2. k. thachanamurthy-1st proof read

Upload: david-adoh

Post on 06-Jul-2015

143 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KEPIMPINAN BERIMPAK TINGGI MENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI K.Thachanamurthy SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra Kedah

Abstrak Penulisan kertas kerja ini dimulakan dengan menjurus kepada suatu pemahaman tentang kerelevenan kepimpinan yang berimpak tinggi sebagai satu amalan kepimpinan yang efektif ke arah menjana kecemerlangan sekolah secara berterusan. Bagi menghuraikan skop atau dimensi kepimpinan berimpak tinggi dalam menjana kecemerlangan sekolah berprestasi tinggi, pelbagai pandangan dari penyelidik akan dijadikan landasan penerangan. Kepimpinan sekolah merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan merealisasikan matlamat pembangunan sekolah. Guru besar merupakan pemimpin dan teraju utama yang amat memberi impak kepada kejayaan sekolah secara berterusan sehingga mencapai tahap tertinggi. Sememangnya kepimpinan yang berimpak tinggi mampu merangsang semangat dan usaha semua guru, staf sokongan dan waris ke arah menjana kecemerlangan sekolah secara konsisten. Perbincangan kertas kerja ini juga yang memaparkan ketokohan guru besar dan barisan kepimpinan sekolah yang mempunyai jiwa pemimpin yang berimpak tinggi dalam mempengaruhi pencapaian sekolah dari satu tahap ke satu tahap kecemerlangan yang lebih tinggi. Peranan guru besar dan barisan guru penolong kanan dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah berprestasi tinggi akan dihuraikan meliputi keperibadian, amalan kepimpinan, inovasi sekolah yang dicetuskan, pengurusan sekolah yang terancang dan terkawal secara menyeluruh, penetapan matlamat yang realistik dan mampu dicapai mengikut tempoh masa yang bersesuaian serta pelaksanaan aktiviti yang menepati keperluan menjana kecemerlangan sekolah secara konsisten.

Pengenalan Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin telah dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011 bagi Fasa Kedua. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) merupakan tahap pengiktirafan tertinggi yang dicapai oleh sesebuah sekolah yang menepati kriteria pemilihan yang ketat dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. SBT merupakan sekolah cemerlang dan sekolah yang berkesan. Menurut Peter Mortimore (1996), a high performing school through its well established system, promotes the highest academics and other achievement for the maximum number of its students regardless of backgrounds of their families. Pihak pengurusan sekolah dan1

seluruh warga sekolah memikul amanah untuk terus berusaha melonjakkan kecemerlangan akademik dan menempatkan pencapaian kokurikulum murid ke tahap cemerlang dengan menitikberatkan faktor produktiviti dan kemenjadian murid. Amalan kepimpinan yang berimpak tinggi sangat penting untuk memastikan sekolah dalam kumpulan Sekolah Berprestasi Tinggi mampu mencapai tahap yang cemerlang secara berterusan. Menurut Sweeney (1983), Pengetua / Guru Besar yang berkesan:Menekankan pencapaian pelajar Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran Menyelia dan mengekalkan suasana kondusif sekolah Menilai pencapaian pelajar Menyelaras program sekolah Memotivasikan guru. Hallinger dan Heck (1997) mengatakan, kesan hubungan kepimpinan pengetua/guru besar dengan pencapaian murid diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu: i. ii. iii. Kesan langsung iaitu pemimpin secara langsung mempengaruhi outcomes sekolah Kesan perantaraan iaitu pemimpin mempengaruhi sekolah melalui pemboleh ubah lain Kesan reciprocal iaitu pemimpin mempengaruhi guru dan sebaliknya, seterusnya mempengaruhi outcomes sekolah i. ii. iii. iv. v. vi.

Keberkesanan kepimpinan seseorang itu diukur dari sudut penyempurnaan tanggungjawab pemimpin dan subordinat, membina pasukan kerja yang padu dan mengilap kekuatan individu dalam organisasi Ia dikaitkan dengan fungsi pengurusan: merancang, memulakan, mengawal, menyokong, memaklumkan dan menilai kemajuan serta fungsi-fungsi pengurusan itu boleh dicapai. Pengamalan kepimpinan berimpak tinggi sangat penting untuk menangani segala cabaran dan memastikan kecemerlangan sekolah mencapai tahap tertinggi. Fokus perbincangan kertas kerja ini adalah untuk berkongsi pengalaman berkhidmat bersama guru besar dan barisan kepimpinan sekolah yang memiliki nilai kepimpinan yang berimpak tinggi dalam merealisasikan kejayaan sekolah sehingga mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi. Takrifan Istilah Kepimpinan Berimpak Tinggi Menjana Sekolah Berprestasi Tinggi Berikut adalah merupakan senarai definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam perbincangan ini dan penerangan mengenainya merujuk kepada penggunaannya dalam kertas kerja ini sahaja. Kepimpinan Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1996), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Fullan (1991), Hall dan Hord (2001) telah mengenal pasti kepimpinan ketua / guru besar sebagai salah satu faktor utama yang membawa perubahan.2

