunan keluk juga akan berubah.

    Rajah 4.9: Kesan perubahan harga pada garis belanjawan

    Andaikan yang pada asalnya, harga barang X adalah RM1, harga barang Y adalah RM2 dan pendapatan adalah RM10, garis belanjawan yangdiperoleh adalah garis AA seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.9(a).Apabila harga Y jatuh ke RM1, kecerunan garis belanjawan akan menjadilebih curam (garis AA). Ini menunjukkan bahawa semakin banyak barangY yang boleh dibeli dengan pendapatan yang sedia ada.

    Garis belanjawan ini memotong paksi Y apabila Y adalah 10 unit tetapi

    tiada sebarang perubahan pada paksi X . Sebaliknya, jika harga X yang berkurangan, perubahan akan berlaku pada paksi X .

    Apakah yang akan berlaku apabila harga Y meningkat? Anda bolehmembuat rumusan anda sendiri berdasarkan kepada Rajah 4.9(b).Bentangkan jawapan anda di dalam kelas tutorial.

    AKTIVITI 4.5

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    21/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 116

    4.3.4 Keseimbangan Pengguna

    Seperti yang telah anda ketahui, keluk puas sama menggambarkan pilihan dankeutamaan, manakala garis belanjawan pula menunjukkan kemampuan untukmembeli. Pilihan dan keutamaan hanya boleh dicapai apabila kita memilikikemampuan. Oleh itu, untuk mencapai keseimbangan pengguna yang akanmemaksimumkan utiliti, kita perlu menggabungkan keluk puas sama dengangaris belanjawan. Ini akan menghasilkan kombinasi barangan yang boleh dibelidengan sejumlah pendapatan.

    Rajah 4.10: Keseimbangan pengguna pemaksimuman kepuasan

    Rajah 4.10 menunjukkan empat tahap kepuasan yang diwakili empat keluk puassama. Berdasarkan kepada rajah tersebut, pengguna sudah semestinya mahumencapai keluk puas sama yang tinggi seperti keluk U 3 . Namun, ia tidaksemestinya boleh dicapai disebabkan oleh kekangan belanjawan. Oleh itu,pengguna hanya boleh memilih antara U 1 atau U 2 .

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS).

    1. Kecerunan garis belanjawan apabila F diletakkan pada paksi X danG pada paksi Y adalah bersamaan dengan harga G dibahagikandengan harga F .

    2. Peningkatan pendapatan pengguna akan menyebabkan garis belanjawan beralih ke kanan.

    LATIHAN 4.4

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    22/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 117

    Pengguna boleh memilih kombinasi A, tetapi titik ini tidak optimum kerana jikakita bergerak ke bawah di sepanjang garis belanjawan, kita masih lagi bolehmeningkatkan kepuasan kita. Begitu juga untuk titik B . Keseimbangan dicapai

    pada titik E yang berada di atas keluk U 2 . Ini adalah kerana jika kita bergerakmelepasi titik tersebut, jumlah utiliti akan semakin berkurangan.

    Titik E adalah titik keseimbangan di mana keluk puas sama adalah tangen (bersentuhan) dengan garis belanjawan. Maka, kedua-duanya mempunyaikecerunan yang sama atau:

    atau y x x x y y x y

    MU P MU MU P MU P P

    Peraturan ini adalah sama dengan prinsip kesamaan sut yang kita perolehmelalui teori kardinal. Oleh itu, kedua-dua kaedah adalah sama dari segi konseputiliti sut. Cuma apa yang membezakan kaedah ordinal adalah utiliti tidak perludikira secara kuantitatif.

    Titik E bukanlah satu-satunya titik keseimbangan yang ada kerana setiap titik dimana keluk puas sama adalah tangen kepada garis belanjawan boleh dianggapsebagai titik keseimbangan yang akan memaksimumkan kepuasan pada tahappendapatan dan harga barangan yang diberi.

    Hukum pemaksimuman ini boleh dinyatakan sebagai x x y y

    MU P MU P

    . Persamaan ini

    menunjukkan bahawa kadar penggantian sut barang Y kepada barang X adalah jumlah dalam ringgit yang anda sanggup korbankan untuk mendapat satu unittambahan barang X . Oleh itu, untuk memaksimumkan utiliti, pengguna perlumemilih kombinasi barangan yang mana kadar penggantian sut adalah samadengan harga relatif. Secara ringkasnya, peraturan ini menyatakan bahawa

    kesanggupan untuk mengganti iaitu x y

    MU

    MU

    adalah sama dengan kemampuan

    untuk membayar x y

    P P

    .

