penilaian kesesuaian bahan bantu mengajar · tingkatan yang berbeza. salah satu daripadanya ialah...

24
PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR JANGKA SUDUT KHAS BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK SURIZAN BINTI MOHAMAD A’ZMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: tranhanh

Post on 21-Aug-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR

JANGKA SUDUT KHAS BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK

SURIZAN BINTI MOHAMAD A’ZMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

PSZ 19:16 (Pind. l/97)

UhIIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS .

ruDUL : PENILAIAN KESESUAIAN SAHAN BANTU MENGAJARJAITGKA SUDUT KHAS BAGI MATA PELAJARANMATEMATIK

sEsI PENGAJIAN : 2008/2009

Sava StruZAI\ BINTI MOHAMAD A'Z,lvfr("ar"ara

""*t*,,

mengaku membenarkan tesis @Stvii@el*er$alsa'frh)* Ini disirnpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

l. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

pengajian sahaja.3. Pcrpustakaan dibenarkan membuat salinan tesls ini sebagal bahan pertukaran antara lnstitusl

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( { )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSTARASMT 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah dltentukan oleh

TERIIAD organisasi/badandimanapenyelidikandijalankan

TIDAKTERIIAD

Alamat Tetap :KUNCIAIR 12. DR. HAMDANBIN SAID

36600 CHENDERONGBALAI NAMAPENYELIA

TELUK INTAN, PERAK.

Tarikh : 24 APRIL 2OO9 Tarikh : 2,+ APRIL 2009

tftfE

(TANDATANGAN PENULIS) (TATDATAN GAN PEI{yELIA)

CATATAN: ri

* l

Fotong yang tidek b€rkenaanJika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHADTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

o

Page 3: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai ddri segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Mudri Sains Dan Komputer Serta Pendidikan $4atematik)".

Tandatangan

NamaPenyelia

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 4: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR

JANGKA SUDUT KHAS BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK

SURIZAN BINTI MOHAMAD A’ZMI

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

"Saya akui karya (Penilaian kesesuaian bahan bantu mengajar Jangka Sudut Khas

bagi mata pelajaran Matomatik) ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap sahrnya telah saya jelaskan sumbemya".

n\J '

Tandatangan '........ft.Nama Penulis : SURIZAN BINTI MOHAMAD A'ZMI

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 6: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

iii

DEDIKASI

Khasnya untuk:

Allahyarham ayah yang dikasihi Mohamad A’zmi bin Musa

Emak yang disayangi Salmiah binti Mohamad

Kakak dan adik yang tersayang

Segala nasihat dan doa kalian menjadi pendorong untuk ku

meneruskan perjuangan. Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian semua.

Buat insan yang teristimewa:

Suami yang dihormati Salim bin Kamaruddin

Anak yang dikasihi Syazana Nabihah dan Shahir Muttaqin

Segala pengorbanan, doa dan restu kalian menjadi sumber bagiku untuk

meneruskan perjuangan. Kejayaan ini adalah kejayaan milik kita bersama.

Tidak lupa juga untuk:

Kawan-kawan semua

Khasnya yang terlibat dalam menjayakan kajian ini

Terima kasih atas segala sokongan dan keperihatinan.....

Page 7: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdullillah, segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T. kerana

dengan izinNya Projek Ijazah Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan

salam untuk junjungan Rasullullah S.A.W. serta para sahabat baginda.

Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Dr. Hamdan bin Said

yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan sepanjang tempoh kajian

Projek Sarjana Muda ini. Kesabaran dan keikhlasan beliau amatlah dihargai.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak sekolah tempat kajian ini

dilakukan kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya. Tidak lupa juga buat

rakan-rakan dan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian ini secara

langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian bahan bantu mengajar “Jangka Sudut

Khas” bagi mata pelajaran Matematik dalam topik penjelmaan. Dalam kajian ini,

kesesuaian penggunaan “Jangka Sudut Khas” dalam pengajaran dibandingkan

dengan Kaedah Konvensional (menggunakan papan hitam dan kapur). Kajian ini

menggunakan rekabentuk ujikaji dan dilakukan dengan membentuk dua kumpulan

responden yang terdiri daripada empat puluh orang pelajar Tingkatan Lima

berprestasi sederhana dalam matematik sebuah sekolah menengah di negeri Perak.