Berimpak Berimpak membawa pengertian memberi kesan yang kuat atau berkesan (Kamus Dewan, Edisi Ketiga,1996).

Tinggi Berdasarkan Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1996), tinggi membawa maksud jauh ke atas ( di atas), jauh ke atas. Pengertian ini dirujuk menepati konteks ruang lingkup kertas kerja ini sahaja itu membawa pengertian pencapaian tahap tertinggi dan terbaik. Menjana Menjana membawa maksud menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan (Kamus Dewan, Edisi Ketiga (1996). Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah berprestasi tinggi adalah sekolah yang mempunyai watak, etos, identiti yang unik dan tersendiri. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cukup tinggi dan cemerlang dan dapat melahirkan modal insan yang berkembang secara holistik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa (Kementerian Pelajaran Malaysia: 2010). Guru besar dan barisan guru penolong kanan selaku pemimpin yang berkesan wajar mempertahankan wawasan atau misi sekolah. Sesungguhnya perkara ini dapat dicapai dengan memastikan bahawa nilai, matlamat dan objektif dalam penyataan wawasan atau misi sekolah dijadikan dasar kepada amalan harian sekolah, khususnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Cotton (2003) menyatakan pimpinan yang berkesan adalah melibatkan diri secara gigih dalam isu-isu kurikulum dan pengajaran. Ellet (1987) menyokong cadangan bahawa pengetuaatau guru besar, melalui peranan kepimpinan instruksional, boleh dan sememangnya menghasilkan perbezaan dalam produktiviti sekolah (p.303). Berteraskan Misi Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) iaitu Memberi Pendidikan Terbaik Bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang Selaras Dengan Aspirasi Negara dan Visi Sekolah SKSAT Sekolah Terbaik Peringkat Asean, guru besar menampakkan dirinya dalam pelaksanaan program-program berkaitan, memberi pujian terhadap pencapaian ataupun sebarang hasil dan menawarkan autonomi melalui pelebaran skop peranan instruksional kepada Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Cemerlang, KetuaKetua Panitia, Ketua-Ketua Unit dan juga guru-guru mata pelajaran. Staf sokongan bukan akademik juga tidak pernah diabaikan kebajikan mereka. Malahan kerjasama dan kolaborasi dengan waris yang berkepakaran serta institusi pengajian tinggi seperti POLIMAS, IPDA dan UUM sememangnya sentiasa diatur mengikut keperluan dan kesesuaian demi memartabatkan kualiti sekolah. Penerangan yang selanjut tentang usaha-usaha kepimpinan ini terdapat di bahagian akan datang.

