soalan fokus geografi 2 stpm 2012 - set 1

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 06-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    1/27

    1

    SET 1

    SOALAN 1:

    Rajah 1 di bawah menunjukkan tiga tahap kependudukan yang boleh dialami oleh

    sesebuah negara.

    Rajah 1: Tahap Kependudukan.

    Tahap III: Penduduk OptimaSumber

    Pengeluaran

    Tahap I Tahap II

    (Negara X) (Negara Y)

    Penduduk

    a) Berdasarkan rajah 1, namakan tahap kependudukan I dan II, sertanyatakan negara-negara yang mengalami tahap kependudukan I (negara X) dan tahap

    kependudukan II (negara Y). (8 Markah)

    b) Mengapakah negara Y mengalami tahap kependudukan sepertimanarajahdi atas. ( 8 Markah)

    c) Pada tahap II, negara Y akan mengalami pelbagai masalahkependudukan. Berdasarkan pernyataan ini, cadangkan langkah-langkah yang wajar

    diambil oleh negara Y untuk mengatasi masalah kependudukannya. ( 9 Markah)

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    2/27

    2

    SOALAN 2:

    Jadual 1 di bawah menunjukkan bilangan migran yang berpindah ke WilayahPersekutuan Kuala Lumpurmengikut negeri asalpada tahun 1990.

    Jadual 1 : Bilangan Migran yang Berpindah

    ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Mengikut Negeri Asal pada tahun 1990.

    NEGERI ASAL Jumlah yang berpindah ke KualaLumpurmengikut negeri.

    (orang)

    Johor

    KedahKelantanMelaka

    Negeri SembilanPahang

    Pulau PinangPerak

    PerlisTerengganu

    7 768

    5 4205 8496 128

    6 1577 908

    4 17717 865

    7193 104

    (a) Dengan menggunakan jadual 1 dan di atas peta 1 yang disediakan, lukis petaaliran yang menunjukkan pergerakan migran ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    pada tahun 1990. [11 Markah]

    (b) Berdasarkan peta yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa WilayahPersekutuan Kuala Lumpurmenjadi tumpuan migrasi. [ 8 Markah]

    (c) Huraikan kesan sosio-ekonomi akibat aliran migrasi yang ditunjukkan olehpeta

    yang anda lukis itu ke atas kawasan destinasinya. [ 6 Markah]

    SOALAN 3:

    Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara;

    a) Huraikan sumbangan sektor pertanian perladangan terhadap pembangunanekonomi dan sosial negara tersebut. [9 Markah]

    b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor pertanian

    perladangan di negara itu. [8 Markah]

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    3/27

    3

    b) Kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap alam

    sekitarsetempat di negara berkenaan. [8 Markah]SOALAN 4.

    Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai eksport komoditi utama Malaysia pada tahun 2002.

    Jadual 2 : Nilai eksport komoditi utama Malaysia, tahun 2002.

    KOMODITI UTAMA NILAI EKSPORT

    (RM: JUTA)

    Getah 2, 492Minyak Kelapa Sawit 20, 863Petroleum Mentah dan Gas

    Asli Cecair21, 529

    Hasil kayu 15, 468

    Barangan elektrik danelektronik 197, 987

    Lain-lain 37, 210

    Sumber: Department OfStatistics Malaysia, 2002

    (htt:/www. Statistics.gov.my)

    Berdasarkan jadual 2;

    a) Sediakan sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan nilai eksport

    setiap komoditi utama Malaysiapada tahun 2002. [11 Markah]

    b) Jelaskan faktor-faktor yang menjanaperkembangan pesat industri elektrik danelektronik di Malaysia. [8 Markah]

    c) Bagaimanakah perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik telah

    mempercepatkanproses urbanisasi di Malaysia. [6 Markah]

    SOALAN 5 :

    Pilih sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan sektorpengangkutan;

    a) Namakan Empat rangkaian lebuh raya yang menghubungkan antara negeri negeri di dalam negara itu. [5 Markah]

    b) Bagaimanakah sistem lebuh raya di dalam negara tersebut telah menjana

    pembangunan ekonomi di kawasan yang mundur. [10 Markah]

    c) Jelaskan kesan pembinaan lebuh raya terhadap persekitaran fizikal di dalamnegara berkenaan. [10 Markah]

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    4/27

    4

    SOALAN 6 :

    a) Huraikan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secarabersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [ 8 Markah].

    b) Pilih sebuahpakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN;

    i) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga tersebutberbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain. [ 9 Markah]

    ii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan

    pembangunan ekonomi di kawasan segitigapertumbuhan yang telahandapilih itu.[ 8 Markah]

    SOALAN 7

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan yang tidak seimbang?[5 Markah]

    b) Mengapakah pembangunan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia adalah

    tidak seimbang? [10 Markah]

    c) Jelaskan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan ketidakseimbangan

    pembangunan antara negeri-negeri di Malaysia. [ 10 Markah]

    SOALAN 8.

    Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan terhadap mana-manasatu jenis

    aktiviti ekonomi yang berasaskan sumber alam;

    a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebutdijalankan di kawasan itu. [7 Markah]

    b) Berdasarkan bukti-bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan negatif

    ke atas alam sekitarfizikal setempat akibat aktiviti ekonomi itu. [10 Markah]

    c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan kesan-kesannegatifalam sekitarakibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu. [ 8 Markah]

    --------SOALAN TAMAT-------------------

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    5/27

    5

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    6/27

    6

    Skema Jawapan:

    Soalan 1

    a) Berdasarkan rajah 1, namakan tahap kependudukan I dan II, sertanyatakan negara-negara yang mengalami tahap kependudukan I (Negara X) dan

    tahap kependudukan II (Negara Y). (8 Markah)

    JUDUL ISIJAWAPAN MARKAH

    Rujuk kepada rajah 1

    i) Menamakan tahap kependudukan: Tahap I = kurangan pendudukdan Tahap II = lebihan penduduk.

    ii) Contoh negara X = Australia, Singapura, Berunai Darusalam,Malaysia, Swirtzerland dll. Negara Y = Indonesia, Filipina, India,Bangladesh, China.