    Sebagai contoh, MRS antara kek dan segelas air sirap dalam bilangan potongankek yang anda sanggup korbankan untuk mendapatkan satu gelas tambahan airsirap. Harga relatif akan menunjukkan bilangan potongan kek yang andasanggup berikan untuk mendapatkan segelas air sirap. Jika apa yang andasanggup lakukan sama dengan apa yang anda mampu lakukan, maka anda akan

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    23/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 118

    mencapai keseimbangan tetapi jika apa yang sanggup anda lakukan adalah lebihdaripada apa yang anda mampu lakukan, maka anda akan mengurangkankesanggupan anda sehingga ia menyamai kemampuan anda. Begitu juga

    sebaliknya.

    (a) Keluk Pendapatan-Penggunaan dan Keluk EngelSeterusnya, kita akan membincangkan tentang keluk pendapatan-penggunaan dan keluk Engel. Seperti yang kita sedia maklum, perubahanpendapatan tanpa sebarang perubahan harga akan menyebabkan garis belanjawan beralih secara selari. Ia juga akan menyebabkan titikkeseimbangan pengguna berubah. Setiap tahap pendapatan akanmenghasilkan titik keseimbangan pengguna yang berbeza. Apabila kitamenghubungkan kesemua titik untuk setiap tahap pendapatan ini, kita

    akan memperoleh keluk pendapatan-penggunaan. Bentuk keluk pendapatan-penggunaan menggambarkan dua konsep yangtelah kita pelajari sebelum ini iaitu keanjalan permintaan pendapatan dan jenis-jenis barangan. Kedua-dua konsep boleh dilihat dengan lebih jelas lagidengan menggunakan keluk Engel yang diperoleh daripada kelukpendapatan-penggunaan.

    Rajah 4.11 menunjukkan (a) keluk pendapatan-permintaan dan (b) kelukEngel untuk barangan normal. Keluk Engel untuk barang normalmempunyai kecerunan yang positif disebabkan oleh hubungan yang positifantara pendapatan dan permintaan. Untuk memperoleh keluk pendapatan-permintaan seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 4.11, kedua-dua barang X dan Y perlu berbentuk barangan normal dan keluk Engel yang diperolehadalah keluk Engel untuk barang X .

    Keluk Engel adalah keluk yang menggambarkan hubungan antarapendapatan pengguna dan permintaan terhadap sesuatu barangan.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    24/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 119

    Rajah 4.11: Keluk pendapatan-penggunaan dan keluk Engel untuk barang normal

    Sebaliknya, Rajah 4.12 menunjukkan keluk Engel yang bercerun negatifuntuk barang bawahan. Di dalam rajah tersebut, barang X adalah barang bawahan dan barang Y adalah barang mewah.

    Barang X adalah barang bawahan kerana apabila pendapatan meningkat,penggunaan X akan jatuh. Sebaliknya, barang Y adalah barang mewahkerana peningkatan pendapatan akan menyebabkan penggunaan Y meningkat. Keluk Engel yang dilakarkan dalam Rajah 4.12(b) adalah kelukEngel untuk barang X .

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    25/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 120

    Rajah 4.12: Keluk pendapatan-penggunaan dan keluk Engel untuk barang bawahan

    (b) Keluk Harga-Penggunaan dan Keluk PermintaanSeperti yang telah anda ketahui, apabila harga salah satu barangan berubah, garis belanjawan akan berubah pada paksi yang mewakili barangan yang mengalami perubahan. Jika harga barang X jatuh, garis belanjawan akan berubah pada paksi X . Keseimbangan pengguna jugaakan beralih ke garis belanjawan yang lain. Setiap garis belanjawanmewakili tahap harga yang berbeza. Pendapatan pengguna dan harga barang Y adalah tidak berubah. Apabila garis belanjawan berubah, titik

    Sekarang, cuba lakarkan keluk pendapatan-penggunaan dan kelukEngel untuk barang X jika barang X adalah barang keperluan. Jikaanda letakkan barang X pada paksi X , apakah andaian yang perlu andalakukan untuk barang Y ?

    SEMAK KENDIRI 4.2

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    26/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 121

    keseimbangan juga akan berubah. Apabila kita menghubungkan kesemuatitik keseimbangan ini, kita akan memperoleh keluk harga-penggunaan.

