konsep kesihatan dan kecergasan diri

14
KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI 1.1 Definisi kesihatan diri Konsep kesihatan menyeluruh Hubungan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup

Upload: akmalidrus

Post on 15-Oct-2015

208 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Definisi Kesihatan Diri

TRANSCRIPT

KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI

KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI1.1 Definisi kesihatan diriKonsep kesihatan menyeluruhHubungan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidupDefinisi KesihatanKesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. (WHO, 1948)

Kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran. (Dubos R., 1968)Keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kesihatan sifar. (Hoyman, 1962)Konsep Kesihatan MenyeluruhMeliputi..Kesihatan FizikalKesihatan SosialKesihatan MentalKesihatan EmosiKesihatan PersekitaranKesihatan Rohani1. Kesihatan FizikalMerangkumi kecergasan dari segi fizikal, amalan pemakanan yang berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup.Kesihatan fizikal juga merangkumi ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan, serta bertenaga untuk melakukan kerja harian dan aktiviti waktu senggang tanpa berasa lesuAmalan seks, penggunaan dadah serta alkohol juga memainkan peranan dalam komponen kesihatan ini.2. Kesihatan SosialKeupayaan kita untuk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran sosial secara berkesan sertamenikmati kepuasan hubungan peribadi (Nieman, 1999).Merangkumi kepuasan, kepercayaan dalam perhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain.Sihat secara sosial dalam alam nyata. 3.Kesihatan MentalTidak mempunyai masalah mental dan berupaya untuk berhadapan dengan cabaran harian serta berinteraksi dengan masyarakat tanpa sebarang masalah mental, emosi atau tingkah lakuKesihatan fizikal tidak dipengaruhi kesihatan mental.Ciri kesihatan mental : pemikiran yang rasional, mampu mencari solusi terhadap sesuatu masalah, etc.

4.Kesihatan EmosiBerasal dari perkataan Latin emover yang bermaksud kegembiraan dan kegusaran.Kamus Dewan- Perasaan pada jiwa yang kuat seperti marah, sedih, gembira dsb.Dapatkan dikonklusikan kesihatan emosi berkait rapat dengan perasaan yang terdapat pada diri seseorang.Prof. Daniel Goleman (Uni. Havard) dalam bukunya Emotional Intelligent , Emosi : Kebolehan mengenalpasti dan mengawal emosi dalam diri sendiri dan orang lain.

5.Kesihatan PersekitaranWHO - Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan. Merujuk kepada impak alam semula jadi kepada kesihatan.Menghidarkan diri daripada melakukan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar, 6.Kesihatan RohaniMerangkumi kepercayaan, agama, falsafah, nilai, kesetiaan, prinsip, moral atau etika.Merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri, kepentingan orang lain dan alam sekeliling.Hubungan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidupDEFINISI KESEJAHTERAANSatu bentuk pengukuran kualiti hidup yang diukur secara psikologi (internal) yang melibatkan beberapa dimensi seperti kegembiraan, kepuasan hidup, harga diri, kecekapan diri, kehidupan berkeluarga, pekerjaan, pendidikan dan kewangan (Magrabi et al., 1991; Atchley, 2004; Billson, 2005; Costanza et al., 2007; McLead, 2008; Bretones & Gonzales, 2011).

Kesejahteraan juga dirujuk sebagai perasaan bebas daripada sebarang tekanan dan kemelaratan, rasa gembira mengatasi rasa sedih dalam jangka panjang, perasaan positif dengan kehidupan dan memperolehi apa yang diinginkan seiring dengan matlamat (Atchley, 2004)Suatu keadaan optima yang diukur daripada aspek kepuasan, keyakinan, ketahanan dan kesihatan fizikal (Billson, 2005)Respons individu atau kumpulan terhadap kegembiraan, kepuasan hidup, utiliti atau kebajikan. (Costanza et al.,2007)DEFINISI KUALITI HIDUPSatu pernyataan umum yang merujuk kepada kesejahteraan atau ketidaksejahteraan masyarakat dalam persekitaran kehidupan mereka. (Bubolz et al., 1980)Kehidupan yang baik atau menjalani kehidupan dengan kualiti yang tinggi (Ventegodt et al., 2003)Persepsi individu terhadap kepuasan ke atas sesuatu keadaan, persekitaran dan hubungan secara relatif dengan alternatif sedia ada seperti keluarga dan rakan, kerja, pendapatan, kejiranan dan tempat tinggal. (Goldsmith, 2005)HUBUNGAN ANTARA KESIHATAN, KESEJAHTERAAN DAN KUALITI HIDUPKesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup amat berkait rapat antara satu sama yang lain. Apabila kita mempunyai kesihatan yang baik, hidup akan lebih sejahtera dan kualiti hidup akan menjadi baik dan sebaliknya.