unit 4 pengumpulan dan analisis datamyguru3.upsi.edu.my/download/course_material_preview... ·...

23
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA HASIL PEMBELAJARAN 1. Meneliti dan memahami beberapa strategi dan teknik pengumpulan data 2. Memahami konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya statistik huraian 3. Memahami proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif PENGENALAN Keputusan tentang bentuk dan jenis data yang dikumpul untuk kajian tindakan adalah bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. Pengkaji perlu menentukan apakah data yang dapat menyumbang kepada pemahaman mereka serta penyelesaian yang sesuai terhadap masalah yang dikaji. Oleh itu, sering dikatakan bahawa proses dan prosedur memulakan pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Unit ini akan memberikan penekanan kepada pengumpulan data (kualitatif dan kuantitatif) dalam pelbagai metod dan teknik yang sesuai dengan keperluan dan permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan serta proses dan prosedur analisis data dan interpretasi data (kuantitatif dan kualitatif) yang biasanya digunakan dalam konteks kajian tindakan. ISI KANDUNGAN A. Pengumpulan Data Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti, perlu ditentukan metod pengumpulan data yang sesuai. Pada asasnya dua set data akan dikumpulkan. Pertama, data yang dikumpul untuk membolehkan anda mula menjawab soalan yang dikemukakan. Kedua, data yang dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah berubah. Set data pertama akan mengesahkan yang anda telah mengenalpasti soalan yang sebenar, menyediakan idea dan pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari soalan anda, dan set data kedua adalah untuk mencadangkan perubahan-perubahan kepada amalan anda. Sorotan literatur dan bahan-bahan berkaitan akan menyediakan maklumat lanjut yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk mengubah amalan anda. Pertimbangkan soalan-soalan berikut: Apakah skop inkuiri yang boleh anda uruskan? Apakah yang anda jangka akan berlaku hasil daripada kajian tindakan anda? Bagaimana? Bila? Dalam latar apakah anda akan mengumpul data? Siapakah yang terlibat? Apakah interaksi yang berlaku? Apakah bukti fizikal yang ada? Bagaimana anda merancang untuk mengurus pengumpulan data?

Upload: vutuong

Post on 30-Jan-2018

304 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

38

38

UNIT 4

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

HASIL PEMBELAJARAN 1. Meneliti dan memahami beberapa strategi dan teknik pengumpulan data 2. Memahami konsep asas analisis data kuantitatif serta alat statistik yang sesuai terutamanya

statistik huraian 3. Memahami proses dan prosedur analisis dan interpretasi data kualitatif

PENGENALAN Keputusan tentang bentuk dan jenis data yang dikumpul untuk kajian tindakan adalah bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. Pengkaji perlu menentukan apakah data yang dapat menyumbang kepada pemahaman mereka serta penyelesaian yang sesuai terhadap masalah yang dikaji. Oleh itu, sering dikatakan bahawa proses dan prosedur memulakan pengumpulan data serta bentuk dan jenis data yang hendak dikumpul adalah merupakan satu pendekatan khusus yang ada kaitannya dengan keperluan penyelidik untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut. Unit ini akan memberikan penekanan kepada pengumpulan data (kualitatif dan kuantitatif) dalam pelbagai metod dan teknik yang sesuai dengan keperluan dan permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan serta proses dan prosedur analisis data dan interpretasi data (kuantitatif dan kualitatif) yang biasanya digunakan dalam konteks kajian tindakan.

ISI KANDUNGAN A. Pengumpulan Data Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti, perlu ditentukan metod pengumpulan data yang sesuai. Pada asasnya dua set data akan dikumpulkan. Pertama, data yang dikumpul untuk membolehkan anda mula menjawab soalan yang dikemukakan. Kedua, data yang dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah berubah. Set data pertama akan mengesahkan yang anda telah mengenalpasti soalan yang sebenar, menyediakan idea dan pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari soalan anda, dan set data kedua adalah untuk mencadangkan perubahan-perubahan kepada amalan anda. Sorotan literatur dan bahan-bahan berkaitan akan menyediakan maklumat lanjut yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk mengubah amalan anda. Pertimbangkan soalan-soalan berikut:

Apakah skop inkuiri yang boleh anda uruskan?

Apakah yang anda jangka akan berlaku hasil daripada kajian tindakan anda? Bagaimana? Bila?

Dalam latar apakah anda akan mengumpul data?

Siapakah yang terlibat?

Apakah interaksi yang berlaku?

Apakah bukti fizikal yang ada?

Bagaimana anda merancang untuk mengurus pengumpulan data?

Page 2: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

39

39

Bertanyakan soalan yang betul adalah merupakan kemahiran penting dalam pengumpulan data yang efektif. Oleh itu, perlulah jelas mengapa sesuatu data itu dikumpul serta bagaimana data tersebut akan digunakan. Ini memerlukan satu kerangka pengumpulan data dibentuk yang menjelaskan tentang alat pengumpulan data serta alat analisis data yang sesuai. Perlu diputuskan berapa banyak data yang akan dikumpulkan. Ini sudah tentu berkait dengan saiz sampel yang sesuai serta jangkamasa data dikumpul. Data mestilah tepat, berguna, tidak memakan masa yang panjang untuk mengumpulnya serta mestilah boleh dipercayai bagi membolehkan hipotesis dan strategi perlaksanaan kajian dibentuk dengan yakin. Dengan ertikata lain, data yang dikumpul sepatutnya menjadikan kerja-kerja selanjutnya lebih mudah dikendalikan. Pada umumnya, sesuatu alat kajian itu, termasuk soal selidik, mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

memenuhi objektif dan persoalan kajian

mempunyai kesahan

mempunyai kebolehpercayaan, dan

praktikal Teknik dan Alat Pengumpulan Data Dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan, pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan bagi mendapatkan data yang sesuai dan pelbagai. Berikut adalah di antara teknik pengumpulan data yang biasa digunakan dalam kajian tindakan: 1. Soal selidik Soal selidik merupakan alat yang banyak digunakan untuk meninjau setakatmana kah pentingnya sesuatu masalah itu dikaji berdasarkan perspektif responden yang menjadi sampel kajian. 1.1 Jenis soal selidik Pada asasnya terdapat dua jenis soal selidik bergantung kepada bentuk soalan yang dikemukakan. Terdapat soal selidik yang mengemukakan soalan terbuka yang bertanya pendapat atau maklumat dalam kata-kata partisipan sendiri. Soalan jenis ini khususnya sesuai untuk meneroka atau yang memerlukan reaksi yang subjektif. Sesetengah soalan dapat membantu perbualan yang lebih terbuka, terutama soalan yang bermula dengan „apa‟, „mengapa‟ dan „bagaimana‟ yang dapat membantu dalam proses berfikir. Terdapat juga soal selidik yang mengemukakan soalan tertutup yang memerlukan soalan pelbagai pilihan atau jawapan pendek. Soalan yang bermula dengan „adakah ..‟, „bilakah..‟ atau „di manakah...‟ akan membawa kepada soalan yang mudah dan menghadkan perbincangan. Soalan jenis ini mencari maklumat spesifik, kurang interpretasi yang boleh dibuat oleh responden.

Untuk lebih terperinci lagi, terdapat tiga jenis soalan yang berbeza mengikut tahap pemikiran yang dikehendaki pratisipan atau responden berikan serta bentuk maklumat yang dikehendaki.

Soalan Pemikiran Tahap Tinggi vs: Soalan Pemikiran Tahap Rendah

Soalan tahap tinggi memerlukan individu berfikir daripada hanya mengingat, atau mengulang semula atau meringkaskan sesuatu. Manakala soaan tahap rendah pula merupakan soalan yang ditanyakan yang memerlukan hanya mengingat, mengulang, meringkas atau memfrasakan semula apa yang telah dinyatakan atau yang telah dituliskan.

Page 3: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

40

40

Soalan Bercapah vs: Soalan Tertumpu

Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang betul biasanya menunjukkan soalan tersebut merupakan soalan bercapah. Soalan bertumpu pula menunjukkan hanya satu jawapan betul.

Soalan Berstruktur vs: Soalan Tidak Berstruktur

Soalan Berstruktur menyediakan maklumat latar, berfokus dan memandu responden kepada soalan dan matlamatnya. Soalan tidak berstruktur adalah lebih terbuka dan tidak berfokus

Terdapat beberapa jenis soalan yang ditanya dalam soal selidik yang bergantung kepada jenis dan bentuk data yang diperlukan. Di antara jenis-jenis soalan yang biasa digunakan dalam soal selidik adalah:

dikotomus (dichotomous)

skala likert

terbuka (opened-ended)

pangkatan (rank order)

perbandingan (comparative)

demografi

Contoh-contoh soalan:

a). Dikotomus Tujuan soalan adalah untuk mendapatkan pilihan sampel daripada 2 penilaian yang diberi.

