16 unit 12

21
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________ 181 UNIT 12 ARAH ALIRAN DAN PERKEMBANGAN TERBARU KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menganalisis isu-isu pendidikan dan perkembangan kurikulum . 2. mengenal pasti aliran dan perkembangan pendidikan dan kurikulum semasa. 3. membahaskan trend dan perkembangan terbaru pendidikan semasa dan perubahannya pada masa depan. PETA KONSEP TAJUK Penaakulan dan budaya saintifik dalam pendidikan rendah Pendidikan Sejarah dan pembentukan patriotisme di sekolah rendah Dasar MBMMBI pada peringkat sekolah rendah Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial Peperiksaan mengikut keupayaan dan sekolah Trend dan Perkembangan Pendidikan

Upload: liching-ching

Post on 05-Dec-2014

7.230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

181

UNIT 12

ARAH ALIRAN DAN PERKEMBANGAN TERBARU KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH

RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menganalisis isu-isu pendidikan dan perkembangan kurikulum . 2. mengenal pasti aliran dan perkembangan pendidikan dan kurikulum semasa. 3. membahaskan trend dan perkembangan terbaru pendidikan semasa dan

perubahannya pada masa depan.

PETA KONSEP TAJUK

Penaakulan dan budaya saintifik dalam

pendidikan rendah

Pendidikan Sejarah dan pembentukan patriotisme

di sekolah rendah

Dasar MBMMBI pada peringkat sekolah

rendah

Pendidikan Kesihatan,

Reproduktif dan Sosial

Peperiksaan mengikut keupayaan dan

sekolah

Trend dan Perkembangan Pendidikan

Page 2: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

182

PENGENALAN Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntutan lokal dan global. Pada peringkat lokal, persoalan patriotis dan kewarganegaraan mendesak pendidikan dengan Sejarah dijadikan teras pada peringkat rendah. Kebejatan sosial turut menyaksikan sekolah dijadikan tempat penyemaian nilai dan budaya kemanusiaan menerusi Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial. Bahasa terus dijadikan sebagai alat perpaduan social dan pengukuhan bangsa menjadi fokus yang tidak pernah selesai sejak Penyata Razak (1956) hinggalah kepada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pembangunan modal insan bertaraf dunia dengan minda kelas pertama turut menambahkan kemahiran menaakul sebagai objektif pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping 3M yang sedia ada. Arah aliran kurikulum juga menuntut agar peperiksaan dan prosedur penilaian diubah daripada bentuk berpusat kepada penilaian berasaskan sekolah mengikut tahap keupayaan murid-murid. Perubahan dan pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti modal insan secara terancang dan berkesan sebagai yang diharapkan.

ISI KANDUNGAN Apakah kaitan antara penaakulan dengan pembinaan budaya saintifik? Al-Quran mencabar manusia supaya berfikir untuk mencari jawapanm bertindak dan menyelesaikan masalah. Descartes pernah berkata “I think, therefore I am”. Ringkasnya manusia adalah mahluk berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran. Dan kemahiran berfikir perlu dibina, dibentuk dan diasah. Proses tersebut perlu berlaku menerusi pendidikan pada peringkat rendah lagi. Pada tahun 1982 ketika KBSR dilaksanakan dengan focus utama ialah membolehkan murid di sekolah rendah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini diharapkan dapat melahirkan individu yang berkeupayaan berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran 3M kurang berkesan untuk mencapai tujuan tersebut kerana manusia menggunakan otak untuk berfikir. Dalam teori pembelajaran kognitif dan konstruktif menegaskan otak manusia seumpama suis yang mengawal tindakan manusia. Oleh itu pada satu lagi kemahiran telah ditambah apabila KSSR dilaksanakan pada tahun 2011 iaitu kemahiran menaakul. Kini terdapat 4M yang mesti dikuasai oleh murid-murid pada peringkat pendidikan rendah iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Hal ini seiring dengan perkembangan pesat pada abad ke-21 di mana ketepatan dalam membuat keputusan adalah penting sebagai suatu survival dalam kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan menaakul? Menaakul ialah aktiviti mental yang berkaitan dengan kebolehan berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat untuk mencapai satu kesimpulan yang adil. Menaakul merupakan suatu tindak balas secara sedar. Menaakul memerlukan manusia membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta, atau andaian. Dua daripada jenis taakulan yang paling asas ialah taakulan deduktif dan taakulan induktif. Kedua-duanya melibatkan penghasilan satu kesimpulan daripada satu siri

