2012-pengurusan kewangan

3
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PKS SME CORP MALAYSIA BAGI PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN (PPB) UTeM PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN (FINANCE FOR NON-FINANCIAL MANAGER) 1.0 Pengenalan Pengurusan kewangan merupakan satu aspek penting dalam sesebuah perniagaan yang mana hal-hal berkaitan dengan kewangan perlu diuruskan dengan teratur dan berkesan supaya ianya mencapai objektif sesebuah organisasi. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, keputusan tidak dapat dibuat dengan tepat di mana sebahagian besar input untuk membuat keputusan adalah datangnya daripada maklumat kewangan. Dalam program ini, usahawan didedahkan dengan pembiayaan sumber kewangan, kaedah- kaedah asas menguruskan kewangan, penganalisaan data kewangan serta mengenali dana geran atau insentif yang disediakan oleh kerajaan. Pengurusan kewangan antara lainnya bertujuan supaya usahawan sedar akan kedudukan kewangan perniagaan mereka dari masa ke semasa. Ini dapat membantu dalam membuat keputusan bagi aktiviti harian mahupun keputusan di peringkat pengurusan. Para usahawan perlu peka bahawa sebahagian besar perniagaan gagal adalah disebabkan oleh lemahnya pengurusan kewangan. Oleh itu pengurusan kewangan adalah amat penting untuk perniagaan bertahan di masa akan datang. 2.0 Objektif Setelah tamat program ini, peserta akan dapat: Memahami pembiayaan sumber kewangan perniagaan. Mengetahui objektif pengurusan kewangan. Memahami perkara-perkara yang perlu diuruskan dalam kewangan. Menyediakan penyata kewangan. Menganalisa data kewangan untuk membuat keputusan. Menganalisa Cost-Volume-Profit. Mengenali dana geran dan insentif. 3.0 Format Bengkel ini adalah satu sesi terbuka antara penceramah dan peserta di mana kedua-dua pihak boleh mengutarakan pendapat dan pengalaman masing-masing semasa sesi berlangsung. Peserta akan didedahkan dengan teori asas yang boleh diaplikasikan terus dalam perniagaan. Mereka akan belajar dengan cara membuat latihan dan pemerhatian terhadap peserta lain. 4.0 Kandungan Program Modul 1: Pembiayaan Sumber Kewangan Modul ini memberi fokus kepada isu utama berkenaan dengan pembiayaan dan sumber kewangan. Modul ini dimulai dengan membincangkan mengapa kebanyakan firma-firma baru memerlukan pembiayaan kewangan. Ia kemudiannya beralih kepada membincangkan mengenai sumber-sumber kewangan yang merangkumi penggunaan sumber kewangan sendiri oleh usahawan, langkah berjimat-cermat, dan meminjam daripada rakan-rakan atau keluarga. Strategi hutang dan pembiayaan ekuiti juga turut dibincangkan.

Upload: are-fix

Post on 09-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

2012-Pengurusan Kewangan

TRANSCRIPT

  • PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PKS SME CORP MALAYSIA BAGI PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN (PPB) UTeM

    PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN

    (FINANCE FOR NON-FINANCIAL MANAGER) 1.0 Pengenalan

    Pengurusan kewangan merupakan satu aspek penting dalam sesebuah perniagaan yang mana

    hal-hal berkaitan dengan kewangan perlu diuruskan dengan teratur dan berkesan supaya ianya

    mencapai objektif sesebuah organisasi. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, keputusan

    tidak dapat dibuat dengan tepat di mana sebahagian besar input untuk membuat keputusan

    adalah datangnya daripada maklumat kewangan.

    Dalam program ini, usahawan didedahkan dengan pembiayaan sumber kewangan, kaedah-kaedah asas menguruskan kewangan, penganalisaan data kewangan serta mengenali dana geran atau insentif yang disediakan oleh kerajaan. Pengurusan kewangan antara lainnya bertujuan supaya usahawan sedar akan kedudukan kewangan perniagaan mereka dari masa ke semasa. Ini dapat membantu dalam membuat keputusan bagi aktiviti harian mahupun keputusan di peringkat pengurusan. Para usahawan perlu peka bahawa sebahagian besar perniagaan gagal adalah disebabkan oleh lemahnya pengurusan kewangan. Oleh itu pengurusan kewangan adalah amat penting untuk perniagaan bertahan di masa akan datang.

    2.0 Objektif

    Setelah tamat program ini, peserta akan dapat:

    Memahami pembiayaan sumber kewangan perniagaan.

    Mengetahui objektif pengurusan kewangan.

    Memahami perkara-perkara yang perlu diuruskan dalam kewangan.

    Menyediakan penyata kewangan.

    Menganalisa data kewangan untuk membuat keputusan.

    Menganalisa Cost-Volume-Profit.

    Mengenali dana geran dan insentif.

    3.0 Format Bengkel ini adalah satu sesi terbuka antara penceramah dan peserta di mana kedua-dua pihak boleh mengutarakan pendapat dan pengalaman masing-masing semasa sesi berlangsung. Peserta akan didedahkan dengan teori asas yang boleh diaplikasikan terus dalam perniagaan. Mereka akan belajar dengan cara membuat latihan dan pemerhatian terhadap peserta lain.

