14) rph 22 feb- 4 amanah

Upload: endyshamsul5567

Post on 09-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 14) RPH 22 Feb- 4 Amanah

    1/5

    Nama Pelajaran: Bahasa Melayu

    Tahun: 4 Amanah

    Bil. Murid: 41 orangTema: Sekolahku Berjasa

    Tajuk: Pemimpin Kecil (Pemahaman)

    Tarikh: 22 Februari 2008Hari: jumaat

    Masa: 4.30 petang - 5.30 petang

    60 minit (1 jam)

    Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat:

    1. Membaca teks laporan Pemimpin Kecil dengan sebutan dan intonasi

    yang betul.

    2. Menjawab 5 soalan pemahaman berdasarkan teks laporan tersebut.

    3. Mengenal pasti 5 kata adjektif yang terdapat dalam laporan dan membina

    ayat bagi setiap kata adjektif tersebut.

    Fokus Utama: 5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang

    betul dan menarik.

    Fokus Sampingan: 8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik

    yang diberikan.

    Kemahiran berbahasa: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

    Sistem bahasa: Kata Adjektif

    Ilmu: Pendidikan Moral

    Nilai Murni: Keberanian, Kerajinan, kerjasama

    Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)Kemahiran berfikir: Menghubung kait, menjana idea, membuat keputusan

    Kecekapan Pelbagai: Interpersonal dan verbal linguistik.

    Pengetahuan sedia ada: Murid tahu membezakan ciri-ciri positif dan negatif bagi

    memilih seseorang calon ketua kelas.

    Bahan Bantu Belajar: Petikan laporan Pemimpin Kecil, lembaran kerja, kertas sebak

  • 8/8/2019 14) RPH 22 Feb- 4 Amanah

    2/5

    Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

    Pengesanan maklumat yang

    dipertontonkan:

    Ciri-ciri positif

    Ciri-ciri negatif

    Soalan:

    Antara kedua-dua

    watak tersebut, yangmanakah layak

    menjadi Ketua Kelas?

    Set Induksi (5 minit)

    1. Dua orang murid dipanggil ke

    hadapan kelas.2. Seorang murid menggayakan

    penampilan kemas dan berdisiplin.

    Manakala seorang murid lagimenggayakan penampilan yang

    berlawanan.

    3. Semua murid diminta menyatakan

    ciri-ciri kedua-dua murid tersebut.4. Murid dibawa kepada tajuk pelajaran

    hari ini.

    KB: menghubung

    kait, menjana idea

    Ilmu: Penulisan Laporan Langkah 1 (15 minit)

    1. Murid diedarakan petikan laporan

    bertajuk Pemimpin Kecil.2. Murid diminta membaca petikan

    laporan tersebut secara senyap.

    3. Beberapa orang murid dipilih secararawak untuk membaca petikan yang

    sama secara kuat dengan sebutan dan

    intonasi yang betul.4. Guru membetulkan kesilapan bacaan

    sekiranya ada.

    KP: Interpersonal,

    verbal linguistik

    Nilai: Keberanian,

    kasih sayang,

    BBB: teks laporan

    Pemimpin Kecil

    Jawapan:1. D

    2. A

    3. B4. B

    5. C

    Langkah 2 (15 minit)1. Murid diedarkan lembaran kerja.

    2. Secara berpasangan, murid diminta

    menjawab 5 soalan pemahamanberdasarkan teks laporan Pemimpin

    Kecil.

    3. Secara rawak,guru meminta muridmenyatakan jawapan mereka di

    hadapan kelas.4. Guru menjelaskan perkataan yang

    tidak difahami oleh murid.

    KB: menjana idea,membuat keputusan

    Nilai: kerajinan,keberanian,

    kerjasama

    BBB: lembaran kerja

    Kata Adjektif:

    1. Bertanggungjawab2. Amanah

    3. Tegas

    4. Adil5. Berani

    6. Pintar

    Langkah 3 (20 minit)

    1. Murid dibahagikan kepada beberapakumpulan dan mengenal pasti 6 kata

    adjektif yang terdapat dalam petikan

    laporan Pemimpin Kecil.2. Guru menampal kad perkataan kata

    adjektif di hadapan kelas.

    3. Setiap kumpulan diminta

    menghasilkan ayat bagi setiap kataadjektif tersebut.