Page 3: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

183

pemerhatian atau proposisi. Kebolehan menaakul lazimnya dikaitkan dengan disiplin sains. Sehubungan itu, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad memerlukan rakyat Malaysia berupaya menghadapi 9 cabaran untuk muncul sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Cabaran ke-6 adalah untuk melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Hal ini seiring dengan ledakan kemajuan sains dan keperluan terhadap kebolehan pemikiran saintifik. Keupayaan menghasilkan pemikiran saintifik dapat memupuk budaya saintifik dalam kehidupan murid dan seterusnya dapat menyumbangkan kepada kemajuan negara. Penakulan membawa maksud proses kepintaran menerusi berfikir secara saintifik dan rasional. Budaya saintifik secara literalnya dapat didefinisikan dalam konteks perkembangan ilmu pengetahuan yang mementingkan corak pembelajaran yang mengasas dan mempertajamkan daya fikir murid-murid untuk mengembangkan potensi kebolehan berfikir seseorang murid melampaui batasan fikiran yang sedia ada. Hubungkait di antara penaakulan, pemikiran saintifik dan budaya saintifik dapat divisualkan seperti di Rajah 12.1.

Rajah 12.1 Hubungkait Antara Penaakulan, Pemikiran Saintifik dan Budaya Saintifik

Perkembangan pemikiran saintifik bermula dengan cabaran bagi menghasilkan reaksi untuk berhujah, menimbulkan keraguan dan berkeinginan untuk membuktikan (Piaget, 1974). Reaksi tersebut terhasil dari proses penaakulan. Individu akan mencari penjelasan bersandarkan kepada pengalaman lalu seakan-akan sama dengan situasi yang dihadapi. Proses ini dikenali sebagai abduction atau penaakulan analogi. Penaakulan analogi ialah satu proses mental yang mana satu idea dalam satu keadaan dipinjam dan diadaptasikan dalam keadaan baru yang sekan-akannya. Penaakulan analogi juga merupakan proses dalam pembinaan hipotesis (Hanson, 1958). Proses penaakulan yang bergabung dengan pengalaman yang berkaitan dikatakan dapat meningkatkan mengekalkan ingatan, kreativiti dan menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah dalam dunia yang sebenar memerlukan seseorang berfikir secara kreatif. Apabila beberapa strategi dan peraturan yang digunakan pada masa lampau berjaya, kecenderungan untuk menggunakannya semula akan menjadi satu

BUDAYA SAINTIFIK

PEMIKIRAN SAINTIFIK

PENAAKULAN

Page 4: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

184

kebiasaan. Dengan cara ini, individu mengembangkan satu set mental, iaitu satu kecenderungan untuk menyelesaikan masalah yang baru dengan menggunakan prosedur yang sama, yang berjaya digunakan sebelum ini. Set mental membantu manusia menyelesaikan masalah. Dengan menggunakan set mental maka manusia dapat mencipta berbagai-bagai rekaan yang membantu manusia menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Dalam memberi kefahaman tentang proses penaakulan saintifik, Lawson (1995) telah mengolah dan memperincikan perkembangan penaakulan saintifik kepada 2 bahagian iaitu penaakulan induktif dan penaakulan diduktif. Beliau mengatakan murid-murid pada tahap sekolah rendah (berumur 7 – 12 tahun) sepatutnya berkeupayaan menaakul secara Empirikal-Induktif (EI). Corak pemikiran pada tahap Empirikal-Induktif (EI) meliputi lima kemahiran:

EI 1: Kemahiran membuat pengkelasan: Kebolehan mengenal kumpulan atau kategori

am yang mudah. EI 2: Kemahiran menentukan pengekalan: Kebolehan mengaplikasikan konsep

pengekalan kepada objek dan sifat yang dapat ditanggap (Contoh: bentuk tidak mengubah berat jika tiada unit yang dibuang atau ditambah).

EI 3: Kemahiran membuat susunan objek atau data secara bersiri, tertib, berpadanan dan boleh membuat hubungan satu sama satu.

EI 4: Kemahiran memahami dan mengaplikasikan konsep yang ditakrifkan dengan merujuk kepada objek, peristiwa atau situasi lazim.