Contoh: Ya Tidak

Betul Salah

i) Adakah ibubapa anda bincang dengan guru matematik anda berkenaan pembelajaran matematik anda? Ya Tidak

ii) Adakah ibubapa anda bincang dengan anda tentang pencapaian matematik anda? Ya Tidak

b). Skala Likert

Tujuan soalan adalah untuk mendapatkan penilaian/persepsi/persetujuan responden tentang sesuatu persoalan. Skala jawapan adalah pilihan dalam bilangan angka ganjil iaitu: 3/4/5/7/9 Pemilihan bilangan skala ini berdasarkan kepada tahap kognitif responden.

Contoh:

a) Tingkat persetujuan 1 = Sangat tidak setuju 2 = Kurang setuju 3 = Tidak pasti 4 = Setuju 5 = Sangat setuju

b) Tingkat keberkesanan

Page 4: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

41

41

c) Tingkat faedah d) Tingkat kekerapan e) Tingkat kefahaman

c) Susunan Pangkatan (Rank Order)

Mendapatkan penilaian responden kepada semua item yang disenaraikan dengan memberikan pemberatannya. Susunan beberapa item mengikut keutamaannya. Contoh: No. 1 menunjukkan peringkat tertinggi, no. 2 kedua tertinggi dan seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan paling rendah tingkat keutamaannya.

Berikan penilaian anda ke atas teknik-teknik berikut mengikut keutamaannya.

Kuliah .......... Latihtubi .......... Syarahan .......... Lakonan .......... Lawatan .......... d) Terbuka (Open-ended)

Mendapatkan pendapat responden dengan menulis sendiri pendapatnya. Contoh: a) Berikan cadangan anda bagaimana untuk ............................... b) Apakah masalah yang anda hadapi dalam ............................

e) Perbandingan

Membandingkan sesuatu item dalam dua keadaan yang berbeza. Contoh: Apa yang berlaku vs Apa yang sepatutnya

Apa yang anda fikir tentang beberapa kemahiran pembelajaran yang diamalkan dan yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar.

Yang berlaku Yang sepatutnya

Lemah Sgt baik Kemahiran Lemah Sgt baik 1 2 3 4 5 Mendengar 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 Penulisan 1 2 3 4 5 f) Demografi

Mendapatkan maklumat umum dan khusus tentang responden (sampel) yang kemudiannya digeneralisasikan kepada populasi kajian.

Contoh: Jantina Lelaki Perempuan Umur : ..................... tahun Pengalaman mengajar: ..........................

Page 5: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

42

42

Kelulusan akademik tertinggi : ............................... 1.2 Ciri-ciri soalan yang baik Terdapat beberapa ciri soalan yang baik yang boleh dijadikan asas dalam membentuk soal selidik. Di antaranya:

i) Relevan Soalan mestilah ada kaitan dengan fokus dan isu yang hendak dikaji serta pengalaman orang yang menjawab soalan tersebut.

ii) Jelas Orang yang menjawab soalan mestilah jelas tentang soalan yang ditanyakan. Tidak mempunyai pelbagai makna dan interpretasi yang mungkin menyebabkan orang yang ditanya keliru ataupun mempunyai interpretasi yang berbeza dengan kehendak soalan

iii) Soalan pendek dan mudah Soalan perlulah mudah difahami dan tidak terlalu panjang yang mungkin menyebabkan orang yang ditanya mengambil masa untuk memahaminya. Soalan perlu pendek, mudah difahami serta tidak mengelirukan.

iv) Soalan eksplisit Soalan tidak mempunyai makna yang tersirat, dan sukar untuk difahami oleh orang yang menjawabnya. Perlulah menjurus terus kepada apa yang dikehendaki.

2. Temu bual

Kahn dan Cannell (1957) (dalam Marshall & Rossman) mendefinisikan temu bual sebagai „perbualan dengan bertujuan‟ (conversation with a purpose). Tujuan utama temu bual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus. Mengikut Patton (1990) pula, temu bual diadakan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam minda seseorang. Temu bual boleh merupakan strategi keseluruhan pengumpulan data kajian atau pun boleh merupakan salah satu daripada teknik yang digunakan dalam kajian. Terdapat pandangan yang mengkategorikan temu bual kepada temu bual berstruktur, temubual semi-berstruktur dan temubual tidak berstruktur. Bentuk temubual akan ditentukan oleh soalan kajian serta perkembangan kajian. Temu bual lebih terbuka mungkin akan dijalankan di awal-awal kajian untuk mendapatkan pandangan umum tentang fenomena yang dikaji. Kemudian temubual mungkin akan lebih berfokus kepada fenomena-fenomena tertentu apabila penyelidik telah dapat membina kategori-kategori tertentu.

2.1 Jenis Temu bual

Cara yang biasa digunakan untuk menentukan jenis temubual yang sesuai digunakan bergantung kepada setakatmana struktur diperlukan dalam temubual. Biasanya terdapat tiga jenis temubual:

i. Temubual Berstruktur ii. Temubual Semi-Berstruktur iii. Temubual Tidak Berstruktur

2.1.1 Temubual Berstruktur

Temubual berstruktur melibatkan penemubual menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan untuk semua partisipan. Ini menjadikan sangat sedikit variasi dari segi tindakbalas partisipan. Penemubual

Page 6: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

43

43

biasanya akan merekodkan tindakbalas mengikut skema pengkodan yang telah ditentukan. Satu prosedur yang standard darisegi pentadbiran temubual dapat mengawal perjalanan temubual serta tindakbalas daripada partisipan. Semua partisipan akan mendapat set soalan yang sama, ditanya dalam urutan yang sama oleh penemubual yang telah dilatih untuk menguruskan temubual dalam keadaan yang sama. Sangat sedikit fleksibiliti dari segi soalan ditanya dan jawapan diberi dalam temubual berstruktur. Temubual jenis ini memerlukan penemubual memainkan peranan berkecuali, dan membina rapport yang seimbang iaitu dari satu segi penemubual perlulah bersahaja dan mesra, dalam masa yang sama bersikap mengarah atau mengawal dan tidak personal. Penemubual menunjukkan sikap pendengar yang prihatin dan berminat tetapi tidak menilai tindakbalas yang diberikan.

2.1.2 Temubual Semi Berstruktur

Pada asasnya temubual semi berstruktur menggabungkan ciri-ciri fleksibiliti temubual terbuka atau tidak berstruktur dengan ciri-ciri mengarah dan seragam temubual berstruktur. Soalan-soalan dalam temubual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budibicara penemubual dan partisipan. Bagi Schensul at al. (1999), temubual semi berstruktur adalah yang terbaik untuk meneroka dan menjelaskan faktor-faktor dan subfaktor-subfaktor. Bagi mereka, temubual semi berstruktur digunakan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Menjelaskan lebih lanjut domain utama dan faktor-faktor dalam kajian Mengoperasikan faktor-faktor kepada pembolehubah Membina hipotesis awalan Membina asas kualitatif untuk pembentukan kajian tinjauan ethnografi (ms. 150)

Membina soalan bagi temubual semi berstruktur boleh dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya ialah berasaskan data daripada temubual dan pemerhatian berstruktur yang biasanya data tersebut tidak dapat memberikan maklumat yang begitu mencukupi untuk menentukan dengan tepat tentang kepentingan sesuatu faktor, apakah maksudnya yang sebenar dan berapa tersebarnya faktor-faktor tersebut dalam populasi yang dikaji. Soalan temubual semi berstruktur boleh dibentuk untuk menjelaskan lagi faktor-faktor tersebut. Terdapat panduan yang boleh dijadikan asas dalam membina soalan temubual semi berstruktur seperti berikut:

Pastikan soalan-soalan menggunakan terma dan frasa yang boleh difahami oleh responden Minimumkan panjang soalan dan banyakkan soalan mencungkil bagi mendapatkan penjelasan

tentang sesuatu faktor atau subfaktor Gunakan istilah yang sesuai dengan kemampuan berbahasa, latarbelakang budaya, umur, jantina,

dan tahap pengetahuan responden. Elakkan soalan yang membayangkan jawapan atau yang menunjukkan bias penemubual Elakkan soalan yang menggunakan sama ada asosiasi negatif atau positif. Contohnya: Adakah

anda rasa pendapat anda tentang profesion perguruan ada persamaanya dengan pandangan yang diutarakan oleh kesatuan sekerja?

Elakkan soalan yang sebenarnya bertanyakan dua soalan dalam satu soalan. Contoh: Berapa kerapkah anda ponteng dan merokok?

Cuba elakkan soalan yang dibentuk secara negatif. Contoh: Guru tidak sepatutnya menggunakan keputusan peperiksaan akhir semester untuk membentuk kelompok berasaskan kebolehan.

