137309265 pengenalan kesihatan diri

20
PENGENALAN Hai dan selamat datang ke modul Kesihatan Diri dan Keluarga. Kita mulakan modul ini dengan topik pertama yang bertajuk Pengenalan Kesihatan Diri. Kenapakah kita perlu menjaga kesihatan diri? Kita perlu menjaga kesihatan diri kita agar sistem tubuh kita mampu berfungsi dengan baik dan sempurna. Oleh itu, pada permulaan topik ini anda akan diperkenalkan dengan organ tubuh badan dan fungsinya. Ini adalah kerana kita perlu mengenali tubuh badan kita dahulu agar dapat menghargainya dengan lebih baik. Seterusnya, anda akan mempelajari enam aspek dalam pengurusan kesihatan diri yang baik iaitu (i) kebersihan tubuh badan, (ii) kebersihan pakaian, (iii) pengurusan tahap kesihatan, (iv) pengurusan pemakanan yang betul, (v) pengurusan berat badan, dan (vi) pengurusan tekanan. Selain itu, anda akan turut didedahkan dengan cara untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh serta kepentingan menjaga kebersihan peralatan seharian. Akhir sekali, anda akan mempelajari peranan gender dalam kesihatan keluarga. Sudahkah anda bersedia untuk memulakan satu pembelajaran baharu? Mari kita mulakan topik ini dahulu! T T o o p p i i k k 1 1 Pengenalan Kesihatan Diri HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti fungsi setiap organ tubuh manusia; 2. Menghuraikan enam aspek pengurusan kesihatan diri yang baik; dan 3. Membandingkan peranan antara lelaki dan perempuan dalam kesihatan keluarga.

Upload: ben-segaran

Post on 07-Jul-2016

309 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� PENGENALAN

Hai dan selamat datang ke modul Kesihatan Diri dan Keluarga. Kita mulakan modul ini dengan topik pertama yang bertajuk Pengenalan Kesihatan Diri. Kenapakah kita perlu menjaga kesihatan diri? Kita perlu menjaga kesihatan diri kita agar sistem tubuh kita mampu berfungsi dengan baik dan sempurna. Oleh itu, pada permulaan topik ini anda akan diperkenalkan dengan organ tubuh badan dan fungsinya. Ini adalah kerana kita perlu mengenali tubuh badan kita dahulu agar dapat menghargainya dengan lebih baik. Seterusnya, anda akan mempelajari enam aspek dalam pengurusan kesihatan diri yang baik iaitu (i) kebersihan tubuh badan, (ii) kebersihan pakaian, (iii) pengurusan tahap kesihatan, (iv) pengurusan pemakanan yang betul, (v) pengurusan berat badan, dan (vi) pengurusan tekanan. Selain itu, anda akan turut didedahkan dengan cara untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh serta kepentingan menjaga kebersihan peralatan seharian. Akhir sekali, anda akan mempelajari peranan gender dalam kesihatan keluarga. Sudahkah anda bersedia untuk memulakan satu pembelajaran baharu? Mari kita mulakan topik ini dahulu!

TTooppiikk

11

� Pengenalan Kesihatan Diri

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti fungsi setiap organ tubuh manusia;

2. Menghuraikan enam aspek pengurusan kesihatan diri yang baik; dan

3. Membandingkan peranan antara lelaki dan perempuan dalam kesihatankeluarga.

Page 2: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 2

MENGENALI TUBUH BADAN

Kita mulakan topik pertama modul ini dengan mengenali tubuh badan kita. Tahukah anda tubuh kita terdiri daripada sekumpulan besar sel? Sel-sel ini bersatu membentuk sekumpulan tisu yang mempunyai fungsinya tersendiri. Tisu-tisu pula akan bercantum untuk membina bahagian dan organ, misalnya jantung, otak, hati, ginjal dan perut dalam tubuh kita. Kemudian, tubuh dilengkapkan oleh bahagian (kepala, dada, abdomen, kaki dan tangan) yang juga mempunyai fungsinya tersendiri. Bahagian dan organ akhirnya membentuk sistem yang membolehkan tubuh kita berfungsi sepenuhnya. Mengenali tubuh badan kita adalah langkah pertama yang perlu diambil untuk menghargai tubuh badan kita. Oleh itu, dalam sub-sub topik yang berikutnya, kita akan mengenali organ dan bahagian tubuh badan kita, peranan dan fungsinya, dan bagaimana menghargainya.

