fokus kertas 1 tahun 2012

30
FOKUS KERTAS 1 TAHUN 2012 TEMA POPULAR KARANGAN 2012 1. Semangat Kejiranan- Langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. 2. Gaya hidup sihat- Peranan ibu bapa dalam menyemai amalan gaya hidup sihat terhadap anak-anak. 3. Displin- Peranan ibu bapa dalam memupuk disiplin anak-anak. 4. Hubungan kasih sayang- Peranan keluarga dalam memupuk rasa sayang dalam keluarga. 5. Riadah dan rekreasi- Kebaikan aktiviti riadah dan rekreasi terhadap kita. 6.Kes kehilangan kanak-kanak- Punca dan langkah mengatasi gejala kehilangan kanak-kanak., Atau peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung gejala ini. 7. Bangunan bersejarah- Kepentingan menjaga dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita. 8. Gejala sosial@Lumba haram. Langkah mengatasi lumba haram dalam kalangan remaja.

Upload: ng-shyue-jer

Post on 04-Aug-2015

403 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

FOKUS KERTAS 1 TAHUN 2012

TEMA POPULAR KARANGAN 2012

1. Semangat Kejiranan- Langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

2. Gaya hidup sihat- Peranan ibu bapa dalam menyemai amalan gaya hidup sihat terhadap anak-anak.

3. Displin- Peranan ibu bapa dalam memupuk disiplin anak-anak.

4. Hubungan kasih sayang- Peranan keluarga dalam memupuk rasa sayang dalam keluarga.

5. Riadah dan rekreasi- Kebaikan aktiviti riadah dan rekreasi terhadap kita.

6.Kes kehilangan kanak-kanak- Punca dan langkah mengatasi gejala kehilangan kanak-kanak., Atau peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung gejala ini.

7. Bangunan bersejarah- Kepentingan menjaga dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita.

8. Gejala sosial@Lumba haram. Langkah mengatasi lumba haram dalam kalangan remaja.

9. Polisi sekolah selamat- Usaha-usaha pihak sekolah dalam melahirkan sekolah selamat.

Page 2: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

10. Jenayah antarabangsa- Kerjasama negara serantau dan dunia dalam memerangi jenayah antarabangsa.

11. Tabungan- Faedah menabung terhadap diri kita.

12. Pelancongan- Inap desa- langkah-langkah memajukan industri pelancongan inap desa di negara kita.

13. Pengangkutan awam - Langkah memperkasa pengangkutan awam ATAU Kepentingan pengangkutan awam ATAU Kepentingan berkongsi kenderaan.

14. Membaca- Cara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

15. Alat komunikasi- Kesan terhadap remaja.

16. Perpaduan kaum - Peranan keluarga dalam meningkatkan perpaduan kaum ATAU Usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

17. Industri kraftangan- langkah-langkah memperkasa industri kraftangan di negara kita.

18. Rancangan Program Realiti - Punca remaja gemarkan program realiti ATAU Kesan program realiti TV kepada masyarakat terutama remaja.

Page 3: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR

TEKNIK MENJANA IDEA / ISI KARANGAN

1. SOALAN BERKAITAN PUNCA / FAKTOR / SEBAB

BIL IDEA / ISI HURAIAN

1

Individu / diri sendiri

(remaja, pelajar, belia)

· Sikap ingin mencuba

· Kelemahan jati diri / pegangan hidup

· Suka kepada perkara negatif berbanding positif

· Sukar mengakui kesalahan diri sendiri

· Cetek ilmu agama

· Contohnya, seorang remaja yang tidak berilmu

Page 4: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

mudah terlibat dengan kegiatan tidak sihat seperti penagihan dadah.

2

Ibu bapa / keluarga · Sibuk dengan kerjaya / kerja

· Tiada masa bersama-sama anak-anak

· Kurang perhatian dan kasih sayang

· Tidak petingkan didikan agama

· Suka memberi kemewahan kepada anak-anak / sogokan kebendaan

· Menyerahkan penjagaan anak-anak kepada pengasuh dan pihak sekolah

· Sukar menerima teguran orang lain terhadap anak-anak.

