141110629-refleksi-krs

2
REFLEKSI (DYG NUR ZAWANI BINTI ABANG SAINI) Aktiviti Kokurikulum bagi Unit Beruniform yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik melibatkan semua guru pelatih PISMP semester 3 dan pelajar DPLI. Aktivti ini dibahagikan pada dua peringkat iaitu sebahagian aktiviti asas dijalankan semasa PISMP semester 3 dan sebahagian lagi di PISMP semester 4 termasuk dengan Tauliah Kursus.Semua guru pelatih yang terlibat diwajibkan memakai pakaian lengkap badan beruniform mereka pada hari tersebut iaitu pada hari Rabu. Ini bagi memastikan setiap guru pelatih diterapkan dengan disiplin di samping menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum ini dijalan pada setiap hari Rabu setiap minggu. Selain itu juga, aktiviti ini bertujuan bagi memberi pengalaman dan pengiktirafan untuk guru pelatih sebagai bakal guru pembimbing unit berunifom di sekolah masing-masing nanti. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, guru pelatih dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Untuk memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur, pensyarah pembimbing kami bagi Persatuan Kadet Remaja Sekolah iaitu Cik Rohaiza, En Muhammad dan Pn Siti Rapeah yang telah banyak memastikan dan memantau setiap perjalanan aktiviti supaya berjalan dengan baik dan lancar. Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan setiap guru pelatih menjalankan aktiviti dalam keadaan selamat dan berjaya. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang semester ini ialah bermulanya latihan asas kawad. Daripada pemerhatian yang telah saya buat, sebahagian guru pelatih kurang mahir dengan kawad terutamanya dari segi hukuman dan pergerakan kawat. Namun begitu, ramai juga yang dapat kawad

Upload: dayang-nur-zawani

Post on 12-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

....

TRANSCRIPT

Page 1: 141110629-Refleksi-Krs

REFLEKSI

(DYG NUR ZAWANI BINTI ABANG SAINI)

Aktiviti Kokurikulum bagi Unit Beruniform yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus

Pendidikan Teknik melibatkan semua guru pelatih PISMP semester 3 dan pelajar DPLI. Aktivti ini

dibahagikan pada dua peringkat iaitu sebahagian aktiviti asas dijalankan semasa PISMP semester 3 dan

sebahagian lagi di PISMP semester 4 termasuk dengan Tauliah Kursus.Semua guru

pelatih yang terlibat diwajibkan memakai pakaian lengkap badan beruniform mereka pada hari tersebut

iaitu pada hari Rabu. Ini bagi memastikan setiap guru pelatih diterapkan dengan disiplin di samping

menimbulkan rasa semangat dalam diri mereka semasa menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti

kokurikulum ini dijalan pada setiap hari Rabu setiap minggu. Selain itu juga, aktiviti ini bertujuan bagi memberi

pengalaman dan pengiktirafan untuk guru pelatih sebagai bakal guru pembimbing unit berunifom di sekolah

masing-masing nanti.

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, guru pelatih dapat memperoleh pengetahuan

dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina

kesihatan fizikal dan mental. Untuk memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar dan

teratur, pensyarah pembimbing kami bagi Persatuan Kadet Remaja Sekolah iaitu Cik Rohaiza, En

Muhammad dan Pn Siti Rapeah yang telah banyak memastikan dan memantau setiap perjalanan aktiviti

supaya berjalan dengan baik dan lancar. Pemantauan yang dijalankan adalah bagi memastikan setiap guru

pelatih menjalankan aktiviti dalam keadaan selamat dan berjaya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang semester ini ialah bermulanya latihan asas kawad.

Daripada pemerhatian yang telah saya buat, sebahagian guru pelatih kurang mahir dengan kawad

terutamanya dari segi hukuman dan pergerakan kawat. Namun begitu, ramai juga yang dapat kawad

dengan baik terutamanya bagi guru pelatih yang telah menyertai JPAM walaupun terdapat sedikit

perbezaan dari segi pergerakan diantara JPAM dan Kadet Remaja Sekolah. Namun begitu mereka masih

mampu lagi bagi yang terbaik sepanjang latihan kawatd dijalankan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu

pelajar yang kurang mahir dan menghidupkan unit uniform Persatuan Kadet Remaja Sekolah.