Pelajar Tingkatan Lima dipilih dengan sebab mereka telah mempunyai pengalaman

tentang kemahiran penjelmaan. Instrumen kajian ialah Ujian Pra dan Pasca.

Kesemua responden diberi Ujian Pra sebelum sesi pengajaran dilaksanakan. Sesi

amali menggunakan ”Jangka Sudut Khas” untuk Kumpulan Bahan Maujud dan

kaedah biasa untuk Kumpulan Konvensional menyusuli. Selepas dua sesi

pengajaran, Ujian Pasca diberi selama tiga puluh minit kepada semua responden.

Markah Ujian Pra dan Pasca kedua-dua kumpulan dianalisa dengan statistik

“Levene’s Test for Equality of Variances” dan “t-Test for Equality of Means”.

Analisis data menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

pencapaian responden tentang kefahaman kemahiran putaran yang diuji. Dapatan

kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran putaran

bagi tajuk Penjelmaan dengan menggunakan “Jangka Sudut Khas” adalah lebih baik

berbanding dengan Kaedah Konvensional. Guru boleh menggunakan “Jangka Sudut

Khas” sebagai satu pilihan alternatif dan inovatif dalam pengajaran dan

pembelajaran topik Penjelmaan dalam subtopik Putaran.

Page 9: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

vi

ABSTRACT

This study was carried to evaluate the suitability of teaching aid called “Jangka

Sudut Khas” for teaching the topic of transformation in mathematics. In this study,

the suitability of “Jangka Sudut Khas” in teaching was compared to the conventional

method (using blackboard and chalk). This experimental study was carried out by

dividing forty average form five students of an urban secondary school in Perak into

two groups of twenty. The students were selected because they have prior

experience in the transformation. The study used a self-constructed instrument for

pre-test and post-test. All respondents were given pre-test prior to the teaching

session. After two teaching sessions, post-test was administered to both groups and

was given 30 minutes to complete the test. The mark scores for pretest and posttest

were analyzed using “Levene’s Test for Equality of Variances” and “t-Test for

Equality of Means”. The Data analyzed indicated that there was a significant

different in students’ achievement in the topic being studied. The study indicated

that teaching and learning of the transformation topics in mathematic using Jangka

Sudut Khas is better than traditional way of teaching. Teachers can used this

“Jangka Sudut Khas” as teaching aid in teaching.

Page 10: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGISYTIHARAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii SENARAI LAMPIRAN xiv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2. Latarbelakang Masalah 2

1.3. Pernyataan Masalah 5

1.4. Objektif Kajian 6

1.5. Persoalan Kajian 6

1.6. Hipotesis Kajian 7

1.7. Kepentingan Kajian 8

1.8. Skop Kajian 9

1.9. Definisi Operasional 9

1.10. Penutup 13

Page 11: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Konsep dan Definisi Bahan Bantu

Mengajar (BBM)

2.3 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

(BBM)

2.4 Kajian Berkaitan

2.5 Reka Bentuk

2.6 Reka Bentuk BBM

2.6 Penutup

14

15

16

19

22

23

25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Tempat Kajian

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

3.7 Analisis Data

3.8 Rasional Pemilihan Tajuk Penjelmaan

3.9 Penutup

27

29

29

30

31

34

35

36

Page 12: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

ix

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Keputusan dan Analisis Data 37

