2 fokus spm 2015 terkini jawapan set 2.pdf

Upload: muhammad-hafiz

Post on 07-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FOKUS SPM 2015 terkini Jawapan SET 2

TRANSCRIPT

  • JAWAPAN SPM FOKUS 2015

    1

    SET 2: (BAB 345678 TINGKATAN 4: TAMADUN ISLAM)

    Soalan 1 a) Perjanjian Aqabah 1;

    F1 Suku Aus/Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul

    F2 Mereka berjanji membantu nabi

    F3 Mereka tidak melakukan amalan Jahiliah seperti mencuri, minum arak

    Perjanjian Aqabah 2;

    F4 Suku Aus/ Khazraj memeluk Islam

    F5 Mengukuh taat setia kepada nabi

    F6 Menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah

    F7 Menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam

    Soalan 1 b) Ya

    - Menyelesaikan masalah politik di Madinah penduduk Madinah kerap berbalah antara mereka contoh antara orang Nasrani, Yahudi dan Arab - Nabi menjadi ketua negara mendapat pemimpin yang berwibawa - Ekonomi Madinah maju tiada lagi persengketaan antara mereka - Penduduk menjadi orang beriman - amalan Jahiliah terhapus contoh mencuri, minum arak

    Tidak

    - Orang Madinah tidak menjadi ketua pemerintahan tidak lagi dikuasai oleh mereka contoh Nabi menjadi ketua negara - Madinah boleh berdikari tidak perlu campur tangan orang luar - Terpaksa berkorban - menyediakan tempat tinggal kepada orang Makkah

    - Mendapat beban menjaga keselamatan orang Makkah

    Soalan 1 c) - Mempersaudarakan penduduk Madinah hidup aman damai contoh suku Aus dan Khazraj - Mempersaudarakan orang Islam Makkah dan Madinah bertambah kuat contoh orang Makkah yang berhijrah digelar Muhajirin dan orang Madinah yang membantu digelar Ansar

    - Menyatupadukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah tiada lagi perbalahan - Memajukan kota Madinah ekonomi berkembang pesat

    Soalan 2 a)

    F1 Perkataan Arab bermaksud berpindah

    F2 Perpindahan dari Makkah ke Madinah

    F3 Pengertian lebih luas menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir dan tingkah laku.

    Soalan 2 b)

    F1 Perintah Allah melalui wahyu memerintahkan nabi segera berhijrah ke Madinah.

    F2 Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam.

    F3 Suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam.

    F4 Suku Auz dan Khazraj memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.

  • JAWAPAN SPM FOKUS 2015

    2

    Soalan 2 c) - Persaudaraan umat Islam kukuh Islam bertambah kuat contoh persaudaraan Muhajirin dan Ansar. - Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman - secara terang-terangan/meluas.

    - Perpaduan membawa kepada persefahaman antara penduduk pelbagai suku, budaya dan agama. - Hijrah membawa sikap toleransi semua kaum tolong-menolong - contohnya orang Islam Makkah dibantu orang Madinah.

    - Hijrah menuntut pengorbanan - harta dan nyawa contoh para sahabat seperti Abu Bakar, Ali - Hijrah menunjukkan ketabahan - nabi meninggalkan kesenangan hidup - contoh nabi tabah

    bersembunyi dahulu di Gua Thur.

    Soalan 2 d) - Hijrah membawa kebenaran akan meninggalkan keburukan dan kejahatan - Membawa perubahan sikap menjadi lebih rajin - Menjadi lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan negara - Boleh memkukuhkan persaudaraan - orang Islam menjadi kuat contoh penduduk Madinah membantu orang Makkah.

    Soalan 3 a) F1 Perdagangan Nabi Muhammad s.a.w. pernah berniaga di Syam (Syria). F2 Diplomatik kerajaan Bani Umaiyah menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan

    Sepanyol.

    F3 Penaklukan kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi).

    F4 Kebudayaan kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ.

    F5 Intelektual Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.

    Soalan 3 b) F1 Keagamaan mengubah akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah. Tetapi

    Islam tidak menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam.

    F2 Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.

    F3 Lahir pelbagai kerajaan Islam kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah.

    F4 Penguasaan ekonomi keselamatan laluan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis di barat.

    F5 Urbanisasi berlaku kesan kemajuan pedagang Islam. F6 Organisasi sosial Islam memberi penyelarasan undang-undang yang saksama kepada semua

    lapisan masyarakat.

    F7 Pendidikan merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik. F8 Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, ber-fikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol,

    ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian seperti orang

    Islam.

    F9 Golongan Mudejar orang Islam minoriti di bawah pemerintahan Kristian menyebarkan cara hidup Islam tersebut.

