sejarah dan perundangan - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 sebelum merdeka, di bawah pentadbiran...

85
1001 Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa BAB 1 : SEJARAH DAN PERUNDANGAN KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1.1 TEORI DAN KONSEP PERANCANGAN BANDAR 1.1.1 DEFINISI PERANCANGAN BANDAR 1.1.2 TEORI DAN KONSEP PERANCANGAN BANDAR Asas Perundangan Perancangan Bandar 1.1.3 KONSEP PERANCANGAN BANDAR Konsep Perancangan Bandar Di Eropah Konsep Perancangan Bandar Islam Konsep Perancangan Bandar Di Malaysia 1.2 PERMULAAN PETEMPATAN DAN TAMADUN MANUSIA Pengertian Tamadun 1.2.1 CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA Susunatur Petempatan Pentadbiran Struktur Masyarakat Keilmuan Agama dan Kepercayaan Sistem Tulisan 1.2.2 TAMADUN AWAL Tamadun Arab Tamadun Mesir Tamadun Hindu Tamadun Cina Tamadun Yunani Tamadun Rom Tamadun Melayu 1.3 SEJARAH PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA 1.3.1 PERANCANGAN BANDAR SEBELUM MERDEKA Perancangan Bandar Di Tanah Melayu Sebelum Penjajahan British

Upload: vanmien

Post on 14-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1001

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAB 1 : SEJARAH DAN PERUNDANGAN

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN

1.1 TEORI DAN KONSEP PERANCANGAN BANDAR 1.1.1 DEFINISI PERANCANGAN BANDAR 1.1.2 TEORI DAN KONSEP PERANCANGAN BANDAR Asas Perundangan Perancangan Bandar

1.1.3 KONSEP PERANCANGAN BANDAR Konsep Perancangan Bandar Di Eropah Konsep Perancangan Bandar Islam Konsep Perancangan Bandar Di Malaysia

1.2 PERMULAAN PETEMPATAN DAN TAMADUN MANUSIA Pengertian Tamadun 1.2.1 CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA Susunatur Petempatan Pentadbiran Struktur Masyarakat Keilmuan Agama dan Kepercayaan Sistem Tulisan

1.2.2 TAMADUN AWAL Tamadun Arab Tamadun Mesir Tamadun Hindu Tamadun Cina Tamadun Yunani Tamadun Rom Tamadun Melayu 1.3 SEJARAH PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA

1.3.1 PERANCANGAN BANDAR SEBELUM MERDEKA

Perancangan Bandar Di Tanah Melayu Sebelum Penjajahan British

Page 2: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1002

Perancangan Bandar Di Tanah Melayu Semasa Penjajahan British Sejarah Awal Perbandaran Kuala Lumpur Sejarah Perancangan Bandar di Pulau Pinang Sejarah Perancangan Bandar Kuala Kubu Baru Sejarah Perancangan Bandar Ipoh Sejarah Perancangan Bandar Petaling Jaya Sejarah Pengwujudan Kampung-kampung Baru Sejarah Pengwujudan Petempatan FELDA

1.3.2 PERANCANGAN BANDAR SELEPAS MERDEKA Pembangunan Bandar Dan Wilayah Era Perancangan Baru Penyediaan Asas Untuk Pembangunan Masa Hadapan Pengekalan dan Kemajuan Masa Depan

1.4 SEJARAH PERUNDANGAN PERANCANGAN BANDAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA

1.4.1 TOWN IMPROVEMENT ENACTMENT, 1917

1.4.2 TOWN PLANNING ENACTMENT, 1923 1.4.3 TOWN PLANNING ENACTMENT, 1927 1.4.4 TOWN BOARDS ENACTMENT, 1946, CAP 137

1.4.5 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976 (AKTA 172) 1.5 SEJARAH PENUBUHAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

1.5.1 SEBELUM MERDEKA, SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN

1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA

1.5.4 SELEPAS MERDEKA

Page 3: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1003

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : ‘Three Magnets’ Howard

Rajah 1.2 : Sebahagian Penempatan Penduduk Bandar Dalam Taman.

Rajah 1.3 : Bandar Sosial yang diperkenalkan oleh Howard; setiap bandar dalam taman mempunyai kawasan perumahan, tempat kerja dan kawasan lapang.

Rajah 1.4 : Bandar dalam Islam (kenali sebagai “hasam”) dianggap sebagai tempat beribadat serta suatu tempat yang selamat kepada sesiapa yang me-masuki kawasan tersebut.

Rajah 1.5 : Pelan Geometri ini merupakan pembangunan yang berpusat kepada sesuatu kosmos. Contohnya pem-bangunan Bandar Mekah telah dibuat berpandukan kepada batu aswad sebagai pusatnya.

