[2015] minit curai taklimat kaedah iqra.doc

Upload: pinggan88

Post on 09-Mar-2016

21 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SK SULTAN IDRIS II

LAPORAN MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL DAN LAIN-LAIN

A. Butiran Laporan

1.Tajuk TAKLIMAT

2.Mesyuarat/Seminar/BengkelPEMANTAPAN PDP TILAWAH AL-QURAN KAEDAH IQRA PERINGKAT DAERAH LMS 2015

3.PengerusiJURULATIH IQRA DAERAH

4.Tarikh25 JUN 2015 (KHAMIS)

5.Masa2.30 5.00 PETANG

6.TempatBILIK GERAKAN SK TOH RATNA SAKTI

7.AnjuranPPD LMS

8.Nama Pegawai PelaporRAUDHATUL KHALILAH BINTI AHMAD

9.Pegawai Lain yang Hadir-

B. Perkara yang Dibincangkan PENGENALAN

1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan : Cemerlang (Turus), Sederhana dan lemah

2. Kumpulan Cemerlang (Murid Aktif): membantu murid yang lemah secara berpasangan.

3. Guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja.

4. Guru menyemak bacaan seorang demi seorang.

5. Guru memberi contoh bacaan, TIDAK MEMBERI ULASAN

Kaedah Mengajar Buku IQRA

1. Bacaan terus tanpa penerangan dan tidak perlu mengeja Tidak perlu menerangkan sifat huruf, huruf yang disambung Tidak perlu terangkan tajwid. Yang penting murid dapat menguasai bacaan dengan betul. Tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktikal bacaan.2. Baca lambat asalkan betul3. Bacaan yang sudah betul tidak perlu diulang lagi

4. Tegur dan baca secara terputus-putus jika murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek seperti mengingatkan huruf berikutnya

5. Tegur bahagian yang keliru sahaja

6. Tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar di ikuti.

7. Segera memperbetulkan kesalahan bacaan huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang

8. Beri isyarat seperti kata-kata atau hati-hati! dan sebagainya

9. Beri peringatan seperti membaca bunyi ( ), bila tiada titiknya dibaca ( )

10. MESTI menunjukan bacaan yang sebenar bagi murid yang masih lupa

11. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun dengan bacaan tartil.

12. Pindah halaman seterusnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan bagi yang cepat menguasai.

C.Tarikh Mesyuarat yang Akan Datang

:-

D.Tandatangan Pegawai Pelapor::(RAUDHATUL KHALILAH BINTI AHMAD)

E. Tarikh Laporan Disediakan:26 JUN 2015

-

SK SRI SELAMA

JLN SIR CHULAN, SELAMA, 34100 PERAK

2