buletin skillsmalaysia 1st edition 2013

40
Malaysia EDISI 1 | 2013 | CIAST catat sejarah raih pingat emas ITEX 2013 VEX Robotics Peringkat Dunia 2013 What’s Next After SKM? 9 772231 946006 ISSN 2231-9468 NASKHAH PERCUMA!

Upload: dangque

Post on 19-Dec-2016

288 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

MalaysiaEDISI 1 | 2013 |

CIAST catat sejarah raih pingat emas ITEX 2013

VEX Robotics Peringkat Dunia 2013

What’s Next After SKM?

9772231

946006

06

ISSN 2231-9468

ISS

N 2231-9468

NASKHAH PERCUMA!

Page 2: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

www.skillsmalaysia.gov.my Laman Web Rasmi SkillsMalaysia

invite.skillsmalaysia.gov.my

www.iwant2b.my

www.dsd.gov.my Laman Web Rasmi JPK

Laman Web SkillsMalaysia INVITE

PORTAL RUJUKAN

Page 3: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Salam 1 Malaysia.

Buletin SkillsMalaysia Edisi Pertama Tahun 2013 kali ini tampil dengan imej yang lebih segar dengan beberapa penambahbaikan daripada versi terdahulu termasuk penambahan segmen Tips Kemahiran dan Kerjaya Kemahiran serta artikel sumbangan penulis dari agensi latihan kemahiran awam. Ianya diharap dapat memberi dimensi baru dalam penyampaian maklumat yang berguna kepada masyarakat secara amnya dan para belia secara khususnya tentang landskap latihan kemahiran di Malaysia.

Kerajaan telah mensasarkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang inklusif. Dalam usaha ini, fokus pembangunan negara sudah tentu perlu diarahkan kepada pembangunan modal insan yang menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara. Hasrat kerajaan adalah untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi selaras dengan perkembangan dan permintaan industri di Malaysia.

Kempen promosi SkillsMalaysia, bertujuan untuk menambahbaik persepsi masyarakat terhadap pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) dengan menarik minat lebih ramai lepasan sekolah dan belia mengikuti latihan kemahiran.

Sekian, terima kasih.

”Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi”

PenaungDatuk Dr. Pang Chau Leong

PenasihatDr. Mohamad bin Sulaiman

Ketua PengarangEn. Samsuri bin Arif

Penolong Ketua PengarangPn. Sulaiha bt. Ali

Ketua JurugambarEn. Kamaluddin bin Tomiran

Sidang Pengarang

DATUK DR. PANG CHAU LEONGKetua Pengarah Pembangunan KemahiranJabatan Pembangunan KemahiranKementerian Sumber Manusia

www.skillsmalaysia.gov.my

inSPiraSi Minda Ketua Pengarah

PengarangPn. Khuzainey bt. IsmailEn. Azuddin bin HassanEn. Roslan bin SalimEn. Ahmad Azran bin RanaaiPn. Lili Munira bt. Mat YusufEn. Nuzul Ridzuan bin PadzilEn. Ahmad Nadzreen bin Mohamad AliEn. Abdul Haniff bin LudinEn. Mohd Bakhtiar bin SobriEn. Muhammad Aizat bin Tumiran

Jurugambar buletinEn. Mohd Fazli bin JamalCik Shiadri binti Saleh@ Aman

Pengarang grafiKMohd Faizal Azrai bin Ab Aziz

PenerbitJabatan Pembangunan Kemahiran

Sidang Pengarang Buletin SkillsMalaysia amat mengalu-alukan sumbangan artikel daripada agensi dan individu yang terlibat dengan latihan kemahiran. Artikel terpilih akan dimasukkan kedalam Buletin SkillsMalaysia akan datang. Sumbangan artikel tersebut boleh dikemukakan ke :

Unit SkillsMalaysiaBahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO),Jabatan Pembangunan Kemahiran,Aras 7-8,Blok D4, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62530 Putrajaya.

Telefon : 03-8886 5400 / 5904Fax : 03-8889 2425atau Emel kepada :[email protected]

Buletin SkillsMalaysia diterbitkan setiap dwi tahunan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk “Mengarusperdana Latihan Kemahiran. Buletin ini diterbitkan untuk memberikan penerangan dan hebahan kepada masyarakat tentang kepentingan latihan kemahiran dan maklumat yang berkaitan dengannya.

SkillsMalaysia @SkillsMalaysia

Dapatkan naskhah anda di :www.skillsmalaysia.gov.my

Buletin SkillsMalaysia | 3

Page 4: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

SegMen utaMa

berita

artiKel MenariK

Kejayaan

faKta tevt 10

PG14

Kandungan 2013 lenSa SKillSMalaySia

08 Memburu Pingat Pertama11 Peserta Malaysia ke leipzig 2013

18 veX robotics Peringkat dunia 2013

22 CiaSt catat sejarah raih pingat emas, di iteX 2013

12 What’s next after SKM?16 a World-Class german industrial

and logistics Management Program

26 Kelengkapan Keperluan di rumah34 Merawat kemalangan di Pejabat/

rumah dengan bahan sedia ada di rumah

36 5 useful Productivity apps

24 testimoni Kejayaan Mesh Subra35 Word of Wisdom

20 lawatan ke iCaM, Pekan, Pahang

21 SkillsMalaysia invite27 jom Masuk u28 jelajah janji ditepati28 hari Pekerja29 Pelancaran utC Perak

30 festival belia 201331 imaginovasi

32 asean Culinary giatmara Putrajaya33 global Skills Challenge

06 29

2216

20 26

Kembara SkillsMalaysia

Menawan Kinabalu

4 | Buletin SkillsMalaysia

Page 5: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

High quality skills training addresses the vital needs of companies operating in an increasingly competitive international

business environment. Practical competencies and job-specific skills, especially when complemented with theoretical, occupation related training, produces cutting-edge talents with excellent development potential. The most effective concept to achieve this, is a dual vocational systems where the private sectors takes the leading role in delivering the training content.

ALExANDER STEDTfELDExecutive Director

Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry (MGCC)

Why Skills training?

Kemahiran Memacu Tranformasi; Pendidikan teknikal dan latihan vokasional mempunyai peranan yang amat penting dalam merealisasikan matlamat TESCO ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Justeru itu program SLDN yang menumpukan pembelajaran yang fleksibel menepati kehendak industri masa kini.

EN.ZAINUDIN BIN KADIRPENGARAH,

TESCO ACADEMY,TESCO STORES MALAYSIA

Kemahiran Peneraju Kecemerlangan;Melalui program Latihan Kemahiran(SLDN), pekerja industri rel berpeluang untuk memperkasa tahap kompetensi dan membina budaya berprestasi tinggi. Justeru itu produktiviti dapat ditingkatkan dan dicapai.

PN.NORHASLITA RAMLIPENGARAH,

RAIL ACADEMY-RAPIDKL

Kemahiran Memacu Kejayaan; Program Latihan Kemahiran (SLDN) mampu mendorong Peningkatan Kecemerlangan Diri serta membina Daya Saing yang kompetitif bagi Individu tersebut. Justeru itu, meningkatkan kualiti kerja bertaraf dunia dapat direalisasikan.

