2 kertas kerja big p4 f5.pdf

Upload: pathur-rahman

Post on 10-Jan-2016

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KERTAS KERJA

    BINA INSAN GURU PERINGKAT 4

    FASA 5

    TAJUK:

    1. LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

    2. BENGKEL PENGHASILAN REFLEKTIF LAWATAN SEKOLAH

    ANJURAN:

    JAWATANKUASA KERJA BINA INSAN GURU PERINGKAT 4

    PUSAT KEGIATAN GURU KELAWAI

    TARIKH:

    22 NOVEMBER 2014

    TEMPAT:

    1. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PEREMPUAN CHINA, PULAU PINANG

    2. PUSAT KEGIATAN GURU KELAWAI, PULAU PINANG

  • 1

    KERTAS KERJA BINA INSAN GURU PERINGKAT 4 FASA 5

    1.0 PENGENALAN

    Program Bina Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswahan Guru

    (PPG) Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah

    berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan

    guru adalah pembina generasi, pembentukan jati diri dan role model kepada

    masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan

    mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar

    dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

    pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara

    berterusan.

    2.0 MATLAMAT

    Program Bina Insan (BIG) Peringkat 4 berfokus kepada memberi kefahaman yang

    menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru

    atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkat kualiti pendidikan serta guru dan

    akauntabiliti profesional. Di samping itu, pelajar PPG juga akan didedahkan dengan

    keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang

    berkesan.

  • 2

    3.0 OBJEKTIF

    Melalui Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Berprestasi Tinggi (benchmarking) dan

    Bengkel Penghasilan Reflektif Lawatan Sekolah, diharapkan pelajar PPG akan dapat:

    3.1 Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.

    3.2 Memahami dan mengenalpasti maklumat-maklumat yang berkaitan

    dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan.

    3.3 Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling

    ikhtisas pendidikan.

    3.4 Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, JPN, BTP dan

    PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang

    pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    3.5 Memahami dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang.

    3.6 Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan

    mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

    4.0 SINOPSIS

    Program ini mencakupi dua tugasan iaitu lawatan penanda aras dan bengkel

    penghasilan reflektif. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tiga jam dan yang

    kedua pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil masa selama tiga jam. Lawatan

    penanda aras diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Perempuan China, Pulau

    Pinang. Manakala bengkel pula diadakan di Pusat Kegiatan Guru Kelawai, Pulau

    Pinang. Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar PPG

    mengenali budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui

    program ini, pelajar PPG didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan

    budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan infostruktur kokurikulum. Manakala

    tujuan bengkel penghasilan reflektif ialah pelajar PPG menyediakan satu catatan

    reflektif mengenai lawatan penanda aras.

  • 3

    5.0 PENGANJUR

    Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru Peringkat 4

    Pusat Kegiatan Guru Kelawai

    6.0 TEMA

    Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

    7.0 CADANGAN TARIKH / MASA / TEMPAT

    Aktiviti : Lawatan Penanda Aras Ke

    Sekolah Berprestasi Tinggi

    Bengkel Penghasilan Reflektif

    Lawatan Sekolah

    Tarikh : 22 November 2014 (Sabtu) 22 November 2014 (Sabtu)

    Masa : 9.00 pagi 12.00 tengahari 5.00 petang 8.00 malam

    Tempat : SJKC Perempuan China,

    Pulau Pinang

    Bilik Mesyuarat, PKG Kelawai

    8.0 JUSTIFIKASI PESERTA

    Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada 14 orang pelajar PPG Kohort 2 Ambilan

    Februari 2012 bagi kumpulan MTE-A (Dua orang lelaki dan 12 orang perempuan)

  • 4

    9.0 AHLI JAWATANKUASA

    JAWATANKUASA KERJA BINA INSAN GURU PERINGKAT 4

    PUSAT KEGIATAN GURU KELAWAI

    PENASIHAT : HIZAM BIN ISMAIL

    PENGERUSI : GIM CHONG HUA

    TIMBALAN PENGERUSI : LEE YIN YIN

    SETIAUSAHA : MUNIRA BT AWANG

    BENDAHARI : ZAIDATUL ANA BT NGAH

    AHLI JAWATANKUASA

    KEROHANIAN DAN MORAL : MARINI BT ABDUL RASHID

    DOKUMENTASI : CHEW YIN LAI

    PERALATAN : PATHUR RAHMAN B ABD AZIZ

    PENGANGKUTAN : NOORAZILA BT ZAKARIA

    MAKANAN : TEOH GAIK PUAY

    PERSEGARAN : LIM CHIAH PENG

    AKTIVITI : LENA CHONG FOONG LING

    HUBUNGAN LUAR : NORAZMANIDA BT MAHAMUD

    CENDERAHATI DAN

    HADIAH

    : NOR ADELIA BT ABDUL WAHAB

    KEBAJIKAN DAN

    KESELAMATAN

    : NORAZIAH BT ABD.RAHIM

    NOORLIZAWATI BT ISMAIL

  • 5

    10.0 TENTATIF PROGRAM

    MASA AKTIVITI

    8.00 pagi Pendaftaran peserta

    Bertolak dari IPG Kampus Pulau Pinang

    9.00 pagi Berhimpun di SJKC Perempuan China, Pulau Pinang

    Taklimat ringkas daripada pihak sekolah

    10.00 pagi Minum pagi

    10.30 pagi Lawatan persekitaran sekolah

    11.30 pagi Sesi soal jawab

    Majlis Penutup

    12.00 tengahari Bertolak dari SJKC Perempuan China, Pulau Pinang

    1.00 petang Berhimpun di Pusat Kegiatan Guru Kelawai, Pulau Pinang

    Berehat, bersolat dan makan tengahari

    5.00 petang Bengkel Penghasilan Reflektif Lawatan Sekolah

    8.00 malam Bertolak pulang

    11.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

    Makanan dan Minuman

    ( 1 hari x 14 orang x RM 12.00 )

    RM 168.00

    Cenderahati

    SJKC PEREMPUAN CHINA

    RM 100.00

    Jumlah RM 268.00

  • 6

    12.0 PERTIMBANGAN DAN KELULUSAN YANG DIPOHON

    Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru (BIG) Peringkat 4 memohon pertimbangan

    Tuan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kelawai untuk meluluskan Lawatan

    Penanda Aras Ke Sekolah Berprestasi Tinggi dan Bengkel Penghasilan Reflektif

    Lawatan Sekolah.

    13.0 KEPUTUSAN / ULASAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

    PKG KELAWAI

    Permohonan untuk melaksanakan Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Berprestasi

    Tinggi dan Bengkel Penghasilan Reflektif Lawatan Sekolah diluluskan / tidak

    diluluskan dengan syarat mematuhi semua Pekeliling Perbendaharaan yang sedang

    berkuatkuasa.