Elakkan soalan yang memerlukan responden melakukan beberapa tugasan dalam masa yang sama

Page 7: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

44

44

Jangan bertanya soalan yang memerlukan hanya jawapan Ya atau Tidak sedangkan yang diutamakan adalah deskripsi yang terperinci

Perlu sensitif kepada konteks budaya atau makna-makna sosial yang terlibat dalam soalan

2.1.3 Temubual Tidak Berstruktur

Terdapat kajian yang memerlukan pengkajinya meneroka dengan mendalam dan terperinci sesuatu fenomena yang hendak dikaji untuk meningkatkan pengetahuan penyelidik tentang topik tersebut. Ini menuntut pengkaji bersikap terbuka kepada sebarang tindakbalas yang relevan, tidak ada jawapan yang betul atau salah, dan responden tidak diperlukan untuk memilih daripada pilihan soalan atau jawapan. Format yang terbuka ini memungkinkan fleksibiliti yang maksimum dalam meneroka sebarang topik secara mendalam dan terperinci. Temubual tidak berstruktur biasanya menggunakan soalan terbuka yang memberi peluang kepada responden memberi tindakbalas mengikut budibicaranya dan tidak terikat dengan sebarang jawapan alternatif atau tidak dikekang oleh panjang atau pendek soalan. Schensul at al. (1999) mengatakan bahawa temubual tidak berstruktur atau temubual penerokaan memerlukan minda yang peka, pemikiran logik serta kemahiran komunikasi yang baik. Di setiap masa penemubual mestilah:

Menyedari bagaimana topik berkait dengan dan menjelaskan soalan yang lebih besar yang ditanya oleh kajian

Menentukan sama ada orang yang ditemu bual tidak terpesong dari topik, sekiranya terpesong, bagaimana hendak memperkenalkannya semula

Memahami perkaitan logik yang dibuat oleh responden dalam perbincangan tentang topik Memutuskan sama ada hendak meneroka idea atau halatuju yang baru Mencungkil untuk mendapatkan makna istilah-istilah tertentu dengan lebih mendalam Mengetahui bilakah masaya responden menyatakan ideanya dengan jelas, bila ianya perlu

penjelasan lanjut, untuk memastikan yang ianya difahami oleh orang yang membaca nota atau transkrip

Kejayaan sesuatu temu bual itu juga bergantung kepada kesediaan serta pengetahuan yang dimiliki oleh responden atau informan. Perlu dikenalpasti informan utama yang dapat memberi kerjasama semasa dan sepanjang tempoh temubual dijalankan. Informan utama biasanya mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan topik yang dikaji. Ini bersesuaian dengan tujuan temubual tidak berstruktur untuk meningkatkan pengetahuan penyelidikan tentang bidang yang belum lagi banyak diketahui. Perlu dipertimbangkan beberapa perkara dalam memilih informan utama, antaranya faktor ethnik, kelas atau umur yang mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas perspektif responden. Walaupun tidak berstruktur, tidak semestinya temu bual ini tidak perlu dirancang. Dalam membuat persediaan untuk temu bual, penyelidik perlulah:

Melihat semula soalan kajian dan model teoretikal kajian Membina soalan-soalan umum untuk digunakan dalam temubual Membuat temujanji untuk menjalankan temubual serta kenalpasti lokasi yang sesuai Sediakan keperluan alat rakaman yang sesuai

2.2 Temubual Berkumpulan (Focus Group)

Fontana & Frey (2003) menjelaskan bahawa temubual berkumpulan pada asasnya adalah merupakan teknik pengumpulan data kualitatif yang bergantung kepada penyoalan yang sistematik secara serentak kepada beberapa individu dalam latar yang formal dan tidak formal. Penggunaan temubual berkumpulan biasanya dikaitkan dengan kajian pasaran yang dilabelkan sebagai kumpulan fokus, tujuan utamanya adalah untuk mengumpul pendapat pengguna tentang ciri-ciri sesuatu produk, tema-tema pengiklanan atau perkhidmatan penghantaran. Format ini juga telah digunakan secara meluas oleh parti politik dan calon-

Page 8: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

45

45

calon politik yang berminat untuk mengetahui reaksi pengundi-pengundi tentang sesuatu isu dan polisi. Temubual berkumpulan juga digunakan dalam kajian sosiologi.

Dalam temubual berkumpulan, penembual atau moderator akan mengarahkan inkuiri dan interaksi antara responden dalam bentuk yang sangat berstruktur atau mungkin dalam situasi yang sangat tidak berstruktur, bergantung kepada tujuan penemubual. Dengan ertikata lain temubual berkumpulan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk bergantung kepada tujuannya. Ia boleh merupakan sesi percambahan fikiran atau sumbangsaran yang mempunyai sedikit atau tidak mempunyai struktur dan arahan langsung daripada penyelidik, atau ia mungkin sangat berstruktur seperti dalam teknik nominal, Delphi dan kumpulan fokus pemasaran. Latar di mana kerja lapangan dijalankan, sama ada formal atau tidak formal juga boleh menentukan bentuk temubual berkumpulan. Dalam konteks yang formal, seperti dalam makmal kajian, yang keadaannya dikawal, penyelidik mungkin boleh bertanya soalan yang sangat terarah, atau dalam konteks yang sebenar seperti dikaki lima jalan, atau dikawasan rekreasi awam, merupakan tempat yang sangat sesuai untuk perbualan santai tetapi bertujuan.

Kalau dilihat dari segi faedah yang boleh diperolehi daripada temubual berkumpulan ini, yang jelasnya adalah berkaitan dengan data yang dapat dikumpulkan adalah banyak, kaya dan elaboratif, dan mungkin tidak begitu memerlukan belanja yang banyak untuk mengendalikannya. Bagi individu yang terlibat pula, pertukaran pandangan dan pendapat dapat memberikan mereka pengetahuan dan pengalaman baru.

2.3 Panduan Temubual

Panduan temubual atau protokol temubual adalah merupakan senarai soalan-soalan yang ingin dikemukakan semasa temubual. Bergantung kepada struktur temubual, soalan-soalan mungkin berupa banyak soalan-soalan yang spesifik yang disusun mengikut susunan tertentu (berstruktur) ataupun beberapa topik yang dicatat tanpa susunan tertentu (tidak berstruktur) ataupun mungkin di antara berstruktur dan tidak berstruktur iaitu semi-struktur. Protokol juga adalah berguna dalam menjalankan temubual. Protokol ini mengandungi komponen-komponen berikut:

tajuk arahan kepada penemubual (kenyataan pembuka kata) soalan-soalan kajian utama yang akan ditanya soalan-soalan kecil yang mengikuti soalan utama ruang untuk merekod mesej yang disampaikan oleh informan ruang untuk merekod komen penemubual ruang untuk merekod nota reflektif

Biasanya penyelidik merekodkan maklumat temubual dengan menggunakan buku nota ataupun pita rakaman. Jika menggunakan pita rakaman, penyelidik juga perlu mengambil nota terutama dalam keadaan di mana pita rakaman mungkin tidak berfungsi dengan baik.

2.4 Merekod dan Menilai Data Temubual

Terdapat tiga cara asas merekod data temubual. Yang selalu digunakan ialah dengan merakam temubual dengan menggunakan pita rakaman. Cara yang kedua ialah dengan mengambil nota semasa temubual. Cara ini digunakan setelah rakaman temubual tidak dapat dijalankan. Cara ketiga pula ialah dengan merekod seberapa banyak maklumat temubual yang dapat diingat selepas sahaja tamat temubual dijalankan. Ketiga-tiga cara ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Kerosakan pita rakaman dan

Page 9: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

46

46

ketidakselesaan partisipan semasa ditemubual sering berlaku semasa mengadakan temubual dengan menggunakan pita rakaman. Adalah sukar untuk merekodkan semua yang diperkatakan oleh partisipan semasa temubual. Ini agak menyukarkan untuk menentukan mana maklumat yang penting dan mana yang tidak. Ini berlaku apabila mengambil nota semasa temubual. Di samping itu terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan gerak badan, mimik muka serta tingkahlaku partisipan yang mungkin tidak dapat diteliti kerana penemubual sibuk mengambil nota. Tidak semua perkara yang diperkatakan oleh partisipan dapat diingat dengan baik oleh penemubual. Ini mungkin menyebabkan banyak maklumat yang penting akan hilang.

Adalah penting bagi penyelidik menulis refleksinya dengan segera selepas temubual. Refleksi ini mengandungi makna-makna yang dicadangkan dalam temubual, nota deskriptif tentang tindakbalas lisan dan bukan lisan, pandangan dan pemikiran penyelidik sendiri tentang temubual. Nota pasca temubual membolehkan penyelidik memantau proses pengumpulan data di samping mula menganalisis maklumat.

Adalah juga penting dinilai kualiti data yang diperolehi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin mempengaruhi kualiti data seperti kesihatan partisipan, mood semasa temubual, motif partisipan terlibat dalam penyelidikan dan lain-lain. Apa yang diperolehi dalam temubual adalah persepsi partisipan. Maklumat mungkin diada-adakan ataupun dibesar-besarkan. Cara yang biasa dilakukan untuk mengesan dan mengesah data adalah dengan proses triangulasi melalui perbandingan data dengan data responden lain, ataupun perbandingan dengan data dokumen atau data pemerhatian.