3

Latar Belakang Sekolah Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah terletak di Jalan Changlun kira-kira satu km dari Pekan Jitra. Tapak asalnya ialah dusun dan kebun kelapa. Sekolah ini mula membuka pintunya pada hari Rabu, 11 Januari 1956 dengan nama JITRA ENGLISH SCHOOL. Guru Besar pertama yang diberi kepercayaan untuk menerajui sekolah ini ialah Encik Lim Sin Chaw, seorang guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah Darul Aman dibantu 3 orang guru penolong. Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Raja Muda Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada 9 November 1956. Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin (SSAT) iaitu mengikut nama Sultan Kedah yang ke-23. Bangunan tambahan yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina pada tahun 1958 dan 4 buah lagi pada tahun 1962. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 63 orang murid (lelaki dan perempuan) Tahun 1964 sekolah ini telah menjadi sekolah menengah rendah dengan pengambilan murid-murid ke kelas Tingkatan Satu. Ini bermakna SSAT adalah sekolah menengah yang pertama di Kubang Pasu. PIBG ditubuhkan pada tahun 1967 dan merupakan sekolah pertama di Kubang Pasu yang menubuhkan PIBG. Bangunan tambahan tiga tingkat mulai digunakan pada 7 Ogos 1976. YAB Tun Dr Mahathir b Mohamad (Timbalan Perdana Menteri pada masa itu) telah melakukan perasmiannya pada 1 Mei 1977. Bangunan sekolah ini terletak di atas tapak seluas 13.0436 ekar. Sebuah surau dibina untuk muridmurid yang beragama Islam agar dapat beribadat dengan sempurna dan selesa. Surau ini siap dibina pada bulan November 1981 dengan kos sebanyak RM6600.00. Dua blok lagi bangunan baru dibina pada tahun 1990-an dan tambahan selanjutnya pada tahun 2002 dan Kelas Prasekolah pada tahun 2006. Kini surau juga telah dinaiktaraf dengan perbelanjaan melebihi RM50,000.00 selaras dengan matlamat PPIP iaitu Pembangunan Modal Insan yang berilmu dan bertaqwa. Senario perkembangan semasa perlu merintis cabaran kemajuan pesat dalam dunia pendidikan masa kini selaras dengan era memperkasakan dunia pendidikan serba moden. Pada tahun 2008, SKSAT telah mencapai satu lagi kegemilangan apabila dinobatkan sebagai Sekolah Kluster. Ini susulan daripada kejayaan yang dinobatkan kepada sekolah ini seperti Anugerah Johan Sekolah Kualiti Menteri Pendidikan dan Naib Johan Sekolah Harapan Negara di samping mengungguli beberapa pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa. Terkini, SKSAT telah menempa sejarah dengan menggapai Sekolah Berprestasi Tinggi, kohot 2 yang diumumkan di Sarawak. Selain itu, Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan di Daerah Kubang Pasu lebih lima dekad melalui beberapa perubahan taraf iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Kebangsaan. Tuntasnya, sekolah ini penuh keunikan dengan rentetan pelbagai peristiwa manis dalam sejarah ketamadunannya.4

Amalan Pemimpin Berimpak Tinggi di Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin Kejayaan Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) bergantung kepada prestasi kolektif pentadbirnya, yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Sebagai pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian, beliaui mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Sebagai seorang Ketua Jabatan beliau mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, guru besar bersama-sama guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Guru besar mesti mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah. Beliau berjaya memimpin, serta dia berjaya mempengaruhi anggotaanggota yang lain di dalam organisasi SKSAT. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Menurut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Berasaskan kepada kepimpinan SKSAT yang menonjokan ciri-ciri mentaliti, kemasyarakatan, moraliti. Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak. Ciri moraliti ini memang ketara diamalkan dalam kepimpinan sekolah ini ke arah keberkesanannya. Selain daripada itu kepimpinan Guru Besar SKSAT memang berasaskan kepada sikap-sikap empati dan bersimpati ,sedar akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri, kebolehan untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah, bersikap adil. Kecemerlangan SKSAT juga dapat dilihat dalam kepimpinan yang berunsurkan amalan-amalan seperti bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu, berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik, berupaya memudahkan semua kerja, mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya, pandai membahagikan masa, mahu berbincang dengan orang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal, mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia dan tidak sekali-kali lemah semangat serta cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Berdasarkan kepada teori-teori dan kajian tentang kepimpinan, SKSAT berupaya menggerakkan warga sekolah untuk berfikir, merasa, bertindak5

dengan cara-cara tertentu. Sebagai pemimpin beliau berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Kekerapan interaksi bersama kakitangan dalam kumpulan membolehkan kepimpinan SKSAT yang berkesan. Kalau seorang pemimpin sentiasa bersembunyi dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan. Menurut kajian-kajian tentang kepimpinan instruksional kepimpinan yang dimiliki oleh guru besar dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kepimpinan berasaskan sifat, sikap dan watak seseorang pemimpin dan, kepimpinan berasaskan tabiat semula jadi atau kelakuan pemimpin. Jadi Guru Besar SKSAT sedar akan hal ini dan mengamalkan kedua-dua kepimpinan yang baik. Berikut merupakan huraian kepimpinan guru besar berasaskan sifat, sikap dan watak yang dimiliki oleh Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin. Pendekatan Humanistik a. Menyentuh hati pelajar