1.1.1 Mengenali Organ dan Bahagian Tubuh Badan

Mari kita kenal pasti organ dan bahagian tubuh badan kita berdasarkan Rajah 1.1 berikut.

1.1

Page 3: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 3

Rajah 1.1: Organ-organ tubuh manusia

Adakah terdapat organ-organ lain yang tidak dinyatakan? Cuba anda kenal pasti dan tandakan di tempat yang sesuai.

AKTIVITI 1.1

Bincangkan dalam kumpulan bagaimana tahap kebersihan dirimempengaruhi tahap kesihatan.

Page 4: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 4

1.1.2 Fungsi Organ Tubuh Badan

Sekarang mari kita kenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan kita. Ini adalah penting supaya kita tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya. Anda boleh merujuk Jadual 1.1 yang menerangkan secara ringkas fungsi organ-organ utama tubuh badan dan kedudukannya.

Jadual 1.1: Fungsi Organ

Organ Kedudukan Fungsi

Otak Terletak di dalam ruang tengkorak

Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh.

Paru-paru

Terletak di dalam ruang toreks

Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar karbon dioksida serta wap dari darah.

Jantung Terletak di belakang tulang dada di dalam ruang toreks di antara paru-paru.

Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa.

Perut Perut bersambung terus dengan kerongkong. Ia tergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri di dalam ruang abdomen.

Perut menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.

Hati Terletak di bawah otot diafragma di dalam ruang abdomen.

Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme.

Buah Pinggang

Terletak di dinding belakang abdomen

� Membuang air yang berlebihan di dalam tubuh.

� Membuang hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik.

� Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan yang terkandung dalam darah.

Kulit Seluruh badan Kulit merupakan organ terbesar manusia dan ia melindungi otot-otot, tulang-tulang, ligamen-ligamen dan organ dalaman.

Pankreas Terletak di belakang perut.

Merembeskan hormon insulin dan glukagon bagi mengawal keseimbangan paras glukosa dalam darah.

Page 5: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 5

Lidah Terletak di lantai mulut. Merupakan organ yang mempunyai deria rasa serta membantu dalam mengunyah dan menelan sesuatu. Selain itu, lidah juga penting untuk percakapan.

Hidung Terletak di bahagian depan muka.

Mempunyai deria bau dan membantu sistem pernafasan.

Otot Melekat pada tulang. Membolehkan pergerakan berlaku.

Telinga Terdapat di kedua-dua belah sisi muka.

Mempunyai deria mendengar serta mengawal keseimbangan badan.

Mata Terdapat di bahagian depan muka.

Akan memerangkap cahaya dan imej lalu menghantarnya ke otak untuk ditafsirkan.

1.1.3 Menghargai Anggota Tubuh Badan

Tahukah anda bagaimana caranya menghargai tubuh badan kita? Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengenali setiap bahagian anggota itu sendiri. Setiap bahagian anggota tubuh kita memerlukan cara penjagaan dan pemuliharaan yang berbeza. Umumnya terdapat dua cara penjagaan iaitu ppenjagaan dalaman dan ppenjagaan luaran seperti yang diterangkan dalam Rajah 1.2 berikut.

SEMAK KENDIRI 1.1

Senaraikan fungsi organ-organ berikut:

(a) Jantung

(b) Paru-paru

(c) Perut

Page 6: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 6

Rajah 1.2: Dua cara umum penjagaan tubuh badan

Selain itu, kita juga harus sedar bahawa kita perlu menjaga anggota tubuh badan kita daripada tercedera. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui „Kempen Cara Hidup Sihat 1999: Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan‰ menyeru kita mengambil langkah keselamatan di dalam dan luar rumah. Oleh itu, kita perlu memastikan peralatan dalam rumah disimpan di tempat yang selamat. Begitu juga dengan taman permainan. Kita memerlukan taman permainan yang selamat untuk mengelakkan kemalangan berlaku terhadap anak-anak kita. Bagi yang menggemari aktiviti berisiko seperti aktiviti berbasikal, memanjat gunung dan sebagainya, mereka perlu memakai alat atau pakaian keselamatan dan mempraktikkan cara yang selamat ketika melakukan aktiviti tersebut. Ini adalah kerana aktiviti tersebut adalah agak merbahaya dan boleh mendedahkan mereka kepada kecederaan. Jadi, jika kita menghargai anggota tubuh badan, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri kita dan juga orang sekeliling. Apatah lagi jika aktiviti tersebut berbahaya, adalah lebih wajar untuk dijauhi dan dielakkan.

PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

Anda tentu sedar bahawa sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. Oleh itu, pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan kesihatan adalah amat penting. Tahukah anda bahawa pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu? Kemahiran asas ini perlu

1.2

Page 7: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 7

diperkembangkan dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga emas. Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kkebersihan tubuh badan, kebersihan pakaian, ppengurusan tahap kesihatan, ppengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan dan ppengurusan tekanan. Kita akan mempelajari keenam-enam pengurusan kesihatan diri ini dengan lebih lanjut dalam sub-sub topik berikut. Teruskan membaca!

1.2.1 Pengurusan Kesihatan Diri

Anda tentu setuju bahawa pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk kita hidup sihat sepanjang hayat. Masihkah anda ingat apakah aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang harus diberi perhatian? Mari kita rujuk Rajah 1.3 berikut untuk mengetahui jawapannya.

Rajah 1.3: Enam aspek pengurusan kesihatan diri

*Uvtgu+

Page 8: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 8

Sekarang mari kita pelajari dengan lebih lanjut setiap aspek ini.

(a) PPengurusan Kebersihan Tubuh

Membersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada badan berbau dan dijangkiti penyakit kulit seperti kudis.

Tahukah anda bahawa ttangan kita adalah antara anggota badan yang paling banyak mengumpul kuman? Ini adalah kerana setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang lain boleh dipindahkan kepada tangan kita.

Oleh itu, kita perlu membersihkan tangan dengan sabun dan air bersih

setiap kali selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

Kuku yang panjang akan menyediakan ruang untuk kuman menghuni di

tangan kita. Apabila kita makan, kuman akan berpindah dari tangan ke mulut dan seterusnya ke makanan kita. Oleh kerana itu, pastikan kuku anda sentiasa dipotong pendek dan bersih.

Bagaimana pula dengan rambut? RRambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala kita. Tahukah anda secara umumnya terdapat dua jenis kulit kepala? Dua jenis kulit kepala tersebut ialah berminyak dan kering. Jadi, anda perlu memilih syampu yang sesuai dengan jenis kulit kepala dan rambut anda walau pun terdapat banyak jenis dan jenama syampu di pasaran.

Selain itu, terdapat juga masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan rambut iaitu masalah kutu rambut dan masalah kulit kepala. Jika anda menghadapi masalah-masalah ini, anda boleh mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik yang berhampiran dengan anda.

Page 9: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 9

Pengurusan kebersihan tubuh yang berikutnya ialah penjagaan mulut. Penjagaan mulut yang utama adalah melibatkan penjagaan gigi. Kita perlu menggosok gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Selain itu, pastikan mulut dan gigi anda dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam. Anda boleh menggunakan „floss‰ untuk membuang sisa makanan pada celah gigi. Pemeriksaan gigi sebanyak dua kali setahun juga perlu dilakukan. Jika terlibat dalam sukan lasak, gunakanlah alat pelindung gigi sebagai langkah keselamatan.

Akhir sekali, tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda. Bagaimana? Caranya ialah dengan mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Tahukah anda, kanak-kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang dewasa? Ini adalah kerana mereka membesar ketika tidur. Sebelum tidur, anda perlu memastikan tubuh anda dan anak-anak anda dibersihkan dahulu seperti mandi dan memberus gigi.

(b) PPengurusan Kebersihan Pakaian Seterusnya mari kita bincangkan tentang pengurusan kebersihan pakaian.

Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi? Oleh kerana itu tubuh kita cepat berpeluh. Maka adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan juga pakaian yang sudah dipakai dicuci dahulu sebelum dipakai semula. Ini dapat membersihkan baju tersebut daripada kekotoran, kuman, bau dan peluh.

Selain itu, kita perlu membersih dan menjemur bantal, selimut, tilam dan

cadar untuk mengelakkan pembiakan hama dan kuman. (c) PPengurusan Tahap Kesihatan Tahukah anda bahawa sesetengah penyakit adalah

„pembunuh senyap‰? Ini adalah kerana ada antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit walaupun secara zahirnya kita nampak sihat. Misalnya penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu "pembunuh

Page 10: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 10

senyap" dan merupakan salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia.

Bagaimanakah kita boleh mengurus tahap kesihatan kita? Ia boleh

dilakukan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital di mana kita boleh mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis atau tidak.