Kesimpulannya, temubual adalah merupakan sumber utama yang digunakan untuk memahami fenomena yang dikaji dalam kajian tindakan. Temubual terdiri daripada beberapa jenis yang berbeza, bergantung kepada struktur temubual yang dijalankan. Yang biasa digunakan adalah temubual berstruktur, temubual semi-struktur dan temubual tidak berstruktur. Temubual yang berkesan perlu dirancang dengan baik dengan mengambilkira penyediaan panduan temubual seperti protokol atau skedul temubual. Hubungan antara penemubual dan partisipan dalam temubual adalah merupakan proses yang kompleks. Interaksi semasa proses temubual perlu dibina sejak dari permulaan hingga lah ke akhir temubual dengan mengekalkan hubungan yang berasaskan percaya mempercayai dan dalam situasi yang selesa. Merekod data temubual boleh dijalankan dengan pelbagai cara dan perlu diberi perhatian terhadap kesesuaiannya mengikut keadaan dan keselesaan partisipan. Data temubual yang kaya dan banyak perlu disusun atur dengan mempastikan maklumat yang signifikan dan penting dapat dianalisis bagi membentuk kategori, tema dan konsep yang sesuai. Bagi tujuan untuk mempastikan maklumat tembual adalah tepat dan sebagaimana yang dimaksudkan oleh partisipan, langkah-langkah mengesahkan nya perlu dilakukan. Salah satu langkahnya adalah melalui proses dan prosedur triangulasi.

Sila nyatakan:

i. Apakah perbezaan asas di antara soal selidik dengan temu bual? ii. Apakah persamaan yang terdapat di antara soal selidik dengan temu bual? 3. Pemerhatian Pemerhatian adalah merupakan perkara yang dilakukan setiap hari sama ada secara sedar atau pun tidak sedar. Ia merupakan satu rutin dalam manusia memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat perbezaan di antara pemerhatian „orang biasa‟ dengan pemerhatian seorang penyelidik. Sebagai

Page 10: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

47

47

penyelidik, mereka perlu dilatih dalam teknik pemerhatian yang berkesan supaya dapat melakukan pemerhatian secara terancang dan sistematik. Menurut Kidder (1981) pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila (1) ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, (2) dirancang dengan rapi, (3) direkod secara sistematik dan (4) diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.

3.1 Tujuan Pemerhatian

Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar sosial yang sebenar. Pemerhatian memungkinkan penyelidik merekod perlakuan yang sedang berlaku. Melihat sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dan menggunakan pengetahuan, pengalaman dan kepakarannya dalam membuat interpretasi tentang apa yang diperhati. Pemerhatian melibatkan tindakan mengambil nota dan merakam peristiwa, perkara, perlakuan, artifak secara sistematik di latar sosial yang dipilih untuk kajian. Rekod pemerhatian biasanya dirujuk sebagai nota lapangan iaitu deskripsi yang terperinci, yang „nonjudgmental‟ serta konkrit tentang apa yang telah diperhatikan. Melalui pemerhatian, penyelidik mendokumen dan menjelaskan tindakan dan interaksi yang kompleks. Metod ini mengandaikan perlakuan yang diperhatikan adalah bertujuan dan merupakan luahan nilai dan kepercayaan yang mendalam. Pemerhatian merupakan teknik yang terbaik apabila aktiviti, peristiwa atau situasi boleh diperhati secara langsung, atau apabila perspektif yang baru diperlukan atau apabila partisipan tidak dapat atau tidak rela membincangkan topik yang dikaji.

3.2 Struktur Pemerhatian

Pemerhatian boleh terdiri daripada yang sangat berstruktur di mana pernyataan perlakuan yang terperinci direkod berpandukan senarai semak, kepada deskripsi peristiwa dan perlakuan yang lebih holistik. Untuk itu, sesuailah apa yang dinyatakan oleh Morris (dalam Denzin & Lincoln, ms. 378) bahawa pemerhatian adalah „perlakuan merekod fenomena yang biasanya menggunakan instrumen, dan merakamkannya untuk tujuan saintifik dan lain-lain.‟

Pemerhatian sebenarnya bukan hanya melibatkan pengumpulan data visual, semasa pemerhatian dijalankan, semua deria adalah terlibat seperti deria bau, dengar, sentuh dan rasa. Oleh itu pemerhatian adalah merupakan proses mengumpul tanggapan ke atas dunia sekeliling melalui semua deria manusia yang relevan. Ini akan menyebabkan perlunya kontak secara terus dengan subjek yang diperhatikan. Penyelidik mestilah secara aktif memerhati fenomena yang dikaji semasa perkara tersebut berlaku. Namun begitu, pemerhatian secara tradisinya adalah berbentuk tidak campurtangan atau „noninterventionism‟. Pemerhati tidak mempergunakan dan tidak merangsang subjek. Pemerhati hanya mengikut urutan peristiwa yang diperhatikan. Perlakuan dan interaksi terus berjalan seperti tanpa kehadiran penyelidik; tidak terganggu oleh kehadiran penyelidik.

3.3 Apa yang diperhatikan? Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik kerana data yang dikutip secara teratur dalam situasi kajian sebenar mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Pemerhatain secara langsung boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal. Pemerhatian secara langsung tanpa alat melibatkan pengkaji mencatatkan nota tentang sebarang aktiviti yang diperhatikan. Pemerhatian menggunakan alat seperti alat kamera/video/audio merupakan sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. Aspek-aspek berikut harus diambilkira:

Page 11: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

48

48

Tumpuan pemerhatian – siapakah yang membuat pemerhatian?, siapa atau apa yang diperhatikan? Di mana pemerhatian dibuat?

Masa pemerhatian – Bilakah pemerhatian dijalankan? (eloklah dijalankan pemerhatian pada masa-masa yang berlainan bagi mendapatkan kepelbagaian maklumat)

Cara pemerhatian – Bagaimanakah pemerhatian dicatatkan atau dirakamkan?, Apakah prosedur yang diikuti bagi mempastikan kebolehpercayaan dan keesahan?, Teknik apakah yang digunakan? (semua data-data dikutip semasa pemerhatian dicatatkan dengan serta merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota).

3.4 Perkara yang mempengaruhi pemerhatian Apa yang diperhatikan biasanya dipengaruhi oleh beberapa perkara:

i. tujuan mengadakan kajian – kerangka konseptual, permasalahan kajian atau persoalan kajian menentukan apa yang perlu diperhatikan

ii. pertimbangan praktikal – seperti masa, kewangan, jarak tempat pemerhatian iii. struktur pemerhatian yang akan dilakukan – berstruktur, tidak berstruktur iv. elemen yang boleh difokuskan semasa pemerhatian:

Latar fizikal Partisipan Aktiviti dan interaksi Perbualan Faktor-faktor kurang jelas tetapi penting Perlakuan pemerhati sendiri

3.5 Prosedur merekod data Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu merancang pendekatan untuk merekod data. Apa yang perlu direkod? Bagaimana ia akan direkod? Adalah merupakan dua soalan penting yang perlu diberi perhatian. Nota pemerhatian mempunyai pelbagai format. Di antara format yang selalu digunakan adalah berbentuk protokol yang mengandungi lajur untuk nota deskriptif di sebelah kiri dan nota reflektif dilajur sebelah kanan. Lajur nota reflektif adalah penting kerana ia termasuk pandangan analitik serta komen tentang tindakan dan perlakuan yang diperhatikan. Komen pemerhati adalah merupakan sumber pandangan analitik yang berguna serta menyediakan petunjuk kepada fokus pengumpulan data. Ia juga mungkin menyediakan soalan penting untuk temubual selanjutnya. Mengumpul data melalui pemerhatian memerlukan kita merekodkan apa yang diperhatikan. Secara umumnya, cara-cara yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

Catatkan dengan tepat perkara-perkara yang berlaku seperti apakah yang dikatakan oleh guru atau pelajar? apakah yang dilakukan oleh guru atau pelajar? apakah tugasan yang diberikan kepada pelajar?

Gunakan singkatan untuk perkataan yang digunakan seperti P untuk pelajar, G untuk guru

Semak nota-nota yang dibuat selepas pemerhatian untuk memperbetulkan kesilapan atau membuat komen

Bezakan catatan yang mengambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi. Dicadangkan muka surat catatan dibahagikan kepada dua untuk catatan yang berlainan.

Page 12: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

49

49

Semasa menjalankan kajian, penyelidik akan terlibat dalam pelbagai pemerhatian. Protokol atau borang untuk merekod maklumat adalah perlu untuk mencatatkan pemerhatian. Protokol boleh direka bentuk dengan menggunakan sekeping kertas yang dibahagi kepada dua lajur bagi memisahkan nota deskriptif dan nota reflektif. Nota deskriptif mengandungi deskripsi tentang informan, dialog, deskripsi latar fizikal, pernyataan tentang peristiwa-peristiwa tertentu dan aktiviti-aktiviti. Nota reflektif pula memberi peluang kepada penyelidik untuk merekod fikiran peribadi seperti spekulasi, perasaan, masalah, idea, impresi atau prasangka (Bogdan dan Biklen, 1992, ms. 121). Juga dalam borang tersebut mungkin boleh dimasukkan maklumat demografi yang berkaitan dengan masa, tempat dan tarikh yang menjelaskan tentang tempat/latar kajian. 4. Bahan Dokumen

Untuk memahami sejarah serta konteks persekitaran tempat kajian, satu daripada caranya adalah dengan mengkaji dan menganalisis dokumen dan rekod yang berkaitan. Biasanya dokumen dan rekod tersebut bukan sahaja mengandungi pelbagai maklumat statistik tentang pelbagai aspek kehidupan populasi yang dikaji tetapi juga mengandungi maklumat tentang kepercayaan, budaya serta nilai yang dimiliki dan dianuti oleh masyarakat tempat yang dikaji. Maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen tersebut boleh menambah dan menjelaskan data dan maklumat yang diperolehi dan yang dianalisis melalui pemerhatian dan temubual. Berbanding dengan pemerhatian dan temubual, pendekatan ini tidak menonjol dan tidak mengganggu latar kajian. Bahan-bahan arkib biasanya merupakan rekod yang boleh digunakan untuk memahami budaya komuniti yang dikaji, di samping dokumen-dokumen peribadi, dokumen rasmi dan tidak rasmi. Kualiti dokumen-dokumen ini adalah pelbagai dan berbeza-beza. Sesetengah dokumen mungkin mengandungi fakta-fakta terperinci tentang tarikh-tarikh tertentu. Sesetengahnya pula mungkin mengandungi deskripsi tentang pemikiran dan kepercayaan masyarakat yang dikaji.

