definisi frasa bahasa melayu

68
1

Upload: nur-diyanah

Post on 13-Dec-2014

239 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

1

1.0

FRASA BAHASA MELAYU DAN BANDING BEZA FRASA ENDOSENTRIK DENGAN FRASA EKSOSENTRIK 1.1 PENGENALAN FRASA BAHASA MELAYU

Frasa bahasa Melayu mempunyai pelbagai tafsiran dan konsep yang dirumuskan oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Namun, kesemua konsep yang diutarakan membawa maksud inti yang sama iaitu terdiri daripada satu perkataan, menjadi unsur kepada ayat, dan boleh diperluas. Perkara ini dinyatakan oleh beberapa pakar bahasa seperti Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar dan lain-lain. Binaan frasa boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Setiap guru pelatih harus mengetahui dan memahami perbezaan antara dua binaan frasa ini. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti yang mewakili seluruh frasa berkenaan.binaan frasa endosentrik tidak boleh digugurkan kerana proses pengguguran frasa endosentrik akan menjadikan frasa tersebut tidak lengkap. Antara binaan frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti . Frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran. Sekiranya frasa eksosentrik digugurkan, frasa tersebut masih dianggap lengkap dan boleh difahami. Frasa binaan eksosentrik ialah frasa sendi nama

1.2

DEFINISI FRASA BAHASA MELAYU

Definisi frasa Bahasa Melayu terdiri daripada pelbagai pandangan dan fahaman yang berbeza-beza. Contohnya, menurut Abdullah Hassan et al. (2006), frasa adalah unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan, dan berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa didefinisikan oleh Nik Safiah et al. (2010) ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa dinyatakan berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh2

mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Di samping itu, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Frasa dapat juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata burung ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi seekor burung, burung merpati, seekor burung merpati dan sebagainya (Nik Safiah Karim et. al, 2010) Menurut pendapat Ahmad Khair Mohd Nor (2008), frasa terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai kata. Contohnya ; Adik saya sedang membaca buku Daripada contoh ayat di atas, ayat ini dapat dipisahkan kepada beberapa bentuk kata iaitu adik, saya, sedang, membaca dan buku. Perkataan-perkataan ini disusun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa iaitu adik saya sebagai satu frasa yang menduduki tempat subjek, dan sedang membaca buku sebagai frasa yang lain yang menduduki tempat predikat dalam binaan ayat. Oleh itu, frasa dapat diertikan sebagai kelompok kata yang mengandungi satu kesatuan erti (Ahmad Khair Mohd Nor, 2008). Menurut Asmah Haji Omar (2008), dalam fahaman linguistik pada amnya, frasa merupakan rangkaian dua kata atau lebih. Dalam aliran transformasi generatif, frasa boleh terdiri daripada satu kata penuh. Selain itu, Asmah Haji Omar (2008) turut menyatakan bahawa nahu dalam aliran transformasi generatif (TG), hanya mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat. Oleh itu, yang merupakan unsur ayat hanyalah frasa. Arbak Othman(1989) pula menyatakan bahawa ayat dalam bahasa terbentuk daripada urutan perkataan yang dapat bertugas sebagai unsur binaan ayat yang lebih kecil yang dipanggil frasa.

3

1.3

FRASA ENDOSENTRIK DAN FRASA EKSOSENTRIK

Frasa Endosentrik Dan Frasa Eksosentrik Kehadiran inti dan penerang dalam struktur frasa adalah berdasarkan urutan unsurunsur tertentu. Dalam bahasa Melayu, sesuatu yang menerangkan selalunya terletak di belakang inti. Namun, kadangkalanya penerang juga boleh diletakkan di depan inti. Dengan demikian, bolehlah dikatakan bahawa kehadiran beberapa penerang dalam frasa mempunyai hubungan semantik dengan inti. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama ( FN ), frasa kerja ( FK ) , frasa adjektif ( FA ) dan frasa sendi nama ( FSN ). Frasa boleh dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya, dan juga berdasarkan sistem yang dimasukinya, serta berdasarkan fungsinya dalam ayat. Terdapat dua jenis binaan frasa, iaitu binaan endosentrik dan binaan eksosentrik. Berdasarkan laman web http://amymelakarockers.blogspot.com/

bertajuk Dinamika Bahasa Melayu, frasa endosentrik ialah binaan yang terdiri daripada deretan perkataan yang salah satu daripadanya dianggap yang paling penting dan tidak boleh digugurkan (Ahmad Khair, 2003:25). Frasa endosentrik mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. Binaan endosentrik ialah keseluruhan frasa memiliki perilaku sintaksis yang sama dengan perilaku salah satu komponennya, iaitu binaan yang terdiri daripada rangkaian perkataan yang salah satu daripadanya tidak boleh digugurkan kerana dianggap paling penting. Antara frasa binaan endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga, frasa nama ialah frasa yang daripada konstituen utama dalam binaan ayat yang perkataannya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa kerja sebagai binaan satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja manakala frasa adjektif merupakan susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mempunyai kata adjektif sebagai kata intinya. Ia berfungsi sebagai predikat4

dan unsur keterangan dalam predikat serta boleh juga hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Malah, frasa adjektif boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa sendi nama. Contohnya: 1a. sedang membaca buku 1b. *sedang buku 2a. masih menunggu beritanya 2b. *masih beritanya 3a. masih sangat kecil 3b. *masih sangat 4a. orang miskin itu 4b. *miskin itu Sekiranya frasa endosentrik digugurkan , maka frasa tersebut tidak lengkap kerana ia adalah binaan yang paling penting. Contohnya, frasa sedang membaca buku. Sekiranya frasa kerja iaitu membaca digugurkan, maka frasa akan menjadi sedang buku dan ia tidak membawa apa-apa makna. Frasa Eksosentrik Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti . Frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran. Frasa eksosentrik merupakan frasa yang tidak satu pun unsur di dalamnya memasuki sistem yang sama dengan keseluruhan frasa. Partikel, merupakan frasa eksosentrik, kerana tidak ada unsur yang dapat diambil sebagai inti atau keterangan. Berdasarkan http://amymelakarockers.blogspot.com/ bertajuk Dinamika Bahasa Melayu, frasa eksosentrik ialah binaan yang terdiri daripada dua unsur yang kedua-duanya tidak boleh digugurkan atau diperkecil binaannya (Ahmad Khair, 2003:26).