EI 5: kemahiran mengaplikasi atau menggunakan rumus atau formula yang dihafal Manakala pada peringkat yang lebih tinggi sepatutnya dikuasai oleh murid-murid pada peringkat sekolah memengah melalui corak pemikiran Hipotetikal-Diduktif (HD) yang merangkumi lima kemahiran: HD 1: Kemahiran kombinatorik: Mengambil kira semua kemungkinan yang boleh

berlaku secara sistematik dalam eksperimen atau secara teoritikal. HD 2: Kemahiran mengenalpasti dan mengawal pembolehubah: Tahu akan pentingnya

mengambil kira semua pembolehubah yang tersurat, merekabentuk ujian dan mengawal pembolehubah tertentu dalam ujian hipotesis.

HD 3: Kemahiran menentukan perkadaran: Mengenalpasti dan menghuraikan hubungan secara pemerhatian atau teoritikal.

HD 4: Kemahiran membuat kebarangkalian: Faham bahawa fenomena yang berlaku mempunyai ciri-ciri kemungkinan dan semua kesimpulan atau penerangan yang dibuat mesti mengambil kira soal peluang.

DH 5: Kemahiran membuat hubungankait: Mampu mengenalpasti penyebab atau hubungan dalam fenomena yang dikaji.

Perbezaan kriteria dalam penaakulan saintifik Dua jenis penakulan saintifik ialah penakulan induktif dan penakulan deduktif. Perbandingan antara dua jenis penakulan tersebut ialah seperti Jadual 12.1.

Page 5: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

185

Jadual 12.1

Perbezaan Kriteria Dalam Penakulan Induktif dan Deduktif

Penaakulan Induktif Pemikiran Deduktif

Perlu membuat rujukan terhadap sifat dan objek yang boleh diperhatikan. Pemikiran bermula dengan pemerhatian

Boleh memberi alasan (menaakul) melalui hubungan yang boleh dibayangkan, sifat-sifat hipotetikal dan teoritikal; berkebolehan menggunakan simbol-simbol untuk mengajukan idea.

Pemikiran boleh dimulakan melalui pemerhatian.

Pemikiran boleh dimulakan dengan membuat bayangan atau secara mental.

Menggunakan pemikiran jenis EI 1 – EI 3 (mengkelas objek, sifat dan penyusunan secara berperingkat). Corak pemikiran HD digunakan secara tidak sistematik dan tidak sempurna dan dalam konteks yang lazim

Menggunakan semua corak pemikiran empirikal induktif dan hepotetikal induktif (EI 1 – HD5) dalam keadaan yang sempurna.

Memerlukan arahan secara langkah demi langkah dan prosedur yang panjang.

Dapat merancang prosedur yang panjang jika diberi tujuan dan sumbernya.

Pemikiran berlaku secara tidak sedar dan sering membuat pernyataan yang tidak konsisten ataupun yang bercanggah dengan maklumat yang diterima ramai.

Sedar dan kritikal pada pemikiran sendiri dan memeriksa kesahihan keputusan yang diambil melalui perbandingan maklumat sedia ada.

Sumber: Lawson, A. E (1995), Science Teaching and the development of

thinking. California: Wadsworth Publishing. (p. 63) Malaysia akan melangkah ke negara maju menjelang 2020 dengan ciri rakyat yang mempunyai pemikiran dan berbudaya saintifik dan progresif. Unsur-unsur budaya saintifik perlu diserapkan menerusi proses pendidikan yang bermula pada peringkat sekolah rendah. Tujuannya adalah untuk melahirkan generasi yang dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif dan analitikal. Penekanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang bersifat reproduction tidak lagi sesuai untuk diamalkan kerana ia kurang memberikan impak kepada budaya saintifik, pemikiran kreatif, kritis, inovatif dan analitikal. Pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlu mementingkan pembentukan dan pengembangan minda pelajar seperti aplikasi kaedah inkuiri, descovery, eksplositori, eksplorasi dan seumpamanya. Sejajar dengan itu bahan penggajaran juga perlulah memberi pengalaman yang bermakna kepada pembelajaran murid. Aplikasi teknologi dan multimedia perlu diperluaskan penggunaanya merentasi

Page 6: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

186

sempadan geografi. Untuk tujuan itu penggunaan E-books semakin diperluas penggunaannya bertujuan untuk memperoleh maklumat dan fakta terkini di samping meringankan bebanan dari berat buku teks konvensional yang ada.

AKTIVITI 12.1 Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara penaakulan saintifik, pemikiran saintifik dan budaya saintifik dalam pendidikan dan kurikulum sekolah rendah.

Aspek Penaakulan saintiifik

Pemikiran saintifik

Budaya saintifik

Page 7: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

187

Apakah kaitan antara pendidikan sejarah dengan

pembentukan patriotisme di sekolah rendah?