Rajah 1.6 : Doktrin Perancangan Dan Pembangunan Sejagat

Rajah 1.7 : Pelan Pembangunan Pelan Induk Pulau Pinang (1964)

Rajah 1.8 : Peta Popham 1798 menunjukkan susunatur George Town

Rajah 1.9 : Carta Alir Kronologi Sejarah Perundangan Peran-cangan Bandar Dan Desa Di Semenanjung Malaysia

SENARAI FOTO

Foto 1.1 : Ebenezer Howard (1850-1928)

Foto 1.2 : Pemandangan di Padang, Kuala Lumpur pada tahun 1884 menunjukkan ‘pondok atap’ sebagai struktur bangunan.

Foto 1.3 : Pemandangan di Lebuh Pasar pada awal abad ke 20

Foto 1.4 : Keadaan semasa darurat pada tahun 1969

Page 4: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1004

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 : Seksyen III dan IV, Town Improvement Enactment, 1917.

Jadual 1.2 : Kandungan Bahagian IX ‘Town Board Enactment Cap 137’

Jadual 1.3 : Penubuhan Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri

Page 5: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1005

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

1.0 PENGENALAN

Perancangan bandar dan desa atau yang lebih dikenali seba-gai ‘perancangan bandar’, ‘perancangan fizikal’ atau ‘peran-cangan guna tanah’ ialah suatu seni dan sains bagi penyusu-nan aktiviti gunatanah serta perletakan bangunan-bangunan dan rangkaian perhubungan untuk memperolehi faedah yang tinggi dari aspek ekonomi, keselesaan dan keindahan (Lewis Keeble ‘Principles and Practice of Town and Country Planning’, 4th edition, 1969). Perancangan bandar dan desa pada prin-sipnya merangkumi falsafah mengenai penggunaan tanah dan bertujuan untuk menghasilkan suatu persekitaran yang pal-ing selesa serta dapat meninggikan kualiti hidup masyarakat setempat pada keseluruhannya.

Perancangan bandar dan desa di Malaysia adalah suatu bidang perkhidmatan teknikal yang telah wujud sejak abad ke 18. Namun begitu perkhidmatan perancangan bandar hanya bermula pada tahun 1921 dengan perlantikan Charles Reade, seorang Perancang Bandar Kerajaan dari Australia Selatan, yang dipinjamkan secara sementara dan kemudiannya secara tetap sehingga 1929. Bidang perancangan bandar ini dianggap sebagai suatu bidang profesional yang setaraf dengan bidang-bidang lain seperti kejuruteraan, ukur tanah dan senibina. Namun demikian, perancangan bandar di Malaysia hanya diiktiraf dengan rasminya sebagai satu profesion pada tahun 1995 apabila Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) dikuatkuasakan bermula pada 1hb Januari 1996. Para profesional dalam bidang perancangan bandar dan desa biasa dikenali sebagai ‘Pegawai Perancang Bandar dan Desa’ atau ‘Pegawai Perancang’ di sektor awam, sementara dikenali sebagai ‘Jururancang Bandar’ atau ‘Perancang Bandar’ di sektor swasta.

Sistem perancangan bandar telah dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah ke negara-negara jajahan takluknya untuk tujuan menyediakan satu sistem pengurusan guna tanah serta memudahkan pengurusan dan pentadbiran bandar-bandar tersebut. Sistem perancangan bandar di Malaysia adalah berdasarkan sistem perancangan bandar United Kingdom dan disesuaikan dengan keadaan di negara ini.

Page 6: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1006

1.1 TEORI DAN KONSEP PERANCANGAN BANDAR

1.1.1 DEFINISI PERANCANGAN BANDAR

Secara amnya, maksud perancangan bandar ialah melakukan sesuatu tindakan untuk mencapai sesuatu objektif dan dilakukan dengan menyusun tindakan-tindakan dalam urutan yang teratur (Hall, 1974). Perancangan bandar merupakan satu tindakan untuk melaksanakan sesuatu perkara, jika diikuti akan merealisasikan keputusan yang diinginkan (Churchmann 1968). Ianya juga adalah satu proses untuk membuat pilihan strategik, yang memerlukan kapasiti untuk meramal apa yang diperlukan untuk masa hadapan serta mampu untuk menghadapi keadaan yang tidak diduga (Friend & Jessop 1969). Chadwick (1971) pula mendefinasikan perancangan bandar sebagai satu proses yang melibatkan pemikiran manusia dan tindakan yang diambil berdasarkan pemikiran tersebut.