5

Frasa binaan eksosentrik ialah frasa sendi nama. Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Contohnya ke tandas dan di sekolah. Kewujudan sendi nama di bergantung kepada sekolah dan ke kepada tandas. Jika tandas dan sekolah dipisahkan daripada partikel yang bergabung dengan masing-masingnya, maka kata-kata ini tidak dapat berfungsi lagi sebagai adverba, sedangkan partikel-partikel berkenaan memang tidak dapat berdiri sendiri. Perbezaan Frasa Endosentrik Dan Eksosentrik

Frasa Endosentrik

Frasa Eksosentrik

mengandugi satu unsur inti yang mewakili seluruh frasa berkenaan keseluruhan frasa memiliki perilaku sintaksis yang sama dengan perilaku salah satu komponennya contoh : frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif

tidak mengandungi unsur inti dan pusatnya bergantung kepada unsur luaran frasa yang tidak satu pun unsur di dalamnya memasuki sistem yang sama dengan keseluruhan frasa contoh : frasa sendi nama

6

1.4

KESIMPULAN

Frasa bahasa Melayu secara rumusnya boleh ditakrifkan sebagai unit yang terdiri daripada satu perkataan dan boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa merupakan unsur kepada ayat dan binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat (Nik Safiah Karim et. al, 2010). Kesimpulannya, frasa mempunyai binaan yang berbeza antara satu sama lain dan mempunyai fungsi yang berbeza. Terdapat dua jenis binaan frasa iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Setiap binaan frasa digunakan dalam ayat dan frasa berdasarkan kesesuaian dan jenis ayat. Sekiranya ayat tersebut menggunakan inti frasa nama, maka binaan frasa endosentrik digunakan. Frasa nama tersebut tidak boleh digugurkan dengan sewenang-wenangnya kerana ia akan menyeabkan ayat tersebut tidak lengkap dan maknanya tidak sampai kepada pembaca. Hal ini adalah kerana frasa endosentrik merupakan frasa yang paling penting. Frasa eksosentrik pula tidak mempunyai unsur inti dan diwakili oleh frasa sendi nama. Binaannya bukanlah frasa yang paling penting dan ianya boleh digugurkan. Dalam erti kata lain, frasa eksosentrik memerlukan pelengkap daripada frasa nama dan tidak dapat berdiri sendiri sebagai satu frasa. Tuntasnya, kedua-dua frasa ini berbeza dan memberi implikasi yang berlainan kepada sesebuah ayat yang dihasilkan.

7

8

Soalan tugasan : ii) Secara individu, pilih satu petikan rencana ilmiah dan ambil lima ayat daripadanya secara berurutan, kemudian huraikan konstituen ayat tersebut.

9

2.0 HURAIAN KONSTITUEN AYAT(TUGASAN INDIVIDU)

NAMA NO I/C

: NORHAFIZAH BINTI SHARUDDIN : 910422-06-5852

10

2.1

PENGENALAN

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen. Secara asasnya, ayat terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya bebrapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan. Ayat terdiri daripada dua unsur utama iatu subjek dan predikat. Dalam tatabahasa, subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Menurut Zaba ( 1965) yang dipetik dari laman web http://amymelakarockers.blogspot.com/ yang bertajuk Dinamika Bahasa Melayu mengatakan subjek ialah tentang apa yang diperkatakan. Berdasarkan Tatabahasa Dewa ( 1993), subjek ialah konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa nama yang menjadi judul atau fokus bagi unsur yang diterangkan. Asmah Hj. Omar menyatakan subjek sebagai satu bahagian yang diceritakan oleh predikat terdiri daripada frasa nama. Penutur asli sesuatu bahasa pasti mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat melalui pemenggalan ayat kepada bahagianbahagiannya. Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek menurut Nik Safiah Karim ( et al., 1993). Zaba ( 1965) megatakan predikat sebagai fikiran yang khusus menyatakan sesuatu tentang subjek. Berdasarkan Tatabahasa Dewan ( 1993), predikat ialah konstituen yang menerangkan subjek terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam skala susunan tatabahasa. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai intonasi pengucapan yang sempurna. Setiap ayat mengandungi makna yang lengkap. Ayat dikatakan juga sebagai suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian, iaitu bahagian subjek dan bahagian predikat. Jumlah ayat tidak terbatas, namun semuanya itu terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan ayat inti dan ayat terbitan (transformasi).

11

Maka, setiap ayat yang dibina memerlukan konstituen bagi menjadikan ia sebuah ayat yang lengkap. Konstituen dalam ayat penting kerana ia menentukan sama ada ayat tersebut gramatis atau tidak. Apabila sesuatu ayat gramatis, maka binaan ayat tersebut dikatakan lengkap dan sempurna. Konstituen merujuk kepada unsur dalam ayat. Ayat yang lengkap dengan segala unsur yang diperlukan merupakan ayat yang sempurna. Unsur unsur dalam ayat boleh terdiri daripada frasa-frasa yang digunakan.

12

2.2

ANALISIS AYAT

Petikan artikel bertajuk Punai Gading Yang Cantik yang ditulis oleh Jasmi Abdul daripada Dewan Kosmik keluaran Februari 2009.

Punai gading mempunyai musuh yang tertentu. Musuh utamanya ialah manusia. Punai gading telah menjadi burung buruan sejak dahulu oleh pemburu atau penangkap punai. Pelbagai cara digunakan untuk menangkap atau membunuh burung ini. Senjata api adalah peralatan yang paling mudah untuk membunuh burung ini. Sumber : Dewan Kosmik Keluaran : Februari 2009

Ayat

: Punai gading mempunyai musuh yang tertentu.

1. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan relatif. 2. Subjek bagi ayat ini ialah frasa punai gading. i. ii. Frasa punai gading ialah frasa nama ( FN). Punai ialah inti manakala gading ialah penerang jenis.

3. Predikat ayat ialah mempunyai musuh yang tertentu . i. Predikatnya terdiri daripada dua frasa iaitu frasa kerja ( FK ) dan frasa nama ( FN ). ii. Frasa kerja ialah mempunyai musuh . Mempunyai ialah kata kerja transitif sebagai inti manakala musuh merupakan frasa nama yang bertindak sebagai penyambut. iii. Frasa nama pula ialah yang tertentu . Yang ial ah kata hubung pancangan relati iaitu menghubungkan frasa mempunyai musuh dan frasa tertentu . iv. Tertentu merupakan kata nama.