· Keruntuhan institusi kekeluargaan.

3

Pengaruh rakan · Mengamalkan budaya hidup bebas dari segi

Page 5: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

sebaya pemikiran dan tindakan

· Nasihat rakan lebih diutamakan berbanding ibu bapa atau guru.

· Mudah meniru dan mengikut aktiviti yang dilakukan oleh rakan tanpa menilai baik atau buruk.

· Dipaksa dan terpaksa melakukan apa saja dikehendaki rakan kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulan.

· Terlibat dengan gejala negatif yang merosakkan akhlak dan masa depan seseorang remaja itu.

4 Pengaruh media

massa

· Segala yang disiarkan dan disebarkan melalui media cetak atau media elektronik

Seperti surat khabar, majalah, buku-buku, televisyen, radio, astro, internet dan facebook.

· Mempengaruhi pemikiran dan kelakuan para penonton.

· Penyiaran filem / rancangan yang tidak elok telah mendorong orang ramai meniru aksi / lakonan

Page 6: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

tersebut.

· Penilaian terhadap baik atau buruk telah menjadi kabur

· Penonton seolah-olah diajar untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka.

· Contohnya, penayangan filem Jangan Pandang Belakang telah mempengaruhi kepercayaan orang ramai terhadap kuasa hantu / tahayul.

5 Masyarakat tidak

prihatin

· Lahir masyarakat yang mementingkan diri sendiri / individualistik.

· Masyarakat tidak suka menjaga tepi kain orang

· Takut untuk membetulkan kesilapan para remaja yang sedang berlaku di depan mata mereka.

· Semangat kejiranan semakin terhakis.

· Saling berbalah antara satu sama lain.

· Masyarakat tidak bersatu padu dalam banyak perkara.

Page 7: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

6 Kelemahan

penguatkuasaan

undang-undang

· Pihak berkuasa / berwajib gagal melaksankan amanah secara konsisten.

· Penguatkuasaan undang-undang adalah bermusim iaitu ketika isu hangat diperkatakan oleh orang ramai.

· Penguatkuasa undang-undang mudah disoggok dengan kebendaan seperti wang, harta dan seks.

· Penjenayah / orang yang bersalah dibebaskan dengan mudah melalui penguam bela mereka.

· Bilangan anggota yang bertugas tidak mencukupi.

· Kekangan hak asasi manusia.

TEKNIK MENJANA IDEA: KATA TUGAS PERANAN IBU BAPA

1. Peranan Ibu Bapa terhadap Anak-Anak

BIL IDEA / ISI HURAIAN

Page 8: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

1 Melahirkan dan membesarkkan

· Kita perlu mencari pasangan yang baik-baik untuk melahirkan zuriat yang baik.

· Ibu mengandung selama sembilan bulan sepuluh hari dengan penuh kesukaran dan debaran.

· Setelah lahir ke dunia anak dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang tanpa mengira penat dan lelah.

· Banyak dugaan menjaga kita semasa kecil dahulu dengan segala kepayahan dan kepenatan.

2 Mencurahkan kasih sayang · Ibu bapa hendaklah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka.

· Jiwa anak-anak perlu diisi dengan belaian dan sentuhan manja daripada seorang ibu.

· Jangan membiarkan anak-anak terabai kerana kesibukan mengejar kebendaan atau kerjaya semata-mata.

· Pengabaian aspek ini akan menyebabkan anak-anak mencari kasih daripada rakan atau kekasih di luar sana.

· Tidak bermakna ibu bapa perlu manjakan anak-anak mereka.

Page 9: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

· Sikap saling sayang menyayangi antara satu sama lain akan mewujudkan keluarga bahagia.

3 Mendidik anak-anak dengan ilmu agama

· Ilmu agama merupakan tapak yang kukuh untuk menjadi benteng kepada anak-anak daripada terjebak dalam kegiatan tidak sihat.

· Ibu bapa hendaklah memberi didikan ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil lagi.

