document16

2
Mata Pelajaran Bahasa Malaysia 2 Jingga Tarikh 16 Februari 2016 Hari Selasa Masa 1300-1400 Tema Sihat dan cerdas Tajuk Kantin saya bersih Standard Pembelajaran 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. Kemahiran: Membaca Objektif Pembelajaran Pada akhir pdp, murid dapat: i. Membaca sekurang-kurangnya 5 dariapda 7 pelbagai ayat dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda tanpa bantuan guru. (Fokus kepada ayat tanya dan ayat permintaan) ii. Menggunakan secara lisan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kata panggilan bagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dengan betul dan tepat. Aktiviti Set induksi: 5 minit i. Guru menerangkan kepada murid cara bermain permainan Telefon Buruk ii. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan bermain permainan Telefon Buruk . iii. Guru menerangkan tajuk dan kemahiran yang akan dipelajari. Langkah 1: 10 minit i. Guru menerangkan objektif yang perlu dicapai pada hari ini kepada murid. ii. Murid ditayangkan dengan beberapa contoh ayat dan murid dipilih secara rawak untuk membaca ayat yang ditayangkan guru. iii. Guru menekankan penggunaan sebutan, intonasi dan jeda yang betul kepada murid. Langkah 2 : 15 minit i. Murid diminta untuk membaca teks petikan yang terdapat dalam buku teks secara kelas, kumpulan dan individu. ii. Murid diminta untuk melengkapkan teks petikan menggunakan kata permintaan dan ayat tanya. iii. Guru memilih murid secara rawak bagi melakonkan watak yang terdapat dalam teks petikan. iv. Guru menekankan penggunaan sebutan, intonasi dan jeda yang betul kepada murid. Langkah 3 : 25 minit i. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta berbincang untuk menghasilkan persembahan lakonan yang

Upload: niesa-jassni

Post on 13-Jul-2016

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph bm thn 2

TRANSCRIPT

Page 1: Document16

Mata Pelajaran Bahasa Malaysia 2 Jingga

Tarikh 16 Februari 2016 Hari Selasa

Masa 1300-1400

Tema Sihat dan cerdas

Tajuk Kantin saya bersih

Standard

Pembelajaran

2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas

dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.

Kemahiran: Membaca

Objektif

Pembelajaran

Pada akhir pdp, murid dapat:

i. Membaca sekurang-kurangnya 5 dariapda 7 pelbagai ayat dengan

lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda tanpa

bantuan guru. (Fokus kepada ayat tanya dan ayat permintaan)

ii. Menggunakan secara lisan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kata

panggilan bagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dengan betul

dan tepat.

Aktiviti Set induksi: 5 minit

i. Guru menerangkan kepada murid cara bermain permainan “Telefon

Buruk”

ii. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan bermain

permainan “Telefon Buruk”.

iii. Guru menerangkan tajuk dan kemahiran yang akan dipelajari.

Langkah 1: 10 minit

i. Guru menerangkan objektif yang perlu dicapai pada hari ini kepada

murid.

ii. Murid ditayangkan dengan beberapa contoh ayat dan murid dipilih

secara rawak untuk membaca ayat yang ditayangkan guru.

iii. Guru menekankan penggunaan sebutan, intonasi dan jeda yang betul

kepada murid.

Langkah 2 : 15 miniti. Murid diminta untuk membaca teks petikan yang terdapat dalam buku

teks secara kelas, kumpulan dan individu.

ii. Murid diminta untuk melengkapkan teks petikan menggunakan kata

permintaan dan ayat tanya.

iii. Guru memilih murid secara rawak bagi melakonkan watak yang

terdapat dalam teks petikan.

iv. Guru menekankan penggunaan sebutan, intonasi dan jeda yang betul

kepada murid.

Page 2: Document16

Langkah 3 : 25 minit

i. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta

berbincang untuk menghasilkan persembahan lakonan yang paling

kreatif. Masa yang diberikan adalah 10 minit.

ii. Guru memanggil wakil kumpulan demi kumpulan untuk

mempersembahkan lakonan berdasarkan petikan teks yang terdapat

dalam buku teks.

iii. Murid menyenaraikan ayat permintaan dan ayat tanya yang terdapat

dalam petikan dan membina ayat di dalam buku tulis sebagai latihan

pengukuhan.

Penutup: 5 minit

i. Guru memilih murid secara rawak bagi menyatakan semula ayat

permintaan dan ayat tanya yang telah dipelajari pada hari ini.

Pengisian

Kurikulum

Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Nilai: Kebersihan, Tolak Ansur, Kerjasama

KBT: Mengenal Pasti

Sistem Bahasa: Membaca : Ayat Permintaan dan Ayat Tanya

BBB Kad Ayat, Buku Teks, Komputer

PenilaianMurid membaca ayat permintaan dan ayat tanya dengan sebutan, intonasi

dan jeda yang betul.

Refleksi

Page 3: Document16