Pelan Induk Perancangan Pembangunan (PIPP) untuk tempoh 2006 – 2010 telah menetapkan 6 teras strategi yang perlu diberi tumpuan dan teras strategi yang pertama ialah membina negara bangsa. Sesebuah negara mendapat nama kerana bangsanya. Bangsa pula terbentuk melalui sejarah yang panjang. Oleh itu sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa dan negara. Justeru, adalah penting bagi generasi muda untuk mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara. Sejajar dengan itu, mata pelajaran Sejarah penting bagi mengisi keperluan pembentukan negara Malaysia yang maju dan meningkatkan patriotisme rakyat agar setiap warganegara mengetahui asal-usul serta kepentingan menghormati Perlembagaan Negara Malaysia. Permodenan dan kemajuan yang berlaku dalam sesebuah negara telah mengakibatkan semakin jauh rasa kecintaan rakyatnya terhadap tanah air. Apatah lagi bagi generasi yang lahir dalam arus pemodenan dan kemajuan yang tidak pernah merasai pahit getirnya perjuangan generasi terdahulu yang mempertahankan tanah air dari belengu penjajahan yang sarat dengan penderitaan. Bagi menyedarkan bangsa Malaysia tentang erti kemerdekaan dan kecintaan terhadap tanah air maka sejarah perlu dibuka dan didedahkan untuk dipelajari serta dihayati pada peringkat kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah „melentur buluh biar dari rebungnya‟. Bagi mencapai matlamat tersebut, mata pelajaran sejarah mula diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014. Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab menggubal kurikulum tersebut dalam bentuk mata pelajaran tersendiri dan penyerapan dalam matapelajaran yang lain. Dalam mata pelajaran Sejarah sekolah rendah terdapat 3 bahagian kandungan yang diberikan fokus.

Kewarganegaraan

Patriotisme.

Perlembagaan negara. Kewarganegaraan merujuk kepada pembentukan bangsa Malaysia dari kepelbagaian etnik yang ada. Pemupukan semangat kekitaan dan persaudaraan sebagai warganegara Malaysia diberi penelitian. Manakala patriotisme pula berfokus kepada pembinaan perasaan dan semangat cintakan negara Malaysia dan bersama-sama mempertahankan kemerdekaannya, kedaulatannya dan memartabatkannya. Unsur Perlembagaan Negara merujuk kepada rasa tangungjawab terhadap memelihara keharmonian dan kesejahteraan negara yang berlandaskan piagam yang diterima bersama oleh setiap rakyat Malaysia. Antara topik yang diberi tumpuan ialah “Perlembagaan Persekutuan serta kemerdekaan tanah air”. Objektif topik tersebut adalah bagi menyuntik semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda Dari segi proses pelaksanaan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, pendekatan seperti ‘education is fun’ menjadi saranan. Guru memestilah memainkan peranan untuk menghidupkan suasana pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Oleh itu kreativiti yang tinggi merupakan elemen penting yang perlu dimiliki. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat mengekalkan tumpuan dan minat murid terhadap Sejarah. Untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran suatu yang menyeronokkan dan berkesan murid-murid mestilah dilibatkan secara aktif menerusi

Page 8: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

188

pelbagai kaedah dan aktiviti seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, rombongan ke Parlimen, bual bicara tokoh, main peranan dan lakonan. Kaedah sebegini membolehkan mata pelajaran Sejarah seronok dipelajari, mudah difahami dan dihayati oleh murid-murid pada peringkat sekolah rendah. Contohnya program lawatan ke Pasir Salak di Perak dapat mendedahkan kepada pelajar suatu pengalaman sebenar tentang peristiwa bersejarah berkaitan penentangan orang-orang Melayu terhadap penjajahan Inggeris sehingga berlakunya pembunuhan J.W.W. Birch oleh Datuk Maharajalela di tebing Sungai Perak. Penggunaan kaedah lakonan pula memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan bakat lakonan semasa mereka melakonkan watak dalam drama yang dilakonkan. Menurut Tyler (1949), pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberikan pengalaman langsung kepada murid akan membantu meningkatkan kebolehfahaman mereka terhadap perkara yang dipelajari. Dari aspek penilaian terhadap kemajuan murid pada tahap pendidikan rendah, penilaian secara formatif dapat memberikan murid-murid suatu pengalaman yang berharga menerusi portfolio, projek skala kecil dan bercerita.

Page 9: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

189

AKTIVITI 12.2 Berdasarkan kandungan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah, tuliskan nilai-nilai yang perlu murid-murid hayati. (a) Kewarganegaraan

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

(b) Patriotisme _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

(c) Perlembagaan Negara _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

Page 10: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

190

Apakah maksud memartabatkan bahasa Melayu memperkukuhkan bahasa Inggeris?

