14 prinsip pengurusan oleh henry fayol

4
14 Prinsip Pengurusan Oleh Henry Fayol Assalamualaikum.. Sebenarnya tengah buat assignment ni. Curi masa kejap update blog. And disebabkan update blog masa tengah buat assignment makanya kita update pasal pelajaran la ye. Kot-kot bermanfaat. Ada kena mengena pun dengan assignment yang tengah buat sekarang ni. Oke, now start kelas. Kita belajar pasal 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol. Sape Henry Fayol tu? Henry Fayol ialah Bapa Pemikiran Pengurusan. 1. Pembahagian kerja : Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja. 2. Autoriti : Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.

Upload: virgo-vapor

Post on 15-Jan-2016

827 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

prinsip

TRANSCRIPT

Page 1: 14 Prinsip Pengurusan Oleh Henry Fayol

14 Prinsip Pengurusan Oleh Henry Fayol

Assalamualaikum..

Sebenarnya tengah buat assignment ni. Curi masa kejap update blog. And disebabkan update blog masa

tengah buat assignment makanya kita update pasal pelajaran la ye. Kot-kot bermanfaat. Ada kena mengena

pun dengan assignment yang tengah buat sekarang ni.

Oke, now start kelas. Kita belajar pasal 14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol. Sape Henry Fayol tu?

Henry Fayol ialah Bapa Pemikiran Pengurusan.

1. Pembahagian kerja : Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja

menjalankan tugas yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan tanggungjawab

pekerja.

2. Autoriti : Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa

untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.

3. Disiplin : Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati per-setujuan

yang telah dibuat di antara organisasi dan kakitangannya.

4. Satu perintah : Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan

daripada seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan

konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.

Page 2: 14 Prinsip Pengurusan Oleh Henry Fayol

5. Satu arahan : Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam

satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.

6. Mengutamakan kepentingan organisasi : Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan

daripada kepentingan peribadi atau individu. Objektif-objektif organisasi adalah paling penting

daripada objektif individu.

7. Pembayaran upah : Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerja-sama,

sokongan dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar dengan

perkhidmatan mereka.

8. Pemusatan : Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi,

kakitangan bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas dengan

efektif.

9. Rantai pemerintahan : Rantai pemerintahan ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari

peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini

juga menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam organisasi.

Page 3: 14 Prinsip Pengurusan Oleh Henry Fayol

10. Susunan : Fayol menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia yang mana

material dan manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang tepat.

11. Keseimbangan : Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk

melahirkan ketaatan mereka kepada organisasi.

12. Kestabilan personel : Firma yang berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil.

Pihak pengurusan atasan hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan

penglibatan kakitangan kepada organisasi.

13. Inisiatif : Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan mengim-

plementasikan rancangan.

14. Kekitaan : Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguh-an

organisasi.