1.1.2 TEORI PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

Teori perancangan bandar merupakan suatu bidang yang rumit kerana ia merupakan sebahagian sistem ilmu yang merangkumi pelbagai disiplin. Selepas tahun 1960an, teori perancangan telah diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu teori prosedural yang menentu dan memberi justifikasi kepada kaedah penggubalan keputusan, teori substantif yang dikaitkan dengan pengetahuan antara disiplin berkenaan kandungan perancangan dan teori sosial yang menjelaskan keadaan masyarakat yang dikaitkan dengan perancangan bandar masa kini dan masa hadapan.

Model Blueprint yang digunakan dalam perancangan

bandar adalah berlandaskan persetujuan umum mengenai nilai dan arah tuju polisi dalam mengurus perubahan alam sekitar. Blueprint adalah konsep fizikal yang menterjemahkan prinsip pengurusan bandar kepada program bagi pembangunan fizikal bandar. Ia merupakan percampuran rekabentuk bandar, prinsip senibina serta kejuruteraan dan pertimbangan pengurusan kawasan awam untuk menyelesaikan masalah perbandaran (Hall 1982;

Page 7: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1007

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Bruton 1984; Healey 1989). Konsep-konsep seperti Bandar Taman (Howard 1898) dan Bandar Linear (Garnier 1901) merupakan contoh penyelesaian masalah percanggahan guna tanah, kemudahsampaian dan saiz bandar. Mengikut perspektif ini, jururancang bandar terlibat dengan sistem-sistem yang mempengaruhi struktur semua fungsi dan berkait dengan kawasan yang dirancang (perancangan perlu meliputi keseluruhan bandar, daerah, negeri, wilayah dan seterusnya). Berdasarkan pendekatan ini, jururancang merancang berasaskan kepada perkiraan rasional yang adil dengan menggunapakai kaedah saintifik (Chapin & Kaiser 1979; Faludi 1973).

Pada masa yang sama jururancang bandar perlu mempunyai pertimbangan yang saksama dalam sesuatu situasi perancangan. Jururancang sebaiknya bertindak sebagai penasihat teknikal, menyediakan analisis kepada penggubal keputusan bagi membantu memahami masalah perancangan (Lindblom 1973). Perancang bandar pula memainkan peranan yang penting dalam mengimbangkan di antara menjaga kepentingan kerajaan dan kepentingan orang awam. Mengikut Meyerson dan Banfield kepentingan awam dari perspektif perancang bandar adalah “satu keputusan yang memenuhi kepentingan khas jika ianya hanya memenuhi kehendak sebahagian dari orang awam berbanding dengan kehendak kesemua orang awam. Kepentingan awam akan hanya dapat dipenuhi jika sesuatu tindakan yang diambil memenuhi kehendak orang awam secara keseluruhannya.” Kepentingan awam adalah menjaga matlamat seluruh masyarakat awam dan bukan hanya sebahagian daripadanya.

Teori perancangan juga harus menekankan tentang bagaimana jururancang harus berperanan dalam penyediaan pelan pembangunan (Davidoff 1973). Profesyen perancangan bandar hendaklah terlibat dengan isu-isu sosial, ekonomi, perancangan fizikal dan alam sekitar. Hak kebebasan bersuara dengan mengemukakan perwakilan bagi menyampaikan kebimbangan masyarakat perlu digalakkan. Penekanan dalam sistem dan strategi perancangan hendaklah memberi tumpuan terhadap pemeliharaan dan pengekalan alam sekitar, peningkatan kualiti bandar dan pemajuan sumber ekonomi sesuatu kawasan.

Page 8: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1008

Asas Perundangan Perancangan Bandar Mengikut Mc Auslan 1980 dalam bukunya, Ideologies

of Planning Law, ada tiga ideologi berbeza yang mempengaruhi perundangan perancangan bandar:

• Pertama, undang-undang yang diwujudkan hendaklah digunakan untuk menjamin kepentingan harta persendirian (pendekatan tradisional undang-undang common);

• Kedua, undang-undang yang diwujudkan hendaklah digunakan untuk mempertahankan kepentingan awam daripada kepentingan harta persendirian (pendekatan pentadbiran awam ortodoks dan peranan undang-undang perancangan tanah); dan

• Ketiga, undang-undang yang diwujudkan hendaklah digunakan untuk menggalakkan penyertaan awam (pendekatan radikal atau undang-undang populist).