Terdapat pelbagai program yang telah dijalankan di bawah kepimpinan pemimpin SKSAT untuk mendekati pelajar antaranya ialah: i. Program Mentor Program ini dijalankan untuk memantau, membimbing dan mengambil kisah tentang pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Program ini dijalankan dengan kaedah 1 Pemimpin 1 Kelas. Murid-murid di dalam kelas tersebut dijadikan anak angkat kepada Guru Besar dan pemimpin SKSAT yang lain. Pemimpin SKSAT akan mencari masa lapang iaitu sebulan sekali untuk bertanyakan masalah dan mengambil berat berkaitan muridmurid kelas tersebut. Contohnya pemimpin akan masuk ke kelas dan cuba bertanyakan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Kesannya murid-murid berasa dihargai dan lebih bermotivasi. Kelas Klinik Program ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian beberapa orang murid yang berpotensi untuk mencapai target 5A. Program ini dijalankan dengan kaedah 1 Pemimpin 4 Murid. Contohnya beberapa orang murid yang mendapat 4A 1B dan 3A 2B dalam peperiksaan percubaan UPSR diambil. Kelas ini diadakan di dalam bilik Guru Besar yang berhawa dingin. Kesannya murid meningkat dalam peperiksaan dan bermotivasi. Memberi Hadiah Program ini dijalankan untuk memberi penghargaan dan motivasi kepada murid-murid. Guru Besar dan pemimpin SKSAT sendiri akan mencari dan membeli hadiah tersebut. Contohnya memberi hadiah berupa basikal kepada murid-murid. Kesannya murid-murid akan6

ii.

iii.

berlumba-lumba untuk meningkatkan prestasi untuk mendapatkan hadiah tersebut. iv. Bersama Waris Program ini dijalankan dengan memanggil waris-waris yang mempunyai anak yang berpotensi untuk mencapai 5A dalam UPSR. Pemimpin SKSAT akan memberi galakan dan motivasi dari hati ke hati kepada para waris. Kesannya para waris berasa dihargai dan seterusnya memberi motivasi kepada anak untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Hari Anugerah Cemerlang Program ini dijalankan untuk memberi penghargaan dan motivasi kepada murid-murid. Guru Besar dan pemimpin SKSAT sendiri akan memberi sijil, hadiah dan wang sebagai ganjaran. Contohnya murid yang mendapat 5A dalam UPSR akan diberi sijil dan juga wang saguhati. Kesannya murid-murid lain akan bermotivasi dan berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Terhadap guru di sekolah

v.

b.

Terdapat program-program yang dijalankan oleh pemimpin SKSAT untuk mendekati guru-guru seperti: i. Lawatan Penanda Aras Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan pemikiran guru-guru SKSAT. Program ini dilaksanakan dengan melawat ke Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi. Perbelanjaan pengangkutan lawatan akan ditaja oleh pemimpin SKSAT. Pemimpin SKSAT sendiri akan mencari dana untuk mengadakan lawatan tersebut. Kesannya guru-guru lebih bermotivasi dan dapat bertukar-tukar fikiran dan idea dengan guruguru di sekolah lain. ii. Kursus Dalaman Program ini dijalankan untuk meningkatkan dan menjana ilmu pengetahuan guru-guru SKSAT. Ia diadakan setiap bulan pada hari bekerja. Contohnya Kursus Pembugaran Minda. Kesannya guru-guru lebih bermotivasi dan terdapat peningkatan di dalam prestasi kerja. Kelas Aerobik Program ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kecergasan guruguru SKSAT. Ia diadakan setiap bulan pada hari bekerja. Contohnya pemimpin SKSAT juga telah mengadakan kelas aerobik tertutup bagi guru-guru wanita dengan alatan yang bersesuaian. Kesannya guruguru lebih bertenaga dan berkarisma untuk meningkatkan prestasi kerja. Pemeriksaan Kesihatan Program ini dijalankan untuk pemeriksaan tahap kesihatan guru-guru SKSAT. Pemimpin SKSAT telah memanggil pihak yang bertauliah7

iii.

iv.