PN. NORHAYATI ARIffINPENGARAH,

MALAYSIAN RAILWAY ACADEMY(MyRA),KTMB

Program Kemahiran Untuk Banduan :“Setelah banduan menjalani pemulihan dari sudut fizikal rohani dan sahsiah, banduan akan di serapkan dengan ilmu latihan kemahiran supaya dengan kemahiran tersebut banduan dapat berkerja sendiri atau berkerja dengan majikan apabila mereka bebas, di samping itu juga dengan kemahiran yang di miliki banduan yang telah bebas tidak akan mengulangi kesalahannya semula”

DATO’ MOHD SAKERI BIN HJ DOLLAH,KETUA SEKSYEN VOKASIONAL DAN INDUSTRI,

IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA

Page 6: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Segmen 1 :

Leipzig, Germany

Leipzig

6 | Buletin SkillsMalaysia

Page 7: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Segmen 1 :

Leipzig, Germany

Penulis : Khuzainey Ismail

Road To Leipzig 2013

Memburu Pingat Pertama

3-6 Julai 2013, Messe LeipzigBuletin SkillsMalaysia | 7

Page 8: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

World Skills Competition atau singkatannya WSC merupakan pertandingan kemahiran berprestij dunia

yang dianjurkan sejak 1950. Penyertaan belia yang berpotensi dan berkemahiran dari pelbagai negara menjadikan pertandingan ini medan untuk menonjolkan bakat kemahiran yang dimiliki. Pertandingan yang dianjurkan setiap dua tahun ini menggalakkan warga kemahiran untuk pertukaran idea, perkongsian maklumat teknikal dan menggalakkan belia untuk bertanding di peringkat dunia. Pemenang di WSC dianugerahkan dengan pingat emas, perak, gangsa dan medallion for excellence atau pingat kecemerlangan. Anugerah tertinggi di WSC dikenali sebagai Albert-Vidal kepada pemenang terbaik keseluruhan.

Malaysia telah menyertai WSC sejak tahun 1993 di dalam pelbagai bidang kemahiran yang dipertandingkan. Sehingga kini, Malaysia hanya berjaya memungut sebanyak 27 pingat kecemerlangan di dalam pelbagai bidang.

Penyertaan Malaysia di WSC kali ke-10 yang diadakan di Leipzig, Germany dari 3 hingga 6 Julai 2013 membawa pelbagai harapan dan hasrat antaranya untuk meraih pingat pertama Malaysia di WSC.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha dan aktiviti persediaan kepada peserta agar pencapaian belia negara di WSC kali ini lebih berjaya dari sebelumnya. Malaysia diwakili oleh 14 belia di dalam 14 bidang kemahiran iaitu Cooking, Restaurant Service, Fashion Technology, Electronics, Automobile Technology, Cabinetmaking, IT Network System Administration dan Hairdressing yang diurusetiakan oleh JPK manakala bidang Electrical Installations, Plumbing and Heating, Mechanical Engineering Design, Wall and Floor Tiling, Refrigeration and Air Conditioning dan Welding diurusetiakan oleh KKR.

Kita tidak boleh lagi memandang sepi terhadap pencapaian belia Malaysia di WSC. Berikutan pencapaian belia negara di WSC adalah berkolerasi dengan pencapaian Malaysia di dalam melaksanakan latihan kemahiran dan vokasional yang merangkumi kurikulum, mesin, peralatan, teknologi, kepakaran dan struktur latihan. Justeru, persepsi umum yang menganggap pekerjaan kolar biru adalah merupakan bidang pekerjaan yang sesuai kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik dengan penumpuan pekerjaan seperti buruh adalah persepsi yang perlu dihakis. Gaya pemikiran

seumpama ini menunjukkan masyarakat masih kurang faham bahawa bidang teknikal dan latihan vokasional bukan sahaja tertumpu kepada pekerjaan kolar biru semata-mata berbanding dengan bidang akademik bagi pekerjaan kolar putih.

Kemenangan di pertandingan ke-mahiran peringkat dunia diharap dapat membuka mata masyarakat dunia bahawa Malaysia kini sudah mencapai tahap kemahiran yang tinggi di kalangan belianya. Bak kata pepatah ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’. Bukti Malaysia berusaha ke arah negara maju akan lebih terserlah jika kita dapat membawa pulang pingat di kejohanan kemahiran yang berprestij seperti WSC. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang dilakukan untuk memastikan peserta negara benar-benar bersedia dari segenap sudut mental dan fizikal dalam memastikan pingat dalam genggaman. Malaysia juga mampu mencipta kejayaan yang menakjubkan sepertimana pencapaian peserta dari Korea Selatan yang telah berjaya membawa pulang pingat sejak tahun 1967. Ini jelas menunjukkan penekanan terhadap bidang teknikal dan kejuruteraan dapat membangunkan ekonomi sesebuah negara sepertimana di Korea Selatan.

Segmen Utama

8 | Buletin SkillsMalaysia

Page 9: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

PeSerta MalaySia Ke WSC, leiPzig 2013Izzadin Rusyaimil bin Ahmad MubarakMARA Japan Industry Institute, BeranangBidang : ElectronicsMedallion of Excellence (ASC 2012)Pingat Perak (PKM 2011)

Hasnizam bin IshakILP MersingBidang : Automobile Technology Pingat Emas (PKM 2012)

Ruqaiyah binti Azahari GIATMARA Kuala PilahBidang : Fashion Technology Pingat Gangsa (ASC 2012)Pingat Emas (PKM 2011)

Mohamad faizal bin Abdul MalikIKM JasinBidang : Mechanical Engineering DesignPingat Perak (ASC 2012)Pingat Gangsa (PKM 2011)

Chang Wai KenIKBN PeretakBidang : HairdressingMedallion of Excellence (ASC 2012)Pingat Perak (PKM 2011)

Nik Mohd fakhrul Razi bin Nik Ahmad Kamil ILP Kuala TerengganuBidang : Electrical InstallationsPingat Emas (ASC 2012)Pingat Perak (PKM 2011)

Ooi Chian JianKolej Komuniti LangkawiBidang : Restaurant ServicePingat Perak (ASC 2012)Pingat Emas (PKM 2011)

Amran bin NaimILP LabuanBidang : Plumbing and HeatingPingat Emas (ASC 2012)Sijil Kecemerlangan (PKM 2011)

Chen Kim LeunTaylor’s UniversityBidang : CookingPingat Emas (ASC 2012)Pingat Emas (Nestle Culinary Award 2011)

Abdul Latif bin IbrahimGIATMARA Kepala BatasBidang : WeldingPingat Gangsa (ASC 2012)Pingat Emas (PKM 2011)

Zawawi bin EmbongUniversiti Teknikal Malaysia MelakaBidang : IT Network System AdministrationsMedallion of Excellence (ASC 2012)