· Melentur buluh biarlah dari rebungnya

· Anak-anak perlu diajar membaca al-quran, ilmu tauhid, ilmu fekah dan sirah nabi Muhammad s.a.w

· Panduan untuk menyuluh mereka daripada kegelapan, tipu daya syaitan dan orang-orang yang berakhlak buruk.

· Bapa perlu membawa anak mereka solat berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para alim ulama’

· Anak soleh akan dilahirkan untuk menjadi pewaris generasi sekarang pada masa akan datang.

Page 10: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

4 Menghantar anak-anak ke sekolah

· Ibu bapa bertanggungjawab menyekolahkan anak-anak mereka agar tidak tercicir dalam arus globalisasi kini.

· Pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak.

· Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah atau institusi pendidikan akan membolehkan anak-anak menceburi pelbagai bidang yang diminati.

· Menjana pendapatan sebagai sumber kewangan untuk menyara keluarga setelah ibu bapa tidak berdaya untuk bekerja lagi.

· Dapat menghindari anak-anak daripada terlibat gelaja yang tidak sihat seperti Vandalisme, lepak, pergaulan bebas dan penyalahgunaan dadah.

· Sumber manusia / modal insan untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

5 Mencari nafkah yang halal · Ibu bapa perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

· Sumber rezeki menjadi punca pembentukan akhlak dan budi

Page 11: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

pekerti anak-anak.

· Wang pendapat itu akan dibelanjakan untuk keperluan harian dan membiayai persekolahan anak-anak.

· Kemiskinan akan menyebabkan pendidikan anak-anak terabai dan tidak sempurna.

· Ibu bapa hendaklah bekerja keras membanting tulang empat kerat untuk mejaga anak-anak mereka.

6 Mengisi masa lapang · Ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak mereka membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

· Memupuk budaya membaca dalam kalangan anak-anak dengan menyediakan bahan bacaan yang bermutu seperti buku cerita, majalah akademik dan majalah keagamaan.

· Membawa anak-anak ke pesta jualan buku untuk memilih bahan bacaan yang diminati.

· Membina bilik khas atau perpustakaan mini di rumah untuk

Page 12: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

anak mereka membaca.

· Mengajak anak-anak untuk beriadah dan bersukan seperti berjoging, bermain badminton dan sebagainya.

· Makan angin di pantai, tempat peranginan dan lain-lain pada hari-hari cuti umum seperti melancong ke Pulau Langkawi atau Bukit Fraser.

7 Menegur dan memantau pergaulan

· Ibu bapa hendaklah sentiasa menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

· Sekarang ramai ibu bapa takut untuk menegur anak-anak kerana bimbang mereka akan memberontak.

· Teguran ini dapat menyedarkan anak-anak agar tidak mengulangi lagi kesalahan itu.

· Melahirkan jiwa remaja yang tawadhuk atau merendah diri dan tidak sombong.

· Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka.

· Dapat menghalang anak-anak berkawan dengan rakan yang tidak baik seperti penagih dadah, mat rempit atau bohsia.

Page 13: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

8 Melatih anak-anak hidup bermasyarakat

· Anak-anak perlu diajar hidup bermasyarakat.

· Mengajak anak-anak menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan setempat.

· Membawa anak-anak menziarahi jiran tetangga untuk merapatkan hubungan silaturahim.

· Menghormati orang yang lebih tua.

· Menjadi sukarelawan untuk membantu orang yang memerlukan bantuan ketika dilanda bencana seperti banjir, gempa bumi atau kemalangan jalan raya.

KOLEKSI SOALAN DAN JAWAPAN: SOALAN KARANGAN DIMENSI KELUARGA

SOALAN ISI-ISI JAWAPAN

Kes keracuanan makanan sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Sebagai ibu bapa yang prihatin, panduan perlu diberikan kepada anak-anak supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.

1. Ibu bapa mengajar anak-anak untuk memilih premis / kedai / restoran makanan yang bersih berdasarkan gred yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.