13

Jadual Analisis Ayat 1. Subjek ( frasa nama ) Punai gading Inti Penerang jenis Punai gading

2. Predikat Mempunyai musuh yang tertentu Frasa kerja Kata kerja transitif Objek Frasa nama Kata hubung pancangan relatif Kata nama Mempunyai musuh mempunyai musuh Yang tertentu yang tertentu

14

Ayat

: Musuh utamanya ialah manusia.

1. Ayat ini merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada frasa nama ( FN) dan frasa nama ( FN). 2. Subjek ayat ini ialah musuh utamanya ialah frasa nama ( FN). i. Musuh ialah inti manakala utamanya ialah penerang nama penyambut. Nya ialah kata pembenda bagi perkataan utama. 3. Predikatnya ialah frasa ialah manusia ialah frasa nama ( FN ). i. Ialah merupakan kata pemeri yang menjadi perangkai antara subjek dengan frasa dalam predikat. Dalam ayat ini, ialah merupakan perangkai bagi frasa musuh utamanya dan frasa manusia . ii. Manusia ialah kata nama.

15

Jadual Analisis Ayat 1. Subjek ( frasa nama ) Musuh utamanya Inti Penerang nama penyambut Kata pembenda Musuh utama -nya

2. Predikat Ialah manusia Kata pemeri Kata nama ialah manusia

16

Ayat

: Punai gading telah menjadi buruan sejak dahulu oleh pemburu atau penangkap punai.

1. Ayat ini ialah ayat majmuk gabungan yang kata hubung setara untuk menghubungkan ayat. i. Terdapat dua ayat kecil dalam ayat di atas, iaitu : a) Punai gading telah menjadi buruan sejak dahulu oleh pemburu. b) Punai gading telah menjadi buruan oleh penangkap punai. 2. Subjek ialah frasa punai gading ialah frasa nama ( FN ). i. Punai ialah inti manakala gading ialah pen erang nama jenis. 3. Predikat ialah frasa menjadi buruan sejak dahulu oleh pemburu atau penangkap punai ialah frasa kerja ( FK ), frasa sendi nama ( FSN ), frasa sendi nama ( FSN ) dan frasa nama ( FN ). i. Frasa kerja ialah telah menjadi buruan . Menja di ialah kata kerja tak transitif yang menjadi inti manakala buruan ialah frasa nama sebagai objek. ii. Telah pula bertindak sebagai kata bantu aspek. Ia menimbulkan suasana perbezaan masa bahawa punai telah menjadi buruan. iii. Frasa sendi nama ialah frasa sejak dahulu iaitu sejak ialah frasa sendi nama manakala dahulu ialah frasa nama. iv. Oleh merupakan frasa sendi nama manakala pemburu ialah frasa nama. Binaan ini dibentuk apabila frasa sendi nama terletak di hadapan frasa nama. v. vi. vii. Atau ialah kata hubung pancangan setara. Frasa nama ialah atau penangkap punai . Frasa nama ialah penangkap yang merupakan unsur inti manakala punai sebagai penerang. Frasa ini ialah binaan frasa kerja dengan satu objek.

17

Jadual Analisis Ayat 1. Subjek ( frasa nama ) Punai gading Inti Penerang nama jenis Punai gading

2. Predikat telah menjadi buruan sejak dahulu oleh pemburu atau penangkap punai. Frasa kerja Kata bantu aspek Kata kerja transitif Kata nama Frasa sendi nama Kata sendi nama Kata nama Frasa sendi nama Kata sendi nama Kata nama Frasa nama Kata hubung pancangan setara Inti Penerang nama jenis Telah menjadi buruan telah menjadi Buruan sejak dahulu sejak dahulu Oleh pemburu oleh pemburu Atau penangkap punai atau penangkap punai

18

Ayat

: Pelbagai cara digunakan untuk menangkap burung ini.

1. 2.

Ayat ini merupakan ayat tunggal. Subjek ayat ialah frasa pelbagai cara digunakan ialah frasa nama. i. Inti frasa ialah cara manakala pelbagai bertindak sebagai penerang nama bilangan. ii. Digunakan ialah kata kerja pasif bagi menerangkan pelbagai cara.

3.

Predikat ayat ialah untuk menangkap burung ini ialah frasa sendi nama ( FSN ) dan frasa nama ( FN ). i. Frasa sendi nama ialah untuk menangkap iaitu untuk ialah kata sendi nama manakala menangkap ialah kata kerja. ii. iii. Frasa nama ialah burung ini. Burung ialah inti manakala ini ialah penerang penentu belakang.

19

Jadual Analisis Ayat 1. Subjek ( frasa nama ) Pelbagai cara digunakan Penerang nama bilangan Inti Kata kerja pasif Pelbagai cara digunakan

2. Predikat Untuk menangkap burung ini Frasa sendi nama Kata sendi nama Kata kerja Frasa nama Inti Penerang penentu belakang Untuk menangkap untuk menangkap Burung ini Burung ini

20

Ayat

: Senjata api adalah peralatan yang paling mudah untuk membunuh burung ini.

Ayat ini tidak gramatis kerana kata pemeri adalah tidak boleh berada di hadapan frasa nama. Ayat yang betul ialah senjata api ialah peralatan yang paling mudah untuk membunuh burung ini.

Ayat

: Senjata api ialah peralatan yang paling mudah untuk membunuh burung ini.

1.

Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan relatif. i. Terdapat tiga ayat kecil dalam ayat ini, iaitu : a) Senjata api ialah peralatan. b) Senjata api paling mudah. c) Senjata api membunuh burung ini. Subjek ialah senjata api ialah frasa nama. i. Senjata ialah inti manakala api ialah penerang nama tenaga penggerak.

2.

3.

Predikatnya ialah peralatan yang paling mudah untuk membunuh burung ini yang terdiri daripada frasa nama ( FN ), frasa adjektif ( FA ), frasa sendi nama ( FSN ) dan frasa nama ( FN). i. Kata pemeri ialah digunakan untuk merangkaikan subjek iaitu senjata api dengan frasa-frasa dalam predikat iaitu peralatan yang paling mudah untuk membunuh burung ini . ii. Frasa nama ialah peralatan yang berada di belakang kata pemeri. iii. Frasa adjektif ialah yang paling mudah . Yang menjadi kata hubung pancangan relatif antara peralatan dengan paling mudah .

21

iv.