Muhammad Aizat bin Saari Kuala TerengganuBidang : Refrigeration and Air ConditioningPingat Emas (ASC 2012)Pingat Perak (PKM 2011)

Muhammad Zulkarnain bin SudinILP Kota BharuBidang : Cabinetmaking Pingat Gangsa (ASC 2012)Pingat Perak (PKM 2012)

Muhamad Syukri bin SintangBidang : Wall and Floor TilingSijil Penyertaan (ASC 2012)Pingat Emas (PKM 2011)

Buletin SkillsMalaysia | 9

Page 10: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Penulis : Abdul Haniff Ludin

Kajian / Statistik

Penglibatan Goverment Link Company (GLC) dan Multinational Company (MNC) dalam program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN): Model Pelaksanaan Berkesan

Keberkesanan Perlaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Dari Perspektif Pusat Latihan Dalam Program Automotif Dan Kecantikan

SATU kerangka dibentuk bersandarkan kepada penemuan kajian dimana tiga (3) faktor utama yang perlu diberi perhatian untuk memastikan penglibatan syarikat GLC dan MNC dalam pelaksanaan program SLDN iaitu penyebaran maklumat (promosi), pengiktirafan pensijilan dan jalinan kerjasama antara syarikat dengan pihak kerajaan (perundangan). Ini dapat digambarkan dalam kerangka diatas dimana warna biru menunjukkan faktor utama tersebut, manakala warna kuning mewakili kepada kaedah pelaksanaannya. Sementara itu, faktor-faktor lain juga perlu diambil kira seperti kerahsiaan, kurikulum, latihan dan pemilikan syarikat.

PENEMUAN kajian menunjukkan terdapat lima (5) perkara utama iaitu peningkatan kualiti, konsep SLDN, peruntukan kewangan, promosi dan juga pengiktirafan. Daripada perspektif pusat latihan, Kelima-lima elemen ini perlu diberi perhatian yang serius bagi menjadikan pelaksanaan program SLDN yang lebih berkesan dimasa akan datang

10 | Buletin SkillsMalaysia

Page 11: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Tahap Penerimaan Pekerja Lulusan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Di Alam Pekerjaan.

Tahap Penerimaan Masyarakat Terhadap Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

PENEMUAN kajian digambarkan melalui bentuk graf seperti yang ditunjukkan dimana secara amnya, persepsi majikan dan pekerja terhadap kebolehkerjaan dan kebolehpasaran terhadap lulusan SLDN adalah amat membanggakan dan begitu tinggi sekali peratusannya.

SATU kerangka telah dibentuk berdasarkan kepada penemuan kajian dimana tiga (3) faktor utama penyumbang yang telah dikenalpasti iaitu insentif, promosi dan konsep latihan manakala kaedah penambahbaikan meliputi faktor-faktor seperti imej, kebolehkerjaan serta kemahiran teknikal dan sosial. Semua faktor tersebut disusun dalam kerangka mengikut keutamaan dimana faktor utama adalah paling hampir dengan titik tengah kerangka tersebut dengan bermatlamatkan k-workers.

Buletin SkillsMalaysia | 11

Page 12: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Seringkali apabila mempromosikan Persijilan Kemahiran Malaysia kepada umum, beberapa

soalan cepu emas diajukan oleh ibu bapa, anak-anak, guru-guru dan lain-lain. Antara soalan yang popular ialah “Lepas dapat Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia ni boleh tak kalau nak sambung masuk ke universiti?”. Apabila diajukan soalan itu beberapa jawapan klise yang dijadikan respon kepada mereka, antaranya: Oh, latihan kemahiran ini sangat lain dengan pembelajaran di universiti, latihan kemahiran 70% pembelajaran secara amali dan hanya 30% teori, manakala di universiti 70% pembelajaran teori dan 30% amali.” dan disusuli dengan “Sijil kemahiran lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan,” seolah-olah sekadar ingin menjawab dan mematikan perbualan. Soalan ini amat kritikal dan perlu di ambil berat jika kita mengambilkira persepsi kebanyakan masyarakat Malaysia yang merasakan tanpa ijazah atau diploma dari universiti masa depan tidak cerah. Oleh yang demikian, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memulakan usaha mewujudkan program artikulasi dengan universiti tempatan untuk menyediakan laluan kepada pemegang Sijil atau Diploma Kemahiran ini menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah di universiti.

Laluan artikulasi yang dirancang terbahagi kepada dua iaitu laluan kepada pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di universiti dan kepada pemegang Diploma/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKM/DLKM) ke peringkat ijazah di universiti. Kedua-dua laluan ini dirancang untuk mengambilkira syarat kemasukan ke universiti mengikut bidang/program yang sesuai, pengecualian kredit dan juga syarat untuk pinjaman pembiayaan pembelajaran di universiti.

Sebagai permulaan, jangkaan universiti yang berpotensi untuk menjalankan program artikulasi ini hanya untuk universiti tempatan sahaja iaitu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Untuk IPTA, JPK telah memulakan perbincangan dengan “Malaysian Technical

Penulis : Bakhtiar Sobri

What’s Next After SKM?

University Network” (MTUN) yang terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Bagi IPTS pula JPK telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Tun Abdul Razak, “Open University Malaysia” dan Multimedia College melalui Telekom Malaysia Bhd manakala dalam masa yang terdekat JPK juga akan menandatangani MoU dengan “LimKokWing University of Creative Technology” untuk pelaksanaan artikulasi.

Mungkin ada yang melihat program artikulasi ini sedikit bertentangan dengan misi JPK untuk mengarusperdanakan latihan kemahiran di mana sepatutnya lulusan bidang kemahiran ini boleh berdiri sendiri dan berjaya tanpa diploma atau ijazah dari universiti. Namun jika difikirkan semula apa salahnya jika diwujudkan laluan pendidikan bagi pemegang Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia ini mempunyai pilihan untuk melanjutkan pelajaran bukan sahaja ke peringkat ijazah, mungkin mereka boleh pergi lebih jauh hingga ke peringkat kedoktoran bagi menyahut cabaran untuk melahirkan profesional berkemahiran tinggi. Diharapkan dengan usaha ini jika soalan cepu emas di atas diajukan lagi, kita boleh memberikan jawapan “Ya, boleh!”

Artikel

12 | Buletin SkillsMalaysia

Page 13: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

MELAHIRKAN PEKERJA BERPENGETAHUAN (K-WORKERS)

SLDNSistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah kaedah latihan di dalam dua situasi pembelajaran, iaitu di industri yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30% latihan teori.

www.dsd.gov.my

PersijilanPerantis yang berjaya dalam penilaian dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerah SKM Tahap 1, 2, 3, DKM atau DLKM oleh JPK berasaskan program yang diikuti.

Insentif (Majikan)• Pelepasancukaipendapatansyarikatterhadap

kos pelaksanaan SLDN di syarikat;• Pelepasancukaipembelianperalatanyangdibeli

untuk tujuan latihan SLDN dan pengeluaran; atau• Pulangansemula(reimbursement)kos

pelaksanaan SLDN kepada majikan yang mencarumdalamHRDF(RujukPekelingMajikan1/2008 PSMB).

