18 kebaikan budaya musyawarah dan kolaborasi kepada seorang guru

3
Kebaikan budaya musyawarah dan kolaborasi kepada seorang guru. Kepentingan mencari ilmu turut ditegaskan dalam setiap agama." Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhinya untuk menuju Syurga."Pembelajaran sepanjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal ataupun profesional. PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI Guru ialah contoh dan role model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri. Antara pelan pembelajaran pembelajaran peribadi yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut: i. Pembelajaran di Rumah ii. Pendidikan Dewasa iii. Pendidikan Berterusan iv. Pengetahuan Pekerja v. Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK) Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah, antaranya pembelajaran melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL) merupakan satu pendekatan yang membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah. Peluang meningkatkan ilmu turut berlaku di tempat - tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi dalam kerjaya masing - masing. Pendidikan berterusan lebih bertumpu pada usaha seseorang untuk menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Upload: vanesri

Post on 26-Oct-2015

470 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kebaikan

TRANSCRIPT

Page 1: 18 Kebaikan Budaya Musyawarah Dan Kolaborasi Kepada Seorang Guru

Kebaikan budaya musyawarah dan kolaborasi kepada seorang guru.

Kepentingan mencari ilmu turut ditegaskan dalam setiap agama."Sesiapa yang

menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang

perlu ditempuhinya untuk menuju Syurga."Pembelajaran sepanjang hayat bermaksud

motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan

keperluan personal ataupun profesional.

PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI

Guru ialah contoh dan role model paling dekat dengan murid, maka belajar

bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan

guru sendiri.

Antara pelan pembelajaran pembelajaran peribadi yang boleh dilaksanakan adalah

seperti berikut:

i. Pembelajaran di Rumah

ii. Pendidikan Dewasa

iii. Pendidikan Berterusan

iv. Pengetahuan Pekerja

v. Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK)

Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan yang boleh

berlangsung di rumah, antaranya pembelajaran melalui talian atau dikenali sebagai

online learning (OLL) merupakan satu pendekatan yang membolehkan seseorang

meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kolej atau universiti untuk berinteraksi

secara bersemuka dengan guru atau pensyarah.

Peluang meningkatkan ilmu turut berlaku di tempat - tempat kerja yang kerap

dirujuk sebagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) untuk meningkatkan tahap kecekapan

dan kompetensi dalam kerjaya masing - masing.  

Page 2: 18 Kebaikan Budaya Musyawarah Dan Kolaborasi Kepada Seorang Guru

Pendidikan berterusan lebih bertumpu pada usaha seseorang untuk

menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil,

diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Sebagai seorang guru, perlulah menerokai bidang kerja mereka yang berkaitan

dengan pengetahuan pedagogi (pedagogical content knowledge), kandungan mata

pelajaran (subject content knowledge), psikologi murid dan perkara - perkara yang

melibatkan pengurusan bilik darjah.

Oleh itu, konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat menerusi PPK adalah sesuatu

yang baharu dan selaras dengan konsep e- learning yang diperkenalkan.  

Untuk memperhebatkan lagi konteks pembelajaran sepanjang hayat ini

dilaksanakan, pelbagai penekanan yang telah dilakukan. Salah satu daripadanya adalah

kolaborasi musyawarah.

Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama

yang tidak mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. Musyawarah ialah

rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap

sesuatu tindakan yang diambil.

Kepentingan kolaborasi ini adalah kerana melalui kajian mendapati bahawa guru

boleh berkembang secara profesional melaluinya. (Lieberman, 1986a, 1986b; Hopkins et

all.,1994).

Lieberman juga menekan bahawa sesebuah sekolah akan lebih berjaya untuk

guru dan muridnya sekiranya guru bekerja secara kolaboratif untuk menyelesaikan

masalah,dan diberi kuasa autonomi yang maksimum untuk menjalankan kerja mereka.

Di mana kepakaran dalam pengajaran lahir daripada proses perkongsian, mencuba idea

- idea baharu, membuat refleksi ke atas amalan dan membina pendekatan - pendekatan

baharu.  

Page 3: 18 Kebaikan Budaya Musyawarah Dan Kolaborasi Kepada Seorang Guru

Antara elemen kolaborasi ini adalah:

i. Hubungan kerja berterusan

ii. Kepercayaan dan sukarela

iii. Peningkatan kemahiran dan daya usaha berterusan

iv. Bekerjasama untuk perkembangan

v. Penghargaan secara langsung.

Cara - cara guru berkolaborasi pula adalah:

i. Pengajaran berpasukam

ii. kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

iii. Kolaborasi antara organisasi/institutsi/agensi

Rumusannya, musyawarah dan kolaborasi perlu dijadikan amalan oleh para guru

dalam menentukan sesuatu keputusan bersama - sama demi perolehi hasil yang

cemerlang.