15 - contoh refleksi (bergambar)

Upload: sayed-saufi

Post on 10-Feb-2018

371 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 15 - contoh refleksi (bergambar)

    1/4

    Laporan Projek / Aktiviti / Peranan Lain

    (Aspek H dalam Borang PR 2 : Bimbingan, Pengurusan & Pentadbiran)

    Nama : Sayed Muhammad Saufi Bin Syed Ahmad Zain

    Kursus : PISMP PSV Ambilan Jan 2011

    Tarikh : 18 20 April 2013 (Khamis hingga Sabtu)

    Tempat : Sek. Keb. Gong Nangka

    Projek : Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SKGN

    Bahagian A : Peranan Yang Dijalankan

    Pada 18 April 2013 hingga 20 April 2013 iaitu hari Khamis hingga Jumaat, Sekolah

    Kebangsaan Gong Nangka telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform yang

    bertempat di kawasan sekolah.

    Saya secara tidak lansung terlibat dalam perkhemahan ini dan diberikan kepercayaan

    untuk menyandang tugas sebagai guru penolong pemimpin Tunas Kadet Remaja Sekolah

    (TKRS), AJK Aktiviti Icebreaking, AJK siar raya, AJK Aktiviti Ikatan dan Simpulan, Hakim Kawad

    Kaki, Pengerusi Majlis Penutup dan saya juga secara tidak rasmi melatih murid murid TKRS

    untuk kawad kaki bagi menghadapi pertandingan yang akan dipertandingkan sepanjang

    perkhemahan tersebut. Segala tugas tugas berkenaan secara tidak lansung telah

    memberikan pengalaman baru kepada saya kerana turut serta secara lansung dengan pihak

    sekolah dan murid.

    Perkhemahan ini melibatkan campuran murid tahun 4, 5 dan 6. Perkhemahan yang

    menyeronokkan ini merupakan satu aktiviti sihat yang dapat memberi pengalaman kepada

    para murid murid di mana aktiviti menarik yang dijalankan antaranya seperti icebreaking

    berbentuk permainan, pertandingan memasak, Aktiviti Bantuan Kecemasan,jungle tracking,

    pertandingan kawad kaki, malam kebudayaan dan sebagainya.

  • 7/22/2019 15 - contoh refleksi (bergambar)

    2/4

    Bahagian B : Catatan Refleksi

    Sepanjang berlansung perkhemahan ini, saya menimba beberapa pengetahuan baru

    seperti menjadi guru penolong pemimpin TKRS dimana saya dapat tugasan untuk mengawal

    unit TKRS berdasarkan jadual yang telah dilaksanakan. Disamping itu saya juga

    berkesempatan bertugas menjadi AJK AJK yang telah ditetapkan berdasarkan jadual.

    Di sebalik itu, saya juga mendapat pengalaman baru dalam menjadi Hakim Kawad

    Kaki. Walaupun saya merupakan guru penolong pemimpin TKRS, namun sebagai hakim saya

    haruslah bersikap adil dalam mengadili pertandingan kawad kaki ini. Sebagai AJK aktiviti

    seperti Icebreaking dan Ikatan dan Simpulan, saya juga mendapat kemahiran dan

    pengetahuan baru dalam mengelolakan aktiviti

    aktiviti di kalangan murid

    murid. Sebagai

    seorang guru, saya haruslah bijak berbahasa dan menarik minat murid di samping

    menyelitkan unsur kecindan yang sesuai dengan tahap murid. Terakhir sekali pengalaman

    yang paling saya hargai ketika menjadi pengerusi bagi majlis penutup perkhemahan. Ini

    merupakan pertama kali saya menjadi pengerusi majlis seumur hidup saya, dan saya cukup

    menghargai peluang yang diberikan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Gong Nangka ini.

    Secara keseluruhannya, aktiviti perkhemahan ini sungguh bermakna bagi saya.

    Pelbagai input telah saya perolehi di samping saya juga dapat mengeratkan lagi hubungan

    saya dengan warga sekolah tersebut, tidak kira hubungan dengan guru tidak kurang juga

    dengan murid - murid. Akhir kata saya sungguh berbangga dapat menjalani praktikum di

    Sekolah Kebangsaan Gong Nangka.

  • 7/22/2019 15 - contoh refleksi (bergambar)

    3/4

    Bersama murid murid TKRS membuat gadgetperkhemahan

    Menjadi fasilitator malam Slot Icebreaking

    Menjadi guru pengajar Slot Ikatan dan Simpulan

  • 7/22/2019 15 - contoh refleksi (bergambar)

    4/4

    Menjadi guru pengiring Slot Jungle Tracking

    Menghakimi pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform

    Tunas Kadet Remaja Sekolah menjuarai banyak acara dan menjadi Johan Keseluruhan bagi

    Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2013