13 mei - sebelum dan selepas

198
13 Mei - Sebelum & Selepas sebuah buku hasil karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969 Buku bertajuk 13 Mei - Sebelum & Selepas adalah hasil nukilan Tunku Abdul Rahman sendiri. Buku yang mengandungi 23 Bab ini dibawakan untuk tatapan para sahabat sekalian agar kita dapat menghayati detik-detik kepayahan yang pernah dilalui oleh negara. Bersama-samalah untuk kita menjaga agar tanah tumpahnya darah, keringat dan air mata para pejuang Melayu yang terdahulu tidak lagi dibasahi noda-noda hitam. Jangan sampai cucu-cicit kita menyirami kubur kita dengan air kencing kerana kita gagal mengekalkan kemakmuran negara sepertimana yang kita kecapi hari ini. Malaysiakini.com telah melaporkan, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Buku “May 13″ tidak akan diharamkan pengedarannya dalam menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP, Chow Kon Yeow di Parlimen pada 18 Jun 2007. Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke-50. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas negara yang bertuah ini. Segala komen atau ulasan mengenai buku ini boleh dibuat dalam ruangan ini. Terima kasih. 1 1

Upload: wmr5439

Post on 13-Jun-2015

988 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

13 Mei - Sebelum & Selepas

sebuah buku hasil karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969

Buku bertajuk 13 Mei - Sebelum & Selepas adalah hasil nukilan Tunku Abdul Rahman sendiri. Buku yang mengandungi 23 Bab ini dibawakan untuk tatapan para sahabat sekalian agar kita dapat menghayati detik-detik

kepayahan yang pernah dilalui oleh negara.

Bersama-samalah untuk kita menjaga agar tanah tumpahnya darah, keringat dan air mata para pejuang

Melayu yang terdahulu tidak lagi dibasahi noda-noda hitam. Jangan sampai cucu-cicit kita menyirami kubur kita dengan

air kencing kerana kita gagal mengekalkan kemakmuran negara sepertimana yang kita kecapi hari ini.

Malaysiakini.com telah melaporkan, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Buku “May 13″ tidak akan diharamkan pengedarannya dalam menjawab soalan

daripada Ahli Parlimen DAP, Chow Kon Yeow di Parlimen pada 18 Jun 2007.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke-50. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke

atas negara yang bertuah ini.

Segala komen atau ulasan mengenai buku ini boleh dibuat dalam ruangan ini.

Terima kasih.

1

1

BAB 1 : Ilham Dari Hospital

APABILA seseorang sedang terbaring di hospital kerana menunggu sembuh daripada pembedahan, banyaklah waktu

yang terluang baginya untuk berfikir. Di dalam kesunyian dan kesepian sepanjang malam terbaring keseorangan,

maka akan terbayang-bayanglah di dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan-kesan yang telah timbul, sehingga jelaslah kepadanya masalah dan

keadaan yang dihadapi dan juga cara bagaimana persoalan-persoalan itu dapat diselesaikan. Memang benar

kata orang, dalam kesepian begini datanglah pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikianlah

yang telah terjadi kepada saya semasa sedang keseorangan di hospital baru-baru ini.

Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisi yang besar, maka dengan takdir Allah Subhanahu Wata’ala saya dikehendaki masuk hospital sekalipun pada ketika itu hati saya sedang runsing dan fikiran saya penuh dengan peristiwa sedih yang telah berlaku di Malaysia cuma tiga

minggu yang lepas.

Saya masuk hospital bukan dengan kehendak hati saya sendiri, tetapi dangan takdir Ilahi. Mata saya telah menjadi lemah oleh kerana terlampau berat memikirkan siang dan malam ketegangan dan krisis yang sedang berlaku, dan saya sendiri telah sedar bahawa mata kanan saya telah bertambah rosak. Jika tidak diubati dengan serta-merta,

mungkin penglihatan saya akan hilang.

Maka atas nasihat pakar mata saya, Dr. Keshmahinder Singh dan doktor peribadi saya Dato’ Pillai, saya telah

bersetuju menjalani pembedahan mata yang telah lama saya tangguhkan. Seorang pakar pembedahan mata yang

masyhur bernama Dr. Redmond Smith dari Moorefield

2

2

Hospital, England, telah dipanggil untuk menjalankan pembedahan itu. Beliau telah tiba di Kuala Lumpur pada 6

Jun dan saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kuala Lumpur pada petang itu juga dan menjalani pembedahan

pada pagi esoknya.

Semenjak menceburkan diri dalam politik, adalah menjadi kelaziman saya untuk berfikir dengan semasak-

masaknya apa jua masalah yang sedang dihadapi se-lepas daripada sembahyang Suboh. Sebenarnya inilah tabiat

saya sepanjang hidup. Peristiwa sedih yang timbul dalam beberapa minggu yang lepas telah menjadi soal yang amat

berat yang terpaksa saya pikul. Dengan kerana itu sekalipun saya masuk hospital dengan cara terpaksa, tetapi saya

menyambut baik kesempatan itu kerana saya dapat berfikir dengan tenang dan semasak-masaknya apa yang telah

berlaku di negara yang saya kasihi.

Buku kecil ini adalah hasil daripada renungan saya selama 10 hari dan 10 malam. Sebelum masuk hospital, saya telah pun membuat keputusan dan telah mengisytiharkan bahawa tidak lama lagi saya akan menulis berkenaan dengan pilihan raya baru-baru ini, rusuhan dan kesan daripadanya. Maka

bolehlah di-katakan bahawa pembedahan itu ialah satu hikmat daripada Allah sekali pun saya terpaksa

menanggung kesakitan.

Saya suka mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada

pakar-pakar tersebut, Dato’ Professor Danaraj dan kakitangan Hospital Universiti di atas segala layanan yang

telah diberikan kapada saya.

Sekalipun saya bukanlah seorang pengarang, tetapi oleh kerana saya mempunyai masa yang banyak dengan tidak ada apa-apa yang hendak dibuat semasa saya terbaring di

3

3

hospital, maka saya terfikir eloklah apa yang ada di dalam kepala saya itu dikumpulkan menjadi sebuah buku. Saya teringat kepada kata-kata hikmat ”Di-dalam seseabuah

negara yang pendudoknya terdiri daripada orang-orang buta, orang yang mempunyai satu mata adalah

menjadi raja”. Ketika di hospital itu saya mempunyai sebelah mata, dan oleh kerana saya tidak ingin negara saya dan pendudok negara ini menjadi buta kapada segala hakikat yang sebenar yang kita mesti hadapi, maka inilah peluang

saya untok melahirkan pandangan saya.

Saya tidak mempunya pengalaman dalam lapangan kewartawanan, oleh itu tulisan yang merupakan pendapat

saya di dalam buku ini janganlah dinilai dari segi kewartawanan atau kesusasteraan. Pada saya buku

ini merupakan satu ikhtiar untuk membuka mata rakyat negara ini kapada hakikat yang sebenar, dan membuka

segala kepalsuan dan perbuatan tipu helah, supaya dengan itu timbullah kesedaran bagaimana kita semua dapat

memainkan peranan masing-masing dengan sebaik-baiknya untuk hadapan negara kita.

Buku ini bukanlah ditujukan kapada dunia, tetapi kapada saudara-saudara senegara yang tahu dan kenal orang-

orang yang disebutkan di dalam buku ini. Saya suka membentangkan kapada mereka perkara dan kejadian

menurut pengetahuan dan penyiasatan saya, mengenai hal-hal yang sebenar yang telah berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia dahsyat. Inilah tujuan saya dan saya

harap mereka akan merenung dan memikirkan seperti yang telah saya lakukan di atas peristiwa sedih yang kita semua telah alami, sambil berazam bahawa kejadian itu tidak akan

berulang lagi buat selama-lamanya.

4

4

Dalam tempoh 12 tahun kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka, kita telah menghadapi pelbagai kesulitan

yang timbul di dalam dan dari luar negara, dan telah berjaya mengatasinya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan

sebagai satu bangsa yang bebas dan bekerjasama menurut asas-asas demokrasi yang tulen.

Kita telah bersama-sama menderita dan mengalami azab dan sengsara selama tiga tahun semasa peperangan dan pemerintahan Jepun. Selepas itu, setelah tiga tahun kita

berada dalam keamanan, sekali lagi kita menghadapi pelbagai ragam percubaan dan penderitaan disebabkan oleh pemberontakan di dalam negara yang dilancar dan dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Darurat yang telah

berlanjutan selama 12 tahun. Dalam tempoh itulah kita telah mencapai dua kemenangan. Kemenangan pertama kita

muncul sebagai satu bangsa yang bebas dan kedua kemenangan yang gilang gemilang mengalahkan komunis.

Selepas penubuhan Malaysia pada 1963, sekali lagi kita menghadapi satu ancaman pencerobohan, dan kali ini dari

luar negara. Ini ialah pergaduhan kita dengan Indonesia selama tiga tahun yang dikenali oleh dunia sebagai

”konfrantasi”. Saya sukacita menyatakan bahawa selepas daripada pertelingkahan yang menyedihkan itu, Malaysia

dan Indonesia sekarang ini menjadi sahabat yang rapat dan jiran yang akrab.

Sepanjang masa tersebut, suara rakyatlah yang sentiasa memainkan peranan penting. Mereka melahirkan

pandangan dan memberikan undi mereka empat kali dalam pilihan raya pertama pada 1955 dalam masa penjajahan

British dan kemudian tiga kali lagi dalam masa kita menjadi negara yang bebas iaitu pada 1959, 1964 dan

akhirnya 1969.

5

5

Sejak mencapai kemerdekaan pada 1957, saya telah ditanya berulang kali, sebagai Perdana Menteri

bagaimanakah saya telah dapat menyatupadukan pelbagai kaum sekalipun mereka mempunyai adat istiadat,

agama dan cara hidup yang berlainan, dan mengawal mereka supaya berbaik-baik dan hidup dengan aman.

Saya sentiasa menjawab bahawa puncanya terletak di atas tabiat dan rasmi rakyat itu sendiri kerana semua kaum tahu menjaga perasaan antara satu dengan lain dan mempunyai sifat berbaik-baikl. Setiap orang bebas mencari kehidupan masing-masing sama ada dalam perniagaan, pekerjaan

atau politik. Sebagai orang perseorangan atau kumpulan, kita mempunyai perasaan sendiri sama ada suka atau pun tidak di atas sesuatu perkara dan kita bebas menyimpan perasaan itu. Kita harus bersetuju atau tidak bersetuju

dengan sesuatu perkara, tetapi kita sentiasa bekerjasama kerana kita percaya semangat demokrasi ialah cara yang

terbaik untuk kehidupan kita.

Satu contoh pelaksanaan demokrasi yang kita telah lakukan ialah penggubalan Perlembagaan Negara kita. Isi dan

kandungan Perlembagaan itu telah di-bahaskan secara terbuka di segenap peringkat dan golongan

masyarakat. Mereka telah mengemukakan pandangan mereka dengan bebas sama ada secara

berseorangan atau pun beramai-ramai sehingga akhirnya lahirlah satu persetujuan secara keseluruhan, termasuk

dalam soal-soal yang ada pertentangan pendapat seperti kerakyatan, Bahasa Kebangsaan dan pertimbangan istimewa untuk kedudukan ekonomi orang Melayu.

Perlembagaan kita menjadi satu perjanjian kebangsaan yang mengikat kita semua menjadi satu.

6

6

Sungguhpun begitu, kesabaran kita sebagai satu bangsa yang merdeka ada batasnya. PKM telah diharamkan

sehingga ke hari ini kerana setelah mengalami pengalaman yang pahit kita telah dapati bahawa tujuan komunis adalah bertentangan pada asasnya dengan cara hidup yang kita

pilih. Kita tidak dapat melupakan pemberontakan yang menyebabkan tidak terkira banyaknya nyawa yang telah terkorban dan harta benda yang musnah. Kita terpaksa

mengeluarkan belanja yang besar daripada wang negara, sehingga memincangkan kemajuan ekonomi negara kita.

Kita tidak akan sekali-kali membiarkan kuman politik yang seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan

bangsa dan negara kita. Malangnya, se-bagaimana yang saya akan terangkan dalam buku ini, peristiwa yang

berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat-pengkhianat komunis masih ada di kalangan kita dan

mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan kemanan dan kemakmuran kita. Dari itu kita juga mesti sentiasa

berjaga-jaga bagi menentang pengkhianat itu.

Selain daripada itu Malaysia menjalankan demokrasi liberal di semua lapangan. Parti-parti politik yang lain boleh

ditubuhkan dengan bebas dan boleh bergerak dengan terang, dan parti-parti baru sentiasa muncul tetapi secepat itu pula mereka lenyap. Parti saya, Perikatan, hidup terus

untuk mempertahankan demokrasi.

Maka dengan semangat persefahaman dan hormat-menghormati antara satu dengan lain di kalangan rakyat

negara ini, negara dan bangsa kita telah maju ke -hadapan dengan teratur dan tersusun sejak kemenangan besar yang pertama dalam pilihan raya 1955, dan semangat inilah yang juga telah dipegang oleh rakyat dalam pilihan raya peringkat

7

7

persekutuan dan negeri, sehinggalah berlakunya peristiwa dalam tahun 1969 ini.

Sebenarnya dalam beberapa tahun yang lepas, perkembangan politik dan kemajuan ekonomi telah berjalan seimbang dan selaras dalam sebuah negara yang bersatu padu, yang rakyatnya hidup dengan puas hati dan bahagia sehingga saya beberapa kali telah menyebut bahawa saya

adalah Perdana Menteri yang paling bahagia di dunia. Sunggohpun begitu, pada 13 Mei 1969, dengan tidak

semena-mena saya dapati bahawa saya ialah Perdana Menteri yang paling masyghul se-kali. Saya tidak berasa syak bahawa dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala, maka dalam masa yang tidak lama lagi saya akan dapat

merasakan diri saya se-orang Perdana Menteri yang bahagia.

Jika kita menoleh ke belakang, maka tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa pada umumnya rakyat Malaysia telah

hidup terlampau bebas dan bersenang- lenang, dengan tidak mengambil berat sangat hal-hal yang terjadi. Kita telah

hidup dalam suasana kesenangan, dan tidak ada sebab kenapa cara hidup kita yang bahagia itu tidak boleh

berlanjutan buat selama-lamanya.

Kita tidak sangka bahawa impian kita untuk terus mencapai kejayaan telah berkecai pada 13 Mei tahun ini dalam bentuk

rusuhan kaum di Kuala Lumpur yang aman, iaitu suatu pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku

seumpamanya dalam sejarah negara ini.

Banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengah kekacauan dan rusuhan yang ngeri dan dahsyat itu,

terutamanya mereka yang berada di panggung wayang, kelab, kedai makan dan tempat hiboran. Orang lelaki,

perempuan dan kanak-kanak dari semua kaum terpaksa

8

8

mencari perlindungan untok menyelamatkan diri mereka seberapa yang boleh.

Banyak orang yang telah terbunuh, dan beratus-ratus pula yang telah tercedera. Rumah-rumah telah dibakar, harta benda dimusnahkan, kenderaan di-jahanamkan. Seluruh bandar ibu kota yang biasanya sibuk tetapi aman telah

berada dalam kecemasan. Perbuatan-perbuatan kejam yang berleluasa seperti itu tidak pernah berlaku pada masa dahulu dalam negara ini yang penduduknya daripada

pelbagai kaum telah menikmati keamanan dan ketenteraman sejak zaman berzaman.

Perasaan takut dan terkejut telah meresap ke dalam hati sanubari seluruh rakyat, sehingga kita masih berasa

menggeletar setiap kali teringatkan kejadian yang dahsyat itu. Dari segi kedudukan alam, Malaysia tidak terletak dalam

lingkungan gempa bumi, tetapi 13 Mei 1969, nyatalah merupakan satu letupan gempa masyarakat dan politik yang

amat mengerikan.

BAB 2 : Bayangan Masa Lampau

ADA orang berkata bahawa peristiwa yang lepas boleh dijadikan alamat bagi peristiwa-peristiwa yang akan datang,

tetapi hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik

kejadian yang berlaku dalam pilihan raya umum tahun 1969.

Sungguhpun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa ini, sukalah saya jelaskan

beberapa perkara. Pertama, pilihan raya tahun 1969 dan huru-hara yang berlaku pada 13 Mei itu ada kait-mengait.

9

9

Kesemua pilihan raya yang lepas di negara ini telah dijalankan dengan sempurna dalam suasana muhibah dan saling mengerti. Begitu jugalah pada hari mengundi pilihan raya 1969 yang jatuh pada hari Sabtu, 10 Mei di Malaysia

Barat, kesemuanya telah berjalan dengan licin sebagaimana pilihan-pilihan raya yang telah lalu dengan tidak ada satu pun kejadian yang boleh menghalangnya. Sungguhpun begitu, semasa kempen, perbuatan-perbuatan liar telah

dilakukan dan ucapan-ucapan tidak bertanggungjawab telah dikeluarkan. Oleh itu perlulah kita mengkaji apa yang telah berlaku sebelum pilihan raya, dan semasa pilihan raya itu

berjalan hinggalah selesai pilihan raya dengan tujuan untuk mencari dan memahami mengapa dan bagaimana rusohan

meletus secara tiba-tiba.

Perkara kedua yang saya suka hendak tegaskan ialah pengaruh fahaman komunis. Tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh berdiri keseorangan, dengan mengasingkan diri untuk menentang pengaruh ideologi atau fahaman dari

luar. Malaysia dan semua negara di Asia pada hari ini sedang menghadapi ancaman dari China. Dengan adanya kemudahan alat-alat perhubungan saperti yang terdapat di

zaman kita ini, maka mustahil kita terselamat daripada pengaroh ajaran Komunis yang dipancarkan dari Peking, dan kemudian disebarkan di sini secara tergila-gila oleh

pihak-pihak yang tertentu.

Ada juga sesetengah orang yang mempersendakan saya dengan mengatakan saya terlampau takut kapada Komunis,

seolah-olah ada Komunis di dalam setiap semak, tetapi adalah menjadi kewajipan saya sebagai Perdana Menteri untok menjaga keselamatan negara daripada sabarang ancaman dalam dan luar negara kerana saya sentiasa

mendapat maklumat dan laporan sulit. Saya tidak pernah memperkecilkan pengaruh yang ditanam oleh Komunis. Kita

10

10

mesti sentiasa berwaspada untok mengamati pada sebarang waktu kesan dan pengaruh fahaman Komunis yang mungkin telah meresap ke dalam hati dan fikiran

orang-orang kita, terutama belia.

Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 adalah satu contoh yang menggambarkan sejauh mana penyokong-penyokong Komunis, sama ada yang bergerak secara terang atau sulit,. sanggup melakukan

sesuatu yang merosakkan kepentingan Malaysia.

Pergaduhan kaum telah timbul di sana apabila anggota-anggota Cina dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah

mengambil kesempatan atas langkah Kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untok melancarkan hartal. Pertemporan-pertempuran telah

berlaku, dan orang-orang Melayu dan penyokong-penyokong yang setia kapada Kerajaan menjadi sasaran serangan mereka. Beberapa orang yang terperangkap

dalam kejadian itu telah terbunuh atau cedera. Pasukan-pasukan keselamatan telah berjaya mengembalikan

ketenteraman dengan serta-merta dengan mengenakan perintah berkurung dan menangkap orang-orang yang

disyaki.

Tujuan Komunis itu ialah hendak melancarkan hartal ke seluroh negara, tetapi mereka gagal kerana pendudok di

tempat-tempat lain tidak mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan masing-masing seperti biasa.

Dalam bulan Jun, 1968, hukuman gantung hampir hendak dijalankan ka atas 11 orang Cina yang menjadi anggota Parti Komunis Malaya yang telah dihukum bunuh kerana membantu orang-orang Soekarno menyerang Selatan

(Semenanjung) Malaysia. Perintah hukuman gantung yang

11

11

sama telah juga ditandatangani ka atas dua orang Melayu di Perak.

Dr. Tan Chee Khoon, yang pada ketika itu menjadi Anggota Parlimen Parti Buruh bagi Kawasan Batu telah membuat rayuan untuk menahan hukuman gantung itu. Bersama-

sama dengan ahli-ahli Parti Buruh dan penyokong-penyokong Komunis, dia telah melancarkan satu kempen

yang besar dari rumah ke rumah untuk memungut tandatangan dengan tujuan hendak menimbulkan rasa

simpati di kalangan orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum bunuh itu.

Akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam kempen ini.

Anasir-anasir pro-Komunis telah menghasut ibu bapa dan waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya

mengadakan perjumpaan untok membantah. Sungguhpun bagitu, rayuan mereka telah ditolak oleh Duli-Duli Yang

Maha Mulia Sultan Johor dan Sultan Perak.

Sementara itu, tarikh bagi menjalankan hukuman gantung itu telah hampit. Di luar pintu Penjara Pudu di Kuala Lumpur

dan di sepanjang jalan menuju ke penjara itu, tunjuk perasaan secara liar telah dilakukan oleh orang-orang

tertentu termasuk belia Komunis. Mereka menbaling batu ka atas kereta yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas.

Untuk mengelakkan daripada timbulnya pergaduhan di seluroh negara yang mungkin membawa kapada rusuhan antara kaum yang boleh menumpahkan darah, maka saya

sendiri telah menyembahkan rayuan kapada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak bagi pihak orang-orang yang dihukum gantung itu,

dan kedua-dua baginda telah berkenan meringankan

12

12

hukuman itu kapada penjara seumor hidup. Sama ada tindakan saya itu betul atau pun salah, tujuan saya ialah

semata-mata hendak menyelamatkan 11 orang Komunis di Johor dan dua orang penderhaka Melayu di Perak daripada

mati di tali gantung.

Tunjuk-tunjuk perasaan itu berhenti dan keamanan telah dipulihkan. Sungguhpun begitu masih lagi terdapat rasa

gelisah saperti api dalam sekam, dan Kerajaan sedar mungkin perkara ini tidak habis setakat itu sahaja. Jadi

Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mencegah daripada berlakunya lagi sebarang kekacauan, dengan jalan

melipat-gandakan lagi pengawasan sebagai langkah berjaga-jaga. Api dalam sekam perlu diawasi dengan

cermat.

Komunis telah mendapat pengalaman dan pengajaran daripada kejadian-kejadian itu sebagaimana yang terbukti

daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya. Mereka sengaja menaikkan perasaan orang ramai dalam soal 11 orang Cina itu sahaja, tetapi tidak ada langsung suara yang timbul bagi pihak dua orang Melayu. Hasil daripada pengajaran ini, sekiranya orang ramai dapat diapi-apikan hingga sampai pada satu keadaan yang boleh

menimbulkan kekacauan dalam garis undang-undang, maka kemungkinan untuk melakukan kekacauan dengan mengapi-apikan perasaan perkauman di luar undang-undang tentulah akan lebeh menggoncangkan seluruh negara. Mereka cuma

perlu meniup api itu untuk memarakkan satu kebakaran yang dahsyat.

Sebenarnya anasir-anasir puak pelampau kiri yang sentiasa menunggu kesempatan untuk menimbulkan kekacauan, tidak belengah-lengah lagi daripada menunjukkan jalan

untuk bertindak pada masa hadapan, bertentangan dengan

13

13

kepentingan negara. Selepas enam minggu sahaja daripada tarikh Komunis dan pengkhianat-pengkhianat itu

diringankan hukuman pada 13. Oktober, Parti Buruh (iaitu Sosialis) telah mengisytiharkan yang mereka akan

memulaukan pilihan raya yang hendak diadakan pada 1969.

Saya tidak mengerti kenapa ahli-ahli politik boleh terpengaruh dengan cara memulaukan pilihan raya kerana

percubaan-percubaan yang seperti itu di Malaysia dan Sinagpura pada masa yang lepas sentiasa menemui

kegagalan.

Langkah Parti Buruh ini semata-mata meniru taktik Barisan Sosialis Singapura yang telah enggan mengambil bahagian

dalam pilihan raya, dan dengan kedegilannya berpegang kapada polisi ini, parti itu akhir-nya telah lenyap. Mereka

telah menarik keluar ahli-ahli mereka dari Dewan Undangan Singapura, tetapi selain daripada itu mereka tidak

melakukan sebarang tindakan kekerasan. Mungkin kerana Kerajaan di Singapura itu dipegang oleh kebanyakannya

pemimpin-pemimpin Cina, maka Barisan Sosialis mendapati sesuai dengan tujuannya untok mengekalkan negara itu sebagai tapak untuk kemasukan anasir-anasir subversif

Komunis.

Parti Buroh di Malaysia telah mengikut jejak yang buruk itu dan barangkali juga mereka bertujuan hendak menjadi satu parti yang kaku sebagaimana Barisan Sosialis. Pemimpin-

pemimpinnya tentulah tidak dapat meramalkan perkembangan yang harus timbul, tetapi mereka

berpendapat bahawa sikap mereka yang baru itu mungkin akan menimbulkan bencana yang mereka harap-harapkan.

Memanglah menjadi taktik Komunis menyalakan api di bawah seberapa banyak cerek yang boleh, dengan harapan

14

14

moga-moga salah satu daripadanya akan meletup dengan sendiri-nya.

Terdahulu daripada kejadian itu, tahun 1968 bolehlah dikatakan aman di dalam gelanggang politik setakat yang mengenai dengan parti-parti pembangkang. Satu sahaja

perkembangan baru yang telah berlaku, iaitu pengisytiharan bagi menubuhkan sebuah Badan Politik yang baru dalam bulan April, ia-itu Parti Gerakan, yang terdiri dari mereka yang menggelarkan diri mereka bijak pandai dan orang-

orang terpelajar yang pendiriannya menentang dasar kerajaan Perikatan.

Ketika itu pengisytiharan hendak mengadakan pilihan raya belum lagi dibuat. Perikatan berkuasa mengisytiharkan satu

pilihan raya mengejut pada bila-bila masa di dalam tahun yang penghabisan bagi tempoh perkhidmatannya, tetapi sebaliknya saya telah mengisytiharkan bahawa Kerajaan akan memenuhi tempoh perkhidmatannya selama lima

tahun.

Parti Buruh menyifatkan sikap saya ini sebagai satu muslihat, kerana mereka yakin bahawa saya akan melakukan sesuatu yang memeranjatkan. Menurut

Perlembagaan, jika pilihan raya tidak diadakan lebih awal, maka ia mestilah diadakan dalam tempoh 95 hari daripada

tarikh tamat tempoh perkhidmatan lima tahun yang lepas. Ini bererti selambat-lambatnya menjelang akhir bulan April

1969.

Tiba-tiba Parti Buruh telah meniru satu lagi perbuatan Barisan Sosialis, iaitu satu langkah yang belum pernah terjadi di dalam negara kita yang demokratik semenjak

merdeka. Mereka telah mengisytiharkan bahawa mereka akan menarik keluar dengan serta-merta kesemua ahlinya

dari Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Dalam

15

15

Parlimen mereka mempunyai dua orang ahli iaitu Dr. Tan Chee Khoon dan Lim Kean Siew.

Keputusan ini telah menimbulkan keadaan kelam-kabut dan perpechaan di kalangan ahli-ahli mereka sendiri. Jelaslah kapada orang ramai bahawa tindakan yang baru ini telah

disokong sebulat suara oleh kesemua ahli Parti Buruh. Encik Lim mengambil masa berminggu-minggu untuk menbuat

keputusan bagi mematuhi keputusan ini, tetapi Dr. Tan telah enggan menarik diri dari Parlimen, kemudian telah

meninggalkan rakan-rakannya dalam Parti Buruh dan dengan serta-merta masuk Parti Gerakan yang baru

ditubuhkan.

Mungkin juga hal ini satu muslihat dan tipu-helahnya atau partinya untuk menutup kekalahan puak-puak Sosialis dalam

pilihan-pilihan raya yang lepas. Parti baru yang Dr. Tan sendiri menjadi Setiausaha Agongnya telah mendapat

sokongan yang kuat daripada ahli-ahli Parti Buroh yang telah lumpuh itu dan juga daripada mereka yang dengan

bersulit-sulit mempunyai simpati terhadap Komunis.

Dengan itu tamatlah perkembangan politik bagi tahun 1968, iaitu dengan bermulanya bulan puasa pada pertengahan November dan perayaan bersama Hari Raya dan Hari

Krismas selama tiga hari berturut-turut. Kehidupan orang-orang Malaysia telah berjalan seperti biasa dengan penuh

semangat persahabatan. Begitu-lah kepercayaan dan perasaan kita pada hari menjelangnya tahun baru. Kita tidak

dapat meramalkan apa yang terjadi dalam tahun baru itu, tetapi tidak seorang pun berasa waham tentang kejayaan

kita di masa hadapan.

16

16

BAB 3 : Pilihan Raya Umum

MENYINSINGNYA fajar tahun 1969, saya terus sibuk dengan persiapan untuk Persidangan Perdana-Perdana

Menteri Komanwel dalam bulan Januari, dan selepas daripada balik dari persidangan di London itu barulah

Kerajaan mengisytiharkan pada 20 Mac bahawa pilihan raya akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei dan hari penamaan

calon ditetapkan pada hari Sabtu, 5 April.

Parti-parti pun mulalah melipatgandakan kempen yang telah mereka jalankan sebelum itu secara sulit. Daripada

perkembangan yang berlaku selepas dari itu, maka dapatlah diduga bahawa pilihihan raya pada kali ini akan menjadi

sungguh hebat. Gerakan politik bertambah kuat dijalankan, dan apakala hari penamaan calon hampir tiba, pelbagai

tekaan di atas pemilihan calon telah timbul; dan parti-parti lawan pula sekali lagi telah cuba bersatu untuk menentang Perikatan. Usaha mereka itu telah gagal, tetapi persetujuan telah tercapai di kalangan beberapa buah parti untuk tidak

bertanding sesama mereka.

Jelaslah juga bahawa ugutan Parti Buruh hendak memulau polihan raya itu akan benar-benar dilakukan oleh mereka dengan pihak Komunis menyokong di belakangnya. Pada hari penamaan calon, Polis telah menjumpai 55 bendera

komunis di Perak dan pada hari itu juga belia Parti Buruh di Kuala Lumpur telah mengadakan tunjuk perasaaan dengan mengejut. Pada keesokannya, iatiu 6 April, sebuah skuter

dipunyai oleh saorang mata-mata (konstabel) telah dijumpai terbakar di Ampang dan sembilan hari kemudian pada 15

April, sebuah kereta ronda Polis telah direjam dengan batu di Cheras. Kedua-dua tempat ini terletak di pinggir Kuala

Lumpur.

17

17

Pada hari penamaan calon, semua parti seolah-olah menurunkan tandatangan bagi menandakan mulanya

pertempuran, dan kempen yang telah pun berjalan dahulu lagi, sekarang akan diperhebatkan.

Cuma sebuah parti sahaja yang bertanding untok semua kerusi, iaitu Parti Perikatan yang memerintah, yang terdiri

daripada Pertubohan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India

Malaysia (MIC).

Lima buah parti menentang Perikatan. Parti-parti itu ialah parti-parti yang telah bertanding dalam Pilihan Raya

Parlimen:

1. Parti Islam Sa-Tanah Melayu (PAS). Parti Islam yang memerintah negeri Kelantan, dengan mempunyai

sembilan orang wakil dalam Parlimen;2. Parti Gerakan, sabuah part baru yang dipimpin oleh

Syed Hussain Alatas sebagai Presiden, Dr. Lim Chong Eu dan V. David sa-bagai naib-naib presiden dan Dr.

Tan Chee Khoon sebagai Setiausaha Agong;3. Parti Tindakan Demokrat (DAP), sebuah cawangan dari

Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura, dengan Goh Hock Guan sabagai Setiausaha Agung dan Lim Kit

Siang sebagai Setiausaha Penyelenggara;4. Parti Progressif Rakyat (PPP), dengan Dato’ S.P.

Seenivasagam sebagai Presiden; dan5. Sebuah parti baru di Seremban yang di-kenali dengan

nama Pertubuhan China Malaysia Bersatu (UMCO), dengan Chin See Yin sebagai Presiden.

Selain daripada itu, Parti Rakyat, ia-itu sebuah pertubohan berfaham kiri yang di-pengerusikan oleh Kassim Ahmad dan

Syed Hussein Ali sebagai Setiausaha Agungnya, telah meletakkan chalon dalam pilihan raya Majlis Undangan 11

18

18

buah Negeri. Beberapa orang calon bebas telah bertanding di peringkat Parlimen dan negeri.di Malaysia Barat telah ditetapkan pada 10 Mei; di Malaysia Timor pula hari-hari mengundi telah ditentukan pada beberapa hari hingga

penghujung bulan Jun.

Kempen itu berjalan selama tujuh minggu sebelum daripada rakyat menentukan pemilihan mereka pada hari

pembuangan undi 10 Mei. Pilihan-pilihan raya yang lepas di Malaysia boleh dikatakan berjalan dalam suasana harmoni,

berbanding dengan kehebohan yang berupa kecaman, perbuatan yang tidak sopan dan perkataan-perkataan yang menyentuh perasaan yang telah timbul dalam pilihan raya

tahun 1969 ini.

Dari permulaan kempen itu, Pas telah memainkan sentimen perkauman dan agama untok mendapat sokongan orang-

orang Melayu di negeri-negeri , selain dari Kelantan di mana mereka telah pun memegang kuasa. Di satu pihak lagi,

DAP, Gerakan dan PPP yang telah mengapi-apikan perasaan dan sentimen orang-orang Cina, dengan

mengatakan bahawa mereka akan merampas hak-hak orang-orang Melayu yang tercatat dalam Perlembagaan;

dan menekankan bahawa mereka akan mengamalkan dasar berbilang bahasa di Malaysia jika mereka menang dalam pilihan raya itu. Dengan tidak teragak-agak lagi, keempat-

empat parti itu telah bertubi-tubi menekankan dalam ucapan-ucapan mereka soal-soal yang sensitif, dengan menyentuh perasaan kedua-dua kaum yang terbesar di-

Malaysia.

Sejak pilihan raya tahun 1964, parti-parti pembangkang telah melancarkan dakyah dengan cara halus untuk

mendapatkan beberapa buah kerusi dalam pilihan raya akan datang, tetapi cara mereka berkempen dalam tahun

19

19

1969 telah keluar daripada batas kesopanan. Dengan perbuatan yang saperti itu, maka pergeseran antara dua

kaum terbesar nampaknya tidak lagi dapat dielakkan. Komunis segera pula mengambil kesempatan daripada

suasana yang keruh itu.

Ancaman Komunis yang bergerak dengan berselindong di dalam mana-mana parti dan dengan apa jua cara untuk

mencapai tujuan mereka, adalah sangat berbahaya kerana mereka telah menggunakan cara dakyah yang baru bagi

mendapat sokongan orang-orang Cina, terutama dari mereka yang enggan menyifatkan Malaysia sebagai negara

tempat tumpah taat setia mereka. Mereka menanamkan perkauman dalam hati dan fikiran orang-orang itu untuk

menarik mereka masuk dalam gerakan Komunis.

Pada masa dahulu, ideologi dan cara mereka telah gagal memberi eksan, kerana rakyat telah pun mendapat

kebahagiaan hidup dan beroleh apa yang mereka perlukan untok kehidupan mereka. Mereka sendiri telah dapat melihat

dan menanggung kesusahan dan kepahitan hidup dalam tempoh 12 tahun Komunis mengganas, dan mereka tidak akan lupa seumur hidup pengalaman yang pahit itu. Jadi

taktik baru mereka, tidak akan berkesan ke atas orang-orang yang telah mengalami hidup pada zaman Darurat itu.

Sementara itu kehidupanr rakyat terus berjalan sebagaimana biasa, orang-orang muda menjadi tua dan

kanak-kanak menjadi orang dewasa. Bilangan terbesar pendudok Malaysia pada waktu ini adalah belia

belasan tahun atau dalam lingkungan 20-an. Kebanyakan mereka, terutamai yang maseh kecil pada masa Darurat

dahulu tentulah tidak ingat tentang bagaimana rakyat negara ini telah hidup dalam kesusahan dan ketakutan kerana

20

20

keselamatan dan nyawa mereka sentiasa terancam pada waktu itu.

Parti Komunis menghalakan taktik barunya itu kapada pemuda dan pemudi ini kerana pada masa Darurat dahulu

mereka belum cukup umur untuk memahami kesan perbuatan komunis itu; tetapi sekarang mereka telah

dewasa dan boleh mengundi dalam pilihan raya. Komunis juga telah mempengaruhi dan menyesatkan fikiran belia

yang belum boleh mengundi dengan harapan moga-moga gerakan yang dijalankan oleh belia itu kelak akan

menimbulkan pelbagai kesan sehingga boleh menanamkan rasa gelisah dan menghilangkan rasa kepercayaan di

kalangan ibu bapa.

Belia yang mendapat perhatian Komunis ialah mereka yang mempunyai perasan kecinaan yang tebal. Jika tidak

kesemua, kebanyakan daripada mereka menumpahkan taat setia mereka kepada negara China. Belia yang seperti ini

terdapat juga di kalangan ahli-ahli kesemua parti pembangkang, terutama Parti Buruh yang secara terang-

terang menggunakan mereka dalam kempen.

Bukan mudah hendak mengawal belia ini atau menahan mereka daripada masuk Komunis. Mereka boleh masuk

dengan fikiran dan fahaman, sekali pun tidak dengan tubuh badan sebagai anggota parti itu. Oleh kerena ibu bapa

mereka tidak mengawal mereka, maka hubungan mereka dengan keluarga menjadi renggang dan fikiran mereka

hanyut; mereka menjadi sesat dan tidak lagi dapat mendengar dan melihat apa yang ada di sekeliling mereka

kecuali pujukan Komunis.

Satu lagi golongan di kalangan belia Cina ialah yang bercita-cita tinggi dan berlagak pandai dan bijak bercakap, yang menggelarkan diri mereka golongan terpelajar, dan baru

21

21

sahaja lulus universiti dan sekarang boleh mengundi, iaitu pemuda dan pemudi yang enggan mengakui perimbangan kuasa antara golongan politik dan golongan ekonomi, iaitu satu hakikat yang telah diakui dahulunya oleh semua pihak dan telah ditentukan dengan adilnya dalam Perlembagaan.

Belia ini tepat sabagaimana yang dimaksudkan oleh Robert Louis Stevenson di-dalam tulisan-nya yang berbunyi:

“Mungkin politik ialah satu-satunya pekerjaan yang dianggap tidak memerlukan sebarang persiapan atau pelajaran.”

Mereka bercita-cita hendak mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan politik, dengan harapan akhir-nya kelak mereka akan dapat menjadi

pemimpin utama bagi orang-orang Cina di dalam kedua-dua lapangan ekonomi dan politik di Malaysia. Mereka tidak

redha mengakui adannya lagi kekuasaaan politik di tangan Melayu dan dengan itu mereka berpendapat konsep

Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh Lee Kuan Yew secocok dengan cita-cita mereka. Mereka juga tidak mengindahkan hakikat bahawa inilah juga sebabnya

Singapura telah ditolak keluar dari Malaysia. Oleh kerana corak politik yang dimainkan oleh PAP pada ketika itu tentu

akan membawa kapada timbulnya pertelingkahan kaum, maka saya mengambil keputusan memberi kemerdekaan

kepada Singapura untok kepentingan keamanan dan kebahagiaan di-Malaysia.

Kedua-dua golongan belia Cina ini, iaitu belia yang masih belasan tahun dan belia yang di dalam lingkungan umur 20-

an, tidak tertarik hati dengan MCA, iaitu parti politik orang Cina yang terbesar yang sentiasa mendapat sokongan yang kuat daripada golongan ahli-ahli perniagaan Cina. Mereka merasa MCA telah berkuasa terlampau lama, dan bersikap

terlampau bertolak ansor, dan pebezaan umur di antara

22

22

pemimpin-pemimpin MCA dengan mereka itu terlampau jauh. Oleh yang demikian mereka tidak bersetuju dengan

dasar MCA yang bekerjasama dengan UMNO untok membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu.

Saya berani berkata bahawa cuma sesuku daripada orang Cina di Malaysia atau pun kurang dari itu yang bersetuju

dengan pandangan-pandangan mereka itu, atau pun yang menumpahkan taat setia mereka kepada negara China di bawah pemerintahan Mao Tse-Tung. Tiga suku daripada

pendudok Cina mahu hidup dalam aman dan harmoni dengan kaum-kaum lain di negara ini supaya mereka

dengan aman dapat mencari kehidupan atau menjalankan pekerjaan mereka dalam perdagangan atau perniagaan atau

pun meneruskan perusahaan yang mereka jalankan dari zaman nenek moyang mereka.

Walau sekuat mana pun cinta mereka itu kapada keamanan, orang-orang Cina yang tiga suku itu tidak dapat menahan

kemaraan golongan baru itu, apatah lagi hendak menentang mana-mana pertubuhan yang tersusun rapi yang terdiri

daripada orang-orang yang bercita-cita hendak menimbulkan kekacauan, seperti komunis. Mereka juga

telah menunjukkan bahawa mereka tidak terdaya hendak menentang anasir kongsi2 gelap yang menjadi kuman

masharakat yang sentiasa menindas orang-orang Cina.

BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina

KONGSI gelap bukanlah satu gerakan baru di Malaysiai. Anggota-anggota pertubuhan haram itu adalah sebahagian daripada masyarakat Cina. Apakala kaum Cina mendapat

kekayaan, bilangan kuman-kuman masyarakat ini juga menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di

segenap penjuru alam, di mana ada orang Cina, sekalipun di Chicago, San Francisco atau London.

23

23

Di Malaysia, di mana orang Cina adalah kaum yang terkaya, kongsi-kongsi gelap telah menjadi bertambah kuat

kerana mereka mendapat wang daripada ahli-ahli perniagaan dengan cara pemerasan, penculikan, ugutan

dan apa jua cara haram. Mereka tidak menumpukan gerakan mereka kapada peniaga-peniaga besar sahaja.

Mangsa-mangsa mereka termasuklah perempuan sundal, penari, rumah urut dan peniaga kecil, dengan cara menuntut wang perlindungan daripada mereka itu.

Pada masa lalu mereka tidak pernah mengambil bahagian dalam politik, kalau ada pun sangatlah sedikit, tetapi dalam tahun 1969 peranan yang mereka mainkan telah menjadi lebeh penting kerana mereka berada di mana-mana dan

ditakuti oleh orang ramai.

Banyak ahli politik Cina yang memberi kerja kapada mereka, sama ada untuk mengawal keselamatan mereka, atau untuk

menambahkan pengaruh dan meninggikan kedudukan mereka di kalangan kaum itu, dan dengan itu dapatlah mereka mencapai tujuan mereka. Dengan kerana itu,

kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang tidak lagi dianggap sebagai kuman masyarakat, telah mendapat kedudukan

penghormatan yang ganjil, seolah-olah sama saperti kumpulan sulit Mafia di Amerika Syarikat; dan dengan

kedudukan ini mereka telah menimbulkan satu ancaman dan masalah kapada kebahagiaan hidup masyarakat di

Malaysia.

Dalam kempen pilihan raya yang lepas mereka telah mengambil peranan yang baru sebagai wakil calon dan pekerja untok calon-calon yang bertanding dalam pilihan

raya itu yang manjalankan tugas mereka dengan menggunakan segala tipu helah jahat yang mereka sahaja

tahu menjalankannya. Pengundi-pengundi telah diugut

24

24

supaya mengundi calon-calon yang tidak mereka sukai. Dengan sebab gerakan mereka yang jahat itu, maka

perjalanan pilihan raya menurut asas-asas demokrasi yang sentiasa diamalkan pada masa lalu telah terganggu. Di

mana-mana kuman masyarakat ini campur tangan, maka kempen telah dijalankan dengan berbagai-bagai-bagai rupa,

tetapi tidak lagi mengikut lunas-lunas demokrasi.

Polis Diraja Malaysia sentiasa bergerak untuk menentang anggota-anggota kongsi gelap itu, terutama dalam masa

lima atau enam tahun yang lepas. Maklumat-maklumat yang penting telah diperoleh dalam penyiasatan yang dijalankan mengenai gerakan kongsi gelap itu tetapi polis tidak sangka

gerakan mereka akan dijalankan dalam pilihan raya.

Sikap anasir-anasir komunis dan tiga golongan orang Cina yang saya sebutkan di atas telah menyebabkan timbulnya

perasaan anti-Malaysia, dan perasaan inilah yang telah ditonjolkan dalam pilihan raya. Banyak sebab-sebabnya,

tetapi yang terbesar ialah Bahasa Kebangsaan. Dari beberapa surat yang telah saya terima, nyata-lah banyak

orang Cina dan India berasa tidak senang hati ketika Bahasa Kebangsaan mula digunakan. Oleh kerana bahasa Melayu telah menjadi asas kapada Bahasa Kebangsaan, maka kaum Cina chauvinis (inilah sahaja perkataan yang tepat untok menghuraikan sikap mereka) telah melahirkan

perasaan mereka dengan menghasut supaya diadakan sekolah-sekolah dan hospital yang berasingan dan sebuah

universiti untuk orang Cina sahaja.