4.1 Bentuk dokumen

Bogdan dan Biklen (1998) merujuk istilah dokumen sebagai bahan-bahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temubual dan pemerhatian. Oleh itu istilah dokumen merangkumi bahan-bahan bertulis yang pelbagai, bahan visual dan bahan fisikal yang relevan dengan kajian. Lincoln dan Guba (1985) pula membezakan di antara dokumen dan rekod berasaskan kepada sama ada teks yang disediakan itu ada unsur-unsur formal atau tidak. Bagi mereka rekod termasuklah misalnya sijil perkahwinan, lesen memandu, perjanjian binaan dan kenyataan perbankan dan lain-lain. Manakala dokumen pula disediakan untuk kegunaan peribadi, bukan untuk tujuan resmi, dan ia termasuklah misalnya diari, memo, surat, nota lapangan dan lain-lain.

4.2 Menggunakan dokumen dalam kajian tindakan

Mencari bahan yang relevan dengan persoalan dan tujuan kajian adalah merupakan langkah awal dalam proses menggunakan dokumen. Ia merupakan prosedur yang sistematik yang berkembang daripada topik kajian. Kajian tindakan tentang pengajaran bilik darjah misalnya memerlukan dokumen seperti rancangan mengajar, hasil tugasan pelajar, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, laporan gred peperiksaan, laporan sekolah, penilaian guru dan sebagainya. Di samping bahan-bahan dokumen yang boleh diperolehi di latar kajian, tempat atau lokasi lain yang boleh dirujuk adalah seperti perpustakaan, arkib, pusat-pusat dokumentasi dan lain-lain. Mencari dokumen yang relevan dan sesuai banyak

Page 13: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

50

50

bergantung kepada kreativiti dan kapasiti penyelidik bertanyakan soalan-soalan yang berkait dengan permasalahan kajian. Oleh itu penyelidik perlu lah membuka minda dalam menyelongkar dokumen yang berguna. Terbuka kepada sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada jumpaan yang tidak diduga.

Apabila dokumen telah dikesan, keautentikannya perlu dinilai. Menentukan keautentikan dan ketepatan dokumen adalah merupakan sebahagian daripada proses penyelidikan. Adalah menjadi tanggungjawab penyelidik menentukan seberapa banyak yang boleh maklumat tentang dokumen, seperti asalnya dan sebab-sebab ianya ditulis, penulis dan konteks di mana ianya ditulis. Mengikut Riley (1963) dalam Merriam (2001), adalah penting ditentukan keadaan di mana data dihasilkan, apakah metodologi spesifik yang digunakan serta keputusan teknikal yang dibuat dan kesan ke atas sifat dan bentuk data yang akan digunakan. LeCompte dan Preissle (1993) pula mencadangkan yang penyelidik bertanyakan soalan seperti apakah latarbelakang sejarah penghasilan dan penggunaannya? Bagaimana penggunaannya diperuntukkan? Adakah pemilihannya bias? Adakah kemungkinan berlaku pemalsuan?

Guba dan Lincoln (1981) merujuk Clark (1967), menyenaraikan soalan yang penyelidik boleh kemukakan tentang keautentikan dokumen:

Apakah sejarah dokumen? Bagaimana ianya diperolehi oleh penyelidik? Adakah dokumen lengkap sebagaimana asalnya? Adakah ianya telah diubah atau diedit? Sekiranya dokumen asli, di bawah keadaan apa dan untuk tujuan apa ianya dihasilkan? Siapakah penulisnya? Apakah yang penulis cuba hendak dikemukakan atau buktikan? Kepada siapa dokumen tersebut

ditujukan? Apakah sumber-sumber maklumat yang digunakan? Adakah dokumen berasaskan perakuan

saksi, perakuan orang kedua, pembinaan semula peristiwa atau perkara sebelum data ditulis dan diinterpretasi?

Adakah penciptanya bias? Setakatmanakah kemungkinan penulis cuba menyatakan kebenaran? Adakah dokumen lain wujud yang mungkin boleh menambahjelaskan cerita, peristiwa, projek,

konteks program? Jika ada, adakah ianya boleh didapati atau boleh diakses? Siapa yang memilikinya? (ms. 238-239)

Selepas keautentikan dan bentuk dokumen atau artifak dinilai, penyelidik perlu mengadakan satu sistem pengkodan dan pengkatalogan. Dengan adanya sistem pengkodan, ini akan memudahkan lagi penyelidik mendapat akses kepada maklumat di peringkat analisis dan interpretasi.

4.3 Menginterpretasi bahan dokumen

Menginterpretasi bahan dokumen termasuk teks bertulis dan artifak memerlukan pertimbangan terhadap definisi konteks dan masa. Apabila sesuatu teks itu dibaca dalam konteks yang berbeza, ianya akan diberi makna yang baru dan biasanya bertentangan kerana ia ditafsirkan mengikut latar sosial di mana teks itu dibaca. Oleh itu teks boleh digunakan bersama lain-lain bentuk bukti, dengan itu bias dan nilai tertentu boleh difahami dan dibandingkan. Begitu juga dengan jenis-jenis teks yang berbeza perlu difahami dalam konteks keadaan ianya dihasilkan, digunakan dan dibaca. Misalnya, penganalisis akan memberi perhatian sama ada teks ditulis berdasarkan pengalaman sendiri atau daripada sumber sekunder, sama ada ianya diminta untuk ditulis atau tidak, sama ada ianya diedit atau tidak, nama penulis dinyatakan atau hanya

Page 14: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

51

51

nama samaran dan sebagainya (Webb, Campbell, Schwartz & Sechrest, 1966, dalam Ian Hodder, 2003). Dengan ertikata lain, teks kerja lapangan perlu lah ditulis mengikut konteks masa yang spesifik. Bahan akan berterusan diinterpretasi semula dalam kontek-konteks yang baru. Kesimpulannya, dokumen boleh membekalkan maklumat yang berkaitan dengan isu atau masalah yang dikaji. Ia merupakan bahan yang penting untuk memahami tujuan, rasional dan sejarah sesuatu program atau dasar. Dokumen-dokumen yang dipilih mestilah berkaitan dengan tajuk kajian. Dokumen-dokumen boleh terdiri daripada sukatan dan rancangan pelajaran, kertas peperiksaan dan ujian, minit mseyuarat, contoh-contoh kerja pelajar. Dokumen juga boleh berbentuk bergambar/foto yang mana boleh memberi gambaran sesuatu situasi dengan jelas seperti keadaan bilik darjah, susunan meja kerusi, pergerakan pelajar dalam bilik darjah, kedudukan guru semasa bercakap atau bekerja. 5. Menulis Diari Catatan diari adalah penting dalam penyelidikan tindakan. Ia mengandungi catatan mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi yang boleh dibuat. Diari kajian adalah merupakan rekod tentang penglibatan penyelidik dalam projek. Ianya mengandungi maklumat tentang penyelidik, apa yang penyelidik buat dan proses penyelidikan. Ianya menokok kepada data yang diperolehi melalui metod lain seperti pemerhatian, temubual dan lain-lain. Di antara sebab utama seseorang penyelidik menyimpan diari kajian adalah:

untuk menjana latar sejarah projek, pemikiran penyelidik dan proses penyelidikan

untuk menyediakan bahan untuk refleksi

menyediakan data tentang proses penyelidikan

untuk merekod perkembangan kemahiran penyelidikan penyelidik Penyelidik menggunakan diari kajian sebagai alat untuk membuat refleksi ke atas amalan kajian mereka. Oleh itu, adalah penting menyimpan diari kajian sebagai satu cara untuk meneroka amalan penyelidikan serta berkongsi maklumat bersama partisipan. Adalah penting menulis diari secara berterusan. Sesuatu yang berkaitan dengan projek perlu dicatat setiap hari semasa projek dijalankan untuk dijadikan bahan refleksi yang boleh meningkatkan lagi pemahaman dan kesedaran tentang fokus kajian. Sesetengah orang menggunakan buku catatan sebagai diari mereka. Umumnya diari boleh dalam bentuk bercetak atau pun letronik, bergantung kepada kemudahdapatan bahan-bahan tersebut. Yang pentingnya, diari tersebut perlulah merekodkan perkembangan pemikiran dan tindakan serta proses sebenar tentang amalan penyelidikan dan amalan reflektif penyelidik. Terdapat pelbagai cara untuk menulis diari. Sesetengahnya mempunyai format yang berstruktur dan formal, mungkin dalam bentuk borang-borang tertentu. Yang pentingnya, diari perlulah sesuai dengan gaya dan cara seseorang pengkaji. Diari kadang-kadang agak personal. Untuk memudahkan diari direkod, bahagikan kepada bahagian-bahagian mengikut proses kajian seperti Refleksi, Perancangan, Tindakan dan Penilaian. 5.1 Kandungan diari Catatan diari harus mengandungi – - tarikh peristiwa dan tarikh catatan dibuat - masa, lokasi, responden, fokus kajian - tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk rujukan - bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain dilekatkan

dalam diari untuk rujukan Mengikut Hughes (1996), di antara perkara yang dicatat dalam diari adalah:

