first - 16

1
EFARAH REZAL [email protected] SKYPE, komunikasi bervisu- al di alam maya, itulah salah satu platform digital yang digunakan kanak-kanak berusia lima tahun ketika belajar di dalam kelas. Teknik pengajaran tersebut dipraktikkan Cik Zahirah Suri- an, 35 tahun, guru di PCF Spar- kletots Preschool, Punggol East. Beliau merupakan antara sa- lah seorang penerima Anugerah Guru Yayasan Peneraju tahun ini. Anugerah itu anjuran Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan Yayasan Masyarakat Singapura (CFS). Diadakan buat kali ketiga, anugerah ini diberi kepada guru berdedikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak dan mereka yang berkeperluan khas. Cik Zahirah, yang telah berkecimpung dalam bidang pen- didikan selama 15 tahun, telah menerima pengiktirafan terse- but kelmarin di NIE. “Kanak-kanak sekarang di- dedahkan kepada kecanggihan abad ke-21. Oleh itu, saya sen- tiasa berusaha mencari kaedah mengajar yang relevan. “Salah satunya ialah dengan menggunakan IT untuk menero- ka cara pengajaran terkini,” ka- tanya yang sudah mengajar di PCF Sparkletots Preschool sela- ma sembilan tahun. Cik Zahirah ingin mengajar pelajarnya, berusia lima tahun, tentang isu binatang kesaya- ngan. “Saya menggunakan Skype untuk membolehkan pelajar ber- interaksi dan bertanyakan soalan kepada pemilik haiwan kesayangan itu. “Sebelum bermula, saya, ber- sama mereka, akan memikirkan soalan yang ingin diajukan. Apa- bila pemilik haiwan kesayangan itu menjawab soalan pelajar, pe- lajar akan memberikan respons mereka sendiri,” terangnya. Cik Zahirah mendapati baha- wa penggunaan platform digital tersebut dapat membangun keu- payaan pelajarnya untuk menja- di lebih berdikari. Menurutnya, selain faktor ke- mudahan, kaedah itu memboleh- kan pelajar mengingati bahan pengajaran dengan lebih berke- san. “Selain itu, mereka juga menggunakan kamera digital un- tuk memetik gambar di kawasan perumahan bagi menulis cerita yang berkenaan,” terangnya. “Saya sendiri telah mempela- jari cara menggunakan sofwe menghasilkan video pelajar, un- tuk ditunjukkan kepada ibu ba- pa sebagai portfolio elektronik pelajar. “Sebelum ini, agak susah ba- gi kami memberi penerangan ke- pada ibu bapa dan melalui cara ini, ia lebih mudah,” ujar beliau. Cik Zahirah juga memberi fokus kepada pelajar berkeperlu- an khas dengan menyediakan ba- han pengajaran tertentu. “Mengajar bukanlah sekadar satu tugas sahaja, tetapi ia me- merlukan minat mendalam. “Anda harus berdedikasi dan bersedia memberi yang terbaik, tidak kira bila-bila masa,” ujar- nya. Guna platform digital Skype untuk mengajar kanak-kanak di kelas RABU, 19 OKTOBER 2016 (18 MUHARAM 1438) TEKNIK PENGAJARAN RELEVAN: Cik Zahirah Surian, penerima Anugerah Guru Yayasan Peneraju 2016 NIE, menggunakan kaedah digital dalam pengajarannya demi membantu membangun kebolehan pelajar berusia lima tahun, agar menjadi lebih berdikari. – Foto TAUFIK A. KADER

Upload: doankiet

Post on 17-Jan-2017

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EFARAH [email protected]

SKYPE, komunikasi bervisu-al di alam maya, itulah salah satu platform digital yang digunakan kanak-kanak berusia lima tahun ketika belajar di dalam kelas.

Teknik pengajaran tersebut dipraktikkan Cik Zahirah Suri-an, 35 tahun, guru di PCF Spar-kletots Preschool, Punggol East.

Beliau merupakan antara sa-lah seorang penerima Anugerah Guru Yayasan Peneraju tahun ini.

Anugerah itu anjuran Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan Yayasan Masyarakat Singapura (CFS).

Diadakan buat kali ketiga, anugerah ini diberi kepada guru berdedikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak dan mereka yang berkeperluan khas.