4.2.1 Analisis Ujian Pra Kumpulan

Konversional dan Kumpulan

BBM

4.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pasca

Kumpulan Konversional

4.2.3 Analisis Ujian Pra dan Pasca

Kumpulan BBM

4.2.4 Analisis Ujian Pasca Kumpulan

Konversional dan Kumpulan

BBM

38

41

43

45

4.3 Penutup 48

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Perbincangan 49

5.2.1 Persoalan 1: Penggunaan Kaedah

Konversional

5.2.2 Persoalan 2: Penggunaan Kaedah

BBM

5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan

3: Perbezaan Prestasi Ujian Pra

dan Pasca Bagi Pengajaran

50

51

Page 13: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

x

Kaedah BBM (Jangka Sudut

Khas) dan Kaedah Konvensional.

52

5.3 Rumusan 53

5.4 Cadangan 54

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 56

5.6 Penutup 58

RUJUKAN 59 Lampiran A - C 63 - 69

Page 14: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 39 4.2 Keputusan Ujian Pra Kumpulan Konversional

dan Kumpulan BBM 40

4.3 Analisis Ujian t Pencapaian Pelajar Dalam

Ujian Pra 41

4.4 Keputusan Ujian Pra dan Pasca Kumpulan

Konversional 42

4.5 Analisis Ujian t Ujian Pra dan Pasca

Kumpulan Konversional 43

4.6 Keputusan Ujian Pra dan Pasca Kumpulan

BBM 44

4.7 Analisis Ujian t Ujian Pra dan Pasca

Kumpulan BBM 45

4.8 Analisis Ujian Pasca Kumpulan Konversional

dan Kumpulan BBM 46

4.9 Analisis Ujian t Pencapaian Pelajar Dalam

Ujian Pasca 47

Page 15: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Reka Bentuk Kajian 29

3.2 Prosedur Kajian 34

Page 16: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

BBM - Bahan Bantu Mengajar

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

P - Pelajar

% - Peratus

Page 17: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Ujian Pra 63 B Ujian Pasca 66 C Surat Akuan Pelajar 69

Page 18: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, kerajaan menganggap pendidikan penting untuk menghadapi

era globalisasi dan juga mencapai wawasan 2020. Banyak pelaburan telah

dikeluarkan untuk meningkatkan pendidikan di negara kita. Matematik merupakan

salah satu mata pelajaran teras yang penting dalam sains dan teknologi. Memahami

dan menggunakan matematik kian penting kepada kebolehan individu untuk

berfungsi dalam masyarakat dan berjaya dalam alam pekerjaan. Tetapi matematik

sering dianggap salah satu mata pelajaran yang sukar oleh pelajar. Matematik tidak

sama dengan mata pelajaran yang lain kerana ia berkaitan dengan simbol-simbol dan

rumus-rumus yang perlu difahami sebelum dapat digunakan oleh pelajar.

Berbagai perancangan dan tindakan telah dilakukan oleh kerajaan untuk

memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran dalam matematik. Penyusunan

tahap kesukaran dalam sesebuah topik dititik beratkan untuk memastikan pelajar

dapat menguasai kemahiran matematik daripada kemahiran tahap rendah kepada

Page 19: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

2

yang lebih tinggi; daripada mudah kepada yang lebih sukar. Tugas seorang guru

pula adalah memastikan perancangan dari segi kaedah, strategi dan penggunaan

bahan bantu mengajar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran dengan mudah

dan berkesan.

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah menunjukkan

bahawa banyak topik yang perlu dipelajari dalam setiap tingkatan. Ada topik yang

sama tetapi kemahiran yang berbeza yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam

tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar

dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan dengan itu boleh

dikatakan topik penjelmaan adalah salah satu topik yang penting kepada pelajar

(Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah, 2001). Masa yang diperuntukkan

untuk guru mengajar topik ini adalah diantara 7 hingga 8 minggu bagi setiap

tingkatan (Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Menengah, 2001).

