201402140114_pembangunan profesionalisme berterusan

3
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI ISI PENTING Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberikan impak yang besar kepada diri sendiri, murid-murid, guru besar dan semestinya kepada negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi dengan guru-guru di sekolah tentang tanggungjawab inisiatif kendiri. Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik yang menjuruskan kearah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan dapat membantu meningkatkan kemajuan Negara an masyarakat itu sendiri. Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah perlu untuk inisiatif sendiri bukan hanya dipaksa oleh mana-mana pihak. Diharapkan guru menggunakan peluang yang diberi ini untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik sahaja tetapi dalam semua perkara. Guru juga perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh mengaplikasikannya dengan kehidupan mereka pada masa hadapan. Malah bukan hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata sahaja. Katanya transformasi keguruan sebagai profesional pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.“Bagi melaksanakannya, kita perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang yang boleh menjayakan program ini. Kita juga mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan menarik yang membolehkan kejayaan kepada negara dan akan dijadikan perhatian ramai pelajar,” katanya. Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti yang boleh meningkatkan martabat negara. Guru sebagai pemangkin utama

Upload: mohd-zamani-mnp

Post on 12-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

art

TRANSCRIPT

Page 1: 201402140114_pembangunan Profesionalisme Berterusan

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI

ISI PENTING

Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberikan impak yang besar kepada diri sendiri, murid-murid, guru besar dan semestinya kepada negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi dengan guru-guru di sekolah tentang tanggungjawab inisiatif kendiri. Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik yang menjuruskan kearah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan dapat membantu meningkatkan kemajuan Negara an masyarakat itu sendiri.

Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah perlu untuk inisiatif sendiri bukan hanya dipaksa oleh mana-mana pihak. Diharapkan guru menggunakan peluang yang diberi ini untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik sahaja tetapi dalam semua perkara. Guru juga perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh mengaplikasikannya dengan kehidupan mereka pada masa hadapan. Malah bukan  hanya untuk lulus peperiksaan semata-mata sahaja. Katanya transformasi keguruan sebagai profesional pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.“Bagi melaksanakannya, kita perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang yang boleh menjayakan program ini. Kita juga mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan menarik yang membolehkan kejayaan kepada negara dan akan dijadikan perhatian ramai pelajar,” katanya.

Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti yang boleh meningkatkan martabat negara. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberikan pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan ini. Dengan cara ini, profesionalismeguru besar  itu sendiri dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan di dalam profesionalisme guru Berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003).

Contohnya, kita sendiri iaitu kita boleh berjaya disebabkan guru-guru kitapaa ketika dahulu adalah berkualiti. Sebagai guru, kita sentiasa mencari untuk meningkatkan kualiti diri kita.Kemenjadian pelajar amat penting pada masa sekarang kerana mereka yang akan memimpin negara kita pada masa hadapan. Kita bangga ramai pelajar yang cemerlang setiap kali peperiksaan tetapi ramai juga yang gagal. Kita harus mendidik pelajar pada hari ini untuk menyediakan mereka pada akan datang. Contohnya, murid tahun 1 yang kita didik hari ini boleh faham hidup mereka pada tahun 2025 nanti. Faktor penting yang perlu kita lihat adalah berkomunikasi dengan berkesan dan efektif, yang boleh berkolaborasi dengan semua pihak dan mahir di dalam bidang yang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesebuah institusi atau seseorang majikan.Guru sentiasa proaktif ke

Page 2: 201402140114_pembangunan Profesionalisme Berterusan

hadapan. dan jangan tunggu guru besar menyuruh anda baru nak buat. Faktor guru amat penting dalam membangunkan profesionalisme keguruan ini. Guru perlu membuat kajian tindakan yang perlu bagi mengenalpasti kelemahan atau kekuatan yang ada pada pelajar. Pihak media sosial seperti facebook, juga memainkan peranan penting. Guru seharusnya menggunakan ict di dalam p & p yang dimana boleh berhubung dan tukar maklumat.

Semua guru tidak kira gred perlu ada kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan wawasan diri. .Contoh, kompetensi yang diharapkan adalah p & p akan berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah dan sumbangan profesionalisme. Laluan kerjaya-3 tahun berprestasi tinggi akan dapat manfaat. Guru terdiri daripada beberapa jenis iaitu 3kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik merentasi beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan,” katanya ketika berucap untuk merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Dalam Pembelajarandan Pembangunan Guru di sini hari ini. Selain itu, Kementerian Pelajaran akan menyediakan banyak peluang untuk peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian mereka, sekali gus membolehkan pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha danperkembangan positif dalam memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru itu.

Kesimpulan:Sebagai guru harus sentiasa meningkatkan kompetensi dan perlu seiring dengan kehendak negarahari ini.“Kita tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang yang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan,” katanya.