"Untuk negara kita maju, kita perlu belajar bahasa lain seperti bahasa Inggeris, tapi untuk negara kita kuat dan kukuh, kita perlu satu bahasa perpaduan iaitu bahasa Melayu". Prof. Diraja Ungku Aziz

Pada tahun 2003 suatu tranformasi kurikulum telah berlaku apabila Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan berasaskan cetusan idea oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dasar tersebut bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Premis ini bersandarkan kepada kebanyakan terma dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik adalah dalam bahasa Inggeris. Justeru, penguasaan murid terhadap bahasa Inggeris membolehkan murid-murid berkeupayaan menguasai ilmu Sains dan Matematik dengan secara langsung dan mudah berbanding dengan pembelajaran sebelum ini yang dilaksanakan melalui proses yang panjang menerusi penterjemahan dalam penguasaan kandungan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malayu. Jelasnya PPSMI adalah untuk membiasakan pelajar menguasai ilmu khususnya Sains dan Matematik dalam bahasa ilmu itu berkembang di dunia, khususnya pada masa kini dan untuk masa depan selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Namun selepas enam tahun pelaksanaannya, Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah membuat keputusan memansuhkan PPSMI secara beransur-ansur (soft landing) sehinggalah pemansuhan secara keseluruhan pada tahun 2012. Mata pelajaran Sains dan Matematik kembali diajar dan dipelajari menggunakan bahasa Melayu di sekolah kebangsan selain bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan. Kajian-kajian yang dijalankan terhadap pelaksanaan PPSMI mendapati dasar tersebut mengalami kegagalan dalam pelaksanaannya, melebarkan jurang pencapaian murid-murid di bandar dan luar bandar dan secara tidak langsung menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara Malaysia. Lanjutan dari itu, Kabinet meluluskan cadangan terhadap strategi yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Dengan ini matlamat asal penguasaan bahasa Inggeris dikekalkan, malah ia ditambah baik dengan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. PPSMI sebenarnya diganti dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang disifatkan sebagai strategi pendidikan serampang dua mata. Melalui dasar baru itu, penekanan terus diberikan kepada pengukuhan bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukannya melalui subjek Sains dan Matematik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu ditingkatkan martabatnya sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi. Antara strategi memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan menambah masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, memperbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris di sekolah, menambahkan guru terlatih dalam opsyen bahasa Inggeris, membawa masuk guru penutur asli dan memperkemaskan kaedah dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan. Sebagai contoh, masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris bagi sekolah rendah ditambah dari 200 minit seminggu kepada 280 minit menjelang pelaksanaan MBMMBI pada 2012. Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan pendekatan

Page 11: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

191

konstruktivisme, kontekstual dan kepelbagaian kecerdasan perlu menjadi amalan di sekolah-sekolah. Rasional pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di semua peringkat sekolah. a) Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pengajaran Sains dan

Matematik di sekolah telah menghakis kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang tersebut

b) Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mantap bagi semua mata pelajaran yang dimulakan sejak tahun 1970an

c) Kebanyakan negara di dunia berusaha keras untuk memartabatkan bahasa kebangsaan mereka masing-masing sebagai bahasa ilmu

d) PPSMI telah melebarkan jurang pencapaian Sains dan Matematik antara murid bandar dan luarbandar

e) Penggunaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan sebagai bahasa perpaduan untuk membina jatidiri dan Negara bangsa

f) Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961) dan Akta Pendidikan 1996 telah menekankan tentang perlunya penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah dan dijadikan sebagai bahasa perpaduan.

Sehubungan itu, beberapa strategi berikut telah diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). a) Pengajaran dan pembelajaran (P &P) Sains dan Matematik dalam bahasa

Melayu di SMK dan SK manakala bahasa ibunda di SJKC dan SJKT mulai tahun 2012.

b) Menambah waktu P&P bahasa Melayu di SJKC dan SJKT. c) Memperluaskan penggunaan ICT dalam P&P bahasa Melayu. d) Menyediakan bahan bacaan Bahasa Melayu. e) Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Melayu. f) Lima IPGM dijadikan pusat untuk kursus Bahasa Melayu (pra dan dalam

perkhidmatan) Sementara itu, strategi berikut merupakan langkah diambil untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBI) dalam kalangan murid. a) Menambah waktu P&P bahasa Inggeris di peringkat rendah (termasuk SJK) dan

menengah. b) Menyediakan guru bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru

bersara, guru penutur asli dari luar negara dan IPTS selain pengambilan melalui IPGM dan IPTA.

c) Menyediakan guru bahasa Inggeris di luar norma iaitu dua orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid).

d) Menyediakan dan menambahkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris. e) Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P bahasa Inggeris. f) Lima IPGM dijadikan pusat untuk kursus bahasa Inggeris (pra dan dalam

perkhidmatan) g) Memperluaskan penggunaan ICT dan makmal bahasa dalam P&P bahasa

Inggeris.