Topik ini memerlukan kemahiran pelajar untuk membayangkan pergerakan

sesuatu titik atau bentuk mengikut cara pergerakan yang diarahkan. Dengan itu

adalah menjadi tugas seorang guru untuk memilih strategi, kaedah dan alat bantu

mengajar yang sesuai untuk membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran.

Persoalannya apakah bahan bantu mengajar sesuai untuk mengajar topik penjelmaan?

1.2 Latarbelakang Masalah

Guru-guru Matematik dan Sains kerap kali menghadapi masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar kurang memahami konsep sesuatu isi

pelajaran yang disampaikan. Faktor tersebut mengakibatkan pencapaian dalam mata

pelajaran yang dianggap penting ini kurang memberangsangkan jika dibandingkan

dengan mata pelajaran lain di sekolah. Kenyataan ini disokong oleh kajian Wan

Mohd. Rani (1998) yang berkaitan dengan keperluan dan masalah yang dihadapi

Page 20: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

3

oleh guru-guru sains dan matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Guru-guru sains dan matematik yang dikaji itu menyatakan bahawa mereka

menghadapi masalah dan kesukaran dalam menyempurnakan tugas disebabkan

faktor-faktor seperti kekurangan bahan bantu mengajar, pelajar kurang berdisiplin,

pelajar kurang ketrampilan semasa belajar, pelajar kurang memahami konsep-

konsep asas, pelajar tidak membuat latihan, dan guru kurang berpengetahuan dalam

mata pelajaran yang diajar.

Selain daripada itu, perbezaan gaya pembelajaran pelajar juga sukar dipenuhi

oleh seseorang guru. Dapatan psikologi kognatif menunjukkan bahawa, seseorang

pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dia baca, 20% daripada apa yang dia

dengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat,

70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan

sendiri (Raiff, 1992). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran

yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pengajaran.

Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sendiri sesuatu aktiviti. Dapatan

ini juga mendapati pelajar akan lebih mudah ingat apa yang dipelajari sekiranya dia

melakukan aktiviti itu sendiri. Dengan itu, guru perlu menyediakan bahan bantu

mengajar yang membolehkan pelajar meneroka dan membentuk konsep sendiri

dengan bantuan guru.

Sejak dahulu lagi, kebanyakan pendidik berpendapat bahawa penggunaan

alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik banyak

membantu meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan

penguasaan pelajar terhadap kemahiran yang diajar (Noraziah Abd. Hamid, 1981).

Guru haruslah memilih alat bantu mengajar dari pelbagai sumber dan

mengintegrasikannya mengikut keperluan dan kebolehan pelajar. Mat Nor Hussein

dan Abd. Rahman Rashid (1989) turut menyatakan bahawa penggunaan alat bantu

mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mempunyai prinsip-prinsipnya

Page 21: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

4

yang tersendiri bagi meningkatkan daya komunikatif sesuatu alat bantu mengajar

tersebut. Hanya alat bantu mengajar yang mempunyai daya komunikatif yang tinggi

mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi

memperkembangkan sikap ilmiah, sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan

mereka. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai juga turut membantu pelajar

untuk menguasai kemahiran asas yang ada dalam sesuatu matapelajaran. Dalam

matapelajaran matematik, kemahiran asas yang ditekankan ialah kemahiran

menambah, menolak, mendarab dan membahagi.

Sebagaimana yang diketahui, pelajar sering menghadapi masalah dalam

membina kefahaman untuk simbol matematik yang kerap digunakan. Pelajar sering

membina kefahaman dengan mengaitkan simbol dengan persembahan yang lain

contohnya bahan konkrit, gambar ataupun bahasa ibunda. Sebagai contohnya ‘+’

hanya akan mempunyai maksud jika kita membuat satu cerita mengenainya untuk

memberikan maksud kepada simbol tersebut. Kebanyakan pelajar mendapati

bahawa pembelajaran matematik susah untuk dikuasai disebabkan konsep-

konsepnya yang berbentuk abstrak. Jadi, untuk mencapai hasil pembelajaran yang

memuaskan, pelajar mestilah mendapatkan pengalaman konkrit terlebih dahulu

sebelum dibawa kepada konsep matematik yang abstrak.