Apakah jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan di klinik atau

hospital? Terdapat ttujuh jenis pemeriksaan iaitu:

(d) PPengurusan Pemakanan yang Sihat

Adakah kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Jawapannya mudah: kita makan untuk hidup! Ini adalah kerana kita memerlukan makanan untuk menghidupkan fungsi organ dalam tubuh kita. Makanan memberi segala zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Oleh itu adalah amat penting untuk kita memakan sajian yang seimbang bagi mendapat semua jenis zat yang diperlukan.

Masihkah anda ingat tentang makanan seimbang? Apakah maksudnya?

(i) Pemeriksaan tekanan darah; (ii) Saringan paras glukosa darah; (iii) Saringan paras kolesterol; (iv) Indeks Jisim Badan (Body Mass Index atau BMI); (v) Pemeriksaan kanser serviks dan payudara; (vi) Ujian kadar lemak; dan (vii) Saringan minda sihat.

Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri daripada komponen kkarbohidrat, protein, lemak, vitamin dan llain-lain.

Page 11: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 11

Apakah faedah mengambil makanan yang seimbang? Secara umumnya, pengambilan makanan seimbang daripada setiap komponen dapat memberikan kita ttenaga, mmembina badan dan mmencegah daripada penyakit.

Bagaimana pula dengan pengurusan pemakanan yang sihat? Apakah

maksudnya? Terdapat tiga waktu makan utama dalam kehidupan seharian kita iaitu

sarapan pagi, mmakan tengah hari dan mmakan malam. Kita dinasihatkan supaya makan sarapan pagi setiap hari. Kenapakah sarapan pagi ini begitu penting? Pengambilan sarapan pagi mustahak kerana ia mampu memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda kita setiap hari.

Tahukah anda bahawa mmakan mengikut keperluan adalah salah satu

daripada pengurusan amalan makan yang sihat? Pengambilan jumlah makanan hendaklah bersesuaian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita.

Bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar, mereka banyak

bergerak aktif secara fizikal. Oleh itu, mereka memerlukan jumlah makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka juga adalah tinggi.

Bagaimana pula dengan orang lain? Bagi mereka yang bekerja tanpa memerlukan banyak tenaga seperti bekerja di pejabat, mereka perlu menjaga dan mengawal pemakanan mereka. Ini adalah kerana amalan makan secara berlebihan akan menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Oleh kerana kerja mereka tidak banyak menggunakan tenaga, lemak berlebihan ini hanya disimpan dan berkumpul dalam badan. Akibatnya, mereka yang tidak aktif ini akan menjadi gemuk.

Pengurusan pemakanan yang ssihat merujuk kepada aamalan pemakanan seseorang.

Page 12: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 12

Terdapat beberapa amalan pemakanan tidak sihat yang perlu kita elakkan. Antaranya ialah:

(e) PPengurusan Berat Badan Tahukah anda, obesiti merupakan salah satu

penyebab penyakit diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser? Oleh kerana itu, anda perlu mengurangkan berat badan anda untuk mengelakkan obesiti.

Diabetis seringkali dikaitkan dengan obesiti. Di

Malaysia, bilangan pesakit yang menghidapi diabetis telah meningkat hampir dua kali ganda dari 6.3% pada tahun 1986 kepada 11.6% pada tahun 2010. Ini merupakan satu perangkaan yang membimbangkan dan sekiranya tiada tindakan yang diambil, dijangkakan bahawa populasi ini akan terus meningkat (Mafauzy, 2006).

Tahukah anda bahawa kecerdasan fizikal adalah satu indikator kesihatan

tubuh badan? Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia meliputi segala aktiviti yang menggerakkan

� Tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama terutamanya sarapan pagi dan makan tengah hari. Amalan ini akan menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan makan dengan lebih banyak lagi pada waktu yang tidak sesuai.

� Tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang. Amalan ini akan menyebabkan tubuh badan tidak mendapat pelbagai zat yang diperlukan.

� Mengambil snek yang tidak sihat seperti ais krim, jeruk dan kek.

� Mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Amalan ini akan mendedahkan seseorang kepada risiko mendapat penyakit diabetis.

� Mengambil secara berlebihan makanan yang tinggi kadar lemak dan minyak. Amalan ini akan menyebabkan terkumpulnya lebihan lemak di dalam tubuh badan jika tidak digunakan.

� Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan masin. Amalan ini dikenal pasti sebagai faktor risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi.

Page 13: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 13

anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan kawasan rumah. Dalam erti kata lain, aktiviti fizikal merujuk kepada sebarang aktiviti yang memerlukan tenaga dalam bentuk pembakaran lemak dalam tubuh kita.

Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang

disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak ini dapat mengelakkan badan kita daripada menyimpan lemak yang berlebihan. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein (HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. HDL dikenali sebagai "kolesterol baik" kerana fungsinya yang baik iaitu memungut kolesterol di dalam darah dan membantu membuangnya dari badan melalui hati.

(f) PPengurusan Tekanan (Stres) Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana menguruskan stres atau tekanan.

Pertama sekali, apakah maksud tekanan? Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stres

yang sedikit adalah baik kerana ia boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Namun, stres yang serius mungkin mendorong seseorang untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana ia adalah sebahagian daripada

kehidupan. Di sinilah penting untuk kita mempelajari bagaimana mengurus stres dengan bijak agar dapat menjauhkan kerunsingan dan kemurungan.

Salah satu caranya ialah dengan mmenguruskan masa dan kerja secara bijak.

Selain itu, kita juga boleh mmengamalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Jika rasa tidak lagi mampu, janganlah berputus asa. Anda boleh mendapatkan bantuan rakan dan ahli keluarga untuk meluahkan perasaan. Malah, bantuan profesional juga boleh didapati daripada badan kerajaan dan agensi bukan kerajaan.

Tekanan atau stres adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan dan cabaran.

Page 14: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 14

1.2.2 Kesedaran dan Tanggungjawab Menjaga Tubuh

Bagaimanakah caranya kesedaran dan amalan penjagaan tubuh dapat dididik? Kita dapat menyemai kesedaran dan amalan penjagaan tubuh melalui empat institusi yang diterangkan dalam Jadual 1.2 berikut.

Jadual 1.2: Empat Institusi untuk Menyemai Kesedaran dan Amalan Penjagaan Tubuh

Institusi Peranan

Keluarga Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga semenjak di peringkat kanak-kanak lagi. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh. Ibu bapa adalah model terbaik dalam penjagaan kesihatan. Nilai terhadap kesihatan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat turut memainkan peranan. Jika sesuatu masyarakat melihat mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka amalan ini akan menjadi budaya ahli-ahlinya. Seseorang individu diharap akan dapat bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka sendiri apabila meningkat dewasa.

Klinik Kesihatan atau Hospital

Selain daripada keluarga, staf klinik kesihatan ibu dan anak juga turut memainkan peranan. Ibu-ibu akan diberi nasihat dan tunjuk ajar tentang bagaimana penjagaan asas kesihatan yang baik. Misalnya, dalam penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak.

Sekolah Kesedaran dan amalan ini akan diperkukuhkan lagi melalui subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah rendah. Di samping itu, pasukan kesihatan dari pejabat kesihatan daerah yang berdekatan dengan sekolah akan turut menjalankan lawatan secara berkala ke sekolah. Pasukan ini akan menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar-pelajar. Malah terdapat satu program yang dikenali sebagai 'Program Doktor Muda' telah diperkenalkan ke sekolah-sekolah rendah. Tujuan program ini ialah mempromosikan amalan penjagaan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerajaan juga telah melaksanakan „Kempen Cara Hidup Sihat‰ melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai wadah untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan berterusan. Ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, mental dan sosial seseorang.

Page 15: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 15

1.2.3 Penjagaan dan Kebersihan Peralatan

Akhir sekali, mari kita lihat penjagaan dan kebersihan peralatan. Anda tentu sedar bahawa dalam penjagaan kesihatan, kebersihan alatan seharian juga perlu diberi perhatian. Amalan penjagaan kebersihan ini amat penting untuk mengelakkan peralatan yang kita gunakan menjadi tempat pembiakan kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Dalam erti kata lain, kita perlu memastikan peralatan yang kita gunakan untuk memasak, mengemas, mencuci dan sebagainya bersih dan yang paling penting, bebas kuman. Kebersihan peralatan ini adalah penting dalam mencegah penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut. Oleh sebab itulah peralatan mainan kanak-kanak perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman, apatah lagi di taska dan tadika.