Alasan yang mereka kemukakan ialah daging babi tidak boleh dihidangkan dalam kantin bangunan yang

menempatkan pelbagai kaum. Mungkin soal makanan ini boleh di-jadikan satu isu, tetapi ini adalah satu perkara yang

senang diatasi dengan cara mengadakan kantin yang

25

25

berasingan, atau jika tidak dapat diadakan kemudahan memasak yang berasingan, masih banyak makanan lain yang boleh dihidangkan kapada semua kaum yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak dari segi agama

atau lain-lain. Kenyataan ini terbukti kebenarannya jika kita perhatikan penjualan makanan oleh penjaja-penjaja tepi

jalan saperti di Jalan Campbell, Kuala Lumpur, yang sangat digemari oleh semua kaum.

Soal-soal kecil saperti makanan merupakan alasan sahaja. Hakikat yang sebenarnya ialah golongan cauvinis itu

menentang langkah menjadikan mereka orang Malaysia. Mereka menentang tujuan ini, dan mereka mahu kekal

sebagai orang Cina. Terpulanglah kepada mereka untuk berpegang kapada sikap yang seperti itu, tetapi di dalam

masyarakat yang berbilang kaum, marilah kita semua membulatkan taat setia kapada negara ini, biar apa pun jua

asal keturunan kita. Apakala negara mengadakan satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu, maka saya rasa

adalah menjadi kewajipan bagi semua orang memberi sumbangan masing-masing bagi menjayakannya

sebagaimana yang telah dipersetujui dan dicatatkan dalam Perlembagaan.

Inilah soal yang menyebabkan MCA hilang pengaruh. Mestilah diakui bahawa dasar Perikatan adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan. Maka sokongan MCA terhadap dasar yang seperti itu adalah betul dan dengan

yang demikian patutlah mendapat sokongan daripada orang-orang Cina di Malaysia yang berfikiran waras dan taat setia kapada negara ini. Keengganan orang Cina untuk menyahut

seruan supaya terbentuknya satu bangsa Malaysia yang bersatu telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-

Melayu. Sikap ini disedari oleh orang Melayu, dan oleh kerana marah kapada orang Cina yang tidak memberi

26

26

kerjasama di atas perkara yang telah dipersetujui, maka mereka pula telah menghasut supaya timbul perasaan anti-

Cina, sambil menuduh Kerajaan bersikap lembut.

Perasaan melampau yang ditunjukkan oleh puak kanan atau puak kiri sesuatu kaum itu akan melemahkan usaha hendak

menubuhkan satu bangsa Malaysia yang bersatu. Malangnya dalam pilihan raya baru-baru ini, mereka yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab telah mengambil

kesempatan yang sepenuhnya untuk meniupkan perasaan yang seperti itu.

Saya telah melawat seluruoh cerok dan rantau negara selama dua bulan dan mengingatkan pendudok dari semua kaum tentang bahaya corak politik ini, dan juga pergaduhan antara pendudok boleh memecahbelahkan masyarakat dan menjahanamkan negara yang kita telah bina. Kutub Utara dan Kutub Selatan mustahil akan dapat bertemu , tetapi

manusia boleh bercampur gaul di mana-mana jua di atas muka bumi ini.

Saya telah terperanjat apabila orang Cina yang telah menunjukkan sokongan yang kuat kapada calon-calon UMNO pada masa lalu, dengan tidak semena-mena

mengubah sikap mereka dan berpaling tadah menyokong calon-calon Pas pula. Semasa saya melawat bersama-sama

dengan kawan-kawan saya ahli MCA, saya telah dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini

berlaku di kawasan saya. Saya telah melihat orang-orang Cina pergi ke pondok calon Pas. Tentulah saya terperanjat,

dan saya fikir mereka tersalah pergi ke pondok Pas itu.

27

27

Apabila saya memberhentikan motokar untuk bertanya, pengundi-pengundi Cina itu telah meradang kerana mereka

menyifatkan perbuatan saya itu sebagai mengganggu kebebasan mereka untok mengundi. Saya telah berasa

cemas apabila mendapati kejadian yang sama berlaku di merata tempat di Utara Kedah.

Sesunggohnya susah hendak difahami kenapa kejadian ini berlaku kerana semasa kempen, calon-calon PAS terang-terang telah menunjukkan sikap anti-Cina, tetapi apabila

mengundi parti itu mendapat sokongan daripada orang Cina.

Nyatalah ada perkara sulit yang telah berlaku pada ketika itu. Mungkin mereka telah menerima arahan daripada pihak-

pihak tertentu, atau pun mereka telah diugut dan mereka mengundi partiparti pembangkang kerana takut. Apabila

salah seorang daripada mereka disoal kenapa mereka telah pergi ke pondok Pas, dia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang Cina takut kepada Pas di Kedah atau di

tempat-tempat lain sekalipun dasar parti itu anti orang Cina, kerana orang Cina di Kelantan tidak teraniaya sekalipun

parti itu berkuasa dic negeri tersebut.

Satu lagi sebab yang mereka beri ialah beberapa hari sebelum hari mengundi, seorang calon Perikatan telah menghina orang China dengan mengatakan bahawa sekalipun orang Cina tidak menyokongnya, dia masih

mempunyai harapan untok menang. Calon itu ialah Dr. Mahathir Mohamad.

Saya dapat tahu kejadian ini daripada Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Dr. Cheah Toon Lock. Saya telah berkata

kepadanya bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang China berdiri di belakang Parti Perikatan, kecualilah

jika ia menjadi ahli parti pembangkang. Tidaklah patut

28

28

mereka menghiraukan apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir.

Orang Cina tidak berhak menjadi ahli Parti PAS tetapi sebelum tahun 1966 mereka boleh menjadi ahli bersekutu

dalam UMNO, dan ahli biasa dalam MCA yang berikat dengan UMNO. Dengan kerana itu tidak ada sebab kenapa

orang Cina patut mengundi calon Pas melainkan untok menunjukkan sikap permusuhan terhadap Perikatan atau

pun kerana mereka takut.

Di antara parti-parti pembangkang, Pas adalah parti yang tertua. Dalam pilihan raya yang pertama, iaitu semasa

pemerintahan British dalam tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingkan, dan seuah kerusi telah dimenangi oleh ahli PAS dari Perak.

Allahyarham Dato’ Onn dengan secara tidak langsong adalah bertanggungjawab melahirkan Pas semasa beliau menjadi Yang Dipertua Agung UMNO. Ketika itu dalam

UMNO terdapat sebuah jawatankuasa agama yang mempunyai tujuan untok menasehatkan UMNO dalam hal

ehwal agama.

Apabila Dato’ Onn meninggalakan UMNO, ahli-ahli jawatankuasa agama itu kemudiannya telah menukarkan

corak agama kapada politik supaya dapat bertanding dalam pilihan raya. Langkah itu telah menyebabkan pecahnya

kekuatan orang Melayu. Dengan itu muncullah Pas dalam gelanggang politik tanah air kita. Mereka melancarkan

gerakan dengan menggunakan agama semata-m,ata kerana pada keseluruhannya orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam. Pada permulaan-nya, parti itu tidak mendapat sambutan yang besar tetapi lama kelamaan mereka telah berjaya mendapat pengikut yang lebeh ramai, terutama di

29

29

Kelantan di mana Perikatan memegang kuasa semasa merdeka dahulu.

Dengan kejayaan mereka mendapat penyokong yang besar bilangannya, maka mereka telah mengalahkan Perikatan di Kelantan semasa pilihan raya 1959 dan juga di-Trengganu, dan telah dapat menubohkan kerajaan di kedua-dua negeri

itu. Sungguhpun bwgitu, pada 1962 kerajaan mereka di Trengganu telah dijatohkan oleh Perikatan setelah beberapa

orang ahli Majlis Mesyuarat parti itu melompat masuk Perikatan. Dengan itu tinggallah Pas di Kelantan

sahaja yang memegang kuasa kerajaan negeri sementara Perikatan berkuasa di kesemua negeri lain.

Pas tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau rancangan yang tertentu. Mereka bergantung semata-mata

kapada isu agama Islam untuk mendapatkan sokongan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan untok menggubal satu dasar ekonomi yang membangun sebagaimana yang patut dibuat oleh sesebuah parti politik. Pada satu ketika,

seorang ahli wanita Pas, Che’ Khatijah Sidek, yang menjadi ahli Parlimen, telah mengugut hendak keluar dari Pas jika parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonomi yang tersendiri dalam tempoh enam bulan. Desakan ini tidak

menghasilkan sebarang natijah, dan selepas dari itu Che’ Khatijah telah keluar dari gelanggang politik. Pas terus

berjalan dengan dasar keagamaannya yang sempit dengan tidak mengubahkan coraknya sehingga hari ini, bahkan menambahkan lagi soal-soal perkauman yang sempit.

Mereka berkata, Tunku telah menjual Singapura kepada orang China dan kemudiannya akan menjual Malaysia pula. Apa yang sangat mengecewakan ialah orang ramai percaya

dengan tuduhan itu.

30

30

BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen

PAS telah cuba hendak meluaskan pengaruhnya keluar dari Kelantan ke negeri Kedah dan Perak dengan mengambil

bahagian dalam pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi mereka telah gagal. Saya diberitahu soal-soal agama tidak

begitu menolong parti itu di negeri-negeri Pantai Barat, kerana orang-orang di situ lebih luas pandangannya dan

lebeh menghormati hak-hak orang lain untuk memilih agama masing-masing. Mereka lebeh progresif atau lebeh maju

dalam cara pemikiran berbanding pandangan sempit orang Kelantan.

Dalam pilihan raya 1969 pula, Pas telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermain-mainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai kapada parti itu. Cara itu telah memberi kejayaan yang

besar kapada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina dan menjual negara kapada orang Cina. Mereka telah

menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang mereka lancarkan di kawasan luar bandar di

negeri-negeri Utara Pantai Barat. Mereka menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang Melayu yang

memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama bahawa orang Cina hendak memegang kuasa seluruh negara dan menuduh saya telah memberi peluang itu

kapada orang Cina.

Untuk menjadi bukti kapada dakwaan mereka, maka mereka telah menyebar ke seluruh kampong gambar Khir Johari, seorang Menteri Kabinet dan isterinya memakai pakaian

orang Cina Mandarin. Gambar itu telah diambil di Hongkong secara bersuka-suka untuk dihantar kapada kawan-

kawannya sebagai ucapan Selamat Tahun Baru. Pakaian ini

31

31

ada disediakan di restoran untok pelancong menggunakannya bagi mengambil gambar sebagai tanda

ingatan lawatan mereka ke Hongkong.

Khir Johari ialah seorang yang suka melawak, dia dan isterinya telah menggunakan gambar ini untuk kad Selamat

Tahun Baharu Cina yang telah mereka kirimkan kepada kawan-kawan Cina mereka dalam bulan Februari sebagai

menunjukkan rasa muhibah. Masing-masing yang menerima-nya telah gelak ketawa melihat gambar itu. Pas segera mengambil kesempatan menggunakan gambar ini

sebagai satu senjata untuk kepentingan politik mereka. Gambar ini telah diedarkan seluas-luasnya di kalangan

orang Melayu sambil memburuk-burukkan Khir dan menuduh dia telah menjadi orang Cina. Kasihan Khir!

Tujuannya hendak berjenaka itu telah merugikan dirinya dan dia telah kehilangan banyak undi dalam pilihan raya itu.

Ini satu sahaja contoh yang menunjukkan sejauh mana pihak Pas sanggup melakukan perbuatan kotor dan tipu

helah untok mencari kemenangan dalam politik. Perbuatan mereka sangatlah khianat dan liar. Inilah satu penipuan yang

sehabis busuk yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Misalnya Pas telah menyebarkan fitnah dengan mengatakan saya seorang Siam, pada hal mereka tahu ayah saya ialah

Almarhum Sultan Kedah. Mereka juga menuduh saya beragama Buddha, walhal mereka tahu banyak perkara

kebajikan yang telah saya buat untuk agama Islam semenjak lepas Merdeka. Saya bukanlah seorang yang takbur, tetapi saya boleh mendakwa bahawa jasa saya

kapada agama Islam adalah setanding dengan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin negara Islam yang lain di zaman

moden ini.

32

32

Dalam kempen pilihan rayanya, Pas telah memburokkan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka telah

menyerang peribadi pemimpin UMNO secara kotor yang tidak mungkin sesapa pun tergamak melakukannya. Mereka tahu apa yang mereka katakan mengenai pemimpin UMNO termasu saya sendiri tidaklah benar, tetapi mereka pergi dari

kampug ke kampung untuk melancarkan kempen yang bohong dengan tidak menghiraukan apa jua akibatnya atau

pun apa yang mereka lakukan itu boleh memarakkan api permusuhan antara kaum. Mereka tidak peduli apa yang

akan terjadi asalkan mereka dapat menang kerusi dengan apa jua cara sakalipun.

Saya sendiri telah cuba untuk mendapatkan gambar yang telah ditunjukkan oleh Pas kepada orang ramai di kawasan pilihan raya saya. Gambar itu kononnya menunjukkan saya menggunakan chopstick di satu majlis makan Cina. Dengan

secara tipu mereka telah meletakkan satu gambar lain ke atas gambar yang tersebut yang menunjokkan seekor anak

babi terhidang di tengah-tengah meja di majlis itu. Saya berani bersumpah bahawa seumor hidup saya, saya tidaklah

pernah menghadziri majlis jamuan makan Cina yang ada menghidangkan daging babi, atau pun apa jua makanan lain

yang haram bagi orang Islam. Kawan-kawan Cina saya sentiasa menjaga supaya kejadian seperti ini tidak berlaku, kerana mereka sendiri tahu apa yang haram dimakan oleh

orang Islam.

Tuduhan yang mengatakan saya bukan Islam adalah satu fitnah yang sangat kotor kerana mereka sendiri tahu bahawa saya telah pergi ke Mekah untok menunaikan fardu haji, dan mereka juga tahu bahawa saya anak kapada seorang yang

warak dan lebai. Saya percaya orang-orang yang akan membaca kandungan buku ini akan terperanjat dengan perbuatan sebuah parti politik seperti Pasyang sanggup

33

33

meletakkan dirinya begitu rendah untuk mencari kemenangan.

Sekalipun saya seorang yang kuat berpegang kapada ajaran Islam, tetapi sebagai Perdana Menteri saya telah menerima banyak jemputan ke majils sosial dan sebagainya, dan telah menikmati makanan Eropah, makanan Cina atau makanan India. Saya telah merasmikan pembukaan tempat-tempat

ibadat bagi orang-orang yang beragama lain, dan saya juga telah mengarahkan supaya wang diberi untok membina

tempat-tempat ibadat bagi agama-agama lain di Malaysia.

Wang yang diperoleh adalah daripada orang-orang yang berbagai-bagai-bagai agama, dan dengan itu patutlah

diberikan juga wang untuk tempat ibadat mereka. Saya masih ingat lagi bagaimana orang-orang daripada pelbagai agama telah menghulurkan derma yang berjumlah berjuta-juta ringgit ketika saya melancarkan derma untok membina

Masjid Negara.

Kesemua orang dalam negara telah memberi sumbangan mereka kapada kekayaan negara dan dengan wang ini

dapatlah kita membuat bermacam perkara yang memberi manafaat kepada orang Islam, seperti membina masjid,

surau dan sekolah agama. Begitu juga untuk mengadakan perayaan agama. Semua perkara ini dilakukan untuk

kepentingan agama Islam, agama rasmi kita.

Orang-orang bukan Melayu tidak pernah menimbulkan bangkangan terhadap apa yang telah dibuat dan sedang

diusahakan oleh Kerajaan untuk agama Islam. Mereka juga tidak pernah menyoal berapa banyak wang yang telah dikeluarkan untok mengembangkan Islam. Saya berani berkata dengan tegas bahawa Kerajaan Perikatan telah

membuat lebih banyak kebajikan untuk Islam daripada yang

34

34

boleh dibuat oleh Pas, sekalipun dalam negeri pemerintahan mereka sendiri.

Saya telah memberi beberapa contoh di atas mengenai kelakuan khianat yang dilakukan oleh Pas, tetapi masih banyak lagi dakayah bohong dan fitnah yang terlampau kebudak-budakan dan terlalu menyentuh peribadi untuk saya catatkan di dalam buku ini. Kalau sekalipun saya

menulisnya, tidak ada siapa yang akan percaya.

Orang-orang yang mempunyai fikiran tidak dapat memahami perbuatan Pas semasa pilihan raya itu. Sesiapa yang kasih kapada negara tentu tidak dapat bersetuju dengan kelakuan

mereka. Dalam pilihan raya itu satu perkara ganjil tetapi benar telah dilakukan oleh Pas. Jika benar sebagaimana

yang mereka katakan bahawa mereka anti-China, kenapa-kah pula mereka bersubahat dengan DAP, Gerakan dan

PPP?

Tujuan Pas nyatalah untuk memecahkan undi Melayu supaya calon-calon Perikatan yang bertanding di beberapa kawasan tertentu tidak akan menang, dan pakatan mereka yang jahat ini telah berjaya. Mereka meletakkan calon-calon

mereka di kawasan-kawasan di mana pengundi Melayu tidak pun mencukupi untok menjayakan seseorang calon

Pas dan dalam sesetengah kawasan pula mereka mungkin hilang wang pertaruhan sekalipun mereka berjaya

mendapatkan kesemua undi Melayu di kawasan itu. Dengan perbuatan mereka berpakat dengan partiparti pembangkang

yang anti-Melayu, Pas telah membuktikan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mendapatkan keuntungan

dalam politik.

Jika begitulah sikap mereka, lebeh baiklah mereka menolong MCA, iaitu sebuah parti yang sentiasa mempunyai

pandangan Malaysia dan telah membuktikan taat setianya

35

35

kapada negara ini. Tetapi sebalik, di mana-mana MCA bertanding melawan calon dari parti yang anti-Melayu, Pas

juga akan masuk dalam kawasan itu untok menghalang orang Melayu daripada mengundi calon MCA, atau

sekurang-kurangnya memecahkan undi se-hingga calon Perikatan itu kalah dalam pertandingan tiga penjuru,

samalah seperti yang mereka lakukan di kawasan di mana calon UMNO bertanding.

Saya suka menunjokkan dua kejadian yang membuktikan mereka telah menolong partiparti anti-Melayu. Di kawasan Setapak, Selangor, seorang yang saya tidak suka hendak sebutkan namanya telah kelihatan memberi wang kapada

seorang ahli Pas. Orang ini ialah ahli DAP. Dalam kawasan Sepang, juga dii Selangor, calon-calon DAP dan Pas telah

melancarkan kerja mereka dari sebuah pejabat, dan pekerja-pekerja DAP yang terdiri daripada orang Cina telah

menampalkan poster untok calon Pas. Bukti ini cukuplah untuk menafikan dakwaan Pas bahawa mereka sebuah parti

Melayu yang berdasar Islam. Mereka sanggup menghina agama untuk kepentingan politik dan wang.

Mereka berjanji akan menubuhkan sebuah negara atau kerajaan Islam jika mereka memegang kuasa. Tetapi

mereka tidak pula menerangkan rupa dan bentuk kerajaan yang mereka angan-angankan itu. Kita dapat meragui sama

ada mereka akan memenuhi janji mereka jika mereka berkuasa kelak.

Pas sedar bahawa mereka tidak ada harapan untuk mengambil kuasa negara ini dan kemungkinan yang seperti ini belumlah lagi terbayang. Dengan kesedaran yang seperti

ini, maka mereka boleh melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membuat janji-janji palsu untuk

menyedapkan telinga orang Melayu yang jahil tentang hal

36

36

ehwal dunia. Tentulah banyak orang Melayu yang tertarik dengan janji hendak menubuhkan sebuah Kerajaan yang tidak berchampor dengan kaum-kaum lain. Orang Melayu tentu-lah sangat tertarik dengan kemungkinan negara ini

dikendalikan oleh orang Melayu sahaja kerana inilah negara tumpah darah mereka.

Dalam masa berkurun-kurun lamanya, dari satu keturunan ka satu keturunan, Malaysia telah diperintah oleh kuasa-kuasa asing _ Belanda, Siam, British dan Jepun. Oleh itu,

kemungkinan negara ini di-perentah oleh orang Cina tentulah sangat dibenci oleh orang Melayu, kerana

persetujuan telah dichapai semasa Merdeka dahulu bahawa Malaysia mestilah mempunyai keperibadian dan corak

kebangsaan yang berteraskan Melayu. Beberapa perkara hak orang Melayu dijamin dalam Perlembagaan. Menurut apa yang di-katakan oleh Pas, semua hak ini akan hilang

kiranya Perikatan menang.

Sementara itu, lain-lain parti pembangkang bertalu-talu pula menggembur-gemburkan konsep Malaysian Malaysia, dan ini mengurangkan sokongan orang ramai kepada MIC dan

MCA dan menambahkan lagi kecurigaan orang Melayu. Oleh itu, konsep Malaysia untok orang Melayu sahaja yang

ditonjolkan oleh PAS lebih senang mendapat sokongan orang Melayu. Sebagaimana kebanyakan orang China

menyokong konsep Malaysian Malaysia yang dianjorkan oleh Lee Kuan Yew, maka begitulah juga orang Melayu

menyokong cita-cita ini. Dengan cara itu, kedua-dua pendapat cauvinis yang tersebut telah saling menolong.

Langkah Pas menolong atau menggunakan parti-parti pembangkang yang pro-Cina dan parti-parti lain yang

diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang diketahui anti-Melayu, dan mengemukakan pendapat yang

37

37

melampau itu tentulah ada sebab yang tertentu. Tindakan mereka sangatlah berbahaya seperti bom atau torpedo yang

telah di-tentukan masa meletup-nya.

Sebuah akhbar Hongkong bernama ”The Star” telah melaporkan pada 17 Jun bahawa Bank of China di

Singapura telah tidak dapat mengimbangkan kira-kira kewangannya kerana beberapa jumlah wang yang besar

telah dikeluarkan ”untok membiayai gerakan kekacauan di Singapura dan Malaysia”. Ada keterangan yang

menunjukkan bahawa wang itu telah diberi kapada beberapa pihak yang tertentu di Kelantan untuk membiayai

perbelanjaan kempen Pas. Terang dan jelaslah bahawa orang Melayu yang menyokong Pas tidak terdaya hendak

mengeluarkan berjuta-juta ringgit untok pilihan raya itu. Wang itu tentulah datang dari satu punca tertentu, dan saya suka menegaskan bahawa punca itu bukan diketahui oleh

Parti Pas sahaja.

Sekiranya Pas telah menerima bantuan wang daripada Komunis, maka berertilah pemimpin-pemimpin parti itu telah

memperdaya dan mempermainkan orang-orang mereka sendiri. Kebanyakan daripada soaln agama yang

dibangkitkan oleh Pas itu tidak selaras dengan fahaman Islam zaman tamadun dan bertentangan dengan keadaan yang terdapat di sekitar Malaysia pada hari ini. Pas telah mengambil kesempatan daripada kejahilan orang-orang

miskin untok menjalankan taktik tipu helahnya, tetapi dosa mereka yang lebih besar lagi terhadap orang-orang mereka sendiri dan juga ke atas agama Islam, yang menjadi tunjang

politik mereka, ialah perbuatan mereka membiarkan diri mereka digunakan oleh kuasa-kuasa lain untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

38

38

BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah

SALAH satu daripada perkara yang sangat dikesali dalam kempen pilihan raya tahun 1969 ialah sewaktu Pas sedang mengecam Kerajaan Perikatan, terutamanya UMNO dalam

soal-soal agama Islam, maka pada ketika itulah juga Malaysia sedang mencipta satu sejarah baru untuk dunia Islam. Sungguhpun Malaysia bukan sebuah negara yang

bercorak ugama, tetapi Islam ialah agama rasminya.

Tidak kurang daripada 23 buah negara Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa telah bersidang di Kuala Lumpur

untuk membuat keputusan mengenai berbagai-bagai masaalah yang melibatkan orang-orang Islam di merata

dunia. Inilah julung kalinya negara-negara Islam telah berkumpul di satu tempat untok membincangkan agama

Islam dan hubungannya dengan dunia moden, dan Malaysia patut mendapat kepujian yang penuh di atas kejayaannya

menganjurkan persidangan yang bersejarah itu.

Berlakunya persidangan ini dalam masa kempen pilihan raya adalah dengan secara kebetulan sahaja kerana kerja-

kerja merancang dan membuat perhubungan untuk menyediakan persidangan itu telah dijalankan selama beberapa tahun yang lepas. Se-benarnya saya telah

melahirkan cita-cita saya di Masjid Woking, London dalam tahun 1961. Cita-cita saya ialah untuk mengadakan satu badan negara-negara Islam yang di-panggil “Komanwel

Islam”.

Tetapi sebelum daripada saya melanjutkan penerangan mengenai persidangan ini, elok-lah saya menegaskan terlebih dahulu perkara-perkara yang telah dibuat oleh Malaysia untuk agama Islam kerana Pas telah mereka

pelbagai tuduhan yang tidak berasas dalam pilihan raya. Sebenarnya dalam hati kecil saya, saya sentiasa berasa

39

39

bangga kerana kesemua kejayaan yang telah dicapai untok kemajuan agama di negara ini adalah di luar dugaan kita.

Pertama, kita telah mengantikan dengan bangunan-bangunan baru kesemua masjid lama dan tempat-tempat ibadat saperti surau dengan perbelanjaan wang kerajaan yang besar, dan tsetiap bangunan itu berbentuk mengikut

yang sesuai dengan keadaan dan keinginan orang-orang di tempat itu sendiri.

Kenapa Kerajaan memberi pandangan yang sebagitu berat terhadap pembinaan masjid? Pertama ia-lah untuk

menawan hati semua orang di negara ini yang berpegang teguh kapada agama Islam; dan kedua ialah untuk

meletakkan agama Islam di tempat yang tinggi dan mulia, sesuai dengan tarafnya sebagai agama rasmi negara ini

menurut Perlembagaan.

Tuan-tuan akan dapati bahawa masjid-masjid yang dibina di kawasan baru adalah terletak di atas tapak yang elok,

sepadan dengan kedudukan martabat agama rasmi negara. Orang ramai berkumpul di surau-surau yang beratus-ratus

banyaknya untuk sembahyang, untuk berbual-bual dan bergaul dengan bebas pada setiap ketika, sama ada di

majlis bercorak agama atau pun sosial. Perbelanjaan yang secukupnya telah diberi, dan segala keperluan untuk

pembinaan telah diadakan. Mishalnya, jalan-jalan masuk dan ekalan air paip telah diadakan di semua masjid dan

surau baru, walhal pada zaman dahulu orang-orang Islam di negara ini bergantung kapada perigi yang dikorek di tempat-

tempat yang tidak menurut kehendak kesihatan, atau pun bergantung kapada air hujan yang ditakung dalam kolah

tempat berwuduk. Banyak masjid telah buruk dan bangunannya yang rosak tidak dibaiki kerana tidak ada

40

40

wang. Kejadian ini berlaku sebab pada umumnya taraf ekonomi orang Melayu adalah rendah.

Soal yang kedua ialah sekolah-sekolah ugama. Kerajaan telah membina banyak sekolah dengan perbelanjaan yang

besar, dan merancangnya menurut kehendak rakayat. Guru-guru telah dilatih khas untok mengajar di sekolah-sekolah agama itu. Semua sekolah ini disesuaikan dengan sistem

pelajaran yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Selain bahasa Arab yang menjadi bahasa Quran, penuntut diajar bukan sahaja bahasa kebangsaan, bahkan juga bahasa

Inggeris. Sebenar-nya Kerajaan mengadakan apa jua yang di-perlukan oleh sekolah-sekolah agama itu, padang-padang

permaianan dan kemudahan-kemudahan lain.

Usaha besar untuk membina bangunan-bangunan itu berjalan di segenap pelusuk Malaya sebelum tertubuhnya Malaysia, dan dasar ini terus diamalkan hingga sekarang. Sekalipun Kerajaan Kelantan dikuasai PAS, tetapi hal ini

tidak menghalang Kerajaan Perikatan daripada menghulurkan bantuan wang untuk membina bangunan agama di negeri itu. Bolehkah terbayang dalam fikiran

sesiapa jua yang Kerajaan PAS Kelantan akan menghulurkan bantuan walau satu sen pun untuk membina sebuah masjid atau surau di luar negeri Kelantan? Sebenar-nya dalam negeri mereka sendiri pun mereka tidak berbuat

bagitu; mereka telah bergantung sepenuhnya kapada Kerajaan Perikatan untuk membuat kemajuan bagi

kepentingan agama dari segi pembangunan, tetapi mereka yang dapat nama.

Dalam bulan puasa, Kerajaan Pusat menggalakkan masjid-masjid memberi jamuan kapada orang ramai dan

mengadakan majlis supaya kuranglah kepenatan berpuasa dan menunjukkan keistimewaan bulan Ramadan sebagai

41

41

bulan umat Islam melebihkan amalan ibadat yang kyusuk kapada Tuhan. Pertandingan membaca Quran dianjurkan

dengan diberi hadiah kapada pemenang. Bermacam-macam-macam perkara lain dibuat untuk menyambut bulan

yang mulia itu supaya mereka yang berpuasa merasa dirinya hampir kapada Allah, dan meletakkan mereka di

tempat yang lebeh mulia daripada orang-orang yang tidak dapat menahan nafsu mereka dengan kesenangan dunia.

Orang-orang Islam yang ada di seluruh negara telah ditolong oleh Kerajaan untuk menyambut bulan yang berkat ini

dengan sepatut-nya.

Malaysia adalah negara yang pertama memulakan Pertandingan Al-Qur’an pada tahun 1960. Pertandingan ini diadakan tiap-tiap tahun di peringkat negeri untuk memilih johan bagi memasuki pertandingan peringkat kebangsaan.

Selain itu, negara-negara luar juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat

Antarabangsa.

Sejak pertandingan Quran diadakan, Malaysia telah menerima sanjugan yang besar dan pandangan yang tinggi

oleh dunia Islam yang tidak pernah diberikan kapada negara-negara Islam yang lain kecuali Arab Saudi di mana

terletak kota suci Mekah dan Madinah.

Pada zaman atom lebih laju dari suara, Malaysia telah menjadi masyhur di seluruh dunia Islam sebagai sebuah

negara yang terkemuka untuk memberi nafas baru kapada agama Islam. Pada zaman inilah juga manusia telah

menunjukkan tanda-tanda kelemahan, hilang iman kapada Tuhan dan kepercayaan sesama manusia, sambil itu

mencari pendapat-pendapat yang baru, cara hidup yang baru dan dunia untuk ditakluki. Bagi kita orang Islam, kita berpegang teguh kapada agama kita untuk menguatkan

42

42

iman kita. Malaysia telah memberi pimpinan ini kepada dunia Islam semasa kerajaannya dipegang oleh Perikatan.

Di negara-negara Asia yang lain, pemimpin-pemimpin politik telah menyedari bahawa kemajuan dan pembangunan negara mereka telah terjejas apabila ahli-ahli agama

mengganggu perjalanan politik sesebuah negara, tetapi kesedaran mereka itu telah terlambat sehingga merugikan

negara mereka sendiri. Seorang Perdana Menteri telah hilang jiwanya, dan negaranya telah mundur akibat

gangguan agama di dalam politik. Sesungguhnya keadaan yang seperti ini telah berlaku pada zaman dahulu, tetapi

dalam dunia bertamadun pada hari ini kejadian yang saperti itu tidak lagi berlaku di negara-negara Eropah yang

progresif. Sebenarnya di kebanyakan negara Islam, agama Islam diletakkan di tempat yang sewajarnya untuk dijadikan

makanan rohani, dan politik untuk kemajuan negara, dan sebagaimana yang pernah di-katakan “politik ialah satu ilmu

yang digunakan pada waktu yang diperlukan.”

Kejayaan yang paling tinggi yang dicapai oleh Malaysia dalam menjalankan dasarya yang luas untuk agama Islam

ialah Persidangan Negara-Negara Islam yang telah diadakan dalam bulan April, 1969 di Kuala Lumpur. Dalam persidangan ini pemimpin-pemimpin Islam yang terkemuka

dari seluruh dunia telah berhimpun untuk mengambil keputusan atas masalah-masalah agama yang dihadapi

bersama oleh seluruh umat Islam saperti waktu sembahyang di sesetengah tempat yang tidak nampak matahari, atau pun

apakah hukum Islam di atas pemindahan anggota orang Islam kapada orang yang bukan Islam untuk kepentingan

sains dan perubatan.

Perkara yang terbesar ialah persidangan ini merupakan satu peristiwa yang sangat menggembirakan kerana inilah kali

43

43

pertama begitu banyak negara Islam, iaitu 23 buah semuanya telah datang dengan perasaan muhibah dan

persaudaraan untuk berbincang, sama ada hal-hal politik atau ekonomi, dan mereka itu datang sebagai wakil

Kerajaan masing-masing.

Pada masa lalu, kebanyakan negara Islam telah berpecah atau pun tidak mengambil hirau antara satu dengan lain.

Malaysialah Negara Islam yang pertama berjaya mengadakan satu mesyuarat di peringkat Kerajaan yang

boleh menimbulkan rasa kecenderungan di kalangan pemimpin-pemimpin Islam, dengan harapan perjumpaan di

Malaysia ini akan disusuli pula dengan beberapa persidangan lain pada masa akan datang dan juga akan

merapatkan ikatan persaudaraan di kalangan semua negara Islam.

Saya suka mengulangi sekali lagi bahawa persidangan yang penting saperti itu sangatlah bersejarah, tetapi malangnya

ada orang-orang yang tidak menyedari tentang makna peristiwa yang bersejarah itu. Pada saya nilai Persidangan

Negara-Negara Islam ini hampir sama dengan kejayaan mencapai kemerdekaan Malaya. Kemerdekaan memberi taraf kapada manusia yang telah hidup berkurun-kurun lamanya sebagai hamba abdi. Persidangan ini menarik

pandangan dunia.

BAB 7 : Upacara Pengkebumian “Pahlawan Merah”

KETIKA sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka dengan bersungguh-sungguh di dalam Persidangan Antara

Bangsa yang bagitu penting, kempen pilihan raya telah berjalan dengan hebatnya di seluruh Malaysia Barat.

Dalam kempen itu timbullah perkara-perkara yang menyakitkan hati, yang boleh menimbulkan permusuhan dan

44

44

pergaduhan antara satu dengan lain. Saya telah pun memberi beberapa contoh tentang apa yang telah berlaku, dan tentang bagaimana hasutan-hasutan dan fitnah telah

dijalankan dengan cara terang-terangan dan umpat keji yang terlalu bersifat peribadi telah dibisikkan dari mulut ke mulut.

Memang telah menjadi kelaziman di mana-mana jua dalam dunia bebas ini perkataan-perkataan yang pedas dan kenyataan yang tidak bijak dikeluarkan dalam kempen

pilihan raya. Amalan-amalan yang serupa itu juga tentulah dijangka berlaku di Malaysia, tetapi kebebasan berucap

dalam pilihan raya tidaklah sekali-kali boleh dijadikan alasan untuk mengeluarkan kata-kata yang melanggar batas,

terutama di dalam sebuah negara berbilang kaum di mana perasaan penduduknya mudah tersinggung dalam perkara-

perkara mengenai kaum mereka.

Perasaan hangat ini jelas kelihatan terutama di sebelah utara Semenanjung. Di selatan kempen pilihan raya telah

berjalan dengan cara yang lembut dan teratur tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Dalam suasana yang seperti inilah komunis telah meresap masuk di kalangan mereka. Tujuan utama mereka semakin

jelas kelihatan dari hari ke hari. Mereka berazam untuk menjatuhkan Perikatan dari memegang kuasa dengan

memecahkan pengaruhnya sama ada dengan cara baik atau jahat. Mereka mengamalkan pengaruh jahat menerusi dua

saluran dan menghalakan serangan-serangan mereka kepada dua sasaran besar - melemahkan UMNO melalui

PAS, dan melumpuhkan MCA menerusi Gerakan dan parti-parti politik Cina yang lain.

Pada pendapat mereka pilihan raya telah memberikan kesempatan yang sangat baik kepada komunis untuk

melakukan perbuatan-perbuatan provokasi supaya timbul

45

45

peristiwa, sama ada besar atau kecil, dengan tujuan hendak menjayakan rancangan mereka memulaukan pilihan raya umum. Lebih luas mereka dapat menyebarkan perasaan

bimbang, atau kecewa, atau pun takut, maka lebih besarlah harapan mereka untuk menjayakan pemulauan ini.

Apabila kempen pilihan raya itu telah berjalan separuh, mereka telah melancarkan kempen menulis dengan cat

merah cogan kata dan tanda di atas jalan raya dan tembok. Merah ialah warna pertubuhan Komunis. Cogan kata yang ditulis menggesa setiap orang supaya memulaukan pilihan raya dan yang lain mengandungi perkataan-perkataan yang

menyanjung tinggi sifat-sifat dan ajaran-ajaran Mao Tze Tung. Mereka tidak peduli bahawa perbuatan mereka itu

melanggar undang-undang, dan amatlah sukar bagi Kerajaan hendak menangkap mana-mana orang yang

menulis cogan kata itu kerana ia ditulis pada malam yang gelap, tetapi tulisannya dapat dibaca dengan jelas oleh semua orang pada siang hari yang terang benderang.

Mereka memperhebatkan kempen dengan menggunakan ancaman terhadap keselamatan orang ramai, dan

menyebarkan risalah di kalangan orang-orang Cina untuk menggesa mereka supaya memulaukan pilihan raya. Tujuan mereka jelas untuk menunggu berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh mereka gunakan untuk mengambil kesempatan

bagi menjayakan rancangan mereka itu.

Kesempatan timbul apabila satu peristiwa telah berlaku pada 24 April, iaitu kira-kira dua minggu sebelum hari mengundi. Pada kira-kira jam 8.30 malam itu seorang pekerja UMNO

bernama Kassim Omar yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya telah melihat beberapa orang

berkumpul di kawasan Jelutong, Pulau Pinang. Dia telah memberhentikan motosikal yang sedang dinaikinya untuk

46

46

melihat dan bertanya kerana pada fikirannya satu kemalangan telah berlaku. Ketika itu juga dia telah diserang oleh kumpulan yang ada di situ dan telah dibunuh dengan

kejamnya. Setelah itu mereka mencontengkan cat merah ke seluruh badan mayat orang yang telah mereka bunuh itu.

Perbuatan mereka adalah satu pembunuhan yang disengaja dan boleh berlaku ke atas sesiapa pun. Pembunuh-pembunuhnya adalah pemuda-pemuda Parti Buruh.

Pembunuhan yang kejam ini tentulah telah menimbulkan rasa cemas di kalangan pasukan keselamatan kerana

kejadian itu boleh mencetuskan rusuhan kaum. Oleh kerana bimbang berlakunya tindak balas, maka Kerajaan telah

meminta keluarga si mati dan pemimpin-pemimpin Melayu di Pulau Pinang supaya bersabar, dan mereka telah bersetuju tidak menyebarkan berita pembunuhan itu supaya Komunis tidak akan mendapat kesempatan untuk menghalang pilihan raya. Kesabaran mereka itu telah memberi pertolongan yang

sangat besar untuk menyekat buat sementara cita-cita Komunis, tetapi mereka telah bertanggungjawab

mengalirkan darah.

Sepuluh hari kemudian, iaitu pada 4 Mei, Komunis telah mendapat peluang yang selama ini ditunggu-tunggunya

apabila satu kejadian berlaku di negeri Selangor. Kejadian ini berlaku enam hari sebelum hari membuang undi. Pada

pagi itu, tiga orang mata-mata (konstabel polis) yang sedang meroda telah bertembung dengan sekumpulan pemuda di Kepong, yang terletak di pinggir Kuala Lumpur. Pemuda-

pemuda itu sedang menulis dengan cat tanda-tanda di jalan raya. Apabila dicabar, mereka telah menentang anggota-anggota polis mata-mata itu dengan membaling kayu api, besi tajam, dan ketulan besi, dan kemudian mereka telah

berundur masuk ke kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

47

47

Selepas mengenalkan diri mereka, ketiga-tiga orang mata-mata itu pun menghambat pemuda-pemuda tersebut. Rupa-

rupanya mereka keluar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan memang hendak mencari

gaduh, dan sekarang mereka telah dapat apa yang mereka mahu. Mereka telah melawan bersungguh-sungguh

sehingga mata-mata itu terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Akhirnya seorang daripada pengacau itu telah tercedera dan kemudiannya mati di

hospital. Namanya ialah Lim Soon Seng, berumur 24 tahun. Keluarga dan rakan-rakannya telah membawa mayat si mati untuk di simpan di rumah mayat di Jalan Sultan, jalan yang paling sibuk di kawsan Cina di bandar Kuala Lumpur. Mayat

itu sepatutnya dibawa balik ke rumahnya di Kepong.

Si mati bukanlah seorang yang terkenal dan pada lazimnya mayatnya itu memadailah dikebumikan secara sederhana,

tetapi Komunis tidak hendak melepaskan peluang yang begitu baik untuk membuat sesuatu yang boleh

mendatangkan faedah kepada perjuangan mereka. Akhirnya mereka dapat juga seorang daripada rakan seperjuangan untuk disanjung sebagai “pahlawan” yang akan menjadi

lambang perjuangan mereka.

Polis telah menerima permohonan untuk mengadakan satu perarakan mayat pada 10 Mei, iaitu hari mengundi. Tujuan mereka hendak mengadakan perarakan itu pada 10 Mei

sangatlah jelas. Anasir-anasir yang menganjurkan perarakan itu berniat hendak menimbulkan satu kejadian yang akan

menghalang pilihan raya atau pun mencegah pembuangan undi pada hari itu.

Polis telah mengambil keputusan yang bijak dengan menolak permohonan hendak mengadakan perarakan pada

hari itu, tetapi setelah ibubapa si mati dan pemimpin-

48

48

pemimpin Parti Buruh Kepong bertalu-talu membuat rayuan hendak mengadakan istiadat pengkebumian secara

terhormat, maka polis bersetuju membenarkan perarakan mayat itu diadakan pada 9 Mei. Ketika membenarkannya,

polis telah meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya perarakan itu melalui jalan-jalan yang tertentu, dan mereka yang hadir atau mengiringi mayat itu hendaklah dihadkan

kepada satu bilangan kecil orang yang berkabung. Ringkasnya, istiadat pengkebumian itu hendaklah diadakan

menurut sebagaimana yang lazim dibuat sahaja.

Meskipun begitu, apa yang berlaku ialah perarakan mayat itu telah bertukar menjadi satu perarakan yang terbesar

pernah dilihat di Kuala Lumpur. Dalam hal ini Komunislah yang bertanggungjawab. Ia tidak sekali-kali merupakan satu

perarakan mayat, tetapi lebih merupakan satu tunjuk perasaan politik yang sangat liar. Gambar-gambar yang saya siarkan dalam buku ini dapat menceritakan sendiri

peristiwa itu dan dapat membuktikan bahawa Komunis dan anasir-anasir jahat lain adalah bertanggungjawab di atas

kejadian yang buruk itu. Tunjuk perasaan itu berjalan sejauh lapan batu dengan beribu-ribu orang mengambil bahagian di

dalamnya atau menyaksikannya dari kaki lima atau pun di tepi-tepi jalan.

Saya siarkan kenyataan-kenyataan itu di sini supaya orang ramai di Malaysia ini dapat mengetahuinya dengan sejelas-jelasnya, selain daripada apa yang telah tersiar dan dibaca dalam akhbar, mengenai segala hal yang telah terjadi dan

siapa yang berdiri di belakang perarakan itu hingga menimbulkan pelbagai rupa perbuatan provokasi sebelum

hari mengundi.

Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur, telah menyatakan :

49

49

“Pada 7 Mei 1969, bapa si mati (Lim) telah dipanggil berjumpa saya untuk menyiapkan peraturan bagi perarakan mayat anaknya. Selepas berjumpa dengan saya, dia telah

bersetuju mengadakan perarakan mayat itu pada hari Jumaat 9 Mei 1969. Sungguhpun begitu dia mengaku kepada saya yang dia tidak bertanggungjawab di atas

segala persiapan bagi perarakan itu dan dia akan bawa kemudian orang-orang yang bertanggungjawab membuat

persiapan itu untuk berjumpa saya.

“Kemudian datang orang lain bernama Yap Kau, Miss Tan Siew Eng dan seorang Melayu ke pejabat saya. Mereka

berkata yang mereka telah menentukan sendiri jalan-jalannya dengan menunjukkan kepada saya di atas

sekeping kertas. Kemudia saya berhubung dengan Encik Mansor, Pegawai Penjaga Lalulintas, yang kemudiannya

telah datang ke pejabat saya. Setelah itu kami telah membincangkan bersama-sama jalan-jalan yang akan dilalui itu. Jalan-jalan itu ialah sebagaimana yang diterangkan oleh

Encik Mansor dalam kenyataannya.