    4. Guru meminta setiap kumpulan

    memilih satu kad perkataan.5. Wakil kumpulan diminta

    membacakan ayat yang telah dibina

    berdasarkan kad perkataan yang telahdipilih.

    KB: menjana idea

    KP: Interpersonal

    BBB: Kertas sebak,kad manila, kad

    perkataan.

    Rumusan:

    Mengetahui contoh

    penulisan laporan

    Mengenal pasti kataadjektif.

    Penutup(5 minit)1. Murid disoal tentang pelajaran pada

    hari ini.

    2. Guru membuat kesimpulan tentangpelajaran hari ini.

  • 8/8/2019 14) RPH 22 Feb- 4 Amanah

    3/5

    REFLEKSI ( 22 FEBRUARI 2008 ) BAHASA MELAYU

    Hari ini merupakan hari terakhir dalam minggu keenam aku menjalani praktikum. Namun begitu,

    pada hari ini perasaanku agak berdebar kerana sekali lagi akan dicerap oleh pensyarah

    pembimbing iaitu Datin Paduka Anismah. Walaupun pernah dicerap oleh beliau sebelum ini,

    perasaan berdebar masih tidak dapat ditepis. Seperti biasa, kelasku akan bermula pada pukul 4.30

    petang. Walaupun berasa agak kurang sihat, aku tetap meneruskan perancanganku seperti mana

    yang telah dirancang dalam RPH.

  • 8/8/2019 14) RPH 22 Feb- 4 Amanah

    4/5

    Kelasku bermula, semasa set induksi aku meminta dua orang muridku untuk tampil ke

    hadapan kelas dan aku meminta seorang dari mereka menggayakan pakaian yang kemas

    manakala seorang lagi menggayakankan sebaliknya. Pada masa ini, aku menyoal murid lai

    tentang pandangan mereka terhadap murid dihadapan. Pelbagai jawapan yang aku peroleh dan

    murid-muridku menjawab dengan baik sekali.

    Semasa langkah pertama, aku meminta murid membaca petikan yang aku berikan kepada

    mereka dengan senyap. Selepas itu, aku memilih beberapa murid untuk membaca petikan

    tersebut dengan kuat..bagi menguji kefahaman murid terhadap bacaan mereka, aku menyoal

    beberapa soalan kepada murid. Alhamdulillah, murid dapat memahami perkara yang dibaca.

    Memulakan langkah kedua, aku mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan meminta mereka

    menjawab soalan pemahaman yang diberikan secara berpasangan dan pada masa yang sama aku

    menjelaskan makna beberapa perkataan yang agak sukar kepada murid.

    Pada langkah ketiga, aku membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan meminta

    mereka mengenalpasti enam kata adjektif yang terdapat dalam teks. Semasa murid bergerak

    untuk membentuk kumpulan, keadaan menjadi agak bising. Aku agak kelam kabut melihatkan

    keadaan murid ini. Namun begitu, murid semakin teratur apabila telah berada dalam kumpulan

    masing-masing. Aku merasa lega melihatkan keadaan ini. Selesai murid mencari kata adjektif

    yang terdapat dalam teks, aku meminta mereka membina ayat dari perkataan tersebut.

    Seterusnya, aku meminta murid untuk mencabut undi bagi menentukan kumpulan mana yang

    akan memperdengarkan ayat yang dibina di hadapan kelas. Aku dapati, murid sangat seronok

    semasa belajar dalam kumpulan dan ayat yang dibina juga adalah lebih baik.

    Semasa penutup, aku menyoal murid tentang pelajaran pada hari ini. Aku meinta seorang

    murid untuk menyatkan pelajaran pada hari ni dan murid lain memberi pandangan kepada

    jawapan tersebut. Alhamdulillah, muri-muridku dapat memahami apa yang telah diajar. Secara

    keseluruhannya, P&P pada hari ini dapat berjalan dengan baik dan teratur. Namun begitu, setelahmengadakan perbincangan dengan Datin, beliau menyarankan agar aku memperbaiki beberapa

    perkara seprti bimbingan murid dari segi kebahasaan seperti sebutan, intonasi dan tatabahasa.

    Selain itu, beliau juga meminta aku untuk meningkatkan lagi kawalan kelas semasa

    pembentukan kumpulan. Segala teguran dan nasihat dari beliau ini akan aku perbaiki pada masa

    hadapan, InsyAllah.

  • 8/8/2019 14) RPH 22 Feb- 4 Amanah

    5/5