kesihatan diri
DESCRIPTION
jenis penyakitTRANSCRIPT
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN
HBHE 2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
SEMESTER MEI 2015
Name : LENNY GAN GEAK SIEW
Matric number : 861128296256001
NRIC : 861128296256
E-mail address : [email protected]
Learning Centre : KELANTAN LEARNING CENTRE
1
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Isi Kandungan
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0
Tugasan (a):
Empat kes yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang
dikaitkan dengan alam sekitar:
1.1 120 Murid Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah 3 - 7
1.2 Murid Didakwa Dijangkiti H1N1 Di Melaka Meninggal
Dunia 8 - 12
1.3 14 Murid Sekolah di Gelang Patah Disahkan Menghidap
Penyakit HFMD 13 – 15
1.4 Seorang Pelajar Sekolah Maut Akibat Denggi Sejak Jan 16 - 18
2.0
Tugasan (b):
Empat aktiviti dijalankan pihak sekolah untuk menangani
masalah ini.
2.1 Masalah Keracunan Makanan19 – 23
2.2 Masalah H1N124 – 26
2.3 Masalah HFMD26 – 28
2.4 Masalah Demam Denggi29 – 31
3.0 Rujukan 32
Tugasan (a):
2
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
1.0 Empat kes yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan alam
sekitar:
1.1 Kes 1:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/01/30/120-murid-keracunan-makanan-
di-kantin-sekolah/
120 Murid Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah
Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM
3
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Punca-Punca Berlakunya Keracunan Makanan Di Kantin Sekolah:
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan
makanan atau minuman yang tercemar.
Punca utama keracunan makanan di sekolah adalah disebabkan oleh sikap pemilik
atau pengusaha kantin yang kurang bertanggungjawab. Terutamanya dalam aspek kebersihan
semasa menyediakan makanan.
Penyediaan makanan dalam keadaan yang menjijikan.
Majoriti daripada mereka lebih cenderung kepada mengaut keuntungan semata-mata
dan kurang menitikberatkan kualiti makanan yang disediakan. Malah tidak pedulikan sama
ada makanan tersebut masih sesuai untuk dijual kepada pelajar. Sebagai contoh, mereka tidak
mencuci bahan mentah dengan sempurna sebelum digunakan untuk memasak sesuatu
hidangan. Walaupun situasi sebegini juga sering berlaku di restoran di luar sana, namun ia
memang patut dielakkan.
Kantin atau dewan makan yang mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan
makanan di mana makanan yang terdedah akan dihinggapi lalat sehingga mengakibatkan
keracunan makanan.
4
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Makanan sepatutnya ditutup berasingan dengan tudung dan tidak harus dibiarkan
terbuka sebegini.
Selain daripada itu, kemungkinan besar bahan mentah yang digunakan telah tercemar.
Seperti ikan dan ayam sudah tidak segar atau busuk, namun ia masih dimasak dan dijadikan
hidangan kepada murid sekolah. Kebanyakan sekolah telahpun melarang pengusaha kantin
daripada menjual makanan ringan yang mengandungi bahan kimia secara berlebihan atas
sebab ia akan menjejaskan kesihatan.
Makanan ringan yang nampak menawan, namun ia langsung tidak berkhasiat dan
membebankan.
5
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Bagaimana Ia Merebak:
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam). Ini
menambah risiko makanan tersebut menjadi basi ataupun dihinggap kuman atau
mikro-organisma yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sebagai contoh, pengusaha
kantin menyediakan makanan terlalu awal sebelum waktu rehat pelajar.
Makanan tidak dimasak dengan sempurna membawa kuman dan makanan yang
mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak.
Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih. Oleh itu, pengambilan pekerja
kantin juga perlu diberi perhatian.
Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.
Usaha untuk membuat pemeriksaan badan harus dikuatkuasakan untuk kesemua
pekerja kantin.
Kadar berlakunya kes keracunan makanan yang membimbangkan.
6
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?
Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
Pihak pengurusan kantin seharusnya sentiasa menjaga kebersihan:
o Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan.
o Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan
makanan.
o Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga, makhluk perosak dan haiwan-haiwan
yang lain.
Asingkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
o Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan
makanan yang belum dimasak.
o Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di dalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang.
Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.
o Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk
atau peti sejuk beku.
Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.
o Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.
Pelajar juga perlu mengutamakan kebersihan diri.
o Sentiasa bersihkan tangan sebelum makan mengikut langkah mencuci tangan yang
betul.
7
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
1.2 Kes 2:
http://mynewshub.cc/2015/04/15/murid-didakwa-dijangkiti-h1n1-di-melaka-meninggal-
dunia/
Murid Didakwa Dijangkiti H1N1 Di Melaka Meninggal Dunia
Kelihatan beberapa orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah tiba di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Pay Teck untuk melakukan pemeriksaan berikutan seorang pelajar sekolah tersebut disyaki
dijangkiti Influenza A (H1N1) dan masih dalam siasatan di sini hari ini. Apr 15, 2015
8
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Punca-Punca Berlakunya Jangkitan H1N1:
Seorang murid Tahun Lima dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Teck telah
meninggal dunia akibat jangkitan virus Influenza A atau lebih dikenali sebagai H1N1. Maka
di sini akan dibincangkan tentang punca serta akal umbi masalah jangkitan tersebut yang juga
ada kaitan dengan alam sekitar mereka.
Demam Virus Influenza A (H1N1) merupakan penyakit sistem pernafasan yang
lazimnya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini
biasanya hanya terdapat dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun
jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia
telah mula dikesan sejak tahun 1988. Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya
terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Virus selesema babi telah
dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus
ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Proses penyebaran virus H1N1.
Antara punca merebaknya wabak ini ialah:
i. kurang peka dalam menjaga kebersihan diri terutamanya selepas melakukan aktiviti.
ii. kurang kesedaran betapa pentingnya penggunaan sabun antibakteria.
9
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
iii. Pemakaian topeng muka juga kurang dititikberatkan oleh sesetengah pihak yang
dijangkiti batuk dan selesema kerana mereka berpendapat bahawa pemakaian topeng
menyusahkan.
Virus disebarkan dari pesakit kepada umum.
iv. Sesetengah pihak enggan berjumpa doktor apabila mengalami simptom-simptom
Influenza A. Lanjutan daripada itu, mereka yang sudah berjumpa dengan doktor pula
tidak mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor.
v. Elakkan berada di tempat yang sesak seperti di pasar malam atau kompleks beli belah.
vi. Virus ini juga merebak disebabkan faktor perubahan cuaca yang tidak menentu. Fakta
ini diakui sendiri oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu wabak ini menular
berkali-kali ganda pada musim hujan. Keadaan lembap dan kering yang bersilih ganti
menyebabkan ramai penduduk menghidap selesema dan batuk.
Bagaimana Ia Merebak:
Virus jenis A (H1N1) selsema babi ini dijangka akan merebak seperti mana virus
selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari individu ke individu
yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan.
Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan
tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka. Kita mungkin boleh
menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti. Mereka yang dijangkiti
dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom
sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Anak-anak kecil merupakan golongan yang peling
berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
10
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Proses penyebaran virus H1N1
CARA PENCEGAHAN H1N1
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi
ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang
penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.
• Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu semasa bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut
ke dalam tong sampah yang bertudung selepas menggunakannya.
11
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
• Basuh tangan dengan sabun dan air secara kerap terutamanya selepas batuk atau selesema.
Pembersih tangan berasaskan alkohol juga berkesan.
• Mengelakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut disebabkan kuman boleh merebak
melalui cara ini.
• Jika sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya tidak ke sekolah, di samping
mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
12
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
1.3 Kes 3:
http://utusanmalaysian.blogspot.com/2014/10/14-murid-sekolah-di-gelang-patah.html
14 Murid Sekolah di Gelang Patah Disahkan Menghidap Penyakit HFMD
Isnin, Oktober 13, 2014
13
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Punca-Punca Berlakunya Penyakit HFMD:
Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD- Hand, foot and mouth disease) yang
disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox
A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).
Penularan virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air
liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan
alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan
menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka di mulut, ruam atau lepuh di tapak
tangan dan kaki.