    Oleh itu, kita boleh menggunakan keluk ini untuk mendapatkan kelukpermintaan individu dan juga mengira keanjalan permintaan harga. Untukmendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana keluk harga-permintaan diperoleh, mari kita lihat contoh yang berikut.

    Rajah 4.13: Keluk harga-penggunaan dan keluk permintaan

    Andaikan anda memiliki RM20 untuk membeli X dan Y . Garis B 1 di Rajah 4.13(a)adalah garis belanjawan anda apabila Y berharga RM2 seunit dan X RM1 seunit.

    Keluk harga-penggunaan menunjukkan perubahan keseimbangan penggunaapabila berlaku perubahan harga.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    27/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 122

    Andaikan titik E 1 adalah titik keseimbangan anda dan kuantiti Y 1 dan X 1 adalahkombinasi penggunaan anda yang optimum.

    Terdapat beberapa garis belanjawan yang lain yang diperoleh berdasarkankepada harga X yang berbeza iaitu garis B 2 apabila harga X adalah RM2.50, B 3 untuk X berharga RM3 dan B 4 apabila X berharga RM4. Setiap tahap harga akanmenghasilkan kombinasi keseimbangan yang berbeza dan kuantiti X yangdigunakan pada setiap harga ini adalah X 1 , X 2 , X 3 dan X 4 . Apabila kitamenghubungkan kesemua titik keseimbangan ini, kita akan memperoleh kelukharga-permintaan. Apabila kita mengaitkan tahap harga Z dengan kuantitikeseimbangan X , kita akan memperoleh keluk permintaan seperti yangditunjukkan di Rajah 4.13(b).

    Memandangkan keluk permintaan diperoleh daripada keluk harga-permintaan,tahap kepuasan akan berubah di sepanjang keluk permintaan; harga yang lebihrendah akan menghasilkan tahap kepuasan yang lebih tinggi. Seperti yang dapatkita lihat, kepuasan meningkat dari U 1 kepada U 4 apabila harga jatuh dari RM4kepada RM1.

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS).

    1. Keluk yang lebih hampir dengan titik asal menunjukkan tahapkepuasan pengguna yang lebih rendah.

    2. Sekiranya pengguna beralih dari satu titik ke titik yang lain di ataskeluk puas sama yang sama, tahap kepuasan yang diperoleh tidak berubah.

    3. Pengguna akan memaksimumkan utilitinya apabila dia membelikombinasi barangan yang terletak pada titik persilangan antaragaris belanjawan dan keluk puas sama.

    4. Kejatuhan harga barang biasanya akan membolehkan penggunamencapai keluk puas sama yang lebih tinggi.

    LATIHAN 4.5

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    28/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 123

    4.3.5 Kesan Penggantian dan Kesan Pendapatan

    Kita telah ketahui bahawa apabila harga meningkat, pengguna akanmengurangkan penggunaannya kerana kemampuannya akan berkurangan.Kesan ini dikenali sebagai Kesan Pendapatan, IE . Pengguna juga akanmengurangkan penggunaan apabila sesuatu barangan menjadi lebih mahal berbanding barangan yang lain. Ini dikenali sebagai Kesan Penggantian, SE.

    Dengan menggunakan teori utiliti sut, kita juga telah lihat bagaimana kesanpenggantian menyebabkan pergerakan di sepanjang keluk untuk barangan yangharganya berubah. Ini juga akan menyebabkan keluk permintaan untuk barangan lain beralih. Walau bagaimanapun, perubahan harga juga akanmenyebabkan perubahan dalam pendapatan sebenar disebabkan oleh

    peningkatan kuasa beli pengguna. Oleh itu, sebahagian daripada peralihan keluk boleh disebabkan oleh perubahan pendapatan sebenar. Teori utiliti tidak dapatmembezakan kedua-dua kesan ini. Akan tetapi, dengan menggunakan analisispuas sama, kita boleh membezakan kedua-dua kesan ini.

    Pendapatan sebenar atau kuasa beli bergantung kepada kuantiti barangan yang boleh dibeli oleh pengguna. Andaikan pendapatan, I = RM10; Px = RM1 dan Py= RM2. Sebelum harga X berubah, pengguna boleh membeli 2 Y dan 6 X . Jika Px jatuh kepada 50 sen seunit, 2 Y dan 6 X boleh dibeli pada harga RM7 sahaja. Inimenunjukkan bahawa terdapat lebihan pendapatan sebanyak RM3 yang bolehdigunakan untuk membeli lebih banyak X , Y atau kedua-duanya sekali. Apayang berlaku di sini adalah peningkatan pendapatan sebenar ataupun kuasa beli.