Teori harta persendirian dalam undang-undang perancangan bandar adalah kawalan pemajuan yang merupakan gangguan kepada harta persendirian sebagaimana yang termaktub di dalam undang-undang. Pemaju hartanah berhak untuk mendapatkan kebenaran merancang apabila alasan penolakan pemajuan tersebut tidak diberikan. Walau bagaimanapun, undang-undang hendaklah digunakan dalam mengutamakan kepentingan awam bagi mengatasi kepentingan hak persendirian. Pengenalan undang-undang perancangan bandar adalah berdasarkan pendapat bahawa kepentingan awam mestilah mengatasi kepentingan hak individu.

1.1.3 KONSEP PERANCANGAN BANDAR

Beberapa konsep perancangan telah dikenalpasti sebagai asas perancangan bandar dalam profesyen perancang bandar. Umumnya beberapa konsep perancangan bandar telah digunapakai untuk merealisasikan pembangunan bagi sesuatu kawasan. Secara amnya, Malaysia telah menggunapakai beberapa konsep perancangan bandar seperti Konsep Bandar Dalam Taman (Ebenezer Howard), Konsep Kejiranan (Clearence Perry), Konsep Bandar Linear (Garnier), Al-Hima dan Al-Harim dan Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat.

Page 9: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1009

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Konsep Perancangan Bandar di Eropah dan Britain

Revolusi Industri merupakan zaman penting yang menjadi titik tolak kepada petempatan perbandaran atau urbanisasi yang lebih teratur dan terancang. Perkembangan industri telah mengakibatkan penghijrahan penduduk dari kawasan perkampungan ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan dalam sektor yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan. Ini mengakibatkan pertambahan penduduk yang pesat di kawasan bandar. Perubahan yang mendadak pada zaman Revolusi Industri di United Kingdom, telah menimbulkan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan fizikal di antaranya:

• Pembangunan perumahan yang kurang

sempurna.• Rumah yang direka bentuk secara ‘back to back’

menyebabkan sistem pembetungan dan pengairan sukar disediakan.

• Rumah-rumah yang sempit serta tiada bekalan air bersih.

• Keselesaan dan kawasan rekreasi tidak diberi keutamaan.

• Berlaku pencemaran alam dan kebisingan.• Rumah yang berdekatan dengan kawasan

perkilangan menghadapi masalah udara yang kotor serta kebisingan.

• Penduduk hilang rasa hidup bermasyarakat (‘sense of community’).

Ramai penduduk bandar menghuni rumah-rumah yang sempit dan kurang pengudaraan. Akibatnya wabak taun dan pelbagai penyakit berjangkit mula merebak serta sukar dikawal. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, pihak berkuasa tempatan pada masa itu telah memperkenalkan undang-undang untuk mengawal keadaan serta keselamatan persekitaran kawasan perumahan dan kualiti kesihatan orang awam. Akta Perbadanan Perbandaran 1835 (Municipal Corporation Act 1835) telah digubal di United Kingdom untuk mengawal dan menguatkuasa undang-undang bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam kesan daripada Revolusi Industri yang berlaku di United Kingdom.

Page 10: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1010

Pencetusan idea bandar baru seperti Garden City dan Neighbourhood Unit (Clearence Perry, 1872-1944) bermula di Britain dan Eropah kesan daripada Revolusi Perindustrian yang berlaku pada akhir abad ke-19. Konsep Kejiranan diwujudkan untuk maksud sosial dan perhubungan supaya jarak perjalanan menjadi lebih dekat antara kemudahan utama lain seperti sekolah, taman kanak-kanak dan tempat kediaman. Lalu lintas utama tidak digalakkan melintasi kawasan perumahan, manakala kepadatan penduduk sehingga 50 orang seekar dapat menjadikan kawasan itu sebagai pusat kejiranan yang berkesan. Selain itu, sekolah rendah dijadikan sebagai pusat tumpuan bagi sesuatu perancangan kawasan kejiranan.

Pendekatan untuk merancang bandar demi menyediakan satu persekitaran yang nyaman, selesa dan bersih muncul di zaman ini bagi mengatasi masalah di bandar. Antara pendekatan terkemuka adalah Pergerakan Bandaraya.

Taman (Garden city movement) yang telah diasaskan oleh Sir Ebenezer Howard di England pada tahun 1898. Bandaraya taman dirancang supaya satu kawasan kediaman dan perindustrian dikelilingi oleh lingkaran hijau. Diinspirasikan dari Novel Looking Backward, Howard telah menerbitkan buku To-morrow: a Peaceful Path to Real Reform pada tahun 1898, menubuhkan Persatuan Garden City pada 1899 dan mengasaskan dua bandar di England iaitu Letchworth Garden City pada 1903 dan Welwyn Garden City pada 1920.