    4.0 Kandungan Program

    Modul 1: Pembiayaan Sumber Kewangan Modul ini memberi fokus kepada isu utama berkenaan dengan pembiayaan dan sumber kewangan. Modul ini dimulai dengan membincangkan mengapa kebanyakan firma-firma baru memerlukan pembiayaan kewangan. Ia kemudiannya beralih kepada membincangkan mengenai sumber-sumber kewangan yang merangkumi penggunaan sumber kewangan sendiri oleh usahawan, langkah berjimat-cermat, dan meminjam daripada rakan-rakan atau keluarga. Strategi hutang dan pembiayaan ekuiti juga turut dibincangkan.

  • PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PKS SME CORP MALAYSIA BAGI PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN (PPB) UTeM

    Modul 2: Objektif Pengurusan Kewangan Modul ini menekankan kenapa perlunya mengurus kewangan bagi sesebuah organisasi perniagaan. Antara objektif pengurusan kewangan yang akan diberi perhatian adalah dari sudut kutipan hasil yang lebih efektif, peruntukan mencukupi untuk menampung perbelanjaan, perbelanjaan dari peruntukan secara efektif serta mencapai objektif organisasi, perbelanjaan dilakukan dengan kelulusan dan meminimumkan pembaziran atau meminimumkan penyalahgunaan sumber organisasi.

    Modul 3: Proses Pengurusan Kewangan Modul ini memberi fokus kepada proses pengurusan bagi tiga elemen utama dalam perniagaan iaitu terimaan, bayaran dan belanjawan. Perbincangan adalah lebih kepada bagaimana merekod, mengakaun dan mengawal yang melibatkan jurnal, lejer, imbangan duga dan sebagainya. Ianya melibatkan langkah-langkah tertentu yang perlu dilakukan dengan kaedah-kaedah tertentu serta menggunakan dokumen-dokumen tertentu bagi menyempurnakan complete set of accounting cycle. Bagi tujuan tersebut, peserta akan diberi latihan dan tunjuk ajar.

    Modul 4: Penyata Kewangan Modul ini melengkapkan lagi modul 3 di mana penekanan diberikan kepada penyediaan penyata kewangan iaitu Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti, Kunci Kira-kira dan Penyata Aliran Tunai. Ianya amat penting kerana penyata kewangan merupakan lambang kedudukan kewangan sesuatu perniagaan yang diperlukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti pihak bank, pembekal dan sebagainya. Peserta akan diberikan latihan untuk penyediaan dan intepretasi.

    Modul 5: Analisis Kewangan Modul ini membincangkan kepentingan analisis kewangan di mana ia bertujuan untuk menilai pencapaian sesebuah perniagaan. Analisis kewangan yang akan difokuskan adalah analisis nisbah kewangan yang berkait dengan nisbah kecairan, nisbah kecekapan dan nisbah keuntungan. Data adalah berdasarkan penyata kewangan. Peserta akan diberi latihan bagi menambahkan keberkesanan.

    Modul 6: Analisis Kos-Volum-Untung Modul ini mengkaji perhubungan antara kos, volum dan untung di mana ia mengkaji kesan perubahan kos dan volum ke atas keuntungan bagi tujuan perancangan dan pembuat keputusan sesebuah perniagaan. Ianya juga termasuk bagaimana untuk mendapatkan titik pulang modal dalam bentuk kuantiti dan juga ringgit. Ia amat penting bagi usahawan dalam membuat keputusan untuk aktiviti seperti menambah rangkaian produk, membuat perubahan harga pada produk sedia ada atau menerokai pasaran baru.

    Modul 7: Dana Geran dan Insentif Modul ini memberi pendedahan kepada para usahawan tentang dana dalam bentuk geran dan insentif kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan. Penceramah jemputan daripada agensi berkaiatan akan dijemput memberikan taklimat khusus bagi tajuk ini.

  • PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PKS SME CORP MALAYSIA BAGI PUSAT PEMBELAJARAN BERTERUSAN (PPB) UTeM

    5.0 Tempoh Kursus

    2 Hari 6.0 Yuran

    RM 300.00/seorang

    7.0 Tarikh To be determined later

    8.0 Tempat

    Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

    9.0 Profail Penceramah

    Assoc. Prof. Dr. Izaidin bin Abdul Majid is currently holding the post of Director of UTeMs Centre for Continuous Learning and at the same time is attached to the Faculty of Technology Management and Technopreneurship. He obtained his PhD in entrepreneurship from The Hunter Centre for Entrepreneurship, University of Strathclyde, UK. He taught a number of subjects relating to entrepreneurship at various levels from Diploma through MBA at UTeM, besides supervising

    postgraduate research students at MSc and PhD levels. He also conducts a number of research projects and has assisted UniMap and KKTM in programs relating to entrepreneurship.

    Puan Nor Azah binti Abdul Aziz kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Berkelulusan MBA (Technology & Innovation Management), UTeM, BA (Hons) Accounting & Finance, Uni. of East London, UK dan Diploma in Accountancy, UiTM . Bermulanya kerjayanya sebagai Accounts Executive di EPE Power Corporation Bhd pada tahun 1997 dan dilantik sebagai Project Accountant,

    EPE Power Corporation Bhd dari tahun 1998 hingga 2001. Sebelum bertugas sebagai Pensyarah, beliau juga merupakan Pegawai Akaun di UTeM bermula dari tahun 2004 hingga 2008.