Ringkasan apa yang berlaku setiap hari semasa projek berjalan

Page 15: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

52

52

Penulisan berkait dengan perbualan, perbincangan, temubual, perancangan sesi dan lain-lain dengan rakan sekerja, rakan penyelidik, guru-guru, penyelia dan partisipan

Soalan-soalan dan topik untuk penyelidikan lanjut

Tekaan, ramalan, pemikiran, impian, angan-angan

Lukisan, Gambar rajah, peta minda

Pemerhatian

Refleksi tentang apa yang diperhati

Refleksi tentang apa yang dibaca dalam diari

Perancangan untuk tindakan atau kajian masa akan datang Ringkasnya, tidak ada peraturan yang tetap tentang gaya, bahasa dan ejaan dalam menulis diari. Adakan diari dalam bentuk dan gaya yang dirasakan sesuai dan berguna yang dapat membantu dalam membuat refleksi tentang apa yang dibuat dan yang telah dibuat. Sekiranya kajian berjalan secara berkumpulan, gunakan gaya dan format yang dipersetujui oleh kumpulan.

Secara umumnya, jelaskan 4 kualiti yang perlu ada pada sesuatu instrumen pengumpulan data?

1. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ B. Mengurus dan Menganalisis Data Pengenalan Data yang telah dikumpul melalui pelbagai kaedah dan teknik perlulah diuruskan dengan baik bagi membentuk satu kerangka analisis dan interpretasi yang sesuai. Proses analisis data adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data tersebut. Oleh itu proses analisis data merupakan satu proses meringkas, merumus dan mempersembahkan data yang telah dikumpul dalam cara yang tepat dan boleh dipercayai. Ini diikuti dengan proses menginterpretasi yang melibatkan cubaan mencari makna dan implikasi daripada data yang telah dianalisis. Bab ini akan cuba menjelaskan prosedur dan proses mengurus, menganalisis dan menginterpretasi data yang dikumpul melalui temubual, pemerhatian, tinjauan dan analisis dokumen yang lebih merupakan data kualitatif.

Page 16: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

53

53

Menganalisis data adalah merupakan satu proses untuk memahami data. Pada asasnya kita cuba untuk menjawab soalan kajian melalui data yang dikumpul dan dianalisis. Sama ada data berbentuk numerik atau pun perkataan, tugas menganalisisnya adalah sama. Kita cuba untuk melihat trend, pola dan tema. Bagi Sagor (2000), terdapat dua soalan utama yang penyelidik kajian tindakan boleh gunakan sebagai panduan. Soalan-soalan tersebut adalah:

Apakah cerita yang terkandung dan tersirat dalam data?

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi cerita secara signifikan?

Faktor yang penting dalam analisis data kajian tindakan adalah „refleksiviti‟ penyelidik iaitu kebolehan penyelidik berfikir dan mereflek secara kritikal tentang apa yang telah dikumpul dan apa yang masih diperlukan.

Dalam kajian tindakan, penyelidik harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menganalisis data sama ada dalam bentuk data kuantitatif atau data kualitatif. Pada umumnya, kajian tindakan akan mengintegrasikan kedua-dua bentuk data berkenaan untuk mendapatkan keputusan yang boleh dipercayai dan sah pada kajian berkenaan sahaja. Oleh yang demikian penyelidik kajian tindakan haruslah dapat memahami konsep statistik dengan baik Statistik boleh dibahagikan kepada statistik huraian, iaitu statistik yang menghuraikan ciri-ciri sampel, dan statistik inferen iaitu statistik yang membuat rujukan tentang populasi berdasarkan sampel. Memandangkan kajian tindakan yang dijalankan oleh guru kebanyakannya menggunakan statistik huraian dalam menganalisis dan menghuraikan dapatan kajian, maka modul ini akan memberi tumpuan kepada statistik huraian sahaja. 3.2 Data Kuantitatif 3.2.1 Data Penyelidikan Bhasah (2007) menjelaskan bahawa data merupakan fakta, maklumat atau angka yang membolehkan kita membuat huraian atau ringkasan tentang sesuatu (perkara yang menjadi kajian). Ia boleh didapati dari guru sekolah, pelajar, ibubapa dan mereka yang terlibat dengan kajian yang bakal dibuat. Oleh itu data perlu disusun mengikut satu organisasi yang tertentu agar ia dapat memberikan satu gambaran khas tentang perkara berkenaan. Data yang tidak tersusun tidak akan memberi apa-apa makna hanya setakat maklumat yang terpisah-pisah dari satu dengan yang lain. Data mempengaruhi jenis statistik yang akan digunakan. Data parametrik atau data bukan parametrik boleh digunakan untuk sesuatu ujian tertentu sahaja dan begitu juga dengan data yang bukan parametrik. Sebagai contoh, data parametrik boleh diugnakan dengan ujian ANOVA atau ujian-t dan data bukan parametrik boleh digunakan dengan ujian Khi kuasa dua. 3.2.2 Kategori Data Data boleh dikategorikan kepada data primari dan data sekunder. Data primari didapati hasil dari soal-jawab atau borang soalselidik yang diedarkan kepada partisipan untuk dijawab. Prosedur mendapatkan data primari adalah mahal dan mengambil masa yang panjang. Proses untuk mendapatkan data primari melibatkan: pertamanya ialah menentukan apakah masalah penyelidikan yang ingin dikaji diikuti pula dengan pembentukan soalan kajian supaya senang kita mengetahui apa sebenarnya yang hendak dikaji. Kemudian diikuti pula dengan pembentukan rekabentuk penyelidikan, pemungutan data, penyediaan data dan analisis dan akhir sekali penyediaan laporan dan pembentangannya di seminar atau di konferen yang berkaitan dengan hasil penyelidikan yang perlu dibentangkan. Data sekunder pula merupakan data yang telah terkumpul untuk satu-satu tujuan. Data ini boleh didapati dengan cepat, mudah dan murah. Data ini boleh didapati dari Jabatan Statistik Negara, Laporan Rancangan Malaysia atau dari Lembaga Peperiksaan

Page 17: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

54

54

Malaysia yang setiap tahunnya menyediakan laporan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran mengikut tahun, jenis peperiksaan, ras, jantina, kawasan dan sebagainya. 3.2.3 Jenis-jenis Data Penjenisan data adalah bergantung kepada bagaimana data berkenaan didapati. Jika data didapati secara pengukuran maka data itu dinamakan sebagai data pengukuran dan seterusnya data bilangan, data pangkatan dan data klasifikasi. Data juga boleh diklasifikasikan sebagai data metrik atau bukan metrik. Data metrik adalah data yang unitnya adalah selanjar atau berterusan, manakala data bukan metrik adalah data yang berkategori. Contoh data metrik: markah bagi sesuatu ujian bulanan calon, berat bahan, skor sesuatu pertandingan dan sebagainya. Data bukan metrik pula seperti bangsa atau dalam bentuk kekerapan. Pelajar harus dapat membezakan data metrik dari data bukan metrik. Data yang digunakan akan menentukan jenis statistik yang boleh digunakan. Sebagai contoh: data metrik hanya boleh digunakan untuk pembolehubah bersandar dalam ujian-t, ANOVA dan Regresi. Manakala data bukan metrik kerap digunakan dalam ujian Khi kuasa dua. Data boleh didapati daripada berbagai cara. Data boleh diperoleh secara pemerhatian, temuduga dan secara soalselidik. Seperti yang dinyatakan tadi, data memainkan peranan dalam menentukan jenis ujian statistik yang bakal digunakan untuk menjawab sesuatu soalan penyelidikan. 3.2.4 Skala Pengukuran Dalam pengukuran, kita mempunyai dua jenis pembolehubah yang asas iaitu: (a) Jenis kuantitatif dan (b) Jenis kategori. Kedua-dua jenis pembolehubah yang dinyatakan ini boleh diukur menggunakan skala nominal, ordinal, sela atau nisbah. Adalah penting bagi penyelidik mengetahui pengkelasan data yang mereka gunakan. Tidak semua jenis data boleh digunakan dengan ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua, regresi dan sebagainya. Setiap data itu adalah sesuai digunakan dengan satu atau lebih jenis ujian statistik yang tertentu sahaja. Skala Nominal. Skala nominal adalah skala pengukuran yang paling mudah dan merupakan bentuk pengukuran yang paling rendah boleh digunakan oleh ahli penyelidik. Skala nominal digunakan untuk pengenalan atau membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang berlainan. Skala nominal boleh digunakan untuk pembolehubah seperti: bangsa, agama, warna, jenis bangunan, jenis perkerjaan dan sebagainya. Sebagai contoh: Guru ingin membahagikan ras pelajar dalam kelasnya kepada beberapa kategori. Nombor 1 kategori Melayu, nombor 2 kategori Cina, nombor 3 kategori India dan nombor 4 lain-lain ras. Pemberian nombor 1, 2, 3 atau 4 dan selanjutnya adalah untuk memudahkan pengklasan ras dalam analisis komputer. Ini tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari 2 dan 2 pula lebih baik dari 3 dan seterusnya. Ia hanya melambangkan kumpulan bagi sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang diberikan ialah ras. Skala Ordinal Pengukuran menggunakan skala ordinal menyusun data daripada yang rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang atau satu susunan yang melambangkan satu bentuk hiraki. Contoh Guru mungkin menyusun skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada markah yang terendah sekali. Skala ordinal hanya menyusun mengikut hiraki. Susunan ini melambangkan perbezaan atau kedudukan sesuatu individu relatif kepada sesuatu individu yang lain. Skala Sela. Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal dan ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala sela memberikan sela sama daripada titik origin yang arbitrari. Ini bermakna skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal,