Maklumat lanjut :

K-workers adalah pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu teknikal, sosial & kemanusiaan dan metadologi & pembelajaran.

Tempoh LatihanBerdasarkan kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Nisbah Latihan70% hingga 80% latihan amali di industri dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan.

Elaun LatihanSemester 1 – RM350.00 sebulanSemester 2 – RM400.00 sebulanSemester 3 – RM450.00 sebulanSemester 4 – RM500.00 sebulan

Page 14: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

KEMBARASKILLSMALAYSIA

Artikel

14 | Buletin SkillsMalaysia

Page 15: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Tanggal 8 November 2012 merupakan tarikh bersejarah kami 13 orang kumpulan SkillsMalaysia berkesempatan

untuk mendaki Gunung Kinabalu. Ekspedesi ini di ketuai oleh En Mohamad bin Yaccob, Pengarah SLDN. Peserta terdiri daripada 9 lelaki dan 4 wanita. Ketika tiba di Taman Kinabalu sehari sebelum pendakian, rata-rata peserta meluahkan rasa bimbang, mampu atau tidak sampai ke puncak, lebih-lebih lagi kami hanya melakukan persiapan kecergasan ala kadar di samping keadaan cuaca ketika itu yang sering hujan.Satu lagi cabaran terpaksa kami hadapi adalah melawan suhu sejuk di kawasan ini.

Pemandangan Gunung Kinabalu dari jauh ini menguatkan semangat kami untuk mendaki. Ketika menginap di Kinabalu Park Resort di kawasan kaki gunung lagi, kesejukan kawasan tanah tinggi sudah pun menyapa. Tanpa sempat melakukan persiapan kecergasan untuk kali terakhir, hari pertama di sini dihabiskan dengan berehat semalaman di resort.

Biarpun hati gusar, pelbagai sarapan enak yang disajikan restoran di resort ini tetap dinikmati secukupnya. Selesai taklimat mengenai laluan pendakian oleh ketua jurupandu, peserta ekspedisi memulakan pendakian melalui laluan Pondok Timpohon. Sepanjang pendakian ke Laban Rata kami sempat berhenti di beberapa pondok untuk menghilangkan dahaga dan melapik perut dengan makanan yang dibekalkan. Kami terpaksa berpecah kepada empat kumpulan mengikut kelajuan dan kecerdasan masing-masing. Perjalanan kian mencabar apabila tiba di persimpangan kerana laluan seterusnya menunggu dengan sebahagian besar tangga tinggi dan curam. Badan pula mula keletihan selepas berjalan jauh,

Penulis :Kamaludin Tomiran

jadi lebih kerap singgah berehat di pondok yang berjarak setiap satu atau dua kilometer.

Rakan yang berstamina di antara kami tiba ke Laban Rata pada jam 1.30 petang manakala peserta terakhir tiba jam 7.00 malam. Laban Rata adalah tanah lapang menempatkan asrama dan jaraknya kira-kira 2.7 kilometer di bawah puncak.Sebahagian besar pendaki berkumpul di ruang restoran Laban Rata menikmati bufet yang disediakan sambil menikmati pemandangan mengasyikkan pada ketinggian kira-kira 3,200 meter dari aras laut. Ramai yang sibuk merakamkan gambar terutama menjelang senja yang mana warna langit berubah jingga. Seawal jam 2.30 pagi keesokannya, kami lengkap berpakaian tebal dan dengan lampu suluh di kepala meneruskan pendakian ke puncak. Dalam suasana gelap dan amat sejuk, kami memaksa kaki mendaki tangga kayu yang menjadi jalan penghubung kerana keadaan muka bumi menuju ke puncak dipenuhi batuan curam. Kira-kira 300 meter mendaki tangga, kami terpaksa memaut tali pula untuk memanjat curam batu. Mujur keadaan masih gelap. Jika cerah, mungkin ramai yang gayat dan tidak sanggup mendaki lagi.

Hanya mereka yang berjaya tiba di puncak Kinabalu mampu menghargai pengalaman pendakian yang ditempuhi dan lebih nikmat lagi bila perjalanan lancar tanpa sebarang masalah. Itulah perasaan peserta Ekspedisi Skills Malaysia yang berjaya menawan puncak Kinabalu.

Pemandangan dari puncak sungguh mengasyikkan. Sesudah merakamkan foto kami memulakan perjalanan turun. Kalau ikutkan, tidak puas menatap pemandangan indah dan bersantai di kawasan batu yang landai di puncak,

namun waktu tidak mengizinkan kerana kami perlu mengemas barang dan mendaftar keluar dari asrama di Laban Rata sebelum 10 pagi. Laluan turun ke Timpohon memerlukan pendaki lebih berjaga-jaga bagi mengelak tekanan atau kecederaan kaki yang bekerja keras ketika mendaki. Pun begitu, kami cuba untuk tidak berjalan terlalu perlahan dan mengelak berhenti terlalu kerap supaya sempat tiba di Timpohon sebelum hari gelap.

Semakin menghampiri puncak, suhu semakin dingin, mungkin hampir mencecah 10 darjah Celsius. Kesejukan sebegini ditambah dengan oksigen yang kian menipis membuatkan pergerakan agak lemah. Apabila suria pagi menyinar, kelibat susunan batu di Low’s Peak sayup kelihatan dari jarak 700 meter. Melihat matahari terbit kira-kira jam 6 pagi sambil berdiri di puncak merupakan satu kenikmatan yang tidak terhingga. Jam 7 pagi, 12 pendaki akhirnya berada di puncak Kinabalu. Seorang rakan tidak dapat meneruskan pendakian kerana mengalami kekejangan otot ketika pendakian menggunakan tali. Hanya Tuhan yang tahu perasaan masing-masing apabila dapat berdiri di ketinggian 4095.2 meter dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

hanya mereka yang berjaya tiba di puncak

Kinabalu mampu menghargai pengalaman

pendakian yang ditempuhi dan lebih nikmat lagi bila perjalanan lancar tanpa

sebarang masalah.

Buletin SkillsMalaysia | 15

Page 16: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

In Germany, 1.5 million young people are currently under a training contract with a company leading them through a comprehensive practical 3-year training program, which is complemented by attending theoretical course at a training school. These traineeships usually start right after acquiring a school certificate in the equivalent of a Malaysian SPM or STPM. German industry considers its involvement a necessity. “Training young people is an investment in the future success of our company”, says Roland Krause Director, Finance & Admin Volkswagen Group Malaysia.

But it not only secures the employment requirements of companies, it ensures that young people will easily enter a salaried job with good perspectives. The concept also addresses a problem that becomes increasingly apparent in Malaysia. Last year, the Deputy Human Resource Minister told Parliament that some 76,200 university graduates in the country were unemployed. Two of the

main reasons are that their education does not correspond to the demand of the private sector and that they lack practical skills and competencies, which in dual vocational training in a real work environment are naturally developed.