  • JAWAPAN SPM FOKUS 2015

    3

    Soalan 3 c) - Membina lebih banyak IPTS menumpukan kursus yang berdaya saing - Contoh Open Universiti. - Menambah kemudahan pendidikan alatan sains dan teknologi. - Kaedah pendidikan moden Sekolah Bestari - Meningkatkan kemahiran bidang ICT contoh Universiti Multimedia

    Soalan 3 d) - Rakyat akan ketinggalan gagal menguasai bidang kritikal - Contoh perubatan, kejuruteraan. - Rakyat tidak mendapat tempat dalam pekerjaan kemahiran tinggi kemasukan pekerja mahir asing. - Lepasan sekolah menganggur tiada kebolehan untuk bersaing dengan orang luar. - Negara akan mundur rakyat terlibat dengan gejala sosial contoh mencuri, dadah.

    Soalan 4 a) F1 Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam - kerana Nabi Muhammad s.a.w. terlibat

    secara langsung dalam perdagangan (memperdagangkan barang dagang Khadijah).

    F2 Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik - laluan timur dan barat yang turut melibatkan

    pedagang Islam.

    F3 Kemasukan pedagang Islam membawa nilai baik seperti kejujuran, menolak riba. F4 Kaedah yang digunakan lebih baik penggunaan wang dinar yang lebih bernilai. F5 Pedagang Islam memerlukan barangan rempah untuk pasaran Eropah.

    Soalan 4 b) - Negeri Melayu menggunakan konsep/istilah Islam dalam mata wang - nama sultan serta tarikh Islam

    dicatat pada mata wang.

    - Menggunakan tulisan jawi atau Arab pada mata wang - contohnya wang timah dikenali katun di Johor

    mempunyai tulisan jawi atau Arab.

    - Mata wang emas mencatatkan nama dan pangkat sultan - di belakang mata wang tertulis gelaran

    sultan iaitu Khalifatul Muslimin contoh mata wang emas Kelantan.

    Soalan 4 c) - Melahirkan peniaga yang maju akan menyumbang pendapatan negara - contoh melalui zakat - Mengelak penindasan kepada peniaga kecil cukai berpatutan akan dikenakan - Menghalang kenaikan harga barang pembeli tidak terbeban - Peniaga lebih bertanggungjawab terhadap pembeli kualiti barang dijaga

    Soalan 5 a) F1 Politik nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan

    musyawarah dan adil.

    F2 Agama bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.

    F3 Sosial masyarakat Madinah dianggap ummah bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.

    F4 Undang-undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh, tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan.Hukuman yang dikenakan adalah adil.

    F5 Ekonomi riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi. F6 Pertahanan semua penduduk diwajibkan mempertahankan Madinah dari ancaman musuh. F7 Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, keselamatan selagi

    mematuhi Piagam Madinah.

  • JAWAPAN SPM FOKUS 2015

    4

    Soalan 5 b) - Konsep keadilan sosial menekankan persamaan dan persaudaraan contoh tiada perbezaan taraf

    antara orang Arab dan bukan Arab.

    - Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab - semua bangsa mesti mematuhi peraturan.

    - Semua penduduk tanpa mengira kaum harus mempertahankan negara Islam menjamin keamanan semua kaum.

    - Keselamatan bukan Islam dilindungi selagi taat kepada negara Islam. - Kebebasan beragama - bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing.

    - Mementingkan ummah saling tolong menolong diutamakan.

    Soalan 5 c) - Rakyat Malaysia pelbagai kaum mereka perlu bersatu padu contoh kaum Melayu, Cina, India. - Malaysia terdiri daripada beberapa wilayah intergasi nasional perlu diperkukuh contoh

    Semenanjung, Sabah, Sarawak.

    - Toleransi dalam beragama semua kaum bebas menganut kepercayaan masing-masing. - Tanggung jawab menjaga kedaulatan negara dipertanggungjawabkan kepada semua orang. - Golongan minoriti dilindungi keselamatan orang Asli dan Pribumi dijaga. - Mengelak isu sensitif mudah memecah belahkan perpaduan kaum.

    Soalan 6 a) F1 Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan Arab

    seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan.

    F2 Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.

    F3 Sistem warisan Bani Umaiyah juga telah ditentang oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.

    F5 Akhirnya Gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

    F6 Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait.

    F7 Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

    F8 Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.

    Soalan 6 b) F1 Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun Baghdad menjadi kota

    intelektual.

    F2 Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

    F3 Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina.

    F4 Kegiatan penulisan terbahagi 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea

    yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w., mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza

    antara satu sama lain).