“Yap kau telah memperkenalkan Miss Tan kepada saya sebagai salah seorang dari ahli-ahli yang mengaturkan

perarakan mayat itu, dan kemudiannya memperkenalkan Syed Hamid sebagai seorang ahli Jawatankuasa

Penyelenggara yang menjaga hal-hal mayat bagi perarakan itu. Kemudian saya telah memperkenalkan Encik Mansor

kepada tiga orang itu.”

“Kedua-dua orang cina itu iaitu Yap Kau dan Miss Tan telah bercakap kepada kami dalam bahasa Melayu dan mereka

faham bahasa itu. Syed Hamid telah hadir bersama. Apakala saya tanya Syed Hamid kenapa dia datang, dia berkata dia

datang untuk memperhatikan supaya tidak timbul silap faham di atas apa yang telah di persetujui, dan juga kerana

50

50

dia salah seorang ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menguruskan perarakan mayat itu.

“Sebelum Syed Hamid meninggalkan pejabat saya, dia telah berkata “sekarang kita telah bersetuju,” Tujuannya berkata

demikian ialah supaya kami tidak boleh lagi mengubah jalan-jalan yang telah pun dipersetujui.

“Miss Tan juga berkata iaitu untuk mengelakkan dari menyakitkan hati mereka yang mengambil bahagian dalam

perarakan itu, lebih baik polis tidak menghantar orang-orangnya yang memakai uniform menjaga perarakan itu

lebih-lebih lagi anggota-anggota Pasukan Simpanan (FRU). Dia berkata bahawa dengan adanya anggota-anggota polis

yang beruniform dari Pasukan Simpanan, maka orang-orang yang akan mengambil bahagian dalam perarakan akan

merasa sakit hati kerana si mati yang telah ditembak oleh polis itu dianggap oleh mereka sebagai seorang ‘Pahlawan’. Mereka minta supaya lesen itu dikeluarkan atas nama Yap

Kau”

Yap Kau yang tersebut dalam kenyataan Abu Bakar itu ialah seorang Ahli Jawatankuasa Parti Buruh Cawangan Kepong. Miss Tan Siew Eng ialah Naib Pengerusi bagi cawangan itu.

Orang Melayu yang mengenalkan dirinya sebagai Syed Hamid ialah Syed Hamid bin Syed Ali yang menjadi Yang Dipertua Persatuan Penuntut-penuntut Universiti Malaya.

Anggota-anggota F.R.U. ialah Pasukan Simpanan Persekutuan, iaitu anggota-anggota pasukan polis yang mendapat latihan yang tinggi mutunya, terutama sekali

dalam kerja-kerja menyuraikan tunjuk perasaan dan rusuhan.

Dari kenyataan itu dan dengan adanya tiga orang yang tersebut tadi, maka nyatalah bahawa perarakan mayat itu telah diambil alih dari keluarga si mati oleh anasir-anasir

51

51

politik yang mempunyai tujuan-tujuan yang jahat supaya peluang ini dapat dipergunakan untuk membangkitkan

ancaman politik yang berpanjangan.

Sebenarnya perkara membawa mayat ini hanyalah satu perkara yang mudah dan kecil sahaja, tetapi mereka

sengaja membesarkannya.

“Pada jam 9.55 pagi, hari Khamis, 8. Mei 1969, saya telah berada di pejabat OCPD (Ketua Polis Daerah) untuk

berunding dengannya mengenai jalan-jalan yang akan dilalui oleh perarakan mayat Lim Soon Seng. Pada jam 10.15 pagi, tiga orang telah datang ke pejabat OCPD. itu – mereka ialah

Yap Kau, Tan Siew Eng (seorang perempuan cina) Naib Pengerusi Parti Buroh Selangor, dan seorang Melayu, Syed

Hamid bin Syed Ali

“Ketiga-tiga orang ini telah datang ke pejabat dan memohon kebenaran mengadakan perarakan mayat Lim Soong Seng. Mereka menuntut supaya perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh mereka, tetapi OCPD dan saya

tidak bersetuju dengan jalan-jalan yang dicadangkan.

“Saya berkeras supaya jalan-jalan yang patut dilalui ialah daripada Jalan Sultan terus ke Jalan Kuching, Jalan

Maxwell, Jalan Ipoh, kemudian terus ke Kepong. Sebaliknya mereka menuntut jalan-jalan yang lain iaitu Jalan Petaling, Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman

dan Jalan Ipoh.

“Ini bererti perarakan itu akan melalui jalan-jalan di tengah-tengah ibu kota. Mereka berkeras hendak melalui jalan-

jalan ini, sambil berkata bahawa sama ada polis bersetuju atau pun tidak, mereka akan melalui juga jalan-jalan itu.

Oleh yang demikian saya terpaksa bersetuju dengan syarat bilangan orang-orang yang akan mengikut dalam perarakan

52

52

itu tidak boleh lebih dari seribu. Kemudian OCPD telah mengeluarkan lesen”

Dari kenyataannya itu dapatlah kita saksikan bahawa jalan-jalan yang dicadangkan oleh polis akan membawa

perarakan itu melalui jalan-jalan yang kebanyakannya bersempadan dengan sepanjang sungai, iaitu jalan-jalan besar yang tidak melalui kawasan yang penuh dengan

bangunan-bangunan. Sementara jalan-jalan yang dicadangkan oleh pihak yang menguruskan perarakan itu

ialah jalan-jalan dari Utara ke Selatan yang melalui tengah-tengah kota yang penuh dengan kedai-kedai perniagaan. Jalan-jalan ini pada lazimnya penuh sesak dengan orang

ramai sepanjang siang hinggalah ke tengah malam.

Keadaan pada ketika itu meletakkan pihak polis berada dalam kedudukan yang terdesak, kerana keesokan harinya

ialah hari mengundi. Untuk kepentingan negara, maka mustahaklah diambil segala langkah yang perlu bagi

menghindarkan dari berlakunya sesuatu perkara yang boleh menghalang pilihan raya. Sebagai pihak yang

bertanggungjawab untuk menjaga undang-undang dan keamanan, pihak polis tidak bertujuan hendak membuka

sebarang peluang kepada pihak-pihak yang liar untuk melakukan kekacauan.

Keluarga si mati mempunyai hak untuk membawa mayat, dan mengikut sebagaimana biasa, kenalah mereka

mendapat kebenaran dari polis bagi mengadakan satu perarakan. Inilah cara hidup kita di Malaysia, dan boleh

katakana hampir setiap hari kita dapat melihat perarakan yang seumpama itu di Kuala Lumpur. Polis tidak dapat membantah langkah menyerah persiapan mengadakan

perarakan mayat itu kepada Parti Buruh cawangan Kepong dan juga kepada anasir-anasir yang lain yang tidak ada

53

53

kaitan dengan keluarga si mati, tetapi pihak polis sebenarnya faham dan mengerti tujuan pihak-pihak yang

menganjurkan perarakan itu.

Oleh yang demikian tentulah pihak polis perlu bersiap sedia untuk menjalankan kewajipan mereka yang biasa dan

berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang tunjuk perasaan yang mungkin timbul semasa perarakan itu, tetapi mereka juga mesti berhati-hati supaya kekacauan yang mungkin

timbul itu tidak akan berlanjutan. Mereka cuma dapat meletakkan syarat-syarat yang tertentu untuk perarakan itu, dan ini telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak dan juga pihak keluarga si mati. Bagaimana persetujuan itu akan dilaksanakan tidaklah dapat diagakkan sehingga keesokan

harinya.

Di dalam satu kenyataan, Mansor bin Mohd Noor telah melaporkan sebagaimana berikut:

“Pada jam 8.45 pagi, 9 Mei 1969 saya telah pergi ke rumah mayat (Chik Sin Tong) di Jalan Sultan untuk menyaksikan

sama ada persiapan dan peraturan bagi perarakan mayai itu di jalankan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh polis.

Sekumpulan besar orang ramai telah berhimpun di situ. Menurut lesen yang telah dikeluarkan, perarakan itu patutlah

dimulakan pada jam 9.30 pagi, tetapi tidak dimulakan sehingga 9.55 pagi.

“Perarakan itu sepatutnya membelok ke kiri dari Jalan Sultan menghala ke Bulatan Merdeka, tetapi sebaliknya telah

membelok ke kanan dan berjalan melalui Jalan Petaling, mereka telah menyorak-nyorak dan mengejek Polis

Lalulintas yang sedang bertugas dengan tujuan hendak menaikkan kemarahan mereka (polis) itu. Dengan

membelok ke kanan, maka mereka telah melanggar syarat yang pertama.”

54

54

“Kemudian perarakan itu telah berhenti dipenjuru Jalan Petaling dengan Jalan Cecil. Semasa di situ mereka telah

mula berucap kepada orang ramai, menyanyi lagu-lagu dan menyebarkan risalah-risalah ajaran Mao, dan menampalkan

risalah-risalah di tembok-tembok dan tiang-tiang rumah kedai. Salah satu risalah itu berbunyi “Rejim Tunku Abdul Rahman Kejam” dan yang satu lagi berbunyi “Ajaran Mao

sahaja yang boleh diamalkan di sini.” Mereka telah membawa sepanduk-sepanduk gambar Mao dalam perarakan itu. Saya tidak dapat menyatakan berapa

banyakkah sepanduk gambar itu.

“Saya telah mendahului perarakan itu untuk pergi ke Foch Avenue dan telah menyoal ketua mereka yang berada di

kepala perarakan (kerana mereka telah mengikut jalan yang salah), “Kamu hendak ikut jalan mana?” Jawabnya “Aku tak

tahu dan aku tak peduli.

“Perarakan itu telah berhenti setiap lima atau enam ela untuk berucap kepada beribu-ribu orang yang membanjiri

kedua-dua belah jalan raya. Ketika itu saya sedang berdiri di hadapan Bangunan Malayan Banking di mana saya dapat

menyaksikan orang ramai telah bertambah ramai. Bilangannya sudah pun meningkat beribu-ribu orang, iaitu berkali ganda melebihi daripada seribu orang yang telah

dipersetujui. Mereka menjerit “Polis anjing buruan Kerajaan!”

Dari laporan itu jelaslah bahawa pihak polis telah bersabar daripada melakukan tindakan ke atas perarakan. Sekalipun

perarakan itu baru bergerak kira-kira satu batu jauhnya, tetapi jelaslah bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan itu bukan sahaja terdiri daripada orang-

orang yang berkabung, sama ada yang diupah atau sebaliknya, bahkan juga penunjuk-penunjuk perasaan yang cuba hendak membangkitkan kekacauan, dan pemimpin-

55

55

pemimpinnya tidak terdaya hendak mengawal perarakan itu. Penunjuk-penunjuk perasaan itu tahu bahawa polis tidak akan menjalankan sebarang tindakan kecuali ada sebab-

sebab yang besar untuk mereka berbuat begitu. Perbuatan-perbuatan provokasi adalah sebahagian daripada rancangan

mereka tetapi usaha dan cabaran mereka tidak berjaya menyentuh perasaan polis.

Kenyataan Mansor Bin Mohd. Noor selanjutnya memberikan gambaran yang umum mengenai perarakan itu, dan

menunjukkan kelakuan mereka yang telah mengambil bahagian, dan juga apa yang telah berlaku di beberapa

tempat di sepanjang jalan yang dilalui oleh perarakan itu. Kenyataan itu adalah sebagaimana berikut :

“Apakala perarakan itu tiba di penghujung Jalan Petaling berhadapan dengan Malayan Banking, mereka telah

membelok ke kanan masuk ke Jalan Yap Ah Loy, iaitu jalan yang tidak dibenarkan, menghala ke Jalan Klyne dan kemudianya berpusing masuk ke Jalan Mountbatten –

semua jalan-jalan ini adalah jalan yang di tegah masuk.

“Kemudian mereka bergerak melalui Jalan Mountbatten hingga mereka sampai di penjuru Jalan Mountbatten dengan

Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pada jam 11.25 pagi perarakan itu telah tiba di penjuru jalan ini. Kemudian

mereka bergerak perlahan-lahan menuju ke Jalan Ipoh.

“Di hadapan Bangunan MARA kira-kira 500 orang yang menaiki motosikal yang sedang menuju ke situ telah

menyertai perarakan. Pada ketika itu saya telah menulis seberapa banyak nombor-nombor motosikal itu. Mereka

telah berhenti di hadapan Bangunan MARA untuk sekali lagi membuat ucapan kepada orang ramai.

56

56

“Pada jam 12.35 tengah hari mereka telah sampai di hadapan Ibu Pejabat UMNO dan sekali lagi membuat

ucapan kepada orang ramai dan mengeluarkan kata-kata yang menghina.

“Pada jam 3.00 petang mereka telah tiba di Ibu Pejabat Parti Buruh Malaysia, Kepong. Di Kepong beribu-ribu orang telah

beratur di kiri dan kanan jalan untuk memberi minuman kepada mereka. Mereka telah berhenti selama 45 minit di tempat itu untuk menyusun semula perarakan tersebut.

“Pada jam 5.00 petang mereka telah sampai ke Balai Polis Kepong dan bergerak sehela demi sehela sambil memberi ucapan kepada orang ramai dengan menyebarkan ajaran-ajaran Mao dan memaki polis. Perasaan orang ramai telah mula menjadi hangat dan kami menjangka kekacauan akan

meletus pada saat itu.

“Pada jam 5.30 petang mereka telah tiba di penjuru jalan kecil yang menuju masuk ke tanah perkuburan dan terus

berjalan menghala ke perkuburan.

“Setelah itu saya telah balik dan tiba untuk membuat laporan di pusat kawalan pada jam 6.00 petang.

“Kelakuan orang-orang yang mengikuti perarakan mayat itu amatlah liar dan merupakan perbuatan provokasi, dan

sekiranya pihak polis tidak dapat menahan kesabaran maka tentulah kekacauan telah tercetus pada hari itu juga.

Bilangan mereka tidak kurang 10,000 orang. Beribu-ribu orang mungkin terbunuh sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi inilah yang mungkin berlaku. Mereka memang telah mengatur segala-galanya dengan

rapi.

57

57

“Menurut Inspektor Sakunathan, dia telah melihat senjata-senjata disembunyikan di dalam keranda dan mayat si mati

telah di usung di luar keranda itu dan dibalut dengan kain. Ini telah disahkan oleh Inspektor itu.”

Sikap polis yang bijak menghadapi keadaan yang sangat berbahaya yang telah ditimbulkan oleh Komunis dan puak-puak pelampau kiri untuk mengambil kesempatan daripada perarakan mayat itu patutlah diberi kepujian yang setinggi-

tingginya. Memandang kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku kemudiannya, dan kepada perasaan yang

semakin bertambah hangat apakala perarakan itu semakin dekat dengan tanah perkuburan, maka kenyataan Mansor

itu bolehlah dikatakan sederhana. Biarlah saya mengulanginya “beribu-ribu orang mungkin terbunuh

sekiranya kami tidak menahan sabar. Saya tidak syak lagi inilah yang mungkin berlaku.”

Dari gambar-gambar yang telah diambil dan laporan-laporan yang telah dibuat, maka nyatalah tunjuk perasaan yang

besar ini telah dirancang dan diatur dengan rapi. Nyatalah bahawa dari saat Parti Buroh dengan secara kebetulan

mendapat seorang ‘Pahlawan’, maka Komunis dan puak pelampau kiri ini bertujuan hendak mengambil kesempatan

itu untuk kepentingan mereka dengan sepenuhnya.

Mereka telah Berjaya mengambil alih untuk mengaturkan perarakan mayat itu. Mereka menuntut supaya perarakan

mayat itu diadakan pada hari mengundi. Mereka mengarahkan semua cawangan dan penyokong-penyokong

parti itu supaya bersiap sedia untuk menggunakan sepenuhnya perarakan mayat itu bagi kepentingan mereka. Dalam masa 5 hari mereka telah sibuk menyediakan beribu-ribu poster dan cogankata. Mereka telah mengaturkan satu

persatunya dengan tersusun rapi.

58

58

Tidaklah mudah hendak mengumpulkan 500 buah motosikal untuk berada di satu tempat dan satu masa yang tertentu, kecuali untuk perlumbaan motosikal, tetapi mereka telah berada dan menunggu untuk bersama-sama menyertai

perarakan itu di petengahan jalan. Kita tentu dapat menggambarkan bagaimana bising bunyi enjin motosikal yang beratus-ratus itu dapat menaikkan lagi perasaan di

dalam suasana yang telah pun sedia hangat.

Ini mungkin bukan satu kejadian yang berlaku secara kebetulan, dan bukannya perhimpunan yang terjadi dengan

sendiri. Ia telah diatur dan dirancang terlebih dahulu. Perarakan motosikal inilah satu-satunya peristiwa yang dapat menggambarkan bagaiman pihak Komunis telah bersungguh-sungguh berusaha untuk menggunakan

perarakan mayat itu sebagai satu helah untuk menimbulkan suasana yang tegang yang boleh merebak sehingga tidak terkawal lagi. Dengan itu mereka mengharapkan supaya kota Kuala Lumpur dan seluruh negara terperangkap di

dalam kedaan huru-hara.

Mereka telah gagal dalam usaha mereka yang besar ini. Sekarang soalnya ialah sama ada mereka akan mencuba

sekali lagi. Ketika itu tidaklah dapat hendak diramal setakat manakah kesan daripada peristiwa-peristiwa tegang di

sepanjang hari Jumaat itu akan mencacatkan pilihan raya pada keesokan harinya. Satu perkara yang nampak dengan jelas pada malam itu ialah sekalipun adanya seruan supaya

memulaukan pilihan raya, tetapi pilihan raya tetap berlangsung sebagaimana yang telah ditetapkan. Komunis sekali lagi gagal kerana bilangan pengundi yang telah keluar untuk mengundi pada keesokannya ialah paling ramai dalam

sejarah Malaysia.

59

59

BAB 8 : Pengundi-Pengundi Membuang Undi

CUACA di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia pada hari mengundi yang jatuhnya pada hari Sabtu, 10 Mei, kelihatan begitu cerah. Ini telah diberitahu kepada saya semasa saya berada di Alor Star kerana terdahulu sehari daripada hari itu

saya telah melawat kawasan pilihan raya saya Pulau Langkawi. Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada

hari itu saya bukanlah seorang Perdana Menteri lagi tetapi sebagai seorang calon yang menyerahkan nasibnya kepada pengundi-pengundi untuk mendapatkan persetujuan mereka

menurut asas-asas demokrasi.

Akhirnya tamatlah kempen yang hangat yang belum pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah negara kita yang telah

timbul semata-mata dengan sebab adanya perasaan dendam politik. Hari itu adalah hari untuk menentukan nasib.

Suruhanjaya pilihan raya telah mengambil tanggungjawab penuh untuk mengawal pilihan raya itu, dan sebelum

pengundi-pengundi memberi mandat mereka, dan sebelum laporan-laporan diterima mengenai pengundian itu, tidak ada

siapa pun yang dapat meramalkan hasil pilihan raya.

Sungguhpun terdapat kempen-kempen yang liar yang belum pernah saya alami pada masa lalu, saya berasa begitu yakin bahawa Parti Perikatan akan menang sekali lagi

dengan kelebihan dua pertiga sebagaimana dalam pilihan raya sebelumnya.

Saya rasa adil sekiranya saya katakana bahawa keputusan yang seperti inilah yang diharap-harapkan oleh seluruh negara, kecuali ahli-ahli parti pembangkang yang telah

bersungguh-sungguh hendak menumbangkan Parti Perikatan. Mereka berdoa dan berharap tetapi mereka sendiri tidak menaruh kepercayaan terhadap kejayaan

mereka.

60

60

Pilihan raya di Malaysia lebih susah daripada yang dijalankan di kebanyakan negara lain kerana pengundi-

pengundi dikehendaki membuang undi mereka pada satu masa yang sama untuk memilih calon-calon bagi Parlimen

dan bagi Dewan Undangan Negeri. Dengan adanya sebelas buah Dewan Undangan Negeri dan sebuah Parlimen maka bererti 12 pilihan raya dijalankan pada satu hari yang sama.

Saya telah menjelaskan bahawa UMNO dan MCA telah menjadi sasaran hebat parti-parti pembangkang menyerang

Kerajaan Perikatan dalam kempen. Tetapi apakah pula sikap yang diambil oleh parti-parti pembangkang terhadap Persatuan India Malaysia (MIC), parti yang ketiga dalam

Perikatan?.

Pas telah membuat serangannya dengan cara yang jahat terhadap UMNO; parti-parti pembangkang yang lain pula,

sama ada dengan perhitungan yang tertentu atau pun cuma untuk kepentingan pilihan raya, telah menumpukan

serangan mereka terhadap calon-calon MCA. Manakala penyokong-penyokong Parti Komunis telah menghasut

anasir-anasir pembangkang sama ada dengan cara terang atau sulit.

Parti-parti pembangkang pada umumnya tidak menunjukkan sebarang rancangan yang bersatu menentang MIC. Mereka

rasa lebih berkesan kiranya mereka menggongcang dua tiang Parti Perikatan, UMNO dan MCA kerana mereka percaya MIC akan tumbang dengan sendirinya setelah

mereka dapat menjatuhkan UMNO dan MCA. Berbanding dengan UMNO dan MCA, MIC Cuma mengemukakan tiga orang calon Parlimen sahaja. Oleh itu pihak pembangkang

boleh menyifatkan MIC sebagai anggota Perikatan yang tidak penting.

61

61

Mereka menganggap MIC sebagai lawan yang kecil. Sungguhpun begitu, untuk menjamin kemenangan maka

mereka telah memecahkan kempen-kempen mereka menentang calon-calon MIC menerusi dua parti; DAP

menyerang dalam dua kawasan dan PPP menumpukan ke atas pemimpin MIC, Tun Sambanthan yang bertanding satu

lawan satu.

MIC ialah satu-satunya parti untuk orang-orang India di Malaysia, sekalipun bilangan orang-orang yang

berketurunan India lebih dari sejuta. Tiga buah parti pembangkang telah mengemukakan calon-calon India, iaitu Gerakan, DAP dan PPP. Calon-calon Gerakan ialah bekas ahli-ahli Parti Buruh. DAP dahulunya telah diwakili dalam Parlimen oleh seorang ahlinya sahaja, dia ialah C. Devan

Nair, tetapi pada kali ini dia tidak mahu bertanding, sekalipun beliau dahulunya adalah salah seorang dari ahli-ahli Dewan

Rakyat puak pembangkang yang terkenal. Mengapa dia tidak bertanding tentulah menjadi satu tanda tanya. Mungkin

DAP sahaja yang tahu jawapannya. Selain dari tiga orang calon India untuk Parlimen, DAP telah mengemukakan

seorang calon Melayu yang tunggal, tetapi dia kalah. Inilah rupanya yang dikatakan konsep Malaysian Malaysia!

Dalam keseluruhannya kaum India di Malaysia ini mempunyai sifat keperibadian yang berlainan dari kaum-

kaum Melayu dan Cina. Orang-orang Melayu pada keseluruhannya menjadi kaum tani, sementara orang-orang Cina pula umumnya berpecah dalam lapangan perniagaan, pertanian dan perlombongan. Orang-orang India terdapat

dalam semua bahagian masyarakat Malaysia, kira-kira separuh di luar bandar dan separuh dalam bandar.

Orang-orang India juga kebanyakannya menguasai kesatuan sekerja dan bergerak menerusi kesatuan-kesatuan

62

62

sekerja inilah mereka menekankan pengaruh. Sesungguhnya bolehlah dikatakan bahawa orang-orang

India Malaysia lebih banyak menceburkan diri dalam kesatuan daripada parti politik, dan bagi mereka yang cenderung dengan parti politik tidak pula ketinggalan daripada mengadakan hubungan yang rapat dengan

kesatuan sekerja.

Sebagai contoh, orang-orang India terdapat di mana-mana jua sebagai pekerja perusahaan dan buruh kasar, terutama

dalam Keretapi Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Pelabuhan dan Perusahaan Getah. Kesatuan Kebangsaan

bagi Pekerja-pekerja Ladang (NUPW) yang sebilangan besar anggotanya terdiri adalah rang India, ialah sebuah

kesatuan yang paling besar di negeri ini dan salah sebuah dari yang terbesar di Asia. Ia tidak terikat kepada mana-

mana parti politik, dan pucuk pimpinannya sangat berpengaruh dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia. Kongres ini juga menjauhkan dirinya daripada pengaruh

parti-parti politik, tetapi pemimpin-pemimpin kongres membiarkan ahli-ahlinya memilih sendiri corak-corak politik

yang mereka sukai. Orang-orang India juga sangat kuat dalam Kongres Kesatuan-kesatuan Sekerja dalam

Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

Oleh yang demikian tidaklah memeranjatkan jika dikatakan bahawa orang-orang India pada keseluruhannya tidak begitu cenderung dalam lapangan politik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain, tetapi mereka lebih mengambil berat dalam soal kenaikan gaji. Dari masa ke masa pemimpin-pemimpin

kesatuan mereka telah mengangkat rayuan kepada Kerajaan menuntut kenaikan gaji bagi pekerja-pekerja

kerajaan. Oleh kerana Kerajaan ialah majikan yang terbesar dalam negara, tentulah Kerajaan tidak dapat

memberi sambutan terhadap setiap tuntutan kenaikan gaji

63

63

itu, kerana perbelanjaan menjadi begitu besar sehingga Kerajaan tidak akan mampu membayarnya.

Contohnya dalam tahun 1965, perbelanjaan sebenar bagi gaji dan pencen serta lain-lain berjumlah RM540.7 juta atau 33.2 % dari jumlah perbelanjaan biasa. Sementara dalam

tahun 1969 adalah dianggarkan bahawa angka itu meningkat kepada RM650.6 juta atau 33.8 % dari

perbelanjaan. Angka-angka ini tidaka termasuk gaji bagi guru-guru dalam Perkhidmatan Guru Yang Disatukan atau

pekerja-pekerja bergaji hari. Jika gaji ini dicampurkan dalam perbelanjaan gaji tahunan Kerajaan Persekutuan, maka

jumlahnya akan melebihi 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan biasa. Ini pada peringkat Persekutuan sahaja,

tidak termasuk gaji yang dibayar dalam 13 buah negeri.

Pemimpin-pemimpin kesatuan yang berjuang menuntut kenaikan gaji pekerja-pekerja tidak sedar tentang kesulitan

yang dihadapi oleh Kerajaan. Sekiranya semua tuntutan mereka dipenuhi, maka Kerajaan akan menghadapi

keruntuhan ekonomi.

Sungguhpun begitu pemimpin-pemimpin Kesatuan Sekerja terus membuat janji kepada pekerja bahawa mereka akan

memperjuangkan soal kenaikan gaji sekiranya mereka dipilih, dan tentulah pekerja-pekerja tertarik dengan janji itu. Mereka juga berkata bahawa MIC sangat kurang menolong

pekerja-pekerja.

Semasa menjalankan tugas di kementerian masing-masing, Tun Sambanthan dan Manickavasagam sentiasa

mempunyai perhubungan rapat dengan pekerja-pekerja. Sungguh pun begitu oleh kerana mereka insaf bahawa

Kerajaan tidak terdaya memenuhi segala tuntutan gaji, maka mereka tidak boleh membuat janji sebagaimana yang dibuat

64

64

oleh pemimpin-pemimpin kesatuan atau ahli-ahli politik yang memujuk pekerja-pekerja untuk kepentingan diri mereka. i.

Dalam kempen plihan raya, pemimpin-pemimpin politik dan kesatuan menuduh menteri-menteri ini tidak menolong untuk mendapatkan gaji yang lebih, walhal setiap orang tahu apa yang telah dibuat oleh Tun Sambanthan untuk menubuhkan

syarikat-syarikat kerjasama memiliki harta di kalangan pekerja-pekerja India untuk mengatasi masalah pemecahan

ladang-ladang. Sungguh pun begitu pemimpin-pemimpin kesatuan dengan tidak bertanggungjawab telah berjanji yang

mereka akan mendapatkan kenaikan gaji bagi mencari sokongan pekerja-pekerja.

Satu peristiwa yang telah berlaku dalam pilihan raya lepas dapat membuktikan sejauh manakah kempen menentang Kerajaan telah diperhebatkan di kalangan pekerja-pekerja

India. Tun Sambanthan telah memberitahu saya bahawa dia telah pergi ke sebuah berhala di Jalan Bangsar untuk satu istiadat, dan apabila dia keluar dari rumah berhala itu, dia dapati bendera Persekutuan di keretanya telah dikoyak.

Kawasan ini ialah sebuah sarang kediaman pekerja-pekerja India, dan kerana itu tentulah orang-orang di situ jugalah

yang melakukan perbuatan itu.

Peristiwa-peristiwa menentang Kerajaan yang seperti ini sangatlah mendukacitakan, terutama sekali jika diingatkan

bagaimana Kerajaan telah menyediakan banyak faedah untuk pekerja-pekerja, tetapi mereka tidak menghargai jasa-

jasa Kerajaan itu. Bandingkan Malaysia dengan Negara-negara lain di sekeliling kita, dan tuan-tuan akan insaf

“bagaimana bertuahnya tinggal di sini”.

Pekerja-pekerja India ini telah lama menaruh perasaan dendam, tetapi ketika itu tidak dapat diagak sikap mereka

65

65

sebagai pengundi dalam pilihan raya 1969. Adakah mereka akan menyokong Perikatan atau parti-parti lain?

BAB 9 : Hasil Yang Mengejutkan

DALAM pilihan raya tahun 1969, banyak masalah besar yang perlu dihadapi, seperti pengundi-pengundi yang baru didaftarkan yang besar bilangannya. Apakah sikap yang

akan mereka ambil apabila mereka masuk ke tempat mengundi untuk menanda kertas-kertas undi mereka?.

Perikatan boleh merasa yakin bahawa dengan jasa-jasa yang telah dibuat olehnya itu, ia akan mendapat sokongan

daripada pengundi-pengundi dan sekalipun diramalkan keputusan-keputusan pilihan raya itu dengan berdasarkan kepada sambutan yang begitu kecil terhadap parti-parti lain

pada masa yang lepas, tetapi puak-puak pembangkang menggantungkan harapan di atas kemungkinan berlakunya

sikap berpaling tadah di kalangan pengundi-pengundi. Tetapi dalam pilihan raya terdahulu, kejadian yang seperti itu

tidak pernah berlaku. Mereka mengharapkan kempen mereka yang liar dan kotor itu akan dapat menarik pengundi

memilih calon-calon mereka.

Ada lagi satu masalah yang dihadapi. Dalam pilihan raya 1964, apabila pengundian dijalankan buat pertama kalinya untuk peringkat persekutuan dan negeri-negeri pada satu masa yang sama, keputusannya adalah merupakan satu pengesahan bahawa Perikatan adalah sebuah parti yang

layak diberi amanah untuk memegang Kerajaan. Lima tahun telah berlalu dan parti-parti baru telah ditubuhkan, orang-

orang muda buat pertama kalinya dapat menjadi pengundi-pengundi, dan di sesetengah negeri, masalah-masalah

tempatan telah dijadikan masalah besar, seperti soal taraf pelabuhan bebas bagi Pulau Pinang. Pendek kata, adakah soal-soal tempatan itu akan menentukan undi kebangsaan

66

66

atau pun sebaliknya? Adakah mereka akan ingat apa yang telah dibuat oleh Perikatan untuk bangsa dan negara?

Sebagaimana pilihan raya yang lepas, hari mengundi telah berjalan dengan licin di seluruh Malaysia Barat dan merupakan satu tempoh bertenang selama 12 jam

sebelum timbulnya rasa gelisah dan gembira semasa undi-undi dikira dan keputusannya diisytiharkan.

Keputusan undi pada kali ini telah memeranjatkan semua parti-parti politik. Inilah yang dikatakan cara demokrasi.

Papan-papan tanda pilihan raya telah didirikan di seluruh negara untuk mencatat keputusan undi. Selepas pengundian ditutup pada jam 8.00 malam, orang ramai telah berhimpun

di tempat-tempat itu atau pun pulang ke rumah untuk menunggu keputusan menerusi televisyen atau radio dan

juga radio-radio transistor.

Saya sendiri telah berada di rumah saya di Alor Setar, dan semua Menteri-menteri Kabinet yang lain juga berada di

rumah dalam kawasan masing-masing.

Keputusan pengiraan undi bagi kawasan-kawasan dalam bandar telah diisytiharkan lebih awal dari keputusan-keputusan bagi kawasan-kawasan luar bandar yang pengundi-pengundinya berselerak. Dari keputusan-

keputusan awal yang telah diisytiharkan selepas tengah malam, maka terbayanglah bahawa Perikatan di Pulau

Pinang akan hilang kuasanya.

Pengundi-pengundi di Pulau Pinang, iaitu sebuah negeri yang terkenal sebagai sarang puak-puak pelampau, tidak

lagi mempunyai Parti Buruh untuk disokong tetapi kejayaan Parti Gerakan, iaitu sebuah parti yang baru yang seorang demi seorang calonnya telah berjaya di peringkat negeri,

67

67

adalah menunjukkan bahawa sikap berpaling tadah telah berlaku di negeri itu. Selepas daripada beberapa keputusan

lagi diisytiharkan, maka makin jelaslah bahawa Perikatan tidak ada harapan lagi untuk memegan kuasa di Pulau

Pinang.

Keputusan-keputusan yang memeranjatkan telah disiarkan melalui radio dan televisyen. Parti-parti Gerakan dan DAP

telah mendapat kejayaan yang besar dalam kawasan-kawasan Negeri Selangor, dan selepas itu saya berasa amat terharu kerana keputusan-keputusan di Negeri Kedah juga telah menunjukkan kekuatan UMNO di negeri itu juga telah

goyang. Ini menunjukkan bahawa kempen kotor yang dilakukan oleh Pas telah membawa kejayaan kepada

mereka.

Kekalahan UMNO dalam beberapa kawasan di Kedah, iaitu sebuah negeri yang sentiasa disifatkan sebagai sebuah

kubu kekuatan Perikatan sehingga hari ini, adalah disebabkan oleh sikap orang-orang Cina tidak menyokong parti itu. Walhal di tangan merekalah terletak undi pemutus

untuk memberi kemenangan kepada calon UMNO.

UMNO telah mengalami beberapa kekalahan di dalam negeri saya sendiri sekalipun sesetengahnya dengan

bilangan undi yang sangat kecil. Misalnya Menteri Penerangan dan Penyiaran, Senu bin Abdul Rahman telah tewas hanya dengan kekurangan 88 undi sahaja. Kiranya beribu-ribu orang Cina memberi undi mereka kepadanya, tentulah dia telah berjaya. Begitulah juga keadaan yang

terjadi di atas diri Dr. Mahathir dan Mohamed Zahir.

Perbuatan berpaling tadah ini telah timbul dengan begitu besar sehingga saya sendiri cuma dapat kelebihan undi kira-

kira 3,000, walhal pada masa yang lepas saya sentiasa mendapat kelebihan undi sebanyak 11,000 atau pun lebih.

68

68

Dengan terbitnya keputusan yang menunjukkan kekalahan seorang lagi menteri, iaitu Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Dr. Lim Swee Aun di Taiping dan juga

kekalahan beberapa orang ahli Parlimen Perikatan yang terkemuka di Selangor, maka suasana pada subuh hari

Ahad, 11 Mei itu sangatlah muram dan merupakan masa hadapan yang gelap untuk Perikatan. Tetapi ada kala

keputusan-keputusan dari kawasan-kawasan luar bandar yang terpencil mula diterima, maka barulah nampak bersinar

kembali masa hadapan Parti Perikatan.

Keputusan-keputusan yang diterima daripada negeri-negeri di sebelah Selatan dan Pantai Timur mula menunjukkan

bahawa negeri-negeri ini, kecuali Kelantan, masih berdiri di belakang Perikatan. Pengaruh yang telah menakutkan

orang-orang Cina di negeri Kedah nampaknya tidak ada di Johor dan Pahang. Jadi jelaslah bahawa pengaruh yang mendorong orang-orang Cina membuang undi mereka

menentang Perikatan datangnya dari Pulau Pinang, iaitu sarang bagi komunis, kongsi-kongsi gelap dan puak-puak

pelampau yang lain.

Sebaliknya terdapat juga di Pulau Pinang baba-baba dan nyonya-nyonya, iaitu orang-orang Cina yang telah

diperanakkan di negeri itu yang taat setianya kepada negara sama seperti orang-orang Melayu. Cara-cara dan tabiat mereka dan juga makanan mereka hampir-hampir sama

dengan orang-orang Melayu. Bahasa mereka pun bercampur aduk di antara bahasa Hokkien dan Melayu. Sungguh pun begitu mereka tidaklah bersedia hendak

melawan mana-mana puak yang kuat dan bersatu seperti komunis dan dengan sebab itu mereka terpaksalah berdiam

diri.

69

69

Saya telah menceritakan mengenai kekacauan yang berlaku di Pulau Pinang atas masalah penilaian semula mata wang

yang lama, pembunuhan seorang pekerja UMNO dan gerakan-gerakan lain yang ada hubungannya dengan Komunis dan anasir-anasir lain yang tidak setia yang

kesemuanya telah dilancarkan dari Pulau Pinang.

Kejadian ini dapatlah menghuraikan sebab-sebab kenapa Perikatan telah kalah di Pulau Pinang dan juga di Province Wellesley di mana orang-orang Cina telah berpaling tadah. Perbuatan berpaling tadah di kalangan orang-orang Cina ini

telah melarat ke Kedah, terutamanya sekali di bahagian Utara, tetapi di sebelah Selatan kesetiaan kepada Perikatan

masih tetap kuat.

Menjelang tengah hari pada hari Ahad 11 Mei, keputusan-keputusan pilihan raya telah pun dapat dilihat dengan jelas. Kerajaan Perikatan masih dapat mengekalkan kuasanya di

negeri-negeri kecuali di Pulau Pinang di mana Parti Gerakan telah menang dan juga di Kelantan di mana PAS masih terus berkuasa. Dengan kempen kotor mereka, maka

mereka telah berjaya menambahkan kekuatan mereka di peringkat Persekutuan dan bilangan ahli-ahli Pas dalam

Parlimen telah bertambah sebanyak tiga kerusi lagi.

Di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Perikatan telah mendapat kelebihan kerusi

yagn banyak. Sungguhpun begitu Perikatan hampir-hampir kalah di Perak dan Selangor. Di Perak, Perikatan telah

memenangi 19 kerusi, ini merupakan jumlah kerusi yang terbanyak sekali bagi sebuah parti yang bertanding di Perak

jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain.

Perikatan di Perak telah dapat membentuk Kerajaan dengan adanya sikap yang ditunjukkan oleh Parti Gerakan. Di

Selangor kemenangan Perikatan sama banyak dengan

70

70

jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti Pembangkang, termasuk seorang ahli bebas yang memegang kuasa

pemutus.

Dalam pilihan raya Parlimen, Perikatan telah muncul dengan mendapat kelebihan kerusi yang banyak, lebih dari sekali ganda daripada jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti

Pembangkang. Perikatan telah menang 76 kerusi berbanding 37 yang dimenangi oleh empat daripada tujuh

parti pembangkang. Keputusan-keputusan kerusi yang telah dimenangi oleh parti-parti lain sebagaimana yang terdapat

pada hari Ahad 11 Mei ialah seperti berikut:

DAP - 13

PAS - 12

GERAKAN - 8

PPP - 4

Dua pihak lagi yang telah bertanding, iaitu UMCO dan Bebas telah gagal memenangi sebarang kerusi dalam

Dewan Rakyat.

Dalam Parlimen yang lepas Perikatan telah memenangi 89 kerusi di Malaysia Barat, yang telah memberikan kepada parti itu kelebihan suara lebih dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Dalam Pilihanraya ini kelebihan suara Perikatan

terkurang.

Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan kepada orang-orang Melayu dalam masa kempen bahawa orang-orang Melayu sendirilah yang boleh menjahanamkan kaumnya. Pakatan yang dibuat antara DAP, PPP, Gerakan dan Pas telah mendatangkan kemenangan parti-parti bukan Melayu dengan memperoleh kekuatan politik yang mereka

71

71

belum pernah berjaya mencapainya pada masa yang lepas. Kekalahan kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak

sesekali mendatangkan keuntungan kepada orang-orang Melayu di dalam Pas. Mungkin mereka merasa suka dengan

kekalahan Perikatan di kawasan-kawasan yang tersebut, tetapi kejadian itu menjejaskan kedudukan orang-orang

Melayu khasnya dan negara amnya. Jika kejadian ini terus berlaku, apakah harapan kita untuk masa hadapan?

BAB 10 : Mabuk Kemenangan

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam bab lalu, keputusan pilihanraya 1969 telah memeranjatkan semua

pihak parti politik. Saya percaya mereka yang paling terperanjat ialah DAP dan Gerakan di atas kejayaan yang

mereka sendiri tidak sangka. Lalu mereka terus berasa sombong dan bongkak.

Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan itu, maka tidaklah boleh hendak disalahkan jika pelawat-pelawat

asing menyangka bahawa parti-parti itulah yang telah memenangi Ppilihan raya pada keseluruhannya. Parti-parti

itu dengan tidak berlengah-lengah lagi mengaturkan perayaan menyambut `kemenangan’ mereka.

Pada pagi hari Isnin, 12 Mei, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu Selangor,

dengan kelebihan undi yang besar, telah meminta kebenaran polis untuk mengadakan satu perarakan

kemenangan oleh anggota-anggota Parti Gerakan. Satu permit telah dikeluarkan dengan syarat perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah dipersetujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada

hari esoknya, hari Selasa, 13 Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis. Cadangan ini tidak

72

72

diteruskan. DAP telah campur sama dalam perarakan Gerakan.

Pegawai Penjaga Daerah Polis, Kuala Lumpur, Abu Bakar bin Abdul Aziz, dalam kenyataan-kenyataan yang tercatat

melapurkan sebagaimana berikut mengenai dengan permohonan Dr. Tan itu:

”Pada 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon telah menelefon saya dan meminta kebenaran hendak mengadakan satu perarakan kemenangan untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya dalam kawasan pilihan

rayanya sahaja, iaitu Batu, Sentul dan Jalan Ipoh. Dia hendak memulakan perarakan itu dari ibu pejabatnya di Jalan Broderick. Dia hendak memulakannya pukul 4.30

petang dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Bilangan orang yang akan mengambil bahagian ialah kira-kira 500 dan akan

diadakan juga perarakan bermotokar.

”Kemudian saya telah berunding dengan Encik Mansor mengenai jalan-jalan yang hendak dilalui dan juga waktu bagi perarakan itu, dan telah mengambil keputusan iaitu

oleh kerana jam 4.30 petang ialah waktu yang sangat sibuk (untuk lalu lintas), maka kami fikir perarakan itu patutlah dimulakan dari jam 5.30 petang. Jika tidak, perarakan itu

akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai.

”Saya telah menerangkan kepada Dr. Tan Chee Khoon hal ini. Dia bersetuju, tetarpi dia telah meminta supaya

perarakan itu berakhir sejam kemudian kerana waktu mulanya pun telah dilambatkan satu jam. Kami telah

bersetuju atas permintaannya itu dan satu lesen telah dikeluarkan atas namanya”.

Dari segi politik, perarakan kemenangan Dr. Tan itu merupakan satu cara yang belum pernah dilakukan

73

73

seumpamanya pada masa lepas. Setelah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan-perarakan haram yang penuh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah diadakan. Mereka telah melanggar perintah-perintah polis,

dan melalui jalan-jalan yang tidak diberi kebenaran sehingga mengendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memuncak dan tidak terkawal lagi, dan pihak komunis pasti

pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang-orang yang

menang pilihan raya telah membuat satu kesilapan yang besar, sekalipun mungkin mereka tidak bertanggungjawab

atas kejadian itu.

Perarakan haram ini telah masuk ke Jalan Campbell dan Jalan Hale, iaitu jalan-jalan menghala masuk ke Kampung Baharu di mana kira-kira 30,000 orang Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang

terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur selama bertahun-tahun. Jalan Hale ialah sebatang jalan besar di

Kampung Baharu. Di sepanjang jalan itu mereka telah bertempik sorak dan apakala mereka berada di kawasan orang-orang Melayu itu, mereka telah mengejek-ejek dan

menunjukkan kebesaran mereka untuk menaikkan perasaan marah orang-orang Melayu. Mereka melakukan perbuatan

ini di kawasan yang boleh dikatakan kubu UMNO.