The German system of dual vocational training is the foundation of Germany’s international economic success. German industry together with training schools train a highly qualified workforce with comprehensive practical professional skills paired with a sound theoretical background enabling businesses operating on an international level to master the increasing challenges of a global economy.

PoPular With young PeoPleDual vocational training in Germany takes place in one of 350 training occupations, developed by the private sector and approved by the government. The training regularly leads into an employment contract with

the training company with excellent advancement opportunities. It is also highly popular with those who have the entry qualifications for university. Many young Germans holding a school certificate equal to a Malaysian STPM opt for dual vocational training due to the comprehensive, practical and career oriented concept.

Young people appreciate the responsibilities at this early stage of their formation. “Soon I was entrusted with my own tasks. Important for me are also the good development opportunities the company offers to me.” says Julia Greinke, Trainee Transport/Logistics Management, Hapag-Lloyd. They also value the thorough understanding of the business of a training company. “I got to know the whole company and learned how the different departments interact with each other”, remarks Andreas Klein, Trainee Industrial Management, Siemens.

Sumber : MGCC

English Article

16 | Buletin SkillsMalaysia

Page 17: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Many benefitS and a CoMPetitive edge for a Career in induStry or logiStiCSThe companies not only provides a comprehensive training based on a National Occupational Skills Standard (NOSS) by the Ministry of Human Resources free of charge, they will also pay the trainees a training allowance, which increases with each year of training. The allowance will also be paid while the trainees are at the training school. Further benefits are the full integration into the companies from the beginning, the practical orientation with actual tasks in the business processes and two widely recognized and valued certificates, an Advanced Skills Diploma based on NOSS as well as a German Chamber Certificate based on the German Training Ordinance.

A successful career in the training companies is predetermined by the company’s involvement in the formation of trainees. It increases their competitiveness through higher qualifications, the creation of job-specific skills and competencies and the productive performance already during the training period. This is endorsed by Wolfgang Laabs, Managing Director, DB Schenker Malaysia: “The engagement in training that fits our demand helps our company and is a contribution to the next generation”.

Key eleMentS of the trainingThe dual vocational training program is a joint initiative by the corporate sector in Malaysia, coordinated by the Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry, and the Department of Skills Development (JPK) of the Ministry of Human Resources and the Germany Malaysian Institute.

The 3-year training program is open for application and will start in September 2013. The training is based on training contracts with renowned German and Malaysian companies in industry and logistics and will mostly take place at participation companies (around 70 % of the time) and the rest at the

German-Malaysian Institute (GMI) where the trainees are equipped with sound, occupation related theoretical knowledge.

The training alternates between the practical training and work experience at the company (6 to 12 weeks) and times of theoretical studies at the GMI (2 – 4 weeks) with a modern campus that offers accommodation, a canteen and further food outlets to the trainees.

about the PartnerS of the initiativeThe Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry (MGCC) is the official representation of German business in Malaysia and part of the world-wide German Chamber Network. MGCC, with a member base of today more than 400 companies, was established in 1991 and is closely linked

to the German dual vocational training system in accordance with the high standards of the Association of German Chambers of Industry and Commerce (DIHK);

The GMI is a hub for advanced technical education and vocational training with a comprehensive and balanced approach to develop holistic occupational, social and learning competencies. It was established in 1991 as a joint venture between the Governments of Malaysia and Germany;

Among the training companies are some of the big names of German business such as Infineon and DB Schenker as well as many of the so-called hidden champions, highly innovative, competitive and growing industrial and logistic enterprises successful in an international business environment.

Buletin SkillsMalaysia | 17

Page 18: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Penulis : Saifoul Bahari (IKTBN Sepang)

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menyertai Pertandingan VEX ROBOTICS WORLD CHAMPIONSHIP COMPETITION 2013. Pertandingan ini berlangsung di Convention Centre ANAHEIM, CALIFORNIA pada 15-22 APRIL 2013. Pada pertandingan tersebut IKTBN Sepang merupakan satu-satunya Institut yang mewakili MALAYSIA ke pertandingan tersebut dan telah memenangi 2 perlawanan ketika menentang kumpulan TTPI 1 dari Negara Mexico dan kumpulan QCC dari Amerika Syarikat. Semoga dengan menyertai pertandingan ini ia memberi pengalaman dan pendedahan yang terbaik kepada para pelajar dan pengajar IKTBN Sepang di bawah Kementerian Belia Dan Sukan untuk lebih berjaya lagi pada masa akan datang terutamanya di dalam memastikan kualiti penghasilan robot pada masa akan datang lebih berjaya demi mengharumkan nama Negara MALAYSIA di persada dunia.

Berita

18 | Buletin SkillsMalaysia

Page 19: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

PENgIKTIRAfANPENCAPAIANTERDAhULU

(PPT)Apa Itu PPT?Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan dalam NOSS berdasarkan kepada pengalaman danpencapaianterdahuluyangdimiliki.Individuyangmemohon hanya perlu mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang dimiliki untuk dinilai dan disahkan oleh personel yang dilantik.

Tujuan PPTMemberi pengiktirafan terhadap keterampilan yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperolehi melalui pengalamankerja,pengalamanhidupdanlatihansecaraformal atau tidak formal.

www.dsd.gov.myMaklumat lanjut :

Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan?Semua individu yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Faedah PPTMemberi peluang kepada sesiapa yang mempunyai kemahiran untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan yang dimiliki.

Mengiktiraf pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi tanpa mengambilkira bila, bagaimana dan di mana ia diperolehi samada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup,atau latihan (formal, non-formal atau informal)

MenyokongdanmenggalakPembelajaranSepanjangHayat(PSH)

Page 20: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Lensa SkillsMalaysia

SATU lawatan telah diadakan pada 23 Mei 2013 ke International College of Automotive (ICAM), Pekan Pahang.

Rombongan JPK diberikan taklimat ringkas oleh wakil Mercedes-Benz.

YBhg Datuk Dr. Pang Chau Leong diberikan penerangan mengenai kelengkapan pembelajaran yang terdapat di ICAM.

Rombongan JPK bergambar bersama pihak pengurusan DRB-HICOM dan ICAM.

20 | Buletin SkillsMalaysia

Page 21: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

PROGRAM SkillsMalaysia INVITE yang bertujuan untuk mempromosikan program latihan kemahiran di Malaysia kepada pelajar antarabangsa telah berjaya menjelajah ke empat buah negara pada tahun ini iaitu Myanmar, India, Sri Lanka dan Indonesia.

Buletin SkillsMalaysia | 21

Page 22: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah berjaya meraih satu pingat emas dan perak daripada 2 penyertaan pada Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24

(ITEX 2013) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 Mei 2013 yang lalu.

Penyertaan kali kedua ini adalah merupakan pencapaian paling memberangsangkan memandangkan pada tahun 2012 yang lalu, CIAST juga telah menghantar dua produk dan telah berjaya meraih dua pingat perak.

