projek lessons learned bagi projek penempatan semula...
TRANSCRIPT
2017
PASUKAN PROJEK JKR (D) ROMPIN
10/31/2017
CADANGAN PEMBAIKAN CERUN RUNTUH DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKSYEN 9, JALAN KE KOMPLEKS
RADAR, SKN 322 TUDM BUKIT IBAM, DAERAH ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR.
PROJEK LESSONS LEARNED
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan ini bertujuan menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi serta
perkara-perkara yang kurang baik yang boleh diambil iktibar seterusnya diperbaiki
untuk projek-projek yang di laksanakan oleh JKR melalui sesi bengkel yang telah
dilaksanakan pada 30 dan 31 Oktober 2017 bagi Projek Cadangan Pembaikan Cerun
Runtuh Dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Seksyen 9, Jalan ke Kompleks Radar SKN
322 TUDM Bukit Ibam, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur yang telah dihadiri
oleh SO dan wakil SO. Selain itu juga, Laporan ini juga mencadangkan beberapa
penambahbaikan yang perlu diambil kira bagi projek-projek seumpanyanya di masa
hadapan.
1. PENGENALAN
Latar Belakang Projek Projek ini merupakan projek membaiki cerun runtuh di Seksyen 9, Jalan ke kompleks Radar SKN 322 TUDM Bukit Ibam, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Di puncak cerun tersebut, terdapat tanah lapang yang diratakan, mungkin ketika pembinaan radar dijalankan. Tanah tambakan daripada kerja-kerja pembinaan yang ditambak pada puncak dan lereng cerun asal tersebut yang menjadi punca kepada kegagalan cerun tersebut. Terdapat juga longgokan bongkah batu di puncak cerun tersebut yang di tambak ketika pembinaan dijalankan sebelum ini. Air longkang di salur keluar pada permukaan batu yang mana longkang konkrit jenis ‘in-situ’ di puncak cerun telah mengalami kerosakan dan tidak disenggara dengan baik. Air longkang tersebut disalur keluar pada permukaan batuan di permukaan cerun bersebelahan. Di antara skop projek pembaikan cerun ini ialah :
• Membuang batuan longgar (loose boulders) di sepanjang permukaan cerun yang gagal.
• Menstabilkan/mengukuhkan cerun di puncak bukit dengan menggunakan soil nail dan dowel bar
• Memasang high tensile netting system /reinforced 3d mat
• Sistem Perparitan ,
• Membaikpulih jalan & longkang tepi Jalan
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
1.1 RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK
Tajuk Kontrak CADANGAN PEMBAIKAN CERUN RUNTUH DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI SEKSYEN 9, JALAN KE KOMPLEKS RADAR, SKN 322 TUDM BUKIT IBAM, DAERAH ROMPIN, PAHANG.
MAKLUMAT KEWANGAN
Kos Kontrak Asal RM 8,448,836.00
Kos Kontrak Semasa RM 8,329,834.67
TEMPOH
Tarikh Milik Tapak 10 Ogos 2015
Tarikh Siap Asal 5 Februari 2017
Tarikh Siap Sebenar 17 Julai 2017 (EOT No.1) - Penambahan skop kerja soil nailing 12m -120 nos
Lokasi Seksyen 9, Jalan Ke Kompleks Radar SKN 322 TUDM Bukit Ibam, Rompin, Pahang
Keluasan 56.43 ekar
Agensi Pemilik Kementerian Pertahanan Malaysia
Agensi Perlaksanaan Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin
Perekabentuk Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia
Nama Kontraktor AZS Venture Sdn Bhd 4815-C, Tingkat 2, Jalan Dusun Muda 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Gambar lokasi tapak dan pelan tapak projek dan bangunan asal di Tapak
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
GAMBAR SEBELUM PEMBAIKAN
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
GAMBAR SEMASA
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
1.3
Pasukan Kerja yang terlibat bagi projek ini adalah seperti berikut :-
i) HOPT /HODT
Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia
ii) SO - Jurutera Daerah, JKR (D) Rompin
iii) Pasukan Projek JKR Daerah Rompin
2.0 Sesi Pengumpulan Pembelajaran Projek
2.1 Bengkel
Tajuk : Mesyuarat & Bengkel Project Lessons Learned Zon Timur
Tarikh : 30 dan 31 Oktober 2017 (Isnin dan Selasa)
Tempat : Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highland
Peserta : Peserta Bengkel terdiri daripada wakil-wakil dari pejabat selia tapak projek dan wakil-wakil PMO Zon Timur.
