maklumat pertandingan inovasi p&p 2017 - ukm.my · tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil...

14
MAKLUMAT PERTANDINGAN INOVASI P&P K-NOVASI P&P UKM 2017 11-Feb-17 1:46 PM

Upload: vuphuc

Post on 29-Mar-2019

510 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MAKLUMAT PERTANDINGAN INOVASI P&PK-NOVASI P&P UKM 2017

11-Feb-17 1:46 PM

JADUAL AKTIVITI PERTANDINGAN DAN PAMERAN INOVASI P&P 2017

14 – 16 FEBRUARI 2017, DEWAN GEMILANG UKM

PAKEJ PENDAFTARANKATEGORI TERBUKA

RM 500 X 1 ORANG X 1 POSTER

PAKEJ PENDAFTARANKATEGORI UKM

RM 250 X 1 ORANG X 1 POSTER

MAKLUMAT UMUM

1. Penyertaan pertandingan terbuka kepada ahli akademik UKM atau pendidik institusi luar (sekolah, politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan) sama ada secara individu atau berkumpulan.

2. Kombinasi ahli akademik/ pendidik, staf dan pelajar adalah dibenarkan. Namun, hanya AHLI AKADEMIK/ PENDIDIK SAHAJA dibenarkan membentang.

3. Para peserta juga digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing.

MAKLUMAT KHUSUS

1. TujuanMengenalpasti produk dan inovasi P&P yang boleh diketengahkan di peringkat UKM dan kebangsaan.

2. Kategori Penyertaana) UKMb) Terbuka

3. Kategori Pertandingana) Kaedah Pengajaran/ Penyeliaanb) e-Pembelajaran/ Bahan Bantu Mengajarc) Pentaksiran/ Penilaian

4. YuranSetiap penyertaan dikenakan yuran RM250 kategori UKM dan RM500 kategori TERBUKA (termasuk caj GST)

MAKLUMAT KHUSUS (SAMBUNGAN)

5. Syarat-syarata) Produk atau hasil inovasi yang dipertandingkan mestilah berkaitan proses atau bahan pembelajaran dan pengajaran

b) Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, yuran setiap satu penyertaan adalah seperti yang telah ditetapkan

c) Setiap penyertaan mestilah didaftarkan melalui borang penyertaan dalam talian di laman sesawang www.ukm.my/knovasi

PENYEDIAAN POSTER DANKELENGKAPAN

Setiap penyertaan akan diberikan: • 1 ruang papan pameran saiz 3’ x 4’ (L x T);

• 1 unit meja peperiksaan; dan• 1 unit kerusi

1. Peserta perlu menyediakan dan mencetak poster saiz A1 (841 x 594 mm / 33.1 x 23.4 inci) mengikutkreativiti masing-masing berdasarkan kriteriapenilaian sama ada dalam Bahasa Melayu atauBahasa Inggeris. Kos berkaitan adalahtanggungan peserta sendiri.

2. Peserta dikehendaki membawa sendiri GUNTING dan PELEKAT VELCRO bahagian HOOK sahaja. Hanya pelekat Velcro sahaja dibenarkan untukdigunakan bagi tujuan menampal poster padapapan pameran yang disediakan.

PENYEDIAAN POSTER DANKELENGKAPAN (SAMBUNGAN)

3. Kemudahan internet dan soket individu tidakdisediakan. Peserta disarankan membawabroadband sendiri bagi tujuan pembentangandan sebagainya. Peserta hendaklah membawakomputer riba sendiri yang dicaj penuh (jikaperlu). Pihak penganjur ada menyediakan 2 stesen mengecas di dalam Dewan Gemilangsekiranya ada keperluan.

4. Peserta perlu sentiasa berwaspada terhadapkeselamatan barang masing-masing sepanjangpameran berlangsung.

5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab di ataskehilangan, kecurian atau sebarang kerosakansemasa dan selepas pameran berlangsung.

PENYEDIAAN POSTER DANKELENGKAPAN (SAMBUNGAN)

KRITERIA PENILAIAN

PENJURIAN

1. Peserta hendaklah membentang/ mempamer/ membuat demonstrasi inovasi masing-masing di hadapan juri sewaktu sesi penjurian dijalankan.

2. Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan dan soal jawab adalah maksimum 5 minit sahaja.

3. Peserta (ketua atau ahli) diminta untuk berada di poster masing-masing sepanjang sesi pameran berlangsung bagi melayani pelawat yang hadir.

4. Pertandingan ini akan diadili oleh juri yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk K-Novasi P&P. Keputusan pengadilan oleh juri adalah muktamad dan keputusan ini diaudit oleh juru audit bertauliah.

5. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa majlis penutup & peserta perlu berada di lokasi pada masa tersebut untuk acara penyampaian hadiah.

PINGAT & SIJIL

Peserta pertandingan yang telah membayar yuran RM500 akan membawa pulang:

• 1 unit pingat• 1 unit sijil pencapaian yang tertera nama

ketua dan ahli kumpulan

1. Peserta biasa yang telah membayar yuran RM100 dan juga merupakan ahli kepada salah satu poster pertandingan inovasi akan menerima salinan sijil pencapaian yang tertera nama ketua dan ahli kumpulan. Oleh itu, sijil peserta biasa tidak akan dikeluarkan. Namun, jika terdapat permintaan untuk dikeluarkan juga sijil peserta biasa, maka bayaran RM5 seunit sijil akan dikenakan.

2. Tempahan boleh dibuat bagi sijil tambahan untuk ahli yang dinamakan bersama ketua tetapi tidak hadir dengan bayaran RM5 seunit sijil.

PINGAT & SIJIL (SAMBUNGAN)

3. Sijil akan dicetak berdasarkan senarai nama yang didaftarkan dalam laman sesawang K-Novasi atau rekod yang dikemaskini daripada maklum balas peserta terhadap emel maklumat pendaftaran sebelum 11 Februari 2017. Permohonan sijil gantian bagi kesilapan yang berpunca daripada peserta akan dikenakan caj RM5 seunit sijil.

4. Tempahan pingat dan sijil pencapaian tambahan boleh dibuat di kaunter sekretariat melalui bayaran tunai sahaja dengan harga RM70 seunit pingat dan RM5 seunit sijil pencapaian. Resit akan diberikan selepas bayaran dibuat. Pingat dan sijil pencapaian tambahan akan diposkan kemudian.