Buku Howard bertajuk ‘To-Morrow: A Peaceful Path to Real Reform’, telah diterbitkan sekali lagi pada 1902 dengan tajuk yang berlainan iaitu ‘Garden Cities of To-Morrow.’ Buku ini telah memberikan satu gambaran perancangan bandar yang bebas dari kawasan setinggan dan menikmati faedah-faedah perbandaran dan desa. Beliau menghuraikan idea melalui gambarajahnya yang terkenal iaitu ‘Three Magnets’, yang cuba menyelesaikan persoalan seperti ‘ke manakah rakyat akan pergi?’, melalui pilihan yang diberikan samada ‘Bandar’, ‘Desa’ atau ‘Bandar-Desa’ , (Rajah 1.4).

Page 11: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1011

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Howard juga menyatakan bahawa perlu wujud kawasan-kawasan pinggir bandar baru yang agak sederhana saiznya, dirancang terlebih awal dan dikelilingi oleh satu lingkaran hijau kawasan pertanian yang kekal. Konsep Bandar Taman telah digunakan sebagai model untuk kawasan pinggir bandar. Howard percaya bahawa bandaraya taman adalah satu gabungan ideal yang harmoni di antara bandar dan alam semulajadi. Bandar-bandar adalah bebas secara amnya dan dibiayai oleh warga-warga kota yang mempunyai kepentingan ekonomi dalam bandar tersebut.

Foto 1.0 : Ebenezer Howard (1850-1928) pengasas perger-akan bandar dalam taman

Rajah 1.2 : Sebahagian Penempatan Pen-duduk Bandar Dalam Taman.

Rajah 1.1 : ‘Three Magnets’ Howard

Rajah 1.3 : Bandar Sosial yang diper-kenalkan oleh Howard; setiap bandar dalam taman mempunyai kawasan perumahan, tempat kerja dan kawasan lapang.

Page 12: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1012

Konsep Perancangan Islam

Konsep perancangan bandar dalam Islam memang telah lama wujud. Ini terbukti dengan cara beribadat orang Islam yang digalakkan berkumpul untuk mengerjakan ibadah secara berjemaah. Melalui perancangan bandar, pusat-pusat perniagaan yang dibina di sekitar kawasan masjid membuktikan bahawa agama Islam mengamalkan perancangan gunatanah, melalui interaksi umat Islam dengan masyarakat lain ketika menjalankan urusan perniagaan, sosial dan politik mereka. Senibina Islam pula adalah hasil kesungguhan perancangan ruang dan binaan yang diasaskan oleh umat Islam untuk mencorak kehidupan mereka berteraskan kepada budaya Al-Qu’ran dan Sunnah Nabi Muhammad (saw). Senibina Islam merupakan adaptasi corak kehidupan umat Islam yang mengekalkan senibina etnik masing-masing.

Konsep perancangan bandar dalam Islam adalah berpandukan kepada prinsip Al-Hima dan Al-Harim. (www.islamset.com) Al-Hima merupakan istilah yang relevan untuk kawasan konservasi; taman nasional, sumber alam, hutan lindungan dan haiwan. Dalam hukum Islam harus memenuhi 4 syarat di dalam perancangan gunatanah berdasarkan amalan Rasulullah dan khalifah-khalifah pertama:

• Diputuskan oleh pemerintah;• Dibangunkan sesuai dan berkaitan dengan

kesejahteraan umum;• Membebaskan masyarakat daripada kesulitan serta

tidak boleh memusnahkan sumber-sumber alam semulajadi dengan pemuliharaan alam sekitar; dan

• Mencegah dari terjadinya bencana alam seperti kemarau dan banjir.

Al-Harim adalah kawasan awam yang dilindungi dan merupakan milik kesemua penduduk seperti kawasan saliran air untuk mengairi kawasan ladang.

Berdasarkan Al-Hima dan Al-Harim, kawasan-kawasan lindungan adalah yang dicegah dan dilarang pemusnahan tumbuh-tumbuhan dan haiwan .

Page 13: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1013

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 1.4 : Bandar dalam Islam (kenali sebagai “hasam”) dianggap sebagai tempat beribadat serta suatu tempat yang selamat kepada sesiapa yang memasuki kawasan tersebut.

Rajah 1.5 : Pelan Geometri ini meru-pakan pembangunan yang berpusat kepada sesuatu kosmos. Contohnya pembangunan Bandar Mekah telah dibuat berpandukan kepada batu as-wad sebagai pusatnya.

Konsep Perancangan di Malaysia

Prinsip perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia berpandukan kepada Doktrin Pembangunan dan Perancangan Sejagat (DPPS) sebagai teras memandu kegiatan perancangan bandar dan desa untuk masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang agama. Prinsip perancangan dan pembangunan sejagat adalah berasaskan nilai-nilai murni antara hubungan manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan persekitaran. Prinsip ini digunakan sebagai rujukan di dalam merumus garis panduan dalam membuat keputusan, tindakan dan melaksanakan apa-apa kegiatan pembangunan tanah.