Cik Zahirah, yang telah berkecimpung dalam bidang pen-didikan selama 15 tahun, telah menerima pengiktirafan terse-but kelmarin di NIE.

“Kanak-kanak sekarang di-dedahkan kepada kecanggihan abad ke-21. Oleh itu, saya sen-tiasa berusaha mencari kaedah mengajar yang relevan.

“Salah satunya ialah dengan menggunakan IT untuk menero-ka cara pengajaran terkini,” ka-tanya yang sudah mengajar di PCF Sparkletots Preschool sela-ma sembilan tahun.

Cik Zahirah ingin mengajar pelajarnya, berusia lima tahun, tentang isu binatang kesaya-ngan.

“Saya menggunakan Skype

untuk membolehkan pelajar ber-interaksi dan bertanyakan soalan kepada pemilik haiwan kesayangan itu.

“Sebelum bermula, saya, ber-sama mereka, akan memikirkan soalan yang ingin diajukan. Apa-bila pemilik haiwan kesayangan itu menjawab soalan pelajar, pe-lajar akan memberikan respons mereka sendiri,” terangnya.

Cik Zahirah mendapati baha-wa penggunaan platform digital tersebut dapat membangun keu-payaan pelajarnya untuk menja-di lebih berdikari.

Menurutnya, selain faktor ke-mudahan, kaedah itu memboleh-kan pelajar mengingati bahan pengajaran dengan lebih berke-san.

“Selain itu, mereka juga menggunakan kamera digital un-tuk memetik gambar di kawasan perumahan bagi menulis cerita yang berkenaan,” terangnya.

“Saya sendiri telah mempela-jari cara menggunakan sofwe menghasilkan video pelajar, un-tuk ditunjukkan kepada ibu ba-pa sebagai portfolio elektronik pelajar.

“Sebelum ini, agak susah ba-gi kami memberi penerangan ke-pada ibu bapa dan melalui cara ini, ia lebih mudah,” ujar beliau.

Cik Zahirah juga memberi fokus kepada pelajar berkeperlu-an khas dengan menyediakan ba-han pengajaran tertentu.

“Mengajar bukanlah sekadar satu tugas sahaja, tetapi ia me-merlukan minat mendalam.

“Anda harus berdedikasi dan bersedia memberi yang terbaik, tidak kira bila-bila masa,” ujar-nya.

SEBUT sahaja Australia, pastinya taman tema DreamWorld terlintas di minda.

Namun, tahukah anda terdapat bany-ak tempat menarik lain yang boleh anda kunjungi untuk melakukan kegiatan yang boleh meningkatkan adrenalin?

Di seminar yang bakal dianjurkan Berita Harian – Seminar Pelancongan Berita Harian 2016: Alami Eksplorasi In-dah dan Perjalanan Suci, anda akan did-

edahkan kepada kegiatan menarik yang boleh didapati di Queensland, Australia.

Cik Stella Pok, Pengurus Pemasaran, Asia Tenggara, Pelancongan dan Acara Queensland, bakal mengongsi topik ‘Sebab Mengapa Keluarga Asyik Kemba-li Ke Gold Coast.’

Antara kegiatan yang boleh anda cu-ba adalah seperti SkyPoint Climb, di ma-na anda akan memanjat di luar perkaran-gan bangunan panjatan tertinggi di Aus-

tralia.Anda juga boleh pergi ke ‘Paradise

Jetboating’, taman tema roller coaster dalam air yang sesuai bagi kededua dew-asa dan kanak-kanak.

Di sana juga, anda boleh menaiki be-lon udara panas selama 30 minit sambil menikmati permandangan luas sekitar Queensland dari tempat tinggi.

Selain itu, Cik Pok bakal mengongsi perkara menarik tentang Queensland,

Australia.Sewaktu seminar tersebut, beliau ju-

ga akan berkongsi lokasi makanan halal yang boleh anda dapatkan di Queen-sland.

Antaranya ialah restoran Shiraz Au-thentic Persian, Madras Café dan juga Hungry Chicken.

Beliau juga bakal menyentuh tentang pakej yang boleh anda dapatkan jika an-da terbang bersama Scoot.

ORANG ramai boleh menjangkakan cuaca panas di Singapura bagi tempoh dua minggu mendatang, ujar Khidmat Kaji Cua-ca Singapura (MSS) dalam satu kenyataan kelmarin.