Mansor bin Mohamed Noor dalam satu kenyataannya bertulis telah melaporkan sebagaimana berikut:

”Satu kumpulan yang ramainya kira-kira 20 orang telah berhenti di hadapan Balai Polis Jalan Travers. Seorang darinya telah melaungkan perkataan ”Melayu mati” di

hadapan rumah kediaman anggota-anggota polis di balai itu, dan juga menunjukkan kemaluannya kepada polis dengan disaksikan oleh isteri-isteri anggota polis yang ada dalam

74

74

kawasan rumah kediaman mereka. Seorang mata-mata (konstabel) telah membuat report (aduan) di atas kelakuan

biadab dan tidak sopan itu.

”Selepas itu, mereka telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil. Salah satu daripadanya telah pergi ke Jalan

Mountbatten menahan kereta-kereta orang-orang Melayu dan memaki hamun mereka itu dengan tujuan hendak

menghina mereka. Mereka telah mengancam dan menonyoh mata anak perempuan OCPD (Ketua Polis

Daerah) sendiri yang berumur kira-kira 17 tahun. Sambil itu mereka berkata ”Engkau Melayu Bodoh”, ”Tiada Kuasa”.

Seorang pemuda Melayu telah melaporkan ke Ibu Pejabat Polis yang dia telah dipukul oleh tiga orang Cina di Foch

Avenue”.

Yeoh Teck Chye dari Parti Gerakan yang menjadi Yang Di-Pertua Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia telah mengaku bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam

perarakan haram itu telah mengganggu keamanan orang ramai. Beliau ialah calon Gerakan yang menang dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Bukit Bintang,

Kuala Lumpur.

Pada hari Selasa, 13 Mei, dia telah minta maaf secara terbuka dalam akhbar di atas kelakuan penyokong-

penyokong partinya yang telah menyusahkan orang ramai, tetapi telah terlambat kerana perbuatan mereka amatlah memedihkan hati orang-orang Melayu. Memang patut dia

meminta maaf kerana selepas perarakan Dr. Tan itu bersurai pada pukul 8.00 malam sebagaimana yang

dipersetujui, dia sendiri telah mengambil bahagian dalam perarakan haram sebagaimana yang tercatat dalam laporan

polis.

75

75

Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu, maka jelaslah bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan tidak lagi

dapat mengawal perasan pengikut-pengikut mereka, bahkan meerka sendiri telah terheret sama. Merekalah yang

bertanggung jawab menghidupkan perasaan itu. Setelah perarakan berlesen itu bersurai, penyokong-penyokong

mereka telah berpecah kepada beberapa kumpulan. Mereka merayau ke sana sini sambil melaung-laungkan

kemenangan mereka, dan dua perarakan haram lagi telah dimulakan.

Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur melaporkan dalam satu kenyataan bertulis:

”Saya sedang berada di bilik kawalan pada pukul 10.10 malam dan saya telah terima maklumat bahawa Yeoh Teck

Chye telah mengepalai satu perarakan di Jalan Bukit Bintang dengan tidak mendapat kebenaran. Satu lagi

perarakan datang dari Petaling Jaya dikepalai oleh V.David, juga tidak mendapat kebenaran. (V. David dari Parti

Gerakan telah memenangi kerusi Parlimen di Pulau Pinang, dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri, di Selangor iaitu

negerinya sendiri.)

”Saya telah beri perintah supaya kedua-dua perarakan ini mesti berhenti kerana tidak ada kebenaran polis. Pasukan

Simpanan Persekutuan (FRU) telah dihantar untuk menyuraikannya.

”Sementara itu perarakan di Bukit Bintang itu telah bersurai tetapi perarakan yang diketuai oleh David telah pergi ke

Peking Hotel (Jalan Brickfields) di mana 200 orang pemuda India sedang menunggu. Pasukan FRU telah dihantar ke

sana untuk menyuraikan mereka”.

76

76

”Kemudian David telah cuba berhubung dengan Ketua Pegawai Polis tetapi tidak dapat; dia kemudian berhubung

dengan saya. Dia beritahu saya jangan menghantar anggota-anggota polis FRU untuk menimbulkan provokasi di

kalangan penyokong-penyokongnya. Ketika itu jam menunjukkan pukul 12.05 pagi 13 Mei.

”Saya beritahu padanya bahawa penyokong-penyokongnya (mereka nyatalah sedang mabuk kemenangan dan mabuk todi) telah mengganggu ketentaraman orang lain dengan membuat bising dan saya telah pun menerima beberapa

panggilan telefon yang mengadukan hal ini. Saya beritahu kepadanya bahawa perhimpunan itu mestilah bersurai

kerana jika tidak mereka akan disuraikan dengan paksa.

”Dia tanya sama ada saya kenal siapa dia. Saya jawab saya kenal dia sebagai Encik David. Dia kemudian berkata dialah

seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih. Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting pada

saya ialah dia mesti memberitahu penyokong-penyokongnya supaya bersurai kerana jika tidak anggota FRU akan

menyuraikannya. Dia langsung berkata ”Pergi berambus FRU, kamu anak haram”, dan terus menghentakkan telefon.

”Sebahagian daripada perarakan itu telah juga pergi ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina

orang-orang Melayu dan Polis.

”Sebuah lori yang berisi penuh dengan penyokong-penyokong Gerakan yang bertempik sorak telah pergi ke

sekeliling Sentul tetapi telah ditahan oleh polis kerana lori itu tidak ada permit pengangkutan.

”Dari apa yang dapat dilihat, DAP juga ada campur dalam perarakan itu tetapi payah hendak mengenal mereka

terkecuali dari cogan parti merka. Susah hendak dikatakan

77

77

siapakah yang patut disalahkan, tetapi pada perasaan saya kedua-dua Gerakan dan DAP patut sama-sama disalahkan

kerana menimbulkan perbuatan kacau yang boleh memecahkan keamanan. Jika polis tidak segera bertindak,

maka kekacauan mungkin telah berlaku”.

Patut diambil perhatian bahawa kedua-dua perarakan yang disebut oleh Abu Bakar dalam kenyataannya itu telah

dijalankan dengan tidak mendapat kebenaran polis. Jika Parti Gerakan benar-benar hendak mengadakan perarakan kemenangannya sahaja, maka bagaimana pula boleh timbul perbuatan-perbuatan tunjuk perasaan pada malam itu juga?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Bakar, kedua-dua perarakan itu telah bersurai, tetapi kelakuan-kelakuan liar

dan perbuatan-perbuatan menyakitkan hati terus juga berjalan kemudian dari itu. Perarakan itu telah berpecah kepada beberapa kumpulan untuk menimbulkan tunjuk

perasana di tiga bahagian Kuala Lumpur, di Brickfields, di Pudu dan di Sentul. Kawasan-kawasan ini terletak satu di

Selatan, satu di Tengah dan satu lagi di Utara bandar Kuala Lumpur, dan jauh jaraknya di antara kawasan yang pertama

dengan kawasan yagn ketiga ialah hampir-hampir tujuh batu. Tunjuk-tunjuk perasaan ini berlangsugn hingga lepas

tengah malam.

Saya rasa tidak syak lagi tunjuk perasaan yang diadakan di merata-rata tempat secara berasingan itu bertujuan untuk

mengeruhkan lagi suasana di Kuala Lumpur yang telah pun menunjukkan tanda-tanda ketegangan.

BAB 11 : Api Menyala Malam

SAYA telah pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar kira-kira pada tengah malam hari Selasa, 13 Mei iaitu satu hari yang

telah mengubah nasib bangsa dan negara kita.

78

78

Ketua Setiausaha Sulit saya telah memberitahu saya yang dia telah menerima khabar bahawa satu tindak balas berupa

tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-orang Melayu di Kuala Lumpur sangat marah dengan tunjuk perasaan anti Melayu dan perbuatan menghina dan biadab yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada

12 Mei.

Dia telah memberitahu saya bahawa UMNO akan mengadakan satu perarakan untuk merayakan kemenangan

parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun

bin Haji Idris di Jalan Raja Muda.

Perarakan itu akan dimulakan dari rumah Menteri Besar Selangor. Menurut acara yang dicadangkan, Menteri Besar

dijadualkan berucap kepada perhimpunan itu sebelum perarakan bermula.

Pada petang itu juga Tun Tan Siew Sin, Khaw Kai Boh, Dr. Lim Swee Aun, dan Tan Sri T.H. Tan telah datang berjumpa saya di Residency untuk melahirkan perasaan dukacita MCA

di atas keputusan pilihan raya, dan menyatakan bahawa nyatalah orang-orang Cina telah hilang kepercayaannya

kepada pemimpin-pemimpin MCA. Dengan keadaan yang demikian, mereka berpendapat bahawa tidaklah bijak bagi

mereka menyertai Kabinet kerana mereka tidak lagi mewakili orang-orang Cina.

Saya telah menjawab bahawa Kabinet akan mengalami kerugian yang besar jika mereka tidak mengambil bahagian kerana perkhidmatan mereka kepada negara dan kepada

Perikatan di masa yang lepas sangatlah dihargai. Saya telah berkata bahawa mungkin selepas daripada beberapa ketika

mereka masuk balik dalam Kerajaan, tetapi saya

79

79

menasihatkan mereka supaya mengambil masa sedikit untuk berfikir mengenai keputusan mereka itu.

Selepas itu kami telah membincangkan hal-hal yang telah berlaku di dalam beberapa hari yang lepas seperti perarakan

mayat pemuda Parti Buruh, perarakan kemenangan Gerakan dan tunjuk perasaan yang haram. Selepas itu

rombongan MCA itu pun meninggalkan saya, tetapi saya terus memikirkan sikap orang-orang Cina itu yang telah

mengecewakan pemimpin-pemimpin yang telah berkhidmat kepada mereka dan kepada negara dengan cemerlang, dan dengan sikap mereka yang seperti itu, apakah yang mungkin

berlaku lagi kemudian hari?

Tunjuk perasaan Gerakan pada 12 Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang-orang Melayu bahkan

juga menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan diadakan oleh UMNO itu mungkin

membawa kepada kekacauan. Pada waktu itu tidaklah dapat lagi ditahan keinginan ahli-ahli UMNO hendak mengadakan

perarakan kerana pihak pembangkang telah pun mengadakan perarakan-perarakan mereka. Selain daripada itu, UMNO juga telah mendapat permit untuk mengadakan perarakan yang tersebut. Saya Cuma dapat berdoa kepada

Allah Subhanahu Wataala moga-moga tidak berlaku sebarang kejadian yang buruk.

Kemudian Tun Sambanthan telah datang berjumpa saya, dan kami telah membincangkan keputusan pilihan raya. Meskipun dia telah melakukan segala daya upaya untuk

berkhidmat bagi kepentingan kaum India, tetapi Tun Sambanthan juga berasa bahawa MIC juga telah hilang

sokongan orang-orang India di sesetengah kawasan.

Beliau juga memikirkan sama ada MIC patut meneruskan khidmat dalam Kabinet untuk mewakili orang-orang India

80

80

atau sebaliknya setelah menimbangkan sikap yang telah diambil oleh MCA pada ketika itu untuk tidak menyertai

Kabinet.

Saya kemudian telah menasihatkan beliau bahawa demi kepentingan Perikatan dan bangsa adalah bijak bagi beliau

dan Manickavasagam (timbalannya) terus tinggal di Kabinet. Saya merasa gembira bila Tun Sambanthan bersetuju

menerima nasihat saya itu.

Dalam masa kami melanjutkan perbualan itu, satu panggilan telefon telah diterima pada jam 6.45 petang, menyatakan

bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di Jalan Raja Muda dalam mana beberapa orang Cina diserang.

Tidak lama kemudian Mansor, Ketua Lalulintas Polis Kuala Lumpur, dan beberapa orang lagi telah dating berjumpa

saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunuhan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus diletakkan di bawah perintah berkurung mulai jam 7.00

petang. Pasukan-pasukan keselamatan telah keluar mengawal dan askar-askar telah dipanggil untuk membantu.

Saya telah memberitahu mereka bahawa saya suka hendak pergi ke tempat kejadian itu untuk melihat apa yang dapat saya buat, tetapi saya telah dinasihatkan supaya pergi ke Ibu Pejabat Polis untuk mendengar laporan-laporan yang

diterima dari masa ke masa.

Setelah menunaikan sembahyang Maghrib, saya terus pergi ke Ibu pejabat Polis Selangor di Jalan Bandar. Selepas saya

mendengar laporan-laporan pihak polis, saya pulang ke Residency untuk makan malam dan saya telah mengaturkan

supaya Radio Malaysia menghantar seorang pegawainya supaya dapat saya merakam satu ucapan. Apabila pegawai

itu datang iaitu kira-kira jam 9.30 malam, saya sedang

81

81

berada di dalam dikacita yang amat sangat sehingga saya berasa susah hendak berfikir. Oleh kerana saya sedar

bahawa satu tindakan perlu diambil dengan serta-merta, maka saya terus merakamkan ucapan saya itu dengan tidak

membuat apa-apa persediaan pun. Perkataan saya pada malam yang malang itu ialah:

UCAPAN TUNKU PERDANA MENTERI MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA PADA 13 HARIBULAN MEI

1969;

“Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan-pasukan keselamatan telah pun

mengawal dengan kuatnya di serata tempat dan penjuru-penjuru jalan. Dengan keadaan yang demikian, saya

terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala Lumpur. Curfew pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah

memberikan kuasa mengisytiharkan buat darurat atau pun state emergency di serata negeri lagi, sekiranya wajib dibuat demikian kerana hendak menjaga keamanan negeri, nyawa

dan harta benda dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab saya dan saya akan menjalankan dengan

sekuat-kuatnya kuasa saya itu.

Saya meminta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerja sama dengan pegawai-

pegawai keamanan kerana menolong menjaga keamanan di negeri kita ini dan penduduk-penduduknya. Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang diperbuat oleh parti pembangkang semalam kita tidak ingini dan saya pegang

dan tuduh mereka telah memulakan kejadian yang jahat dan khianat itu. Tetapi balas membalas bukan boleh

menimbulkan baiknya.

Saya rasa sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana dua bulan lamanya saya telah berpusing di tempat-

82

82

tempat memberi sayarahan dan mengingatkan kepada semua penduduk segala dakyah anti itu bangsa boleh

menimbulkan pergaduhan yang besar di antara bangsa-bangsa, penduduk-penduduk di negeri kita ini. Oleh sebab

negeri ini adalah berbilang bangsa, saya rasa hal seumpama ini harus berlaku, hal pergaduhan yang

seumpama ini harus berlaku dan sekarang ini telah pun berlaku, sungguhpun caranya sederhana.

Semua yang bertanggungjawab mestilah menjalankan kepentingan mereka supaya hal ini tidak merebak.

Mahulah setiap tempat melantik jawatankuasa muhibbah secara serata tempat itu boleh menjaga keselamatan dan

perasaan baik sangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Negeri ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian.

Tolong masing-masing yang jujur dan ikhlas kepada saya yang menjaga negeri ini supaya tidak berbangkit hal-hal

yang bahaya. Negeri yang kita kasihi ini adalah berkehendak pertolongan tuan-tuan sekalian. Saya doakan ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala. Selamatkanlah semua

penduduk.

Setelah itu saya menaiki kereta untuk pergi ke Televisyen Malaysia. Setibanya saya di sana saya terus berucap

menerusi televisyen di tengah-tengah satu rancangan yang disukai ramai. Apabila menghadapi kamera televisyen,

perasaan saya telah begitu memuncak sehingga kadang-kadang saya susah hendak mengeluarkan perkataan, tetapi oleh kerana adanya azam saya yang kuat, maka dapatlah juga saya mengulangi dalam bahasa Melayu dan Inggeris

apa yang telah saya rakamkan di Residency. Pada masa itu waktunya ialah 10.32 malam.

Pada kira-kira jam 11.00 malam, semasa saya dalam perjalanan balik ke Residency, saya telah mengambil

83

83

keputusan untuk pergi ke Ibu pejabat Polis di Jalan Bandar sekali lagi dan langsung menyuruh pemandu kereta saya

berpusing ke jalan yang menghala ke Ibu pejabat Polis itu. Semasa kereta saya masuk ke satu jalan kecil yang

menghala ke Jalan Bandar, saya telah nampak beberapa orang samseng, tetapi apabila mereka melihat kereta saya, mereka pun lari. Saya telah sampai ke Ibu pejabat Polis dan duduk di sana sehingga lepas tengah malam. Peristiwa pada petang itu tidaklah mudah hendak dilupakan seumur hidup

saya.

Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan kejadian sedih yang telah menimpa ibu kota dan negara kita yang aman ini. Saya telah merasa gelisah dan berjalan mundar-mandir, serta menghabiskan masa

saya di atas tikar sembahyang untuk berdoa kepada Allah. Saya berdiri di beranda di luar bilik tidur saya dan

menghalakan pandangan saya ke bandar Kuala Lumpur sambil memerhatikan api yang telah menjulang tinggi di

beberapa kawasan berhampiran dengan Kampung Baharu dan di sebelah utara.

Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari

rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah satu pandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak

sangka saya akan menyaksikan kejadian yang seperti itu semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah

menghanguskan segala usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang bahagia dan aman, dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang paling

bahagia di dunia.

84

84

Ketika saya memerhatikan api yang menjulang tinggi itu terbayanglah di mata saya kejadian-kejadian dahsyat yang

sedang berlaku di malam yang mengerikan itu, dan terkenanglah saya kepada peritiwa-peristiwa yang lepas

yang menyebabkan timbulnya malapetaka itu. Pada waktu itu saya sedar dan insaf bahawa jika hendak difahami

sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa yang buruk itu, maka perlulah dikaji satu persatu kejadian-kejadian yang

telah lepas.

Pada hari itu saya telah menerima laporan mengenai perarakan Gerakan yang telah diadakan dahulu semalam.

Mereka telah melemparkan kata nesta terhadap orang-orang Melatu dan menyuruh orang0orang Melayu pulang

kampung-kampung dan desa kerana kapal layar (lambing Perikatan) telah ditenggelamkan. Kesemua hal-hal ini

terbayang di dalam ingatan saya yang merupakan sebahagian dari sebab-sebab berlakunya rusuhan itu.

Kelakuan yang keji dan perbuatan provokasi terhadap orang-orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu telah

melampaui batas kesopanan manusia sehingga telah menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga di

kalangan orang-orang Melayu. Sebab itulah ahli-ahli UMNO telah berhimpun di rumah Menteri Besar di Jalan Raja Muda pada petang 13 Mei. Sebagai Pengerusi UMNO bagi negeri Selangor, Dato’ Harun bersetuju dengan permintaan ahli-ahli parti hendak mengadakan satu perarakan yang sama bagi

merayakan kemenangan Perikatan, dan oleh kerana kebenaran telah pun diperoleh, maka perarakan itu mestilah

berjalan sebagaimana yang telah diatur.

Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Dato’ Harun, tiba-tiba khabar telah diterima yang menyatakan bahawa orang-orang Cina telah menyerang orang-orang

85

85

Melayu di Setapak, kira-kira satu atau dua batu hala ke utara, semasa orang-orang Melayu itu sedang dalam

perjalanan hendak mengambil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran

menaikkan berang orang-orang Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamuk dengan tidak

dapat dikawal lagi. Dua orang Cina yang melalui jalan itu dengan menunggang motosikal telah diserang dan dibunuh.

Dengan itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang meletuskan kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam

sejarah Malaysia.

Saya suka menceritakan di sini kejadian-kejadian lain yang berlaku lebih dahulu pada petang 13 Mei itu juga di Jalan Ipoh, jalan besar hala ke utara. Beberapa hari kemudian

seorang saksi yang menyaksikan sendiri kejadian itu telah melaporkan kepada saya bahawa bas-bas yang datang dari utara, dari tempat-tempat seperti Selayang (kira-kira 20 batu jauhnya) telah ditahan oleh sekumpulan pemuda Cina untuk

mencari orang-orang Melayu, sambil melaung-laungkan perkataan “Darah bayar darah”. Perkataan seperti inilah

yang telah kedengaran dalam perarakan mayat.

Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa peristiwa-peristiwa 13hb. Mei itu sebenarnya telah dicetuskan oleh pemuda-

pemuda Cina Komunis; pemuda-pemuda ini boleh jadi orang yang sama yang telah mengambil bahagian dalam

perarakan mayat, atau pun orang-orang yang sejenis dengan mereka. Tulisan “Darah bayar darah” adalah di antara cogankata yang telah tertulis di atas sepanduk-

sepanduk yang diarak dalam perarakan mayat oleh pemuda-pemuda Parti Buruh pada 9 Mei; cogankata yang dilaungkan

oleh mereka sepanjang perarakan itu.

86

86

Sesungguhnya kita boleh mendakwa bahawa cogankata “Darah bayar darah” dan tindakan-tindakan yang tidak

bertanggungjawab oleh ahli-ahli Parti Gerakan dan DAP apabila mengadakan perarakan kemenangan mereka, dan

juga tunjuk perasaan yang diadakan kemudiannya oleh samseng-samseng yang tidak bertanggungjawab adalah

unsur-unsur yang akhirnya mencetuskan kekacauan 13 Mei.

Tatkala saya sedang termenung di beranda rumah saya itu, maka terkenanglah saya kembali kepada keadaan yang terpaksa dihadapi oleh negara dalam tahun 1948 sebab pihak yang berkuasa British pada ketika itu tidak segera

mengambil tindakan yang tegas terhadap pengacau-pengacau. Kecuaian mereka itu telah menyebabkan

timbulnya darurat sehingga banyak nyawa yang terkorban dan harta benda yang binasa. Keganasan yang berlaku

dalam masa darurat itu telah berjalan selama 10 tahun di bawah di bawah pentadbiran penjajah dan dua tahun lagi dalam masa Kerajaan Malaya yang merdeka. Kebinasaan dan kecelakaan yang telah menimpa negara dan rakyat semasa darurat itu berlaku adalah semata-mata kerana pihak yang berkuasa enggan mengambil tindakan yang

keras dari awal.

Maka jelaslah kepada saya bahawa jika satu tindakan yang segera tidak diambil, maka segala tanda-tanda yang dapat disaksikan di dalam kempen pilihan raya dan rusuhan serta perbuatan bakar-membakar yang sedang dilakukan pada

ketika itu di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa satu kecelakaan yang sama seperti yang telah dirasai dalam

tahun 1948 dahulu akan berulang lagi.

Oleh itu saya dengan serta-merta mengambil keputusan bahawa Kerajaan mestilah bertindak dengan cepat dan mengambil segala langkah yang perlu bagi mencegah

87

87

kekacauan di Kuala Lumpur ini daripada merebak atau menjadi lebih buruk bagi keseluruhan negara.

Saya juga berazam bahawa rancangan yang akan dilaksanakan itu akan merupakan tindakan-tindakan yang boleh mendatangkan kesan yang berpanjangan supaya

dapatlah kita mencegah kejadian seperti itu daripada berulang pada masa akan datang. Tidak ada sesiapa yang

mahu kejadian itu berlaku lagi sama ada orang-orang Cina, India atau Melayu. Tidak ada siapa di Malaysia ini yang suka melihat negara yang aman ini terjerumus ke

dalam lembah kekacauan kecuali Komunis dan mereka yang bersimpati dengannya, dan juga ahli-ahli politik yang

bersubahat dengan anasir-anasir ini atau pun membiarkan diri mereka digunakan oleh anasir-anasir yang tersebut

untuk kepentingan politik mereka. Sesungguhnya setelah menikmati kejayaan, keamanan dan kemakmuran sejak

beberapa tahun yang lepas, maka sesuatu kecelakaan yang seperti itu tentulah merupakan satu bencana yang dahsyat.

BAB 12 : Tindakan Dan Kejadian

HARI Rabu, 14 Mei 1969 adalah hari yang sibuk bagi saya dan penuh dengan tindakan-tindakan dan kejadian-kejadian

yang menakjubkan.

Inilah hari Rabu yang pertama selepas daripada hari mengundi, dan sekiranya negara tidak berada di dalam

kekacauan, maka menurut kebiasaannya saya patut menerima panggilan daripada Istana Negara untuk

mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua parti Perikatan yang menang dalam pilihan raya untuk menerima surat tauliah

bagi menubuhkan sebuah Kerajaan baru.

88

88

Selepas mengadap dan setibanya saya balik ke Residency, barulah saya mengambil keputusan untuk melantik ahli-ahli

Kabinet dan mengaturkan supaya menteri-menteri yang dilantik pergi ke istana untuk mengangkat sumpah

dihadapan Duli Yang Maha Mulia di mana saya sendiri hadir bersama. Biasanya hari mengangkat sumpah diadakan

dengan istiadat yang penuh penghormatan dan merupakan satu majlis yang gembira.

Sebaliknya oleh kerana saya terpaksa menghadapi krisis negara, maka saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia

untuk melaporkan bencana yang telah menimpa negara kita ini dengan tidak semena-mena.

Saya juga telah mengadakan satu mesyuarat khas antara menteri-menteri kanan Kabinet lama pada pagi itu di

Residency dan telah juga menjemput Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, seorang rakan kabinet yang telah

bersara untuk hadir dalam mesyuarat itu.

Saya telah menawarkan dirinya kepada Tun Abdul Razak menerusi telefon dahulu semalam untuk perkhidmatan

kepada negara dalam apa jua jawatan jika saya memerlukan perkhidmatannya. Tun Abdul Razak telah menyampaikan ucapan terima kasih kepadanya, lebih-lebih lagi kerana beliau tahu bahawa Tun Dr. Ismail tidak begitu sihat dan

telah bercadang hendak pergi ke England untuk diperiksa oleh seorang pakar perubatan.

Pada kebiasaannya hari Rabu ialah hari mesyuarat Kabinet, tetapi pada kali ini mesyuarat yang pertama bagi Kabinet

yang baru tidak diadakan dan sebagai gantinya saya telah mempengerusikan sebuah Kabinet sementara bagi ’Darurat’.

Saya telah memberitahu rakan-rakan saya mengenai cadangan-cadangan yang saya telah putuskan pada malam

tadi.

89

89

Pertama sekali saya telah memberitahu mereka bahawa perlulah saya menasihatkan Duli Yang Maha Mulia supaya mengisytiharkan darurat di seluruh negara kerana tidak ada

jalan lain lagi yang lebih berkesan untuk menghadapi keadaan yang sedang berlaku. Saya juga memberitahu mereka bahawa pilihan raya di Malaysia Timur kenalah

ditangguhkan dengan tidak tentu masanya.

Saya juga telah mengambil keputusan hendak menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara untuk menyelenggara segala

perkara-perkara yang bersangkutan dengan darurat. Serentak dengan itu saya juga akan menubuhkan sebuah

Kabinet Darurat yang terdiri daripada ahli-ahli yang lama dan ahli-ahli yang baru untuk menyelenggara perkara-perkara

pentadbiran.

Tujuan saya menubuhkan sebuah Kabinet Darurat ialah supaya di satu masa kelak dapat dirundingkan bagi

penubuhan sebuah Kabinet yang kekal, dan buat sementara waktu dapatlah Kabinet Darurat ini menguruskan dengan

serta-merta segala perkara-perkara yang berlaku dari sehari ke sehari untuk melicinkan pentadbiran. Saya telah

memberitahu menteri-menteri kanan bahawa saya akan pergi ke Istana pada petang itu juga untuk memohon kuasa dari Duli Yang Maha Mulia bagi melaksanakan keputusan

ini.

Saya telah berunding dengan Tun Abdul Razak bagi menyusun satu rancangan untuk pembahagian makanan

kepada orang-orang yang tinggal di kawasan-kawasan yang telah dikenakan perintah berkurung selama 24 jam pada ketika itu dan mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli barang-barang makanan yang mereka perlukan.

Kami telah mengambil keputusan untuk menjadikan Sekolah Hishamuddin sebagai pusat pembahagian makanan kerana

90

90

sekolah itu terletak di tengah-tengah ibu kota. Beliau telah mengambil tindakan dengan segera dan pada pagi esoknya

pusat pembahagian makanan itu pun mulalah dibuka.

Apabila saya melawat ke pusat itu pada hari yang tersebut saya sangatlah tertarik hati dengan kerja bersungguh-

sungguh yang telah dilakukan oleh beratus-ratus orang sukarelawan, beberapa orang daripada mereka terdiri

daripada diplomat asing dan isteri-isteri mereka. Mereka itu telah menolong membungkus makanan untuk dibahagikan

kepada orang ramai.Ramai daripada mereka comot dengan tepung di muka dan pakaian tetapi mereka bekerja dengan riang dan tenang sekalipun kerja itu berat dan tidak pernah mereka buat sebelumnya. Seorang pegawai muda diplomat

telah berkata dengan berseloroh ”sekarang kami menjadi orang bunga” apabila saya lalu berdekatan dengannya. Pada mulanya kerja itu agak kelam-kabut sedikit kerana

sukarelawan-sukarelawan itu tidak berpengalaman. Tetapi selepas beberapa hari, kerja-kerja di pusat pembahagian

makanan itu telah berjalan dengan lancar.

Pada petang itu saya telah memanggil Peguamcara ke rumah saya untuk merangkakan bersama-sama dengannya

pelbagai perisytiharan darurat dalam negara dan juga mengisytiharkan seluruh kawasan dalam Persekutuan

sebagai kawasan keselamatan. Pada malam itu juga saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia di Istana bagi mendapatkan tandatangan Baginda atas ke semua

pemasyhuran itu.

Pada malam yang kedua itu juga saya telah berucap sekali lagi menerusi televisyen dan radio untuk memasyhurkan penangguhan pilihan raya di Malaysia Timur. Selepas itu

saya telah pergi ke Ibupejabat Polis Selangor sehinggalah lepas tengah malam. Begitulah yang telah saya lakukan

91

91

pada 15. Mei. Pendek kata saya telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan saya pada 13, 14 dan 15 Mei dengan bersungguh-sungguh dan dengan rasa yang penuh dukacita siang dan malam. Ketika itulah mata kanan saya

telah bertambah rosak.

Saya terapaksa membuat keputusan dan menjalankan tindakan-tindakan yang tersebut itu dengan sebab saya sedar di atas kewajipan Kerajaan unutk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Saya insaf bahawa oleh kerana

saya menghidapa keuzuran mata, maka tidaklah dapat saya hendak menjalankan kedua-dua tanggungan mentadbirkan negara ini dan menghadapi darurat dengan cekap sebab

kerja-kerja itu banyak dan memakan masa.

Sebab itulah saya telah memohon persetujuan Duli Yang Maha Mulia untuk melantik Tun Abdul Razak, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, sebagai

pengarah bagi Majlis Gerakan Negara yang dicadangkan. Saya rasa pilihan saya ini sangatlah tepat kerana beliau

seorang yang masih muda dan lebih cergas, dan mempunyai tenaga yang banyak. Beliau sangatlah

munasabah diberi tanggungan yang berat untuk mengembalikan keamanan di negeri ini memandang kepada

pengalaman beliau yang luas di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Negara.

Masalah yang kita hadapi ialah mengenai persoalan hidup atau mati sebilangan rakyat negara ini. Oleh yang demikian

kewajipan kita ialah memberi keyakinan kepada mereka supaya hilang rasa takut dan bimbang di atas perbuatan-

perbuatan puak-puak pelampau dan pengkhianat-pengkhianat dari apa jua kaum.

Kita semua mestilah sedar bahawa krisis ini telah timbul dari pertelingkahan kaum, satu keadaan yang lebih buruk

92

92

daripada keganasan Komunis, sebab kejadian ini boleh menjahanamkan seluruh asas negara dan boleh

menumbangkan keteguhan negara sekiranya tidak diatasi dengan cepat dan berkesan. Kita tidak boleh membuang

masa lagi untuk bertindak.

Kita boleh nampak dengan jelas tanggungan dan kewajipan kita. Tun Razak ialah orang yang paling layak menjalankan

kerja yang berat itu. Saya yakin dan percaya bahawa dengan pertolongan anggota-anggota Kabinet, pasukan-

pasukan keselamatan dan kakitangan Kerajaan serta rakyat yang sangat taat setia, maka tujuan dan cita-cita kita akan

dapat dicapai tidak lama lagi.

Oleh yang dimikian saya telah sanggup turun satu atau dua tingkat untuk memberi kuasa yang penuh kepada Tun Razak menjalankan kerja yang penting itu, tetapi saya masih tetap

menjadi Perdana Menteri, dan dengan yang sedemikian bertanggungjawab di atas segala tindakan mengenai darurat. Tun Razak sentiasa berunding dengan saya.

Pada masa yang lepas sebahagian orang-orang Cina yang tertentu telah menfitnah Tun Razak dengan mengatakan bahawa beliau tidak suka orang-orang Cina atau pun anti

orang Cina. Saya telah kenal biasa dangan Tun Razak sebagai seorang rakan dan sahabat dan selama saya

menjadi Perdana Menteri saya dapati beliau adalah seorang nasionalis dan seorang patriot. Beliau juga seorang

yang sanggup berkorban untuk bangsa dan negara, dan adil dalam petimbangannya.

Selain daripada itu saya berani menambahkan lagi kenyataan saya itu mengenai Tun Razak. Pertalian saya

dengan Tun Razak merupakan satu ikatan yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah. Selama beberapa tahun dari semenjak merdeka, perhubungan kami ini tidak dapat

93

93

dipisahkan, kerana ia terjalin dengan satu ikatan saling mengerti dan hormat-menghormati antara kami berdua.

Persahabatan kami sama ada dalam jawatan atau pun di luar jawatan sangatlah erat sehingga kami sentiasa saling bergantung. Beliau boleh mendapatkan nasihat saya pada

sebarang waktu, sama ada siang atau pun malam, dan saya pula boleh berpaling kepadanya untuk mendapatkan buah

fikiran pada bila-bila masa sahaja yang saya perlukan. Kalau saya dipanggil ’Bapa Malaysia’, maka Tun Razak adalah

seorang yang menjadi pencipta kemerdekaan kita.

Kerja-kerja Tun Razak dalam masa darurat sudah cukup untuk membuktikan dengan jelas kesanggupan beliau untuk menjalankan tugas dan kesediaan beliau untuk memberi apa

jua rupa pengorbanan. Bersama-sama dengan ahli-ahli Kabinet yang lain, beliau dapat menyakinkan kita semua

bahawa setiap orang di negara ini akan dapat hidup dengan aman dan harmoni dan bebas daripada sebarang ketakutan

dan kebimbangan.

Sikap Tun Dr Ismail masuk balik ke dalam Kabinet ketika negara sedang dalam krisis juga merupakan satu tindakan yang sungguh mulia. Beliau telah membuktikan diri sebagai

seorang yang amat setia kepada negara dan sahabat-sahabatnya. Saya sukacita menyatakan bahawa boleh

dikatakan kesemua ahli-ahli Kabinet Perikatan mempunyai semangat kesetiaan yang seperti ini. Selain daripada itu,

sikap mereka bekerjasama sebagai satu pasukan merupakan kejayaan yang menggalakkan.

Pada malam 15 Mei saya menerima satu laporan yang mengatakan bahawa satu kejadian yang telah berlaku di Melaka di mana seorang telah terbunuh dan seorang lagi tercedera. Saya segera mendapatkan sebuah helikopter

untuk pergi ke Melaka pada pagi 16 Mei.

94

94

Setibanya saya di lapangan terbang Melaka, saya telah dibawa terus ke Ibupejabat Polis untuk mendengar laporan-laporan. Kemudian saya pergi melawat ke tempat kejadian.

Menurut Polis Melaka, samseng-samseng Cina telah menyerang dua orang pengayuh beca roda tiga Melayu, di Jalan Bandar Kubu dan memukul mereka dengan kejam

sehingga seorang daripada mereka telah mati kemudiannya, tetapi seorang lagi telah dapat menyelamatkan dirinya.

Ketika itu polis sedang menjalankan rondaan, dan mereka mengejar samseng-samseng itu. Samseng-samseng itu

telah lari masuk ke sebuah bangunan rumah pangsa dengan diburu oleh polis. Sejurus kemudian satu tangkapan telah

dibuat.

Setelah dijalankan penyiasatan, maka terbuktilah bahawa seorang ahli parti politik pembangkang telah memberi upah kepada samseng-samseng itu untuk mencetuskan sesuatu

kejadian. Bagi memendekkan cerita, ahli parti politik tersebut itu telah di tangkap kemudianya di sebuah negara lain dan

ditahan.

Kemudian saya pergi ke Ibu Pejabat UMNO di Melaka untuk bertemu dengan beratus-ratus orang ahli UMNO yang

datang dari beberapa buah negeri termasuk Kedah dan Negeri Sembilan kerana mereka terlantar di negeri itu,

Mereka telah datang ke Melaka untuk merayakan Mandi Safar dan oleh kerana adanya perintah berkurung, mereka

tidak dapat pulang ke negeri masing-masing. Selepas mangaturkan perjalanan pulang mereka dengan diiringi oleh pasukan kawalan, maka saya pun pulang ke Kuala Lumpur.

Saya sentiasa sibuk dan tidak pernah berdiam diri sejak meletusnya kekacauan. Setiap hari saya bermesyuarat dengan menteri-menteri kanan, melawat ke pusat-pusat

95

95

orang pelarian dan pusat pembahagian makanan, dan juga pergi ke Ibu Pejabat Polis Selangor untuk mendengar

laporan dan memberi arahan.

Pada petang 16 Mei sekembalinya saya dari Melaka, saya telah memanggil mesyuarat menteri-menteri di Residency,

dan dalam mesyuarat itulah Tun Razak telah dilantik dengan rasminya sebagai Pengarah Gerakan Negara. Pelantikanya itu telah diumumkan dalam Warta Kerajaan pada hari yang

berikutnya, 17 Mei.

Dalam mesyuarat itu juga saya telah memberi kerja tertentu kepada menteri-menteri yang lain bersangkutan dengan

darurat, seperti menguruskan hal-hal pembahagian makanan, menubuhkan pasukan kawalan (vigilante corp)

dan menyebarkan maklumat-maklumat yang betul dan benar kepada orang ramai.

Lewat hari ini, saya telah melawat Ibu Pejabat Palang Merah untuk menyaksikan beratus-ratus sukarelawan, lelaki dan perempuan, tua dan muda, yang sedang berkerja dengan

riang untuk membungkus dan manghantar pakaian ke tempat-tempat yang diperlukan oleh orang ramai. Dari sana saya telah pergi ke Stadium Merdeka dan Stadium Negara di mana lebih 3,000 orang diberi perlindungan. Saya telah

berbual-bual dengan mereka dan berunding cara-cara bagaiamana orang-orang yang tidak mempunyai rumah dapat diberi rumah baru, dan perkara-perkara mengenai

dengan kemungkinan mereka dapat hidup kembali mencari nafkah masing-masing seperti dahulu. Saya juga telah pergi ke Masjid Kampung Baru di mana beberapa orang sedang diberi perlindungan. Sesetengahnya telah datang kerana hendak mengambil bahagian dalam perarakan dan tidak

dapat pulang ke rumah masing-masing, dan yang lain lagi telah datang ke situ kerana mencari perlindungan.

96

96

Segala kerja yang saya sebutkan tadi belumlah mengakhiri kewajipan-kewajipan saya untuk hari ni. Kerja saya yang

paling penting sekali akan menyusul pada malamnya. Pada malam itulah saya telah menaiki kereta menuju ke Televison Malaysia dan membawa di dalam saku saya sekeping kertas

yang mengandungi tulisan yang amat bersejarah yang pernah saya karang selepas daripada Pemasyhuran

Kemerdekaan 12 tahun yang lepas. Dalam ucapan itu saya telah memberitahu rakyat Malaysia dan seluruh dunia

bahawa selepas daripada kejadian-kejadian bunuh membunuh dan bakar membakar yang telah berlaku selama tiga hari tiga malam yang lepas telah mengorbankan banyak

jiwa dan menjahanamkan harta benda, maka perbuatan-perbuatan itu mestilah diberhentikan sama sekali.

Sungguhpun hati saya hancur dengan apa yang akan saya isyhtiharkan dalam ucapan saya itu, tetapi saya juga berasa

insaf bahawa inilah langkah yang sebaik-baiknya. Dalam ucapan saya itulah saya telah mengishtiharkan darurat di

seluruh negara.

BAB 13 : Keadaan Darurat

Dalam ucapan saya menerusi televisyen dan Radio pada 16hb Mei itu, saya telah berkata:

“Sekarang kita telah pun mengisytiharkan darurat kerana memerlukan kita bertindak dengan serta-merta; jika tidak

maka keadaan ini tentulah akan menjadi bertambah buruk dan tidak akan dapat dikawal lagi dan kita akan menghadapi dengan satu keadaan darurat sebagaimana yang dihadapi oleh British dalam tahun 1948. Ancaman yang kita hadapi sekarang sangatlah genting dan berat dan kita tidak akan

ada jalan lain lagi melainkan bertindak dengan segera. Cuma ada satu jalan sahaja yang boleh kita lakukan iaitu mengisytiharkan keadaan darurat dan mengambil segala

97

97

langkah-langkah yang perlu bagi mencegah keadaan ini daripada bertambah buruk.”

Pengganas Komunis telah menyusun rancangan mereka untuk mengambil kuasa daripada tangan kita. Mereka telah dapat menarik pengundi-pengundi dengan cara ancaman dan menakutkan mereka, dengan cara memujuk mereka

supaya menjatuhkan Perikatan menerusi perjalanan demokrasi, tetapi kita bernasib baik kerana telah mendapat cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan, jika tidak saya

tidak tahulah apa yang akan jadi kepada negara ini.

Mereka telah menolak MCA kerana mereka telah mengecap MCA sebagai Parti pro Melayu dan tidak pro orang-orang Cina Malaysia. Mereka telah dapat menarik orang Cina

supaya tidak mengundi MCA dan apa yang lebih pelik lagi ialah mereka telah berjaya mendapat sambutan orang ramai melalui ancaman-ancaman mereka itu. Terdahulu, mereka telah mencuba sedaya upaya untuk menghalang supaya

pilihan raya tidak dapat di jalankan tetapi tidak berjaya dan kemudian mereka telah menjalankan cara-cara lain pula

untuk merosakkan perjalanan pilihan raya itu. Satu peluang baik telah timbul apakala salah seorang dari mereka telah

dibunuh oleh polis sebagai mempertahankan diri dan mereka telah menjadikannya seorang jaguh perjuangan dan

mengarak mayat melalui jalan raya, dengan melanggar perintah Kerajaan dan melalui jalan-jalan yang tidak

dibenarkan oleh Polis.

Polis telah bersungguh-sungguh bersabar dan bertindak dengan cermat dan membenarkan perarakan itu terus

berjalan. Kiranya polis hilang sabar pada ketika itu, tentulah kekacauan telah berlaku kerana orang-orang ini telah keluar berarak dengan memakai berbagai-bagai jenis senjata untuk bertempur dengan Polis. Dalam perarakan itu mereka telah

98

98

menunjukkan cogan-cogan anti kerajaan, anti Malaysia, membawa bendera-bendera merah, dan dengan sombong

dan megah menunjukkan gambar Mao Tze-Tung dan menyanyi memuji Mao, Ini teranglah taktik pengganas

Komunis dan tidak siapa yang boleh menafikan tetapi kita tidak ambil apa-apa tindakan sehinggalah habis pilihan raya.

Tetapi kemuncaknya telah sampai apakala mereka mengadakan satu perarakan menyambut kemenangan

calon-calon di Kuala Lumpur dengan tidak menurut segala syarat yang telah dikenakan oleh polis. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai dengan menggunakan kata-kata

cacian dan penghinaan terhadap mereka. Ini adalah perbuatan provokasi yang membangkitkan rasa marah kepada sesiapa jua yang menyaksikannya. Oleh yang demikian nyatalah bahawa tujuan di sebalik perbuatan mereka ialah supaya timbul huru-hara dan kekacauan.

Oleh itu saya tidak ada jalan lain lagi melainkan terpaksalah menunjukkan kepada anasir-anasir jahat itu bahawa kita ada

kerajaan yang akan terus memerintah. Kita telah berada dalam keamanan beberapa lama dari semenjak kita membatalkan darurat dan peraturan-peraturannya.

Sekarang mereka mulakan balik dan sebab itu mestilah kita bertindak dengan secepat-cepatnya. Jika tidak, maka tidak lah dapat kita hendak memelihara keamanan dan harmoni dalam negara ini. Oleh kerana peraturan-peraturan darurat

telah dikuatkuasakan balik, maka tiap-tiap orang adalah dikehendaki taat kepada undang-undang itu kerana jika tidak

orang-orang yang tidak berdosa akan binasa. Untuk mencegah daripada berlaku keadaan itu, maka kerajaan terpaksalah menghadapi anasir-anasir jahat itu dan saya

telah meminta semua rakyat yang taat setia kepada negara ini supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh

menghalang tindakan-tindakan kerajaan dan lebih cepat kita

99

99

dapat menamatkan darurat ini, maka lebih baiklah bagi semua orang.

Sekarang saya sedang menubuhkan sebuah Pasukan Pertahanan yang kuat. Orang-orang baru akan diambil untuk

masuk menjadi anggota-anggota Pasukan Pertahanan Tempatan atau Local Defence Corp yang akan digunakan

dengan sepenuhnya dan pusat-pusat pengambilan anggota pasukan itu akan ditubuhkan seberapa segera di setiap

bandar dan pegawai-pegawai tentera akan dipanggil untuk menjalankan kerja ini.