PERANAN GENDER

Sedarkah anda bahawa kesihatan diri yang baik akan dapat memastikan setiap individu berupaya menjalankan fungsi sosial masing-masing dengan berkesan? Pada masa kini, kesamarataan dari segi gender sudah semakin ketara. Oleh itu, semua individu tidak kira lelaki atau perempuan perlu memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Apakah peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan kesihatan diri? Mari kita ikuti penjelasannya dalam sub-sub topik berikut.

1.3.1 Peranan Lelaki

Mari kita lihat dahulu peranan lelaki. Tahukah anda bahawa negara kita mengamalkan sistem patriak? Apakah maksud sistem ini?

Secara tidak langsung sistem ini memberi kuasa kepada lelaki untuk memimpin keluarga, membuat keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga.

1.3

Sistem patriak ialah sistem keluarga yang diketuai oleh llelaki.

Page 16: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 16

Namun begitu, amalan ini semakin terhakis akibat tuntutan semasa seperti peningkatan kos hidup dan bertambahnya bilangan perempuan yang berpendidikan tinggi. Pada masa kini, tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mencari rezeki dikongsi bersama dengan isteri. Selain itu, seorang bapa juga perlu menjadi model peranan (role model) yang baik untuk anak-anak lelakinya. Tauladan yang baik yang ditunjukkan oleh seorang bapa akan membantu anak lelakinya membesar sebagai individu, bapa, suami dan pekerja yang sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Peranan lelaki yang sering dibincangkan dalam kesihatan keluarga ialah dalam aspek pperancangan keluarga. Secara umumnya, peranan merancang keluarga dilihat lebih memfokus kepada perempuan. Namun, untuk membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan bahagia, pihak lelaki juga perlu mengambil bahagian dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebuah keluarga memerlukan peranan dua pihak iaitu suami dan isteri. Pendek kata, tanggungjawab membina keluarga sihat, sejahtera dan bahagia harus dipikul secara bersama, adil dan saksama.

1.3.2 Peranan Perempuan

Bagaimana pula dengan peranan perempuan? Salah satu peranan biologi yang menjadi keistimewaan perempuan ialah hhamil dan melahirkan anak. Pada masa kini, peranan biologi ini tidak lagi menghadkan kemampuan dan keupayaan golongan perempuan untuk mencari rezeki kepada keluarga. Golongan perempuan juga mendapat kebebasan untuk belajar sehingga peringkat tertinggi. Ini membolehkan mereka menjawat pelbagai jawatan di sektor awam atau swasta dengan kelulusan dan kemahiran yang dimiliki. Peningkatan bilangan pekerja wanita dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan penglibatan mereka dalam industri kecil-kecilan di rumah secara separuh masa atau sambilan seperti membuat kuih, keropok dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjaga rumah tangga dan anak-anak. Kegigihan mereka memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan pendapatan dan menjana ekonomi keluarga.

Page 17: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 17

Dalam konteks amalan kesihatan keluarga, peranan perempuan termasuklah:

Walau bagaimanapun, peranan perempuan seperti yang disebutkan tadi perlu juga dipikul bersama suami dan anak-anak. Walaupun dalam masyarakat kita seorang suami dianggap sebagai ketua keluarga tetapi ini tidak bermakna tanggungjawab mengurus rumah tangga dan keluarga perlu diserah bulat-bulat kepada isteri sahaja. Pada masa kini, terdapat ramai suami yang ringan tulang dan tidak lokek membantu isteri dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga; bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

1.3.3 Stereotaip Gender

Sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita bincangkan satu isu yang berkaitan dengan gender iaitu sstereotaip gender. Sedarkah anda bahawa stereotaip gender selalu diperkatakan dalam masyarakat terutamanya dari aspek peranan? Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki atau kaum bapa, stereotaip gender ini masih ketara diamalkan. Lazimnya, sejak usia muda lagi anak lelaki dididik untuk berperwatakan, budaya berpakaian, komunikasi serta bersosial seperti seorang lelaki yang diharapkan oleh masyarakat. Apabila mereka dewasa, mereka diharapkan agar mampu mencari rezeki dan mengetuai keluarga sendiri. Oleh kerana itu, perwatakan dan budaya berpakaian serta penampilan yang terkeluar atau lari daripada ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai satu masalah dalam gender, misalnya, lelaki „pondan‰. Ini akan menimbulkan masalah kecelaruan gender. Selain itu, golongan lelaki seperti ini juga sering

� Menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain berkaitan dengan amalan cara hidup sihat.