    (Pemarkahan: 1 negara = 1 markah. Perlukan 6 negara, tiga contoh

    Negara X dan tiga contoh Negara Y + menamakan tahap kependudukan

    2 markah = M AX 8Markah)

    2

    6

    b) Mengapakah negara Y mengalami tahap kependudukan sepertimana rajah

    di atas. (8 Markah)

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    Sebab-seba b negara Y mengalami tahap kependudukan II (lebihanpenduduk):

    1. Kadar kelahiran yang tinggi sehingga tidak sepadan dengan

    kemampuan dan stok sumberyang ada.

    2. Kegagalan program perancangan keluarga yang juga boleh

    memesatkan kadarkelahiran.

    3. Amalan perkahwinan di usia muda dan juga ciri-ciri sosial yang lain

    yang membantu memesatkan kadarkelahiran sehingga tidak selari dengankeupayaan sumberyang ada.

    4. Peningkatan taraf kesihatan yang menyebabkan kadar kematian

    menurun sekaligus kelahiran meningkat.

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    7/27

    7

    5. Kemunduran teknologi dan tarafpendidikan yang rendah untuk

    membangun dan menjana sumber-sumber yang ada Walaupun adasumbertetapi sumbertersebut terbiarmembazir.

    6. Faktormigrasi masuk kes-kes negara tertentu sahaja.

    (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 Markah)

    2

    2

    c) Pada tahap II, Negara Y akan mengalami pelbagai masalah kependudukan

    Berdasarkan pernyataan ini, cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil oleh

    negara Y untuk mengatasi masalah kependudukannya. ( 9 Markah)

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    Langkah-langkah untuk mengatasi masalah lebihan penduduk yang bolehdiambil oleh Negara Y:

    1. Langkahperundangan/ Dasar kependudukan Dasar saiz keluarga

    kecil seperti satu keluarga 1 anak. Misalnya yang diamalkan oleh NegaraChinapada masa kini.

    2. Program perancangan keluarga mengawal dan mencegah kelahiran

    menerusi kaedahperubatan moden dan tradisional spt penggunaan pilperancang, penggunaan kondom, Teknik AUD dll termasuk khidmat

    nasihat/kaunseling keluarga.

    3. Meningkatkan keupayaan teknologi untuk menjana danmembangunkan sumber-sumber yang adaagar sumberalam tidak tinggal

    sebagai stok sumbersahaja.

    4. Membangunkan sumber manusia seperti meningkatkan tarafpendidikan dan latihan kemahiran khususnya untuk mengguna dan

    menguruskan sumberalam dengan bijaksana.

    5. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam negara supaya tidak terlalubergantung kepada satu-satu sektor sahaja untuk membuka lebih banyak

    peluang ekonomi kepadapenduduk.

    6. Kawalan migrasi masukpenduduk dari negara luar rujuk kepadakes-kes tertentu sahaja.

    (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 Markah + 1 markah kepada

    mana-mana huraian yang baik = MAX 9 Markah)

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    8/27

    8

    Soalan 2:

    Skema Jawapan:

    a) Membuat Peta Aliran dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ke KualaLumpur. [ 11 Markah]

    -Rujuk Peta Aliran yang dilukis.

    Item Pemarkahan Markah

    Tajuk yang betul 1

    Skala yang sesuai. 2

    Petunjuk yang betul ( ada 3 tangga) 2

    Kebersihan dan kesempurnaan 1

    Plotan ( 2 negeri = 1 Markah). 10 negeri = 5

    JUMLAH 11 Markah

    b) Berdasarkan peta yang telah anda lukis itu, jelaskan mengapa Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tumpuan migrasi. [ 8 Markah]

    Skema Pemarkahan:

    Sebab-sebab Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tumpuan migrasi.

    Judul Isi Jawapan Markah

    1. Faktor ekonomi peluang pekerjaan yang luas dengan pendapatanyang lumayan di WPKL khususnya dalam sektor

    perindustrian,perkhidmatan dan perniagaan.

    2

    2. Faktor pendidikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkatyang lebih tinggi lebih banyak terdapat di WPKL khususnya IPTA dan

    IPTS.

    2

    3. Faktor sosial meliputi kemudahan asas pembandaran sepertitempat kediaman yang selesa, prasarana yang cukup, kemudahan kesihatan,

    kemudahan hiburan dll.

    2

    4. Faktor pengangkutan dan perhubungan kemajuan dankecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan telah meningkatkan

    ketersampaian dan interaksi interdan intra WPKL.

    2

    Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    9/27

    9

    c) Huraikan kesan sosio-ekonomi akibat aliran migrasi yang ditunjukkan oleh

    peta yang anda lukis itu ke atas kawasan destinasinya [ 6 Markah]

    Kesan sosio-ekonomi ke atas kawasan destinasi:

    1. Mewujudkan fenomena setinggan kesan landskap yang mencacatkan keindahanbandar2. Kesesakan dan kepadatanpenduduk yang tinggi tepu bina.

    3. Pengganguran dan kemiskinan bandar.4. Kesan sosial seperti jenayah, merompak/mencuri,perebakanpenyakit meningkat

    dan juga masalah sosial.5. Kesanpositif seperti perluasanpasaran keranapertambahan penduduk dan

    pertambahan kuasa belinya.6. Kemajuan ekonomi bandaryang lebihpesat sektorperindustrian dan

    perkhidmatan berkembang pesat kerana bekalan buruh mencukupi.