Page 18: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

55

55

terutamanya ciri-ciri pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri yang diukur. Contoh Sekarang cuba kita lihat perbezaan IQ 60 dengan IQ 70, perbezaannya hanya 10 poin. Begitu juga IQ 120 dengan IQ 130, perbezaannya sama iaitu 10 poin juga. Seandainya kita percaya skor berkenaan adalah skala sela, kita mestilah mengandaikan juga perbezaan 10 poin mempunyai makna yang sama pada lokasi yang berbeza di atas skala tadi. Skala Nisbah Aras tertinggi dalam pengukuran ialah pengukuran menggunakan skala nisbah. Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta mempunyai nilai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal. Nombor pada skala menunjukkan amaun atau ciri sebenar yang diukur. Seandainya skala nisbah untuk pencapaian wujud, maka bolehlah kita katakan pelajar yang mendapat markah 80 adalah dua kali lebih pencapaiannya dengan pelajar yang mendapat markah 40. Dalam keadaan sebenarnya, kedaan ini tidak wujud.

3.2.5 Taburan Kekerapan

Taburan kekerapan menggambarkan bilangan partisipan bagi sesuatu skor. Kaedah ini amat berkesan sekiranya sebaran skor adalah kecil tidak melebihi 50 partisipan. Seandainya melebihi 50 partisipan, maka taburan kekerapan data berkumpulan adalah lebih baik digunakan. Contoh taburan kekerapan:

Jadual 3: Kekerapan Jantina

Jantina Kekerapan Peratusan (%)

Lelaki 98 40.2

Perempuan 146 59.8

Jumlah 244 100.0

3.2.6 Statistik Huraian Dalam konteks kajian tindakan guru, biasanya banyak statistik huraian yang digunakan untuk menganalisis dan menghurai data. Statistik huraian membolehkan penyelidik membuat satu organisasi data, merumuskan data dan menghuraikan cerapan bagi sesuatu sampel atau populasi. Statistik yang selalu digunakan adalah kekerapan, min dan sishan piawai bagi menghuraikan tentang data yang dikumpul. Data dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf atau pun carta. Ini adalah disebabkan kebanyakan kajian tindakan guru adalah berbentuk deskriptif, jarang berbentuk inferensi dan pengujian hipotesis. 4. Mengurus dan Menganalisis Data Kualitatif Dalam konteks data kualitatif, proses analisis data pada asasnya adalah merupakan proses yang berterusan dan non-linear. Ia merupakan prosedur analitik yang melibatkan pemeriksaan makna ke atas kata-kata dan tindakan manusia. Memberi makna kepada data melibatkan cantuman pelbagai data, pengkelasan data mengikut kategori atau tema yang sesuai dan tepat, dan interpretasi tentang apa yang manusia kata dan apa yang penyelidik lihat dan baca. Analisis data merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pertimbangan antara data yang konkrit dengan konsep abstrak, antara penaakulan induktif

Page 19: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

56

56

dan deduktif, antara deskripsi dan interpretasi (Merriam, 2001) Dengan ertikata lain, analisis data adalah merupakan proses mengatur, menstruktur dan menginterpretasi data yang telah dikumpul. Mengikut Strauss & Corbin (1997), ia adalah merupakan proses yang bercelaru, kabur, memakan masa, kreatif dan menarik. Ia tidak berlaku dalam keadaan yang linear, tetapi sentiasa berlaku proses meneliti semula, mendefinisi dan mengkategori semula bagi mendapatkan analisis dan interpretasi yang tepat dan bermakna. Analisis data biasanya meneroka perhubungan antara kategori-kategori yang signifikan berkaitan dengan sesuatu perkara, manusia atau peristiwa serta sifat-sifat dan nilai-nilai yang mencirikan mereka. Dapatan kajian boleh berbentuk pernyataan deskriptif yang tersusun, tema-tema atau kategori-kategori yang merentas data atau dalam bentuk model dan teori yang menerangkan data.

4.1 Peringkat Analisis Data Kualitatif

Terdapat beberapa pendekatan atau tradisi teoretikal yang boleh dipilih dalam menganalisis data yang sesuai dengan tujuan dan persoalan kajian. Walaupun pelbagai cara boleh digunakan dalam menganalisis data kualitatif, namun terdapat proses yang umum yang boleh dijadikan panduan untuk menganalisis data kualitatif. Biasanya, analisis data kualitatif melalui sebahagian besar ataupun kesemua peringkat-peringkat berikut:

Mengenali dan memahami data melalui semakan, bacaan dan mendengar data-data yang telah dikumpul

Transkripsi bahan-bahan yang telah dirakam Menyusunatur dan membuat indeks ke atas data untuk memudahkan proses mencari dan

mengenalpasti data Melindungi data-data yang sensitif Pengkodan Pengenalpastian tema-tema Pengkodan semula Pembentukan kategori-kategori provisional/awalan Meneroka perhubungan di antara kategori Pembaikan tema dan kategori Pembentukan teori dan memasukkan pengetahuan yang ada Menulis laporan (Othman, 2006)

Pada umumnya, proses mengurus dan menganalisis data berbentuk kualitatif mengikut langkah-langkah seperti berikut:

Proses mentranskripsi data temubual, rakaman video atau nota lapangan misalnya tidak memadai dengan menuliskan ringkasan daripada rakaman temubual yang diadakan. Ia boleh menyebabkan penyelidik bias terhadap perkara-perkara yang dikira relevan dan menarik sahaja. Perkara-perkara yang berbentuk petunjuk-petunjuk bukan lisan yang mungkin memberi tanda-tanda seperti tekanan perasaan atau malu; ketawa atau gerak badan mungkin dapat memberikan makna yang lebih kepada apa yang diperkatakan. Ini semua perlu dimasukkan ke dalam transkrip. Sekiranya diupah seseorang untuk mentranskripsikan data temubual, adalah penting diberitahu tentang perlunya dimasukkan petunjuk-petunjuk bukan lisan ini. Tesch (1990) memberikan panduan umum tentang menganalisis data daripada transkrip temu bual seperti berikut:

Page 20: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

57

57

i. Dapatkan gambaran keseluruhan. Baca semua transkrip dengan teliti. Tuliskan idea-idea yang timbul dari semasa ke semasa ii. Pilih satu transkrip - mungkin yang paling menarik, yang terpendek atau yang teratas sekali. Baca keseluruhannya dan cuba dapatkan makna di sebalik apa yang diperkatakan. Melihat apa yang tersirat. Tuliskan nya di ruangan margin kiri atau kanan iii. Selepas selesai meneliti beberapa transkrip, sediakan senarai semua topik-topik. Kelompokkan mengikut topik yang sama. Bentukkan lajur untuk meletakkan topik yang utama, atau yang unik dan yang selebihnya. iv. Kemudian, kembali kepada data selanjutnya. Tukarkan topik kepada kod-kod tertentu dan tuliskan kod kepada segmen yang sesuai dalam transkrip. Cuba cara yang sama kepada data temubual selanjutnya untuk melihat kategori atau kod baru daripada data v. Lihat topik yang mempunyai deskripsi yang jelas dan terbaik dan jadikannya kategori-kategori. Kurangkan jumlah kategori dengan mengelompokkan topik-topik yang berkaitan antara satu sama lain. Mungkin boleh dilukiskan garisan antara kategori-kategori untuk memperlihatkan hubungannya. vi. Buat keputusan muktamad tentang abbreviasi untuk setiap kategori dan jadikan kod mengikut huruf-huruf tertentu. vii. Kumpulkan data mengikut kategori-kategori dan jalankan analisis, jika perlu, buat pengkodan semula keatas data yang sedia ada (ms. 142 - 145)

Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Tesch di atas merupakan proses sistematik yang dijalankan oleh penyelidik dalam menganalisis data temubual. Sudah tentu terdapat variasi dalam proses tersebut. Misalnya, sesetengah penyelidik mungkin merasakan sangat berguna untuk mewarnakan kod-kod yang berbeza di atas transkrip. Juga menandakan kenyataan-kenyataan (quotes) yang menarik dan berguna yang boleh dimasukkan dalam naratif kemudiannya. Setengah penyelidik pula mungkin membentuk senarai kategori-kategori yang menggambarkan tema-tema major dan tema-tema minor dalam data. Satu senarai mungkin merupakan maklumat spesifik yang menunjukkan pertentangan dengan tema-tema yang timbul. Proses menyusunatur maklumat mungkin dijalankan dengan menggunakan fail, kad fail atau perisian komputer (Merriam, 1988).