Tanda dijangkiti penyakit HFMD
HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun
begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan
komplikasi seperti radang otak dan jantung.
Bagaimana Ia Merebak:
HFMD merupakan penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan
langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah
dijangkiti kuman ini.
Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia
tidak boleh merebak kepada atau daripada haiwan.
14
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Mencegah HFMD:
Elakkan bersentuh dengan lelehan hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang
dijangkiti.
Jangan berkongsi perkakasan makanan.
Pastikan alat permainan, buku, perkakas makan, tuala dan pakaian bersih.
Elakkan berhubung rapat seperti memeluk atau mencium.
Bersih dan membasmi mainan dan peralatan dengan teliti jika digunakan sebelum ini
oleh seseorang yang dijangkiti HFMD.
Basuh tangan dengan kerap dan memastikan langkah-langkah kebersihan.
7 langkah membasuh tangan yang betul.
15
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
1.4 Kes 4:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/seorang-pelajar-sekolah-maut-akibat-denggi-
sejak-jan-31314
Seorang Pelajar Sekolah Maut Akibat Denggi Sejak Jan
Punca-Punca Berlakunya Penyakit Denggi:
Kes demam denggi yang melibatkan pelajar sekolah dilaporkan tinggi dan
mengakibatkan satu kematian di Wilayah Persekutuan. Harus dipandang serius tentang
penyakit yang merunsingkan ini. Namun, adakah kita tahu punca sebenarnya? Yang boleh
dikenalpasti sekarang adalah ia tentu berkaitan dengan keadaan alam sekeliling kita.
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Ia
merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus
yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Keseua serotype ini boleh
meransang pembentukan antibodi yang berlainan. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan
oleh pertahanan badan tersebut akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut
sahaja.
16
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes
dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 - 5 hari pada tahap awal
penyakit.
Bagaimana Ia Merebak:
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini
hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan
terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit
manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya
ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah
manusia yang mengandungi virus denggi, ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut
dan menyebarkan kepada orang lain.
Tanda-tanda demam denggi.
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan juga luar bandar. Ia boleh
berlaku kepada sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi.
17
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut
umur pesakit.
Mencegah Penyakit Deman Denggi:
• Perlindungan dari gigitan nyamuk.
• Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
• Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
• Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
18
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Tugasan (b):
2.0 Empat aktiviti dijalankan pihak sekolah untuk menangani masalah ini:
2.1 Masalah Keracunan Makanan:
Aktiviti:
Ceramah dan Pameran Peringkat Sekolah
Tarikh:
Tertakluk kepada perubahan.
Tempat:
Dewan Serbaguna Sekolah
Kumpulan Sasaran:
Seluruh pelajar dan kakitangan sekolah.
Penceramah:
Diaturkan oleh pihak Consumers' Association of Penang (CAP).
Anjuran Bersama:
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, Consumers' Association of Penang (CAP), Persatuan
Ibu Bapa dan Guru.
Polisi:
Menganjurkan ceramah dan pameran berkaitan dengan keracunan makanan agar
meningkatkan kesedaran pelajar tentang masalah keracunan makanan.
Topik:
Kenali Keracunan Makanan, Perangi Berhabis-Habisan.
Objektif:
19
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
i. Mencegah daripada berlaku keracunan, dan mengambil tindakan betul jika berlaku
keracunan di sekolah.
ii. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan.
iii. Mengenalpasti ciri-ciri atau tanda makanan yang telah rosak.
iv. Melaporkan kepada pihak tertentu sekiranya mendapati makanan yang dibeli telahpun
melepasi tarikh luput ataupun rosak.
Isi Kandungan Ceramah dan Pameran:
Dibahagikan kepada lima bahagian utama, iaitu:
a. Keracunan Makanan dan Langkah Mencegahnya.
b. Penyebab Keracunan Makanan Dan Tindakan Sekiranya Mengalami Keracunan
Makanan.
c. Kepentingan Dan Langkah Membasuh Tangan Yang Betul.
d. Percayakan Deria Anda Semasa Mamilih Makanan.
20
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
e. Kepentingan Membaca Label Pada Makanan.