Mudah merupakan kata adjektif cara yang membawa pengertian keadaan peralatan. Kata adjektif ini menggunakan darjah penghabisan melalui perkataan paling . Frasa kerja ialah untuk membunuh Membunuh ialah kata kerja tak transitif Kata hubung pancangan keterangan yang digunakan ialah untuk . Ia menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Burung ialah inti manakala ini ialah penerang penentu belakang.

v.

vi.

22

Jadual Analisis Ayat 1. Subjek ( frasa nama ) Senjata api Inti Penerang nama tenaga penggerak senjata api

2. Predikat ialah peralatan yang paling mudah untuk membunuh burung ini. Frasa nama Kata pemeri Kata nama Kata adjektif Kata hubung pancangan relatif Darjah penghabisan Kata adjektif Frasa kerja Kata hubung pancangan keterangan Kata kerja Frasa nama Inti Penerang penentu belakang Ialah peralatan ialah peralatan Yang paling mudah yang paling mudah Untuk membunuh untuk membunuh Burung ini burung ini

23

2.3

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan huraian konstituen ayat yang dibuat dalam petikan ayat tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa kesemua ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada ayat majmuk pancangan, gabungan dan campuran. Ayat-ayat tersebut terdiri daripada gabungan subjek frasa nama dan predikat iaitu frasa kerja. Kesemua ayat tersebut mempunyai frasa-frasa lain di dalam subjek dan predikat. Misalnya, dalam ayat pertama iaitu senjata inilah yang menjadi benteng pertahanan daripada serangan musuh tradisi bangsa Melayu iaitu orang Siam, subjek ialah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja. Dalam predikat ayat tersebut, terdapat frasa-frasa lain seperti frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa nama. Selain itu, terdapat juga unsur ayat komplemen dan relatif dalam petikan ayat tersebut. Sebagai contoh, dalam ayat sejarah membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi yang digeruni musuh , terdapat kata hubung komplemen bahawa dan kata hubung relatif yang. Unsur-unsur yang wujud di dalam ayat-ayat tersebut menjadikan ayat yang dihasilkan lebih gramatis dan mempunyai unsur ketaksaan.

24

2.0

HURAIAN KONSTITUEN AYAT(TUGASAN INDIVIDU)

NAMA NO I/C

: NURDIANA HAZWANI BT ROSLEE : 910617-03-5370

25

PETIKAN AYAT :

Senjata inilah yang menjadi benteng pertahanan daripada serangan musuh tradisi bangsa Melayu iaitu orang Siam. Bagi orang Siam pula, setiap kali menyerang Patani, pasti mereka berasa bimbang dan gerun dengan kehebatan meriam gergasi Patani. Sejarah membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi yang digeruni musuh. Ketiga-tiga buah meriam ini dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela. Seri Patani dan Seri Negeri merupakan meriam tembaga yang paling besar pernah dihasilkan di Nusantara dengan ukuran 22 kaki panjang, 9 inci liiltan mulut dan setebal 4 inci tembaga tuli.

Sumber : Dewan Masyarakat (Keluaran Disember 2009)

26

2.1

PENGENALAN

Berdasarkan analisis yang dibuat terhadap ayat-ayat tersebut, kesemua ayat tersebut terdiri daripada pelbagai jenis ayat majmuk. Ayat pertama di dalam petikan iaitu Senjata inilah yang menjadi benteng pertahanan daripada serangan musuh tradisi bangsa Melayu iaitu orang Siam merupakan ayat majmuk pancangan relatif. Ayat ini terdiri daripada gabungan frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat asas. Terdapat juga penggunaan penerang penentu belakang (ini) dan kata penegas iaitu partikel -lah. Ayat kedua iaitu Bagi orang Siam pula, setiap kali menyerang Patani, pasti mereka berasa bimbang dan gerun dengan kehebatan meriam gergasi Patani merupakan ayat majmuk campuran yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk gabungan. Subjeknya ialah frasa nama dan predikatnya pula terdiri daripada frasa kerja. Petikan ayat ketiga iaitu Sejarah membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi yang digeruni musuh merupakan ayat majmuk campuran. Hal ini kerana, ayat ini terdiri daripada ayat yang mengandungi campuran ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat relatif. Dalam ayat ini terdapat penggunaan kata hubung pancangan komplemen bahawa. Selain itu, ayat ini terdiri daripada gabungan frasa nama dengan frasa kerja sebagai subjek dan predikat.. Seterusnya, ayat Ketiga-tiga buah meriam ini dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela merupakan ayat majmuk gabungan. Ayat ini juga merupakan ayat majmuk pasif kerana mempunyai kata kerja transitif yang dipasifkan iaitu dikenali. Ayat ini terdiri daripada frasa nama dengan frasa kerja. Terdapat juga penggunaan kata penerang penentu belakang iaitu ini. Ayat yang terakhir iaitu Seri Patani dan Seri Negeri merupakan meriam tembaga yang paling besar pernah dihasilkan di Nusantara dengan ukuran 22 kaki panjang, 9 inci liiltan mulut dan setebal 4 inci tembaga tuli merupakan ayat majmuk campuran yang mengandungi beberapa ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk relatif. Ayat ini terdiri daripada unsur frasa nama dengan frasa kerja.

27

2.2

HURAIAN KONSTITUEN AYAT Senjata inilah yang menjadi benteng pertahanan daripada serangan musuh tradisi bangsa Melayu iaitu orang Siam.

1. Ayat ini ialah ayat majmuk pancangan relatif kerana menggunakan kata hubung relatif yang. 2. Subjek bagi ayat ini merupakan frasa nama iaitu senjata inilah. i. Perkataan ini merupakan penerang penentu belakang dan partikel lah merupakan kata penegas. 3. Predikat ayat ini ialah yang menjadi benteng pertahanan daripada serangan musuh tradisi bangsa Melayu iaitu orang Siam iaitu frasa kerja. a) Frasa lain dalam predikat : i. ii. Frasa dalam predikat menjadi benteng pertahanan iaitu frasa kerja. Frasa daripada serangan musuh tradisi bangsa Melayu iaitu orang Siam ialah frasa sendi nama. iii. iv. Frasa musuh tradisi bangsa Melayu pula merupakan frasa nama. Frasa orang Siam juga ialah frasa nama.

b) Huraian tambahan : i. Dalam frasa serangan musuh tradisi bangsa Melayu, serangan musuh tradisi merupakan intinya dan bangsa Melayu sebagai penerang. ii. Frasa orang Siam mempunyai frasa orang sebagai inti dan Siam sebagai penerang nama keturunan.