Pada kali ini produk Portable Security Monitoring System (PSMS) telah memenangi pingat emas di mana, ia adalah hasil ciptaan 13 orang pengajar iaitu Nazrim bin Tan, Mohd Zulaffandi bin Abdullah, Ahmad Mashudi bin Alpiah, Helmi bin Ab Hamid, Mohamed Lotfi bin Ariffin, Suzaini bin Supingat, Noor Azita bt Bakar, Ariffin bin Mohammad, Irwan bin Mohd Amir, Saidi bin Zain, Norzaid bin Nordin, Rafizie bin Rahaidir dan Azmanaruzee bin Abdullah.

Portable Security Monitoring System (PSMS) yang dihasilkan adalah terdiri daripada peralatan yang tahan lasak dan kukuh serta direka mudah alih dan kalis air. Produk ini terdiri daripada beberapa elemen penting iaitu berupaya melakukan pengawasan secara pintar melalui kamera CCTV dan sistem penggera. Sekiranya sensor dapat mengesan subjek, PSMS akan menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pengawal. Selepas itu, pengawal akan dapat melihat apa yang berlaku melalui smart phone, komputer dan sebagainya. Pengawal juga boleh mengawal pergerakan kamera iaitu ke kiri, ke kanan atau ke atas dan ke bawah. Elemen seterusnya, produk ini juga dilengkapi oleh LED touch screen untuk memudahkan pengguna mengawal skrin. Pada masa kini, kita dapati amat sukar meperolehi CCTV training kit di pasaran dalam bentuk yang kecil. Oleh yang demikian, antara kelebihan lain PSMS adalah ianya boleh digunakan sebagai alat latihan (training kit) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan

Disediakan oleh : Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

sistem CCTV. Ruang penyimpanan yang diperlukan adalah kecil kerana saiznya yang kecil serta mudah di pasang. Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk kegunaan industri dan domestik.

Produk yang ke-2 ialah THEFT DETERRENT DEVICE (TDD) FOR DOME CAMERAS. Produk ini telah berjaya memenangi pingat perak. Inovasi ini direkabentuk bagi menyelesaikan masalah berkaitan kecurian dan rompakan pada mesin ATM. Pada kebiasaannya, sebelum rompakan dilakukan, penjenayah akan menyembur cat pada kamera CCTV dan ini menyebabkan kamera tidak berupaya merakam kejadian rompakan tersebut atau lebih membimbangkan, kejadian tersebut hanya dapat diketahui pada keesokan harinya. Kelebihan THEFT DETERRENT DEVICE (TDD) FOR DOME CAMERAS ialah apabila penjenayah menyembur cat pada kamera, penggera akan berbunyi, dan selepas itu, kamera tersebut akan mengalihkan bahagian permukaan yang terkena cat untuk kembali berfungsi merakam kejadian itu dengan rakaman yang lebih jelas. Dalam masa yang sama juga TDD ini akan menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pengawal yang bertugas dan, seterusnya, pengawal boleh bertindak menghalang kejadian rompakan tersebut dengan lebih pantas. Inovasi ini telah direka oleh 9 orang pengajar iaitu Mohd Zulaffandi bin Abdullah, Nazrim bin Tan, Mohamed Lotfi bin Ariffin, Suzaini bin Supingat, Yaakub bin Saad, Mohd Ozahir bin Mat Palal, Azmanaruzee bin Abdullah, Nor Azman bin Ahmad dan Ahmad Zaki bin Ali Hussin.

Antara acara lain yang turut berlangsung semasa ITEX 2013 adalah Asean Young Inventors Exhibition (AYIE) dan International Exhibition for Young Inventors (IEYE), yang mana ianya dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dengan kerjasama World Intellectual Property Organisation (WIPO) yang telah dianjurkan buat kali ke-24 dengan penyertaan lebih 1,000 produk penyelidikan dari pelbagai agensi dalam dan luar negara.

Berita

22 | Buletin SkillsMalaysia

Page 23: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Wakil deligasi daripada CIAST En. Mashudi pada Malam Budaya Cipta

Buletin SkillsMalaysia | 23

Page 24: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Testimoni Kejayaan

Mesh Subra, dilahirkan dan dibesarkan di Negeri Sembilan merupakan anak kepada kakitangan kerajaan dan suri rumah. Menerima pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Teknih Juaseh

dalam bidang Seni Bina dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat tinggi dalam bidang Sains Komputer di Kolej Unitek.

Beliau memulakan kerjayanya di syarikat multinasional terkenal. Selepas beberapa ketika, beliau sedar bahawa bekerja di pejabat bukanlah untuk dirinya. Beliau memutuskan untuk mengejar minatnya dalam bidang rekaan dan penggayaan rambut secara profesional. Beliau sedar bahawa untuk menjadi yang terbaik didalam bidang ini, Paris adalah tempat terbaik untuk mendapatkan ilmu yang dikehendaki. Setelah tiba di Paris, beliau menjadi perantis kepada seorang pendandan rambut fesyen terkenal dunia selama beberapa tahun untuk mendalami lagi ilmu ini dan menambahkan pengetahuannya.

Beliau berpindah ke London dan meneruskan misi mencari ilmu dengan menjadi pembantu kepada seorang lagi pereka rambut terkenal selama beberapa tahun juga. Dengan kepakaran dan kelebihan yang dimiliki oleh Mesh, beliau diwakili oleh agensi OpusBeauty New York dan London, sebuah agensi terkenal yang berpusat di Hollywood.

Menurutnya, detik terhebat dalam hidup dan kerjayanya adalah apabila beliau mendapat peluang untuk bekerja dengan Valentino Garavani, seorang pakar ‘couture’ di istananya di Crespieres, berhampiran Paris beberapa tahun yang lalu sebelum Valentino Garavani bersara dan juga dengan jurugambar-jurugambar terkenal dan terbaik dunia seperti Paolo Roversi, Peter Lindbergh, Jean Paul Goude, Patrick Demarchelier Rankin dan ramai lagi.

Mesh telah mencipta nama setelah bekerja di bandar-bandar fesyen dunia seperti Paris, New York, London dan Hollywood. Dia juga telah menyumbang kepada industri fesyen dengan mencurahkan bakat dan pengetahuannya untuk majalah-majalah fesyen terkenal serata dunia seperti Italian Vogue, Harper’s Bazaar, L’Officiel dan sebagainya. Dia juga mempunyai pengalaman berkerja dalam kempen-kempen pengiklanan besar dan hebat seperti Lee Jeans, Smash Box, Rado Swiss, GAP dan lain-lain. Beliau diperakui sebagai antara yang terbaik oleh pereka-pereka fesyen terkenal seperti Catherine Malandrino, Peter Pilotto and Timo Weiland yang telah bergabung bakat dengannya didalam kebanyakan pertunjukan dan projek fesyen. Beliau juga mempunyai klien-klien selebriti tersendiri seperti Jessie J, Camilla Alves, Lisa Ray dan Amanda Ghost. Dengan segala pengalaman ini dan biodata yang cukup menarik dan menyeluruh dalam industri fesyen antarabangsa, beliau berhasrat untuk berkongsi teknik-

Temuramah

24 | Buletin SkillsMalaysia

Page 25: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

“Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru, anda patut mengambil risiko tersebut dan meneruskannya, kerana walaupun ia benar-benar tidak menjadi dan jika anda gagal, anda masih mempelajari sesuatu daripadanya. Jadi anda sebenarnya tidak gagal” – Maestro Mesh Subra

teknik baru dan terkini dan pengetahuan yang mendalam mengenai penggayaan rambut dengan bakat-bakat baru yang sedang meningkat serta orang ramai.

