188121344 kertas kerja klinik upsrsk timbang

4
SEKOLAH KEBANGSAAN TIMBANG KOTA BELUD, SABAH. KERTAS KERJA PROGRAM INTENSIF SASARAN 5A UPSR 2014 “PENINGKATAN PRESTASI UPSR” ANJURAN PANITIA MATEMATIK

Upload: nancylaniam

Post on 03-Sep-2015

259 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

upsr

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TIMBANGKOTA BELUD, SABAH.

KERTAS KERJA

PROGRAM INTENSIF SASARAN 5A UPSR 2014

PENINGKATAN PRESTASI UPSR

ANJURANPANITIA MATEMATIK

1.0 PENGENALAN

Program Insentif sasaran 5A UPSR ini diadakan khusus untuk murid-murid yang berpeluang tinggi untuk mendapat 5A dalam keseluruhan matapelajaran. Program ini diwujudkan bagi satu alternatif untuk memastikan murid-murid yang telah dikenalpasti mencapai sasaran yang sepatutnya. Dalam program ini keutamaan akan diberikan kepada murid yang berpotensi tinggi mendapat A dalam UPSR matematik. Program ini akan diberikan kepada murid-murid yang disasarkan mendapat 5 A terutama sekali murid asrama. Walaubagaimanapun, programa ini tidak menghadkan untuk murid yang disasarkan mendapat 5 A sahaja tetapi turut memberi peluang kepada murid-murid asrama tahun 6 berkeinginan untuk meningkatkan pencapaian khususnya dalam mata pelajaran matematik. Bimbingan ini akan dijalankan di rumah guru yang mengajar matematik iaitu saya sendiri(Pn. Nancy Laniam Chan) .

2.0 OBJEKTIFDiakhir progam ini murid dapat :

1. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pelajaran menjelang peperiksaan UPSR2. Memantapkan lagi pengetahuan murid dalam subjek matematik. 3. Memberi gambaran secara visual mengenai konsep Matematik dengan berbantukan ICT.4. Meningkatkan peratusan skor A dalam mata pelajaran Matematik dalam UPSR di SK Timbang.

3.0 TARIKH DAN TEMPATTarikh: Julai September Tempat: Rumah Pn. Nancy Laniam ChanHari: Isnin hingga Jumaat Masa: 2.00 petang 4.00 petang

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid asrama sasaran 5 A UPSR 2014

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Zenian Ikol(Guru Besar)Pengerusi 1: Pn. Emy Latun (PK.Kurikulum)Pengerusi 2: Pn. Roslin Saganjat(PK.HEM)Pengerusi 3: En. Lonsion Maduah(PK.KoKurikulum)Setiausaha : Pn. Nancy Laniam Chan Pelaksana: Pn. Nancy Laniam Chan

7.0 PENUTUPDiharapkan Program Intensif sasaran 5A UPSR 2014 yang dirancang ini mendapat sambutan yang positif daripada warga pendidik SK Timbang yang terlibat. Komitmen dan sokongan daripada pihak pentadbir dan guru-guru amat diharapkan dalam menjayakan program ini agar segala perancangan aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai objektif utama program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Tuhan yang Maha Esa.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

............................................................ (EN. ZENIAN IKOL) Guru Besar,SK TIMBANG, KOTA BELUD.

(NANCY LANIAM CHAN) Setiausaha,Program Klinik Intensif UPSR Matematik,SK Timbang, Kota Belud.