Konsep Doktrin Perancangan Dan Pembangunan Sejagat

Teras Utama DPPS ialah Integrasi Nilai Kerohanian Dalam Perancangan Dan Pembangunan.

• Hubungan MANUSIA dengan PENCIPTA;• Hubungan MANUSIA dengan MANUSIA; dan• Hubungan MANUSIA dengan ALAM SEKITAR

Page 14: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1014

PRINSIP HUBUNGAN

Hubungan Manusia Dengan Pencipta

Nilai menghormati ilmu dan mengingati Pencipta akan melahirkan prinsip seperti berikut :

• Perancangan pembangunan sesebuah bandar sebagai Pusat Perkembangan Ilmu dan Tamadun;

• Kawasan kejiranan didasarkan kepada institusi-institusi pendidikan (sekolah rendah);

• Pengekalan alam semulajadi dalam bentuknya yang asal (natural landscape) ke arah mengingati dan menghargai Pencipta; dan

• Peranan perpustakaan sebagai “pusat ilmu dan pusat masyarakat”.

Hubungan Manusia Dengan Manusia

Nilai menghormati kesendirian dan konsep pembahagian ruang :

• Pembinaan rumah-rumah kediaman mestilah selamat dari segi pencerobohan fizikal dan pandangan, arah dan lokasi pintu serta tingkap yang dikawal, kepelbagaian aras dan adunan dengan persekitaran luar;

Rajah 1.6: Konsep Doktrin Perancangan Dan Pembangunan Sejagat

Page 15: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1015

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

• Aktiviti gunatanah diagihkan dengan adil dan saksama dan tidak berlaku percanggahan kegunaan;

• Penjimatan ruang menerusi penggabungan pelbagai aktiviti di dalam suatu ruang; dan

• Pembahagian ruang-ruang untuk rumah dari segi saiz bilangan bilik dan perletakan.

Nilai keamanan dan keselamatan akan melahirkan beberapa prinsip seperti berikut :

• Perancangan mestilah menghindarkan unsur-unsur yang mendatangkan ancaman, kerosakan atau bahaya kepada sesuatu kawasan supaya petempatan manusia lebih selamat, sihat, “more liveable”, saksama, berketerusan dan lebih produktif;

• Mewujudkan keperluan infrastruktur dan keperluan manusia yang tersusun, selesa dan selamat;

• Perancangan, reka bentuk dan alam persekitaran hendaklah berasaskan ciri-ciri elemen pencegahan jenayah; dan

• Semua aktiviti yang mengakibatkan pencemaran seperti bau yang tidak menyenangkan dan bunyi bising tidak sepatutnya diletakkan bersebelahan atau berhampiran penempatan penduduk tanpa zon pemisah.

Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar

Nilai pemeliharaan alam sekitar dan perancangan sumberjaya asli yang berterusan :

• Ilmu berkenaan sains ekologi dan analisa ambang ekologikal (ecological threhold) dan ‘daya tampung’ (carrying capacity);

• Kawasan hijau dan alam semulajadi yang mempunyai kepentingan tersendiri perlu dipelihara iaitu dalam bentuk :

♦ Pemeliharaan Kawasan-Kawasan Hijau Semulajadi;♦ Pemeliharaan Sumberjaya Semulajadi untuk

Keperluan Umum;♦ Pewujudan Kehijauan Umum : Berfungsi sebagai

Penampan (buffer) di antara gunatanah yang tidak serasi;

♦ Pemeliharaan sumberjaya air semulajadi : Sumber

Page 16: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1016

air atau badan air seperti tasik dan sungai boleh dijadikan kawasan rekreasi, bekalan air dan juga sebagai pengimbang iklim mikro kawasan;

♦ Pemeliharaan landskap dan warisan bersejarah: Kawasan dan bangunan di mana telah berlakunya peristiwa penting harus dipelihara. Ini termasuklah bangunan-bangunan seperti muzium, istana, masjid, kubu, kawasan arkeologi dan sebagainya; dan

♦ Pemeliharaan kawasan tumbuhan dan perlindungan mergastua.

1.2 PERMULAAN PETEMPATAN DAN TAMADUN MANUSIA

Tamadun diertikan dalam Kamus Dewan (terbitan Dewan Ba-

hasa dan Pustaka Versi Internet 2007), sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, iaitu bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Dit-injau dari segi bahasa, perkataan tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Maddana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membina suatu bandar atau masyarakat yang mem-punyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan ke-pada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah dan madaniyah.