Bukan mudah untuk menjadi seorang profesional dan berwawasan seperti Mesh. Untuk mencapai tujuan ini, beliau telah menggarapkan etika kerja yang berwibawa dan berwawasan. Beliau berkerja dengan semangat tulus dan integrity. Beliau percaya bahawa amat penting untuk membina hubungan yang baik dan saling mempercayai untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya. Dia juga percaya bahawa untuk berjaya, seseorang itu perlu bersikap terbuka serta boleh menerima dan merumuskan idea-idea dan kemudian menepatkan idea-idea tersebut dengan sentuhan sendiri. Ianya seperti mencari keseimbangan yang terletak pada sebuah garisan halus.

Setiap orang mempunyai impian tersendiri dan, Mesh tidak terkecuali. Impian beliau adalah untuk menduduki senarai 50 artist rambut terbaik di dunia dan membuka sekolah dandanan sendiri di ibu kota fesyen seperti Paris,London dan New York.

Nasihat beliau kepada artist-artist rambut dan fesyen di luar sana. Yang baru bermula atau pun sudah lama bergiat dalam bidang ini ialah anda perlu berusaha bersungguh-sungguh dan secara intuitif dan berkerja secara elektif dan pantas, walaupun di bawah tekanan. Anda juga perlu menjadi sangat fleksibel kerana sesuatu idea tersebut mungkin sesuai bagi diri anda, tetapi mungkin tidak sesuai atau menepati kemahuan tema atau untuk penggambaran tersebut. Anda perlu membuang ego anda dan benar-benar menjadi tepat secara teknikal didalam setiap bahagian dandanan rambut dan fesyen kerana fesyen itu adalah medium yang sangat eklektik. Bagi beliau anda perlu mencintai apa yang anda lakukan. Anda boleh benar-benar melihat dan merasai apabila seseorang itu benar-benar menyukai apa yang mereka lakukan.

Buletin SkillsMalaysia | 25

Page 26: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Tali PengukurTali pengukur atau dikenali dengan measuring tape digunakan semasa ingin mendapatkan sesuatu ukuran yang tidak memerlukan ketepatan yang tinggi. Keperluan asas bagi kerja-kerja sampingan terutama dirumah. Mempunyai bacaan dalam meter (m),kaki (feet),inci (inches),centimeter (cm) dan milimeter (mm). Harga yang bermula dari RM4 sehingga RM15 adalah antara pilihan yang terdapat dipasaran.

1

2 3

4

Penulis : Samsuri Arif (PMO)

Test PenSetiap rumah perlu ada ini. Macamana nak guna? Senang sahaja. Pen penguji elektrik atau nama glamour “Test Pen” amat diperlukan ketika mengenalpasti sesuatu peralatan elektrik dirumah mengalami kerosakkan. Disesuaikan dengan 240volt membolehkan semua alatan rumah di uji sebelum diputuskan samada boleh dibaiki ataupun tidak.Mempunyai penunjuk (indicator) pada bahagian dalam pen tersebut yang boleh diganti sekiranya rosak. Pastikan semua alat elektrik di uji pada voltan masuk dahulu kerana kebarangkalian kerosakan fuis adalah ketara.

TukulTukul @ hammer digunakan untuk pelbagai kerja seperti mengetuk atau mengumpil. Tanpa tukul, kerja-kerja yang memerlukan bantuan hentakkan pada sesuatu permukaan adalah sukar. Selalunya kerja kayu melibatkan memaku antara favourite kegunaan. Sejarah tukul bermula dari zaman batu sehingga ke era moden. Pelbagai bentuk saiz,material bersesuaian dengan penggunaan.Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory, ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara 0.25 kg hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg digunakan.

Pemutar SkruScrewdriver @ pemutar skru terdiri dari 2 bentuk iaitu negatif dan positif. Saiz yang berbeza dan material yang diperbuat daripada pelbagai bahan. Kegunaan semasa ingin membuka skru berkepala negatif mahupun positif. Tidak memerlukan tenaga yang maksima kerana ianya diketatkan pada sesuatu keadaan dengan daya tenaga manusia.

1

2

3

4

Kenali Perkakasan

26 | Buletin SkillsMalaysia

Page 27: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

KARNIvAL Pengajian Tinggi Negara (Jom Masuk U) 2013 telah berlangsung dengan jayanya dari 26 Januari hingga 14 April 2013 di 11 buah lokasi di seluruh negara. Karnival ini bertujuan untuk memberi hebahan peluang pengajian tinggi khususnya kepada lepasan SPM. JPK selaku agensi persijilan latihan kemahiran negara turut serta bersama-sama dengan beberapa agensi lain terlibat dengan Karnival ini.

Buletin SkillsMalaysia | 27

Page 28: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

PROGRAM Jelajah Janji Ditepati adalah antara agenda utama Kerajaan dalam memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan agensi-agensi kerajaan kepada masyarakat. SkillsMalaysia menyertai empat lokasi Karnival Jelajah Janji ditepati iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Lensa SkillsMalaysia

SAMBUTAN Hari Pekerja Daerah Segamat telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Mei 2013 dan dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia. Servis Gunting Rambut RM1 dan Servis Motosikal RM1 telah yang dibawakan oleh SkillsMalaysia telah berjaya menarik perhatian pengunjung di Segamat.

28 | Buletin SkillsMalaysia

Page 29: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

UTC Perak telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 16 Februari 2013

YAB Perdana Menteri melakukan lawatan ke pejabat agensi kerajaan yang terdapat di UTC Perak.

Terdapat pelbagai fasiliti seperti gimnasium disediakan untuk kemudahan rakyat.

Kumpulan koir menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri.

Buletin SkillsMalaysia | 29

Page 30: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Lensa SkillsMalaysia

fESTIvAL Belia Putrajaya (23-26 Mei 2013) merupakan aktiviti tahunan yang diadakan melibatkan pelbagai agensi kerajaan. Mini Karnival SkillsMalaysia merupakan salah satu aktiviti bagi Segmen G2Y bagi mempromosikan latihan kemahiran.

Pelancaran Mini Karnival SkillsMalaysia oleh YB Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Demonstrasi kemahiran membuat Kek Pelangi oleh pelajar-pelajar Giatmara Putrajaya.

Sumo Robot, antara aktiviti yang menarik perhatian pengunjung.

30 | Buletin SkillsMalaysia

Page 31: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

PERTANDINGAN IMAGINOVASI diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat muda dalam industri videografi di Malaysia. Majlis penyampaian hadiah dan Seminar Mahaguru HDSLR telah diadakan di Istana Budaya pada 19 Januari 2013.