untuk membuat pemeriksaan kesihatan guru-guru dengan bayaran yang berpatutan. Ia dijalan setahun sekali. Kesannya guru-guru dapat mengetahui tahap kesihatan masing-masing tanpa perlu beratur dan membuat bayaran yang tinggi. v. Majlis Staf Program ini dijalankan bagi menjaga kebajikan guru-guru SKSAT. Setiap bulan semua guru dikehendaki membayar sebanyak RM10 selama 11 bulan. Kutipan ini akan dikumpul dan diberikan kepada guru-guru yang memerlukan. Contohnya guru yang melahirkan anak dan kematian ahli keluarga akan diberikan bantuan kewangan. Kesannya guru-guru berasa dihargai dan dapat meningkatkan prestasi kerja. Memberi Motivasi Dan Galakan Program ini dijalankan bagi memberi motivasi dan galakan kepada guru-guru SKSAT. Contohnya, semasa mengadakan mesyuarat, guru besar sentiasa memaklumkan tentang maklumat pengajian lanjutan maka guru besar memberi motivasi dan menggalakkan semua guru untuk merebut peluang tersebut. Guru besar memberi semangat supaya staf tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dan kecemerlangan diri. Kesannya guru-guru dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mencapai peringkat tertinggi dalam pengajian. Jamuan Akhir Tahun Program ini dijalankan bagi meraikan kejayaan dan pengorbanan guru-guru SKSAT. Ia diadakan setahun sekali. Contohnya jamuan akhir tahun diadakan di hotel-hotel yang berdekatan. Kesannya guruguru berasa dihargai dan lebih bermotivasi.

vi.

vii.

Kepimpinan Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin juga berasaskan kepada behaviourisme atau tabiat. Ini dapat atau jelas dilihat dalam tindakan seperti: a) Mengaplikasikan teknik pemantauan perkembangan dan kebajikan murid. yang berkualiti terhadap

Guru besar SK Sultan Ahmad Tajuddin sentiasa memantau kebajikan pelajar secara konsisten. Misalnya melalui penubuhan Ahli Jawatan kuasa Kebajikan dan Keselamatan Murid di kalangan guru; guru besar dapat memantau kebajikan murid setiap masa dan mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dari segi pelajaran, ekonomi, taraf hidup, masalah peribadi dan memberikan bantuan kepada murid-murid yang layak mendapat bantuan wang zakat mahupun KWAMP. Melalui peranan yang dimainkan oleh Unit Kaunseling sekolah dan AJK Bimbingan dan Kaunseling juga, guru besar dapat memantau dan mengenalpasti murid-murid bermasalah yang memerlukan sokongan dan bimbingan untuk menangani dan menghadapi sebarang masalah dengan pemikiran yang cukup rasional. Setiap panitia mata pelajaran juga memainkan peranan yang cukup besar dalam membantu guru besar melaksanakan aktiviti ke arah memantau kebajikan murid.8

Berikut merupakan beberapa aktiviti (Strategi 1-6) yang dijalankan sebagai langkah menjaga kebajikan murid dari semasa ke semasa :

BIL i.

PELAN TINDAKAN (STRATEGI 1) Teknik menjawab soalan peperiksaan 1 UPSR ( Tahun 4 6) Kelas Bimbingan UPSR ( Tahun 6) 2 Weekend Writing Programme( Tahun 4 3 6) RIFT(Reading is Fun and Treasurable) 4 ( Tahun 4 6) Power Up Your Vocabulary (Tahun 1-3) English Day (1-6) 6

OUTPUT 169 calon UPSR didedahkan Teknik Menjawab Murid memperolehi kemahiran menjawab soalan Murid menulis karangan dalam BI yang betul Murid diberi latihan tatabahasa dan struktur ayat yang betul. Murid menguasai sepenuhnya perbendaharaan kata B. Inggeris Murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Murid diberi latihan kemahiran asas matematik. Murid menguasai konsep asas sains. Melatih menjawab soalan penulisan secara betul. Murid menguasai kemahiran J-Qaf Murid berkomunikasi dalam Bahasa Arab Murid mengenal huruf Jawi yang menjadi tulisan Al- Quran

ii. iii. iv. v. vi.

vii. viii. ix. x. xi. xii.

Easy Mathematics (Tahun 1-3) 7 Smart Science (Tahun1- 3) 8 Penulisan Kreatif ( Tahun 3- 6) 9 Gerbang Soleh (Tahun 1-6) Tahbib al-Lughah (Tahun 1-6) Program Pintar Jawi dan Al-Quran ( Tahun 1-6)

BIL i.

PELAN TINDAKAN (STRATEGI 2) Klinik ( Tahun 6)

OUTPUT Meningkatkan pencapaian A bagi setiap mata pelajaran dan mengurangkan bilangan murid GALUS

BIL i.

PELAN TINDAKAN (STRATEGI 3) Permata Nilam (Tahun 1-6 )

OUTPUT Murid memperolehi kemahiran membaca

BIL i. ii. iii. iv.