Istilah Tamadun juga banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada abad ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-’ibar wa Diwan al-Mabtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-’Arab wa al-’Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan ‘umran’ sebagai merujuk kepada ‘tamadun’ yang kita fahami sekarang. Dari perspektif Islam pula, tamadun itu ialah keseluruhan peng-hasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperib-adian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya.

Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah “culture and civilization” atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Dari perspektif Barat, tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia me-nambahkan hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mem-

Page 17: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1017

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

punyai empat elemen, iaitu aspek-aspek ekonomi, sistem poli-tik, pendidikan dan seni. Perkataan civilisation hanya mula diungkapkan di Eropah pada abad ke-18 dan mula digunakan pada abad ke-19.

1.2.1 CIRI-CIRI TAMADUN AWAL MANUSIA

Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk tempat tinggal dan penempatan yang tetap. Ini lama-kelamaan telah membentuk sesuatu bandar atau negara kota. Negara kota ini menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatan-petempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota dahulu kala ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Mesopotamia dan Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Indus di India. Sejarah menunjukkan bahawa masyarakat Sumeria telah membina bandar-bandar terawal di dunia. Selepas 2500 tahun, orang Sumeria di Mesopotamia hidup berkampung secara bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota.

Susunatur Petempatan

Bandar di Mesopotamia disebut sebagai kota atau negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik yang bebas dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan antara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah bandar Ur yang dikategorikan sebagai bandar metropolis yang dibina secara terancang. Kota ini terletak di tebing terusan atau sungai yang berhadapan dengan hutan, mengandungi rumpun pohon kurma, delima, fig dan anggur. Di sebalik hutan ini terdapat tanaman gandum, barli dan padang rumput untuk binatang ternakan mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang perairannya tersendiri yang kompleks. Setiap kota mempunyai rumah yang dibina daripada batu bata dan juga sebuah ziggurat (piramid dengan sebuah kuil untuk memuja dewa-dewa). Penduduk bandar juga membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungi mereka daripada serangan musuh.

Page 18: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1018

Pentadbiran

Perkembangan bandar di Sumeria seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Kod Hammurabi yang diamalkan oleh masyarakat Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.

Struktur Masyarakat

Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah iaitu rakyat seperti artisan dan petani. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.

Keilmuan

Perkembangan sains dan teknologi mula digunakan dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Kapal layar, kalendar, alat menyukat dan penimbang telah dicipta pada zaman ini. Rakyat Mesir membina piramid dan masyarakat Sumeria di Mesopotamia membina Ziggurat. Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam semua lapisan masyarakat sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Permintaan yang tinggi telah melahirkan

Page 19: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1019

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

orang yang pakar dalam bidang-bidang pengkhususan seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, tekstil dan sebagainya. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan dan teknologi sesuatu petempatan yang bertamadun.

Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat yang bertamadun. Penduduk tamadun awal percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang tersendiri atau dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang seperti yang diamalkan oleh Tamadun Hwang-Ho, China. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewa-dewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati.

Sistem Tulisan

Perkembangan ekonomi dan perdagangan sesuatu tamadun berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem penulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudah dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat di negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf) seperti yang diamalkan di Sumeria dan Mesir.

1.2.2 TAMADUN AWAL

Tamadun Arab

Selepas kedatangan Islam, masyarakat Arab yang hidup dizaman jahilliah mula membina bandar baru dengan menjadikan masjid sebagai kawasan tumpuan aktiviti. Bangunan lain yang terdiri daripada

Page 20: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1020

bangunan pentadbiran, perniagaan dan perumahan dibina disekeliling masjid dan dihubungkan oleh jalan dan lorong kecil. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mendirikan masjid, bangunan pentadbiran dan kawasan perumahan yang berhampiran antara satu sama lain supaya masjid menjadi titik tumpuan atau arah tuju yang penting. Konsep ini telah diikuti oleh orang-orang Islam sejak bertahun-tahun lamanya dalam sejarah Islam.

Tamadun Mesir

Sebelum tahun 7000 SM, Mesir telah mengalami revolusi pertanian dan pembangunan perkampungan yang pesat. Petempatan kecil telah berkembang menjadi bandar besar dan beberapa negara kota muncul seperti Kaherah dan Memphis. Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina seperti Karnak dan Luxor. Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang dengan teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah. Perancangan bandar dibuat dengan sempurna mengikut grid. Dalam pembinaan sesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut boleh bertahan lama. Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah (sistem pembetungan). Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan dihubungkan ke sungai-sungai.