28

Bagi orang Siam pula, setiap kali menyerang Patani, pasti mereka berasa bimbang dan gerun dengan kehebatan meriam gergasi Patani. 1. Ayat ini ialah ayat majmuk gabungan kerana terdapat penggunaan kata hubung dan. a) Frasa bagi orang Siam pula merupakan penanda wacana. i) Penanda wacana bagi ayat ini merupakan penanda wacana jenis penanda leksikal yang melibatkan unsur pengulangan perkataan orang Siam pada ayat sebelumnya.

2. Subjek ayat ini ialah frasa nama iaitu bagi orang Siam pula. a) Frasa lain dalam subjek : i. ii. Frasa bagi orang Siam ialah frasa sendi nama. Frasa orang Siam pula merupakan frasa nama.

b) Huraian tambahan : i. ii. Frasa bagi merupakan kata sendi nama keterangan tujuan. Frasa orang Siam iaitu frasa orang ialah intinya dan Siam menjadi penerang nama keturunan.

3. Predikat ayat ialah setiap kali menyerang Patani, pasti mereka berasa bimbang dan gerun dengan kehebatan meriam gergasi Patani iaitu frasa adjektif. a) Frasa lain dalam predikat : i) ii) iii) Frasa menyerang Patani merupakan frasa kerja. Frasa mereka berasa bimbang dan gerun ialah frasa adjektif. Frasa dengan kehebatan meriam gergasi Patani ialah frasa sendi nama. iv) kehebatan meriam gergasi Patani pula merupakan frasa nama.

29

v)

meriam gergasi Patani juga merupakan unsur frasa nama.

b) Huraian tambahan : i) Dalam frasa menyerang Patani, frasa menyerang merupakan frasa kerja diikuti objek iaitu Patani sebagai frasa nama. ii) Frasa mereka berasa bimbang dan gerun terdiri daripada 2 ayat kecil iaitu mereka berasa bimbang dan mereka berasa gerun yang dihubungkan dengan kata hubung dan membentuk ayat majmuk gabungan. iii) Frasa kehebatan meriam gergasi Patani merupakan frasa nama iaitu kehebatan meriam sebagai intinya dan gergasi Patani sebagai penerang. iv) Frasa meriam gergasi Patani terdiri daripada frasa meriam sebagai intinya dan gergasi sebagai penerang adjektif diikuti Patani sebagai penerang kata nama.

30

Sejarah membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi yang digeruni musuh. 1. Ayat ini merupakan ayat majmuk campuran kerana terdiri daripada ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat relatif. a) Ayat pertama terdiri daripada ayat induk dengan ayat komplemen frasa nama objek tepat. i) sejarah membuktikan (sesuatu) sebagai ayat induk, dan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi iaitu ayat komplemen. b) yang digeruni musuh merupakan ayat relatif yang d ipancangkan ke dalam ayat. i) Ayat relatif ini merupakan penerang kepada objek tepat.

2. Subjek bagi ayat ini ialah sejarah iaitu frasa nama. 3. Predikat bagi ayat ini ialah membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi yang digeruni musuh iaitu frasa kerja. a) Frasa lain dalam predikat : i) Frasa membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi merupakan frasa kerja. ii) iii) iv) Frasa Kerajaan Patani merujuk kepada frasa nama. memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi ialah frasa kerja. tiga buah meriam tembaga gergasi merupakan frasa nama yang hadir dalam predikat ayat. v) Frasa tiga buah meriam dan meriam tembaga gergasi ialah frasa nama. vi) Frasa lain iaitu meriam tembaga gergasi yang digeruni musuh merupakan frasa kerja pasif.

31

b) Huraian tambahan : i) Frasa bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi merupakan ayat komplemen. ii) Frasa Kerajaan Patani memperlihatkan frasa Kerajaan menjadi intinya dan Patani sebagai penerang nama khas. iii) Dalam frasa tiga buah meriam, unsur inti di dalam frasa ini ialah meriam dan tiga buah sebagai penerang yang mendahului inti. iv) Frasa tiga buah merupakan penentu hadapan iaitu perkataan tiga sebagai kata bilangan dan buah sebagai penjodoh bilangan. v) Frasa meriam tembaga gergasi ialah frasa nama di mana meriam merupakan intinya diikuti tembaga gergasi sebagai penerang. vi) Frasa digeruni ialah frasa kerja transitif yang dipasifkan diikuti objek iaitu musuh.

32

Ketiga-tiga buah meriam ini dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela. 1. Ayat ini merupakan ayat majmuk gabungan kerana menggunakan kata hubung dan. i) Ayat asal bagi ayat majmuk ini ialah Ketiga-tiga buah meriam ini dikenali sebagai Seri Patani, Ketiga-tiga buah meriam ini dikenali sebagai Seri Negeri dan Ketiga-tiga buah meriam ini dikenali sebagai Mahalela. Subjek ayat ialah ketiga-tiga meriam ini iaitu frasa nama. i) Frasa ketiga-tiga buah meriam memperlihatkan frasa ketiga-tiga buah sebagai penerang yang mendahului inti dan meriam sebagai inti. ii) ketiga-tiga buah merupakan penerang penentu hadapan bagi frasa nama iaitu ketiga-tiga sebagai kata bilangan dan buah sebagai penjodoh bilangan. iii) Perkataan ini merupakan penerang penentu belakang yang hadir selepas frasa nama meriam.

2.

3.

Predikat ayat ialah frasa kerja iaitu dikenali sebagai Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela. a) Frasa lain dalam predikat ialah Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela iaitu frasa nama.

b) Huraian tambahan : i) ii) Frasa dikenali merupakan frasa kerja transitif pasif. Frasa Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela merupakan keterangan bagi ayat ini. iii) Perkataan sebagai merupakan unsur keterangan bagai yang menghubungkan klausa kecil Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela dengan klausa utama.