PELAN TINDAKAN (STRATEGI 4) Kursus Pemantapan P&P Rubrik Pemarkahan Kem Penghayatan Islam (Tahun 4-6) Program Celik Aqidah (Tahun 1-6) 9

OUTPUT P&P guru lebih berkesan P&P guru lebih berkesan Peningkatan sahsiah murid Memantapkan sahsiah murid

BIL i. ii. PELAN TINDAKAN (STRATEGI 5) Adik Ceria (Prasekolah) Bijak Membaca (Prasekolah) OUTPUT Murid didedahkan tentang pengurusan diri Murid dapat membaca secara insentif

b) Memantapkan Program Hal Ehwal Murid (HEM) Murid-murid merupakan pelanggan sekolah yang paling penting. Pelbagai program melibatkan Hal Ehwal Murid (HEM) perlu diberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam sistem pendidikan dengan memberi tumpuan terutamanya dalam perkhidmatan kebajikan dan keselamatan murid-murid. Perlu mengamalkan program 3K. Penambahbaikan sistem perkhidmatan pendidikan bukan sahaja tertumpu penambahbaikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah perhatian yang sewajarnya juga perlu diberi pada aspek keselamatan murid-murid. Antaranya memasang kamera litar tertutup di pelbagai tempat di dalam kawasan sekolah untuk meningkatkan kawalan keselamatan di samping menyediakan pengawal keselamatan. c) Program Inovasi Kecemerlangan Sekolah Guru besar perlu berfikiran kritis dan kreatif. Mampu mengubah suai sesuatu untuk mendapat impak yang besar dalam mencapai visi, misi dan kecemerlangan sekolah. Program inovasi dapat membantu kecekapan penilaian aktiviti kokurikulum. Antara program inovasi yang dijalankan ialah Pantauan 3K, inovasi Kertas Berasaskan Daun Sawit, inovasi tarian Persatuan Seni Warisan, inovasi markah kokurikulum, inovasi Jejak Ilmu melibatkan persatuan akademi dan inovasi Lagendaku Inspirasiku melibatkan kelab sukan.

Memperkasakan Program Yang Berpotensi. Guru besar perlu sentiasa menggalakkan guru dan staf mempertingkatkan prestasi. Antaranya adalah program kesenian Caklempong, ditubuhkan sebagai salah satu Kebitaraan Kelab Seni Warisan dan Kebudayaan. Ia bermula sebagai salah satu aktiviti kokurikulum tetapi telah diketengahkan hingga telah mendapat tempat dan undangan di dalam majlis berprestij seperti majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Syah, Universiti Utara Malaysia dan lain-lain IPTA. Objektif program kesenian Cak Lempong di ketengahkan adalah dengan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid tentang kebudayaan dan kesenian rakyat yang wajar dipertahankan turuntemurun. Malahan ianya juga bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid sedari awal lagi agar dapat diasuh dan dibimbing sebaik mungkin. Persatuan Memanah juga telah mencipta nama di peringkat Kebangsaan walaupun baru dimulakan pada tahun 2009. Program Inovasi Sekolah juga telah menempa nama di peringkat kebangsaan pada tahun 2010 iaitu Inovasi Kertas berasaskan Daun Sawit telah mendapat Anugerah Khas Juri di10

Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Berasaskan Sawit BPSBPSK Bersama MPOB. Inovasi seterusnya ialah projek Inovasi Bas. Objektif Inovasi Bas tersebut ialah sebagai mini Pusat Sumber bagi keperluan murid-murid Kelas Pendidikan Khas. Bas tersebut telah diubahsuai dengan cantik dan dinaiktaraf dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan dan menarik minat muridmurid. Inovasi Bas juga telah digunakan untuk menarik minat murid-murid untuk membaca dan membantu seorang murid Pendidikan Khas memperolehi 5A dalam UPSR tahun 2010 yang lalu. Kumpulan Nasyid juga akan digilap dan ditonjolkan dengan bantuan ustaz dan guru-guru yang pakar. Kumpulan Tarian Kebitaraan Seni Warisan juga telah mengharumkan nama sekolah dengan menempatkan diri ke peringkat antarabangsa dengan mengadakan pertunjukan persembahan tarian di Perkhemahan Jambori Pengakap Sedunia di Kem Pak Bara, Satun, Thailand dan Persembahan Tarian Festival Kebudayaan ASEAN, Satun, Thailand (2010). Guru Besar juga telah melibatkan diri dengan menjadi Ketua Guru Pengiring semasa ke pertunjukan di Satun, Thailand.