2. Mengamalkan tabiat membersihkan tangan sebelum makan.

3. Memaklumkan anak-anak tentang cirri-ciri makanan yang tercemar.

Page 14: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

Ulaskan pernyataan di atas. 4. Menggalakkan anak-anak membawa bekal dari rumah.

5. Memantau premis yang menjual makanan di kawasan persekitaran untuk memastikan tahap kebersihan peniaga / pengendali makanan semasa menghantar anak-anak ke sekolah.

Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia

Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia

1. Memantapkan penerapan ilmu agama dalam diri setiap ahli keluarga.

2. Mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

3. Mengadakan aktiviti bergotong royong.

4. Menyelesaikan sesuatu masalah kekeluargaan dengan penuh semangat muhibah.

5. Tidak menjadikan perkara remeh temeh sebagai perkara utama sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan.

6. Membawa ahli keluarga melancong pada masa cuti.

7. Mengadakan aktiviti yang bersesuaian untuk mengisi masa lapang.

Page 15: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumah tangga terutama kepada anak-anak lelaki. Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat

pendidikan negara, iaitu memperkasakan pelajar lelaki.

Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anaklelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.

1. Memiliki pegangan agama / jati diri yang utuh.

2. Berilmu pengetahuan dalam palbagai bidang kehidupan.

3. Menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga

4. Tidak membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

5. Berdikari dalam apa jua lapangan hidup.

6. Menghormati dan memelihara hak-hak orang lain

Ibu bapa amat berperanan untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak.

1. menyediakan tabung / mendidik anak menabung

2. menyediakan bekalan makanan

3. menggalakkan anak-anak mengitar semula

barangan terpakai

Page 16: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

Huraikan langkah-langkah yang wajar diambil oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan ini dalam diri anak-anak.

4. mendidik anak-anak berbelanja secara berhemah

mengelakkan pembaziran

5. menggalakkan anak-anak menjayakan kempen mengamalkan amalan berjimat cermat oleh pihak kerajaan.

Ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam melahirkan keluarga yang sihat dan harmoni.

Huraikan pendekatan yang patut dijadkan amalan bagi memastikan hasrat tersebut tercapai.

1. Mengamalkan pemakanan yang seimbang.

2. Melakukan aktiviti riadah bersama-sama anggota keluarga.

3. Mengawal gerak-geri dan pergaulan anak-anak

4. Menghayati amalan / ajaran agama

5. Menluangkan masa dan prihatin terhadap masalah / perubahan sikap anak-anak.

6. Prihatin terhadap kesihatan / melakukan pemeriksaan kesihatan ahli keluarga.

1. ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula

Page 17: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak

mementingkan keindahan alam sekitar.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.

2. ibu bapa menunjukkan teladan yang baik

3. ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah

4. ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.

Page 18: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

“Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan amalan pemakanan seimbang.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan seimbang. Beri komen anda.

1. Ibu bapa menyediakan makanan seimbang di rumah

2. Ibu bapa membekalkan makanan yang dimasak sendiri sebagai bekalan ke sekolah

3. Ibu bapa mendedahkan keburukan makanan segera atau makanan ringan

4. Ibu bapa mengurangkan tabiat makan di luar sama ada restorai atau gerai.

5. Ibu bapa member pendedahan kepada anak-anak tentang kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang

Semangat kejiranan semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri

1. Mengadakan rumah terbuka

2. Melibatkan diri dalam aktiviti kejiranan di kawasan tempat tinggal seperti gotong royong, hari kelurga dan sambutan hari perayaan

3. Mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mengambil berat tentang jiran

4. Menyertai sukan komuniti yang dianjurkan oleh JKK – sukan rakyat

Page 19: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

anak-anak. 5. Ibu bapa menjadi suri teladan contoh berbaik dengan jiran, sring bertegur sapa, mengambil tahu hal yang berlaku kepada jiran.

Aktiviti sukan dapat melahirkan badan yang sihat dan otak yang cerdas. Oleh sebab itu generasi kini perlu dididik untuk menceburi bidang sukan.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak berksukan.