Seminar yang diadakan turut mendapat penyertaan peserta dari Singapura dan Brunei.

Keseluruhan petugas dan ahli panel yang menjayakan Seminar Mahaguru HDSLR.

YBhg Datuk Dr. Pang Chau Leong dan Encik Saiful Nang bergambar bersama pemenang.

Buletin SkillsMalaysia | 31

Page 32: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Giatmara Putrajaya

Lensa SkillsMalaysia

Ahmad bin Salleh (kanan) dan Azwan bin Saiful Azwan (kiri) memenangi pingat gangsa di pertandingan IASC Asean Culinary Challenge 2013 bersama tenaga pengajar Giatmara Putrajaya

32 | Buletin SkillsMalaysia

Page 33: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

GLOBAL Skills Challenge telah diadakan di Perth, Australia pada 30 April hingga 3 Mei 2013. Malaysia telah menyertai 9 bidang kemahiran. Peserta Negara yang paling cemerlang ialah Nik Ahmad Fakhrul (Electrical Installation) dan Chen Ken Lun (Cooking). Kedua-dua peserta ini menduduki tempat pertama menewaskan peserta dari negara lain.

Buletin SkillsMalaysia | 33

Page 34: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Merawat kemalangan di Pejabat/Rumah dengan bahan sedia ada di rumah

aPabila terKena air PanaSGosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

bengKaK aKibat terjatuhCampurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.

MeraWat hidung berdarahLayurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.

Tips-tips Keselamatan dan Kesihatan:

Mengubat KaKi terSeliuhTumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.

MeraWat lebaM aKibat terCederaTumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.

jiKa terMinuM raCunMinum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.

Mengubati Kulit terPerCiK MinyaK PanaS

1 Sapukan tempat tadi dengan minyak

zaitun. Insya-Allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.

2 Parut beberapa biji bawang merah.

Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.

3 Masak lemak ayam dengan api yang

sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.

MeraWat luKa1 Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

2 Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar,

dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

3 Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah.

Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

4 Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada

bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

5 Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami

pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.

Tip

34 | Buletin SkillsMalaysia

Page 35: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Words of Wisdom

Orang yang hebat akan membuatkan orang lain merasa hebat.. Tetapi orang yang kecil akan suka mengecil-ngecilkan orang lain... Orang yang suka membuka keaiban orang lain, suka mencari kesalahan orang lain, sebenarnya mempunyai banyak keaiban sendiri. – Prof Dr Muhaya Mohamad

Orang cemerlang sentiasa belajar daripada kesilapan lalu. Orang yang berjaya bukannya tidak pernah jatuh, tetapi bangkit semula setiap kali jatuh. Kegagalan sebenar ialah apabila kita berhenti mencuba.– Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited, whereas imagination embraces the entire world, stimulating progress, giving birth to evolution. – Albert Einstein

Buletin SkillsMalaysia | 35

Page 36: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Penulis : faizal Azrai

We all want more time. Time to finish our work, handle tedious errands and check off items from our ever expanding to-do lists. The problem is, the day’s not getting any longer and our responsibilities seem to never stop growing.The only thing we can do to work more efficiently is to know some very helpful shortcuts and pro tips.

1 evernoteThis free service stores all of your notes, ideas, plans and photos in one easy-to-access platform. More right-brained? It even let’s you draw, with its skitch tool. It’s really simple how helpful this tool is: Store anything, acces it anywhere. Not enough for you? Well, the year-old business version of the app features all of that on a scale big enough for a whole company to use. And for all you security-heads out there, two-factor authorization is coming soon, so you can feel safe about where your data is stored.

2 google driveLong thought to be only a myth, Google Drive is a powerful cloud-based storage locker and basic office suite. With it, you can create and edit documents and have changes synched between multiple devices and users. Google Drive is extremely easy to use and comes with a strong set of sharing options that basically mean you never have to attach a document to an email again.

3 any doThere are lots of apps for making lists of tasks, but any.do is easily among the most stylish. In addition to its simple interface, it brings easy organization and built-in syncing between devices. A new feature called any.do moment that encourages you to review your to-do lists, hopefully making organization a habit. A great choice for anyone looking to Get Organized.

4 laStPaSS PaSSWord ManagerA powerful password manager that keeps your information safely guarded behind a single password. On Android, LastPass provides access to your password vault, auto-fill forms, secure notes, and a password generator. LastPass can even be used to enter login information for website and apps on your Android device. While it’s a bit difficult to use out of the box, a quick read of the online documentation will have you bending passwords to your will.

5 aStro file Cloud ManagerOrganize and manage your files and content such as pictures, music, videos or documents on your phone, tablet, PC (via networking) or on cloud services like Facebook Photo Albums, Dropbox, Google Drive, SkyDrive or Box. It’s like Windows Explorer or Mac’s Finder with connections to the most popular clouds. ASTRO now has support for Leef Bridge, a powerful, yet simple, innovative USB flash drive that allows users to easily transfer files to other devices (Android phones, tablets, Macs and PCs) without the need for cables, cloud services, Wi-Fi or any type of data connection. Leef Bridge features a micro USB connector and full-size USB connector that access the same memory so users can share content, photos, videos, music and documents to and from any compatible device.

IT Tips

36 | Buletin SkillsMalaysia

Page 37: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

3 Kaedah PengaMbilan Ke ilKa dan ilKS

uPu.mohe.gov.my+ Portal permohonan untuk kemasukan ke

Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).+ Pengambilan pada bulan JULAI sahaja+ Perlu nombor Unik ID (boleh dibeli dari

BSN)Sebarang pertanyaan permohonan kemasukan boleh hubungi :

Hotline UPU : 03-8870 6767Helpline UPU : 03-8870 6777Talian Am : 03-8870 6755/ 6766Kaunter : 03-8870 6778Faks : 03-8870 6864E-mel : [email protected]

uPuKemahiran.edu.my+ Portal permohonan untuk kemasukan ke

Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS).+ Pemohon akan dihubungi oleh Pusat

Bertauliah bersesuaian.+ Tidak perlukan nombor pin

PengaMbilan teruS (ilKa dan ilKS)

+ Iklan pengambilan di akhbar+ Pengambilan Januari dan Julai+ Contoh pautan web :

www.jtm.gov.mywww.kbs.gov.mywww.giatmara.edu.my

Sertai KaMi di Karnival joM MaSuK u SetiaP tahun+ Pameran agensi latihan kemahiran+ Ceramah guru kaunselor

ilP, adteC, jMtiiKbn, iKtbngiatMaraKolej Pertanian MalaySiaMaKtab PdrMijedKv, SMvKeMaSilK negeriWiSdeC

Page 38: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013
Page 39: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013
Page 40: Buletin SkillsMalaysia 1st Edition 2013

Kisah seorang pelajar yang mengalami masalah disleksiadan berjaya dengan program SKK1M.

MUhSiN

www.youtube.com/skillsmalaysiaKeMenterian

SuMber ManuSia