Penglibatan komuniti di SKSAT Komuniti merupakan sekumpulan manusia yang tinggal bersama di dalam satu tempat atau kawasan. Komuniti juga diterima dalam konteks nilainilai sosial dan tanggung jawab iaitu masyarakat. Ia juga dianggap sekumpulan orang yang mempunyai agama, bangsa, profesion, atau ciri-ciri khusus lain yang sama. Dalam menuju era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan ilmu (k-ekonomi) sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan maklumat yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesai masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Namun demikian, secara realitinya manusia berada di merata tempat, bekerja di luar pejabat dan berhubungan melalui telefon dan internet. Oleh itu mereka yang di dalam sesebuah pejabat perlu berjumpa antara satu sama lain untuk kepentingan organisasi. Pemimpin SKSAT sangat bertuah dalam hal ini kerana pentadbiran dan kedudukan sekolah ini berada di tempat yang baik yang membolehkan: Hubungan baik dengan PIBG, PPD dan JPN. Hubungan baik dan saling bekerjasama dengan sekolah-sekolah lain. PIBG sedia memberi kerjasama dan sumbangan yang berterusan. Banyak sekolah-sekolah dan intitusi lain membuat lawatan ke sekolah ini sebagai penanda aras. Hubungan baik dengan institusi pendidikan setempat. Kedudukan sekolah berhampiran dengan PPD, IPTA dan IPTS. Contohnya Universiti Utara Malaysia, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Syah, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Institut Perguruan Darul Aman.11

Hubungan baik dengan MDKP. Bantuan kewangan Wakil Rakyat kepada murid miskin. Bantuan zakat daripada Pejabat Zakat. Sumbangan daripada agensi luar dan ahli-ahli koporat. Ibu bapa mudah diajak berbincang. Kemudahan pusat perubatan berdekatan Pelbagai agensi kerajaan berdekatan dengan sekolah seperti balai polis, balai bomba, Agensi Dadah Kebangsaan.

Data sekolah menunjukkan sebanyak 90% waris adalah berpendidikan dan bertaraf sosio-ekonomi tinggi dan sederhana. Ibu bapa dan masyarakat sekeliling memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan SKSAT. Sumbangan mereka adalah seperti berikut :Meningkatkan Peratus Lulus Tahap Minimum Melalui Komitmen PIBG Teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR ( Tahun 4 6) Kelas Bimbingan UPSR ( Tahun 6) Weekend Writing Programme ( Tahun 4 6) RIFT(Reading is Fun and Treasurable) ( Tahun 4 6) Power Up Your Vocabulary (Tahun 1-3)) English Day (1-6) Easy Mathematics (Tahun 1-3) Smart Science (Tahun1- 3) Penulisan Kreatif ( Tahun 3- 6) Gerbang Soleh (Tahun 1-6) Tahbib al-Lughah (Tahun 1-6) Program Pintar Jawi dan Al-Quran ( Tahun 1-6)

Tujuan aktiviti-aktiviti di atas dijalankan adalah untuk meningkatkan peratus pencapaian murid-murid dalam pelbagai bidang dengan bantuan dana pendidikan daripada pihak PIBG. Kesannya sekolah mencapai peratus pencapaian yang tertinggi di dalam daerah dan negeri. Meningkatkan penyebaran maklumat berkaitan sekolah kepada komuniti melalui pelbagai bentuk media Menyebar luas maklumat/aktiviti sekolah menggunakan media dan teknologi Menyebar luas maklumat / aktiviti sekolah melalui kepimpinan komuniti

Tujuan program ini dijalankan supaya semua waris dan pihak luar dapat mengikuti perkembangan sekolah dengan melayari laman web sekolah. Kesannya memudahkan dan mendekatkan para waris, pelajar, guru dan pihak luar untuk mendapatkan maklumat berkenaan sekolah. Meningkatkan penyertaan ibu bapa / penjaga dalam aktiviti sekolah Kempen kehadiran mesyuarat agung PIBG Program turun padang dan aktiviti masyarakat sekolah dan PIBG Program Bersepadu sekolah dan PIBG12

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan mendekatkan pihak ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti sekolah. Kesannya penglibatan ibu bapa dan penjaga akan meningkatkan pencapaian murid. Menambah baik hubungan sekolah dengan pelbagai agensi sekolah dengan pelbagai agensi luar dan bekas murid melalui pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik. Program sumbangan bekas murid untuk sekolah Program sumbangan oleh agensi-agensi luar

Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan kepakaran dan sumbangan bekas murid dan agensi luar untuk meningkatkan pencapaian pelbagai aktiviti di sekolah. Kesannya sekolah mendapat pelbagai kejayaan dan pengiktirafan dalam pelbagai aktiviti akademik dan bukan akademik. Meningkatkan tahap kemahiran murid melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) Kebitaraan Robotik Pelaksanaan program dilaksanakan secara kerjasama dengan UUM, UNIMAP dan POLIMAS. Kebitaraan Seni Warisan Pelaksanaan program dilaksanakan secara kerjasama dengan UUM dan jurulatih dari Badan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan khidmat dan kepakaran pihak institusi pengajian tinggi dalam mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang robotik dan tarian. Contohnya Kumpulan Tarian Kebitaraan Seni Warisan juga telah mengharumkan nama sekolah dengan menempatkan diri ke peringkat antarabangsa dengan mengadakan pertunjukan persembahan tarian di Perkhemahan Jambori Pengakap Sedunia di Kem Pak Bara, Satun, Thailand dan Persembahan Tarian Festival Kebudayaan ASEAN, Satun, Thailand (2010).

Kesimpulan Nilai kepimpinan yang berimpak tinggi sememangnya amat memberi kesan dan pengaruh yang besar kepada kejayaan kecemerlangan sekolah sehingga mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi. Guru besar yang profesional sentiasa memastikan segala pelaksanaan perancangan melibatkan proses pemantauan secara berterusan, pencerapan dan kawalan. Aplikasi instrument pemantauan yang mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Guru besar telah menetapkan matlamat dan perancangan yang realistik dan mampu dicapai mengikut tempoh masa yang bersesuaian. Keberkesanan hasil kejayaan setiap pelaksanaan dapat diukur kerana pihak sekolah telah menetapkan TOV (take-of-value) dan ETR (expected target result). Impak perancangan strategic dapat diukur dengan kejayaan dalam13

bidang kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan antarabangsa. Kejayaan di peringkat sekolah dan kejayaan kecil juga dijadikan pencetus semangat dan perangsang motivasi murid dan guru. Sesi refleksi, sumbangsaran dan penambahbaikan sentiasa diamalkan dan guru besar berfikiran terbuka dalam menerima idea dan pendapat. Segala kejayaan sekolah dari segi kreativiti dan inovasi dapat dilihat di lampiran 2. Sesungguhnya, guru besar dan pihak pengurusan sekolah telah berjaya menerapkan nilai pengurusan serta kepimpinan berimpak tinggi dan nilai-nilai unggul di kalangan warga sekolah. Nilai keikhlasan dan ketulusan hati dalam memberi sumbangan kepada pihak sekolah sentiasa menjadi amalan di kalangan seluruh warga sekolah. Guru besar yang berimpak tinggi dalam memimpin pengurusan dan pentadbiran sekolah sememangnya amat penting ke arah menyumbang kepada kejayaan sekolah berprestasi tinggi. Rujukan Brewer, H. (2001).Ten Steps to Succes. Jurnal of Staff Development 22(1),3031. Cotton, K. (2003). Principals and Student Achievement. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. Ellet, C.D. (1987). Emerging Teacher Performance assessing practices; implications for the instructional supervision role of school principals. In. W. Greenfiled [Ed.], Instructional leadership: Concepts,issues, and controversies (p. 302 327). Boston: Allyin Shanker Institute. Fullan, M. (1991). The New Meaning of Educational Change. Toronto: OISE Press. Hall, G. & Hort, S. (2001). Methods of Assessing Participants' Use of New Knowledge and Skills. Hallinger, P. & Heck, R. (1997). Exploring the principal's contribution to school effectiveness. School Effectiveness and School Improvement, 8(4), 135. Kamus Dewan. (1996). Edisi Ketiga. Dewan. Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mortimore, P. (1996). High Performing School Improvement. School of Third Millenium Invitatianal Conference. Organised and hosted by the University of Melbourne, Faculty of Education, Sponseed by the Directorate of School Education, Victoria. Melbourne: University of Melbourne. Rutheford, W. L., et. al. (1985). The Role of School Principal In The School Improvement Efforts. Austin, Texas: ERIC Document Reproduction Service no. ED 250 814. Ubben, G.C. & Hughes, L.W. (1992) The Principal : Creative Leadership For Effective Schools (2nd ed.) Boston, Ellyn & Bacon.14