    (Pemarkahan: 3 is

    i x 2 markah = MAX 6 Markah)

    Soalan 3 :

    Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara;

    a) Huraikan sumbangan sektor pertanian perladangan terhadap

    pembangunan ekonomi dan sosial negara tersebut. [9 Markah]

    JUDUL ISI

    JAWAPAN MARKAH

    Menyebut sebuah negara yang betul berada di rantau Asia Tenggara dijangka MALAYSIA.

    Di antara sumbangan sektorpertanian perladangan yang boleh dihuraikan

    ialah:

    1. Menyumbang kepadapendapatan eksport negara khususnya ke pasaranantarabangsa. Contoh eksport minyak kelapa sawit,getah,koko,ladahitam dll.

    Keuntungan dinikmati melalui tukaran wang asing. Boleh dikaitkan dengansumbangannya kepada KDNK dan pertumbuhan ekonomi negara.

    2. Menyediakan peluang perkerjaan yang luas kepada penduduk.

    Perkerjaan tercipta dalam pelbagai bidang seperti buruh ladang,peneroka,pengurusan,pengangkutan,perkilangan dan lain-lain yang berkaitan.

    Kesannya akan dapat meningkatkan pendapatan perkapita dan taraf hiduppenduduk.

    1

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    10/27

    10

    3. Membantu mewujudkan dan memperkembangkan sektor industri yang

    berkaitan (agro based industry). Termasuk industri memproses, industrisekunder/pembuatan sebagai bekalan bahan mentahnya menjamin

    keberterusan sektor-sektorindustri yang terbabit.

    4. Memperkembangkan teknologi dalam negara melalui program R&Dyang berterusan. Seperti teknologi pembiakbakaan, teknologi pengeluaran,

    kawalan mutu dll. Contoh oleh PORIM, MPOAB, MARDI dll.

    5. Meningkatkan keupayaan modal dalam negara melalui pelaburanasing dan pelaburan tempatan. Contohpelaburan asing Sime Dar by dan

    Dunlop. Contohpelaburan tempatan FELDA dan FELCRA.

    6. Meningkatkan keupayaan buruh dan kepakaran. Penggunaan tenagaburuhasing dalam sektorperladangan boleh menampung kekurangan buruh

    dalam Negara. Selain itu tenagapakardipertingkatkan melaluiprogram R&Ddan latihan lanjutan.

    7. Membantu memperkembangkan infrastruktur/kemudahan asas kepada

    penduduk. Meliputi kemudahan perumahan, rangkaian pengangkutan/jaringan jalanraya, bekalan air,elektrik,klinik,sekolah dan lain-lain seperti di

    dalam rancangan FELDA dan estet-estet besar.

    8. Membantu mewujudkan bandar-bandar baru/menyediakan kemudahanpembandaran kepada penduduk sekitar. Misalnya bandar baru dalam

    rancangan pembangunan wilayah seperti; Bandar Jengka dalam wilayahJENGKA, Bandar Muazam Shah dalam wilayah DARA dan Bandar Al-

    Muktafi Billah Shah (dalam wilayah KETENGAH).

    Panduan Pemarkahan:

    Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 markah + sebutan negara = 1markah =

    MAX 9 markah.

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    11/27

    11

    b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor

    pertanian perladangan di negara itu. [8 Markah]

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    Masalah yang dihadapi untuk memajukan sektorperladangan:

    1. Kekurangan tenaga buruh tempatan terpaksa menggunakan tenagaburuh import terutamanya dari Indonesia. Merugikan daripada segi

    pengaliran keluarwang negara.

    2. Masalahhargahasil pertanian di pasaran antarabangsa yang tidakstabil/tidakanjal. Mengalami kenaikan dan penurunan yang cepat mengikut

    perubahan pasaran.

    3. Masalahpersaingan dengan Negara-negarapengeluar yang lainmisalnya saingan dengan minyak sawit Indonesia yang lebih murah.

    Produk yang kurang berdaya saing dipasaran antarabangsa.

    4. Kekurangan modal khususnyapelabur tempat untuk memajukansektorperladangan secara besar-besaran.

    5. Masalah fizikal seperti ancaman kemarau cuaca panas

    menyebabkan kebakaran ladang, ancaman banjir, perosak dan penyakit.

    6. Kekurangan kepakaran dan teknologi untuk menjadikan produkperladangan berkualiti dan berdaya saing dipasaran antarabangsa.

    Pemarkahan:

    4 isi x 2 markah = 8 markah.

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    12/27

    12

    c) Kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan terhadap

    alam sekitar setempat di negara berkenaan. [8 Markah]

    JUDUL ISI JAWAPANMARKAH

    Di antara kesan-kesan negatif yang boleh dibincangkan ialah:

    1. Perubahan landskap secara besar-besaran. Landskaphutan bertukar kepadakawasan tergondol di peringkat awal pembukaan ladang atau penanaman semula,

    kemudiannya bertukarkepada landskap tanaman seperti getah dan kelapa sawit.

    2. Kemusnahan ekosistem hutan. Kepupusan kepelbagaian biologinya,

    kemusnahan habitat,rantaian makanan, spesis flora dan fauna serta lain-lain yangberkaitan dengan ekosistem.

    3. Memusnahkan kawasan tadahan air dan menggangu keseimbangan hidrologi.

    Misalnya menggangu proses susupan dan aliran air bawah tanah/sistem akuifer,larian airpermukaan,sistem saliran dan lain-lain yang berkaitan dengan komponenhidrologi.

    4. Kesan pemanasan setempat/peningkatan suhu mikro. Pemusnahan hutan untukpembukaan ladang akan menggangu proses transpirasi, kelembapan udara sekitar

    berkurangan,hujan tempatan berkurangan, suhu sekitarmeningkat.

    5. Pencemaran udara. Berkaitan dengan amalanpembakaran terbuka secara besar-

    besaran semasapembersihan tapak ladang. Menambahkan partikel terampai dalam

    udara (PM 10 - disebut PM ten) boleh dikaitkan dengan fenomenajerebu pada

    tahun 1997 dan 2005.

    6. Masalahpencemaran sumber-sumberair. Seperti sungai,tasik,paya, airbawah

    tanah dan lain-lain yang berkaitan dengan penggunaan baja kimia dan racunserangga secara besar-besaran dan berlebihan.

    7. Peningkatan kadar hakisan tanah . Berlaku di peringkat awal pembukaan

    tanah/pembersihan tapak ladang. Partikel-partikel tanah yang longgarakibat hakisanpercikan hujan akan dihakis-angkut oleh larian airpermukaan, masuk ke dalam

    sungai menyebabkan sungai keruh,berkelodak dan berlumpur dan dasar sungai

    cetek.

    Panduan pemarkahan:

    Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 markah.

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    13/27

    13

    Soalan 4.

    Jadual 2 di bawah menunjukkan nilai eksport komoditi utama Malaysia pada

    tahun 2002.

    Jadual 2 : Nilai eksport komoditi utama Malaysia, tahun 2002.

    KOMODITI UTAMA NILAI EKSPORT

    (RM: JUTA)

    Getah 2, 492Minyak Kelapa Sawit 20, 863Petroleum Mentah dan Gas

    Asli Cecair21, 529

    Hasil kayu 15, 468Barangan elektrik danelektronik

    197, 987

    Lain-lain 37, 210

    Sumber: Department OfStatistics Malaysia, 2002

    (htt:/www. Statistics.gov.my)

    Berdasarkan jadual 2;

    a) Sediakan sebuah Rajah Bulatan Berbahagi untuk menunjukkan nilai

    eksport setiap komoditi utama Malaysia pada tahun 2002. [11 Markah]

    b) Jelaskan faktor-faktor yang menjana perkembangan pesat industri elektrik

    dan elektronik di Malaysia. [8 Markah]

    c) Bagaimanakah perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik telah

    mempercepatkan proses urbanisasi di Malaysia. [6 Markah]

    ________________________________________________________________________

    Pemarkahan

    a) Rajah Bulatan Berbahagi.

    ITEM PEMARKAHAN MARKAH

    1. Tajuk yang betul. 12. Skala jejari yang sesuai. 13. Pengiraan sudut sektor dan peratus sudut sektor. 14. Petunjuk. 15. Plotan. ( 1 sektor = 1 Markah) . Ada 6 sektor = MAX 6 Markah. 66. Kebersihan dan kesempurnaan. 1

    JUMLAH 11 Markah

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    14/27

    14

    Pengiraan Rajah Bulatan Berbahagi

    1. Pengiraan skala jejari:

    i) Jumlah eksport komoditi = RM: 295 549 juta.

    ii) Jumlah eksport = 295 549 = 543.6 unit

    iii) Skala jejari : 1 CM = 100 unit

    2. Pengiraan Sudut Sektor

    Formula = Nilai Eksport setiap komoditi ______________________ x 360

    Jumlah Eksport.

    Contoh: Getah = 2 492 _______ x 360 = 3.04

    295 549

    Lihat jadual di bawah:

    Komoditi Nilai Eksport (RM: Juta) Sudut Sektor ( )

    GetahMinyak Kelapa Sawit

    Petroleum dan Gas asliHasil kayu

    Elektrik dan elektronikLain-lain

    2 49220 86321 52915 468

    197 98737 210

    3.0425.426.218.8

    241.245.3

    Jumlah 295 549 360.0

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    15/27

    15

    b) Jelaskan faktor-faktor yang menjana perkembangan pesat industri elektrik

    dan elektronik di Malaysia. [ 8 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Faktor-faktor yang menjanaperkembangan pesat industri elektrik dan elektronik di

    Malaysia:

    1. Faktordasar/polisi kerajaan; Tumpuan khusus kepada sektor industri langkahpromosi, galakan pelaburan, pemberian taraf perintis, mewujudkan FTZ,

    memperbaiki kemudahan asas danperkhidmatan sokongan.

    2. Kestabilan politikjangkapanjang; Menarikpelaburan asing membuka kilang

    elektrik dan elektronik di Malaysia.

    3. Faktormodal; Keupayaan modal yang cukup samada dari dana luaratau dalam

    negara.

    4. Faktor buruh dari segi kuantiti, kualiti dan kos; Tenaga buruh murah,berpendidikan mudah dilatih dan adanya kepakaran.

    5. Faktor teknologi ; kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat, rekabentuk, kawalan mutu dll yang sentiasa dipertingkatkan menerusi R&D.

    6. Faktorpasaran: Adanyapasaran yang luas samada dari dalam atau luarnegaraserta mempunyai kuasa beli yang tinggi.

    7. Faktor sumber kuasa dan bahan mentah; Bekalan tenaga dan bahan mentah

    yang cukup.

    Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah.

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    16/27

    16

    c) Bagaimanakah perkembangan pesat industri elektrik dan elektronik telah

    mempercepatkan proses urbanisasi di Malaysia. [ 6 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Industri elektrik dan elektronik yang berkembang dengan pe sat telah membantu

    mempercepatkan proses pembandaran di Malaysia dengan cara:

    1. Menambahkan jumlahpenduduk di bandar/pinggir bandarmenerusi proses

    migrasipenduduk dari luarbandaruntuk bekerja di sektorberkenaan yang sebahagian

    besarnya terletak di bandar.

    2. Mempercepatkan proses rebakan bandardari pusat ke pinggirmengikuti lokasiindustri berkenaan yang lazimnya ditempatkan di pinggir bandar. Perkembangan

    kawasan kediaman,pusat-pusatperkhidmatan, kemudahanpembandaran dll.

    3. Mewujudkan bandar-bandarbaru yang berasaskan industri ini. Seperti bandarbaru Nilai di Negeri Sembilan, bandarBayan Baru di Pulau Pinang dll yang lengkapdan moden.

    4. Menambahkan jaringan pengangkutan dan perhubungan; meningkatkanketersampaian antara bandar memudahkan penyebaran inovasi, mobiliti penduduk,

    pengedaran barangan,perkhidmatan bandardll.

    5. Meningkatkan kemudahan asas bandar bekalan tenaga, air, utiliti dan jugaperkhidmatan kepadapenduduk yang sebahagian besarnya terdiri daripadapekerja

    kilang.

    6. Memperluaskan saiz pasaran dan lingkungan pengaruh bandar pendapatanperkapita penduduk bandar, kuasa beli penduduk serta pengedaran barangan dan

    perkhidmatan bandar.

    Pemarkahan: Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    17/27

    17

    Soalan 5:

    Pilih sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan sektor pengangkutan;

    a) Namakan Empat rangkaian lebuh raya yang menghubungkan antara

    negeri negeri di dalam negara itu. [ 5 Markah]

    Skema JawapanMarkah

    Memilih sebuah negara yang sedang pesat membangun dengan sektorpengangkutan Dijangka Malaysia.

    Menamakan empat rangkaian lebuh raya yang menghubungkan antara negeri-

    negeri di Malaysia. Misalnya;Lebuh raya Utara Selatan, Lebuh raya Timur Barat, Lebuh raya Karak Kuala Lumpur, Lebuh raya Persekutuan (KL

    Seremban), Lebuh raya Pantai Timur dll.

    (Note: Lebuh raya yang diberi mestilah menghubungkan sekurang-

    kurangnya 2 buah negeri ).

    1

    4 M( 1 M untuk 1lebuh raya)

    b) Bagaimanakah sistem lebuh raya di dalam negara tersebut telah menjana

    pembangunan ekonomi di kawasan yang mundur. [10 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Rangkaian lebuhrayaamat penting untuk mempercepatkanpembangunan ekonomi di

    kawasan yang munduryang dihubunginya dengan cara:

    1. Meningkatkan darjah ketersampaian dan intraksi antara kawasan yang mundurdengan kawasan yang maju seperti dengan kawasan bandar. Tanpa lebuh raya

    kawasan mundurakan terus terpencil (isolated) dan amat sukar didatangi oleharuspembangunan. Lebuhraya boleh berfungsi sebagai pemangkin pembangunan sumberalam di kawasan pedalaman. Sumber-sumber yang berpotensi seperti hutan, tanah,

    mineral dapat dibangunkan dengan cepat.

    2. Memudahkan dan mempercepatkan pengangkutan keluarhasil bahan mentahdari kawasan munduruntuk dipasarkan ke kawasan lain. Hasil-hasil ekonomi sepertihasil pertanian, ternakan, perikanan dan hasil hutan boleh diangkut dan dipasarkan

    dengan cepat khususnya ke kawasan bandar. Dengan itu penduduk desa/pedalamanakan memperolehi pendapatan.

    3. Mempercepatkan pengedaran dan pemasaran barangan siap dan perkhidmatankepadapenduduk di kawasan mundur. Barangan siap dari bandar seperti baranganruncit dan keperluan harian, perkhidmatan kesihatan,pendidikan dapat diedarkan

    dengan mudah dan cepat menerusi rangkaian lebuh raya. Justeru itu keperluan

    penduduk desa boleh dipenuhi.

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    18/27

    18

    4. Membantu mempercepatkan penyebaran maklumat, inovasi dan teknologi baru

    ke kawasan mundur. Informasi dan teknologi moden mudah disebarkan kepadapenduduk desa dengan adanya sistem lebuh raya kerana ia menjadi lebih cepat danjimat.Selain itu kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya

    mudah disediakan kepadapenduduk desa.

    5. Menggalakkanpenyebaran industri dari kawasan bandar(maju) ke kawasan luarbandar (mundur). Bandar yang sudahpadat dan tepu bina dengan industri bolehdisebarkan dengan mudah ke kawasan desa atau di pinggir bandar. Cawangan-cawangan industri boleh dibina yang dihubungkan dengan pusatnya secara lebih

    cepat danpantas menerusi sistem lebuhraya.

    6. Memudahkanpergerakan/mobiliti penduduk menjimatkan kos dan masa. Masaperjalanan lebih cepat, urusan perniagaan menjadi lebih lancar dan dapat

    menjimatkan masa yang bererti menjimatkan kos pengeluaran.

    (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

    2

    2

    2

    c) Jelaskan kesan pembinaan lebuh raya terhadap persekitaran fizikaldi dalam negara berkenaan. [10 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Kesan pembinaan lebuhraya terhadapalam sekitarfizikal ialah;

    1. Menggalakkan kejadian hakisan dan tanahruntuh di lereng-lereng bukit akibat

    proses pemotongan,penarahan,peneresan danpenebukan bukit.

    2. Memungkinkan berlakunya tanah mendapakibat penimbusan kawasan lembah

    seperti tanahpaya (wet land) untuk dibina laluan.

    3. Merosakkan kawasan tadahan air ; Akibat pemusnahan hutan semulajadi dan

    juga kawasan tanah tinggi/bukit.

    4. Boleh mencemarkan sumber-sumberairsungai di sekitarkhususnya diperingkatawal kerja-kerjapembinaan lebuhraya.

    5. Kerosakan ekosistem dan habitat akibat aktiviti penebangan hutan untuk dibina

    lebuhrayaatau akibat penimbusan tanah lembah.

    6. Perubahan landskap hutan primer bertukar kepadajaringan lebuhraya dankesan gondolan

    (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    19/27

    19

    Soalan 6 :

    a) Huraikan potensi pembangunan sumber alam yang boleh dimajukan secara

    bersama di kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN. [8 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Potensi pembangunan sumberalam yang boleh dimajukan secara bersama di

    kawasan Segitiga Pertumbuhan ASEAN.

    1. Sumber tanah/tanah yang subur dan luas berpotensi untukpertanianperladangan kelapa sawit dan getah dan industri berasaskan hasil pertanian

    (agro based industry).

    2. Keindahan sumberalam (kepulauan dan pantai) berpotensi untuk ekopelancongan.

    3. Sumbergalian (petroleum dan gas asli) berpotensi untukperlombongandanperindustrian berasaskan tenaga.

    4. Sumber hutan berpotensi untuk industri pembalakan dan industri

    berasaskan kayu.

    5. Sumber air berpotensi untuk industri pengangkutan, tenaga,pelancongan dll.

    (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah)

    (Nota: Jawapan yang baik perlu merujukkan setiap isi yang diberi dengan

    kawasan segitiga yang terbabitsebagai contoh)

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    20/27

    20

    b. Pilih sebuah pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN;

    i) Huraikan kelebihan yang dimiliki oleh pakatan Segitiga tersebut

    berbanding dengan pakatan Segitiga Pertumbuhan ASEAN yang lain. [9 Markah]

    Judu

    l IsiJ

    awapan Markah

    Memilih sebuah pakatan Segitiga samada; IMT-GT, IMS-GT dan EAGA-

    BIMP.

    Membandingkan kelebihan yang dimiliki olehpakatan segitiga yang dipilih itudengan pakatan segitiga yang lain. Perbandingan kelebihan boleh dibuat

    daripada segi:

    1. Kelebihan sumber alam yang dimiliki termasuk bentuk muka bumi,tanah, mineral, keindahan semulajadi (pantai danpulau) dsb.

    2. Kelebihan sumber pasaran (saiz penduduk dan kuasa beli

    penduduk/pendapatanperkapitapenduduk).

    3. Kelebihan teknologi yang dimiliki perkongsian teknologi, R&D daninovasi.

    4. Kelebihan modal yang dimiliki keupayaan modal swasta dan

    kesediaannya untuk melabur.

    5. Kelebihan tenaga buruh dan kepakaran yang ada Kuantiti dan kualitiburuh. Tenaga manusia yang ada berpendidikan, mudah dilatih dsb.

    6. Kelebihan prasarana yang sediaada seperti rangkaian pengangkutan dan

    perhubungan, bekalan air, elektrik dll.

    7. Kelebihan daripada segi keselamatan serantau/wilayah kurangancaman pengganas, lanun, bukan wilayah bergolak dll yang berkaitan.

    (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah + 1 pilihan

    segitiga = MAX 9 Markah)

    (Nota: Jawapan mesti boleh merujuk/ membandingkan dengan segitigapertumbuhan yang lain).

    1

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    21/27

    21

    ii) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan

    pembangunan ekonomi di kawasan Segitiga Pertumbuhan yang telah anda pilih itu.

    [ 8 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Langkah-langkah yang boleh diambil:

    1. Menjaga/mengawal keselamatan bersama khususnya di sempadan -Mewujudkan kestabilan wilayah/rantau dalam jangkamasapanjang sebagai

    tarikan untuk melabur.

    2. Menggalakkan lebih banyakpenglibatan pihak swasta dengan tawaranpakej yang lebih menarik untuk menanam modal di kawasan terbabit.

    3. Menyediakan kemudahan asas yang cukup. Pihak kerajaan mestilah

    menyediakan kemudahan asas terlebih dahulu seperti bekalan airdan tenaga,rangkaianpengangkutan dan perhubungan dll.

    4. Mengurangkan karenah birokrasi, halangan perundangan dan

    tatacara/prosedur antara negara yang boleh menjejaskan kecekapan sepertiprosedur imegresen - untuk memudahkan mobiliti buruh, barangan dan

    perkhidmatan.

    5. Menyediakan sumber tenaga manusia yang terlatih dengan cukup bagimenggerakkan kegiatan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan.

    6. Menyediakan dana yang cukup bantuan kerajaan kepada sektorswasta

    yang terlibat.

    7. Mewujudkan jawatankuasa penyelarasan aktiviti bagi melicinkanmekanisme pembangunan perlu ada satu sekretariat.

    (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    22/27

    22

    Soalan 7:

    Berdasarkan kepada sebuah bandar kecil (10, 000 hingga 30, 000 orang

    penduduk) yang telah anda kaji secara khusus;

    a) Nyatakan secara ringkas fungsi-fungsi utama yang terdapat di bandar itu.[7 Markah]

    b) Terangkan bagaimanakah fungsi-fungsi yang terdapat di bandar

    tersebut telah membantu memajukan kawasan desa sekitarnya.

    10 Markah]

    c) Tunjukkan bukti yang menunjukkan wujudnya saling hubungan antara

    bandar berkenaan dengan kawasan desa sekitarnya. 8 Markah]

    Skema Jawapan:

    a) Memilih sebuah bandarkecil 1 Markah.

    Fungsi-fungsi yangboleh dikenalpasti:

    i) Fungsi pentadbiran; Adanyapejabat daerah/Majlis daerah yang mentadbir dan membangunkankawasan bandarberkenaan.

    ii) Fungsi Perniagaan; Dengan adanya deretan kedai runcit dan pelbagai guna sebagai bekalankeperluan harian penduduk.

    iii) Fungsi Kewangan: Adanyapelbagai jenis bank yang berfungsi untuk urusniaga dan simpanansemasa. (Namakan contohnya).

    iv) Fungsi Industri: Adanya berbagai jenis industri seperti industri elektronik, Industri memproses,industri pembuatan dan juga industri Kecil-Sederhana (IKS).

    v) Fungsi perkhidmatan. Menyediakan perkhidmatan asas penduduk: Seperti adanya PpejabatPos, Pejabat TNB,TELEKOM,Jabatan Air, JKRdan sebagainya.

    vi) Fungsi pendidikan Seperti sekolahrendah dan menengah, IPTA, IPTS dsb (Namakan contoh).vii) Fungsi kesihatan Adanyahospital,poliklinik dan klinik swasta.viii) Fungsi Pengangkutan Pusat pengangkutan dengan adanya stesyen teksi/bas/keretapi dll.ix) Fungsi pasaran Kawasan pasaran hasil penduduk sekitar seperti adanyapasar tani, pasarmalam

    dll.

    (Pemarkahan: 1 fungsi = 1 markah. 6 Fungsi = 6 Markah + 1 Markah untuk pilihan

    bandar kecil = MAX 7 Markah. Setiap fungsi bandar yang dinyatakan mesti

    dibuktikan dengan contoh. Jika tiada contoh berikan markah sahaja untuk setiap

    fungsi yang dinyatakan).

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    23/27

    23

    b) Terangkan bagaimanakah fungsi-fungsi yang terdapat di bandar

    tersebut telah membantu memajukan kawasan desa sekitarnya. [10 Markah]

    1. Peranan sebagai pusat Pentadbiran daerah. Di sini letaknyapelbagai pejabat kerajaan

    yang berfungsi untuk melicinkan pentadbiran peringkat daerah. Misalnya Pejabat Tanah dan

    Majlis Daerah . Dengan adanyajabatan-jabatan ini maka memudahkan lagi urusan seharianpenduduk desa sekitar seperti urusan tanah,pembayaran cukai tanah dan perniagaan tanpaperlubergerak ke bandaryang lebihjauh.

    2.Penyelaras projek pembangunan. Pejabat kerajaan yang ada seperti JKR, Pejabat Daerah dll

    berperanan menjadi penyalurarahan dan penyelaras rancangan-rancangan pembangunan desa disekitarnya. Pelbagai projek seperti penaikan taraf jalan kampung, pembinaanjeti/jambatan,pembangunan persimpangan dengan ruang-ruang kedai,pembangunan industri

    diselaraskan oleh ke dua-dua jabatan berkenaan. Akhirnya penduduk kampung juga dapatmenikmati pembangunan sosio-ekonomi moden agar tidakjauh ketinggalan berbanding dengan

    daerah-daerah lain.

    3. Peranan Sebagai Penyedia/Pembekal Barangan keperluan harian Penduduk di

    Sekitarnya . Bandar kecil amat jelas sekali berfungsi sebagai pembekal barangan kepadaperniagaan runcit untuk keperluan harian penduduk desa sekitarnya. Tanpa adanya bandarkecil

    makarankaian kedai-kedai runcit yang wujud di setiap kampung akan kekurangan bekalan dan

    akhirnyapenduduk desajuga yang bermasalah.

    4. Menjadi pasaran kepada produk desa. Pada masa yang sama barangan keluaran desa

    khususnya keluaranpertanian danpenternakan akan dipasarkan di bandarkecil berkenaan. Hal ini

    dibuktikan melalui kewujudan pasar-pasar tani dan juga pasar malam. Hasil tanamam,hasilbuahan dan hasil ternakan yang dijual di bandar ini turut menambahkan pendapatan penduduk

    desa. Kuasa beli mereka akan bertambah dan akhirnya mampu memiliki barangan danperkhidmatan bandar.

    5. Peranan Sebagai Pusat Pekerjaan penduduk. Dengan adanya sektor industri danperkhidmatan di bandar kecil maka ia membuka lebih banyakpeluang perkerjaan yang mampu

    menyerap lebihan buruh di desa sekitarnyaagar tidak tertumpu di sektorpertanian semata-mata.Dengan itu pandapatan perkapita dan kuasa beli penduduk bertambah disamping dapatmengurangkan aliran migrasi yang berterusan ke bandar-bandarbesar.

    6. Membekalkan Perkhidmatan Sosial. Fungsi perkhidmatan sosial di bandar kecil jugaadalah pelbagai jenis seperti perkhidmatan pendidikan (adanya Pejabat Pendidikan Daerah,

    sekolahrendah dan menengah), fungsi kesihatan (adanyapusat kesihatan/hospital), perkhidmatanpos,balai polis,bomba,balai informasi,pejabat penerangan daerah dan sebagainya. Semua

    perkhidmatan ini penting bagi pembangunan penduduk desa sekitarnya. Dengan adanya fungsitersebut maka kualiti hiduppenduduk desa terus dan sentiasa meningkat. Misalnyapeningkatan

    taraf kesihatan, kawalan pelbagai penyakit seperti denggi dan taun, pengurangan kadar mortalitibayi,peningkatan kenal huruf, celik ICT dll.

    7. Meningkatkan darjah ketersampaian dan penyebaran maklumat. Perkhidmatan

    pengangkutan dan telekonumikasi yang ada mampu mempercepatkan pergerakan barangan,

    perkhidmatan dan maklumat. Informasi dan inovasi baru dapat disebarkan kepadapendudukdengan cepat kerana sistemperhubungan danpengangkutannya mudah sampai (assibile).