    F5 Penglibatan ulama dalam penulisan fikah, tafsir, sejarah. F6 Imam terkenal muncul seperti Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.), Abu Hanifah

    (fiqah dan ijtihad).

    F7 Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.

  • JAWAPAN SPM FOKUS 2015

    5

    Soalan 6 c i) - Pusat pemerintahan perlu mengutamakan ilmu pengetahuan untuk maju contohnya Baghdad

    dijadikan kota intelektual.

    - Menimba ilmu dari pelbagai sumber rujukan jika ingin berjaya - karya asing seperti falsafah dan sains

    Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

    - Kemajuan lebih cepat jika ada institusi pendidikan pembinaan Baitulhikmah (institusi keilmuan). - Penglibatan ulama dalam penulisan amat penting bidang fikah, tafsir, sejarah. - Terjemahan oleh membantu perkembangan ilmu terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahasa

    Yunani, Suriani dan Yunani.

    - Islam memelihara warisan ilmu - ketika Eropah dilanda Zaman Gelap Eropah mereka kurang

    menghargai ilmu tapi umat Islam melindunginya.

    - Penyelidikan sarjana Islam membantu tamadun dunia - kemudiannya diterjemah pula ke bahasa asing

    (Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.

    Soalan 6 c ii) - Pembinaan IPTA melahirkan siswazah berkemahiran tinggi contoh UM,UKM,UTM - Pembinaan IPTS memberi peluang pendidikan lebih banyak contoh UNIKL - Sekolah bertaraf dunia memperkenalkan konsep Sekolah Berprestasi Tinggi. - Menyediakan pusat latihan kemahiran IKBN, Kolej Komuniti - Menaiktaraf pendidikan menengah Sekolah Teknik Vokasional menjadi Kolej - Menyediakan universiti berkaitan ICT Universiti Multimedia

    Soalan 7 a) F1 Perubahan akhlak pemerintah dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri dimansuhkan, bacaan

    ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan pemakaman ditiru

    daripada kerajaan Bani Umaiyah.

    F2 Perubahan akhlak rakyat ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua

    suara perlu rendah.

    F3 Adab berziarah seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman, kanak-kanak mencium tangan orang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan

    hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum.

    F4 Majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam al-Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini

    juga menekankan nilai gotong-royong, bekerjasama dan perpaduan.

    Soalan 7 b) - Pendidikan tidak formal penting untuk mendapatkan asuhan keluarga - penekanannya nilai moral

    - contohnya menghormati orang tua, akhlak yang baik.

    - Kanak-kanak mewarisi kemahiran ibu bapa dalam bidang pertanian, kraftangan, pertukangan. - Ibu bapa sendiri perlu mengajar hal agama solat, berpuasa. - Mengukuhkan nilai murni lebih berkesan diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.

    - Pengajaran pantang-larang dan adat - melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan

    orang tua.

  • JAWAPAN SPM FOKUS 2015

    6

    Soalan 7 c i) - Amalan hormat menghormati ibu bapa/orang tua dihormati dengan menggunakan kata-kata sopan contohnya jika bercakap dengan orang tua suara perlu rendah.. - Amalan jiran dianggap seperti keluarga perlu saling bantu membantu, gotong royong. - Amalan panggilan pangkat perlu dikekalkan - seperti Pak Long dan Mak Long.

    - Adab berziarah seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam. - Melayan tetamu - dengan hidangan makan minum.

    - Bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makanan tidak elok bercakap-cakap ketika makan. - Upacara agama - majlis perkahwinan, berkhatan, berkhatam al-Quran diadakan mengikut Islam.

    Soalan 7 c ii)

    BERSETUJU

    - Remaja mengutamakan hidup mementingkan diri tidak mahu hadir majlis kenduri contoh majlis kenduri dan tahlil hanya dihadiri oleh orang tua. - Dalam majlis perkahwinan remaja tidak mahu terlibat tiada lagi gotong royong. - Lebih mengutamakan internet dan berhibur tidak mahu berziarah ketika hari raya. - Tidak tahu bercampur gaul dengan masyarakat hanya pandai ilmu akademik. - Tiada kesedaran mengenali saudara mara dan waris lebih mengutamakan rakan sebaya.

    TIDAK BERSETUJU

    - Remaja meraikan majlis dalam bentuk baru meneruskan hubungan sosial secara maya contoh melalui face book. - Mengikut tali persaudaraan melalui kemudahan ICT membina kumpulan WhatsApp keluarga. - Menggunakan hubungan talian internet dengan mudah mencari ahli keluarga terpisah. - Mempunyai lebih ramai rakan melalui kehidupan yang lebih global rakan serata dunia. - Kebolehan pelbagai bahasa hidup bermasyarakat pelbagai negara menggunakan bahasa Inggeris.