GAMBAR SELEPAS
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
3.0 METADOLOGI/KAEDAH
Para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta mengisi ‘Project
Lessons Learned Checklist’. Seterusnya peserta membincangkan perkara-perkara
yang telah memberi impak yang baik kepada projek “Apa Berlaku Dengan Lancar”
dan isu yang memberi Impak yang negatif kepada projek “Apa Boleh Dilakukan
Dengan Lebih Baik” dan dizahirkan melalui peta minda. Isu-isu tersebut kemudian
dibentangkan kepada semua peserta bengkel untuk dibahaskan dan diambil iktibar
sebelum didokumenkan sebagai satu Project Lessons Learned.
3.1 Contoh Analisis Punca dan Akibat (Mind Map)
Berdasarkan isu yang dikenal pasti di atas, perbincangan kumpulan diadakan dan segala buah fikiran, idea dan maklumat di nyatakan melalui peta minda.
Contoh :-
Semakan Project Lessons Learned Checklist
Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan
Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
4. LESSONS LEARNED
Berdasarkan sesi perbincangan serta brainstorming oleh peserta dan
dipersembahkan melalui peta minda, berikut adalah kesimpulan yang diperolehi hasil
dapatan daripada perbincangan tersebut:-
4.1 What went well (Apa Berlaku Dengan Lancar)
i. Mengenalpasti risiko dan agensi-agensi yang terlibat yang mungkin boleh
menyebabkan kelewatan pada peringkat awalan projek. (Kebenaran
penebangan pokok kayu oleh pejabat hutan, masalah air dan kawalan
keluar/masuk ke kawasan sensitif TUDM)
ii. Mengenalpasti dan menyemak secara terperinci Dokumen Kontrak yang
diterima dan memberi maklumbalas dengan segera. (Ketidakcukupan
lukisan dan lain-lain)
iii. Penyediaan program kerja (CPM) secara berbengkel selama tiga (3) hari
dan terus memberi kelulusan.
iv. Penggunaan CPM secara optima di dalam pemantauan, mesyuarat,
taklimat dan perbincangan. (Gambar, keputusan dan lain-lain dalam
setiap task).
v. Mengenalpasti aktiviti kritikal dan selaraskan ikut peruntukan yang ada.
(7 bulan tiada bayaran interim sebanyak RM 2.84 juta, tumpuan diberi
kepada pembelian bahan binaan sahaja).
vi. Laksana semua keperluan kontrak dalam tempoh kontrak dan kelulusan
segera. (PHK/APK).
vii. Hubungan komunikasi berkesan secara berpasukan. (Antara JKR,
Kontraktor dan agensi berkaitan).
viii. Kontraktor yang dilantik berupaya serta akur dan boleh menerima
cadangan JKR dalam melaksanakan projek.(Memahami strategi CPM
berbanding realiti).
ix. As-built drawing dihantar secara berperingkat bagi setiap kerja yang telah
selesai. (Kuantiti sebenar dapat diketahui segera bagi menyegerakan
penyediaan pengukuran kuantiti sebenar dan SOFA).
4.2 What did not go well (Apa Yang Boleh Dilakukan Dengan Baik)
i. HOPT perlu memastikan saluran/punca peruntukan adalah betul.
(Kesilapan kod peruntukan sepatutnya OS 31000/Pembangunan dan
bukan OS 28000/Penyelenggaraan)
ii. HOPT perlu memastikan keperluan asas tapak. (Punca air dan had
sempadan terdapat di dalam dokumen kontrak)/Kawasan sensitif
tentera dan hutan simpan.