21
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Aktiviti Tambahan Semasa Pameran:
Kuiz berkaitan dengan maklumat ataupun input yang diperolehi oleh pelajar. Setiap pelajar
layak untuk menyertai kuiz tersebut dengan menjawab soalan dan mengisi borang penyertaan
dan hantar.
Kenali Keracunan Makanan, Perangi Berhabis-Habisan.
Borang Penyertaan Kuiz
Nama: ________________________
Kelas: ________________________
S1: Nyatakan 2 tanda keracunan makanan.
(a) _________________________
(b) _________________________
S2: Susun kaedah membasuh tangan mengikut urutan yang betul.
S3: 3 deria utama digunakan untuk mengenalpasti makanan yang telah rosak atau
22
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
basi.
(a) _________________________
(b) _________________________
(c) _________________________
S4: Perhatikan label makanan dan jawab soalan berikut:
Nama produk: _________________________________________________
Tarikh luput: __________________________________________________
Bahan Ramuan: ________________________________________________
Nama pengeluar: _______________________________________________
2.2 Masalah H1N1:
23
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Aktiviti:
Pertandingan mewarna untuk murid tahap 1 dan penyediaan buku skrap untuk murid tahap 2
berkenaan dengan topik H1N1. Ia memberi fokus kepada aspek mencari dan mengumpul
maklumat, pembacaan, penyusunan bahan dan membina buku skrap.
Tarikh:
Untuk penyediaan buku skrap, diberi tempoh satu minggu untuk pengumpulan maklumat dan
penghasilan. Manakala pertandingan mewarna hanya akan dijalankan pada sesi persekolahan
sahaja.
Tempat:
Bilik darjah masing-masing.
Kumpulan Sasaran:
Seluruh murid sekolah.
Anjuran Bersama:
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, Klinik Kesihatan Daerah, Persatuan Ibu Bapa dan
Guru.
Polisi:
Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kesan penyakit H1N1 kepada manusia dan
cara pencegahan melalui penyediaan buku skrap dengan menggalakkan murid menggunakan
ICT untuk mencari bahan.
Topik:
Kenali H1N1, Masa Untuk Menangani.
Objektif:
i. Mengenali punca dan cara untuk mencegah penyakit H1N1.
ii. Memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah.
iii. Kesedaran tentang isu-isu semasa berhubungkait dengan H1N1 dalam dan luar
negara.
24
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
iv. Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyediakan buku
skrap.
Isi Kandungan:
Pertandingan Mewarna (Murid Tahap 1):
Murid dibekalkan dengan sekeping gambar untuk mewarnai yang bertemakan
penyakit H1N1.
Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam sahaja.
Penghasilan Buku Skrap:
Murid diberikan jangka masa selama satu minggu untuk mencari bahan dan maklumat
untuk penghasilan buku skrap bertemakan penyakit H1N1.
Penghasilan buku skrap secara kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang
sahaja.
Skema permarkahan adalah seperti berikut:
Kriteria Penilaian Markah yang diperuntukkan
Isi kandungan 30
Unsur penyelidikan 25
25
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Bahan/ gambar/ gambarajah/ petikan 15
Kreativiti dan keaslian 20
Kekemasan 10
Jumlah: 100
Kerja kumpulan untuk menghasilkan buku skrap.
2.3 Masalah Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD):
Aktiviti:
Pertandingan mencipta dan mendeklamasi sajak bertemakan masalah HFMD.
Tarikh:
Tertakluk kepada perubahan.
Tempat:
Dewan utama sekolah
Kumpulan Sasaran:
Mendeklamasikan sajak untuk murid tahap 1, mencipta dan mendeklamasikan sajak untuk
murid tahap 2.
26
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Anjuran Bersama:
Unit Kurikulum, Klinik Kesihatan Daerah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Polisi:
Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kesan penyakit HFMD kepada manusia dan
cara pencegahan melalui pengaplikasian ilmu pengetahuan dan daya kreativiti dalam usaha
menghasilkan penciptaan sajak yang bertemakannya.
Topik:
Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, Anda Berisiko?
