2.0 struktur organisasi

13
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL 2.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI CARTA ORGANISASI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP 5 PENASIHAT PN ZARINA BT ABD MAJID PENGERUSI TN HJ MOHD YUSOF B MD NOR KETUA PANITIA EN SUKERI B MAHYUDDIN SETIAUSAHA PN NORAZLINA BT NIZAL AJK CIK IDA SHAHRIZNA BT SHAHRUDDIN PN NAZLINA BT MOHD

Upload: cekgumiera

Post on 23-Jun-2015

1.246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

2.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI

CARTA ORGANISASI PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

5

PENASIHAT

PN ZARINA BT ABD MAJID

PENGERUSI

TN HJ MOHD YUSOF B MD NOR

KETUA PANITIA

EN SUKERI B MAHYUDDIN

SETIAUSAHA

PN NORAZLINA BT NIZAL

AJK

CIK IDA SHAHRIZNA BT SHAHRUDDIN

PN NAZLINA BT MOHD

Page 2: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

STRUKTUR DAN ORGANISASI

CARTA ORGANISASI KELAS 4 BESTARI

6

GURU

PN NORAZLINA BT NIZAL

FORMEN

MOHD SYAFIQ B ROSLI

PEN FORMEN

NURUL FARHANAH BT ZUBIR

K 1

Agilan

Aniq Haikal

Roshen

Elisa

Nur Diana

K 2

Alief Iqraiz

Darshen

Zaimie

Nurul Atiqah

Nurul Huda

K 3

Syahrul

Daniel

Sarriswaran

Juliana

Zulieana

K 4

Annuar Syahir

Khairul Ali

Thinesh

Monica

Irin Ezlin

Page 3: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

ORGANISASI PENTADBIRAN KEMAHIRAN HIDUP

Organisasi ialah kesatuan atau gabungan yang merangkumi manusia, alatan,

kemudahan dan bahan yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai

sesuatu matlamat telah ditetapkan ( Kamus Dewan ).

Organisasi terbahagi kepada 2 :

7

- Terdapat aliran penurunan kuasa

untuk mencapai matlamat atau

objektif yang ditetapkan bersama ahli

organisasi.

- Aliran penurunan kuasa penting untuk

tentukan peranan setiap ahli

organisasi.

- Contohnya, panitia Kemahiran Hidup,

jawatankuasa disiplin dan unit ko-

kurikulum.

- Agensi yang mempercepatkan

tindakan untuk memcapai sesuatu

tujuan yang dihasratkan.

- Contohnya, Guru Besar adalah ketua

pentadbir di sekolah merangkap

penasihat PIBG.

- PIBG boleh menubuhkan

jawatankuasa pelaksanaan untuk

sesuatu aktiviti dengan persetujuan

Guru Besar dan jawatankuasa ad-hoc

ini akan dibubar setelah aktiviti

selesai.

Organisasi tidak formalOrganisasi formal

Page 4: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

TANGGUNGJAWAB PENTADBIRAN KEMAHIRAN HIDUP

i. Membantu menentukan bidang tugas guru-guru Kemahiran Hidup

ii. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-

guru Kelahiran Hidup.

iii. Membantu menyelaras kutipan data / maklumat berkaitan Kemahiran Hidup.

iv. Membantu menyelaras takwim sekolah khususnya berkaitan Kemahiran Hidup.

v. Membantu menyelia kerja-kerja guru Kemahiran Hidup.

vi. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan Kemahiran Hidup.

vii. Membantu menyediakan penyata kewangan.

TUGAS GURU BESAR

Memastikan jawatankuasa panitia Kemahiran Hidup dilantik.

Menentukan peraturan keselamatan sentiasa dikemaskini dan dipatuhi.

Memastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera.

Mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

TUGAS KETUA PANITIA

Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar.

Memberi bimbingan kepada guru-guru Kemahiran Hidup dan staf sokongan.

Mengendalikan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun

untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi di bengkel.

Memastikan bengkel selesa dan selamat digunakan oleh murid dan guru.

Menjalankan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan

mengadakan perjumpaan secara ad-hoc apabila perlu.

8

Page 5: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

TUGAS GURU KEMAHIRAN HIDUP

Mematuhi jadual penggunaan bengkel.

Menyediakan alatan dan bahan sebelum kelas bermula.

Memastikan bengkel sentiasa bersih sebelum dan selepas digunakan.

Mengawasi penggunaan bahan dan alatan ketika digunakan.

Membantu tugas ketua panitia.

Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid bagi mengelakkan

berlakunya kemalangan.

TUGAS FORMEN

Membantu guru semasa di bengkel.

Memastikan alatan tangan yang digunakan mencukupi dan diletakan semula di

tempat asal selepas digunakan.

Memastikan bengkel dalam keadaan bersih selepas digunakan.

Melaporkan segera kemalangan yang berlaku kepada guru.

Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid lain.

TUGAS PENOLONG FORMEN

Membantu tugas-tugas formen.

Mengambil alih tugas formen jika formen tiada.

9

Page 6: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI BENGKEL KEMAHIRAN

HIDUP

Prinsip umum dalam sebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14

perkara ( Henri Fayol ) :

1. Pengkhususan / pembahagian kerja

Pengkhususan kerja adalah penting dalam sebuah pengurusan.

Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan produktif.

Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi tumpuan

kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin kerja harian. Dengan ini,

hasil kerja akan menjadi lebih konsisten dan meningkatkan lagi output.

2. Kuasa dan tanggungjawab

Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi daripada

pejabatnya dan juga kuasa personal yang merangkumi beberapa ciri seperti

kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak dan rekod

perkhidmatan yang baik. Pelantikan ketua bengkel harus dilantik secara

rasmi oleh kementerian pendidikan. Ketua bengkel berperanan untuk

menyelaras tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang lain.

3. Disiplin

Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat setia

dan menghormati. Disiplin perlu untuk memastikan jentera pentadbiran

sebauh pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin juga satu cabang

pengurusan bengkel yang penting.

4. Kesepakatan dalam perintah ( unity of command )

Seorang kakitangan atau pekerja harus menerima arahan atau perintah

daripada seseorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan bagi

menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel.

10

Page 7: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

5. Kesepakatan dalam arahan (utility in direction)

Seorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk pekerja

dibawahnya. Aktiviti-aktiviti ini mempunyai objektif yang sama iaitu bagi

memajukan bengkel.

6. Kepetingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan.

Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah

organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah

organisasi adalah sama dengan pembentukan sesebuah negara atau

bangsa, di mana kepentingan negara dan bangsa harus diutamakan.

7. Penghargaan

Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sesebuah

organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua

kakitangan berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi mengikut

kemampuan.

8. Pemusatan

Menurut Henri Fayol, pemusatan adalah satu keperluan dalam sebuah

organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan kebijaksanaan dan

pengalamannya untuk melaksanakan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti

pengurusan dan ini boleh mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan

kepada kakitangannya.

9. Rangkaian scalar

Rangkaian scalar ialah susun lapis atau struktur dalam sebuah organisasi

iaitu daripada yang paling atas kepada yang paling bawah. Rangkaian

scalar sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan kuasa semua

lapisan dalam sebuah organisasi.

11

Page 8: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

10.Tersusun

Secara asasnya setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuai untuk

setiap kakitangannya. Mereka perlu melihat bagaimana peranannya boleh

diterapkan ke dalam organisasi itu.

11.Persamaan

Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi. Ini

boleh menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi.

12.Kestabilan dalam pemegangan jawatan

Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri

dalam tugasannya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan.

Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbangkan rasa taat

setia, nilai dan tujuan kepada sebuah organisasi.

13. Inisiatif

Merancang suatu aktiviti dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan

keinginan yang diharapkan. Kejayaan merupakan satu kepuasan untuk

setiap orang.

14.Esprit de crops

Setiap organisasi perlu memberi penekanan kepada membangunkan

perasaan harmoni antara anggotanya. Ini boleh mewujudkan team work

yang berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.

12

Page 9: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Sepanjang dua bulan menjalani latihan mengajar di Sekolah Taman Cuepacs,

Cheras, saya dapati bengkel sekolah tersebut mempunyai organisasi bertulis yang

lengkap. Carta organisasi ini dipaparkan di papan kenyataan di dalam bengkel. Namun

begitu, sejauh mana kefungsian setiap jawatankuasa yang telah dilantik menggerakkan

bengkel Kemahiran Hidup tersebut perlu diberi perhatian. Saya telah menjalankan

beberapa kaji selidik terhadap organisasi tersebut.

Guru Besar, Puan Zarina bt Abd Majid seorang yang berkaliber. Beliau peka

dengan setiap tugas yang dipertanggungjawabkan. Beliau sering mengikuti

perkembangan aktiviti di bengkel Kemahiran Hidup. Encik Sukeri b Mahyuddin selaku

Ketua Panitia Kemahiran Hidup turut memainkan peranan penting. Namun begitu,

jadual penggunaan bengkel tidak dipaparkan. Ini mengakibatkan ada di antara guru

yang tidak dapat menggunakan bengkel kerana terdapat kelas lain yang sedang berada

di dalam bengkel ketika itu. Ini turut mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Carta organisasi dipaparkan di dalam bengkel.

Keseluruhan organisasi bengkel ini adalah bagus. Setiap guru menjalankan tugas

masing-masing. Manakala formen yang dilantik di setiap kelas juga boleh memimpin

rakan-rakan lain untuk lebih berdisiplin ketika berada di dalam bengkel.

13

PEMERHATIAN

Page 10: 2.0 STRUKTUR ORGANISASI

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Saya mencadangkan agar jadual penggunaan bengkel Kemahiran Hidup

dipaparkan di luar bengkel. Ini memudahkan guru-guru memastikan terlebih dahulu

waktu yang sesuai untuk menggunakan bengkel tanpa ada perselisihan. Jadual yang

dibuat haruslah bersesuaian, jelas dan tidak bertindih supaya setiap kelas dapat

menggunakan bengkel untuk menjalankan kerja-kerja amali.

Selain itu, almari penyimpanan alatan dan bahan hendaklah sentiasa berkunci

bagi mengelakkan kehilangan sebarang alatan. Kebanyakan alatan dan bahan yang

terdapat di dalam bengkel adalah sangat menarik perhatian murid. Murid cenderung

dengan sifat inkuiri penemuan iaitu semangat ingin tahu dan mencuba. Jika almari tidak

dikunci, murid akan mengambil perlatan sendiri dan mencubanya. Ini berbahaya kerana

akan mengakibatkan kecederaan.

14

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN