soalan fokus geografi 2 stpm 2012- set 2

Upload: asmawi-bin-abdullah

Post on 06-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    1/25

    1

    SET 2

    Soalan 1

    Berdasarkan mana-mana sebuahnegaradirantau Asia Pasifik,

    (a) Nyatakan pelbagai jenisaliran migrasidalaman yangberlakudinegaratersebut.[5 Markah]

    (b) Pilihsatu jenisaliran migrasidalaman yangutamadidalam negaraberkenaan,huraikanfaktoryang mempengaruhialiran migrasiberkenaan.

    [8 Markah](c) Jelaskan kesan negatif aliran migrasi yang anda pilih di dalam (b) di atas

    terhadap kawasanasaldankawasandestinasinya. [12 Markah]

    SOALAN 2

    Jadual 1 dibawah menunjukkankeluasansetiap negeridan jumlah penduduk mengikutnegeri-negeridi Semenanjung Malaysia padatahun 2000.

    Jadual 1: Keluasan dan Jumlah Penduduk mengikut negeri

    di Semenanjung Malaysia Pada tahun 2000.

    Negeri Keluasan

    (km persegi)

    Jumlah Penduduk

    (Orang)

    Johor 18 986 2,731,500

    Kedah 9 426 1,605,200

    Kelantan 14 920 1,561,500

    Melaka 1 651 598,900

    Negeri Sembilan 6 643 849,800

    Pahang 35 965 1,319,100

    Perak 21 005 2,130,000

    Perlis 795 230,700

    Pulau Pinang 1 030 1,259,400

    Selangor 7 955 3,287,800

    Terengganu 12 955 1,046,100

    Wilayah Persekutuan K.L 243 1,423,900

    Sumber: Laporan Banci Penduduk , 2000.

    a) Berdasarkan jadual 1 di atas, kirakan kepadatan penduduk bagi setiap

    negeridi Semenanjung Malaysia padatahun 2000. [6 Markah]

    b) Dengan menggunakan kaedah Peta Choropleth (Peta Lorek), tunjukkankepadatan pendudukbagisetiap negeridi Semenanjung Malaysia padatahun 2000 diatas

    peta 1 yangdisediakan. [10 Markah]

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    2/25

    2

    c) Mengapakah kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia berbeza-

    beza?. [9 Markah]

    Soalan 3

    a) Huraikan masalah yang boleh menghalang kemajuan industri perikanan dinegara-negara Asia Tenggara. [8 Markah]

    b) Pilihsebuahnegara di Asia Tenggara;

    i) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sumber perikanan pinggirpantainyakian merosot. [9 Markah]

    ii) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan

    memuliharasumber-sumberperikanan pinggirpantaidinegaraitu.[ 8 Markah]

    Soalan 4

    a) Bezakan maksudindustri primerdenganindustrisekunder. [6 Markah]

    b) Huraikan faktor-faktor yangboleh menghalangkemajuan industri perkilangandisesetengahnegara Asia Tenggara. [10 Markah]

    c) Jelaskan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat kemajuan

    industri perkilangandinegara-negara Asia Tenggara. [9 Markah]

    Soalan 5.

    Dengan merujukkepada mana-manasatu jenissumberalam yangbolehdiperbaharui;

    a) Mengapakahsumberalam tersebut perludipeliharadandipulihara.?

    [13 Markah]

    b) Jelaskan langkah-langkah yangboleh diambilbagi melestarikan pembangunansumberalam yangtelahanda pilihitu. [12 Markah]

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    3/25

    3

    Soalan 6:

    Jadual 2 dibawah menunjukkananggaran jumlah pendudukdibeberapabuahbandarayaterpilihdi Asia Tenggara padatahun 2000.

    Jadual 2: Anggaran Jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih

    Di Asia Tenggara pada tahun 2000

    Letakan Bandaraya di atas Peta

    1 Berasaskan Nombor.

    Bandaraya Jumlah Penduduk

    (Orang)

    1 Yangon 5 144 000

    2 Bangkok 10 710 000

    3 Hanoi 3 443 000

    4 Bandaraya Ho Chi Minh 5 460 000

    5 KualaLumpur 2 630 000

    Sumber: United Nations: The Prospect of World Urbanization (1950 2000)

    Berdasarkan jadual 2;

    a) Lukis sebuah Peta Bulatan Berkadar di atas peta 1 yang disediakan bagimenunjukkan anggaran jumlah penduduk dibeberapabuahbandaraya terpilih di Asia

    Tenggara padatahun 2000. [ 10 Markah]

    b) Berpandukan peta yangtelahandalukisitu;

    i) Kenalpastikansebuahbandaraya primatdan jelaskan mengapabandarayatersebut menjadibandaraya primat?. [ 9 Markah]

    ii) Huraikan kesan-kesan negatif ke atas persekitaran fizikal akibat

    pembentukanbandaraya primattersebut. [ 6 Markah]

    Soalan 7

    a) Nyatakan empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai olehMalaysia. [4 Markah]

    b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau

    yangtelahandanyatakandidalam (a)diatas;

    i) Jelaskan faedah yang diperolehi Malaysia hasil penglibatannya denganpakatantersebut. [11 Markah]

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    4/25

    4

    ii) Huraikan masalah yangdihadapi untukmemajukan pakatantersebut.[10 Markah]

    Soalan 8.

    Pilihsatukawasantanahtinggi yangtelahandakajisecarakajianlapangan;

    a) Kenalpastikan aktiviti pembangunan ekonomi yang telah merosakkanpersekitaranfizikalkawasantanahtinggitersebut. [7 Markah]

    b) Tunjukkanbukti-buktiberlakunyakerosakanfizikalakibataktiviti pembangunan

    ekonomidiatas. [8 Markah]

    c) Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan kesankerosakan persekitaranfizikaltersebut. [10 Markah]

    Soalan Tamat.

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    5/25

    5

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    6/25

    6

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    7/25

    7

    SKEMA PEMARKAHAN

    Soalan 1

    Berdasarkan mana-mana sebuahnegaradirantau Asia Pasifik,

    (a) Nyatakan pelbagai jenisaliran migrasidalaman yangberlakudinegaratersebut.

    [5 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Negara yangdipilihialahMalaysia.

    Jenis-jenisaliran migrasidalaman yangberlakudi Malaysia;

    y Migrasidesakebandar. (Nyatakan contoh)y Migrasibandarkedesa. (Nyatakan contoh)

    y Migrasibandarkebandar.(Nyatakan contoh)

    y Migrasidesakedesa. (Nyatakan contoh)

    (Pemarkahan: 1 jenis aliran + Contoh = 1 markah. Pilihan negara = 1

    Markah. MAX 5 Markah). Jika menyatakan jenis aliran sahaja tanpa

    contoh = tiada markah)

    1

    11

    11

    (b) Pilihsatu jenisaliran migrasidalaman yangutamadidalam negaraberkenaan,huraikanfaktoryang mempengaruhialiran migrasiberkenaan.

    [8 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Jenis aliran migrasi yang utamaberlaku ialah migrasi desa kebandar (luarbandarkebandar.

    Faktoratausebabnya:

    1. Peluang pekerjaan. Tawaran pekerjaan yangbanyakdibandar tetapi

    terhad di luar bandar. Pendapatan lumayan, bergaji tetap dalam sektorperindustriandan perkhidmatan.

    2. Peluang pendidikan. Pendidikan tinggi lebih banyak di bandar

    berbanding dengan luarbandar pelbagai jenis IPTA dan IPTS disediakan.Menarikgolongan pelajarpasca menengah melanjutkan pelajaran.

    3. Tarikankemudahan pembandaran hiburandankemudahansosial,

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    8/25

    8

    kemudahan perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan, kemudahan asas(infrastruktur)dan perumahan yanglengkap dll.

    4. Faktor pengangkutan. Darjah ketersampaian yang tinggi antara luar

    bandardenganbandardi Malaysia pada masakini mempercepatkanlagialiranmigrasikebandar, misalnyakemudahanlebuhraya.

    (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

    2

    2

    (c) Jelaskan kesan negatif aliran migrasi yang anda pilih di dalam (b) di atasterhadap kawasanasaldankawasandestinasinya. [12 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Kesan-kesannegatifmigrasidesakebandar:

    Kesan negatif di kawasan asal (luar bandar):

    y Kekurangantenagakerja sektor pertaniansukardimajukan, masalahtanahterbiardan produktiviti pertanian yangrendah.

    y Pembangunan yang tidak seimbang luar bandar terus mundur,dualismeekonomi yanglebihketaraberlaku.

    y Saiz pasaran luarbandar menjadikecilakibatkekurangan penduduk kuasabeli penduduksemakinrendah.

    Kesan negatif di kawasan destinasi (bandar):

    y Masalah pengganguran dan kemiskinan bandar persaingan sengituntukmendapatkan pekerjaan.

    y Masalah persetingganan kewujudan penempatanharam keranatidakmampuuntukmenyewaatau memilikirumah.

    y Kesesakandankepadatan penduduk yang tinggi di kawasan-kawasantertentudalam bandar(slum area).

    y Masalahsosial meningkat jenayah,wabakpenyakit,gejalasosialdll.

    (Pemarkahan: Mana-mana 6 isi x 2 markah = MAX 12 Markah. Agehan

    isi luar bandar : bandar ialah : 3 + 3 atau 2 + 4 )

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    9/25

    9

    Soalan 2

    a) Berdasarkan jadual 1, kirakan kepadatan penduduk setiap negeri diSemenanjung Malaysia pada tahun 2000. [7 Markah]

    Mengira kepadatan penduduk dengan menggunakan formula:

    Jumlah Penduduk (Orang)

    ______________________

    Keluasan (km persegi)

    Negeri Keluasan(km persegi)

    Jum.Penduduk(Orang)

    KepadatanPenduduk

    (orang/km persegi)Johor 18 986 2,731,500 143.9

    Kedah 9 426 1,605,200 170.3

    Kelantan 14 920 1,561,500 104.7

    Melaka 1 651 598,900 362.7

    Negeri Sembilan 6 643 849,800 127.9

    Pahang 35 965 1,319,100 36.7

    Perak 21 005 2,130,000 101.4

    Perlis 795 230,700 290.2

    Pulau Pinang 1 030 1,259,400 1 222.7

    Selangor 7 955 3,278,800 412.2

    Terengganu 12 955 1,046,100 80.7

    WP Kuala Lumpur 243 1,423,900 5859.6

    (Pemarkahan: Formula betul = 1 markah + 1 markah untuk setiap 2 negeri . ada

    12 negeri = 6 Markah. 1 markah formula + 6 markah pengiraan = MAX 7

    markah)

    b) Penyediaan peta koroplet (Peta Lorek) lihat di sebelah. [10 Markah]

    Item Pemarkahan Markah

    Tajukyangbetul 1 Markah

    Skala Jeda yangsesuai 1 Markah

    Petunjuk 2 Markah(Skema lorekan dan Jeda kelas yang berurutan)

    Plotan 5 Markah:10 hingga 12 negeri = 5 Markah.

    7hingga 9 negeri = 4 Markah.4 hingga 6 negeri = 3 Markah

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    10/25

    10

    1 hingga3negeri = 2 markah

    Kebersihandankesempurnaan 1 Markah

    c) Mengapakah kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia berbeza-beza.

    [9 Markah]

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    1. FaktorFizikal. Meliputibentuk mukabumi, jenisdankesuburantanah

    yangboleh dikaitkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi serta perbandingansaiz antaranegeri-negeri.

    2. Taburansumbersemulajadi yangtidakseimbang. Kawasan pantaibarat

    lebih kaya dengan sumber mineral seperti bijih timah boleh dikaitkandengan sejarah penerokaannya, kaya dengan sumber pertanian,sumber

    perikanandanlain-lain yangbolehdibandingkandengankawasanlain.

    3. Faktorekonomi. Pelbagaisektorekonomi modenkhususnya perindustriandan perkhidmatan tertumpu di pantai barat yang mewujudkan peluang

    perkerjaan yangluas,tawarangaji yang menarikberbandingdengankawasanlain bolehdikaitkandengan migrasidesakebandar.

    4. Sejarah pembangunan. Lebih awalberlakudan tertumpudi pantai

    baratkhususnya pembangunansumberalam sepertisektorperlombongandanperladangan. Termasuk juga Pembangunanbandar/petempatan,pembangunan

    infrastrukturdan lain-lain.-bolehdikaitkandengankemasukan migran Cinadan India.

    5. Faktorpengangkutandankemudahansosial. Pelbagai jenissistem dan

    jaringan pengangkutanlebih majudan padatdi pantaibarat bolehdikaitkandengan halangan fizikal yang sedikit berbanding dengan kawasan lain.

    Meningkatkan ketersampaian/mudah sampai, mudah bergerak,cepat danpantas.

    Panduan Pemarkahan:

    Mana-mana 4 isi yang dihuraikan. 4 x 2 = 8 markah + 1 markah kepada

    mana-mana huraian yang lebih baik = MAX 9 Markah.

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    11/25

    11

    SOALAN 3:

    a) Huraikan masalah yang boleh menghalang kemajuan industri perikanan di

    negara-negara Asia Tenggara. [ 8 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Di antara masalah yang boleh menghalang kemajuan industri perikanan di

    negara-negara Asia Tenggara ialah:

    1. Masalahancamanfizikal;seperti pada musim tengkujuh,banjir,kemaraudll.

    2. Masalahancamankeselamatan; Ancaman lanunkhususnyadi perairan

    lautdalam.

    3. Masalah modal; Modalkecil,terpaksabergantungkepadaorangtengahatau pinjaman-tidakmampuuntukmengusahakansecarabesar-besaran.

    4. Penggunaanteknologi perikanan yang rendahdankemudahanasas yang

    tidak cukup ; kekuranganbotbesar, pukat, alat dinginbeku, kemudahan dipelabuhan perikanan,sistem pengangkutan,kekurangan R&D dsb.

    5. Tahap pendidkan pengentahuan dan kemahiran yang rendah; lemah

    pengurusan,sukarmenguasaiteknologi perikanan yangbaru.

    6. Masalah pasaran; mekanisme pasaran dikuasai oleh orang tengah,nelayantetap miskin.

    7. Masalahburuh; Sesetengahnegaraseperti Malaysia menghadapi masalah

    kekuranganburuhterutamanyauntukperikananlautdalam.

    8. Kekurangan sumber perikanan khususnya di pinggir pantai ; akibatpencerobohan nelayan asing, nelayan lautdalam,ancaman pencemaran laut,

    kerosakanhabitat (terumbukarang)dsb.

    Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    12/25

    12

    b) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara;

    i) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sumber perikanan

    pinggir pantainya kian merosot. [9 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Memilihsebuahnegara Asia Tenggara.

    Faktor-faktor yang menyebabkan sumber perikanan pinggir pantai semakin

    merosot:

    1. Kegiatan/tangkapan yangsudahlamadijalankan kegiatanwarisan.

    2. Penangkapan secara giat/tangkapan berlebihan mengambil semuaspesis dan saiz ikan dengan menggunakan pukat laut dalam seperti pukat

    harimau,apollodll.

    3. Ancaman pencemaranlautsamadadaritumpahan minyak (perlanggarankapal, kawasan cari gali petroleum) atau pembuangan sisa industri;

    merosakkan pelbagaispesis,habitatdankawasan pembiakansepertikawasanterumbukarang.

    4. Pembangunan pinggir pantai yang giat seperti pembinaan hotel,

    pelabuhan, pemusnahanhutanbakau merosakkanekosistem danhabitatlautserta menjejaskansumbermakanankepadahidupanlaut.

    5. Kurangnya usahabersepadu untuk mengawal pencerobohan nelayan

    asing di kawasan perikanan pinggir pantai dan juga kurangnya usahapemeliharaanhabitatlaut.

    (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 markah + 1 markah negara = 9

    Markah)

    1

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    13/25

    13

    ii) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara dan

    memulihara sumber-sumber perikanan pinggir pantai di negara itu. [ 8 Markah]

    Judul Isi

    Jawapan Markah

    Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber perikanan

    pinggirpantai:

    1. Kawalan perundangan/akta tertentu ; seperti permit perikanan, alattangkapan, jenis pukat dan lain-lain termasuk mengawal kegiatan

    pembangunandizon pinggir pantaiseperti mengawal pembalakandikawasanhutanbakau.

    2. Mengawal perairan pinggir pantai dari pencerobohan nelayan asing ;

    meningkatkan rondaan oleh polis Marin dan Jabatan laut, mengenakanhukuman yanglebihberat sepertikompaun yangtinggi, penjaradll.

    3. Mengawal aktiviti yangboleh mencemarkan laut seperti pembuangan

    sisa toksid, tumpahan minyakdsb melalui pemantauanberterusan, hukumanyangberat denda, penjara, menarikbaliklesenoperasidsb.

    4. Mewartakan taman-taman laut seperti kawasan terumbu karang dan

    perairan kepulauan dari sebarang aktiviti penangkapan ikan untukmengekalkanhabitatdankawasan pembiakanikan.

    5. Menyediakankawasan pembiakanikanseperti pembentukantukun-tukun

    tiruanditelukdan muaradan jugakawasankepulauan.

    6. Meningkatkanusaha R&D untukmembaik-pulihkawasan perairan pantaiyangtercemar,kerjasamaantaraagensidsb.

    Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = Max 8 Markah.

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    14/25

    14

    Soalan 4

    a) Bezakan maksud industri primer dengan industri sekunder. (6 Markah)

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    Maksud:

    Industri primer = industriberasaskan sumber alam/ industri memprosesbahan mentah.

    Industrisekunder = Industri pembuatanatau perkilangan (Manufacturing)

    yang memenghasilkanbarangansiap/separuhsiap.

    Contoh:Industri Primer = Kilang memproseskelapa sawit menjadi minyaksawitmentah, kilang memproses getah cair menjadi getah keping, kilang

    memproseskayubalakmenjadikayugergaji.

    Industrisekunder= kilang pembuatantayar,sarungtangan, minyakmasak,sabun, majerin, membuat pakaian, kereta,barangan elektrik & elektronik

    dll.

    (Pemarkahan: Maksud = MAX 4 Markah.+ Contoh = Max 2

    Markah. MAX markah keseluruhan = 6 Markah)

    2

    2

    1

    1

    b) Huraikan faktor-faktor yang boleh menghalang kemajuan industri

    perkilangan di sesetengah negara Asia Tenggara. [10 Markah]

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    1. Ketidakstabilan politikdalam negara tertentu yang menyebabkan para

    pelabur menarikdiriatau memindahkan pelaburan merekake negara lainyanglebihamandanselamat.

    2 Kekurangansumberbahan mentahdansumberkuasa bekalanbahanmentah dan tenaga yang tidak cukup boleh menyebabkan operasikilangtergendala.

    3. Teknologi yangrendah menyebabkan penghasilan produkyangtidak

    berkualitidantidakberdayasaing.

    4. Masalah pasaran. Persaingan produk dengan negara lain, ancaman

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    15/25

    15

    blokperdagangan,dasarperlindungan,sekatan pasaran,kawalanhargadll.

    5. Masalah kekurangan tenaga kerja. Kekurangan tenaga buruhkhususnya buruh mahir termasuk juga kos buruh yang semakin tinggi

    menyebabkan pelaburmemindahkan pelaburan mereka.

    6. Masalah modal. Keupayaan modal yang terhad untukmengembangkan lagi industri perkilangan. Terpaksa bergantung kepada

    modalasing.

    (Pemarkahan: 5 isi x 2 markah = 10 Markah)

    2

    2

    c) Jelaskan kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat kemajuan

    industri perkilangan di negara-negara Asia Tenggara. ( 9 Markah)

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    1. Pencemaran udara , jerebu dan hujan asid perlepasanbahan-bahanpencemarsepertikarbon,hidrokarbon,gas sulfur termasuk juga asap dan

    debu (partikelterampai).

    2. Pemanasan setempat kewujudanbahan pencemar di udarabolehmemerangkap bahangan bumi dikaitkan dengan kesan rumah hijau

    (Green House Effect).

    3. Pencemaran air perlepasan sisa toksid/enfluen ke dalam sumber-sumberairsepertisungai,tasik,kolam danlaut.Kualitiairbersihterjejas.

    4. Kemusnahan ekosistem akuatik spesis hidupan air, rantaian

    makanannya, habitat dll elemen ekosistem akuatik mengalami kerosakanakibat pencemaranair.

    5. Pencemaran bunyi dan bau pencemaran bunyi datangnya darigenerator kilang manakala pencemaran bau datangnya daripadahasil/sisa yang berbau busuk.

    (Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 markah + 1 markah kepada mana-mana huraian yang lebih baik)

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    16/25

    16

    Soalan 5.

    Dengan merujuk kepada mana-mana satu jenis sumber alam yang boleh

    diperbaharui;

    a) Mengapakah sumber alam tersebut perlu dipelihara dan dipulihara?. [13 Markah]

    JUDUL ISI JAWAPAN MARKAH

    Memilihsatusahaja jenissumberalam yangbolehdiperbaharui seperti

    sumber hutan, sumber air, sumber udara dll yang bersesuaian.

    Sebab-sebabsumberalam tersebut perludipeliharadandipulihara:

    1. Menjamin keberterusan sector-sektor ekonomi yang berkaitan

    dengannya.

    2. Menjaminbekalanasas kepada penduduksentiasabolehdipenuhi sepertibekalanudara,air,keperluantempattinggal/rumahdll.

    3. Sebagaisumberwarisanuntukgenerasi masahadapan.

    4. Menjaminkeberterusanhabitatkepadahidupan-hidupan yanglain.

    5. Mengekalkankeseimbanganekologidisesebuahkawasan.

    6. Menjamin pekerjaankepada penduduksentiasadipenuhi.

    7. Mengawal perubahaniklim mikrosepertisuhudankelembapanudara.

    8. Mengawalkadarhakisandangerakan jisim .

    9. Mengawalkeseimbanganhidrologi (kuantitidankualitiair)disesuatutempat.

    10. Menjaminkesihatan manusiasupayatidakterjejas.

    (Pemarkahan: Mana-mana 6 isi x 2 markah = 12 markah + 1 markahpilihan sumber alam = MAX 13 Markah)

    1

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    17/25

    17

    b) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melestarikan

    pembangunan sumber alam yang telah anda pilih itu. [ 12 Markah]

    JUDUL ISI JAWAPAN

    MARKAH

    Pembangunanlestariterhadap mana-manasumberalam bolehdilaksanakan

    melalui kombinasi langkah perundangan,amalan pengurusan yang cekap danjuga kempen/pendidikan alam sekitar. Antaranyaialah:

    1. Langkah perundangan; Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar1974, yang mengenakan hukumandenda dan penjara ke atas mana-mana

    individu/syarikat yang merosak/mencemarkan sumber-sumber alam.Termasuk langkah mewartakan kawasan sumber sebagai kawasan

    pemeliharaan.

    2 Amalan pengurusan yang cekap seperti penebangan terpilih,penanaman semula, pelupusan sumber toksid/asap secara berjadual,rawatansisa, menyediakankawasan pelupusan yangkhas,system penapis

    asap, usaha R&D ke arah teknologi yang tidak mencemar/merosakkansumberdan lain-lain yangbersesuaiandenganamalan pengurusansumber

    yang cekap.

    3 Memperhebatkankempenkesedaran/pendidikankepada masyarakat.

    Memupukkefahaman yang meluaskepada masyarakatumum tentang peripentingnyausaha-usaha menjagadan memuliharasumberalam khususnya

    kepada generasi akan datang melalui pelbagai saluran. Misalnya melalui

    media elektronik, media cetak, kempen/risalah Cintailah Hutan Kita,Penghijauan Bumi, Hutan Warisan Kita, cintai sungai kita, kempenudara bersih dll yangbersesuaian.

    Panduan Pemarkahan:

    Langkah perundangan = 3 markah , + amalan pengurusan = 6markah + kempen kesedaran = 3 markah. = MAX 12 Markah.

    MAX

    3

    MAX

    6

    MAX

    3

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    18/25

    18

    Soalan 6

    Jadual 2 dibawah menunjukkananggaran jumlah pendudukdibeberapabuahbandarayaterpilihdi Asia Tenggara padatahun 2000.

    Jadual 2: Anggaran Jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilihDi Asia Tenggara pada tahun 2000

    Letakan Bandaraya di atas Peta

    1 Berasaskan Nombor.

    Bandaraya Jumlah Penduduk

    (Orang)

    1 Yangon 5 144 000

    2 Bangkok 10 710 000

    3 Hanoi 3 443 000

    4 Bandaraya Ho Chi Minh 5 460 000

    5 KualaLumpur 2 630 000

    Sumber: United Nations: The Prospect of World Urbanization (1950 2000)

    Berdasarkan jadual 2;

    a) Lukis sebuah Peta Bulatan Berkadar di atas peta 1 yang disediakan bagi

    menunjukkan anggaran jumlah penduduk di beberapa buah bandaraya terpilih di

    Asia Tenggara pada tahun 2000. [10 Markah]

    (Lihat Peta Bulatan Berkadar di sebelah)

    Item Pemarkahan Markah

    Tajukyangbetul 1Skala jejari yangsesuaidan pengiraan 2

    Petunjuk(mestiberkadar) 1

    Plotan (1 bandaraya = 1 markah) 5

    Kebersihandankesempurnaan 1

    JUMLAH MARKAH 10 Markah

    b) Berpandukan peta yang telah anda lukis itu;

    i) Kenalpastikan sebuah bandaraya primat dan jelaskan mengapa

    bandaraya tersebut menjadi bandaraya primat ?. [9 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Mengenalpasti sebuahbandaraya primat. Kecuali KualaLumpur,bandaraya

    lain (dalam jadual 2)adalahbandaraya primat. Contoh yang palingbaik ialahBangkokdi Thailand.

    1

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    19/25

    19

    Sebab-sebabsesebuahbandar(bandaryangdipilih) menjadibandaraya primat:

    1. Proses pembandaran yang memusatdan tertumpudisebuahbandaraya

    utama sahaja proses pembandaran dibandar-bandar lain terlalu perlahan

    ataulangsungtidakdapat menandingibandarutamaitu.

    2. Pertumbuhan penduduk yang terlalu pesatdibandarayautamasamada

    akibat migrasi dari badar-bandar lain atau akibat pertambahan semulajadi.Akibatnya saiz penduduk di bandaraya utama berkali ganda besarnya

    berbandingdenganbandarlain.

    3. Wujudnya longgokanaktivitiekonomi modendibandarutamasahaja seperti aglomerasi industri, perkhidmatan, perdagangan/perniagaan dll yang

    berkaitan.

    4. Kelemahan perancangan bandar sukar untuk menyebarkanpembangunanbandarkekawasan lainatauarus pembandaran memusat yang

    sukardibendung. Aliran migrasikebandarutamaterusdibiarkanberlaku.

    5. Longgokanfungsibandardibandarutamasahaja pusat perkhidmatanpenduduk,fungsikewangandanbank, perindustrian, perniagaan,fungsisosial

    segala-galanyatertumpudibandar.

    6. Faktor sejarah. Proses pembandaran yang sudah terlalu lamaberlakudibandaritusahaja (semenjakzaman penjajahlagi).

    (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 M = 8M + 1 bandar = MAX 9 M )

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    20/25

    20

    b ii) Huraikan kesan-kesan negatif ke atas persekitaran fizikal akibat

    pembentukan bandaraya primat tersebut. [ 6 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    1. Kadar pencemaran persekitaran bertambah (pencemaran udara, air,bunyi, bau dll) akibat pertambahan penduduk, kenderaan, pelupusan sisa

    domestik,sisakumbahandsb.

    2. Kesan pulauhababandar pertambahanbangunan, jalanrayadibandar,medan letak kereta, ruang perniagaan dll untuk menampung keperluan

    pendudukyang menyebabkankawasanhijaudalambandarberkurangan.

    3. Kesesakan: bangunan/perumahan yang padat dan tepu bina persekitaran perumahan yang tidak terurus, kotor, masalah pembentungan

    yang menyebabkan penduduk bandar mudah terdedah kepada pelbagaipenyakit. Contohnyadikawasansetinggandalam bandar.

    4. Kerosakan alam sekitar sepertikejadian hakisan dan tanah runtuh,

    banjirkilatdsb.

    (Pemarkahan : Mana-mana 3 isi x 2 markah = MAX 6 Markah).

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    21/25

    21

    Soalan 7

    a) Nyatakan empat pakatan kerjasama ekonomi serantau yang disertai oleh

    Malaysia. [4 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Empat pakatankerjasamaekonomiserantau yangdisertai Malaysia;

    Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik(APEC) Rundingan/kerjasama Ekonomi Asia Timur(EAEC) Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

    Segitiga Pertumbuhan ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, EAGA-BIMP)

    (Pemarkahan: 1 pakatan = 1 markah. MAX 4 Markah)

    11

    11

    b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi

    serantau yang telah anda nyatakan di dalam (a) di atas;

    i) Jelaskan faedah yang diperolehi Malaysia hasil penglibatannya dalam

    pakatan tersebut. [11 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Memilih mana-mana sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang melibatkan

    Malaysia.

    Diantarafaedah yangdiperolehi Malaysiaialah:

    1. Faedah perluasan pasaran Hasil liberalisasi perdagangan dan pengurangansekatantariffantaranegara.

    2. Faedah pelaburan Malaysia ke negara luar dan jugakemasukan modal dari

    negaralain (FDI)ke Malaysia.3. Faedah perkongsian teknologi, R&D dan inovasibaru dari negara luar/jiran.Mempercepatkankemasukanteknologibarudariluar.

    4. Faedah perkongsianburuh dan kepakaran menampung kekuranganburuh

    dalam negara.

    5. Faedahdaripada perkongsian sumberalam dan jugasumberbahan mentahdantenaga wujudkeadaansaling melengkapi.

    6. Faedahdaripadausahasama menjagadan mengatasi permasalahanalam sekitarserantausepertikes jerebudan pencemaranlaut.

    Pemarkahan: Mana-mana 5 isi x 2 markah + 1 markah pilihan pakatan

    = MAX 11 Markah.

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    22/25

    22

    b ii) Huraikan masalah yang dihadapi untuk memajukan pakatan

    tersebut. [10 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Masalah yangdihuraikan mestilahtepatdengan pakatankerjasamaekonomiyangdipiliholeh calon. Antara masalah yangbolehdihuraikanialah:

    1. Masalah ketidakstabilan politik di sesetengah negara jiran, masalah

    tuntutanbertindih, masalah penyelarasanantaranegara.

    2. adanya campur tangan dan pengaruh kuasa-kuasa luar/negara kayaseperti USA dan EU dari pakatan yang mengenakan pelbagai tekanan dan

    ugutan.

    3. Masalahkekurangan modaldarikalangannegara yang mungkin jugamiskin.

    4. Masalah jurang ekonomi yang terlalubesar antara negara anggota .

    Misalnya jurang nilai matawang. Ada negara anggota yang terlalu kayadanterlalu miskin.

    5. Masalahfizikal malapetakafizikalsepertigunungberapi,gempabumi

    dll.

    (Pemarkahan; 5 isi x 2 markah = 10 markah)

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    23/25

    23

    Soalan 8.

    Pilih satu kawasan tanah tinggi yang telah anda kaji secara kajian lapangan;

    a) Kenalpastikan aktiviti pembangunan ekonomi yang telah merosakkanpersekitaran fizikal kawasan tanah tinggi tersebut. [7 Markah]

    Soalan kajian luar/kajian lapangan. Oleh itu jawapan calon mesti memenuhikreteria berikut:

    1. MerujukkepadaSATUkawasantanahtinggisahaja khususdan mikroskalanya.Tidak boleh terlalu luas/am seperti di sebuah negeri/negara ataupun di merata-rata

    tempat. Contohkawasantanahtinggi; Cameron Highland,Bukit Fraserdi Pahang, Tanahtinggi Kundasangdi Sabahdll (Kawasansetempat)

    2. Boleh dibuktikan secara lokaliti seperti nama-nama

    tempat/sungai/kawasan/bangunan dll yang relevan di kawasan yang dikaji untukmencerminkan jawapankajianluarsebenar.

    Judul Isi Jawapan Markah

    1. Menamakansatukawasantanahtinggi yangtelahdikaji.

    2. Menyatakanobjektifkajian.

    3. Menyatakankaedahkajian.

    4. Mengenalpasti aktiviti ekonomi yang didapati telah merosakkanpersekitaranfizikalkawasantanahtinggi yangdikaji:

    Aktiviti pertaniansepertitanamantehdansayurandilerengbukit. Aktiviti pembinaan hotel dan padang golf yang melibatkan

    penyahutanan, peneresandan perataanbukit.

    Aktiviti/projek pembinaan perumahan di kawasan berbukit/tanahtinggi.

    Aktiviti/projekhidroelektrik(jikaada). Pembinaan jaringan pengangkutan jalanraya/lebuhraya. Lain-lain yangrelevandanboleh memberikan impaknegatifkepada

    persekitaranfizikalsetempat.

    1

    1

    1

    4 M

    (1 M bagisetiap

    satuaktiviti)

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    24/25

    24

    b) Tunjukkan bukti-bukti berlakunya kerosakan fizikal akibat aktiviti

    pembangunan ekonomi di atas. [ 8 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Diantarabukti/kesankerosakanfizikal yangbolehdijelaskanialah:

    1. Kesanhakisandantanahruntuh buktiadanyagegalurdi cerun-cerun

    bukitatau tanahruntuh/baturuntuhdikakibukit yangsudahdi potongdanditeresoleh jenteraberat.

    2. Pencemaran sungai/sumber air bukti sungai keruh danberkelodak

    (namakansungai/sumberairberkenaan)atau pencemaransumberairakibatpenggunaanracunseranggadanbajakimiadalam pertanian.

    3. Kenaikansuhu mikro buktikawasansekitar tidak lagisesejukatau

    nyaman daripada keadaan sebelumnya (boleh dibuktikan menerusi soal-selidik penduduk setempat atau dibuat pengukuran suhu dan kelembapan

    udaradandibandingkandengandatasekunder).

    4. Kerosakanekosistem hutan kemusnahanhabitatdanspesis,rantaianmakanandll yangberkaitandenganekologi hutan (namakankawasan yang

    terlibat).

    5. Perubahan landskap secarabesar-besaran buktinya penggondolanbukit,adanyatanaman,bangunan (namakan)dll.

    6. Banjirbanjirlumpurdikawasantanahrendah.

    (Pemarkahan: Mana-mana 4 isi x 2 markah = 8 Markah)

    2

    2

    2

    2

    2

    2

  • 8/3/2019 Soalan Fokus Geografi 2 STPM 2012- Set 2

    25/25

    c) Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan

    kesan kerosakan persekitaran fizikal tersebut. [10 Markah]

    Judul Isi Jawapan Markah

    Cadanganlangkah:

    1. Langkah perundangan: Melipatgandakanusaha pemantauanoleh pihak

    berkuasa, mengenakan denda yang berat menaikkan kadar kompaun,penjara, menarikbalik lesen operasi, menghukum pegawai yang rasuah dll

    termasuklangkah EIA sebelum sesuatu projekpembangunandikawasantanahtinggidijalankan.

    2. Amalan pengurusan yang cekap: Memberbaikitatacara/prosedurtanahdi

    pejabat tanah, mengharamkan penggunaan jentera berat, memotong cerunmengikut spesifikasi yang dibenarkan, menanam tanaman tutup bumi,

    sungkupan plastik, membinabentenguntukmenstabilkan cerun, merawatataumembersihkansungai yangtercemardansebagainya.

    3. Kempenkesedarankepada penduduksetempatdan pengusaha menerusi

    risalah, sesi penerangan/dialog, seminar,program gotong-royong termasukpendidikanalam sekitar.

    (Pemarkahan: 4 + 4 + 2 = MAX 10 Markah)

    4

    4

    2