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
5. PENGIKTIBARAN (LESSONS LEARNED) BERDASARKAN PERISTIWA UTAMA
i. Menjadikan CPM sebagai ‘tool’ utama dalam pengurusan projek dan
melaksanakan projek secara berpasukan serta mengesan masalah
kewangan di peringkat awalan. (perancangan strategi - mengutamakan
pembelian bahan binaan ketika peruntukan tidak mencukupi)
ii. Penyelarasan komunikasi secara berkesan antara Stakeholders
melibatkan JKR, kontraktor, Pelanggan dan agensi berkaitan.(JKR perlu
memainkan peranan dan adakalanya perlu menjadi sebagai
JKR/Pelanggan/Kontraktor/Agensi mengikut keperluan semasa)
iii. Penyelesaian segera segala keperluan kontrak semasa seperti
pengesanan awal kuantiti sebenar dan sebagainya (Penyediaan
PHK/APK segera).
iv. Projek dapat disiapkan ‘3 in 1’ beserta penjimatan kos sebanyak RM
119,001.33
5. KESIMPULAN & PENUTUP
Sepanjang tempoh projek beberapa perkara baik telah dikenalpasti dan
didokumenkan di dalam dokumen Lessons Learned ini supaya perkara tersebut boleh
menjadi rujukan kepada pihak lain yang menjalankan projek yang seumpamanya,
selain itu perkara-perkara yang kurang berjalan lancar juga diharapkan dapat menjadi
pengajaran supaya diberi perhatian yang lebih dalam menjalankan sesuatu projek.
Sekian Terima Kasih
# Draf dan Maklumat diperolehi dari Pasukan Projek JKR (D) Rompin
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
LAMPIRAN A
Nama Projek: Cadangan Pembaikan Cerun Runtuh Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di
Seksyen 9, Jalan Ke Kompleks Radar, Skn 322 Tudm Bukit Ibam, Daerah Rompin,
Pahang.
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
LAMPIRAN B1
After Action Review 1
- Pengunaan Program Kerja(CPM) sebagai tool utama pemantauan
What was supposed to happen?
Perlaksanaan kerja di tapak tidak mengikut Program Kerja (CPM) sebenar yang dirancang.
What actually happened? Why did it happen?
Pemantauan CPM dipantau mengikut turutan kerja yang dirancang dengan merancang aktiviti mengikut kedudukan peruntukan semasa. Tiada peruntukan mencukupi untuk melaksanakan kerja mengikut program kerja yang dirancang.
What are the consequences
Kemajuan kerja dapat dikawal dan berjalan lancar.
What are the key lessons?
Pemahaman secara total oleh pasukan projek selaras dengan risiko semasa di tapak.
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
LAMPIRAN B2
After Action Review 2
- Peruntukan projek yang lewat
What was supposed to happen?
Peruntukan projek perlulah mencukupi mengikut RKK yang dirancang.
What actually happened? Why did it happen?
Peruntukan tidak mencukupi. Kesilapan kod peruntukan pembangunan daripada Pelanggan.
What are the consequences
Pihak kontraktor tidak mendapat bayaran selama 7 bulan melibatkan kos sebanyak RM 2.84 juta.
What are the key lessons?
Memastikan peruntukan mencukupi sebelum LA dikeluarkan.
Pasukan Projek JKR (D) Rompin
LAMPIRAN B3
After Action Review 3
- Penentuan had sempadan bagi kawasan sensitif
What was supposed to happen?
Dokumen kontrak/lukisan sempadan perlu disahkan secara teliti kerana melibatkan kawasan sensitif seperti Verifikasi Harta Pelanggan sebelum pembinaan dilaksanakan.
What actually happened? Why did it happen?
Lukisan had sempadan kontrak pembinaan tidak dinyatakan didalam lukisan asal. Kecuaian/terlepas pandang HOPT/HODT diperingkat penyediaan rekabentuk.
What are the consequences
Projek tidak dapat dimulakan (hampir 3 bulan) disebabkan tiada pengesahan had sempadan berikutan lokasi tapak berada di dalam kawasan sensitif. (Kawasan hutan simpan kekal & kawasan tentera)
What are the key lessons?
Penyelarasan antara HODT dan SO serta agensi-agensi yang berkaitan perlu dilaksanakan semasa di peringkat perancangan dan rekebentuk serta penyediaan Verifikasi Harta Pelanggan dilaksanakan sebelum pembinaan.
- TAMAT -