MSS berkata suhu harian maksimum ba-gi kebanyakan hari diramalkan mencapai sekitar 33 darjah Celsius atau 34 darjah Celsius, dan pada beberapa hari, boleh mencapai sekitar 35 darjah Celsius.

Ia menambah bahawa semasa tempoh dua minggu terakhir Oktober, hujan berser-ta guruh bagi tempoh pendek, boleh dijang-ka bagi tempoh empat hingga enam hari, kebanyakannya pada lewat pagi atau awal petang.

Di samping itu, hujan berserta guruh dengan tiupan angin kencang sekali-sekala diramal berlaku pada dua atau tiga hari an-tara waktu sebelum fajar dengan pagi.

MSS berkata musim monsun barat daya yang berlaku kini dijangka menjadi lemah menjelang hujung Oktober sedang rantau ini memasuki tempoh antara monsun.

Ia menambah bahawa cuaca lebih panas adalah satu perkara biasa semasa tempoh antara monsun – di mana pemanasan suria yang kuat berlaku dan tiupan angin secara amnya tidak kuat.

MSS turut berkata Singapura mengala-mi cuaca panas pada beberapa hari semasa dua minggu pertama Oktober. Suhu maksi-mum harian tertinggi yang dirakamkan di stesen iklim Changi adalah 34.6 darjah Cel-sius pada 11 Oktober.

Sehingga 16 Oktober, suhu bulanan pu-rata bagi Oktober ialah 28.8 darjah Cel-sius, 1.2 darjah Celsius lebih panas ber-banding purata jangka panjang Oktober.

ORANG ramai dipelawa memberi mak-lum balas mengenai pindaan yang disaran-kan bagi Akta Majlis Bandaran.

Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam kenyataannya semalam ber-kata pihaknya menyarankan beberapa pin-daan.

Ini termasuk memperjelas peranan dan fungsi majlis bandaran; memperbaiki tad-bir urus majlis bandaran; mengukuhkan pengurusan kewangan majlis bandaran ser-ta mempertingkat penyeliaan kawal selia MND.

“Pindaan itu disarankan bagi memasti-kan majlis bandaran (TC) dapat menyedia-kan khidmat awam penting melalui cara yang konsisten, adil dan mampan demi ke-pentingan penduduk, sambil mengekalkan ciri-ciri berautonomi TC.

“Semakan itu turut mengambil kira jang-kaan orang ramai terhadap isu ketelusan dan kebertanggungjawapan TC kerana ia

menguruskan dana awam dan bertanggung-jawab dalam menjaga sekitaran kehidupan yang baik bagi penduduk,” ujar MND lagi.

Usul terhadap pindaan ini pernah di-ketengahkan Menteri Pembangunan Nega-ra ketika itu, Encik Khaw Boon Wan.

Encik Khaw dalam kenyataan menteri-nya turut mengatakan bahawa meskipun majlis bandaran sudah melaksanakan seba-hagian besar matlamat asal di sebalik penubuhannya, masanya sudah tiba me-nyemak dan mengemas kini rangka kerja kawalan dan pentadbiran bagi TC selepas lebih 20 tahun ia diperkenal di sini.

Orang ramai boleh memberi komen dan saranan sehingga 17 November melalui e-mel [email protected]; atau surat di alamat Kementerian Pembangunan Nega-ra; 5 Maxwell Road #21-00; Tower Block MND Complex, Singapura 069110 dengan subjek: Saranan Pindaan Akta Majlis Ban-daran.

Cuaca panas dijangka pada 2 minggu mendatang

Guna platform digital Skype untuk mengajar kanak-kanak di kelas

Dengar kisah menarik tentang Queensland, Australia

Beri maklum balas berkaitan pindaan

Akta Majlis Bandaran

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

TARIKH:Sabtu, 22 Oktober 2016WAKTU: 2 hingga 5 petangMASA PENDAFTARAN: 1 petangTEMPAT: Auditorium SPH, News Centre, 1000 Toa Payoh North, Singapura 318994BAYARAN: $10 setiap peserta (termasuk jamuan ringan dan beg cenderahati)DAFTAR: ht-tp://pbp.sph.com.sg/bhts

PENCERAMAHEncik Husin Saaban, artis komediTopik: Wisata Bersama Selebriti: Berbaloikah?