    Oleh itu, jika harga barang X jatuh (naik), harga relatif barang X akan jatuh (naik)dan pengguna akan meningkatkan (mengurangkan) penggunaan barang X ,walaupun pendapatan sebenarnya tidak berubah.

    Kesan penggantian berlaku selari dengan perubahan harga iaitu apabila harganaik, kesan penggantian akan menyebabkan penggunaan jatuh dan sebaliknya.

    Kesan penggantian adalah perubahan kuantiti diminta yang berlakudisebabkan oleh perubahan harga relatif di mana tiada sebarang perubahan

    pada pendapatan sebenar atau kuasa beli.

    Kesan pendapatan didefinisikan sebagai perubahan kuantiti yang berlakudisebabkan oleh perubahan pendapatan sebenar atau kuasa beli.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    29/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 124

    Hubungan antara kesan pendapatan dan harga pula bergantung kepada jenis barang. Untuk barang normal, peningkatan harga akan menyebabkan berlakunya kesan pendapatan negatif (pengurangan penggunaan). Untuk barang

    bawahan, peningkatan harga akan menghasilkan kesan pendapatan yang positif(peningkatan penggunaan).

    Rajah 4.14: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang normal jatuh

    Rajah 4.14 menunjukkan bagaimana kita boleh mengasingkan kedua-dua kesan

    pendapatan dan penggantian dalam kes barang normal. Andaikan B 1 adalahgaris belanjawan yang asal dan B 2 garis belanjawan yang baru apabila harga barang X jatuh. Untuk mengasingkan kesan pendapatan dari kesan penggantian,kita perlu melakarkan satu garis belanjawan bayangan yang selari dengan B 2 danmenyentuh keluk puas sama asal ( U 1 ). Memandangkan garis ini selari denganB2, B1a adalah nisbah harga yang baru dan pada yang sama ianya menyentuh U 1 .Ini membolehkan pengguna memperoleh utiliti yang sama dengan utiliti asal. Ini bermakna, B 1 dan B 1a merujuk kepada pendapatan sebenar yang sama.Pergerakan dari a ke b berlaku hanya disebabkan oleh perubahan harga relatifdan perubahan yang seterusnya iaitu dari b ke c pula berlaku disebabkan oleh

    perubahan pada pendapatan sebenar.

    Perhatikan dalam Rajah 4.14 yang kedua-dua kesan ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan penggunaan apabila harga jatuh. Sekarang, bandingkanapa yang berlaku dalam kes kenaikan harga barang normal seperti yangditunjukkan dalam Rajah 4.15.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    30/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 125

    Rajah 4.15: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang normal naik

    Rajah 4.16 menunjukkan bagaimana kedua-dua kesan ini boleh diasingkandalam kes penurunan harga X barang bawahan. Perhatikan bagaimana kita bolehmendapatkan SE positif tetapi IE negatif.

    Rajah 4.16: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang bawahan jatuh

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    31/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 126

    Seterusnya, perhatikan Rajah 4.17 yang merujuk kepada kes peningkatan padaharga barang bawahan. Buat perbandingan dan kesimpulan yang sesuai.

    Rajah 4.17: Kesan pendapatan dan kesan penggantian apabila harga barang bawahannaik

    Mari uji kefahaman anda dengan mengisi tempat kosong di bawah.

    SEMAK KENDIRI 4.3

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    32/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 127

    1. _________ teori utiliti mengatakan bahawa utiliti yang diperolehpengguna tidak boleh diukur secara kuantitatif tetapi boleh

    disenaraikan dengan menggunakan keluk puas sama.

    2. Merupakan bentuk pengukuran utiliti.

    3. Dua konsep utama utiliti adalah _________ utiliti dan utiliti sut.

    4. Garis ___________ adalah keluk yang menunjukkan kombinasi dua barangan yang boleh dibeli oleh pengguna pada harga pasarandengan menggunakan sejumlah pendapatan.

    5. Utiliti _______ adalah tambahan atau pengurangan kepuasan yang berlaku disebabkan oleh peningkatan (pengurangan) satu unitpenggunaan sesuatu barangan.