� Mempunyai hak yang sama dengan suami dalam menentukan isu yang berkaitan dengan kesihatan dan keluarga.

� Merancang dan menyediakan pemakanan dan makanan yang sihat kepada keluarga.

� Mengurus kebersihan di dalam dan luar rumah.

� Memastikan ahli keluarga yang sakit mendapat rawatan dan penjagaan yang sebaik-baiknya.

� Mendidik anak berkaitan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Page 18: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 18

dipandang serong oleh masyarakat kerana pembawaan diri mereka yang agak mengelirukan dan tidak diterima di sisi agama. Bagi anak perempuan pula, mereka akan dididik dengan nilai, peranan serta perwatakan sebagai seorang perempuan yang diterima secara lazim oleh masyarakat. Mereka dididik untuk bersifat lemah-lembut, bersopan-santun dan tahu serta mahir dalam menguruskan rumah tangga. Perempuan yang lebih menonjolkan ciri-ciri seorang lelaki pula akan dilabel sebagai tomboy. Walaupun golongan perempuan telah mencapai tahap pendidikan dan kerjaya setanding dengan lelaki, tetapi mereka masih juga diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun perempuan tersebut belum berkahwin atau memilih untuk hidup membujang, namun ibu bapa atau masyarakat masih mengharapkan agar perempuan tersebut mampu melaksanakan tugas-tugas biasa seorang suri rumah seperti memasak dan mengemas rumah. Dalam dunia pekerjaan pula, stereotaip gender sudah semakin berkurangan. Ramai perempuan yang mampu melaksanakan kerjaya yang sebelum ini dikuasai oleh lelaki. Misalnya bekerja sebagai anggota polis dan tentera.

� Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan

yang betul.

� Sistem tubuh manusia terdiri daripada beberapa organ; contohnya otak, jantung, paru-paru dan lain-lain.

� Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu bagaimana untuk menghargai dan menjaganya. Contohnya, paru-paru yang berfungsi

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Huraikan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang baik. 2. Bincangkan bagaimana peranan amalan pengurusan pemakanan

dan kecergasan fizikal membantu mengurangkan berat badan. 3. Jelaskan peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan

kesihatan diri. 4. Kecelaruan gender menjadi satu isu sosial yang penting pada masa

kini. Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini?

Page 19: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI � 19

membawa masuk udara beroksigen dan membawa keluar karbon dioksida dan wap dari darah.

� Cara penjagaan badan meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran.

� Pengurusan kesihatan diri meliputi:

(i) Pengurusan kebersihan tubuh;

(ii) Pengurusan kebersihan pakaian;

(iii) Pengurusan tahap kesihatan;

(iv) Pengurusan pemakanan yang sihat;

(v) Pengurusan berat badan; dan

(vi) Pengurusan tekanan.

� Untuk menyemai kesedaran dan amalan penjagaan tubuh, keluarga, klinik kesihatan atau hospital, sekolah dan Kementerian Kesihatan perlu memainkan peranan masing-masing.

� Peranan jantina atau gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.

� Antara peranan lelaki ialah sebagai model peranan yang baik untuk anak-anak lelaki membesar sebagai individu, bapa, suami dan pekerja yang sihat fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

� Antara peranan perempuan pula ialah mengurus kebersihan di dalam dan luar rumah, merawat ahli keluarga yang sakit, merancang dan menyediakan makanan yang sihat dan seimbang dan sebagainya.

Fungsi organ Kecergasan fizikal Kesedaran dan tanggungjawab Pengurusan berat badan Pengurusan kebersihan pakaian Pengurusan kebersihan tubuh Pengurusan pemakanan sihat

Pengurusan tahap kesihatan Pengurusan tekanan (stres) Penjagaan kesihatan diri Peranan gender Stereotaip gender Tubuh badan

Page 20: 137309265 Pengenalan Kesihatan Diri

� TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 20

Kementerian Kesihatan Malaysia. (1997). Modul kempen cara hidup sihat:

Promosi makan secara sihat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi mental sihat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Masood Abdul Rashid, & Mohamad Ariffin Siri. (1985). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mafauzy, M. (2006). Diabetes control and complications in public hospitals in Malaysia. Medical Journal Malaysia. 61:477-483.

VanPutte, C., Regan, J., & Russo, A. (2010). SeeleyÊs essentials of anatomy and physiology (7th ed.). New York: McGraw Hill.