Tanggungan kita sekarang ialah menghadapi dan mengatasi keadaan darurat itu. Kerja ini berat tetapi boleh diatasi dan dengan sokongan rakyat saya percaya kita akan berjaya.

Pusat-pusat pengambilan orang-orang baru akan ditubuhkan dengan segera di Selangor, Perak dan Pulau Pinang dan

dalam negeri-negeri lain akan diadakan juga dengan seberapa cepat. Rakyat tidak boleh menjalankan sendiri kuasa kekerasan dengan berbuat sesuka hati mereka kerana orang-orang yang tidak berdosa akan menjadi

korban di kedua-dua belah pihak, dan kita tahu bahawa dalam negara ini orang-orang Cina yang taat setia adalah

lebih kuat daripada anasir-anasir yang tidak taat setia, tetapi mereka mempunyai pertubuhan yang kuat dan orang-orang

yang taat setia itu tidak bersatu. Oleh yang demikian perlulah bagi orang-orang yang hendak berkhidmat kepada negara dalam saat yang genting ini mara ke hadapan dan menawarkan diri mereka untuk berkhidmat dalam pasukan

itu. Belia mestilah menyambut seruan untuk mempertahankan negara ini. Saya mengulangi lagi bahawa Malaysia berharap setiap rakyat yang taat setia hendaklah

menunaikan tanggungan mereka.

100

100

Sekarang saya telah pun menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara atau National Operations Council dan Tun

Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of Operations, dengan diberi tanggung jawab yang penuh untuk menjalankan pentadbiran di bawah Pengisytiharan Darurat, dan Operations Council ini akan turut dianggotai wakil pasukan-pasukan keselamatan. Tun Razak akan

bertanggungjawab terus kepada saya, yang bererti bahawa kebanyakan kerjanya akan diberi keutamaan. Majlis

Gerakan (Operations Council) akan ditubuhkan dalam semua negeri dan arahan-arahan akan diberi oleh Majlis Bertindak Kebangsaan di bawahTun Razak. Mereka yang

akan menjadi ahli dalam majlis-majlis ini akan dipilih daripada mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dan

mempunyai taat setia yang teguh kepada negara. Tujuan majlis ini ialah untuk menyelaraskan kerja pentadbiran

awam, tentera dan polis dalam segala usaha kita hendak mengembalikan keamanan. Kita mesti mengembalikan rasa kepercayaan kepada negara kita dengan seberapa segera

yang boleh. Jika tidak maka perniagaan akan terhalang, pentadbiran negara akan rosak dan segala usaha yang kita telah buat untuk kepentingan keamanan dan ekonomi akan menjadi sia-sia. Saya bimbang orang-orang akan tempelak

kita dan menuduh bahawa kita mengambil tindakan ini kerana kita tidak mempunyai suara kelebihan yang banyak, tetapi ini tidaklah benar, kita mempunyai suara lebih yang

cukup untuk menjalankan pentadbiran, tetapi keadaan yang timbul memaksa kita mengambil langkah-langkah yang kuat

dan berkesan bagi menghadapi pengganas-pengganas komunis itu.

Berjuta-juta ringgit telah rugi dalam perdagangan dan perniagaan dalam masa beberapa hari ini dan begitulah juga

beberapa banyak nyawa yang terkorban. Kejadian yang telah berlaku dalam negara kita yang bahagia ini sangatlah

101

101

mendukacitakan. Marilah kita sekalian bermohon kepada Allah supaya mencucuri rahmat dan mengembalikan balik

keamanan kepada negara kita ini.

BAB 14 : Putih Kembali

Tiga hari telah berlalu sejak tercetusnya kekacauan di Kuala Lumpur. Pemasyhuran keadaan darurat telah berjalan

dengan kuat kuasanya dan Majlis Gerakan Negara (MGN) telah mula menjalankan tugasnya dengan cergas.

Saya merasa yakin bahawa dengan gerakan yang dijalankan setiap hari oleh oleh MGN, maka satu asas yang

kukuh telah diadakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin timbul, dan juga menjamin supaya keamanan dan kemajuan dapat berjalan selari.

Majlis ini mempunyai kuasa yang penuh untuk mengemuka dan melaksanakan sebarang keputusan yang mereka fikirkan perlu bagi menjaga keselamatan negara dan mengembalikan kehidupan rakyat seperti sedia kala.

Rakyat telah mula menyahut seruan Kerajaan supaya memelihara undang-undang dan ketenteraman setelah mereka menjadi biasa dengan pemasyhuran perintah

berkurung, tambahan pula mereka mengetahui bahawa ada beribu sukarelawan yang sanggup dan bersedia berkhidmat

bersungguh-sungguh.

Dalam tempoh 48 jam ditubuhkan, MGN telah dapat mengendurkan masa berkurung di beberapa tempat.

Tempoh bagi kelepasan telah dipendekkan dari satu hari ke satu hari dan keadaan beransur pulih.

Kelonggaran masa berkurung ini telah dapat diisytiharkan din kawasan-kawasan yang sensitif, iaitu Kampung Bharu

dan Jalan Chow Kit seminggu selepas tercetusnya

102

102

kekacauan. Di kawasan-kawasan inilah pergaduhan mula berlaku.

Setelah suasana menjadi bertambah baik dan kejadian-kejadian buruk telah berkurangan, maka dapatlah kita

meninjau kembali dengan fikiran yang tenang hal-hal yang bersangkutan dengan kekacauan itu pada keseluruhannya.

Ketika itu dapatlah kita saksikan dengan jelas bahawa kekacauan itu bukanlah merupakan satu kejadian yang

meliputi seluruh negara, kekacauan ini sebetulnya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur ini sahaja. Inilah hakikat yang benar sekalipun akhbar asing telah menyiarkan cerita-cerita yang bertentangan yang boleh menaikkan bulu roma pembaca.

Di Pantai Timur tidak terdapat rasa bimbang atau curiga. Di johor dan Negeri Sembilan pula tidak pernah berlaku

sebarang kejadian. Sebenarnya perintah berkurung tidak dikenakan di negeri-negeri Pantai Timur dan Johor. Di

Melaka beberapa pergaduhan kecil telah berlaku, tetapi secepat itu pula ketegangan dapat ditangani. Begitu juga keadaan di kebanyakan tempat dalam negeri Selangor. Di

Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tidak berlaku sebarang kejadian.

Sesungguhnya Pulau Pinang patut mendapat pujian kerana tenang ketika itu, walhal pada masa lalu negeri itulah yang menjadi tempat bermulanya kekacauan. Pulau Pinang ialah

negeri di Pantai Baat yang mula sekali mendapat kelonggaran masa berkurung dari subuh hingga tengah

malam.

Selain Kuala Lumpur, kawasan-kawasan lain yang memerlukan pengawasan yang ketat ialah Betong, yang

terletak di sempadan Kedah dan Perak dengan Thailand. Di sempadan inilah pengganas-pengganas komunis kadang

kala muncul sebagaimana masa darurat dahulu, tetapi

103

103

keadaan itu dapat dikawal pada masa ini (sungguhpun begitu keadaan di situ telah bertambah tegang

kemudiannya)

Bagaimanapun suasana pada keseluruhannya belumlah lagi boleh dikatakan pulih seperti sediakala, kerana adanya

khabar-khabar angin. Semasa kemuncak kekacauan itu, penyebar khabar-khabar angin sangatlah liar dan meluas

sebagaimana yang berlaku di mana-mana juga dalam masa rusuhan.

Selepas dari kekacauan seperti yang telah dialami oleh penduduk Kuala Lumpur, maka tentulah mengambil masa bagi mengembalikan keyakinan orang ramai sepenuhnya.

Sekalipun masa berkurung sedang dipendekkan dan perniagaan telah mula dijalankan pada siang hari, tetapi selepas jatuh matahari, jalan-jalan raya boleh dikatakan lengang. Orang ramai lebih suka duduk di rumah pada

sebelah malam.

Sekarang setelah orang ramai mula merasai bahawa Kerajaan telah mendapat mengawal balik keadaan, maka anasir-anasir jahat tidak lagi mempunyai sebarang senjata

untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Anasir-anasir jahat ini menggunakan khabar angin itu dengan sepenuhnya

untuk menimbulkan keadaan gelisah.

Anggota kongsi gelap telah mengambil peluang dalam suasana yang seperti ini dengan menawarkan perlindungan dengan satu bayaran. Jika tawaran tidak diterima, mereka

akan menimbulkan kekacauan di tempat itu. Apabila berlaku kejadian yang seperti itu, maka perintah berkurung

terpaksalah dikenakan dan penduduk di kawasan itu akan mengalami berbagai-bagai kesusahan. Keadaan yang seperti ini dapat dilihat di Kuala Lumpur pada hari-hari

kelepasan di hujung minggu di mana lazimnya penduduk

104

104

bandar ini keluar untuk bersuka ria. Tetapi, keadaan yang seperti ini tidak kelihatan lagi sekarang.

Sekali pun penduduk di Ibu Kota init telah mengubahkan kelaziman hidup mereka, tetapi suasana telah mula beransur-ansur pulih. Dengan kerana itu pada 6 Jun

dapatlah saya masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan mata dan dirawat sehingga 15 Jun. Doktor-doktor telah lama menasihatkan supaya saya menjalani

pembedahan mata itu.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan di permulaan buku ini, semasa di hospital itulah saya telah mencatatkan segala ingatan sehingga dapatlah buku ini disusun. Semasa itu juga

saya dapat memikirkan dengan tenang soal yang sehabis penting, iaitu mengembalikan kepercayaan orang ramai di

dalam dan luar negara, dan juga untuk merancang cara-cara yang sebaiknya supaya timbul kembali perasaan muhibah

dan kerjasama sebagaimana yang terdapat di Malaysia pada masa aman. Saya bercita-cita supaya perasaan ini

akan sekali lagi menjadi asas utama di dalam penghidupan masyarakat kita.

Apa yang saya fikirkan ialah kemungkinan menubuhkan jawatankuasa muhibah pada peringkat kebangsaan dan

negeri di seluruh Malaysia. Sungguhpun begitu selepas 16 Jun manakala saya meninggalkan hospital untuk balik ke

Residency, satu peristiwa telah berlaku (yang akan dihuraikan kemudian kelak) yang telah mendukacitakan

saya di waktu itu. Kejadian itu telah menggendalakan saya daripada melaksanakan tujuan saya yang besar.

Ketika itu suasana di seluruh negara telah menjadi bertambah-tambah baik sehingga dapatlah masa berkurung

dikurungkan lagi di merata-rata tempat kecuali di Betong. Maka berkurung itu ialah daripada pukul 1.00 pagi hingga

105

105

4.00 pagi, iaitu satu waktu yang kebanyakan rakyat yang baik sedang tidur lena di rumah masing-masing.

Dua minggu kemudian, iaitu pada 28 Jun, hari Sabtu, bandar Kuala lumpur yang telah mulai sunyi daripada sebarang

kejadian buruk sama ada siang atau malam, dengan tiba-tiba bergoncang semula bila berlakunya satu kekacauan

baru dan besar di kawasan yang letaknya di sebelah utara iaitu Sentul.

Pergaduhan-pergaduhan baru telah berlaku pada petang itu di Sentul Pasar. Pertengkaran di antara dua orang yang

mabuk di Jalan Chow Kit telah mencetuskan rasa takut dan kelam- kabut di kalangan orang ramai, dan kedai-kedai telah

ditutup dan orang-orang yang berjalan kaki berlari bertempiaran. Dalam kejadian yang berlaku pada kali ini, lima orang telah terbunuh dan sederet rumah kediaman telah dibakar. Menjelang pukul 6.00 petang itu, kawasan

yang berlaku kejadian itu telah diletakkan di bawah perintah berkurung dan pihak polis telah melaporkan “semuanya

baik”.

Kejadian di Sentul berlaku ialah kerana beberapa perbuatan provokasi yang telah dilakukan oleh pemuda-pemuda India yang membaling batu ke atas masjid yang ada di kawasan

itu. Tidak cukup dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, mereka telah menambah lagi

penghinaan ke atas orang-orang Melayu dengan membaling najis manusia ke dalam kawasan masjid. Perbuatan

menghina ini telah membakar perasaan orang-orang Melayu di situ sehingga satu rusuhan kecil telah

meletus menyebabkan kematian lima orang.

Khabar-khabar angin mengenai perkembangan baru itu segera merebak ke seluruh bandar dan ketika itulah anasir-

anasir yang tidak bertanggungjawab telah mengambil

106

106

peluang untuk melakukan perbuatan jahat. Di Cheras, iaitu kira-kira enam batu jauhnya dari Sentul, kumpulan-kumpulan pemuda telah melempar batu ke atas kenderaan-kenderaan yang lalu di kawasan itu, dan dalam satu kejadian yang lain

pula yang berlaku kira-kira sebatu dari Sentul Pasar, samseng-samseng telah mencederakan seorang yang

melalui jalan tersebut. Dengan kejadian-kejadian ini maka kawasan tersebut telah diletakkan di bawah satu

pengawasan pasukan keselamatan yang ketat, dan perintah berkurung telah dikenakan selama tiga hari. Sementara itu di bahagian-bahagian lain di bandar Kuala Lumpur kehidupan

rakyat telah berjalan seperti biasa.

Bandar Kuala Lumpur yang telah mulai pulih seperti sediakala dalam masa enam minggu yang lepas, telah sekali lagi bergegar dengan kekacauan yang baru, lebih-lebih lagi

kerana kejadian itu telah berlau dengan tiba-tiba sahaja, Adakah kejadian itu mungkin timbul lagi? Tidakkah memadai

pengajaran yang telah mereka dapati pada 13hb. Mei?

Sungguhpun begitu dalam tempoh beberapa hari sahaja penduduk Kuala Lumpur telah bertukar fikiran mereka

setelah melihat bahawa Kerajaan pada ketika itu melaksanakan satu pengawasan yang ketat. Dari semenjak

itu tidaklah lagi timbul kejadian-kejadian yang baru. Sebaliknya beberapa buah Jawatankuasa Muhibah yang

tidak rasmi telah ditubuhkan dengan daya usaha penduduk sendiri.

Penduduk ibu negara telah mulai sedar bahawa kiranya mereka tidak mahu kehidupan ekonomi mereka terjejas,

maka kenalah mereka memberi sokongan yang lebih cergas kepada Kerajaan. Orang-orang yang mengalami penderitaan

yang paling teruk akibat kekacauan-kekacauan dan perintah-perintah berkurung ialah mereka yang miskin,

107

107

terutama penjaja-penjaja yang mencari penghidupan mereka pada waktu malam. Bandar Kuala Lumpur telah beransur

pulih seperti sediakala dan penduduknya mula merasa yakin. Dengan itu bulan Julai telah berlalu dengan tidak

berlaku sebarang kejadian-kejadian buruk.

Sungguhpun begitu satu peristiwa yang sangat buruk telah berlaku pada 27 Julai di sempadan sebelah utara Malaysia

Barat. Enam orang askar Malaysia telah terbunuh dan lapan lagi tercedera di dalam satu serang hendap di hutan tebal

oleh 30 penganas yang datang dari Thailand. Tempat kejadian ialah kira-kira dua batu daripada Sintok, sebuah

kampong di Malaysia yang berdekatan dengan sempadan.

Setelah Kuala Lumpur pulih kembali seperti sedia kala, dan apakala suasana di seluruh negara pada keseluruhannya telah bertambah baik, maka perasaan takut dan bimbang yang telah timbul dari kejadian 13 Mei itu telah beransur-

ansur hilang. Dengan itu juga maka masa hadapan negara kita kian menjadi bertambah cerah.

Sekalipun begitu saya sangat dukacita kerana orang-orang Cina di Kuala Lumpur telah terpengaruh dengan khabar-

khabar angin bahawa jika mereka membeli durian daripada orang-orang Melayu atau menjual durian itu maka mereka

mungkin dipukul. Khabar angin ini mungkin juga ada kebenarannya, tetapi tidaklah patut mereka itu membiarkan diri mereka diancam oleh sekumpulan pemuda yang tidak

bertanggungjawab.

Seorang kawan saya telah memberitahu bahawa dia telah diberi beberapa biji durian. Selepas daripada menikmati

buah yang lazat ini dengan secara bersembunyi di dalam rumahnya, dia terpaksa dengan secara sulit menggali

sebuah lubang untuk menanam kulit durian itu pada sebelah malam. Dia bimbang kiranya kulit-kulit durian itu dibuang

108

108

dalam tong sampah, maka mungkin cerita yang dia telah melanggar pemulauan itu akan dapat diketahui dari mulut ke

mulut, dan dengan itu dia akan menghadapi satu akibat yang buruk.

Kiranya rakyat yang taat mengambil sikap membiarkan diri mereka terperangkap dengan perasaan takut oleh kerana

adanya ancaman supaya buah-buahan bermusim ini dipulaukan, maka saya bimbang bahawa kita akan

mengambil masa yang lebih panjang untuk mengembalikan keamanan yang sebenar di dalam negara ini. Mereka tahu bahawa penjualan buah-buahan yang bermusim itu ialah

untuk selama masa yang tidak lebih dari dua bulan sahaja. Saya suka melahirkan harapan saya moga-moga orang-

orang Cina yang taat setia kepada Malaysia menyatukan diri mereka dalam sebuah pertubuhan untuk membantu

Kerajaan menentang anasir-anasir yang bersifat anti sosial ini. Inilah sebabnya kita perlu mengadakan Jawatankuasa

Muhibah.

Oleh itu pada 21 Julai saya telah mengumumkan rancangan untuk menubuhkan sebuah Majlis Muhibah Kebangsaan,

yang akan mempunyai badan-badan yang serupa itu juga di peringkat negeri. Saya telah buat pengisytiharan ini dalam satu mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua

Menteri yang telah diadakan di Kuala Lumpur, dan menjelang akhir bulan itu saya telah mulai melawat ke

seluruh negara untuk mengembalikan perasaan muhibah di merata tempat. Usaha saya ini telah mendapat sokongan

dan sambutan dari semua pihak.

Perasaan yang seperti inilah yang sebenarnya tertanam di dalam hati seluruh bangsa Malaysia di semua peringkat dan

di kalangan semua kaum. Mereka suka hendak hidup

109

109

kembali dengan aman dan bahagia kerana tiap-tiap orang sedar inilah cara-cara hidup yang dikehendaki oleh mereka.

BAB 15 : Sepucuk Surat

SAMPAI di sini perlulah saya berbalik ke belakang sedikit untuk menghuraikan niat yang terpendam di sesetengah kalangan sejak beberapa lama, dan niat itu telah mereka

kemukakan ke hadapan selepas rusuhan pada 13 Mei 1969.

Saya telah menyebut sebelum ini bahawa selepas keluar dari hospital pada l6 Jun, satu peristiwa yang telah berlaku

pada ketika itu amatlah menyedihkan saya. Saya telah menerima sepucuk surat yang kasar dari Dr. Mahathir bin

Muhamad, seorang calon Parlimen UMNO yang kalah dalam pilihan raya di kawasan Kota Star Selatan, di negeri Kedah. Beliau juga adalah salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi

UMNO.

Surat seumpama tidak pernah saya lihat sepanjang menceburkan diri dalam politik. Saya tidak pernah sekali-kali

menjangka bahawa surat seperti itu boleh ditulis oleh seorang yang sentiasa menggembar-gemburkan dirinya

seorang penyokong kuat parti, sekalipun dia tidak bersetuju dengan beberapa polisi yang dijalankan oleh parti.

Surat itu ditaip atas empat helai kertas dalam Bahasa Melayu. bertarikh l7 Jun dan telah dihantar dari alamat

rumahnya sendiri di Alor Star di mana dia menjadi doktor yang mempunyai kliniknya sendiri. Bagi seorang penyokong parti, lebih-lebih lagi sebagai seorang Ahli Parlimen selama

lima tahun dan anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO selama 12 bulan, perbuatan menulis surat seperti itu kepada

Perdana Menterinya sendiri yang juga menjadi pemimpin partinya, merupakan satu perbuatan yang tidak patut.

110

110

Sungguhpun begitu, beliau masih tidak berpuas hati. Beliau telah menghantar salinan-salinan surat itu kepada kawan-

kawannya. Surat-surat ini kemudiannya telah disalin beribu-ibu naskah dan telah disebarkan di kalangan pegawai-

pegawai Perkhidmatan Awam, penuntut-penuntut Melayu di Institusi Pelajaran Tinggi dan juga kapada orang-orang

Melayu di kampung.

Sekalipun jika Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab melakukan sendiri penyebaran suratnya itu, tetapi tidak pula

ia menahan kejadian itu daripada berlaku.

Tun Dr. Ismail juga telah menerima satu salinan surat itu daripada Dr. Mahathir. Saya telah menyuruh satu salinan dihantar kepada Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Pengerusi UMNO. Tun Abdul Razak kemudiannya telah

memanggil satu Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk membincangkan perkara surat itu. Persidangan itu telah diadakan di rumahnya, Seri Taman, Kuala Lumpur

pada 12 Julai. Saya tidak hadir di persidangan itu tetapi Dr. Mahathir telah menghadirinya.

Persidangan itu telah diadakan secara tertutup dan cuma anggota-anggota Majlis Kerja Tertinggi sahaja dibenarkan

hadir. Sungguhpun begitu, wartawan-wartawan telah menunggu di-luar pintu masuk ke Seri Taman kerana

mereka dapat mengagak sesuatu yang penting mungkin berlaku. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah di atur di sekeliling kawasan itu dan pintu-pintu masuk dan keluar

telah dijaga oleh polis yang bersenjata.

Persidangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berjalan selama tiga jam. Pada pukul 4.05 petang, Menteri

Penerangan dan Penyiaran, Hamzah Dato’ Abu Samah telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar 17 baris.

111

111

Kenyataan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agong UMNO, Senu Abdul Rahman. Kenyataan itu berbunyi:

“Satu Persidangan Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah diadakan pagi ini untuk menimbangkan tindakan yang patut

diambil mengenai dengan penyebaran yang luas salinan surat di antara Dr. Mahathir, seorang Anggota Majlis Kerja

Tertinggi UMNO dengan Tunku Abdul Rahman, Yang Dipertua UMNO.

“Surat-surat itu mengandongi perkara-perkara dan keterangan parti yang amat penting yang sepatutnya

dibincangkan terlebih dahulu oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO memandangkan kepada suasana yang terdapat

dalam negara pada masa sekarang.

“Persidangan itu mengambil keputusan bahawa perbuatan Dr. Mahathir itu merupakan satu kesalahan berat melanggar disiplin dan peraturan parti. Jika perbuatan itu tidak dicegah

maka ia akan merosakkan perpaduan di dalam parti dan juga Kerajaan yang didukung oleh parti.

“Majlis Kerja Tertinggi yang dihadiri oleh sernua Menteri Kabinet dan Menteri Besar yang menjadi Anggota Majlis itu, telah mengambil keputusan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Anggota Majlis itu mulai dari hari ini. Tunku tidak

hadir dalam persidangan itu.”

Saya tidak dapat menyiarkan sepenuhnya kansungan surat Dr. Mahathir pada masa ini, tetapi saya perlu merujuk

kapada surat itu di dalarn buku ini. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, maka tentulah saya dapat dituduh tidak

memberi berita yang sepenuhnya.

Sungguhpun begitu, oleh kerana surat itu terlampau berbahaya maka Menteri Hal Ehwal Dalamn Negeri, Tun Dr.

112

112

Ismail, telah rnengambil tindakan dua hari kemudian iaitu pada 14 Julai untuk mengeluarkan perintah di bawah

Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi mencegah sesiapa jua daripada menyiar, menyebar atau memiliki salinan surat ini. Dalam perintah itu juga tegahan yang sama telah dikenakan ke atas beberapa surat lain

dalam Bahasa Malaysia dan tindakan ini telah diambil untuk kepentingan keselamatan negara.

Siapakah Dr. Mahathir dan apakah pendirian-nya dalam UMNO? Jawapannya ialah ada sekumpulan orang yang

selalu disebut sebagai ‘pelampau’ (ultras), atau pun ‘bijak pandai’ (intellectual) yang telah dapat menembus masuk dan

mencari kedudukan dalam UMNO. Sesetengah daripada mereka duduk di Kuala Lumpur dan tidak seorang pun

daripada mereka mempunyai banyak hubungan dengan orang ramai terutama di kawasan luar bandar.

Mereka tidak sesekali boleh mengharapkan sokongan orang ramai dengan tenaga mereka sendiri, tetapi mereka boleh buat bermacam-macam angkara, dan inilah yang mereka

lakukan bersungguh-sungguh sekarang. Di belakang segala penentangan yang ditimbulkan dalam UMNO ini mesti ada

seorang yang tahu bagaimana hendak merancang dan bagaimana hendak mendapatkan orang lain

melaksanakannya. Adakah orang itu Dr. Mahathir sendiri atau pun ada orang lain?

Orang mungkin bertanya apakah .tujutuan mereka. Melalui orang lain saya telah cuba bertanya kapada beberapa orang

daripada puak “pelampau” (ultras) itu apakah jawapan kapada soalan itu. Dan setakat yang saya tahu mereka mahu mengadakan satu “order” baru dalam UMNO dan

dalam negara ini. Misalnya mereka berpendapat bahawa cara pemikiran politik kita telah lapok dan tidak selaras

113

113

dengan dasar Afro-Asia. Antara cita-cita yang terpendam dalam hati mereka mungkin untuk menyingkirkan raja berperlembagaan dan menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara republik. Saya agak selepas Malaysia

diisytiharkan sebagai republic, maka mereka akan ubah dasar luar kita untuk membawa kita lebeh hampir kapada

kumpulan Afro-Asia.

Menurut satu maklumat yang diterima, meskipun Sukarno telah digulingkan oleh rakyat Indonesia, tetapi ajarannya,

wang ringgitnya, pengikut-pengikut yang rapat dengannya dan pendukung faham Karno masih ada bertaburan di

seluruh Asia dan dasarnya itu masih di-perjuangkan’ engan bersungguh-sungguh.

Semasa pemerintahannya, orang-orang Sukarno sama ada yang berkhidmat dalam Kerajaan atau pun dalam swasta

mempunyai hubungan secara langsung dengan pertubohan, pemimpin-pemimpin parti berlauan kiri dan orang-orang perseorangan di Malaysia, dan pakatan-pakatan telah dirancang untuk menumbangkan Kerajaan Malaysia.

“Banyak pemimpin yang kononnya mendakwa sebagai pemimpin Melayu telah di-pesongkan fikiran mereka dan telah dijadikan alat yang berguna untuk melaksanakan

rancangan ini. Di antara rancangan ini ialah pembentukan Pasukan Tentera Gerkan Bumiputra di sepanjang Pantai Timor dan Barat Malaysia dan di sepanjang sempadan Thailand. Pemimpin-pemimpin mereka itu mempunyai

hubungan langsong dengan mereka yang bertanggungjawab mengendalikan rancangan ini.

“Menurut rancangan mereka, alat-alat senjata dan peluru akan dibekalkan menerusi jalan laut. Sebagai langkah permulaan, kempen yang kotor dan fitnah yang jahat

mestilah dilancarkan sebelum tindakan lanjut diambil. Cara

114

114

yang telah digunakan .ialah dengan menyebarkan “risalah beracun” untok menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin UMNO yang terkemuka, terutama Tunku Abdul Rahman

yang mesti digulingkan dengan apa cara sekalipun.

“Buat saya, saya fikir fahaman Afro-Asia hari ini terutama selepas kejatuhan Soekarno di Indonesia dan Nkrumah di

Ghana, sangat selari dengan pemikiran kita; tetapi sama ada ahli-ahli UMNO dalam kumpulan tersebut sedar tentang

hakikat ini atau pun tidak, tidaklah di-ketahui.

Jelaslah bahawa apa yang dikehendaki oleh “pelampau-pelampau” ini ialah supaya UMNO sahaja yang memegang seluruh pentadbiran Kerajaan sebagai sebuah parti. Saya

telah berulang kali menyatakan bahawa kehendak ini adalah bertentangan dengan dasar saya. Sebenar-nya saya telah pernah berkata bahwa sakalipun cuma tiga orang ahli MCA sahaja yang menang dalam pilihan raya, maka Perikatan

akan terus terpelihara, dengan tiga buah parti yang berikat -UMNO, MCA dan MIC- bekerjasama sebagai wakil orang

Melayu, orang Cina dan orang India Malaysia.

Puak “pelampau” ini tidak mengetahui berapa kali Lee Kuan Yew telah cuba memujuk saya supaya mengambil PAP

masok campur dengan kita, tetapi percubaannya itu tidak berjaya.

Mereka yang menentang pimpinan saya sentiasa menjalankan taktik menyerang peribadi saya dengan tujuan hendak melemahkan UMNO kerana saya disifatkan sabagai imej parti itu. Mereka terpaksa menjalankan taktik itu kerana

mereka itu telah gagal hendak memecahkan perpaduan UMNO dengan cara lama. Jadi mereka melancarkan

kempen membusukkan peribadi saya supaya jatuh maruah saya di mata orang ramai. Tetapi usaha mereka itu tidak

mendatangkan kesan sahinggalah baru-baru ini.

115

115

Sungguhpun bagitu. apakala surat Dr. Mahathir kapada saya itu telah disebarkan luas, maka golongan yang menentang saya itu tidak lengah lagi mengambil kesempatan itu untuk

mengeruhkan lagi suasana.

Sekarang telah ternyata bahawa golongan ini telah menggunakan penuntut-penuntut di institusi pelajaran tinggi

untuk menjalankan kerja mereka yang kotor. Apa yang mereka telah gagal mencapai dengan perlawanan yang terbuka, mereka sekarang berharap akan dapat sedikit

kejayaan dengan menimbulkan kekacauan di kalangan ahli-ahli parti. Gerakan Dr. Mahathir itu tidak syak lagi telah

membantu anasir-anasir yang memusuhi saya bagi menimbulkan kemarahan orang terhadap saya sebagaimana yang telah terbukti daripada kejadjan-kejadian yang berlaku

kemudian.

Paca 17. Julai pukul 7.00 pagi, sehelai kain cogan kata telah dijumpai terikat di pagar hadapan masjid Universiti Malaya;

sebuah masjid yang saya telah bina untok penuntut-penuntut universiti itu. Di atas kain itu tertulis slogan

berbunyi: “Rejim Tunku 1mperialis dan Feudalis” dlan “Tunku, Berhentilah.”

Slogan yang samna saperti ini telah digunakan dan masih lagi digunakan oleh Parti Rakayat, sebuah parti yang kuat

menentang Kerajaan, Parti inilah juga yang telah menyokong polisi Sukarno “ganyang Malaysia”.

Pada hari itu penuntut-penunut telah membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis di atas-nya perkataan-perkataan

yang dapat menunjukkan dengan jelas pandangan politik mereka. Salah satu berbunyi: “Kami mahu sa-orang

pemimpin dinamik”. Pemimpin yang mereka mahu ialah seorang yang sanggup membakar sumbu dinamit untok

meletupkan negara dan masyarakat kita hingga berkecai.

116

116

Sepanduk yang satu lagi pula berbunyi “Singkirkan kaki poker dan kaki kuda” dan yang satu lagi berbunyi . “Tunku,

bersaralah.”

Sepanduk seumpama itu dan banyak lagi yang !ain dapat menunjokkan apakah tujuan mereka. Slogan seperti inilah yang telah biasa digunakan o1ehv kumpulan perpaduan

Afro- Asia dan pertubohan lain yang antikerajaan.

Penuntut-penunut Melayu Univeriti Ma1aya yang mengadakan tunjuk perasaan itu telah bermesyuarat

kemudiannya dengan penuntut-penunut Maktab Teknologi MARA dan menentang pemecatan Dr. Mahathir daripada

Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Kesan daripada pertemuan itu, maka ramailah penuntut MARA yang telah mengambil

bahagain dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan pada hari itu di kawasan maktab mereka untok membantah

langkah yang diambil oleh UMNO ke atas Dr. Mahathir. Mereka mengecap saya sebagai pengkhianat bangsa saya. Mereka telah membuat ucapan yang berapi-api menuntut supaya saya disingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Abdul Ghaffar Baba, iaitu menteri yang bertanggungjawab di atas Maktab MARA, telah bercakap dengan pemimpin penuntut-

penuntut itu. Beliau telah bertanya kepada mereka apa kena rnengena pemecatan Dr. Mahathir daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu dengan mereka, dan adakah mereka menjadi ahli UMNO? Mereka jawab tidak, tetapi menegaskan bahawa mereka berhak bercakap dalam

perkara ini kerana mereka orang Melayu. Beliau kemudiannya bertanya sama ada mereka bersetuju dengan

UMNO sebagai parti politik mereka, dan mereka jawab “tidak”.

117

117

Ghaffar sangat terperanjat apabila mereka menceritakan satu persatu apa yang telah berlaku dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dirahsiakan itu. Apabila beliau

bertanya siapakah yang telah memberitahu mereka, mereka tergamam dan tidak tahu apa yang hendak

dikatakan.

Kesemua ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengangkat sumpah tidak boleh membocorkan sabarang

perkara yang dirunding dalam mesyuarat, dan dengan sebab itu tentulah menimbulkan teka-teki bagaimana

maklumat berkenaan dibocorkan.

Kejadian ini menunjukkan bahawa sangatlah mudah hendak mempengaruhi fikiran orang muda. Mereka akan percaya

“apa sahaja jika perkara itu berulang-kali dicakapkan kepada mereka. Sesetengah kakitangan dan pegawai juga

bertanggongjawab di atas kejadian ini. Beberapa orang daripada mereka telah sanggup berdiri di atas pentas politik untuk berkempen menentang Perikatan dalam pilihan raya baru-baru ini. Mereka tidak berjaya menjatuhkan Perikatan

dengan cara berperlembagaan, dan dengan kerana itu mereka itu sibuk menjalankan usaha untuk menggulingkan

Perikatan dengan cara lain.

Bagitulah juga halnya dengan penuntut-penuntut Universiti Malaya. Naib Canselor Universiti Malaya, Professor Engku

Aziz telah bercakap kapada penuntut dalam kawasan universiti dan telah mendapat jawapan yang hampir sama

daripada mereka.

Aliran politik telah menjadi begitu berbahaya pada masa ini! Menggunakan penuntut-penuntut untuk menjalankan kerja yang kotor ini samalah dengan cara yang telah dibuat oleh

Parti Komunis di Indonesia dan Kumpulan Per paduan Afro-Asia di Burma sebagai yang di-Iaporkan oleh Aleksandr

118

118

Kaznacheev dalam bukunya bertajuk “Inside A Soviet Embassy” (Di Dalam Sebuah Kedutaan Soviet) yang telah

diterbitkan pada tahun 1962. Kaznacheev telah lari dari Kedutaan Soviet di Rangoon untuk mencari perlindongan di

Kedutaan Amerika.

Dengan memetik buku ini tidaklah bererti bahawa saya membuat sebarang tuduhan atau sindiran terhadap Russia, kerana saya yakin bahawa mereka tidak melakukan apa jua pun dalam pilehan raya baru-baru ini, dan tidak pula mereka terbabit dalam peristiwa 13 Mei atau pun kemudian daripada

itu.

Sungguhpun begitu buku ini menceritakan kejadian-kejadian yang telah berlaku semasa Komunis China dan Komunis Russia masih menjadi sahabat baik. Adalah menjadi satu

taktik kapada semua Komunis untok menggunakan penuntut bagi mencapai tujuan mereka, dan salah satu daripada

senjata yang mereka gunakan ialah Kumpulan Perpaduan Afro-Asia.

Kaznacheev yang menjadi seorang pakar dalam kumpulan agen penyeludup Russia menyebut Kumpulan Perpaduan Afro-Asia itu sebagai “sebuah pertubuhan belia Komunis

yang handal”. Dia telah menceritakan satu temuramah yang telah diadakan di Rangoon dengan se-orang pemimpin belia yang dia sifatkan sebagai “saorang peguam terkenal yang rnempunyai perhubungan yang luas di kalangan Kerajaan

Burma dan parti-parti politik yang besar. Beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam Barisan Bersatu

Komunis Kebangsaan (Communist National United Front), dan juga menjadi salah seorang daripada pemimpin pertubuhan belia Komunis yang dipanggil Kumpulan

Perpaduan Afro-Asia.

119

119

Menurut Kaznacheez, pemimpin Burma itu telah berkata sebagaimana berikut mengenai pengambilan belia.

”Belia ini adalah bahan yang terbaik untuk kami. Sekalipun pemikiran mereka di segi politik tidak masak, tetapi otak

mereka penuh dengan idealisme dan semangat yang berkobar-kobar; buah Komunis yang ditegah itu lebih manis

kepada mereka daripada fahaman politik Burma sendiri. Penuntut-penuntut kita lebeh suika menghadiri perjumpaan yang riuh rendah dan tunjuk perasaan mengibar bendera daripada tekun dalam pelajaran mereka. Sikap ini adalah

lebeh baik untok kami (bererti untok tujuan Komunis). Mereka mcmuja kejayaan Komunis dan tidak dapat melihat

selain dari it. Mereka gemarkan slogan yang memerangsangkan, suka memasuki pakatan sulit, dan

inginkan pimpinan yang keras. Jadi kerja kami ialah mengadakan perkara yang mereka sukai. Dan sebagaimana yang diketahui, belia yang berpelajaran ini amat-lah penting untuk masa hadapan negara Burma; satu hari kelak mereka

akan meninggalkan bangku pelajaran mereka dan memegang jawatan yang penting dalam Kerajaan,

perusahaan dan pasokan bersenjata, Sesetengah daripada mereka akhirnya tentulah hilang minat terhadap gerakan kita

itu, tetapi yang lain akan terus bersama kita.

“Mereka suka mendengar sesiapa yang boleh bercakap panjang dan kuat, jadi kita pun berbuat bagitu dan tidak ada

siapa pun di sini yang menentang kata-kata kita itu! “

“Rancangan perjuangan kita adalah mudah dan ini adalah satu cara perjuangan Lenin yang telah memberi kesan. Kita

mendesak kerajaan bourgeois untuk memberikan kita kebebasan dan demokrasi yang penoh dan tidak berhad

supaya dapat kita memikat orang ramai menyebelahi kita, dan dengan itu dapatlah kita kebebasan untuk menguatkan

120

120

kedudokan kita dan melemah serta menjatuhkan moral musuh-musuh kita. Kita menyeludup masuk ke dalam parti-parti politik lain secara beramai-ramai, terutama parti yang memerintah dan meletakkan orang-orang kita memegang

kedudukan yang penting dalam jabatn Kerajaan dan tentera. Dengan perlahan-lahan dan dengan senyap bahkan dengan tidak disedari kita akan mengambil kuasa di seluruh negara.

Ketika itu biarlah satu gerakan yang pantas dan gagah di1ancharkan untuk menumbangkan Kerajaan bourgeois itu dan merampas kuasa dengan sepenuhnya. Sesunggoh-nya

kita sedar bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat menjayakan rancangan kitaa ini dengan tidak mendapat

pertolongan China.

“Kita mestilah ingat bahawa semua keadaan yang terdapat dalam negara ini adalah mewajarkan kita mengambilalih

kuasa d negara ini, dan setelah kuasa itu ada di tangan kita, kita akan meletakkan Burma di jalan yang betul! Ketika itu tidaklah lagi kita memerlukan kebebasan dan demokrasi bercorak bourgeois yang buruk itu. Gantinya kita akan

menubuhkan sebuah Kerajaan Komunis. Kita akan menunjukkan apakah demokrasi yang sebenar-benarnya

dan ketika itu tidak ada siapa pun yang akan berani menentang kita. Burma memerlukan satu kuasa yang kuat

untuk memerentahnya.”

lnilah pengajaran yang telah kita dapat ambil daripada apa yang telah berlaku di.negara-negara jiran kita. Dan kita juga

telah dapat melihat bagaimana Negara-negara itu menghadapi kesulitan akibat daripada perbuatan Komunis China itu. Tanda-tanda telah menunjukkan bahawa chara

dan taktik yang serupa sedang dilakukan oleh mereka dalam Negara kita sendiri dan kira-nya rancangan mereka itu

dibiarkan, maka hadapilah akibatnya.

121

121

Apa yang berlaku di Burma turut berlaku di Negara-negara lain. Puak “pelampau” sedar bahawa dengan perbuatan mereka menghasut pelajar-pelajar muda itu, terutama di kalangan pemuda Melayu yang mempunyai semangat

kebangsaan, maka mereka bermain dengan api. Nyatalah ini yang menjadi tujuan mereka kerana mereka melihat

bahawa di negara lain kekacauan oleh penuntut sentiasa berlaku dalam masa beberapa tahun yang lepas kecuali di

Malaysia.

Apakah sebabnya belia Melayu ini dengan tidak semena-mena menimbulkan tuduhan ke atas Kerajaan kerana tidak menolong orang-orang Melayu, terutama sekali kerana tidak

memberi peluang perniagaan kapada mereka? Menurut mereka. orang Melayu telah menjadi mangsa kapada kaum “kapitalis” , dan tinggallah orang Melayu sebagai kaum yang miskin. Mereka memejamkan mata mereka terhadap segala

usaha yang kerajaan laksanakan untuk menolong orang Melayu dalam perniagaan dan perusahaan. Kolej MARA sendiri. Adalah satu bukti yang jelas betapa besar hasrat Kerajaan untuk memberi mereka pelajaran yang sesuai

dengan kehidupan di Negara ini dan mengadakan latihan dalam lapangan perniagaan.

Di universiti pula, tempat-tempat telah dikhaskan untok penuntut-penuntut Melayu sehingga menimbulkan

kemarahan dan kecurigaan kaum lain. Sungguhpun begitu nampaknya mereka belum berpuas hati. Setengah daripada

penuntut yang termakan hasutan puak pelampau itu tidak lagi dapat bersabar bahkan rnendesak supaya perniagaan

asing dirampas sama seperti yang telah di-lakukan oleh Sukarno di Indonesia

Apa yang berlaku seterusnya di Indonesia di bawah pemerintahan Sukarno yang telah tunduk kapada golongan

122

122

pelampau ini? Oleh kerana mereka tidak mempunyai kebolehan dan pengalaman dan tidak tahu cara-cara

perniagaan, maka ekonomi Indonesia telah terjerumus ke dalam jurang kebinasaan. Moda1 asing telah ditarik keluar

dari Negara itu, kilang-kilang perusahaan telah ditutup, pemodal baru enggan datang, hutang negara telah

meningkat berganda-ganda banyaknya. dan nilai rupiah telah jatuh.

Sekarang di bawah pemerintahan Prcsiden Suharto, seorang pernimpin yang luas fikirannya, maka barulah Indonesia mula menunjokkan tanda-tanda untuk pulih

kembali daripada kebinasaan yang telah dilakukan oleh Sukarno yang dipengaruhi oleh pelarnpau.

Setelah rnelihat sendiri kejadian yang telah berlaku di negara lain, maka adakah bijak untuk kita mengikut jejak langkah mereka. Apa yang diperlukan ialah ketekunan,

keazaman dan rancangan yang teratur. Jika Sukarno tidak menyedari syarat-syarat ini, maka mestikah kita buta saperti

beliau. setelah kita mencapai segal a kemajuan dan kemakmuran yang telah kita peroleh sejak kemerdekaan,

dengan pimpinan. yang tersusun dan teratur dalam perniagaan yang bebas?

Pada 24 Ogos, semasa saya berada di Alor Star dalam rangka lawatan ke seluruh negara ,saya telah memuka

tembelang mengenai satu kempen sulit yang dilancarkan untuk .mendapatkan sokongan dengan berselindung di

seabalik ajaran Islam. Kempen itu telah di-beritahu kapada saya oleh Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad bin

Mohamed Hashim yang telah datang dari Kangar.

Tan Sri Sheikh Ahmad mendapat tahu berkenaan kempen ini semasa beliau membuka dan berucap pada persidangan

123

123

tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Is1am Malaysia cawangan Perlis pada 22 Ogos.

“ Kira-kira 100 orang hadir dalam meshuarat itu, dan kebanyakan mereka kelihatan saperti orang kampong biasa. Sebelum saya berucap dalam majlis itu, tiga orang pemuda datang dan duduk di depan saya. Mereka berkelakuan tidak

sopan sambil menanggalkan kot mereka. Saya terkejut melihat belakang kemeja pemuda-pemuda itu tertulis

“Revolusi”.

“Selepas saya berucap, Naib Presiden Persatuan itu dari Kuala Lumpur bernama Mansor bin Abdul Rahman

mengambil alat pembesar suara. Saya terkejut apabila dia mengecam Perdana Menteri kerana mengambil bahagian chergas dalam Majlis Gerakan Negara dan menyeru para

hadirin jangan percaya kapada majlis itu. Ia juga mengecham rancangan Kerajaan menubuhkan

Jawatankuasa Muhibah yang dianggapnya tidak berguna kerana jawatankuasa itu ditubuhkan se-lepas berlaku

kekacauan.