    6. Keluk _______ yang cembung menunjukkan kesan penggantian sut berkurangan.

    7. Perubahan _________ akan menyebabkan garis belanjawan bergerakselari dengan garis belanjawan yang asal.

    8. Keluk puas sama bercerun ___________.

    9. Keluk ____________ menunjukkan hubungan antara pendapatanpengguna dan permintaan terhadap sesuatu barangan.

    10. Keluk __________ penggunaan menghubungkan keseimbanganpengguna apabila berlaku perubahan pada harga salah satu barangan.

    11. Kadar ______________ sut adalah kadar penggantian satu barangdengan barang yang lain.

    12. Kaedah ___________ menyatakan utiliti boleh diukur secarakuantitatif dengan menggunakan util sebagai unit ukuran.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    33/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 128

    Pengiraan

    (a) Jadual di bawah menunjukkan kuantiti dan jumlah utiliti yangdiperoleh daripada penggunaan barang X . Penuhkan tempatkosong untuk utiliti sut.

    Kuantiti Jumlah Utiliti Utiliti Sut

    1 40

    2 75

    3 105

    4 1305 150

    (b) Jika harga seunit barang X adalah RM25, dapatkan kuantiti X yangakan memaksimumkan utiliti pengguna ini.

    LATIHAN 4.7

    Tentukan sama ada kenyataan berikut adalah BENAR B) atau SALAHS).

    1. Kesan penggantian menunjukkan kesan perubahan pendapatansebenar terhadap corak penggunaan pengguna.

    2. Kesan penggantian adalah positif untuk barang mewah, sifaruntuk barang normal dan negatif untuk barang bawahan.

    3. Kesan pendapatan dan kesan penggantian akan menyebabkanpeningkatan penggunaan barang normal apabila harga barangmeningkat.

    4. Apabila harga jatuh, pendapatan sebenar akan naik, tetapiapabila harga naik, pendapatan sebenar akan jatuh. Keadaan inidikenali sebagai kesan pendapatan.

    LATIHAN 4.6

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    34/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 129

    Keluk puas sama adalah satu keluk yang menghubungkan kesemuakombinasi penggunaan yang menghasilkan tahap kepuasan yang sama.

    Kadar penggantian sut adalah kadar di mana satu barangan akan digantikandengan barangan yang lain. Oleh itu, ia menunjukkan kecerunan keluk puassama.

    Keluk puas sama yang cembung menunjukkan kesan penggantian yang berkurangan. Keadaan ini berlaku apabila kadar kesanggupan untukmenggantikan satu barang dengan barang yang lain berubah mengikut jumlah penggunaan.

    Garis belanjawan adalah satu keluk yang menghubungkan kombinasi barangan yang boleh dibeli dengan sejumlah pendapatan.

    Garis belanjawan beralih apabila jumlah perbelanjaan berubah. Manakalaapabila harga salah satu barangan berubah, garis belanjawan akan berubah di bahagian salah satu paksi.

    Garis belanjawan mewakili kemampuan untuk membeli manakala kelukpuas sama merujuk kepada cita rasa dan keutamaan.

    Keseimbangan pengguna dicapai apabila pengguna memperoleh kepuasanmaksimum dari perbelanjaannya iaitu apabila keluk puas sama adalahtangen kepada garis belanjawan.

    Keluk harga-permintaan adalah keluk yang menghubungkan keseimbanganpengguna apabila harga salah satu barangan berubah.

    Keluk permintaan diperoleh daripada keluk harga-permintaan.

    Keluk pendapatan-penggunaan adalah keluk yang menghubungkankeseimbangan pengguna apabila pendapatan berubah. Keluk Engeldiperoleh dari keluk pendapatan-penggunaan.

    Perubahan kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan harga berlakudisebabkan oleh dua kesan iaitu kesan pendapatan dan kesan penggantian.

  • 7/25/2019 20150520124614_Topik 4 Analisis Utiliti.pdf

    35/35

    TOPIK 4 ANALISIS UTILITI 130

    Kesan pendapatan adalah perubahan yang berlaku disebabkan perubahanpada pendapatan sebenar manakala kesan penggantian disebabkan olehperubahan harga relatif.

    Jumlah utiliti

    Keluk Engel

    Keluk harga-penggunaan

    Keluk pendapatan-penggunaan

    Kesan pendapatan

    Kesan penggantian

    Utiliti

    Utiliti kardinal

    Utiliti ordinal

    Utiliti sut