    (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    24/27

    24

    c) Tunjukkan bukti yang menunjukkan wujudnya saling hubungan antara

    bandar berkenaan dengan kawasan desa sekitarnya. 8 Markah]

    Skema Jawapan:

    Terdapat beberapa bukti yang boleh dikemukakan berkaitan dengan wujudnya salinghubungan antara bandar kecil dengan kawasan desa sekitarnya. Antara bukti-bukti yang

    lazim ialah:

    i) Wujudnya rangkaian kedai runcit di desa-desa yang mana keperluan baranganpekedai itu dibekalkan olehpembekal dari bandaryang ada di sekitarmereka.

    ii) Wujudnya sistem dan jaringan pengangkutan antara bandardengan kawasan desa

    sekitarseperti sistemjalan raya, jalan keretapi, jalan air(sungai ) dan lain-lain lagi.

    iii) Wujudnyapergerakan ulang alikpenduduk desa ke bandar yang mungkin terdiri

    daripadapekerja, peniaga dan jugapembekal barangan danperkhidmatan.

    iv) Wujudnya rangkaian pasar malam dan pasar tani yang membuktikan kawasan

    bandar menjadi pasaran barangan dan hasil desa samadahasil pertanian, perikanan dankraf tangan.

    v) Wujudnya beberapaagensi perkhidmatan atau pusat-pusat perkhidmatan kepada

    penduduk desa seperti pejabat daerah, pejabat tanah, mahkamah, pejabat agama, bank,pejabat pos, hospital/pusat kesihatan dan sebagainya.

    (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    25/27

    25

    Soalan 8.

    Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan terhadap mana-mana

    satu jenis aktiviti ekonomi yang berasaskan sumber alam;

    a) Kenalpastikan faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebutdijalankan di kawasan itu. [7 Markah]

    b) Berdasarkan bukti-bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan

    negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat aktiviti ekonomi itu.

    [10 Markah]

    c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan kesan-

    kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu.

    [ 8 Markah]

    Skema Jawapan:

    a) Tajuk Kajian: Menamakan kawasan kajian dan SALAH satu jenis aktiviti

    ekonomi yang berasaskan sumber alam seperti: Pertanian, perikanan, pembalakan,pelancongan,perlombongan.

    Objektif kajian: Untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan kegiatan

    ekonomi dijalankan, kesan negatif ke atas alam sekitar dan langkah mengatasinya.

    Kaedah kajian: Pemerhatian, pencerapan, temubual, soal-selidik dll yang

    sesuai.

    Faktor Faktor yang mempengaruhi terdiri daripada faktor fizikal dan manusiaantaranya ialah;:

    FaktorFizikal

    1. Bentuk muka bumi/relief dan tarikan fizikal yang ada seperti di kawasan tanah tinggi,tanahpamah, kaki bukit beralun, dataran lanar/delta, , lereng bukit, dataranpantai dll.

    2. Jenis tanih seperti tanah laterit untuk , tanah lanar/aluvium , tanah gambut untuk , tanah

    pasiruntuk dsb.

    3. Saliran sistem saliran seperti sungai,tasik dan paya termasukjuga saliran tanah samada

    menakung atau tidak menakung air.

    4. Faktor iklim/cuaca seperti keadaan suhu, hujan, kelembapan udara dsb.

    5. Bekalan sumberbahan mentah dan sumberkuasa.

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    26/27

    26

    Faktor Kemanusiaan

    1. Kemudahan asas/prasarana yang ada seperti jalan pengangkutan, sistem pengairan yangdisediakan dan kemudahan fizikal yang lain.

    2. Faktor modal keupayaan modal yang ada kecil atau besar, pinjaman kredit daripada

    institusi kewangan seperti bankpertanian dll.

    3. Dasar /polisi kerajaan secara umum dan khusus seperti menubuhkan pelbagai agensipelaksana.

    4. Faktor teknologi tradisional atau moden termasuk penggunaan alat seperti jentera, bajakimia, racun serangga, R&D dll.

    5. Faktorburuh penggunaan tenaga buruh keluarga/tempatan/asing, saiz dan jumlah tenaga

    buruh yang terlibat.

    6. Faktorpasaran berkait dengan permintaan dan penawaran, perubahan harga, rangkaian

    pemasaran seperti adanya FAMA, pasartani, orang tengah dll.

    7. Faktor pengurusan sistematik atau tidak, dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan

    kemahiran yang dimiliki, terlatih atau tidak terlatih (ada khidmat bimbingan latihan, R&Ddsb)

    (Pemarkahan: Tajuk = 1, Objektif = 1, Kaedah = 1 + Faktor : 4 Markah. 1 faktor = 1

    markah).

    b) Berdasarkan bukti-bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat aktiviti ekonomi

    itu. [10 Markah]

    RANGKA JAWAPANBergantung kepadajenis aktiviti ekonomi yang dikaji. Antara kesannyanya ialah:

    1. Hakisan tanah dan gerakan jisim khususnya tanahruntuh.

    2. Ketidakseimbangan nutrien tanah kehilangan kesuburan tanah lebih cepat akibat

    pertanian sejenis /tanpa giliran atau terlalu kerap.

    3. Pencemaran air.

    4. Pencemaran udara.

    5. Pencemaran bunyi dan bau.

    6. Pencemaran tanih dan sisapepejal.

    7. Perubahan landskap secara besar-besaran .

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012 - SET 1

    27/27

    8. Kemusnahan ekosistem hutan- kehilangan habitat, rantaian makanan, biodiversiti dll yangberkaitan dengan ekosistem.

    9. Kesanpemanasan setempat/kenaikan suhu mikro.

    10. Kemusnahan kawasan tadahan air.

    (Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah = MAX 10 Markah)

    c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkankesan-kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang anda kaji itu.

    [ 8 Markah]

    Skema Jawapan:

    1. Langkahperundangan = 2 Markah.

    2. Amalan pengurusan = 4 Markah (Mana-mana 2 isi yang dihuraikan)

    3. Kempen kesedaran danpendidikan alam sekitar: 2 Markah.