2 unsur keterangan frasa kerja

24
UNSUR KETERANGAN PISMP SEM 5 BAHASA MELAYU C Ahli Kumpulan: Nur Afifah Bt Ahmad Fitri Norlida Bt Ibrahim Farah Fazriyana Bt Basri Nor Azrina Bt Mohd Zainol Iza Kasmadiana Bt Kasmijan

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

266 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 unsur keterangan frasa kerja

UNSUR KETERANGAN

PISMP SEM 5BAHASA MELAYU C

Ahli Kumpulan:

Nur Afifah Bt AhmadFitri Norlida Bt IbrahimFarah Fazriyana Bt Basri

Nor Azrina Bt Mohd ZainolIza Kasmadiana Bt Kasmijan

Page 2: 2 unsur keterangan frasa kerja

TUGASAN ISL

Berdasarkan mana-mana petikan cerpen, nyatakan jenis-jenis unsur keterangan dan huraikan contoh-contoh diperolehi.

 

Page 3: 2 unsur keterangan frasa kerja

UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA

• Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi.

• Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba.• Dalam ayat susunan biasa unsur keterangan hadir sesudah kata kerja.

• Bagi kata kerja transitif,unsur keterangan hadir selepas objek.

• Dari segi struktur binaan,unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama,frasa adjektif,frasa nama dan kata adverba.

Page 4: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contohnya :  Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang

kenaikan gaji.Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap 

perlahan-lahan.Bunga rampai itu berbau sungguh harum.Rombongan pengantin itu tiba pada malam tadi.Kumpulan pelajar Malaysia itu bertolak esok pagi

ke Jepun.Mereka berjuang mati-matian.Murid-murid itu menjawab serentak apabila

ditanya.

Page 5: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Tempat atau 

Arah

Keterangan Waktu

Keterangan Cara

Keterangan Penyertaan

Keterangan Alat

Keterangan Tujuan atau Harapan

Keterangan Hal

Keterangan Bagai

FRASA KETERANGAN

Page 6: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Tempat atau Arah

• Unsur yang membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.

• Kata sendi namanya ialah di,ke,dari,daripada,kepada dan pada.

Page 7: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh dalam cerpen :1. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat 

yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.2. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan

melihat Sang Kura-kura masih jauh. 3. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-

sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura.4. Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan

permulaan sehingga garisan penamat. 5. Dia memenangi pertandingan dengan 

meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Page 8: 2 unsur keterangan frasa kerja

6. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.

7. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar.

8.  Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang

9. Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. 

10. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat.

Page 9: 2 unsur keterangan frasa kerja

11.Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar.

12.Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.

Page 10: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Waktu

Dua bentuk keterangan waktu.

1. Frasa Sendi Nama yang mengandungi kata sendi nama pada,dalam,sejak dan hingga.

2. Frasa Nama seperti semalam dan dua dekad yang lalu.

Page 11: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh :

1. Kuliah itu tamat pada pukul lima petang.2. Dia menyelesaikan kerjanya dalam masa tiga

jam.3. Kursus itu bermula sejak dua belas tahun

yang lalu.

Page 12: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Cara

Dua bentuk keterangan cara.

1. Terdiri daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai kata adverba.

2. Frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda-nya

Page 13: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh dalam cerpen :

1. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar.

Page 14: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Tujuan atau Harapan

• Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.

• Kata sendi namanya ialah demi, untuk dan bagi.

Page 15: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh dalam cerpen :1. Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan 

Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan.

2. Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura.

3. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. 

Page 16: 2 unsur keterangan frasa kerja

3. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang.

4. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga.

5. Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.

Page 17: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Alat

• Unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.

• Kata sendi namanya ialah dengan.

Page 18: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh :

1. Rombongan pelajar itu datang dengan bas.2. Dia memukul ular itu dengan buluh.3. Saya memotong tali itu dengan pisau belati.

Page 19: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Penyertaan

• Unsur yang menerangkan maksud ikut bersama-sama yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.

• Kata sendi namanya ialah dengan.

Page 20: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh dalam cerpen :

1. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Page 21: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Hal

• Unsur yang menerangkan keadaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.

• Kata sendi namanya ialah tentang,mengenai dan terhadap.

Page 22: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh dalam cerpen :1. Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan 

Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju.

2. Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang.

3. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.

Page 23: 2 unsur keterangan frasa kerja

Keterangan Bagai

• Unsur yang menerangkan keserupaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama.

• Kata sendi namanya ialah seperti, bagai, sebagai dan bak.

Page 24: 2 unsur keterangan frasa kerja

Contoh dalam cerpen :

1. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

2. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang.

3. Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.