”Banyak lagi perkara yang tidak akan disebut oleh sebarang rakyat yang taat setia telah kedengaran dilaungkan dalam

perjumpaan itu. Malah.dia menyeru .mereka yang hadir dalam mcsyuarat itu supaya jangan peduli kalau Kerajaan cuba menghalang persatuan itu daripada mencapai cita-

citanya.”

Kejadian di Universiti Malaya pada 28 Ogos dapat memboktikan lagi bagaimana fikiran penuntut-penuntut

Melayu itu telah dipengarohi dan dipesongkan. Pada waktu itu universiti tersebut menjadi tempat pcrhimpunan

antarabangsa terdiri daripada pakar-pakar muzik, penari dan pclakon dari pelbagai negara Asia Tenggara untuk

124

124

membincangkan dan menunjukkan tarian dan lakonan drama tradisional rantau ini. Langkah penge1ola memilih

Malaysia dan Universiti Malaya sebagai tempat persidangan kebudayaan ini merupakan satu penghormatan yang sangat

besar. Kira-kira 200 penuntut Mel.ayu telah mengambil keputusan untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang

saya, dan dengan sengaja memilih masa ketika tetamu-tetamu asing dari Asia Tenggara berada di sini. Sekalipun

Naib Canselor, Prof. Ungku Abdul. Aziz tel.ah memberi amaran kapada penuntut-penuntut itu, mereka ttetap

berdegil mengadakan tunjuk perasaan.

Mereka melakukan tunjuk perasaan mencntang saya di Dewan Tunku Canselor, sebuah bangunan yang mengambil sempena nama saya untuk mengenang jasa saya sebagai

Canselor Universiti itu. Kelakuan mereka telah menjatuhkan maruah dan memalukan bangsa dan negara kita. Saya tidak

pernah terfikir bahawa perkara yang seperti ini boleh berlaku.

Selama 17 tahun saya telah menjadi pemimpin yang dihormati dan disanjung tinggi berdasarkan kapada apa

yang telah saya buat untok bangsa dan negara. Sekarang dengan adanya satu fitnah yang jahat maka saya terus dicap

sebagai seorang pengkhianat dan musuh bangsa dan dengan itu saya mesti disingkirkan.Adakah mereka sedar

bahawa apa yang mereka lakukan itu sebenarnya bukanlah menentang diri saya seorang sahaja bahkan menentang

Kerajaan negara ini yang telah ditubuhkan dengan sah dan saya menjadi ketua-nya? Saya telah dipilih memegang

kedudukan itu dengan kehendak rakyat melalui pilihan raya.

Kebanyakan orang telah sedia maklum bahawa saya memang berchadang hendak bersara. Saya telah berulang

kali melahirkan hasrat ini sebelum diadakan pilihan raya

125

125

umum 1969. Segala langkah yang telah saya ambil bagi mengatur persaraan saya itu dapat dijadikan bukti tentang

hasrat saya hendak bersara. Saya telah memimpin Tun Abdul Razak untuk bersedia menerima jawatan yang berat itu, dan langkah saya ini bukanlah menjadi satu rahsia lagi kerana saya telah. Berulang kali mengisytiharkan hasrat

saya itu. Saya juga telah membeli sekeping tanah dengan bantuan wang dari. Sahabat-sahabat saya supaya dapatlah saya membena sebuah rumah bagi orang susah (Home for

the Distressed), dan mengendalikan sendiri rumah itu supaya dapatlah saya berkhidmat selepas bersara kapada

mereka yang benar-benar perlukan pertolongan. Jadi kenapakah dcngan tidak semena-mena timbul penentangan

terhadap diri saya, dan kepimpinan saya dipersoalkan? Mereka melaung-laungkan kempen “Malukan Tunku dan

tumbangkan Kerajaan.”

BAB 16 : Rebutan Kuasa Dalam UMNO

Tidakklah dapat dinafikan lagi tentang adanya perebutan kuasa didalam UMNO sendiri antara mereka yang telah menegakkan parti ini dan yang telah berkorban untuk

kemerdekaan kita dengan anasir-anasir baru yang digelarkan ‘pelampau’ (ultras).

Rebutan kuasa ini telah bermula dari sejak dua tahun lepas atau pun terdahulu dari itu. Penyokong-penyokong yang taat setia kepada UMNO telah dapat mencegah perbuatan puak

‘pelampau’ itu kerana UMNO ketika itu kuat dan kerana adanya sokongan yang penuh daripada semua ahli, dari

atas sampailah ke bawah.

Dengan sebab itu mereka yang memanggil dirinya ‘pelampau’ (ultras) pada keseluruhannya tidak membuat

bising sekali pun mereka bergerak cergas dengan menjalankan kempen sulit di kalangan belia yang

126

126

mengelarkan diri mereka bijak pandai (intellectual). Saya sentiasa menasihatkan penuntut-penuntut yang masih muda itu supaya kita sentiasa

mengawasi dan menentang ahli-ahli politik yang seperti ini. Keadaan penuntut-penuntut di negara-negara sebelah Barat adalah berlainan kerana universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi di benua itu telah ditubuhkan beratus-ratus

tahun. Mereka boleh mencuba apa jua yang mereka fikir secocok dengan jiwa mereka dengan tidak

mendatangkan sebarang bahaya, tetapi bagi kita Malaysia ini kedudukannya sangatlah berlainan.

Negara ini masih muda, universitinya masih muda dan boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada sokongan

kerajaaan. Universiti ini telah berkembang dari sebuah univesiti yang teratur baik dengan mempunyai lebih 6,000

penuntut. Banyak lagi perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memperelok universiti itu setelah kita mendapat

pengalaman dan dapat mengadakan peruntukan yang lebih banyak. Hasrat Kerajaan ialah hendak menegakkan

universiti ini dan juga universiti-universiti lain menurut sebagaimana yamg telah kita rancang dan meletakkan

kepada satu darjah dan kedudukan yang tidak kurang dari universiti-universiti yang terbaik dalam Komanwel. Misalnya

Universiti Pulau Pinang telah dimulakan dengan secara yang kecil tetapi kita mempunyai rancangan untuk masa hadapan universiti itu sebagaimana yang kita telah lakukan untuk lain-

lain rancangan kerajaan.

Tidak lama lagi sebuah Universiti Kebangsaan akan ditubuhkan untuk memberi peluang kepada mereka yang tiada kesempatan melanjutkan pelajaran tinggi di dalam bahasa-bahasa yang lain dari Melayu supaya dapatlah

mereka juga peluang bekerja sebagaimana orang-orang lain yang berkelulusan universiti. Langkah permulaan telah pun

127

127

dibuat dengan membuka Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Inilah juga tujuanya bagi Maktab Latihan Mara di mana penuntut-penuntutnya diberi pelajaran dan latihan untuk mendapatkan pengetahuan yang perlu bagi membolehkan mereka menjalankan pekerjaan masing-

masing kelak, terutamanya untuk menolong mereka memperbaiki kehidupan orang-orang kita yang berselerak di

merata ceruk rantau dan kawasan-kwasan luar bandar sehingga ke perbatasan hutan rimba.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan unuk memperkaya dan memperbaiki lagi Bahasa

Melayu sehingga taraf kedudukannya telah dapat ditinggikan lagi dan dengan itu Bahasa Melayu telah diterima sebagai

bahasa kebangsaaan – Bahasa Malaysia.

Segala rancangan yang dilancarkan untuk pelajaran tinggi itu adalah bertujuan supaya pada masa hadapan kelak

penuntut-penunutut inilah yang akan dapat menolong bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan juga menolong untuk menghapuskan kejahilan dan kemiskinan. Menjadi harapan kita bahawa mereka akan menolong orang-orang Melayu

yang ada pada umunya tidak menunjukkan kecenderungan dalam lapangan memperbaiki lagi kehidupan mereka kerana

orang-orang Melayu ialah satu bangsa yang suka meneruskan cara hidup yang diwarisi dari zaman ke zaman

dengan tidak mempunyai sebarang pandangan dengan cara-cara bagaimana mereka boleh mendapat penghidupan

yang lebih baik dalam dunia ini.

Kita juga telah mengharapkan bahawa melalui generasi penuntut-penuntut yang berpelajaran tinggi ini untuk masuk

ke pelbagai lapangan, akan dapat memberi nafas dan semangat baru dalam kehidupan orang Melayu. Mereka

patutlah belajar dengan tekun semasa berada di universiti,

128

128

maktab dan pusat-pusat latihan supaya mereka menjadi rakyat yang berguna untuk bangsa mereka sendiri.

Perkara yang sangat mendukacitakan ialah golongan yang memanggil diri mereka “pelampau” dan “bjjak pandai” menggunakan pusat-pusat pengajian tinggi ini untuk

mengganggu pelajaran penuntut dengan memasukkan jarum politik mereka. Adalah menjadi satu perkara yang

sangat dikesali bahawa apa yang Kerajaan telah buat untok kebaikan mereka telah menimbulkan kesan yang

bertentangan dengan tujuan Kerajaan, dan menjadi satu masalah yang terpaksa kita hadapi.

Dalam perbualan saya dengan Tun Abdul Razak, kami telah mengkaji setiap rancangan yang telah dilakukan oleh

Kerajaan untok menolong rakyat negeri dari sejak tercapainya kemerdekaan. Masjid, surau dan sekolah

agama telah dibina di seluruh negara. Banyak orang yang mendapat faedah daripada ranchangan Kerajaan itu telah

berpaling tadah menentang Parti Perikatan.

Bagitulah juga pusat-pusat pengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan tujuan memberi pelajaran dan ilmu

pengetahuan yang boleh mendatangkan kebajkan dan keuntungan kapada mereka keluarga mereka, telah menjadi tempat yang merunsingkan fikiran kami. Tun Abdul Razak berkata: “Nampak-nya semua tidak berjalan dengan betul

sebagaimana yang dikehendaki. Tetapi bagaimanakah mereka sampai hati berbuat demikian kapada Tunku pada hal Tunku telah banyak membuat jasa kapada rakyat dan

negara. Patik sendiri tidak faham.”

Kita tidak dapat membuat sebarang kesimpulan selain daripada mengatakan bahawa mereka telah depengaruhi

sewaktu umur mereka masih begitu muda untuk mempercayai apa sahaja. Semua perkembangan ini berlaku

129

129

semasa negara kita baru sahaja berada di ambang pembangunan, kemakmuran baru yang mungkin tidak

pernah tercapai dalam sejarah Asia Tenggara sebelum ini.

Jika berlaku apa-apa kepada negara ini sekarang, maka akan timbullah keadaan huru-hara walhal pilihan raya telah

pun tamat dan krisis yang timbul daripada rusuhan telah dapat dikawal, begitulah juga segala tindakan di bawah

Undang-Undang Darurat telah berjalan dengan jaya. Jika kejadian ini berlaku, maka Malaysia akan mundur ke

belakang beberapa tahun, dan segala yang telah dicapai dalam masa 12 tahun kemerdekaan kita, segala

kemakmuran dan kejayaan yang kita telah dapati semuanya akan rosak. Kita mestilah tegas supaya kejadian ini tidak

akan berulang lagi.

Puak pembangkang dan musuh-musuh parti yang memerintah tentulah segera akan mengambil kesempatan

dalam suasana yang saperti itu, dan sebenarnya inilah peluang yang mereka tunggu. Tujuan mereka ialah hendak menjahanamkan Perikatan, dan dengan menjahanamkan Perikatan dapat-lah mereka menjahanamkan bangsa dan

negara yang telah di-bina oleh Perikatan.

Jika Negara ini mempunyai musuh-musuh di dalam dan luar negara, maka mestilah kita semua menyedari bahawa

adalah menjadi satu perkara yang amat sukar bagi mana-mana Kerajaan juga pun hendak memperteguhkan

kedudokannya sambil memelilara darjah keamanan dan keselamatan yang telah kita semua nikmati sejak

kemerdekaan.

Perebutan kuasa di kalangan UMNO, bukanlah satu perkara yang boleh mendatangkan kebaikan. Banyak ahli yang jujur telah. dapat dipesongkan oleh “pelampau” itu, dan dengan

itu mereka juga tertarik dengan kemungkinan Perikatan

130

130

menubuhkan Kabinet tanpa wakil MCA di dalamnya. Semasa Tun Tan Siew Sin membuat kenyataan bahawa

MCA patut berundur dan tidak mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan, puak pelampau itu (ultras)

menyokong secara terang-terangan. Kebanyakan daripada puak pelampau itu merasa senang hati kerana apa yang

mereka cita-citakan akan menjadi kenyataan.

Tujuan mereka ialah supaya saya brundur terlebih dahulu dan jika kejadian ini berlaku. barulah mereka akan

meneruskan ranchangan mereka yang lain. Sebab itulah tuduhan-tuduhan Dr. Mahathir terhadap diri saya telah

disebarkan seluas-luasnya.

Puak “pelampau” ini’ telah berusaha dengan cara sulit untuk menarik ahli-ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya

supaya mengikut rancangan mereka itu. Mereka telah berjaya mendapatkan sokongan di kalangan orang-orang

muda yang tidak dapat berfikir sendiri, tetapi pada keseluruhannya cita-cita mereka itu telah ditolak kerana ia

disifatkan sebagai satu rancangan yang tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara seperti Malaysia.

Da1am pilihan raya yang 1epas kita telah dapat saksikan bahawa orang-orang Cina pada umumnya tidak berpegang

kapada fahaman po1itik yang kuat tentang bagaimana mereka akan membuang undi. Pendirian mereka boleh

berubah dari satu parti ke parti yang lain. Misalannya, Dr. Lim Chong Eu yang sekarang ini menjadi Ketua Menteri

Pu1au Pinang. Pada satu ketika du1u dia menjadi pemimpin MCA, kemudian meninggalkan parti itu sebelum pilihan raya

1964, tetapi pada ketika itu orang-orang Cina masih menyokong MCA. Tetapi dalam pilihan raya baru-baru ini,

orang-orang Cina telah berpusing ke belakang dan menyokong calon-calon parti lain, dan dengan

131

131

perkembangan ini maka Dr. Lim sebagai pemimpin Parti Gerakan telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita tidak boleh meramalkan apakah sikap pengundi-pengundi Cina dalam pilihan raya akan datang. Mungkinkah

mereka ke1uar dan mengundi MCA? Dengan kekalahan MCA, atau pun yang disifatkan sebagai satu kekalahan oleh

mereka, maka tidak ada sebab kenapa kita patut berasa terharu atau bimbang tentang masa depan MCA. Malah

tidak patut kita menolak seorang sahabat yang telah berdiri bersama-sama dengan kita sekian lama dan menolong kita

mencapai kemerdekaan.

Di kalangan ahli-ahli yang setia, terdapat beberapa orang yang berkehendakkan supaya UMNO atau orang Melayu

sahaja yang memerintah Negara ini. Cita-cita seperti ini tidak dapat dilaksanakan dalam sebuah negara yang jumlah

pendudoknya berbilang kaum, tetapi kumpulan “pelampau” berpegang kapada pemikiran saperti ini dengan tujuan

hendak mendapat sokongan orang-orang Melayu.

Cadangan “pelampau” supaya orang-orang Melayu sahaja memerintah Negara ini, pada jangka panjang tidak akan

berjaya. Sikap ini mengikut taktik PASdan tidak sekali-kali akan dapat menyelesaikan kesulitan yang kita hadapi.

Mungkinkah mereka akan mengadakan satu ikatan yang kekok dengan PAS? SDekiranya ini berlaku, saya percaya ikatan itu akan merupakan satu perkongsian yang lemah.

Oleh yang demikian percubaan hendak menukarkan konsep UMNO dari apa yang telah pun terbukti kejayaannya sa-

hingga hari ini, adalah satu perbuatan mencari kehancuran.

Kerjasarna UMNO, MCA dan MIC bukan sahaja telah dapat mendatangkan keamanan dan kemakmuran kepada negara

bahkan juga telah dapat menolong Kerajaan mempunyai

132

132

kewangan yang cukup untuk mengadakan wang yang banyak bagi pembangunan luar bandar.

Dengan demikian, adalah tidak bijak jika polisi itu hendak diubah semata-mata kerana kita telah mengalami sadikit

kekalahan di sana sini? Sebenarnya Perikatan tidak boleh dikatakan kalah kerana jika di-pandang daripada keputusan

pilehan raya itu pada keselurohannya, nyata bahawa Perikatan telah menang lebih sekali ganda dalam Parlimen berbanding jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang.

Kemenangan bagi sebuah parti untuk memegang kuasa sebegitu lama adalah satu kejayaan yang sangat luar biasa dalam system demokrasi. Malangnya kebanyakan orang kita cuma sanggup merayakan kemenangan sahaja, tetapi tidak sanggup menerima kekalahan. Allah telah berfirman dalam

Quran bahawa “manusia tidak jemu berdoa memohon kebaikan, tetapi jika dia ditimpa kesusahan, maka dia

berputus asa, berputus harapan.”

Sikap yang seumpama itu membuktikan bahawa orang kita tidak mempunyai kekuatan moral dan semangat. Dengan sebab itu pendirian mereka bergoyang dan mereka pun

mencari kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Sikap “pelampau” ini (yang sekarang ini disokong pula oleh puak cauvinis) berjalan di atas lunas-lunas yang berbahaya yang akan merendahkan darjah politik UMNO, ringkasnya

meletakkan taraf pemikiran politik kita serendah yang dipegang oleh PAS.

BAB 17 : Perlembagaan Dan Hak

MENURUT “pelampau-pelampau” yang telah dapat memujuk golongan muda, negara ini adalah kepunyaan

orang Melayu sahaja dan orang-orang lain tidak berhak ke

133

133

atasnya. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan bahawa pada asalnya negara ini ialah sebuah negara orang Melayu, dan merekalah yang menjadi bumiputeranya. Dengan sebab itulah Perlembagaan mesti mengadakan syarat-syarat khas

mengenai adat istiadat dan hak orang-orang Melayu.

Syarat-syarat ini terkandung dalam Perlembagaan kita. Mestilah diingat bahawa Perlembagaan negara kita telah digubal setelah mendapat kata sepakat daripada semua

kaum kerana mereka memahami dan menyedari kedudukan istimewa orang Melayu. Oleh. kerana orong Melayu sentiasa

cenderung kepada pemerintahan beraja, maka Perlembagaan telah menentukan bahawa negara ini

mestilah diperintah oleh Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dari kalangan Sultan.

Sambil itu Perlembagaan juga mengawal dan menghormati kedudukan dan hak kedaulatan Raja-Raja Melayu, seperti perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat orang

Melayu. Perlembagaan itu juga mensyaratkan bahawa agama Islam hendaklah menjadi agama rasmi bagi negara

dan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Ringkasnya, Perlembagaan mempertahankan

dah mengkanunkan hak-hak orang Melayu buat selama-lamanya.

Bahkan Perlembagaan juga telah menentukan perkara-perkara yang lain untuk orang Melayu. Ia mengakui hakikat

bahawa semasa Perlembagaan itu digubal dengan persetujuan semua pihak, setiap orang telah sedar dan menerima hakikat bahawa kedudukan ekonomi orang

Melayu telah tertinggal daripada kaum-kaum lain. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh itu satu

syarat khas telah dimasukkan untuk mengatasi kemunduran ekonomi orang Melayu.

134

134

Sesungguhnya, laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyatakan, “bahawa sebagai

basil daripada perjanjian-perjanjian yang asal dengan Negeri-Negeri Melayu yang ditegaskan dari masa ke masa,

maka kedudukan istimewa. orang Melayu itu sentiasa diperakui, dan perakuan ini telah dinyatakan sekali lagi -dalam Perjanjian. Persekutuan Tanah Melayu 1948.”

Selanjutnya suruhanjaya itu menyatakan bahawa pada ketika itu ada empat perkara mengenai dengan

kedudukan istimewa orang Melayu yang diakui dan diberi perlindungan. Perkara-perkara itu ialah tanah simpanan orang Melayu di negeri-negeri; peruntukan khas (kuota)

jawatan Kerajaan; peruntukan khas mengenai pengeluaran permit dan lesen perniagaan seperti lesen lori dan kereta

sewa; dan akhirnya pelbagai peringkat biasiswa, sama ada yang merupakan bantuan penuh atau sebahagian, dan

berbagai-bagai-bagai lagi bantuan untuk tujuan pelajaran yang diberikan kepada orang Melayu.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa “orang Melayu akan menghadapi satu kedudukan yang sangat lemah berbanding

dengan kaum-kaum lain kiranya syarat-syarat istimewa ini ditarik balik dengan tiba-tiba.” Mereka membuat perakuan supaya kedudukan yang terdapat pada waktu itu patutlah

diteruskan untuk satu masa yang panjang.

Dengan lain-lain perkataan, ahli-ahli Suruhanjaya itu telah menyatakan bahawa keutamaan ekonomi bagi orang

Melayu sangatlah perlu. Mereka mencadangkan supaya perkara ini dikaji ba1ik seIepas 15 tahun. Kesemua

pandangan ini telah dimasukkan dalam Perlembagaan itu.

Sejak kemerdekaan, kerajaan Perikatan yang telah memegang kuasa telah mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan ini dan menjalankan

135

135

polisinya untuk menentukan supaya cita-cita hendak memajukan ekonomi orang Melayu itu pada keseluruhannya

dapat dicapai. Dengan sebab itulah Kerajaan telah menjalankan dan melaksanakan rancangan pembangunan

luar bandar, sehingga dapatlah dikatakan bahawa bermacam-macam-macam perkara telah dibuat untuk

faedah orang Melayu daripada mereka dalam rahim sehinggalah ke pintu .kubur.

Salah satu daripada rancangan kerajaan ialah penubuhan Mara yang bertujuan untuk melatih orang Melayu dalam

pelbagai jenis pekerjaan yang mereka tidak pernah mendapat peluang menjalankannya pada masa yang lepas. Tujuannya ialah supaya mereka mendapat tempat yang hak

dalam seluruh masyarakat bangsa kita. Tempat-tempat dikhaskan untuk orang Melayu di Universiti Malaya dan di

maktab-maktab teknik. Pelajaran permulaan diberikan dalam Berbahasa Kebangsaan di semua sekolah tidak kira untuk mana-mana kaum. Tidak lama lagi sebuah universiti lagi

akan ditubuhkan untuk membuka peluang baru bagi orang Melayu. Dan selagi kerajaan Perikatan masih memegang

kuasa, maka banyaklah lagi rancangan yang akan dilaksanakan bagi faedah orang Melayu.

Segala usaha sedang ditumpukan kepada kerja yang boleh mendatangkan faedah bagi ekonomi orang Melayu.

Meskipun begitu, banyak lagi yang perlu dibuat. Sebarang kajian semula mengenai soal ini tidaklah sekali-kali akan mencacatkan hak-hak orang Melayu sebagaimana yang

tercatatt dalam Perlembagaan.

Sementara itu, tidaklah boleh kita lupakan kepentingan lain-lain kaum sebagaimana yang disyaratkan dalam

Perlembagaan. Kita mestilah ingat bahawa kesemua kaum

136

136

lain ini telah bersama-sama dengan orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negeri ini.

Jangan-lah kita mengetepikan hakikat bahawa sebelum kita menjadi sebuah negara yang merdeka. kita cuma sebuah tanah jajahan Inggeris yang dipecah-pecahkan. Kiranya

semua kaum tidak bersatu untuk kemerdekaan, negara kita tentulah masih lagi menjadi Tanah Jajahan British sehingga

hari ini. Setelah perjuangan kemerdekaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan disokong oleh kaum-kaum lain

dilancarkan, maka timbullah semangat hendak menghalau dan menamatkan penjajahan di negara ini, dan dengan

kemerdekaan itu dapatlah kita mengambil tempat kita yang hak sebagai sebuah negara yang berdaulat. Kita mestilah

menyedari bahawa perubahan yang seperti inilah juga yang telah membawa negara-negara lain di Afrika menjadi bangsa

yang merdeka dan berdaulat.

Tidak siapa pun yang membangkang usaha Kerajaan hendak menolong orang Melayu kerana semua orang yang siuman insaf bahawa dari zaman berzaman orang Melayu

telah terbiar di negara mereka sendiri. Dasar Kerajaan ialah menggalakkan supaya mereka yang tidak berada dan anak-

anak mereka itu supaya maju ke hadapan, dan memberi kepada mereka segala kemudahan untuk perbaikan masa

hadapan mereka.

Seorang pegawai asing telah menyatakan kepada saya bahawa kemajuan yang dibuat oleh orang Melayu dalam

masa 10 tahun kemerdekaan sangatlah menakjubkan. Saya menjawab bahawa kiranya kita mendapat peluang, dan

dengan adanya keamanan yang berkekalan dalam negara, maka banyak lagi yang akan dapat kita lakukan.

Apabila Undang-Undang Bahasa Kebangsaan diluluskan, maka puak “pelampau” dalam UMNO tidak bersetuju dengan

137

137

beberapa fasal yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong membenarkan penggunaan bahasa Inggeris

bagi maksud-maksud rasmi yang difikirkan mustahak.

Mereka juga tidak bersetuju diberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri

menggunakan sebarang terjemahan bagi surat atau perutusan dalam bahasa kaum lain untuk maksud yang

difikirkan perlu bagi kepentingan awam.

“Pelampau2″ itu mendakwa bahawa kita menggalakkan kaum lain menggunakan bahasa mereka sendiri. Mereka

mahu supaya Bahasa Kebangsaan diamalkan sepenuhnya dan dengan serta-merta tanpa memberi peluang kepada

orang lain membiasakan diri mereka dengan Bahasa Kebangsaan secara berberansur-ansur.

Mereka tidak sedar bahawa negara-negara baru lain telah cuba dari semenjak beberapa tahun yang lepas hendak

mengadakan satu bahasa kebangsaan, tetapi tidak berjaya. dan banyak lagi dari negara yang masih menghadapi

kesulitan untuk menyelesaikan: masalah ini. Mereka juga tidak sedar bahawa India yang mempunyai satu bangsa daripada berbagai-bagai-bagai suku belum lagi dapat

melaksanakan satu Bahasa Kebangsaan. Jadi sikap tidak sabar yang ditunjukkan oleh “pelampau2″ itu tidaklah wajar.

Saya berpendapat penerimaan Undang-Undang Bahasa Kebangsaan oleh semua pihak merupakan satu kejayaan.

dan saya suka memberi masa kepada kaum lain mengamalkan bahasa itu sepenuhnya. Langkah memaksa

orang lain menerima setiap perkara yang hendak dibuat ada-lah satu polisi yang salah dalam sebuah negara

berbilang kaum seperti Malaysia.

138

138

Kelas-kelas dan kursus Bahasa Kebangsaan telah mendapat sambutan. Keadaan ini mendorongkan kita

semua menaruh harapan bahawa tidak lama lagi bahasa itu akan diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam Malaysia

yang merdeka.

Kita boleh tengok sikap penuntut di sekolah Cina yang berpaling ke negara China untuk menumpahkan taat setia mereka. Mereka menentang Bahasa Kebangsaan sebagai satu dasar dan dengan sebab itu mereka mengutuk rakan kita MCA yang telah mempersetujuinya. lnilah salah satu sebab kenapa MCA hilang sokongan orang China dalam pilihan raya lalu. Oleh itu jelaslah bahawa pelaksanaan

penuh Bahasa Kebangsaan itu memerlukan masa.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk

merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua.

Jika “pelampau” Melayu mahu menunggangbalikkan Perlembagaan, maka mereka akan membuta tuli terjerumus

ke jurang kemunduran dan terperangkap dalam keadaan kacau-bilau.

BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?

Janganlah kita silap untuk memahami tujuan puak “pelampau”. Mereka tidak puas hati dengan Malaysia yang

kita kenali. Malaysia yang kita telah bina. Mereka mahu meruntuhkan seluruh binaan dan membinanya semula

kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka berazam hendak menghapuskan pemerintahan beraja dan

menubuhkan sebuah republik.

139

139

Menurut “pelampau-pelampau” itu, perbelanjaan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja adalah

membazirkan wang. Dan dengan kerana itu mereka mahu jawatan Sultan di semua negeri dihapuskan. Mereka

mendakwa bahawa kebanyakan negara lain telah membuang pemerintahan beraja, dan menyatakan bahawa wang yang dibelanjakan untuk menegakkan kebesaran dan

kedaulatan Raja-Raja itu membazir semata-mata.

Saya suka mengingatkan bahawa dalam negara yang telah menegakkan pemerintahan republik bagi menggantikan

pemerintahan beraja, wang yang telah diselamatkan itu telah diboroskan dengan cara lain. Sesunggohnya banyak negara yang telah melakukan perubahan sistem pemerintahan dan. kemudian mendapati diri mereka menghadapi kekurangan

wang sekalipun mereka tidak payah lagi membuat peruntukan bagi perbelanjaan diraja.

Sebenarnya negara-negara itu juga tidak boleh menyelamatkan wang negara sekalipun mereka tidak perlu lagi mengadakan peruntukan diraja kerana jika negara itu tidak ada Raja dan bercorak republik. ia mesti mempunyai seorang Presiden, dan taraf serta kedudukan Presiden itu

perlu dipelihara sama seperti Raja itu juga.

Di zaman pemerintahan penjajah dulu, negara-negara itu dapat menyimpan wang dari hasil mahsulnya sekalipun

mereka kena mengadakan peruntukan bagi Raja-Raja, dan memberi sumbangan mereka kepada khazanah Kerajaan

penjajah yang memerintah mereka. Sekarang mereka menjadi miskin sekalipun mereka tidak ada Raja dan penjajah. Ke manakah segala kekayaan itu ghaib?

Lihat sahaja sekeliling dunia. Kenapa negara-negara yang mempunyai raja berperlembagaan pada umumnya kaya dan makmur. Kita boleh misalkan sesebuah negara itu sebagai

140

140

rumah bagi penduduknya, sama seperti sebuah rumah itu sebagai tempat duduk bagi seseorang. Jika orang itu

berbangga dengan tempat kediamannya, maka tentulah dia akan mencurahkan wangnya untuk menghias rumah itu

supaya dapat menikmati keselesaan dan keindahan.

Begitu jugalah rakyat sesebuah negara boleh berbangga bukan sahaja dengan cara ia ditadbir, bahkan juga cara

bagaimana dapat mempertahankan adat-resam dan istiadat. Mereka berbangga dengan cara pemerintahan beraja yang mereka pusaka kerana Raja menjadi simbol kebanggaan

mereka.

Di Eropah, Britain, tiga buah negeri dalam gabungan Scandinavia, Belanda, Belgium dan Greece semuanya mempunyai pemerintahan beraja. Di Timor Tengah dan

Afrika, Saudi Arabia, Iran, Jordan. Morocco dan Habshah ialah negara-negara beraja. Di Timor Jauh, Jepun,

Thailand, Laos dan Malaysia juga beraja. Dan di Kampuchea mereka mempunyai pemerintahan beraja cara

mereka sendiri.

Dalam kebanyakan negara tersebut, perubahan yang penting telah dilakukan. Maharaja atau Raja tidak lagi

mempunyai kuasa mutlak. Mereka menjadi simbol adat dan kebesaran sesebuah negara. Di Malaysia, orang Melayu

sentiasa taat kepada dalam sepanjang sejarah kita, kerana kita sentiasa mengakui Sultan sebagai ketua negeri. Orang

Melayu yang tidak pernah mendapat kesempatan mempunyai sebuah negara itu telah hidup dalam

Semenanjung yang terbahagi kepada beberapa buah negeri, setiap negeri mengamalkan satu corak

pemerintahan yang serupa iaitu kesemuanya mempunyai Raja.

141

141

Keadaan telah berubah dalam zaman moden ini. Malaysia sekarang telah menjadi satu negara yang berupa

Persekutuan Negeri-Negeri. Dalam sesebuah Persekutuan sebagaimana di Amerika Syarikat atatau Kanada; sesebuah

negeri itu mempunyai seorang gabenor dan ada perlembagaannya sendiri yang berlainan daripada

Perlembagaan Persekutuan. Dan mana-mana Perlembagaan jua pun berkehendakkan supaya ada

seorang Ketua Negeri, yang nama dan tandatangannya menjadi meteri kekuasaan yang mutlak bagi undang-undang

dan kerajaan.

Apa yang telah kita lakukan di Malaysia ialah mencantumkan sistem yang lama dan yang baru. Daripada 13 negeri dalam Persekutuan, sembilan mempunyai Raja

dan empat mempunyai Gabenor sekalipun gelarannya berlainan

Mereka yang dipanggil “pelampau” itu kesemuanya terdiri daripada orang Melayu, iaitu satu kaum yang sentiasa

mempunyai adat-resam beraja. Kehormatan yang diberikan oleh orang Melayu kepada Raja mereka telah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Oleh yang demikian payah hendak difahami kenapa “pelampau-

pelampau” ini mahu menghapuskan adat yang telah menjadi darah daging orang Melayu. Sebilangan pelampau ini telah

menuntut di England dan berkahwin dengan perempuan Eropah. Saya tidak dapat memahami kenapa orang yang

telah mendapat ilmu pengetahuan di England tidak membuka mata mereka semasa berada di sana untuk memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Semasa saya tinggal di England selama 12 tahun, saya sangat tertarik hati dengan cara orang Inggeris

menumpahkan taat setia mereka kepada Raja dan Ratu

142

142

mereka. Sebenarnya orang Inggeris sentiasa membentuk cara hidup mereka menurut zaman pemerintahan Raja-Raja

mereka. Misalnya mereka merujuk kepada mana-mana generasi dengan menyebut zaman pemerintahan seseorang

Raja.

Sebagaimana yang dunia ketahui, orang Inggeris adalah bangsa yang terpe1ajar; tetapi mereka juga tahu apa yang

baik untuk masyarakat mereka. Dengan kerana itu pemerintahan beraja tidak pernah luput daripada sejarah

mereka. Pada zaman ini mereka tidak lagi menyifatkan Raja sebagai pelindung mereka seperti zaman silam, atau pun

mencari perlindungan untuk keselamatan di bawah naungan Raja itu. Mereka cuma menerima Raja sebagai simbol

kemegahan mereka di masa lampau dan untuk memenuhi kehendak perlembagaan.

Tidakkah “pelampau-pelampau” yang berdarah muda ini dan yang menggelar diri mereka “bijak pandai” dapat melihat semua itu semasa mereka berada di sana? Apabila saya

bertanya apakah yang mereka akan buat bagi menggantikan Raja supaya orang Melayu sentiasa merasai diri mereka

anak watan, terjamin dan ada perlindungan, mereka menjawab bahawa mereka akan memikirkan hal itu apabila

sampai masanya. Saya tidak dapat memahami apakah tujuan jawapan mereka itu.

Memanglah benar bahawa politik yang dijalankan atas asas-asas demokrasi tidak dapat menjamin seseorang ahli politik

itu terpilih lagi dalam pilihan raya yang akan datang, atau pun parti itu juga yang akan dipilih memegang kuasa. Ahli-

ahli politik dan parti politik naik dan turun, tetapi Raja tetap di atas takhta masing-masing.

Raja dapat menimbulkan rasa kepercayaan di sisi semua orang dan dapat mengadakan pemerintahan yang berturun-

143

143

temurun dalam sejarah sesebuah negara. Bagi orang Melayu pula, Raja dapat menimbulkan rasa keperibadian

mereka. Sesungguhnya perasaan keperibadian orang Melayu yang bertali dengan Raja mereka menjadi sebab

kenapa parti-parti pembangkang bukan Melayu telah bertubi-tubi melancarkan kemnpen pilihan raya menentang

hak-hak orang Melayu. Adakah “pelampau” ini mahu memainkan politik yang sama dengan pembangkang bukan

Melayu itu?

Mengenai dengan wang yang dibelanjakan kerana memelihara kedudukan Sultan, saya sendiri berpendapat

bahawa wang itu telah dibelanjakan dengan mendatangkan faedah kepada negara kerana pada hari ini kita menjadi

salah sebuah negara yang termakmur. Di Asia. Dan Raja-Raja telah memainkan peranan dengan cergas menurut

Perlembagaan.

Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memanggil, menangguh dan

membubarkan Parlimen, dan melakukan upacara pembukaan penggal baru bagi persidangan Parlimen

dengan memberi titah ucapan yang mengandungi dasar yang Kerajaan akan laksanakan. Bagindalah yang menjadi puncak kehormatan negara dan tunggak keadilan Baginda

bertindak dengan nasihat Perdana Menteri. Persetujuan Baginda mestilah diperoleh terlebih dahulu untuk melantik Perdana Menteri dan menubuhkan Kabinet. Ringkasnya,

Yang di-Pertuan Agong adalah sumber yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Rakyat Malaysia telah mempersetujui sebuah Perlembagaan dan dalam Perkara 7 Perlembagaan tertulis bahawa

“Persekutuan hendaklah menjamin hak Rara-Raja setiap negeri menaiki takhta Kerajaan Negeri itu dan haknya

144

144

memegang, memakai dan menjalankan hak dan kelebihannya sebagai Raja Negerinya menurut

Perlembagaan Negeri itu. Pertelingkahan berkenaan dengan hak menaiki takhta kerajaan sesuatu negeri itu hendaklah

diputuskan semata-mata oleh pihak yang tertentu dan dengan cara yang ditentukan oleh Perlembagaan Negeri

itu.”

Perlembagaan mengatasi segalanya dan mestilah dipatuhi oleh semua orang, daripada Yang di-Pertuan Agong

hinggalah kepada rakyat jelata. Jika sebarang pindaan hendak dilakukan dalam Perlembagaan, maka pindaan itu

cuma boleh dibuat atas syarat-syarat mengenai pentadbiran harian. Bencana yang besar akan menimpa sesebuah negeri kiranya dilakukan sebarang percubaan hendak membuat pindaan yang besar ke atas Perlembagaan.

Oleh yang demikian Perlembagaan yang diletakkan di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong itu adalah

menjadi satu jaminan yang kekal bagi meneruskan pentadbiran yang teguh.

“Pelampau-pelampau” yang terdiri daripada orang muda ini tidak menghiraukan tentang keteguhan yang Malaysia

nikmati sejak merdeka. Mereka seolah-olah tidak memahami apa ertinya keteguhan itu dan pentingnya untuk kemajuan dan pembangunan yang orang Melayu mendapat faedah

daripadanya. Mereka menuntut supaya diadakan perubahan tanpa menghiraukan sebarang akibat yang akan timbul.

Tidak ada salahnya hendak mengadakan perubahan dengan syarat perubahan itu akan menghasilkan keadaan yang lebih

baik kepada kita semua, tetapi jika perubahan itu semata-mata kerana sesuatu muslihat dan untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja, maka tidaklah ia mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. Perubahan yang

145

145

seumpama itu tentu-lah akan merosakkan corak penghidupan kita. Jika “pelampau-pelampau” itu berkeras

hendak mengadakan perubahan yang besar itu, maka mestilah mereka sanggup bertanggungjawab di atas

bencana yang akan menimpa negara. .

Saya nasihatkan “pelampau-pelampau” ini supaya jangan menghambat bayang-bayang. Marilah kita semua berpuas

hati dengan apa yang kita telah capai sehingga hari ini kerana seluruh dunia memandang tinggi dan memuji di atas

apa yang telah kita capai. Marilah kita bersyukurr dengan segala rahmat Tuhan.

BAB 19 : Khidmat Bakti Dan Pengorbanan

SEMUA ahli-ahli UMNO tentuIah sedar bahawa parti itu memberi kebebasan kapada mereka dengan secara yang

amat luas untuk melahirkan pandangan dan perasaan mereka di dalam parti. lni sudah menjadi satu

amalan. Teguran-teguran adalah di terima dan disambut dengan baik. Terutama jika pandangan itu membina.

Sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas ahli-ahli UMNO merupakan sekatan-sekatan yang biasa bagi ahli-ahli

sesebuah parti; mereka mesti patuh kepada keputusan-keputusan ramai dan mengikat diri mereka dengan disiplin

parti.

Tetapi Dr. Mahathir tidak patuh kepada sekatan-sekatan itu. Setelah beliau menulis sepucuk surat kepada saya yang isi kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya di

atas kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan menuduh saya bertanggungjawab di atas kejadian-kejadian itu. Maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-ribu naskhah supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit

menentang saya, bahkan juga membuka peluang kapada orang-orang lain menentang saya.

146

146

Adakah tulisannya itu mendatangkan kebaikan kepada UMNO? TentuIah surat itu bertujuan bukan sahaja untuk

menentang diri saya, bahkan juga bertujuan hendak memecah-belahkan seluruh UMNO dan juga Perikatan

dengan cara memburukkan pemimpin-pemimpinnya. Beliau telah menunjukkan bahawa beliau menentang pimpinan

UMNO pada keseluruhannya, dan bukan kepada pimpinan saya sahaja.

Apakah tujuan beliau selain daripada itu? Beliau telah menulis surat itu dengan hati yang penuh perasaan benci

dan dendam, dan meletakkan di atas kepala saya tanggungjawab berlakunya peristiwa 13hb. Mei. Dengan memberi salinan-salinan surat kepada orang lain beliau berharap bahawa tulisannya itu akan menjahanamkan

segala perkhidmatan saya seumur hidup untuk bangsa dan negara saya.

Pengorbanan yang telah saya buat adalah diketahui oleh semua orang. Tidaklah susah hendak menimbulkan sesuatu kerosakan, tetapi sangatlah susah hendak membetulkannya balik. Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai membakar

sebuah rumah kayu, iaitu satu perbuatan yang senang dilakukan, tetapi hendak memadamkan api itu sangatlah

susah.

Tidaklah perlu saya mengkaji seluruh perkara yang mendukacitakan itu, tetapi saya suka mengingatkan beliau

bahawa saya tidak sekali-kali mudah dihalau sebagai seekor anjing kurap. Saya akan membersihkan nama baik saya

dengan secara terbuka supaya dapatlah orang-orang yang cuba hendak dikelirukan oleh Dr. Mahathir itu mengetahui

perkara yang sebenar.

Jika saya didapati bersalah kerana mencari kekayaan diri sendiri semasa saya memegang jawatan Perdana Menteri,

147

147

atau pun kerana melakukan perbuatan yang tidak amanah, atau telah melakukan perbuatan-perbuatan jenayah, atau

pun didapati bersalah kerana lalai menjalankan kewajipan-kewajipan saya, maka dapatlah saya faham sebab-sebab

kenapa timbulnya kemarahan terhadap saya. Walhal sebaliknya saya sentialah menaruh kesedaran yang

sepenuhnya di atas kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab saya. Negara mempunyai Kerajaan yang

baik, menikmati kedudukan ekonomi yang teguh dan makmur yang tidak dapat diatasi oleh mana-mana negara

lain di dunia sebelah sini.

Tuduhan yang mengatakan bahawa kejadian yang berlaku setahun dahulu itulah yang telah menyebabkan tercetusnya kekacauan pada 13 Mei itu merupakan satu perbuatan yang tidak berasas dan jahat. Tuduhan yang lebih buruk lagi ialah yang mengatakan sayaIah yang bertanggungjawab di atas

kehilangan jiwa manusia oleh sebab kekacauan itu. Dr. Mahathir sedar bahawa sepanjang hidup saya, saya

sentiasa sanggup berkorban untuk keamanan, kerana sudahlah cukup saya melihat kekejaman yang telah dilakukan semasa Perang Dunia Kedua, dan juga

penderitaan yang telah ditanggung oleh rakyat negara ini disebabkan oleh kekejaman itu.

Sebagai seorang yang duduk di negeri Kedah, beliau tahu bahawa sebelum British keluar dan sebelum daripada

Pemerintahan Tentera Jepun mengambilalih kuasa, sayalah yang telah berusaha untuk menyelamatkan nyawa penduduk di bawah jagaan saya di Kedah Selatan. Saya telah bekerja siang dan malam dengan menghadapi berbagai-bagai rupa ancaman dalam waktu yang penuh dengan bahaya itu untuk

menyelamatkan nyawa manusia.

148

148

Beliau juga tahu bahawa sebelum Jepun menyerah diri, Alor Star telah diancam oleh pasukan Komunis, dan ketika itu

sayalah yang telah berusaha untuk mengumpulkan orang-orang Melayu bagi mempertahankan bandar itu, bandar

tempat kediaman saya dan beliau. Saya telah menghantar Dato’ Aziz bin Mohd. Zain, Syed Agil bin Syed Hassan

Barakbah yang kedua-duanya sekarang ini menjadi Hakim, dan Senu bin Abdul Rahman ke balai Polis Alor Janggus

untuk melepaskan anggota polis yang telah dipenjarakan di dalam lokap oleh pasukan Komunis “Bintang Tiga “.