Page 12: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

192

Bagi mempastikan dasar ini terlaksana dengan berkesan, semua pihak mestilah berganding bahu bagi menjayakannya. Penguasaan lebih dari satu bahasa membolehkan rakyat Malaysia mampu bersaing di peringkat dunia

AKTIVITI 12.3

Bagaimanakah MBMBI dapat berperanan membangunkan modal insan

bertaraf dunia dengan bertunjangkan budaya Malaysia?

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Page 13: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

193

Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif Sosial

Pendidikan seks yang juga dikenali sebagai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) di negara ini sudah diperkenalkan di sekolah menengah pada 1989, manakala sekolah rendah pada 1994. Pasa dasarnya Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial sudah diajar menerusi mata pelajaran lain secara sisipan dan gabungjalin seperti mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Pelaksanaan PKRS telah diputuskan oleh Kabinet pada 2006 dan akan mula dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah mulai sesi persekolahan pada tahun 2011. Pada asalnya pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial yang diperkenalkan ini termasuk dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu (tahun satu hingga tiga) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan bermula pada Januari 2011. Menerusi transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2011, Kementerian Pelajaran kemudiannya memutuskan pendidikan kesihatan termasuk PKRS diajar berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak bercantum dengan subjek lain. PKRS sebenarnya bukanlah tertumpu kepada pendidikan seks semata-mata tetapi merangkumi skop yang lebih luas termasuk soal nilai, sikap, proses kesihatan dan keselamatan sosial. Secara khususnya, PKRS lebih menjurus kepada asas terhadap perkembangan anggota badan, perhubungan sosial, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Elemen perkembangan manusia yang terdapat dalam pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial itu bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan sosial pula mendedahkan mengenai sifat kasih sayang dan persahabatan. Pendedahan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa turut diajar kepada murid. Sementara itu, kebolehan untuk membuat keputusan pula menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Kesihatan dan tingkah laku seksual akan menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan AIDS. Manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan. Justeru, pendedahan awal seperti ini adalah perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial. Bagi Tahap Satu sekolah rendah, antara skop dimasukkan adalah perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata „tidak‟ kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Pada peringkat menengah rendah, antara tumpuan diberi ialah kecekapan psikososial atau kemahiran hidup menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, dan perkembangan sifat seksual sekunder. Manakala di peringkat menengah atas, ia membabitkan kemahiran kecekapan psikososial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah. Tujuan mata pelajaran ini dimasukkan dalam kurikulum kebangsaan adalah untuk memenuhi naluri biologi manusia secara terpimpin. Elemen-elemen perkembangan manusia itu bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan (sosial) mendedahkan sifat kasih sayang dan persahabatan. Pendedahan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi

Page 14: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

194

tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa turut diajar kepada murid, manakala kebolehan untuk membuat keputusan pula menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. Kesihatan dan tingkah laku seksual menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelak hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan, khususnya berkaitan dengan salahlaku seks, pencabulan dan rogol. Pendedahan awal seperti ini perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan dan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial. Profesor Dr Zakaria Kasa, berkata topik Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam KSSR berjaya mengurangkan kegusaran ibu bapa . Ibu bapa diberi persediaan mental bahawa elemen ini bukan mengajar seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan diri dan social. Dalam hal pelaksanaan PKRS, pembabitan ibu bapa dialu-alukan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah. Pembabitan tersebut dapat membentuk sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal berkaitan seks dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan mereka kepada guru secara tidak langsung akan dapat membantu keberkesanan kurikulum mata pelajaran itu. PKRS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PKRS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PKRS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. PKRS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan.

Page 15: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

195

.