Objektif:
i. Mengenali punca dan cara untuk mencegah penyakit HFMD.
ii. Kesedaran tentang isu-isu semasa berkaitan dengan HFMD dalam dan luar negara.
iii. Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka.
iv. Memupuk daya kreativiti murid dalam penciptaan sajak dan mencintai bahasa kita.
Isi Kandungan:
Penciptaan Sajak:
Murid diberikan jangka masa selama satu minggu untuk mencari ilham dan maklumat
untuk mencipta sajak bertemakan penyakit HFMD.
Penciptaan sajak secara individu ataupun secara berkumpulan yang terdiri daripada 2
hingga 3 orang sahaja.
Selain mencipta sajak, murid juga perlu mendeklamasikan sajak ciptaan mereka di
atas pentas.
Manakala, untuk murid tahap satu, mereka hanya akan dipilih wakil oleh guru kelas
masing-masing untuk mewakili kelas mereka untuk pertandingan mendeklamasikan
sajak.
Skema permarkahan untuk penciptaan sajak adalah seperti berikut:
27
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Kriteria Markah yang dtperuntukkan
Isi kandungan 40
Daya kreativiti 30
Keaslian 30
Jumlah: 100
Sistem pemarkahan untuk persembahan mendeklamasi sajak:
Kriteria Markah yang dtperuntukkan
Vokal/ suara 40
Penghayatan 30
Kelancaran sebutan/ kejelasan dan intonasi 20
Gaya dan kreativiti persembahan 10
Jumlah: 100
Pertandingan mencipta sajak dilangsungkan.
2.4 Masalah Demam Denggi:
28
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Aktiviti:
Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Tarikh:
Tertakluk kepada perubahan.
Tempat:
Kawasan sekolah.
Kumpulan Sasaran:
Warga sekolah dan komuniti masyarakat setempat.
Anjuran Bersama:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Polisi:
Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam
denggi.
Topik:
Cari Dan Musnah, Sekolah Bebas Denggi.
Objektif:
(a) Mengenali nyamuk Aedes yang membawa kepada demam denggi.
(b) Mengenalpasti tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
(c) Mengeratkan hubungan sesama pelajar, guru serta kakitangan sekolah.
Aliran Kerja:
- Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kawasan sekolah tertentu
seperti kantin, padang sekolah, taman sekolah, tandas dan kawasan persekitaran
sekolah.
- Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang guru dan seorang kakitangan sekolah demi
menjaga keselamatan pelajar semasa aktiviti dijalankan.
29
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Aktiviti Tambahan Selepas Gotong-Royong:
Perbincangan diadakan antara guru kesihatan bersama dengan para pelajar selepas aktiviti
gotong-royong berlangsung mengenai bahaya tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dan
juga usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menghadapi dan menyelesaikan
masalah demam denggi tersebut.
30
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
Pesanan ikhlas dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang menunjukkan keprihatinan
dan usaha mereka menangani masalah ini. Tindakan undang-undang juga akan diambil bagi
mereka yang didapati terjumpa jentik-jentik Aedes di dalam atau di luar rumah mereka.
31
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
( 2628 patah perkataan )
3.0 Rujukan
1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/01/30/120-murid-keracunan-
makanan-di-kantin-sekolah/
32
LENNY GAN GEAK SIEW861128296256001
HBHE2103
2. http://mynewshub.cc/2015/04/15/murid-didakwa-dijangkiti-h1n1-di-melaka-
meninggal-dunia/
3. http://utusanmalaysian.blogspot.com/2014/10/14-murid-sekolah-di-gelang-
patah.html
4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/seorang-pelajar-sekolah-maut-akibat-
denggi-sejak-jan-31314
5. Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
6. http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-
makanan/keracunan-makanan
7. http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/193
8. http://ukkpp.blogspot.com/2014/02/pertandingan-deklamasi-puisi-sekolah.html
9. http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php
10. http://malaysia.kurnia.com/Lifestyle/Health/21/Default.aspx
11. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/6858-hfmdpenyakit-jangkitan-
virus.html
12. http://jkt.kpkt.gov.my/resources/index/pdf/Persidangan_2014/Persidangan
%20Kesihatan%20Persekitaran/
4._Presentation_KRM_Peranan_PBT_170614_final_old_version_.pdf
33