33

iv)

Frasa Seri Patani, Seri Negeri dan Mahalela merupakan gabungan 3 ayat kecil yang mengalami proses pengguguran subjek yang serupa dalam ayat. Frasa ini dihubungkan dengan kata hubung dan membentuk ayat majmuk gabungan.

v)

Seri Patani dan Seri Negeri merupakan meriam tembaga yang paling besar pernah dihasilkan di Nusantara dengan ukuran 22 kaki panjang, 9 inci liiltan mulut dan setebal 4 inci tembaga tuli. 1. Ayat ini ialah ayat majmuk campuran kerana terdiri daripada gabungan dua ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan relatif. a) Ayat pertama iaitu Seri Patani dan Seri Negeri merupakan meriam tembaga merupakan ayat majmuk gabungan kerana menggunakan kata hubung dan. yang paling besar merupakan ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat yang paling besar pernah dihasilkan di Nusantara iaitu sebagai ayat majmuk pancangan relatif. Ayat dengan ukuran 22 kaki panjang, 9 inci liiltan mulut dan setebal 4 inci tembaga tuli pula merupakan ayat majmuk gabungan yang digabungkan dengan kata hubung dan.

b)

c)

2. a)

Subjek bagi ayat ini ialah frasa nama iaitu Seri Patani dan Seri Negeri. Frasa lain dalam subjek ialah : i) ii) b) Seri Patani iaitu frasa nama. Seri Negeri sebagai frasa nama.

Frasa Seri Patani dan Seri Negeri merupakan 2 subjek yang mengalami pengguguran predikat yang serupa dalam ayat. Frasa ini dihubungkan dengan kata hubung gabungan dan.34

3.

Predikat bagi ayat ini ialah merupakan meriam tembaga yang paling besar pernah dihasilkan di Nusantara dengan ukuran 22 kaki panjang, 9 inci liiltan mulut dan setebal 4 inci tembaga tuli iaitu frasa kerja. a) Frasa lain dalam predikat : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) merupakan meriam tembaga ialah frasa kerja. meriam tembaga yang paling besar merupakan frasa adjektif. Frasa nama iaitu meriam tembaga. Frasa pernah dihasilkan di Nusantara merupakan frasa kerja. di Nusantara merupakan frasa sendi nama. Nusantara merupakan frasa nama. Frasa dengan ukuran 22 kaki panjang, 9 inci liiltan mulut dan setebal 4 inci tembaga tuli pula ialah frasa sendi nama. viii) ukuran dan 22 kaki panjang, 9 inci liiltan mulut dan setebal 4 inci tembaga tuli ialah frasa nama. ix) x) xi) xii) 22 kaki panjang ialah frasa nama. 9 inci liiltan mulut juga merupakan frasa nama. setebal 4 inci tembaga tuli pula ialah frasa adjektif. Frasa 4 inci tembaga tuli ialah frasa nama.

b) Huraian tambahan : i) Di dalam frasa meriam tembaga, meriam merupakan intinya dan tembaga pula ialah penerangnya. ii) Dalam frasa paling besar, perkataan paling merupakan penguat hadapan frasa adjektif.35

iii)

perkataan pernah ialah kata bantu aspek yang hadir di hadapan frasa kerja transitif dihasilkan di Nusantara.

iv)

Dalam frasa 22 kaki panjang, panjang ialah inti dan 22 kaki sebagai penerang penentu hadapan yang mendahului inti.

v)

lilitan mulut ialah inti dan 9 inci ialah penerang kepada frasa nama 9 inci liiltan mulut.

vi)

Frasa 4 inci tembaga tuli merujuk tembaga tuli sebagai intinya dan 4 inci sebagai penerang.

2.3

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan huraian konstituen ayat yang dibuat dalam petikan ayat tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa kesemua ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada ayat majmuk pancangan, gabungan dan campuran. Ayat-ayat tersebut terdiri daripada gabungan subjek frasa nama dan predikat iaitu frasa kerja. Kesemua ayat tersebut mempunyai frasa-frasa lain di dalam subjek dan predikat. Misalnya, dalam ayat pertama iaitu senjata inilah yang menjadi benteng pertahanan daripada serangan musuh tradisi bangsa Melayu iaitu orang Siam, subjek ialah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja. Dalam predikat ayat tersebut, terdapat frasa-frasa lain seperti frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa nama. Selain itu, terdapat juga unsur ayat komplemen dan relatif dalam petikan ayat tersebut. Sebagai contoh, dalam ayat sejarah membuktikan bahawa Kerajaan Patani memiliki tiga buah meriam tembaga gergasi yang digeruni musuh , terdapat kata hubung komplemen bahawa dan kata hubung relatif yang. Unsur-unsur yang wujud di dalam ayat-ayat tersebut menjadikan ayat yang dihasilkan lebih gramatis dan mempunyai unsur ketaksaan.

36

37

3.0 ANALISIS TEKNIK RAJAH POHON

38

3.1

PENGENALAN

Analisis ayat bermaksud huraian terhadap binaan ayat, iaitu dari segi unsur-unsur yang membina sesebuah ayat (Nik Safiah Karim, 2007). Ayat terdiri daripada dua binaan utama iaitu subjek dan predikat. Di samping itu, terdapat juga unsur-unsur yang menjadi sebahagian daripada konstituen subjek dan predikat ayat. Menurut Nik Safiah Karim (2007), terdapat pelbagai cara menganalisis ayat. Salah satunya adalah dengan meletakkan garis miring antara konstituen subjek dengan predikat. Contohnya ; Kakak / sedang membaca buku. Selain itu, terdapat juga cara menganalisis ayat melalui rajah atau kotak dengan menunjukkan pemisahan unsur-unsur subjek dan predikat. Misalnya, Ayat Subjek Kakak Predikat sedang membaca buku

Terdapat dua jenis rumus tatabahasa iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk

menghasilkan deskripsi struktur dan seterusnya menghasilkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis. Rajah pohon merupakan kaedah

menganalisis ayat yang dapat menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar ( Nik Safiah Karim et.al, 2010). Dengan tujuan untuk menyenangkan kefahaman, bentuk-bentuk singkatan digunakan. Contohnya, A Ayat S subjek P Predikat FN Frasa nama39

FK Frasa kerja FA Frasa adjektif FS Frasa sendi nama Gel. Gelaran KB kata bantu KH kata hubung

Dengan menggunakan singkatan-singkatan yang bersesuaian, bentuk rajah pohon lebih mudah difahami. Contohnya, A

S

P

FN

FK

KN

KB

KK

KN

Kakak

sedang

membaca

buku

Daripada rajah pohon ini, dapat dilihat bahawa ayat ini terdiri daripada subjek kakak dan predikat sedang membaca buku. Subjek ialah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja. Rajah pohon juga menunjukkan golongan kata setiap perkataan.