Secara ringkasnya aliran proses analisis data ini adalah seperti berikut:

Pengkodan kategori serentak dengan

membandingkan merentas kategori-kategori

Pembaikan (refinement) kategori-kategori

Penerokaan perhubungan dan pola

merentas kategori-kategori

Page 21: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

58

58

Penyepaduan data yang menghasilkan pemahaman

tentang manusia dan latar-latar yang dikaji

4.2 Interpretasi Data Setelah data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang sesuai, data-data tersebut perlu diinterpret bagi menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan kesannya. Interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Proses interpretasi ini melibatkan penyelidik mengambil risiko dan membuat tekaan/ramalan yang mungkin kadang-kadang terbabas daripada makna atau maksud asalnya. Namun begitu sebagai penyelidik kita perlu melakukannya bagi menunjukkan kesignifikanan serta kesan kajian yang dilakukan. Terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan untuk menjalankan interpretasi data, terutama data berbentuk kualitatif. Mills (2003) telah menjelaskannya seperti berikut: i. Melanjutkan analisis Teknik yang cuba menimbulkan beberapa soalan tentang kajian. Soalan-soalan yang mungkin tidak ditanya dalam persoalan kajian awal, yang mungkin boleh menjadi asas dalam kajian tindakan seterusnya. ii. Kaitkan dapatan dengan pengalaman peribadi Pengalaman yang dilalui oleh penyelidik menjalankan kajian tindakan dalam kelasnya dapat membantunya memberikan interpretasi ke atas data. Interpretasi yang berasaskan kepada pemahaman dan pengetahuan penyelidik tentang sekolah, bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran. iii. Dapatkan pandangan rakan kritikal Kadang-kadang kita mungkin mengalami kesukaran untuk memfokuskan interpretasi yang ingin dilakukan atau kadang-kadang dalam membuat interpretasi kita terlepas pandang perkara-perkara tertentu yang mungkin penting, maka pandangan alternatif bolehlah didapati daripada rakan sekerja yang boleh memberikan pandangan dari sudut yang mungkin berbeza. Rakan sekerja atau rakan kritikal ini mungkin terdiri daripada mereka-mereka yang bekerja bersama dalam kajian, atau rakan sekerja atau mereka-mereka yang tidak pernah kita temui secara bersemuka tapi merupakan rakan yang kita sering berbual melalui internet. Juga mungkin kita boleh bertanyakan informan kajian seperti pelajar, ibubapa, guru-guru, pentadbir untuk mendapatkan pandangan mereka. iv. Meletakkan dapatan dalam konteks literatur Membincangkan dapatan kajian dengan mengaitkannya dengan bahan-bahan literatur yang relevan dengan topik kajian. Ini merupakan satu cara yang berguna bagi melihat kaitan dapatan kajian dengan asas pengetahuan yang telah berkembang dalam topik kajian. Membuat perkaitan dengan literatur yang ada juga merupakan satu cara penyelidik berkongsi dengan rakan-rakan sekerja yang lain tentang fokus kajian

Page 22: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

59

59

serta dalam masa yang sama menghargai sumbangan penyelidik guru dalam pemahaman ke atas topik yang dikaji. v. Kaitkan dengan teori Teori dalam definisinya yang mudah adalah “an analytical and interpretive framework that helps the researcher make sense of what is going on in the social setting being studied” (Mills, 1993, p.103). Dengan ertikata lain teori berfungsi dalam menyediakan cara untuk penyelidik mengaitkan kajiannya dengan isu-isu yang lebih luas. Teori juga membolehkan pengkaji mencari tahap abstraksi yang lebih tinggi, yang bergerak melampaui pernyataan deskriptif. Di samping itu, teori juga menyediakan rasional atau asas makna kepada kajian yang dilakukan. Maka adalah lebih bermakna sekiranya data yang dianalisis itu dapat diinterpretasikan dalam konteks teori yang berkaitan. Sebagai guru, kita sentiasa menggunakan dan dipengaruhi oleh teori-teori pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Maka pengkaji bolehlah menggunakan teori-teori tersebut dalam membuat interpretasi ke atas data yang dikumpul. Kesimpulannya, interpretasi data berlaku apabila kita bergerak melangkaui deskripsi dan cuba membuat sesuatu kenyataan tentang makna pelbagai tindak balas dan mencadangkan perhubungan antara data. Akhirnya kita membina model data kajian dengan cuba mendapatkan gambaran yang lebih luas dengan menggabungkan pelbagai indikator dan tema yang dapat melihat pertalian antara tema dengan lebih jelas.

RUMUSAN Proses pengumpulan dan analisis data sama ada data kuantitatif atau data kualitatif adalah merupakan proses yang kompleks dan memerlukan masa yang banyak. Soal mengumpul dan menguruskan proses analisis data ini adalah penting diberi perhatian supaya penyelidik tidak lemas dalam lambakan data yang banyak. Dalam konteks kajian tindakan, pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan bergantung kepada tujuan kajian dan jenis data yang diperlukan. Soal selidik, ujian, dokumen, diari, pemerhatian dan temubual adalah di antara teknik yang biasa digunakan. Sama ada analisis data dijalankan serentak dengan pengumpulan data atau analisis data dijalankan selepas semua data yang relevan telah dikumpulkan, kedua-duanya memerlukan organisasi data yang kemas dan sistematik. Bagi data kuantitatif, biasanya statistik huraian banyak digunakan dalam kajian tindakan untuk menghurai, menjelas dan menerangkan tentang data yang dikumpul. Bagi data kualitatif pula, transkrip temubual, nota lapangan, fotograf, video, dokumen serta lain-lain bahan sumber perlu diberi kod pengenalan yang memudahkannya diperolehi atau diakses semula. Semua data perlu diberikan tarikh perolehan, petunjuk tentang konteks, serta punca sumber (yang biasanya dirahsiakan) dengan menggunakan nama atau label samaran. Satu senarai data yang lengkap kemudiannya boleh disediakan dan digunakan sebagai rujukan sepanjang proses analisis. Proses pengkodan pula boleh dibuat dengan pelbagai cara mengikut tahap analisis yang perlu dilakukan. Biasa nya terdapat dua cara yang dilakukan iaitu cara potong dan tampal dan cara pengkodan warna. Dalam banyak hal, kedua-dua cara tersebut boleh digabungkan untuk memudahkan analisis dijalankan.

KATA KUNCI

1. Pengumpulan data 2. Teknik dan kaedah 3. Analisis data 4. Interpretasi data 5. Data kuantitatif 6. Data kualitatif

Page 23: UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATAmyguru3.upsi.edu.my/download/Course_Material_Preview... · Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 38 38 UNIT 4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA ... Adakah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

60

60

PENILAIAN KENDIRI 1. Instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data mestilah mempunyai tahap kesahan dan keboleh percayaan yang sesuai. Apakah yang anda faham tentang kesahan dan keboleh percayaan? 2. Apakah perbezaan yang ketara di antara data kuantitatif dan data kualitatif? Apakah teknik-teknik pengumpulan data yang biasanya digunakan untuk mengumpul data kuantitatif dan data kualitatif? 3. Kajian tindakan tidak begitu mementingkan generalisasi. Oleh kerana itu, analisis yang digunakan biasanya banyak menggunakan statistik huraian sahaja. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

RUJUKAN

Ary. D., Jacobs. L.C dan Razavieh. A (2002). Introduction to research in education. (6th ed.). Wadsworth/Thompson Learning.Belmont: California. Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur. Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research methods in education (5th ed.). New York: RoutledgeFalmer. Creswell, J.W. (2003) Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd Ed.), Thousand Oaks:Sage Fontana, A., & Frey, J.H., The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text, dalam Denzin & Lincoln, (2003)(eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials, 2nd Ed., Thousand Oaks:Sage Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook (2nd ed.) Thousand Oaks, CA.:Sage Othman Lebar, (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod, Tanjong Malim: Penerbit UPSI Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte,M.D., (1999) Essential Ethnographic Methods, Ethnographer‟s Toolkit, New York:Altamira Press