1. Memberi dorongan dan motivasi – insentif kepada anak-anak

2. Menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan di sekolah

3. Menjadi suri teladan / model kepada anak-anak

4. Membawa anak-anak menyaksikan pesta sukan

5. Menyediakan kemudahan sukan yang lebih lengkap

Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluargadapat mernbentuk masyarakat penyayang.

Berlkan pandangan anda tentang peranan ibu bapa datam melahirkan indlvidu

yang penyayang.

1. Ibu bapa memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil lagi.

2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak

3. Ibu bapa bersikap prihatin dan sentiasa berkongsi masalah dengan anak-anak.

4. Ibu bapa menekankan pendidikan agama atau pendidikan moral

5. Ibu bapa menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat.

Page 20: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

6. Ibu bapa menerapkan nilai kasih sayang dalam kehidupan harian anak-anak / keluarga mereka.

Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.

Bincangkan.

1. Memperuntukan masa berkualiti bersama anak-anak

2. Menekankan kecemerlangan akademik

3. Penghayatan terhadap ilmu agama

4. Menyelami perasaan atau masalah dialami anak-anak

5. Memenuhi keperluan anak-anak

6. Mengenali rakan anak-anak masing-masing

Page 21: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

Era globalisasi hari ini memerlukan rakyat Malaysia mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. Malangnya tahap membaca dalam kalangan masyarakat masih rendah. Hal ini menuntut penglibatan ibu bapa bagi menyemai tabiat membaca sejak anak-anak masih kecil.

Jelaskan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan melahirkan masyarakat membaca.

1. Menggunakan masa berkualiti bersama-sama anak-anak membaca di rumah.

2. Membawa anak-anak ke perpustakaan

3. mengadakan perpustakaan mini di rumah

4. memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk membeli buku/ bahan bacaan untuk anak-anak.

5. Menggalakkan anak-anak menyertai projek bacaan NILAM

6. Memberi ganjaran / hadiah rangsangan kepada anak-anak yang membaca lebih banyak buku.

Pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat lebih berkesan jika bermula dari rumah.

Bincangkan peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.

1. Ibu bapa menyempurnakan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil.

2. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.

3. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kemasyarakatan.

4. Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah- ilmu pengetahuan

5. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai PLKN

Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam 1. Ibu bapa menunjukkan teladan kepada anak-anak.

Page 22: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

membudayakan amalan membaca dalam kalngan anak-anak.

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan amalan membacamenjadi budaya dalam keluarga mereka.

2. Ibu bapa membeli bahan bacaan yang dapat mencetuskan minat membaca kepada anak-anak.

3. Ibu bapa menyediakan suasana / keadaan kondusif di rumah untuk anak-anak membaca seperti perpustakaan mini

4. Ibu bapa membawa anak-anak ke perpustakaan, pameran buku dan lain-lain.

5. Ibu bapa memberi hadiah kepada anak-anak yang banyak membaca.

6. Ibu bapa memperuntukkan sebahagian daripada gaji bulan mereka untuk membeli bahan bacaan.7. Ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas-kelas belajar membaca.

Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen

realiti menyebabkan tumpuan anak-anak dalam bidang pelajaran terabai.

Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program realiti.

1. Memilih program realiti yang sesuai dengan bakat dan minat anak

2. Mengehadkan waktu menonton televisyen – menyediakan jadual menonton

3. Melarang anak-anak daripada menonton jika melalaikan mereka terhadap pelajaran

4. Memantau / membimbing rancangan yang ditonton oleh anak-anak

5. Menyediakan aktiviti alternatif – seperti bersukan, membaca, beriadah

Page 23: Fokus Kertas 1 Tahun 2012

Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan penentu kejayaan akademik anak-anak.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

1. Memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral sejak kecil lagi.

2. Member nasihat, teguran dan tunjuk ajar

3. Menjadikan diri sebagai contoh terbaik / idola terbaik kepada (Suri Teladan)

4. Menyediakan keperluan pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak.

5. Menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tambahan dan tuisyen

6. Member dorongan dan motivasi – hadiah apabila Berjaya dalam peperiksaan

7. Mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah tentang prestasi akademik dan sahsiah anak-anak.