40

3.2

ANALISIS AYAT

a) Cikgu Jamal berdiri di muka pintu bilik darjah. A

S

P

FN FK

FK FSN

FSN

FN

FSN Pen (Gel) KN (inti) KKTT KSN Pen

FN KN KN Pen (perkara)

(anggota Badan)

Cikgu

Jamal

berdiri

di

muka pintu bilik

darjah

41

b) Telinga Zahid ditarik oleh Cikgu Jamal.

A

S

P

FN

FK

FN

FK

FSN

FN

FK

FS

FN

KNInt

Pen.

KK

KS

Gel.

KNInt

Telinga

Zahid

ditarik

oleh Cikgu

Jamal

42

c) Kanak-kanak yang lain menghentikan kerja masing-masing.

A

S

P

FN

FK

FN

FN

FK

Obj.

FN

FN

FK

FN

KN

KH

KN

Pen.

KK

KNInt

Pen.

Kanak-kanak

yang

lain

menghentikan

kerja

masing-masing

43

D) Mereka mahu menonton drama antara gurunya dengan Zahid.

A

S

P

FN

FK

FK

FSN

FSN

FSN

KKT

KN

Kb

KKT

KN

KSN

KN

KSN

KN

Mereka

mahu

menonton

drama

antara

gurunya

dengan

Zahid

44

3.3

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis rajah pohon yang dilakukan, kesemua ayat tersebut terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai predikat. Golongan kata setiap perkataan juga dapat dikenalpasti melalui analisis rajah pohon. Misalnya, dalam ayat Telinga Zahid ditarik oleh Cikgu Jamal, golongan kata yang terdapat dalam subjek ialah kata nama dan penerang. Manakala dalam predikat ayat iaitu ditarik oleh Cikgu Jamal terdiri daripada kata kerja (ditarik) , kata sendi (oleh) dan kata nama (Cikgu Jamal). Di samping itu, tidak semua jenis dan bentuk ayat perlu dihuraikan kerana tujuan analisis rajah pohon dilakukan untuk memperkenalkan konsep. Sebagai contoh, dalam ayat kanak-kanak yang lain menghentikan kerja masing-masing, terdapat frasa kerja di dalam predikat ayat iaitu menghentikan kerja masing -masing. Dalam ayat ini, frasa menghentikan merupakan frasa kerja transitif yang disertai oleh objek. Namun, dalam rajah pohon, tidak perlu dinyatakan dengan lanjut jenisjenis yang mendasari frasa kerja tersebut. Hal ini demikian, konsep frasa kerja sudah diperkenalkan dan difahami. Ayat Telinga Zahid ditarik oleh Cikgu Jamal merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan frasa kerja sebagai frasa kerja. Ayat seterusnya iaitu Kanak-kanak yang lain menghentikan kerja masing-masing pula merupakan ayat majmuk pancangan relatif kerana terdapat penggunaan kata hubung relatif yang. Dalam ayat ini, yang mendasari subjek ialah kanak -kanak yang lain iaitu sebagai frasa nama dan ditarik oleh Cikgu Jamal pula merupakan predikat ayat sebagai frasa kerja. Ayat Cikgu Jamal berdiri di muka pintu bilik darjah. Ayat ini ialah ayat tunggal. Binaan ayat ini terdiri daripada frasa nama ( FN ), frasa kerja ( FK ) dan frasa sendi nama ( FSN). Subjek ialah frasa nama iaitu Cikgu Jamal . Predikat terdiri daripada frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa nama. Frasa kerja pula ialah berdiri di muka pintu bilik darjah manakala frasa sendi nama ialah di muka pintu bilik darjah. Frasa nama lain yang terdapat dalam ayat ini ialah muka pintu dan bilik darjah. Frasa besar dalam ayat ini ialah frasa nama dan frasa kerja akan dikecilkan dan menghasilkan frasa lain.

45

Ayat keempat ialah Mereka mahu menonton drama antara gurunya dengan Zahid. Ini merupakan ayat tunggal. Subjek ialah frasa nama iaitu mereka manakala predikat ialah mahu menonton drama antara gurunya dengan Zahid. Predikat terdiri daripada frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa sendi nama. Frasa kerja ialah mahu menonton drama yang mana terdapat kata bantu aspek iaitu mahu. Frasa sendi nama ialah antara gurunya dan dengan Zahid. Antara dan dengan ialah kata sendi nama yang digunakan dalam ayat ini.

46

4.0 REFLEKSI

47

Refleksi Nama No Kad Pengenalan : Norhafizah Binti Sharuddin : 910422-06-5852

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan tugasan projek bagi subjek SIntaksis Bahasa Melayu ( BMM 3110). Tugasan ini telah memberi pelbagai pengalaman kepada saya. Setelah menerima kertas soalan tugasan kerja projek, kami telah diberi taklimat oleh Encik Abdullah Bin Mohd Yassin tentang bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Terdapat pelbagai tugasan yang perlu kami lakukan seperti membuat nota bagi frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu, menganalisis lima ayat serta menghasilkan rajah pohon. Walaupan setiap tugasan berlainan antara satu sama ialinmen, namun ia berada dalam satu skop tugasan yang sama. Maknanya setiap tugasan yang saya perlu laksanakan saling berkait . Tugasan pertama ialah mencari dan membuat nota berkenaan frasa bahasa Melayu serta frasa endosentrik dan eksosentrik. Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari dan meneliti binaan frasa dalam bahasa Melayu. Saya dan pasangan bagi tugasan ini telah bertungkus lumus mencari bahan daripada pusat sumber IPG kampus Kota Bharu. Kami dapati agak sukar untuk memperoleh maklumat yang diperlukan keana jumlah buku yang terhad di sanan. Namun, berkat kesabaran dan usaha berterusan, kami berjaya memperoleh ilmu daripada buku-buku yang berkenaan. Seterusnya ialah tugasan indvidu iaitu menganalisis lima ayat secara berurutan dan huraikan konstituen ayat tersebut. Bagi saya, tugasan ini menarik dan mencabar kerna saya perlu mengenal pasti frasa apaa yang menjadi konstituen ayat tersebut. Untuk melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih beberapa artikel ilmiah yang menarik daripada majalah-majalah seperti Dewan Siswa, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan sebagainya. Setelah meneliti kesemua artikel, saya membuat keputusan untuk mengkaji ayat daripada artikel yang bertajuk Punai