Kebanyakan bahan bantu mengajar dipasaran sekarang banyak melibatkan

perisian. Ini menyukarkan pelajar daripada golongan bertaraf hidup rendah dan

sederhana untuk memiliki dan menggunakannya. Ini adalah kerana bukan semua

pelajar memiliki komputer dirumah. Walaupun boleh dikatakan semua sekolah

memiliki makmal komputer untuk digunakan pelajar, namun kekangan masa bagi

setiap pelajar menggunakannya telah menjadi masalah kepada mereka untuk belajar

berpandukan komputer. Sebagai contoh, Nor Hayati (2001) dalam kajiannya tentang

keberkesanan perisian “The Geometer’s Sketchpad” untuk tajuk penjelmaan telah

mengenalpasti beberapa kekangan penggunaan perisian tersebut. Kajian beliau

Page 22: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

5

mendapati tidak semua pelajar mahir dalam IT terutamanya pelajar luar bandar.

Masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar turut menjadi

kekangan paling besar kepada pelajar kerana kebanyakan perisian adalah dalam

bahasa ini.

Selain daripada itu bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud dipasaran

kebanyakannya hanya dibuat khas untuk guru bagi ditunjukkan di hadapan kelas. Ini

menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat menguasai konsep yang disampaikan

oleh guru terutamanya bagi kelas yang besar. Kebanyakan pelajar tidak berpeluang

untuk mencuba bahan bantu mengajar yang ditunjukkan oleh guru.

Oleh itu, kajian ini perlulah dijalankan agar dapat mencari serta

mencadangkan langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah pelajar dan guru di

dalam semua aspek terutamanya dalam mencapai objektif pembelajaran. Antara

pendekatan yang digunakan di dalam melaksanakan kajian ini ialah temubual,

soalselidik, tinjauan dan penghasilan bahan bantu mengajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Bahan bantu mengajar (BBM) adalah satu alat yang dapat membantu guru

dan pelajar menguasai sesuatu konsep dan menarik minat pelajar dalam sesuatu

pengajaran. Sehubungan dengan itu kajian ini bertujuan untuk menilai kesesuaian

alat “Jangka Sudut Khas” (JSK) yang direkacipta oleh pengkaji untuk Tajuk

Penjelmaan dalam mata pelajaran Matematik. Penggunaan alat ini dapat

memudahkan pelajar untuk memahami konsep matematik yang disampaikan oleh

Page 23: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

6

guru dan akhirnya dapat mengekalkannya dalam ingatan untuk satu jangka masa

yang lebih panjang.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca

dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan

kaedah konvensional.

2. Mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca

dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan

bahan maujud.

3. Mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pasca dalam

pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan bahan

maujud dan kaedah konvensional.

.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian berikut:

Page 24: PENILAIAN KESESUAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR · tingkatan yang berbeza. Salah satu daripadanya ialah topik penjelmaan yang diajar dalam tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 5. Sehubungan

7

1. Apakah terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca

dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan

kaedah konvensional?

2. Apakah terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan Pasca

dalam pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan

bahan maujud?

3. Apakah terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pasca dalam

pengajaran dan pembelajaran topik penjelmaan menggunakan bahan

maujud dan kaedah konvensional?

1.6 Hipotesis Kajian

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan

Pasca yang signifiken dalam pengajaran dan pembelajaran

topik penjelmaan menggunakan kaedah konversional.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pra dan

Pasca yang signifiken dalam pengajaran dan pembelajaran

topik penjelmaan menggunakan kaedah BBM.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan prestasi pelajar dalam Ujian Pasca

yang signifiken dalam pengajaran dan pembelajaran topik

penjelmaan menggunakan kaedah konversional dan kaedah

BBM.