– Dr Zuraimi Mohamed Dahlan, Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA)Topik: Persediaan Kesihatan Ke Makkah

– Cik Stella Pok, Pengurus Pemasaran, Asia Tenggara, Pelancongan dan Acara QueenslandTopik: Sebab Mengapa Keluarga Asyik Kembali Ke Gold Coast

– Cik Asmah Sawpi: Pengurus Penjualan dan Pemasaran ASL Aviation GroupTopik: Pelancongan Muslim di Taiwan

– Encik Lee Chi Gi: Wakil Scoot Pte LtdTopik: Penerbangan yang Mengagumkan!

DR ZURAIMI MOHAMED DAHLAN

CIK ASMAH SAWPI

RABU, 19 OKTOBER 2016 (18 MUHARAM 1438)

ENCIK HUSIN SAABAN

TEKNIK PENGAJARAN RELEVAN: Cik Zahirah Surian, penerima Anugerah Guru Yayasan Peneraju 2016 NIE, menggunakan kaedah digital dalam pengajarannya demi membantu membangun kebolehan pelajar berusia lima tahun, agar menjadi lebih berdikari. – Foto TAUFIK A. KADER

SEMINAR PELANCONGAN BERITA HARIAN

CIK STELLA POK

ENCIK LEE CHI GI

16

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DIJOHOR BAHRU

DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIASAMAN PEMULA NO: 24 NCvC-527-08/2016

Dalam Perkara satu Perjanjian Jual Beli dan Surat KuasaWakil bertarikh 16 April 1970 antara Fatimah Bte Hassan

@ Chek Hassan dan Hajaral Aswad Bin Hassan keatas sebahagianhartanah yang dikenali sebagai Geran 27904 Lot 979 dan Geran

27903 Lot 978 Bandar Pontian Kechil, Pontian.Dan

Dalam PerkaraHajaral Aswad Bin Hassan

[No. K/P: A1681268], simatiDan

Dalam Perkara Seksyen 420 Kanun Tanah Negara 1965Dan

Dalam Perkara Aturan 28 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012ANTARA

AWAH BINTI ASWAD[NO. K/P: 491121-71-5176]

... PEMOHONDAN

FATIMAH BTE HASSAN @ CHEK HASSAN... RESPONDEN

PERINTAH PENYAMPAIAN GANTIATAS PERMOHONAN Pemohon yang dinamakan di atasDAN SETELAH MEMBACA Notis Permohonan [Ex-Parte]bertarikh 06/10/2016 dan Afidavit Puan Siti Haziah Binti Jaityang diikrarkan pada 06/10/2016 yang kesemuannya difailkanbersama MAKA ADALAH PADA HARI INI DIPERINTAHKANbahawa sesalinan bermeterai Saman Pemula dan Afidavit Sokonganbertarikh 04/08/2016 DAN ADALAH DIPERNTAHKAN bahawaSaman Pemula dan Afidavit Sokongan bertarikh 04/08/2016 inidiserahkan terhadap Responden dengan cara penyampaian Gantiiaitu Pertama, dengan menampalkan satu salinan dokumen-dokumen tersebut di atas papan kenyataan di Mahkamah Tinggi diSingapura dan dengan mengiklankan di akhbar tempatan ‘BeritaHarian’ dan segala tampalan dan iklan tersebut akan menjadipenyampaian yang sempurna dan cukup ke atas RespondenDAN ADALAH SETERUSNYA DIPERINTAHKAN bahawapenyampaian tersebut di anggap baik dan sempurna selepas Duapuluh satu [21] hari daripada tarikh dilaksanakan DAN ADALAHSETERUSNYA DIPERINTAHKAN bahawa kos-kos dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan permohonan ini hendaklahmenjadi kos di dalam kausa.

Bertarikh pada 09hb Oktober, 2016Timbalan Pendaftar

Mahkamah Tinggi MalayaJohor Bahru

PERINTAH PENYAMPAIAN GANTI ini telah difailkan olehTetuan Ishak Sharif & Co., Penguamcara & Penguambela bagi pihakPemohon yang beralamat di Bilik 01-02, Tingkat 16, Menara PublicBank, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.[Ruj kami: AA-LIT/3268/2012/SH/ma][Disk: NP-Singapore]

DiscoverGreenerPastures

Call 1800 289 8822or e-mail

[email protected] place your

Change ofAddress Notices

BUTIR SEMINAR

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

hoyy
Highlight