48

Gading yang Cantik. Artikel ini saya ambil daripada Dewan Kosmik dan berada dalam laras bahasa sains. Setelah memilih lima ayat yang ingin dikaji, maka bermulalah tugas saya untuk meneliti dan mengkaji ayat tersebut serta konstituen yang terdapat dalam ayat itu. Tugasan ini menyeronokkan dan mencabar. Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari tentang unsur-unsur dalam ayat secara tidak langsung. Jika sebelum ini saya kurang mahir tentang binaan ayat, namun selepas melaksanakan tugasan ini, saya mengetahui unsur-unsur dalam ayat serta sebab sebab mengapa ada perkataan yang terletak di hadapan frasa nama. Malah, proses menganalisis ayat juga memahirkan saya untuk mengetahui jenis ayat sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk. Apa yang boleh saya simpulkan daripada tugasan menganalisis ayat ini ialah saya semakin serasi dan mengingati apa yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan. Tugasan yang ketiga ialah menganalisis ayat yang diberi dengan

menggunakan teknik rajah pohon. Teknik rajah pohon ialah salah satu teknik yang digunakan oleh ahli bahasa dalam bidang sintaksis. Melalui teknik rajah pohon, saya dapat mengkaji dan melihat setiap frasa yang digunakan bagi membina ayat tersebut. Pada pendapat saya , penggunaan teknik rajah pohon memudahkan pengkaji-pengkaji bahasa untuk menganalisis sesuatu ayat. Teknik rajah pohon memenggalkan ayat menjadi fras dan seterusnya frasa akan dikenalpasti. Bagi saya, teknik rajah pohon menarik dan mudah untuk dikendalikan. Maka, apa yang dapat saya peroleh ketika menyiapkn tugasan projek bagi subjek Sintaksis Bahasa Melayu ini ialah ayat terbina daripada unsur atau

konstituen kecil saperti frasa. Frasa pula terbahagi kepada dua jenis binaan dan empat jenis frasa. Setiap frasa berbeza dan berfungsi tidak sama antara satu sama lain. Pada pendapat saya, sintaksis perlu dipelajari kerana ia adalah asas kepada tatabahasa kita. Jika tatabahasa kita tidak dikuasai, maka penggunaan bahasa Melayu kita juga akan hancur. Sekian, terima kasih.

49

REFLEKSI NAMA : NURDIANA HAZWANI BT ROSLEE NO K/P : 910617-03-5370

Alhamdullilah, dengan izin-Nya, tugasan kerja projek bagi mata pelajaran Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3110) telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam tugasan kerja projek ini, kami dikehendaki melaksanakan tugasan secara berpasangan melibatkan topik definisi frasa dan banding beza frasa serta analisis teknik rajah pohon . Oleh itu, pembahagian kerja turut dilakukan untuk memastikan tugasan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Terdapat juga tugasan secara individu iaitu melibatkan huraian konstituen ayat berdasarkan petikan rencana ilmiah yang dipilih. Tugasan ini membantu saya mengetahui konsep frasa bahasa Melayu dan perbezaan antara frasa endosentrik dengan frasa eksosentrik. Melalui tugasan-

tugasan ini, saya turut didedahkan mengenai bentuk penggolongan kata dan unsurunsur frasa yang terdapat dalam ayat. Misalnya, melalui analisis ayat menggunakan teknik rajah pohon, saya dapat memahami bentuk penggolongan kata yang terdapat dalam sesuatu ayat. Melalui bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya turut memahami teknik-teknik yang betul dalam menganalisis sesebuah ayat

menggunakan teknik rajah pohon. Tambahan itu, pengetahuan tentang ilmu morfologi turut diguna pakai dalam menganalisis sesebuah ayat kerana ilmu morfologi dan sintaksis saling berkait antara satu sama lain. Secara umumnya, saya semakin mengetahui fungsi sintaksis dalam ayat iaitu istilah subjek, predikat, objek dan keterangan yang merujuk kepada fungsi kata atau frasa dalam ayat. Misalnya, dalam tugasan huraian konstituen ayat, saya perlu membuat huraian terhadap unsur-unsur yang terdapat dalam ayat. Antara kekangan yang dihadapi ialah kekeliruan unsur-unsur frasa yang wujud dalam sesebuah ayat yang dikaji. Hal ini berikutan ayat yang terdapat dalam petikan teks yang dikaji terdiri

50

daripada ayat-ayat majmuk. Oleh itu, agak sukar untuk saya bezakan penggunaan frasa yang wujud dalam subjek dan predikat ayat. Berikutan itu, saya turut mengambil inisiatif dengan membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat analisis dan huraian konstituen ayat. Seterusnya, saya juga merujuk pensyarah pembimbing dan berbincang dengan rakan-rakan. Pada permulaannya, hasil kerja saya mempunyai pelbagai kesalahan dari segi jenis penggolongan kata dan unsur frasa yang terdapat dalam ayat. Melalui rujukan dan bimbingan daripada pensyarah, keadaan ini dapat diatasi. Meskipun pada awalnya, terdapat kesalahan dan kekeliruan mengenai huraian frasa-frasa yang terdapat dalam ayat yang dikaji. Namun, pengalaman ini turut membantu saya supaya lebih memahami ilmu-ilmu bahasa. Saya juga sedar, masih banyak ilmu bahasa yang masih belum dikuasai. Sebagai seorang bakal pendidik, tugasan ini dapat melatih saya supaya menguasai ilmu sintaksis.

51

5.0

RUJUKAN

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob & Zulkifli Osman (2006). Sintaksis. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor, (2008). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (2008). Nahu kemas kini: panduan bahasa yang baik dan betul. Kuala Lumpur : PTS Professional, 2008 Arbak Othman (1989). Nahu Bahasa Melayu. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, Petaling Jaya. Jasmi Abdul. Dewan Kosmik. Keluaran Februari 2009. Mohd. Zain Abd. Rahman. Dewan Masyarakat Keluaran Disember 2009. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa. Shah Alam: K Publishing Sdn. Bhd. Mohd. Zain Abd. Rahman. Dewan Masyarakat Keluaran Disember 2009. Laman web http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=211CHIN BOON TEK, 4 Mar, 2012, Pelita Bahasa, Mac 2012. Dwn bhsa dan pustaka Binaan endosentrik dan eksosentrik Diakses pada 22 Februari 2013

http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/sintaksis.html sintaksis bahagian 1-pengenalan diakses pada 1 Mac 2013 http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/frasa_eksosentrik.htm sintaksis diakses pada 1 Mac 2013.

52

6.0 LAMPIRAN

53