BegituIah juga untuk melepaskan ketua kampung bernama Haji Yusof dalam lokap itu. Semasa k Mohd. Khir Johari dan

beberapa orang lagi menolong menjaga Balai Besar Polis Alor Star, saya sendiri telah menembusi garisan pertahanan

Komunis untuk membuat perhubungan dengan Pasukan 136. Dua orang anak saudara saya, Tunku Osman yang

sekarang menjadi Jeneral dan Tunku Yusof adalah anggota pasukan itu yang ketika itu berada di hutan Padang Terap.

Dr. Mahathir juga tahu usaha yang telah saya jalankan untuk mengambil kira-kira 200 orang bagi memasuki Pasukan 136 itu, dan bagaimana orang-orang ini akhirnya telah masuk ke bandar Alor Star dengan membawa kemenangan di bawah pemerintahan Kolonel Hasler apabila Jepun menyerah diri. Mungkin beliau tidak tahu bahawa wang yang telah saya belanjakan untuk mengadakan alat pengangkutan dan

perbelanjaan yang lain bagi Pasukan 136 itu tidak dibayar balik kepada saya sehingga hari ini.

Setelah mengetahui semua hal yang saya ceritakan di atas, bagaimanakah sampai hatinya menuduh saya

bertanggungjawab di atas kehilangan jiwa manusia pada 13 Mei itu. Tuhan sahajalah yang amat mengetahui penderitaan

saya di atas apa yang telah berlaku pada hari yang menyedihkan itu.

149

149

Jika orang sanggup mempercayai beliau dan apa yang telah beliau tulis di atas sekeping kertas dengan tidak

mengenangkan segala bakti yang telah saya lakukan seumur hidup saya, maka biarlah mereka mencari seorang

pemimpin yang lain, tetapi janganlah diapa-apakan pemimpin yang baru itu sebagaimana yang telah dilakukan

ke atas diri saya.

Selain daripada melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat ini, Dr. Mahathir telah menyatakan di dalam suratnya itu

bahawa saya telah sibuk bermain poker dalam waktu berkurung dan tidak menjalankan kewajipan saya dalam

masa krisis itu. lni nyatalah satu percubaan hendak menjatuhkan maruah saya di sisi orang-orang Melayu.

Perbuatannya menuduh saya di dalam suratnya yang kejam, bahawa saya cuai semasa menjalankan kewajipan saya semasa kekacauan itu adalah satu tuduhan yang paling

dusta.

Mereka yang telah melihat saya dalam televisyen pada tengah malam yang paling buruk semasa krisis itu berlaku

iaitu dari 13 hingga 15 Mei dan sekali lagi pada 16 Mei, tentuIah dapat menimbangkan bahawa segala tuduhan-

tuduhan itu tidaklah benar. Dr. Mahathir sendiri juga tentuIah sedar. Jadi kenapakah beliau sanggup membuat tuduhan

yang begitu liar?

Didalam suratnya yang penuh dengan fitnah itu, Dr. Mahathir juga menyebut bahawa anggota-anggota pasukan

keselamatan, polis dan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan benci terhadap diri saya. lni

menunjukkan sejauh manakah dia sanggup menjalankan satu kempen yang penuh dengan perkara-perkara yang boleh menimbulkan benci dan curiga terhadap diri saya.

150

150

Saya telah ditanya, kalau Dr. Mahathir menang dalam pilihan raya, mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti

yang terkandung dalam suratnya yang tersebar itu? lni satu soalan yang susah hendak saya jawab kerana saya tahu dari dahulu bahawa dia adalah bersama-sama di dalam kumpulan yang sebelah lagi di dalam UMNO, iaitu puak yang menggelarkan diri mereka “pelampau” atau “bijak

pandai”.

Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan

tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat

yang bernama Federal Construction Company, sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar.

Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk menolong

mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari

simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut.

Mengenai dengan suratnya itu, saya telah melaporkan kepada polis terhadap Dr. Mahathir untuk disiasat dan diambil tindakan, kerana saya merasa yakin bahawa

sekiranya saya tidak berbuat begitu, maka orang-orang akan memikirkan bahawa apa yang beliau katakan terhadap diri

saya itu memang benar.

Pada mulanya saya bercadang hendak mendakwa Dr. Mahathir dibawah undang-undang jenayah kerana menuntut

malu, dan tidak mengambil tindakan di atasnya di bawah Undang-undang Darurat atau Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang memang boleh dilakukan, bahkan inilah

151

151

nasihat yang telah saya terima. Tetapi saya Iebih suka mengambil tindakan menurut undang-undang biasa negara

supaya saya tidak dituduh mengambil tindakan dengan sewenang-wenangnya. Pada mulanya inilah tindakan yang

akan saya ambil, tetapi selepas saya menimbangnya dengan Iebih lanjut, saya rasa dia tidak Iayak mendapat perhatian yang begitu penting. Dengan menghuraikan

segala pendapat saya dalam buku ini, saya rasa tujuan saya itu akan lebih berkesan.

Saya telah mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi di dalam dan juga luar negara, dan ini merupakan satu hadiah

yang negara ini telah berikan kepada saya dan saya amatlah menghargai penghormatan ini. Dengan haI-hal yang

demikian saya tidak sekali-kali akan menamatkan perkhidmatan saya kepada negara semata-mata dengan

sebab adanya fitnah mengenai kelakuan saya. Saya mesti terlebih dahulu membersihkan nama baik saya untuk

mengembalikan ketenangan hati saya.

BAB 20 : Falsafah Hidup

MENGENAI surat Dr. Mahathir yang menyebut cara bermain poker adalah satu taktik yang biasa diamalkan oleh pihak-

pihak “Pelampau”, kerana memanglah menjadi amalan mereka sentiasa bercakap-cakap dan berbisik-bisik dan

mengungkit-ungkit cara kehidupan saya. Mereka mengutuk saya kerana bermain poker, hadir dalam perlumbaan-

perlumbaan kuda dan kerana memberi perhatian yang besar kepada sukan.

Kehidupan peribadi seseorang adalah hal dirinya sendiri dengan syarat dia tidak melanggar hak-hak orang lain. Saya mengakui bahawa saya sangat suka kepada kehidupan dan

keseronokan di dalam masa hidup, tetapi tidaklah saya pernah lari daripada menjalankan kewajipan, semata-mata

152

152

kerana hendak bersuka-ria. Saya percaya tidak ada orang yang berfikiran waras yang hendak menyekat mana-mana

orang daripada mendapat sedikit kerehatan yang diperlukan. Tentulah seseorang yang telah bekerja pada setiap hari dalam seminggu dan pada setiap bulan dalam setahun berhak mendapat sedikit kerehatan dan ketenangan.

Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan, bagaimana yang saya lakukan, maka ia boleh menjadi satu

permainan yang menghiburkan hati. Tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara

kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat kuda itu menang. Tidak siapa pun menjadi kaya dengan

berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu seorang itu menjadi papa. Sekiranya ia boleh mendapatkan

hiburan dari permainan itu, dan mendapat keuntungan sedikit maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan

kebaikan kepadanya.

lnilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka-ria dengan permainan poker bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Mereka ialah sahabat-sahabat dan kawan-

kawan baik saya, dan persahabatan kami ini tidaklah pernah disalahgunakan oleh mana-mana seorang daripada mereka itu. Pada saya persahabatan tidaklah terbatas kepada warna kulit atau kaum. Saya menghargai kesetiaan kawan-kawan

saya dan sebagaimana yang telah terbukti dalam masa ketegangan dan kegentingan mereka adalah orang-orang

yang dapat membantu dan melipurkan hati saya. Saya menyifatkan poker sebagai satu permainan yang

menghiburkan hati pada masa lapang, dan sebagaimana permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain

dengan secara yang kecil.

153

153

Kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja, melainkan dua ekor yang telah dihadiahkan kepada saya pada hari lahir saya, salah seekor daripadanya tidak lagi

dapat digunakan untuk perlumbaan. Selain daripada menghiburkan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari,

perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini adalah semata-mata untuk tujuan mendapatkan hasil

daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapatlah

dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan.

Saya juga sangat gemar kepada sukan-sukan lain. Saya telah menjadi Yang di-Pertua Kesatuan Bola Sepak

Malaysia selama 20 tahun iaitu semenjak saya menjadi Timbalan Pendakwa Raya pada 1949. Saya telah

menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Merdeka yang diadakan pada setiap tahun dan telah menyelenggarakan permainan bola sepak seluruh Asia sehingga tertubuhlah

Persatuan Bola Sepak Sa-Asia dalam tahun 1957 dan saya telah dipilih menjadi Yang di-Pertua sehinggalah ke hari ini. Saya juga telah menganjurkan pertandingan tahunan Bola

Sepak Belia se-Asia yang sangat popular.

Selain dari itu saya juga cenderung dalam permainan golf sekali pun saya sendiri seorang pemain yang sangat

mundur. Sungguh pun begitu permainan golf ini merupakan satu riadah untuk menjaga kesihatan diri saya. Saya fikir tidaklah menjadi keterlaluan jika saya katakan bahawa

sumbangan-sumbangan saya dalam dunia golf, terutama sekali dengan melancarkan pertandingan tahunan bagi Piala Putra di Kuala Lumpur, telah membawa kepada lahirnya di

seluruh Asia satu pertandingan yang disebut “The Golf Circuit” (Pertandingan Pusingan Golf).

154

154

Saya mencampuri dengan cergas boleh dikatakan di dalam semua permainan sukan di Asia hari ini. Saya gemar berjalan kaki, permainan perahu, memancing ikan,

memandu motokar, dan semasa saya berada di London saya menyaksikan perlumbaan anjing. Saya melihat

permainan tenis, kriket, badminton, hoki, sport bahkan segala jenis sukan.

Satu sahaja kekecewaan yang saya alami dalam dunia sukan iaitu semasa saya menjadi Yang Dipertua. Kelab

Penerbangan Selangor selama setahun kerana ketika itu tentulah saya berhajat hendak mengambil latihan memandu kapal terbang. Tetapi tujuan saya ini tidak berhasil kerana

semua keluarga dan sahabat-sahabat saya bersatu menghalang saya daripada mengambil latihan itu. Jadi saya tidak dapatlah merasai keseronokan menjadi pemandu kapal

terbang.

Saya mengaku saya seorang yang suka bersenang-lenang. Saya suka kepada kehidupan yang riang dan saya mahu

melihat negara saya aman dan penduduknya bahagia. Jika tidak, apa ertinya hidup? Kehidupan manusia di atas muka

bumi ini bukanlah begitu panjang untuk mereka menjahanam atau merosakkannya, atau pun mendatangkan

sebarang bahaya kepadanya, sama ada ke atas tubuh badan atau akal fikiran.

Jadi saya tidak mahu hidup seperti seorang yang membelakangkan keduniaan, kerana kehidupan yang

seperti itu tidaklah sesuai dengan djri saya. Sebaliknya saya seorang Islam yang beriman kepada Allah dan sangat

menyedari tanggungan-tanggungan saya kepada agama, saya tidak pernah meninggalkan sembahyang setiap hari. Dengan keimanan saya kepada Allah dan perasaan kasih sayang saya terhadap sesama manusia, dan selagi hayat

155

155

dikandung badan, maka selama itulah saya akan hidup dengan riang dan gembira, dan jika orang-orang lain juga berbuat begitu, maka dunia ini akan menjadi satu tempat yang lebih bahagia untuk kita semua hidup di-dalamnya.

Orang mungkin memikirkan bahawa kehidupan seseorang Perdana Menteri ltu satu kehidupan yang senang. Oleh itu

saya rasa munasabah sekiranya saya perturunkan dibawah ini petikan dari ucapan saya di Guildhall pada satu jamuan makan malam yang diberikan oleh Datuk Bandar London

kepada Perdana-perdana Menteri Komanwel pada l3 Januari, 1969 yang berbunyi :

“Tidak ada Perdana Menteri yang terus kekal seperti patung Gog dan Magog (dua buah patong yang menjadi lambang keteguhan dan ketenteraman bagi Buildhall) yang kekal

selama-lamanya dalam dewan ini, Perdana Menteri adalah tokoh pergi dan tokoh datang, cuma cara datang dan

perginya itu sahaja yang berbeza-beza. Ada yang pergi dengan cara yang cepat, ada yang pergi dengan cara yang

susah dan ada yang pergi dengan cara yang biasa.

“Tidaklah syak lagi bahawa mana-mana orang lelaki atau perempuan yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri ialah orang-orang yang mendapat sanjungan yang setinggi-tingginya. Sungguh pun begitu penghormatan dan kemudahan yang didapati oleh seorang Perdana Menteri

tidaklah berpadanan dengan tanggungan-tanggungan yang dipikul olehnya semasa memegang jawatan yang tinggi itu.

Tempoh jawatannya sentiasalah bergantung kepada kehendak rakyat, dan terkadang-kadang menurut kesukaan

dan angan-angan rakyat.

“Oleh yang demikian kehidupan sesaorang Perdana Menteri itu bukanlah senang, bahkan beliau sentiasalah berhadapan

dengan tanggungjawab yang memerlukan pemikiran dan

156

156

pertimbangannya. Sebenarnya beliau mestilah berlagak seperti seorang pelakon “akrobat”, iaitu pelakon yang sentiasa berjaga-jaga di dalam lakonannya itu dengan

membuka telinga, membuka mata, mengagakkan dengan tepat setiap langkah dan gerak-gerinya, dan sentiasa

bersedia menghadapi krisis politik sama seperti berjalan di atas seutas tali, dia mesti tahu menimbang dirinya supaya

selamat.”

Di waktu saya mengeluarkan perkataan-perkataan ini, saya masih dapat mendakwa bahawa sayalah yang menjadi

Perdana Menteri yang paling bahagia di dalam dunia. Di waktu itu saya tidak termimpi bahawa empat bulan

kemudiannya, pada tarikh yang sama, apa yang saya katakan pada masa itu di London akan terjadi ke atas diri

saya sendiri di Kuala Lumpur.

BAB 21 : Peranan Akhbar Dan Rusuhan

KEJADIAN yang berlaku di Malaysia pada Mei 13 dan kemudiannya telah menarik wartawan-wartawan asing ke

negara ini seperti besi berani. Mereka berduyun-duyun datang ke mana jua tempat yang berlaku kekacauan besar.

Bagi mereka sesuatu peristiwa itu tidak menjadi berita melainkan jika mereka dapat menceritakan kejadian-kejadian ngeri, keganasan atau pertumpahan darah.

Pergaduhan besar di Malaysia yang aman! Inilah peluang baik! Mereka pun menggunakan kesempatan ini dengan

sepenuhnya, bahkan sesetengah mereka seolah-olah ‘geli hati’ dengan kejadian malang yang menimpa kita itu.

Jarang terdapat mana-mana negara yang terpaksa menanggung beban daripada perbuatan salah gambaran,

memutarkan kenyataan sebenar, atau membenarkan cerita perbualan dan khabar angin sebagaimana yang telah

157

157

dilakukan pada umumnya oleh wartawan-wartawan asing semasa mereka melaporkan peristiwa sedih itu.

Selama menjadi Perdana Menteri, saya sentiasa memberi kemudahan kepada wartawan-wartawan asing berjumpa

saya, sama ada mereka wakil akhbar, radio, televisyen atau filem. Pada umumnya bolehlah saya katakan bahawa

mereka telah memelihara darjah kewartawanan yang tinggi pada masa yang lalu, dan jarang-jarang saya mempunyai

alasan untuk berasa kecewa dengan mereka.

Dahulu saya pernah menyangka bahawa Prince Sihanouk yang menjadi Ketua Negara Kampuchea telah bersikap terlalu keras ke atas wartawan-wartawan asing apabila

beliau beberapa kali enggan membenarkan wakil akhbar luar negara melawat ke negaranya. Sekarang barulah saya

faham sebabnya. Kerosakan yang telah mereka lakukan dengan membuat llaporan yang tidak bertanggungjawab dan cuai itu tidaklah dapat diperbaiki lagi. Sesetengah daripada mereka boleh dikatakan hampir seburuk musuh-musuh kita yang ada dalam negara. Saya tidak pernah terfikir bahawa

harinya akan tiba dalam hayat saya ini waktu di mana “kuasa yang keempat” atau “fourth estate” (gelaran yang

diberikan kepada kaum wartawan) sanggup bertindak seolah-olah seperti “sayap kelima”.

Wartawan-wartawan asing itu tentulah memandang kejadian yang berlaku dari kaca mata orang luar, kerana mereka tidak tinggal di sini selamanya. Mereka bukannya rakyat Malaysia dan bukan pula rakyat Singapura. Mereka datang dan pergi

bila-bila masa mereka suka. Oleh itu mereka tidak dapat memahami kejadian-kejadian itu seperti yang kita faham.

Perhatian mereka semata-mata untuk mendapatkan berita atau menulis rencana yang boleh menggemparkan.

158

158

Pelbagai rupa kekacauan telah berlaku dalam dunia; kejadian-kejadian itu berlaku sama ada di jalan-jalan raya

atau pun dalam kampus universiti. Jadi apakah peliknya jika kejadian seperti itu berlaku juga di Malaysia? Lagi buruk

kejadian yang dilaporkan, maka lebih seronoklah membacanya.

Wartawan-wartawan asing itu telah diberi segala kemudahan semasa berlaku kekacauan itu sebagaimana yang mereka sentiasa peroleh di negara ini, dan dengan

adanya alat penghantar kawat yang terbaik di Kuala Lumpur ini, maka cerita-cerita mereka telah tersebar dengan cepat ke seluruh dunia. Cerita-cerita yang mereka tulis atau kirim menerusi telefon tidak ditapis, begitu juga gambar-gambar

yang mereka hantar menerusi radio. Dengan ikhlas kita telah memberikan mereka pas untuk membolehkan mereka berjalan dengan bebas dalam masa berkurung, tetapi

selepas beberapa hari kemudiannya pas-pas itu telah ditarik balik kerana mereka menyalahgunakan kebebasan yang

diberikan.

Setelah saya ketahui perbuatan mereka menghantar berita-berita yang tidak bertanggungjawab, maka saya telah

menolak permintaan mereka hendak menemu duga saya. Mereka sudah pun dapat apa yang mereka mahu dari

punca-punca yang berat sebelah dengan tidak pula cuba mengesahkan cerita yang telah diberitahu kepada mereka.

Kerosakan telah pun dilakukan, dan apa jua yang saya katakan ketika itu tidak dapat memperbaiki kerosakan.

Apabila saya ditanya oleh salah seorang daripada mereka apa jaminan yang saya dapat berikan kepada negara-negara Komenwel bahawa demokrasi akan dipulihkan

dengan segera, saya jawab kepadanya “go to hell “ (pergi jahanam) .

159

159

Tentulah bukan semua berita yang dilaporkan itu tidak bertanggungjawab. Ada wartawan asing yang cuba membuat laporan yang adil dan teliti. Saya hanya

membantah atas laporan pada keseluruhannya yang dibuat oleh kebanyakan wartawan asing itu yang memberikan gambaran yang begitu menggerunkan, jauh lebih buruk

daripada apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka sedikit pun tidak membayangkan pertalian di antara apa yang berlaku sebelum rusuhan itu dengan kejadian

yang tercetus pada 13 Mei, iaitu seperti perarakan mayat atau tunjuk perasaan “kemenangan”. Sesuatu rusuhan tidak

tercetus dengan begitu sahaja, ia mestilah ada sesuatu sebab. Kedua-duanya mestilah dikaitkan. Kebanyakan pemberita akhbar asing telah menunjukkan sikap berat

sebelah. Mereka condong ke sebelah pihak yang menentang kerajaan atau memihak kepada satu kaum.

Akhbar-akhbar di negara mereka juga tidak menunjukkan sikap adil dalam menyiarkan berita-berita itu. Misalnya,

akhbar The Age di Melbourne, Australia telah menyiarkan satu berita di bawah tajuk Nation headed for disaster

(Negara menuju kehancuran) pada pagi selepas tercetusnya rusuhan, iaitu pada 14 Mei.

Saya suka bertanya dengan ikhlas, adakah tajuk yang seumpama itu adil dan patut? Tajuk yang seperti itu mungkin juga munasabah sekiranya rusuhan itu telah berpanjangan selama beberapa minggu dengan tidak dapat dikawal, dan sekiranya kerajaan telah membuktikan kegagalannya atau tidak cekap dalam menangani masalah yang timbul. Tetapi

tentulah tidak adil tajuk itu dibuat pada pagi esoknya selepas kekacauan berlaku semalam! Perbuatan yang mengelirukan

dan sikap tidak adil yang seperti inilah yang sangat saya kesalkan.

160

160

Untuk memburukkan lagi keadaan, pemberita yang menggunakan tajuk ini telah menulis dalam ceritanya di

antara lain “Tiada sebarang berita dari kawasan-kawasan yang terletak di Utara, dan ini membayangkan bahawa

keadaan di lain-lain tempat dalam negara ini juga berada dalam keadaan yang buruk.”

Bagaimanakah boleh seseorang pemberita membuat kenyataan seperti itu? Macam mana dia begitu berani

membuat anggapan yang seumpama itu? Dia tidak memberitahu kepada pembaca-pembacanya di seberang laut bahawa jarak antara Kuala Lumpur dan Pulai Pinang

ialah 250 batu. Dia tidak sedikit pun menyebut tentang adanya 250 batu lagi menghala ke Selatan dari Kuala

Lumpur ke Johor Bahru, tetapi hal ini tentu tidak penting untuknya. Dia juga tidak menyebut negeri-negeri di Pantai Timur. Di negeri sebelah Selatan dan Pantai Timur itu tidak

berlaku sebarang kekacauan.

Cerita-cerita yang tidak berasas seperti ini dan juga kenyataan dan anggapan mereka yang liar itu telah menjadi

amalan wartawan-wartawan asing dalam melaporkan rusuhan-rusuhan di Kuala Lumpur. Berita seperti itu telah

memburukkan lagi keadaan yang telah pun sedia tegang di negeri ini.

Oleh kerana perasaan saya sangat kesal dan marah dengan perbuatan wartawan asing itu, maka tidak berapa lama

dahulu saya telah mengeluarkan perkataan “Mereka bersorak atau bertepuk tangan, tetapi kami mesti

menjalankan tugas kami.” Apa yang saya maksudkan ialah bahawa adalah menjadi tanggungan kami untuk

menjalankan pentadbiran Kerajaan, dan mengambil tindakan yang segera bagi menghadapi krisis itu. Bukanlah hak bagi seseorang wartawan asing memberitahu kita apa yang kita

161

161

mesti buat, atau pun membuat perbandingan dengan apa yang berlaku di tempat lain. Kecelakaan boleh berlaku di mana-mana jua pun dan sebagai buktinya ialah peristiwa

yang berlaku di Ulster, Ireland.

Seorang pemberita telah memberitahu saya tentang satu perbuatan zalim ke atas orang-orang Cina yang sedang

berlindung di Victoria Institution dengan meletakkan Askar Melayu di sekolah itu juga, dan orang pelarian ini telah

meminta supaya dipindahkan mereka ke tempat perlindungan yang lain.

Saya dengan serta-merta telah pergi ke Stadium Merdeka yang terletak berhampiran dengan Victoria Institution

dengan tujuan hendak melihat sendiri kedudukan yang sebenar di tempat itu. Semasa berada di stadium itu, saya telah diberitahu bahawa semua orang yang berada di situ duduk dengan gembira, dan saya pun bertanya kepada mereka itu sama ada benar bahawa mereka yang diberi perlindungan di Victoria Institution mahu berpindah ke tempat lain. “Tidak”, jawab mereka itu. Mereka berkata

“Kami merasa lebih selamat dengan adanya askar-askar itu, dan lebih-lebih lagi kerana kami juga mendapat bekalan

makanan percuma daripada mereka.”

Di dalam suasana tegang semasa rusuhan, saya suka menyatakan dengan tegas bahawa kami telah menghukum orang-orang yang melanggar undang-undang dengan tidak memilih kasih, tanpa menghiraukan sama ada mereka itu orang Melayu, orang Cina atau pun orang India. Jika kita

tidak mengambil langkah seperti itu, maka tentulah kita tidak dapat mengembalikan keamanan di dalam masa yang

begitu singkat di Kuala Lumpur.

Saya kadang kala bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Thoreau “Bertuahlah mereka yang tidak membaca surat

162

162

khabar, kerana mereka dapat melihat keadaan alam, dan dengan itu dapatlah mereka mengenal Tuhan”. Pada hari ini sesetengah akhbar sangatlah buruk sifatnya, kerana mereka tidak menghiraukan sama ada sesuatu perkara yang mereka

siarkan benar atau salah. Mereka Cuma mementingkan tajuk-tajuk berita yang besar, dan lebih hebat tajuk berita itu maka lebih baiklah untuk mereka. Mereka tidak sekali-kali

menghiraukan kesan yang timbul daripada berita-berita mereka. Mereka berpura-pura menggambarkan perasaan orang ramai, dan melupakan dosa yang mereka sendiri

lakukan. Mereka berselindung di bawah nama kewartawanan untuk berlagak penting dan mendakwa apa

yang mereka tuliskan itu merupakan perasaan atau pandangan orang ramai.

Mereka tentulah sedar bahawa mesti ada sebab yang menimbulkan kemarahan orang Melayu. Mereka tidak cuba

mengkaji dari segi ini bahkan sebaliknya meletakkan kesalahan semata-mata ke atas bahu orang Melayu.

Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka menuduh pasukan keselamatan membunuh rakyat yang tidak berdosa dengan kejam. Kita sangat berbangga dengan keharuman nama pasukan-pasukan keselamatan kita itu. Pemberita-

pemberita asing ini nampaknya telah melupakan perkhidmatan yang diberikan oleh kesemua batalion tentera

kita semasa berkhidmat di Congo di bawah bendera Bangsa-bangsa Bersatu. Semasa saya bertugas di sana,

askar-askar kita itu telah mendapat pujian yang tinggi di atas kecekapan dan kepintaran mereka menghadapi keadaan

yang buruk.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U Thant telah menghantar wakil istimewanya untuk bertemu dengan saya dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada Malaysia di

163

163

atas perkhidmatan baik yang telah diberikan oleh tentera kita dan juga di atas sokongan negara kita sehingga mencapai

satu penyelesaian yang aman di Congo.

Sejak mencapai kemerdekaan, kita telah terpaksa menghadapi berbagai-bagai keadaan darurat yang telah berlaku disebabkan oleh gerakan bersenjata Komunis,

Konfrantasi Indonesia dan tunjuk-tunjuk perasaan. Dalam masa itu pasukan-pasukan keselamatan kita telah

menunjukkan taat setia dan kecekapan mereka untuk menunaikan kewajipan mereka dengan cemerlang, setaraf

dengan angkatan bersenjata di negara-negara lain.

Adakah pemberita-pemberita asing memikirkan bahawa tentera yang telah berjaya mencapai nama yang harum itu sanggup membunuh dengan kejamnya rakyat yang tidak

berdosa? Sepatutnya mereka bersimpati dengan pasukan-pasukan keselamatan yang terpaksa menghadapi dengan

berbagai-bagai kesulitan; tetapi mereka lebih gemar mencemarkan nama askar-askar itu dalam surat khabar.

Perbuatan ini menunjukkan bagaimana sikap mereka yang berat sebelah. Oleh itu patutkah saya dan rakyat Malaysia yang lain ditempelak jika kami merasa marah dengan isi laporan-laporan yang disiarkan dalam surat khabar asing

mengenai rusuhan itu?

Dalam satu ucapan yang telah saya berikan pada satu malam menerusi televisyen, saya telah menarik perhatian

kepada satu kelemahan yang terdapat di kalangan pemberita-pemberita ini. Mereka tidak dapat hendak

membezakan antara Cina Komunis, Cina samseng dan orang-orang Cina yang patuh kepada undang-undang; mereka sifatkan orang-orang Cina itu semuanya sama.

Inilah satu anggapan silap yang dibuat oleh orang-orang asing mengenai dengan orang-orang Cina. Kita boleh

164

164

maafkan orang biasa di negara-negara luar jika mereka tidak memahami kita, tetapi tidak ada sebarang sebab bagi

seseorang wartawan tidak mengetahui mengenai apa yang hendak mereka tulis. Mereka sepatutnya mengetahui

kedudukan kaum, adat resam dan adat istiadat di negara-negara yang mereka laporkan. Begitu juga perlembagaan

dan unndang-undang negara berkenaan. Jika mereka tidak mengetahui hal-hal ini, maka sepatutnya mereka bertanya

dan ambil tahu.

Mereka tentu tahu bagaimana orang-orang Melayu telah hidup dengan tenang dan damai sekali pun ada provokasi yang dihalakan oleh orang lain ke atas mereka, terutama

oleh Parti Komunis Malaysia dan konco-konco mereka atau pun oleh pekampau-pelampau Cina dan India. Mereka tahu sikap persahabatan yang telah ditunjukkan oleh Malaysia

sebagai anggota Komanwel dan sumbangan yang sentiasa kita berikan kepada cita-cita utama Komenwel. Sekalipun

mereka sepatutnya tahu hakikat-hakikat ini, mereka sengaja melupakan anasir-anasir jahat yang mengancam kita dan tidak mengindahkan kejayaan-kejayaan kita memelihara

keamanan dan mencapai kemajuan.

Berbanding dengan akhbar asing, akhbar tempatan telah melaporkan dengan baik suasana dalam negara pada

keseluruhannya. Sikap wartawan-wartawan tempatan itu memanglah kena pada tempatnya kerana mereka ialah rakyat negara ini, atau pun kalau mereka bukan rakyat,

mereka faham cara hidup bangsa kita, dan dengan kerana itu mereka dapat membezakan antara khabar angin, cakap

bualan dan kenyataan-kenyataan yang sebenar.

Wartawan-wartawan tempatan terpaksa menghadapi kesulitan sebab mereka itu sama seperti semua rakyat lain, terikat kepada undang-undang, walhal rakan-rakan mereka

165

165

wartawan-wartawan asing tidak terikat atau tidak menghiraukan undang-undang. Wartawan-wartawan

tempatan juga kebanyakannya telah mempunyai pengalaman bagaimana hendak menulis atau membuat

laporan dalam masa darurat.

Mereka sentiasa insaf bahawa kepentingan negara sedang terancam, tetapi mereka boleh memberi pandangan yang

ikhlas dan membina, selagi ia tidak terkeluar daripada batasan. Malangnya pada permulaan rusuhan itu berlaku,

penerbitan akhbar-akhbar tempatan terpaksa ditahan selama dua hari untuk kepentingan awam. Akhbar-akhbar

kita segera menarik perhatian Kerajaan di atas kesilapannya itu, dan Kerajaan pun mengubah keputusannya dan

membatalkan sekatan.

Malangnya rusuhan-rusuhan itu tercetus semasa pentadbiran negara sedang dalam peralihan kerana pilihan raya baru sahaja tamat dan sebuah Kerajaan baru belum

lagi ditubuhkan. Kejadian secara kebetulan ini telah memberi kesan kepada Kerajaan, akhbar tempatan dan pemberita-

pemberita asing.

Dengan tidak semena-mena, kita dapati bahawa kita terpaksa menghadapi krisis dan perintah berkurung terpaksa

dikenakan di Kuala Lumpur. Pejabat Perkhidmatan Penerangan boleh dikatakan telah lumpuh, lebih-lebih lagi

kerana belum ada menteri baru dilantik. Sungguhpun begitu Bernama, agensi berita kebangsaan telah menjalankan tugas mereka setiap masa semasa kekacauan berlaku,

sekalipun pejabat besarnya terletak ditengah-tengah pinggir kawasan tempat kekacauan itu mula berlaku. Stesen-stesen

radio dan televisyen telah bertugas terus menerus 24 jam dalam masa darurat itu untuk menyampaikan berita dan

perutusan kepada orang ramai.

166

166

Akhbar-akhbar tempatan, yang seperti biasa cekap dalam pekerjaannya, telah menerbitkan surat khabar pada dua haripertama tetapi tidak dapat diedarkan dengan luas. Sungguhpun begitu tempoh perolehan dalam susunan

Kerajaan itu telah memberi keuntungan kepada pemberita-pemberita asing dan mereka menggunakan kesempatan itu

dengan tidak teragak-agak .

Laporan-laporan mengenai dengan rusuhan yang disebarkan di Singapura adalah berlainan, terutama sekali

laporan-laporan yang disiarkan melalui radio dan televisyen, dan juga di dalam penerbitan PAP “The Mirror”. Cara

laporan-laporan ini ditulis membayangkan bahawa mereka juga mahu orang lain percaya kepada semua laporan-

laporan buruk yang dilemparkan ke atas kita di Malaysia. Perbuatan ini sungguh dikesali kerana Singapura sendiri

berhadapan dengan masalah-masalah yang sama.

Saya harapkan mereka lebih bersimpati terhadap kecelakaan besar yang telah menimpa kita. Sebaliknya

mereka telah menghangatkan lagi cerita-cerita itu sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa kejadian di negeri itu yang telah mengorbankan beberapa nyawa orang-orang

Melayu. Kejadian ini tidaklah sekali-kali patut berlaku. Bagi pihak kita, kita tidak membesar-besarkan apa yang berlaku

di Singapura itu kerana kita bimbang berlakunya tindak balas di negara ini. Mari kita mengharapkan bahawa untuk

kepentingan kita bersama, maka Singapura tidak akan mengulangi perbuatan yang sangat dikesalkan itu.

Kita berasa sungguh meradang apabila membaca berpuluh-puluh cabutan akhbar dan majalah asing kerana kita

percaya tulisan-tulisan itu dapat mencacatkan nama baik kita. Kita meradang dengan perbuatan-perbuatan akhbar

dan majalah-majalah asing itu menyiarkan laporan yang liar,

167

167

melampaui batas dan berat sebelah, dan juga dengan lidah pengarangnya yang penuh dengan kritikan-kritikan yang

ditulis beribu-ribu batu jauhnya dari negara ini berasaskan kepada kecetekan pengetahuan dan kejahilan mereka

tentang cara hidup dan hal ehwal orang-orang Malaysia.

Pertama sekali biarlah saya turunkan di sini satu tulisan yang telah tersiar di dalam majalah Time edisi 23 Mei 1969:

“Seorang lelaki telah cuba menyelamatkan dirinya daripada kereta yang sedang terbakar, tetapi telah ditolak masuk balik

ke dalam keretanya itu oleh perusuh-perusuh dan mati.

Setelah peperangan kaum dan kekacauan awam itu berjalan selama empat hari, maka rumah mayat di Hospital Besar Kuala Lumpur telah penuh dengan mayat sehingga terpaksalah mayat-mayat itu dimasukkan ke dalam plastik

dan digantung pada penyangkut-penyangkut siling.

Pegawai-pegawai Kerajaan yang cuba hendak mengecilkan kejadian itu, telah mengatakan bahawa bilangan orang-orang yang mati ialah cuma 104 sahaja. Punca-punca

diplomat Barat menganggarkan hampir 600 orang mati dan kebanyakan mangsa ialah orang Cina”.

Sekarang mari kita lihat fakta yang benar. Rumah mayat di Hospital Besar Umum biasanya boleh memuatkan enam mayat sahaja. Tiada penyangkut yang dipasang di siling

rumah mayat, dan tidak pernah ada bag plastik disediakan untuk mayat. Rumah mayat itu mempunyai kelengkapan

moden, dan bukan seperti bilik sejuk yang terdapat di kedai-kedai menjual daging! Pihak yang berkuasa perubatan di

negara kita ini menjaga mayat dengan penuh hormat sebagaimana. Mayat-mayat dibalut dengan kain putih oleh

penjaga-penjaga mayat yang mendapat latihan.

168

168

Oleh kerana banyak mayat yang telah dihantar ke Hospital Besar, maka pihak berkuasa telah membuat persediaan khas untuk mayat-mayat yang tidak dapat diletakkan di

dalam rumah mayat. Mayat-mayat itu telah dimasukkan ke dalam ambulans dan dihantar ke rumah-rumah mayat lain di

Hospital Lady Templer, Hospital Assunta, Hospital Batuk Kering dan Hospital Universiti untuk diselenggarakan

mengikut cara yang biasa dibuat.

Mengenai dakwaan kononnya pegawai-pegawai Kerajaan cuba hendak mengecilkan kejadian itu, apakah faedahnya

perbuatan-perbuatan yang seperti itu? Dari manakah lboleh didapati angka-angka yang betul jika tidak dari sumber

kerajaan? Dengan tujuan bukan hendak menghina “diplomat negara-negara Barat” yang mendakwa bilangan orang yang terbunuh hampir 600 ratus orang, saya suka mengatakan bahawa angka yang keterlaluan itu merupakan anggaran

mereka sendiri sahaja.

Saya telah mendapat angka rasmi daipada ibu pejabat polis pada pada 15 Ogos, iaitu tiga bulan dua hari selepas rusuhan. Angka kematian ialah 184 orang, 356 orang

cedera, 753 kejadian membakar bangunan dan 211 buah kenderaan yang terbakar atau musnah.

Laporan yang mengelirukan dalam media asing dalam minggu yang pertama selepas rusuhan sangatlah buruk, tetapi apa yang tidak dapat dimaafkan sama sekali ialah

pandangan dan rencana yang dikarang berminggu-minggu kemudian, iaitu apabila Kuala Lumpur telah hampir pulih seperti sediakala, dan perintah berkurung dikurangkan

menjadi empat jam dari 1.00 pagi hingga 4.00 pagi.

Sebagai contohnya, saya suka merujuk kepada satu karangan dua muka penuh yang diterbitkan oleh majalah

“Life” bertarikh 21 Julai, lebih sembilan minggu selepas 13

169

169

Mei. Rencana itu bertajuk “A Quiet Coup in KL” (Rampasan kuasa secara senyap di KL).

Saya peturunkan cabutan daripada rencana yang menakjubkan itu:

“Menurut satu cerita yang disahkan oleh beberapa sumber punca, lima buah lori askar telah tiba di Pusat Orang-orang

Sakit Kusta di Sungai Buluh, yang terletak di luar Kuala Lumpur, dengan membawa askar-askar yang mabuk dan

mayat-mayat yang dicat hitam supaya susah hendak dikenali kaum orang0orang yang mati itu.

Askar-askar itu telah memanggil pesakit-pesakit kusta, memberikan mereka brandy dan kemudiannya

memerintahkan supaya mereka menggali sebuah lubang yang besar. Pusat kusta itu telah dipilih kerana askar-askar

itu sendiri malas hendak menanam mayat-mayat yang tersebut, dan mereka fikir tiada siapa yang akan pergi

bercakap dengan pesakit-pesakit kusta. Bukti-bukti menunjukkan bahawa ada lagi kubur beramai-ramai selain

daripada ini.”

Sekarang mari kita lihat fakta sebenar. Sejumlah 102 mayat telah ditanam ditanah perkuburan Pusat Kusta Sungai Buluh yang telah diangkut dengan kereta-kereta Polis selama lima

hari mulai dari 18 Mei.

Sebenarnya pertolongan secara sukarela yang telah diberikan oleh pesakit-pesakit kusta yang telah sembuh itu untuk menanam mayat-mayat yang tersebut adalah dengan persetujuan pihak yang berkuasa Pusat Penyakit Kusta itu

sendiri. Tidak ada ‘brandy’ ditempat itu kerana pesakit-pesakit kusta ditegah meminum arak. Kerja menanam mayat itu telah dijalankan oleh pihak yang berkuasa Rumah Sakit dengan pertolongan polis dan bukannya tentera. Tidak ada

170

170

satu mayat pun yang dicat hitam, tetapi ada juga mayat-mayat yang telah hangus dan tidak dapat dikenali.

Setiap mayat itu telah dibalut dengan kain putih, dan telah ditanam dalam kubur yang berasingan; satu mayat dalam

satu liang. Polis telah mengambil gambar setiap mayat, dan memberikan bilangan, dan bilangan inilah juga yang telah

ditulis di atas kubur masing-masing. Ini telah dilakukan supaya mayat-mayat yang masih boleh dikenali dapat

dituntut oleh keluarga mereka.

Selain yang ditanam di Sungai Buluh itu, 11 lagi mayat orang Islam telah dibawa ke tanah perkuburan Gombak, Kuala Lumpur untuk dikebumikan. Akhirnya saya suka

menyatakan bahawa tidak ada liang kubur beramai-ramai di Kuala Lumpur untuk nenanam mayat mangsa rusuhan itu.

Salah satu sebab saya menulis buku ini ialah untuk membetulkan segala kesilapan dengan memberi kenyataan

yang sebenar.

Hal inilah yang kebanyakan wartawan asing tidak mengambil perhitungan. Mereka tidak membuat penyiasatan

yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui punca kekacauan itu berlaku dengan tiba-tiba. Mereka mesti menghantar laporan pada waktu yang ditentukan, dan

mereka berlumba-lumba sesama sendiri untuk menyiarkan berita lebih dahulu daripada rakan-rakan mereka. lnilah

yang mereka pentingkan.

Sekiranya pemberita-pemberita asing itu pada keseluruhannya terdiri dari orang-orang yang mempunyai

pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang Malaysia, maka saya percaya tidak ada sebarantg sebab jua pun untuk saya membuat tuduhan-tuduhan ke atas mereka.

Malangnya wartawan-wartawan asing itu terlampau singkat

171

171

masa perkhidmatannya di sini kerana mereka datang dan pergi. Jadi tentulah mereka mudah membuat kesilapan yang besar dalam pertimbangan dan penilaian mereka.

Tatkala saya memikirkan sikap dan perbuatan wartawan-wartawan asing sebagaimana yang tertulis dalam bab yang menyedihkan ini, cerita-cerita yang mustahil yang kita baca dari tulisan-tulisan mereka, maka terlintas dihati saya untuk

mengikuti jejak Iangkah yang telah diambil oleh Putra Sihanouk dan pemimpin-pemimpin Asia yang lain yang

nama baik negara-negara mereka telah dicermarkan oleh laporan-laporan yang tidak bertanggungjawab media Barat.

Sungguhpun begitu saya tidak akan mengambil langkah seperti itu sekalipun keinginan untuk berbuat demikian

sangatlah kuat.

BAB 22 : Pengajaran Dari Baling

KEJADIAN-KEJADIAN yang berlaku semasa pilihan raya 1969, rusuhan pada 13 Mei dan perkara-perkara yang

berlaku kemudian daripadanya sebagaimana yang telah saya ceritakan adalah saling berkaitan. Ucapan-ucapan mencela, perbuatan provokasi dan kelakuan yang tidak

bertanggungjawab, kesemuanya ditimbulkan dengan teratur, satu demi satu.

Siapakah yang mengatur semua kejadian-kejadian ini? Siapakah sebenarnya yang mesti dipersalahkan?

Jika kita perhatikan kepada keseluruhan gambaran peristiwa yang menyedihkan itu, dan kepada usaha yang masih

diteruskan untuk merosakkan keselamatan Malaysia (yang masih lagi dilakukan semasa buku ini ditulis), maka kita akan mendapat satu kesimpulan sahaja iaitu perbuatan-perbuatan

itu dirancang oleh Komunis Cina.

172

172

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam permulaan buku ini, ada orang yang memikirkan bahawa saya dirasuk oleh momok Komunis, dan fikiran saya terkongkong dengan

sejenis perasaan takut kepada Komunis. Wartawan-wartawan asing nampaknya bersetuju. Memanglah menjadi

kerja mereka untuk membuat laporan dan memberi pandangan di atas kejadian-kejadian yang berlaku dari

sehari ke sehari, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan kebolehan untuk membuat perhitungan yang betul kerana mereka tidak memberi perhatian kepada kerenah-kerenah yang telah timbul pada masa lalu yang ada pertaliannya.

Seorang pendita Inggeris telah berkata satu kurun dahulu: “Sejarah ialah politik yang berlaku di masa lepas, dan politik ialah sejarah yang sedang ditempa.” Wartawan-wartawan

asing tidak hirau apa yang berlaku pada masa lepas, mereka cuma suka ambil tahu apa yang sedang berlaku sahaja.

Sesiapa yang hidup sejak Perang Dunia Kedua di Malaysia atau di Singapura atau mengikuti segala peristiwa yang

berlaku dalam sejarah kedua-kedua negara ini dalam masa 24 tahun yang lepas dan terbabit sendiri dalam kejadian-kejadian itu, tentulah dapat menyedari bahawa Komunis

Cina, penyokong-penyokong yang dibawah telunjuk mereka, anasir-anasir yang tidak berdosa yang terdiri daripada parti-parti politik, orang-orang atau belia yang diperalatkan oleh

Komunis, sentiasa menimbulkan kekacauan.

Mereka tidak pernah lalai, bahkan sentiasa menunggu kesempatan untuk mencetuskan huru-hara sama ada kecil

atau besar, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua yang mereka fikirkan munasabah untuk tujuan mereka. Saya tidak dapat mengerti bagaimana orang boleh tuli, pekak dan buta kepada kerenah-kerenah ini. Sesungguhnya sehingga hari

ini tidak ada sebuah negara pun di Asia Tenggara yang tidak

173

173

tersentuh dengan apa-apa jua cara daripada gerakan Komunis bercorak Cina itu. Jadi bagaimanakah Malaysia

boleh terlepas dari angkara Komunis itu?

Sesungguhnya kita tidak pernah bebas dengan sepenuhnya daripada tipu daya Komunis, tetapi oleh kerana kita tidak dapat mengelak dari menghadapi ancaman itu, maka kita sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada. Bezanya ialah di Malaysia ini, kita adalah salah sebuah negara yang mula-mula sekali menentang cubaan rampasan kuasa oleh Cina Komunis, dan oleh kerana kita telah berjaya mematahkan

percubaan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam masa darurat yang memakan masa 12 tahun, maka Komunis tidak sekali-

kali akan memaafkan kita.

PKM selalu mengemukakan bangkangan terhadap pilihan raya bercorak demokrasi. Mereka menyifatkan demokrasi berparlimen itu sebagai satu ajaran imperialis, yang tidak

sesuai dengan semangat kebangsaan orang-orang Asia, dan tidak secocok dengan ideologi Mao Tze Tung. Jadi mereka

mesti membinasakan pilihan raya jika tidak dapat mencegahnya. Sekurang-kurangnya mereka akan

bersungguh-sungguh menyusahkan Kerajaan dengan apa jua cara yang boleh, sekali pun mereka gagal dalam

rancangan mereka.

Perhubungan pertama saya dengan PKM ialah apabila saya berjumpa dengan Chin Peng, di Pekan Baling negeri Kedah pada 1955. Dalam pertemuan itu saya telah mendapat satu

pengajaran besar mengenai fahaman Komunis dari Chin Peng.

Beliau telah dapat menyedarkan saya dengan beberapa patah perkataan sahaja tentang corak pernentangan yang akan saya terima daripada Komunis Cina. Beliau berkata:

174

174

”Saya seorang Komunis dan tuan tidak, jadi antara parti saya dan parti tuan tidak akan sekali-kali tercapai sebarang

persetujuan. Mustahil bagi Komunis dapat hidup bersama dengan orang yang bukan Komunis.”

Beberapa perkataan yang mudah difahami ini telah tersemat di dalam hati saya. Segala dakyah yang dikeluarkan oleh pihak Inggeris mengenai fahaman Komunis pada masa itu dan juga mengenai dengan tujuan-tujuan Komunis , tidak

dapat memberi kesan ke atas saya.

Dengan secara tidak langsung Chin Peng sendirilah yang telah memberi ingatan kepada saya mengenai bahaya

fahaman Komunis. Oleh itu saya bukannya takut kepada ‘momok’, bahkan saya telah mendapat ajaran daripada mulut

Komunis sendiri tentang bahaya yang akan ditimbulkan.

Tidak berfaedah kita berpura-pura seolah-olah kita telah dapat menghalang PKM . Sekalipun darurat tamat pada

1960, saya tidak pernah mempercayai bahawa kita tidak lagi akan berhadapan dengan ancaman Komunis. Saya selalu

berkata bahawa sekali pun Komunis telah dapat dikalahkan pada waktu itu, tetapi kita tidak dapat menghalang

sepenuhnya, kerana mereka akan cuba muncul kembali pada bila-bila masa yang boleh.

Empat belas tahun telah berlalu sejak saya bertemu dengan Chin Peng dalam perundingan yang bersejarah di Baling, tetapi kata-kata Chin Peng pada ketika itu kepada saya

sentiasalah tersemat di dalam ingatan saya kerana setiap kali saya memikirkan sebarang perbuatan atau perkataan Komunis maka saya sentiasa terkenang kepada peristiwa

Baling.

Di Malaysia hari ini cuma orang-orang yang pertengahan

175

175

umur sahaja yang masih ingat peristiwa Baling itu, tetapi bagi orang-orang muda Baling cuma merupakan nama sebuah

pekan sahaja. Oleh yang demikian saya fikir amatlah berguna sekiranya saya menyebut di dalam buku ini

pertemuan saya yang tidak dapat dilupakan dengan Chin Peng yang pada ketika itu menjadi pemimpin PKM sehingga

hari ini.

Pada 9 September 1955, saya sebagai Ketua Menteri dengan hati yang berat telah mempersetujui perisytiharan

Kerajaan Inggeris hendak memberi pengampunan beramai-ramai kepada Komunis. Sebagai menyambut tawaran

pengampuan ini, surat-surat telah diterima oleh saya sebagai Ketua Menteri dan juga orang-orang yang dikatakan dikirim

oleh Jawatankuasa pusat PKM. Surat-surat ini telah mengkritik syarat-syarat pengampunan dengan mengatakan

‘bahawa syarat-syarat itu tidak patut dan tidak dapat diamalkan”. Mereka mengemukakan cadangan hendak

menghantar wakil-wakil ke Ibu Pejabat Perikatan di Kuala Lumpur untuk merundingkan butir-butir yang lanjut untuk

pertemuan antara saya dan Chin Peng. Sebenarnya surat itu merupakan satu tawaran yang tidak langsung kepada

Kerajaan untuk merundingkan soal menamatkan darurat.

Kerajaan dengan tegas telah menolak tawaran ini, tetapi pada 29 September satu kenyataan Kerajaan telah

dikeluarkan yang menyebut kesanggupan saya untuk bertemu dengan Chin Peng dengan tujuan hendak

menjelaskan kepadanya syarat-syarat pengampunan. Kenyataan itu juga selanjutnya menyatakan bahawa satu

pertemuan dapat diadakan di satu tempat yang munasabah di Utara Malaya, dan seorang pegawai yang Chin Peng kenal

akan dilantik sebagai pegawai pemandu. Pegawai ini diperintahkan bersedia pada bila-bila masa untuk menemui

176

176

Chin Peng di satu tempat dalam sebuah kawasan yang akan dijadikan kawasan gencatan senjata. Jika Chin Peng

bersedia hendak menghadiri pertemuan yang seperti itu, maka bolehlah dia menghantar sepucuk surat bersendirian

kepada saya dengan menyatakan di dalamnya tempat, masa dan tarikh bagi pegawai pemandu itu berjumpa dengannya

dan membawanya ke tempat mesyuarat.

Saya telah menerima jawapan pada 14 Oktober. Satu perkara yang menarik perhatian ialah jawapan ini bertarikh

dua hari selepas daripada kenyataan saya itu. Pada 17 Oktober satu pertemuan telah berlangsung di Klian Intan

antara dua orang wakil Kerajaan dan seorang wakil Komunis sebagaimana yang telah diaturkan di dalam surat Chin Peng

kepada saya itu. Chin Peng sendiri tidak hadir tetapi telah diwakili oleh Chen Tian. Namun begitu Chen Tian tidak ada

kuasa untuk membuat sebarang keputusan, tetapi beliau akan menyampaikan kepada Chin Peng rancangan-

rancangan Kerajaan bagi mengadakan satu pertemuan. Satu pertemuan lagi dengan Chen Tian perlu diadakan dan

persiapan untuk pertemuan itu juga hendaklah diberitahu kepada saya dengan surat daripada Chin Peng

sebagaimana yang dibuat dahulu.

Pertemuan yang kedua juga diadakan di Klian Intan pada 19 November. Chen Tian telah tiba di tempat itu dengan tidak

memberitahu terlebih dahulu tentang ketibaannya, dan mengambil kesempatan itu untuk mengeluarkan satu

kenyataan bertulis kepada akhbar dan mengadakan temu ramah dengan wartawan untuk tujuan propaganda. Saya

telah memberi amaran kepada Chin Peng sekiranya perbuatan kurang ajar ini dibuat lagi, maka saya akan

membatalkan pertemuan yang dicadangkan itu.

Kemudian saya membuat satu kenyataan bahawa saya

177

177

bersama-sama dengan David Marshall yang menjadi Ketua Menteri Singapura pada masa itu sanggup berjumpa dengan

Chin Peng pada akhir bulan Disember. Komunis telah menerima cadangan ini dan persiapan telah dibuat untuk mengadakan pertemuan itu di Baling pada 28 Disember. Dalam satu pertemuan akhir di Kroh, pada 13 Disember

untuk mengaturkan persiapan, pihak Komunis telah diberitahu bahawa pertemuan itu hendaklah diadakan di

Baling pada 28 Disember atau dibatalkan terus. Kesemua perkara mengenai pertemuan itu telah diputuskan, tetapi

mestilah terlebih dahulu menunggu surat daripada Chin Peng untuk pengesahan.

Surat ini telah diterima pada 23 Disember, tetapi Chin Peng telah meminta supaya diadakan satu pertemuan dengan

wakil-wakil Kerajaan pada 24 Disember, dan juga meminta supaya saya mengumumkan menerusi radio satu jaminan di

atas keselamatan perwakilan Komunis. Pertemuan yang akhir ini telah berlangsung pada tarikh yang diminta oleh

Chin Peng itu, dan pada hari itu juga saya telah mengumumkan satu jaminan untuk keselamatan mereka.

Setelah itu perundingan Baling berjalan sebagaimana yang dirancangkan, iaitu pada 28 dan 29 Disember. Tiga

pertemuan telah diadakan dalam masa dua hari. Saya telah mengetuai pihak Kerajaan yang mengandungi wakil-wakil

yang terdiri daripada Mr. David Marshall dan Tun Tan Cheng Lok. Chin Peng mengetuai pihak Komunis yang terdiri

daripada Chen Tian dan Rashid Maidin.

Hasil perundingan ini, Chin Peng telah bersetuju sebagaimana yang berikut:

“Setelah sahaja Kerajaan Persekutuan yang dipilih mendapat kekuasaan penuh dalam segi keselamatan dalam negeri dan

178

178

pasukan-pasukan bersenjata tempatan maka kami akan menamatkan keganasan, meletakkan senjata dan

membubarkan pasukan-pasukan kami. Ini tidaklah bererti bahawa kami menerima syarat-syarat pengampunan yang

ada sekarang.”

Begitulah tamatnya rundingan Baling. Sekalipun Chin Peng telah membuat perjanjian, saya telah meninggalkan Baling tanpa sebarang harapan kerana saya terkenang kepada

perkataan-perkataan Chin Peng bahawa Komunis mustahil dapat hidup bersama dengan orang-orang yang bukan

Komunis.

Saya tidak percaya yang dia akan memenuhi janjinya itu, dan inilah yang sebenarnya telah berlaku. 20 bulan kemudian

iaitu pada 31 Ogos 1957 Malaya telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan bebas, dengan mempunyai sebuah Kerajaan pilihan rakyat dan berkuasa ke atas

keselamatan dalam negeri dan di atas pasukan-pasukan bersenjata kita, tetapi sekalipun Komunis telah membuat

perjanjiannya dengan kita di Baling, mereka terus melancarkan keganasan senjata.

Malaya akhirnya dapat mengisytiharkan tamatnya darurat pada 31 Julai 1960. Chin Peng dan saki-baki Komunis yang telah dikalahkan itu telah bersembunyi di Selatan Thailand

dan berada di sana sehingga hari ini selama 14 tahun. Mereka masih merupakan satu ancaman kepada

keselamatan negara sebagaimana yang terbukti daripada serangan hendap yang dilakukan oleh mereka pada 27 Julai.

Kerajaan tidak lalai serta telah melipatgandakan tindakan keselamatan di sepanjang kawasan sempadan dengan

kerjasama rapat kerajaan Thai, kerana kami sedar bahawa kekacauan yang berlaku baru-baru ini dan suasana yang

179

179

belum dapat dipulihkan di Malaysia ini memberi peluang kepada Chin Peng dan pengikut-pengikutnya untuk melakukan sesuatu jika mereka diberi kesempatan.

Sekarang masih ada beribu-ribu orang lagi Komunis di Malaysia. Kenyataan ini telah terbukti semasa Konfrantasi

Indonesia kerana dalam masa itulah kira-kira 2,000 Komunis telah meninggalkan negara ini untuk bersama dengan

pasukan tentera Presiden Sukarno melanggar Malaysia.

Komunis bukannya cintakan Sukarno atau sukakan rejimnya, kerana mereka mendapat laporan tentang perbuatan-

perbuatan aniaya yang dilakukan ke atas orang-orang Cina di Indonesia dengan perintah Sukarno. Mereka pergi ke

Indonesia kerana mereka berpendapat bahawa inilah satu peluang yang amat baik untuk membolehkan mereka muncul

balik di Malaysia sebagaimana yang mereka harapkan selama ini. Pada kali ini mereka harap dapat memenuhi cita-cita mereka dengan cara bersatu dengan tentera Sukarno.

Mereka juga berharap bahawa dengan adanya persahabatan antara Sukarno dengan PKM, maka mereka akan diakui balik

sebagai satu pertubuhan di Malaysia jika Sukarno berjaya dalam rancangannya itu. Mereka akan menolong Sukarno sampai mendapat peluang mengambil kuasa di Malaysia.

Dalam perarakan mayat 9 Mei itu, sepanduk-sepanduk gambar Mao telah diarak oleh mereka yang mengambil

bahagian dalam perarakan itu, yang berpura-pura sebagai orang-orang yang berkabung.

Parti Buroh Malaysia terletak di bawah kawalan Komunis, dan Parti Rakyat pula sentiasa dipengaruhi oleh mereka. Dalam satu tunjuk perasaan yang diadakan oleh anggota-anggota Barisan sosialis pada 1967, Dr. Tan Chee Khoon

180

180

telah kedengaran berkata: “Ini bukan orang-orang saya.”

Jadi siapakah mereka itu, padahal mereka menggunakan alamat Ibu Pejabat Barisan Sosialis di Jalan Tuanku Abdul

Rahman, di Kuala Lumpur untuk berkumpul.

Dr. Tan Chee Khoon sendiri bukanlah seorang Komunis, tetapi dapatkah beliau dengan sesungguhnya menyatakan bahawa parti beliau terlepas daripada sebarang pengaruh

Komunis, seperti juga Lee Kuan Yew semasa beliau meminta pertolongan mereka itu untuk mendapatkan

kekuasaan di Singapura? Baliau patutlah ingat kepada kata-kata: “Jika kamu menghirup sup di meja yang syaitan ada bersama-sama, maka mestilah kamu menggunakan sudu

yang panjang tangannya.”

Beliau dan semua orang tahu bahawa Cina Komunis sentiasa mengganggu hal ehwal Malaysia sebagaimana

yang dapat di dengar menerusi Radio Peking.

Saya rasa munasabah juga untuk memetik satu tulisan yang tersiar di dalam penerbitan mingguan Soviet bernama ‘New

Times’ pada 13 Jun. Majalah itu menuduh Peking membangkitkan perasaan benci di kalangan bangsa-bangsa di Asia Tenggara, dan sebagai contohnya menyebut tentang

rusuhan yang telah berlaku di Malaysia pada 13 Mei.

Majalah itu selanjutnya mengatakan bahawa pengikut-pengikut Mao telah beberapa kali memperalatkan kaum-

kaum l Cina yang berada di Asia Tenggara, seperti di Burma dan Cambodia, untuk melakukan perbuatan-perbuatan

provokasi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada perjuangan mereka. Anasir-anasir Mao telah menanam benih

perpecahan di kalangan pertubuhan yang benar-benar bercorak demokrasi di Malaysia, dan telah membahayakan

181

181

pertubuhan-pertubuhan dengan menggunakan cara-cara ‘Red Guard’.

Majalah itu menamatkan huraiannya dengan mengatakan bahawa inilah satu pelajaran yang dapat diambil oleh

pejuang-pejuang kebangsaan dan pengamalh demokrasi di Malaysia.

Kejadian serang hendap ke atas pasukan keselamatan kita di Sintok, Kedah pada 27 Julai membuktikan bahawa

masih banyak gerakan pengganas di sepanjang sempadan Thai/Malaysia. Anggota-anggota Komunis yang terlatih di

Thailand menyeberangi sempadan dan membuat perhubungan dengan rakan-rakan mereka di Malaysia.

Anggota-anggota perisik telah menumpukan perhatian mereka kepada gerakan Komunis di kawasan itu tetapi

mereka tidak dapat mengesan kesemuanya kerana sempadan Malaysia/Thai diliputi oleh hutan rimba yang

besar. Pada 17 Jun 1968, 16 orang anggota polis kita telah terbunuh dan 17 lagi cedera di dalam satu serangan hendap yang berlaku di sempadan Kroh/Betong. Inilah perangsang

yang ditunggu-tunggu oleh pengikut-pengikut Komunis.

Kebanyakan laporan sulit yang diterima menumpukan hal-hal mengenai gerakan Komunis di Singapura dan sempadan

Indonesia/Malaysia Timor. Jelas bahawa PKM dibantu dari tiga jurusan – iaitu dari Selatan menerusi komunis-komunis yang ada di seberang Tembok Johor yang datang dari Hong Kong melalui Singapura, dari Utara komunis yang berada di

Thailand, dan juga dari komunis di sempadan Sarawak-Indonesia.

Hari ini komunis di Malaysia lebih cergas dan lebih ganas daripada komunis di Singapura. Taktik mereka

182

182

menggunakan sentimen perkauman telah berjaya sehingga menimbulkan ketegangan di dalam masyarakat kita yang

berbilang kaum. Gerakan mereka telah bertambah meluas.

Malangnya mereka telah berjaya memujuk belia dari sekolah-sekolah Cina untuk dijadikan agen bagi melakukan

perbuatan-perbuatan memeras dan menakutkan ahli-ahli perniagaan dan sebagainya. Mereka yang enggan menurut

kehendak komunis akan diancam keselamatannya.

Inilah kumpulan yang terdiri daripada mereka yang berpegang teguh kepada perasaan kecinaan, dan juga

samseng-samseng yang mengacau keamanan dalam negara ini. Mereka menghasut orang-orang Cina supaya mendesak Kerajaan mengadakan sebuah Universiti Cina menjadikan

bahasa Cina dijadikan salah satu bahasa rasmi, dan enggan menerima sebarang perkara kecuali yang bercorak kecinaan.

Dengan tertanamnya perasaan sentimen yang seperti ini di dalam hati mereka, maka tidaklah mudah bagi Kerajaan

hendak menarik mereka ke sebelah kita dan sangatlah susah hendak mengasingkan mereka daripada musuh kita,

Komunis.

Dalam pilihan raya baru-baru ini kita telah dapat melihat gerakan yang cergas yang telah dilancarkan oleh Komunis.

Saya mempunyai alasan yang kuat untuk mempercayai bahawa mereka telah mengadakan wang untuk Pas dalam pilihan raya yang lepas bagi mendapatkan pertolongan parti

itu untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan.

Komunis Cinalah yang telah mengadakan wang bagi pengacau-pengacau Melayu melalui parti-parti yang ada

hubungan rapat dengan orang-orang ini, dan salah satu ialah Parti Komunis Indonesia yang menerima sokongan

183

183

kewangan daripada Parti Komunis Negeri China.

Dalam masa itu Komunis telah menghasut pensyarah-pensyarah dari parti-parti pembangkang supaya

menumpukan ucapan-ucapan mereka di atas perkara-perkara yang disungutkan oleh orang ramai dan meletakkan

kesalahan di atas Kerajaan Perikatan, dengan cara memasukkan jarum pengaruhnya dengan halus.

Perarakan mayat pada 9 Mei, sehari sebelum daripada pilihan raya telah digunakan sepenuhnya oleh komunis.

Komunislah yang merasa sangat puas hati dengan tunjuk perasaan yang diadakan bersama oleh Gerakan dan DAP pada 12 Mei iaitu satu perbuatan yang menepati dengan

kehendak mereka.

Sekarang PKM sedang berusaha dengan cara yang tidak langsung untuk mendesak puak-puak ‘pelampau’ supaya

melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota-anggota UMNO. Kita mempunyai

maklumat yang menunjukkan bahawa beberapa beberapa orang yang diketahui menjadi ahli Komunis sedang membuat

perhubungan dengan beberapa orang ‘pelampau’ dalam UMNO.

Propaganda yang datangnya daripada Barisan Persatuan Komunis adalah bertujuan hendak menggambarkan bahawa

Kerajaan Perikatanlah yang sebenarnya berdosa dalam pertelingkahan kaum itu.

Rancangan mereka sekarang ialah hendak menggunakan dengan sepenuhnya suasana yang terdapat pada hari ini untuk faedah Komunis dengan cara menyakinkan orang

ramai bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas apa yang telah berlaku pada 13Mei; dan hasrat mereka ialah

184

184

hendak menimbulkan suasana harmoni di kalangan semua kaum. Mereka bukan sahaja cergas di kawasan sempadan Thailand dan di sempadan Sarawak bahkan juga di seluruh

negara.

Tujuan mereka ialah hendak memperingati ulang tahun yang ke-21 pemberontakan bersenjata mereka yang jatuh pada 20

Jun dengan cara menunjukkan kekuatan mereka, tetapi kesempatan itu tidak terbuka untuk mereka lakukan sehinggalah sebulan kemudian iaitu pada 27 Julai.

Mereka merayakan peristiwa itu dengan satu serangan hendap ke atas pasukan keselamatan di kawasan sempadan

yang menyebabkan enam orang terbunuh dan tujuh lagi tercedera. Kejadian ini dilakukan unutk meninggikan moral

mereka dan tentulah akan menambahkan semangat PKM di dalam rangkanya hendak menguatkan semula perjuangan

bersenjata mereka.

Berikutan dengan penyebaran surat Dr. Mahathir itu, maka satu taktik baru telah timbul di Malaysia ini, tetapi taktik ini

merupakan satu helah yang telah pun lama diamalkan oleh Komunis, kerana mereka telah pun mencubanya di Burma.

Helah ini ialah menulis surat-surat yang beracun. Surat-surat ini seolah-olahnya dihantar oleh seorang kepada seorang

yang lain, sebagaimana yang telah saya lihat di Terengganu pada 8 Ogos. Seolah-olahnya telah ditulis kepada saya oleh Setiausaha Agung Parti Perikatan, Tan Sri T.H. Tan kerana

di kaki surat itu telah ditaip nama beliau sebagai penghantarnya.

Saya belum pernah melihat surat yang seperti ini. Jika setiausaha Parti Perikatan merasa risau di atas satu

kejadian, maka tentulah dia tidak menulis surat ini kepada saya bahkan datang berjumpa saya sendiri. Hakikat itu dapat

185

185

dilihat dengan jelas oleh mana-mana orang yang cerdik, tetapi nampaknya surat beracun yang seperti itu boleh

mempengaruhi orang-orang biasa.

Surat ini mengandungi tuduhan-tuduhan terhadap tentera, iaitu tuduhan yang sangat keji dan hina yang boleh

mengejutkan orang-orang biasa. Surat itu menuduh askar-askar kita memecahkan rumah, memperkosa perempuan-perempuan Cina, membelah perut mereka dan memotong

buah dada mereka. Surat yang seperti itu cuma dapat ditulis oleh seorang yang hilang akal, tetapi ia penuh tanda-tanda

yang menunjukkan bahawa surat itu merupakan propaganda Komunis.

Mungkin banyak surat seperti itu dihantar ke rumah-rumah orang-orang Cina. Di dalam sampul surat yang saya

sebutkan tadi ada lagi sepucuk surat yang disebarkan bersama-sama dengannya. Surat yang pertama ialah yang

saya baru sebutkan di atas; surat yang kedua dalam Bahasa Malaysia menghasut rakyat mengambil kuasa negeri ini

untuk orang-orang Melayu. Surat itu bertajuk “Dengan Nama Allah.”

Sesiapa yang telah bertanggungjawab menghantar surat-surat ini telah membuat satu kesilapan yang amat bodoh

kerana memasukkan kedua-dua surat di dalam satu sampul. Kedua-dua surat itu menunjukkan bahawa tujuannya ialah hendak menimbulkan perpecahan dan huru-hara dengan melalui dua suara, tetapi kesilapan itu telah menzahirkan bahawa kedua-dua suara itu datangnya dari mulut yang

sama.

Semasa saya berada di Alor Setar pada 21 Ogos, saya telah menunjukkan kepada akhbar satu salinan surat Pekeliling Komunis yang bertulis di atas kertas ‘foolscaps’ berwarna

186

186

merah jambu. Surat yang ditulis dalam tulisan rumi dan jawi ini mempunyai tajuk “Kenangan untuk askar Melayu“. Di atas

surat ini tertera lukisan-lukisan kartun yang menunjukkan saya seorang diktator.

Di celah-celah gambar kartun itu tertulis nama-nama Menteri Kesihatan, Tan Sri Sardon; Menteri Perdagangan dan

Perusahaan, Khir Johari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Salleh; Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Syed Nasir; seorang Ahli Parlimen dari Johor, Syed Ja’afar Albar, dan

bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Haji Sulaiman Palastin. Surat-surat itu telah dihantar melalui pos dari Kuala Lumpur kepada seorang penerimanya di Kedah.

Pada pendapat saya sendiri, sekiranya orang-orang Cina yang taat setia kepada negara tidak percaya kepada propaganda Komunis, maka negara ini akan selamat.

Sebenarnya tidak ada sebarang sebab yang boleh menimbulkan pergaduhan antara orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu, kerana mereka telah hidup bersama

dengan aman. Anasir-anasir Komunislah yang cuba hendak memecahkan perpaduan yang berbahagia ini, dengan

disokong oleh anasir-anasir pelampau cauvinis kedua-dua kaum.

Sementara Cina Komunis ialah kuasa di belakang anasir-anasir Cina yang tidak taat setia di Malaysia ini, saya juga tahu bahawa mereka membantu parti-parti Melayu yang

menentang UMNO sekali pun anggota-anggota parti ini tidak mengetahuinya. Oleh yang demikian rakyat-rakyat Malaysia yang taat setia sedang dihimpit oleh Komunis dari dua belah pihak – satu pihak terdiri daripada orang-orang Melayu yang terpesong, dan satu pihak lagi dari orang-orang Cina yang

tertipu.

187

187

Oleh yang demikian jalan yang terbuka bagi rakyat yang taat setia itu ialah menolong Kerajaan dengan apa juga cara

yang boleh, dan menolong memperkuatkan segala tenaga yang dapat memperkuatkan kedudukan Kerajaan bagi menghadapi ancaman musuh-musuh kita, Komunis.

BAB 23 : Mimpi Dan Alamat

PADA satu malam bulan penuh purnama yang terjatuh pada hari Jumaat, 2 Mei 1969, lapan hari sebelum hari mengundi dan 11 hari sebelum rusuhan berlaku, saya telah mendapat

satu mimpi yang boleh dikatakan luar biasa.

Dalam mimpi itu saya dapati saya berada di lorong belakang di antara dua deretan rumah. Lorong itu sempit, becak,

berlumpur dan kotor; sampah sarap dan kekotoran yang seperti itu tidak pernah saya lihat dahulu. Sedang saya

berdiri di situ dengan tidak tahu apa yang hendak di buat, tiba-tiba tikus-tikus longkang sebesar kucing berduyun-

duyun keluar dari parit sebelah kiri dan datang ke tengah-tengah lorong yang tersebut memakan sampah dan kotoran

yang ada di situ.

Tikus itu nampaknya bengis, dan memamah sampah sarap dengan ganasnya. Saya cuba hendak pergi ke sebelah sana

lorong itu yang tidak dipenuhi oleh tikus-tikus itu, tetapi dengan tiba-tiba berterbangan keluar lalat-lalat hijau yang kotor dari sebuah parit disebelah kanan, dan memenuhi kawasan yang kosong itu. Dengan itu maka saya telah

terperangkap kerana tidak ada lagi jalan yang boleh saya lalui.

Tikus-tikus dan lalat-lalat itu terus juga keluar dari kedua-dua belah parit, dan saya pun mengambil keputusan untuk

188

188

keluar dari situ dengan merempuh mereka. Oleh kerana saya fikir tikus-tikus itu akan menyerang saya, maka saya

tidak megikuti jalan yang ada tikus-tikus itu tetapi merempuh lalat-lalat hijau itu sambil menutup mata dan muka saya

dengan lengan. Lalat hijau itu berterbangan dan berdesing-desing di sekeliling saya dan mengikut saya seketika, tetapi akhirnya saya dapat lepas daripada mereka dan terus keluar

ke jalan yang bersih dan udara yang segar.

Apabila terkejut daripada tidur saya tidak dapat mentadbirkan mimpi itu. Saya beritahu isteri saya dan

meminta beliau memikirkan apa erti mimpi yang pelik dan dahsyat itu. Beliau berkata beliau juga tidak dapat

mentabirkan mimpi itu tetapi nyatalah ia memberi alamat bahawa satu kejadian buruk akan berlaku, dan kejadian itu

akan mendatangkan kesusahan besar kepada saya.

Pada ingatan saya tikus-tikus dan lalat-lalat hijau itu adalah merupakan dua binatang yang kotor sekali dalam dunia.

Oleh itu mimpi saya itu tentulah menandakan bahawa ada satu perkara yang dahsyat akan berlaku. Saya beritahu isteri saya bahawa saya rasa ada musuh-musuh yang berusaha hendak menjahanamkan saya, atau sekurang-kurangnya

hendak menyekat usaha-usaha saya untuk keamanan dan kebahagiaan. Saya segera mencatatkannya dalam buku

ingatan saya supaya kemudian kelak dapatlah saya mengerti tujuan mimpi saya itu.

Dalam masa beberapa hari sejak mimpi itu, saya berkali-kali cuba hendak mencari makna tikus dan lalat hijau itu. Saya

tidak dapat hendak melupakan mimpi itu kerana semua yang berlaku sangatlah jelas, dan merupakan satu alamat yang

sangat buruk.

Pada pagi hari mengundi satu lagi kejadian yang merunsingkan telah berlaku selepas sembahahyang subuh.

189

189

Apakala saya hendak bangkit dari tikar sembahyang, tasbih yang saya gunakan telah tersangkut di penjuru meja dan putus talinya sehingga biji-biji tasbih itu bertaburan di atas

lantai.

Kejadian ini juga tentu mempunyai makna. Saya telah gunakan tasbih ini selama beberapa tahun untuk berzikir selepas sembahyang tetapi kejadian yang seperti ini tidak

pernah berlaku sebelum itu. Tuhan sahaja yang maha mengetahui kenapa tasbih itu putus talinya pada pagi itu,

iaitu hari mengundi. Saya mula berasa gelisah dengan kejadian-kejadian yang pelik ini, mungkin ia mempunyai

alamat yang tidak baik.

Sekarang baru saya tahu apa yang dimaksudkan oleh mimpi itu. Tikus-tikus itu nyatalah merupakan komunis-komunis Malaysia atau konco-konco dan penyokong-penyokong

mereka dan juga semua anasir jahat.

Orang-orang inilah yang menganjurkan perarakan mayat pada 9 Mei dan sebagaimana yang telah saya ceritakan tadi,

mereka cuba hendak menimbulkan peristiwa buruk dalam perarakan itu supaya terhalanglah pilihan raya. Mereka tidak

berjaya dalam pecubaan ini tetapi mereka telah berjaya menimbulkan perasaan buruk dan meninggalkan kesan

yang membahayakan keamanan. Mereka telah menyematkan perasaan perkauman di hati orang ramai, dan

melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kepada tercetusnya kekacauan besar pada 13 Mei. Ringkasnya

mereka telah menaburkan benih-benih dan sekarang mereka hendak makan buahnya.

Elok saya terangkan bahawa pihak Cina Komunis tidaklah bertujuan hendak menimbulkan pergaduhan atau

pertelingkahan perkauman seperti yang berlaku itu, tetapi hasil perbuatan mereka yang lazimnya berakhir dengan

190

190

kejadian yang sama seperti ini. Apa sebabnya begitu? Sebabnya ialah orang-orang Melayu enggan menurut

perintah mereka dan sebarang perselisihan dengan orang-orang Melayu pastilah membawa kepada pertelingkahan

kaum.

Ini telah terbukti dalam kejadian yang berlaku di Pulau Pinang semasa komunis memberi perintah supaya diadakan hartal, orang-orang Melayu tidak hiraukan perintah itu, dan apabila mereka menyerang pekedai-pekedai Melayu, maka orang-orang Melayu lain telah datang menolong sehingga

membawa kepada timbulnya satu pertempuran kaum.

Tujuan mereka hendak merosakkan Kerajaan dengan mengadakan ‘boikot’ telah bertukar menjadi satu

pertempuran antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina, iaitu satu kejadian yang bukan dimaksudkan

oleh Komunis.

Kejadian seperti ini berlaku sekali lagi pada hari perarakan mayat. Tujuan mereka ialah hendak menunjuk perasaan

menentang kerajaan, tetapi dengan melakukan perbuatan itu mereka telah menyentuh perasaan orang-orang Melayu.

Sikap orang-orang Melayu ialah kiranya mereka menganggap kerajaan negeri ini sebagai kerajaan mereka, maka perbuatan mengutuk kerajaan itu berertilah mereka juga mengutuk diri mereka sendiri. Orang-orang Melayu

adalah anti-Komunis, tetapi nampaknya Komunis Cina tidak memahami sikap dan pendirian orang-orang Melayu itu.

Bilangan orang-orang Melayu yang mempercayai ideologi mereka boleh dikatakan hanya berapa kerat saja.

Pada 12 Mei, Dr Tan Chee Khoon dan anggota-anggota Gerakan telah mengadakan perarakan untuk merayakan

“kemenangan” parti mereka, dan dalam perarakan itu anggota-anggota DAP juga turut serta. Perarakan itu telah

191

191

berjalan dengan teratur sebagaimana yang dirancang, tetapi selepas daripada tamatnya perarakan itu anggota-anggota parti telah hilang akal menunjukkan kelakuan yang biadab.

Semasa mereka dalam perayaan itulah mereka telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh dan melemparkan kata-kata yang keji. Perbuatan mereka yang keji itu dengan sendirinya memasukkan mereka ke dalam perangkap `tikus-

tikus longkang’ tersebut.

Perarakan mayat yang dianjurkan oleh Komunis pada hari Jumaat dan sambutan “kemenangan” yang diadakan oleh

Gerakan dan DAP pada hari Isnin adalah dua kejadian yang provokasi sehingga tercetusnya kekacauan yang sehabis-habis buruk yang belum pernah berlaku di Kuala Lumpur. Tujuk-tunjuk perasaan yang berlaku satu demi satu telah

dianjurkan oleh Cina Komunis dan parti-parti politik tersebut, yang merupakan perbuataan provokasi dan jahat telah

memberi makna yang jelas kepada mimpi saya itu.

Sekarang apakah pula erti lalat-lalat hijau? Pada malam 25 Mei seorang pelayan di Residency (kediaman rasmi saya) telah memberitahu saya bahawa seorang sahabat lama, Dato’ Syed Esa Almanoer hendak bercakap dengan saya

menerusi telefon. Apabila saya mengangkat telefon itu saya dapati bukanlah suaranya, tetapi orang lain yang cuba

hendak menyamar dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia memberitahu saya bahawa ada 20 orang ahli UMNO yang sedang bermesyuarat pada masa itu di satu tempat dan mereka telah mengambil keputusan meminta saya

meletakkan jawatan.

Saya cuba hendak mengecam suaranya, tetapi tidak dapat. Apabila saya bertanya siapakah dia, dia enggan

memberitahu namanya. Jadi saya katakan kepadanya “Go to hell (pergi jahanam).” Panggilan-panggilan telefon yang

192

192

seumpama telah dibuat berulang kali dalam masa tiga atau empat malam kemudiannya. Apabila diberitahu kepada

orang yang memanggil itu bahawa saya tiada di rumah, dia telah memberitahu kepada pelayan yang menjawab telefon itu supaya memberitahu kepada saya supaya meletakkan jawatan kerana saya tidak dikehendaki lagi dalam UMNO

dan dalam Kerajaan.

Pada 6 Jun pula, iaitu hari yang sepatutnya saya masuk hospital, Utusan Melayu telah menerbitkan satu berita yang

mengandungi pendapat beberapa orang anggota UMNO bahawa dalah bijak bagi MCA tidak menyertai Kabinet. Saya

telah menasihatkan mereka itu supaya jangan mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana saya bimbang

perbuatan itu mungkin akan menambahkan perpecahan dan dengan itu juga akan mencacatkan pentadbiran. Sebarang

persoalan kaum yang dibangkitkan pada waktu ini akan membahayakan keamanan.

Selang tidak berapa lama, iaitu pada 18 Jun, saya telah menerima surat daripada Dr. Mahathir yang telah saya

ceritakan terdahulu. Surat ini kemudiannya telah disebar beribu-ribu naskah. Kandungannya semata-mata bertujuan untuk menghina saya di mata orang ramai dan menaikkan perasaan marah dan benci orang ramai terhadap diri saya.

Kempen benci terhadap diri saya ini telah mengejutkan orang-orang Melayu yang taat setia amnya dan anggota UMNO khasnya. Saya sendiri menghadapi dugaan yang berat. Keadaan tegang telah timbul di dalam parti yang boleh membawa kepada timbulnya perpecahan dalam

UMNO. Kemudian Majlis Tertinggi UMNO telah memecat Dr. Mahathir.

Perkara ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka terus menganiaya diri saya. Beberapa lagi surat liar telah dikirim

193

193

dan disebarkan kepada orang ramai. Lalat-lalat hijau ini terus mengekori saya, dan mereka masih berdesing-desing

di sekeliling saya.

Sekarang dapatlah saya faham bahawa biji-biji tasbih yang telah terburai itu merupakan pecahnya keamanan dan harmoni antara berbagai-bagai kaum. Tikus-tikus boleh dibunuh, lalat-lalat boleh diusir dan biji-biji tasbih boleh

dicucuk kembali benangnya. Marilah kita berdoa supaya segala penderitaan dan percubaan yang kita telah alami, dan bencana serta kesan-kesan yang buruk yang timbul

daripadanya itu akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Pihak Kerajaan sebenarnya bersungguh-sungguh mengamalkan sikap sabar dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. Sepatutnya kita tidak

membenarkan mayat pemuda Parti Buroh itu disimpan di rumah mayat di Jalan Sultan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, tetapi memerintahkan supaya mayat itu dibawa ke kampungnya di Kepong untuk dikebumikan.

Niat Parti Buroh itu adalah jelas; hendak mempersenda-sendakan pemerintah dan melakukan perbuatan-perbuatan

yang boleh memecahkan keamanan. Cara mereka mengadakan perarakan mayat menunjukkan dengan jelas

niat dan tujuan mereka. Mereka tergamak meminta kebenaran supaya perarakan itu diadakan pada hari

mengundi. Jika permintaan mereka itu diluluskan, mungkin pilihan raya di Kuala Lumpur tidak dapat diadakan. Kesan perarakan mayat itu tentulah buruk ke atas negara pada

keseluruhannya tidak kira pada hari mana jua pun ia diadakan, kerana perarakan yang seumpama itu akan

membangkitkan perasaan anti kerajaan.

194

194

Oleh kerana itu Gerakan dan DAP tidaklah sekali-kali patut mengadakan perayaan ‘kemenangan’ setelah perarakan mayat itu telah diadakan dan kesan-kesan daripadanya menunjukkan bahawa perbuatan itu telah menimbulkan

perasaan yang buruk. Cara bagaimana mereka merayakan ‘kemenangan’ mereka tidak dapat tiada mesti

mengakibatkan kejadian seperti yang telah berlaku dan saya meletakkan tanggungjawab yang sama ke atas parti-parti ini

di atas kekacauan yang berlaku.

Setelah parti-parti pembangkang mengadakan perarakan kemengan mereka maka tidaklah pula dapat disekat

kehendak UMNO mengadakan perarakan kemenangannya pada 13 Mei. Jika perarakan UMNO itu tidak diadakan,

maka moral anggota-anggota parti itu tentulah jatuh setelah parti-parti pembangkang menunjukkan kekuatan mereka, dan juga kerana anggota-anggota UMNO ini telah dicerca

oleh parti-parti pembangkang itu. Oleh itu rusuhan-rusuhan 13 Mei yang telah timbul akibat daripada perarakan-

perarakan itu adalah satu kejadian yang dikutuk, dikesali dan tidak dapat dimaafkan.

Selain daripada itu, dalam kempen pilihan raya asas-asas demokrasi telah dipersenda-sendakan dan perlembagaan

telah dicabul dan dipermainkan oleh semua partii pembangkang. Pemimpin-pemimpin mereka telah

melancarkan kempen dengan tidak menghiraukan dan tidak menghormati perlembagaan yang menjadi piagam

demokrasi negara.

Sesungguhnya mereka telah membuat ucapan-ucapan seolah-olah negara ini tidak mempunyai perlembagaan.

Pensyarah-pensyarah yang berdiri di atas pentas DAP telah kedengaran berkata bahawa sekiranya mereka memegang

kuasa, mereka akan melucutkan hak-hak orang Melayu.

195

195

Banyak lagi perkataan-perkataan mereka mengenai soal berbilang bahasa dan soal-soal perkauman yang lain yang

juga tidak sekali-kali patut dikeluarkan. Banyak perkara yang ditimbulkan oleh ahli-ahli Gerakan dan DAP merupakan

soal-soal yang bercorak provokasi yang boleh difahami oleh orang-orang Melayu bahawa sekiranya pembangkang

menang dalam Pilihanraya itu, orang-orang Melayu akan `diajar.’

Di satu pihak lagi, PAS menjalankan kempen yang boleh diertikan sebagai bertujuan hendak mengambil kuasa

negara ini untuk orang-orang Melayu sahaja. Menurut PAS sekalipun mereka mengakui adanya orang-orang lain di negara ini, orang-orang yang bukan Melayu tidak akan

dibenarkan mengambil bahagian di dalam pemerintahan negara atau pun di berikan sebarang hak.

Sebaliknya Parti Perikatan berdiri teguh di belakang perlembagaan dan dengan sebab itu Perikatan telah menjadi sasaran serangan daripada kesemua pihak.

Sungguh pun begitu, keputusan-keputusan pilihan raya telah membuktikan satu perkara. Sekali pun di dalam kempen itu berbagai-bagai tuduhan telah dilemparkan ke atas Perikatan dan pelbagai kritikan telah dihalakan kepada perlembagaan,

rakyat masih memilih Perikatan untuk memegang kuasa pemerintahan. Ini menunjukkan satu bukti yang jelas

bahawa rakyat Malaysia menyokong Perikatan kerana mereka menyifatkan parti itu sebagai pendukung

perlembagaan, iaitu sebuah piagam yang menjamin kebebasan, hak-hak perseorangan dan keselamatan.

Oleh itu apakah yang patut kita lakukan supaya perlembagaan itu dihormati? Perlembagaan adalah menjadi

asas kemerdekaan kita, dan di atas asas inilah kita telah membina negara kita. Oleh itu kita mestilah sentiasa

196

196

menegakkan Perlembagaan kita itu dan mempertahankan serta melindunginya dengan segala kekuatan yang ada

pada kita.

Saya dapat tahu bahawa di Amerika Syarikat semua parti politik yang mengambil bahgian dalam pilihan raya bersetuju

tidak menyentuh hal-hal perlembagaan mereka. Perlembagaan ini disifatkan sebagai dokumen yang suci dan

tidak boleh dibiarkan mana-mana pihak menjadikannya sebagai satu perkara yang boleh dipersoalkan dalam kempen pilihan raya atau di mana-mana jua. Di dalam

perlembagaan kita itu ada syarat-syarat yang menentukan cara-cara bagaimana dapat dibuat pindaan, tetapi pindaan-pindaan telah dibuat cuma mengenai dengan pentadbiran

dan keselamatan negara di mana-mana yang difikirkan perlu.

Sekiranya kita hendak mencegah daripada berulangnya peristiwa 13 Mei, maka undang-undang pilihan raya mestilah

dipinda bagi mengadakan syarat-syarat bahawa perkara-perkara di dalam perlembagaan itu tidaklah boleh

ditimbulkan di dalam pilihan raya, dan jika mana-mana parti atau orang-orang perseorangan melakukan kesalahan

melanggar undang-undang ini maka mereka akan dihukum. Dengan cara ini sahajalah dapat kita menjamin bahawa

demokrasi boleh berjalan di negara ini.

Peristiwa 13 Mei memberikan peringatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang akan timbul jika

perlembagaan diketepikan dan soal-soal yang menyentuh perasaan, adat resam dan adat istiadat pelbagai kaum

dipermainkan.

Pada 13 Mei 1969, negara kita terletak di ambang keruntuhan, dan sebab boleh berlaku kejadian itu ialah

kerana kita tidak mengakui pada diri kita sendiri kedudukan

197

197

dan hakikat yang sebenar. Oleh yang demikian marilah kita berazam untuk bersungguh-sungguh mengelakkan daripada berlaku lagi kelalaian dan kecuaian yang seperti itu. Marilah kita berazam untuk mempertahankan demokrasi dan cara

hidup yang kita cintai.

Maka saya berdoa ke hadrat Allah Subhanallah Wata’ala untuk memohon limpah rahmat-Nya bagi mengembalikan buat selama-lamanya muhibah, keharmonian, keamanan

dan persahabatan antara kaum di negara kita sebagaimana sebelum 13 Mei 1969.

Pembinaan Rukun Negara

“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita

telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan

bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam”

(Allahyarham Tun Abdul Razak)

198

198