Peperiksaan berasaskan sekolah dan mengikut keupayaan Pelaksanaan kaedah peperiksaan berasaskan sekolah (PBS) adalah satu kaedah baru dan lebih relevan dengan arus pendidikan pada hari ini. Cadangan Kementerian Pelajaran untuk melakukan transformasi pendidikan dengan mengaplikasikan Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah akan dapat dilaksanakan sepenuhnya untuk semua murid sekolah rendah di negara ini menjelang tahun 2016. Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu, PBS akan diperkenalkan melalui sesi pembelajaran tahun 2010. Perlaksanaannya bermula dengan murid prasekolah dan Tahun Satu pada tahun 2010. Dengan peperiksaan berasaskan sekolah, pentaksiran yang bersifat alternatif dan autentik seperti pentaksiran kerja kursus, projek, portfolio, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid boleh dilaksanakan. Melalui pentaksiran itu bukan sahaja penguasaan murid dapat dilaporkan, malahan proses pembinaan modal insan dapat diteruskan.

AKTIVITI 12.4

Mengapakah pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial penting untuk

dijadikan satu mata pelajaran dalam kurikulum kebangsaan pada peringkat

rendah?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

_____________________________________________________________

Page 16: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

196

Sejajar dengan perkembangan itu, Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peperiksaan berpusat menerusi pelbagai cara seperti mengurangkan bilangan mata pelajaran yang boleh diambil oleh murid, mengadakan jadual yang lebih fleksibel serta mengasingkan peperiksaan aliran vokasional daripada aliran akademik. Sistem penilaian secara holistik yang digariskan mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan meliputi ujian psikometrik, pencapaian kokurikulum serta penilaian yang disediakan oleh guru sendiri. Melalui sistem itu, pelajar dinilai menerusi peperiksaan standard yang diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan dan peperiksaan awam selain mengambil kira penglibatan dalam bidang ko-kurikulum. Ini bermakna pada 2016, markah peperiksaan pusat untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya mencakupi 30%, manakala 70% lagi markah akan dinilai daripada peperiksaan peringkat sekolah bermula sejak murid-murid berada di Tahun Satu selain penyertaan dalam kokurikulum dan sukan. Kaedah ini juga dapat membantu sekolah dalam mengurangkan masalah ponteng sekolah yang serius selepas peperiksaan berpusat selesai menerusi aktiviti yang berterusan. Selain itu, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko keciciran pelajar dan melahirkan pelajar yang benar-benar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sementara itu, guru akan bertindak sebagai pemudah cara yang berkesan melalui pengurangan peperiksaan berpusat dan sekaligus mengurangkan tekanan peperiksaan yang dihadapi oleh pelajar, guru dan ibubapa.

Sehubungan dengan Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) satu lagi konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan masing-masing. Konsep ini pastinya akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah. Konsep yang dicadangkan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab. Pelaksanaan peperiksaan sebegini adalah seiring dengan amalan demokrasi dalam pendidikan. Ia memberi ruang kepada setiap murid mengembangkan potensi mereka secara fleksibel.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan persekitaran kediaman ibu-bapa memberi pengaruh yang besar terhadap prestasi akademik murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang kepada murid-murid mengambil peperiksaan mengikut keupayaan dapat menggalakkan murid-murid yang yang tergolong pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu. Di samping itu konsep peperiksaan mengikut keupayaan tutur memberi peluang kepada murid-murid lemah atau belum bersedia menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia.

Page 17: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

197

Pendidikan dalam Rancangan Malaysia Ke-10

Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) adalah dari 2011 hingga 2015. Tiga strategi utama yang diberi penegasan dalam RMK-10.

Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan

Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran

Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi

AKTIVITI 12.5 Jawab soalan berikut:

(a) Bagaimanakah peperiksaan berasaskan sekolah dapat memberikan kesan

yang positif terhadap pembangunan insane pada peringkat rendah?

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

___________________________________________________________

(b) Apakah kebaikan dan kelemahan bagi pelaksanaan peperiksaan

berdasarkan keupayaan murid?

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

___________________________________________________________

Page 18: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

198

Pelbagai langkah baru berkaitan pendidikan akan dilaksanakan di samping meneruskan apa yang telah dibuat dalam rancangan yang sebelumnya. Di bawah strategi pertama iaitu merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan empat strategi akan diguna pakai untuk tempoh RMK-10 berkaitan pendidikan seperti berikut.

Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya.

Menjadikan sekolah bertanggung jawab terhadap prestasi pelajar.

Membuat pelaburan bagi membangun kepimpinan unggul di setiap sekolah.

Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Dasar MBMMBI, dasar 1Murid 1Sukan, dan dasar Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan (dari 6+ tahun kepada 5+ tahun) adalah antara yang telah dan baru diperkenalkan dalam dalam RMK-10. Manakala Merperkasa Sekolah Kebangsaan dan program LINUS adalah antara yang telah dirancang sebelum ini iaitu dalam RMK-9 yang perlu terus dilaksanakan. Rajah 12.2 menunjukkan sasaran program LINUS iaitu memastikan murid dalam penguasaan literasi dan numerasi dengan pencapaian seratus peratus sehingga 2012.

Rajah 12.2 Sasaran Program LINUS Dari 2010 Hingga 2012

(Sumber: Rancangan Malaysia Ke-10)

Page 19: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

199

RUMUSAN

Perkembagan semasa dalam pemikiran, teknologi, ekonomi dan globalisasi telah membawa kepada perubahan landskap pendidikan di Malaysia. Tranformasi pendidikan telah mengubah sistem, struktur dan pelaksanaan pendidikan khususnya pada peringkat sekolah rendah. Perubahan yang berlaku bukanlah satu kelainan tetapi satu kesinambungan pendidikan ke arah merealisasikan matlamat pendidikan yang dihasratkan untuk dicapai. Trend dan perkembangan terbaru dalam kurikulum dapat disaksikan pada semua peringkat pendidikan khususnya peringkat pelaksanaan dan penilaian.

KATA KUNCI

Menaakul - proses mental yang berkaitan dengan kebolehan berfikir

dengan teliti bagi pencarian maklumat untuk mencapai satu kesimpulan yang adil.

Patriotisme - pembinaan perasaan dan semangat cintakan negara dan

berusaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatannya. Pentaksiran autentik - pentaksiran yang bersifat alternatif seperti pentaksiran kerja

kursus, projek, portfolio, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri murid.

Reproduktif - sistem organ pembiakan manusia.

PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut: 1. Manakah antara berikut tergolong dalam kemahiran menaakul secara induktif?

A. Mengenalpasti penyebab atau hubungan dalam fenomena yang dikaji. B. Mengenalpasti dan menghuraikan hubungan secara pemerhatian atau

teoritikal C. Menyusun objek atau data dalam turutan dan membuat hubungan satu

sama satu. D. Menghubungkait kemungkinan yang boleh berlaku secara sistematik

dalam eksperimen atau secara teoritikal.

Page 20: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

200

2. Sejarah pada peringkat sekolah rendah mestilah dilaksanakan dalam konteks

„education is fun’. Mengapakah pendekatan tersebut perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah? A. Mengekalkan respon dari murid-murid. B. Membolehkan guru menghabiskan silibus. C. Meningkatkan rasa seronok dalam pembelajaran. D. Mengupayakan murid-murid menghadapi peperiksaan.

3. Manakah antara berikut merupakan strategi memperkasa bahasa Inggeris di

sekolah rendah?

I. Menambahkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Inggeris. II. Menghantar guru-guru bukan opsyen berkursus bahasa Inggeris. III. Menambahkan waktu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris,

Sains dan Matematik. IV. Memperluaskan penggunaan makmal bahasa dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Inggeris.

A. I dan IV sahaja. B. II dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. I, II, III dan IV.

4. Manakah antara kenyataan berkut betul tentang aspek nilai yang terdapat

pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial?

A. Sifat tegas menjamin keselamatan diri. B. Teknologi dapat meluaskan jaringan interaksi. C. Setiap murid mesti menghindari dari aktiviti bersosial. D. Kawan adalah rujukan utama untuk menjamin kesejahteraan diri.

5. Manakah antara pernyataan berikut merujuk kepada konsep peperiksaan

mengikut keupayaan murid? A. Murid hanya boleh mengambil peperiksaan mengikut keupayaan mereka

sendiri. B. Semua murid boleh mengambil peperiksaan pada bila-bila masa yang

dikehendaki. C. Murid mengambil peperiksaan setelah mereka menyelesaikan

pembelajaran. D. Murid hanya boleh menduduki peperiksaan apabila guru mendapati

mereka sudah bersedia.

CADANGAN JAWAPAN: 1. A; 2. C; 3. D; 4. A; 5. D

Page 21: 16 unit 12

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah _______________________________________________________________________________

201

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Amir Hasan Dawi (2007). Pendidikan seks: suatu perspektif sosial. Tanjung Malim: UPSI Hanson, K. T. (2001). Curriculum planning: integrating multiculturism, constructivism,

and education reform. (2nd Ed). Boston: McGraw-Hill.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

Lawson, A. E (1995), Science Teaching and the development of thinking. California: Wadsworth Publishing

Rancangan Malaysia Ke-10. Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf

Dunia.