Tamadun Hindu Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa di

Lembah Hindus sangat sistematik. Di dalam kedua-dua kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petak yang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Setiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat untuk melindungi bandar daripada serangan musuh. Di tengah-tengah bandar terdapat sebuah tempat mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubu dan bangunan-bangunan besar menunjukkan kemajuan Tamadun Indus.

Page 21: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1021

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Tamadun Cina

Tamadun awal Cina telah wujud di Lembah Sungai Hwang-Ho atau Lembah Sungai Kuning kira-kira pada tahun 5000 SM. Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian. Bukti yang menunjukkan kewujudan Tamadun Hwang-Ho ini ialah perjumpaan masyarakat Cina di Sze-Chuan dan Yang-Tze. Lembah Sungai Hwang-Ho yang didapati sesuai untuk pertanian telah menggalakkan pertumbuhan kegiatan pertanian. Rakyat mendirikan perkampungan tetap di sana. Perkampungan ini berkembang dengan pesat dan mengalami urbanisasi seterusnya menjadi bandar. Bandar ini mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks. Contoh bandar atau negara kota yang wujud ialah Kota Shang (2000 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Changgan dan sebagainya. Kebanyakan bandar ini muncul di tebing sungai dan tembok telah dibina untuk melindungi bandar tersebut.

Tamadun Cina di Lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah perkampungan berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang, Loyang dan Changgan. Bandar Anyang ialah bandar besar dan tertua di negeri China, muncul sebagai bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho kira-kira pada tahun 1800 SM dan merupakan ibu kota Dinasti Shang.

Tamadun Yunani

Tamadun Yunani yang terawal bermula di Pulau Crete yang terletak di Laut Aegean. Kewujudan bandar-bandar dalam tamadun ini didorong oleh perubahan corak kehidupan dari kehidupan nomad kepada petempatan yang tetap. Perkampungan ini telah berkembang menjadi bandar/kota. Luas tiap-tiap kota adalah antara 80 km hingga 800 km persegi dengan purata penduduk seramai 5,000 orang. Setiap kota menjalani kehidupan secara berasingan. Ini berpunca dari keadaan geografi yang berbukit bukau, sistem kepercayaan yang berbeza dan keinginan tiap-tiap kota untuk memiliki kekayaan dan perdagangan

Page 22: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1022

masing-masing. Setiap kota mempunyai tentera dan undang-undang masing-masing. Ibu kota Crete ialah Knossus, merupakan kota yang pertama di Eropah. Penduduknya berjumlah 80,000 orang. Satu ciri utama kota Knossus ialah istananya yang dikelilingi oleh tempat tinggal golongan aristokrat. Golongan miskin tinggal di kawasan industri. Kota Knossus mempunyai jalan-jalan yang tersusun dan sistem pengairan yang lengkap. Tiap-tiap kota dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

• Acropolis: merupakan sebuah kawasan yang mempunyai tembok-tembok pertahanan. Kuil yang dipanggil Parthenon dibina di tengah kota untuk memuja Dewi Athena;

• Kawasan di bawah Acropolis merupakan kawasan kediaman dan pasar-pasar; dan

• Kawasan di luar kawasan tempat kediaman.

Tamadun Rom

Tamadun Rom bermula daripada kampung-kampung kecil yang wujud di kawasan selatan Sungai Tiber di Itali. Penduduk yang mendiami kawasan tersebut ialah orang Aryan atau dikenali sebagai orang Latin. Perkampungan mereka telah berkembang menjadi bandar besar dan seterusnya menjadi sebuah empayar. Di bahagian selatan Itali dan Pulau Sicily didiami oleh orang-orang Yunani. Mereka mendirikan bandar-bandar dan mengamalkan kebudayaan Yunani. Rom merupakan sebuah bandar terbesar di Itali. Bandar ini terletak di sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber. Rom berkembang dan menjadi bandar penting yang akhirnya meliputi tujuh buah bukit di sekitarnya. Apabila Rom jatuh ke tangan orang-orang Etruscan pada abad ke-6 SM, Rom telah muncul sebagai sebuah bandar yang besar dan sebuah tembok dibina mengelilingi ketujuh-tujuh bukit tersebut. Banyak bangunan dibina oleh orang Etruscan. Sebuah pelabuhan juga dibina di tebing Sungai Tiber untuk urusan perdagangan.

Tamadun Melayu

Rumpun budaya Melayu-Polinesia merupakan satu kawasan yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat

Page 23: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1023

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

resam yang menarik. Ia merangkumi rantau yang luas dan meliputi Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Selatan Thailand, Selatan Burma, IndoChina (khususnya Vietnam dan Kemboja), Malagasi, Sri Langka dan Taiwan. Masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan kebudayaan di mana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana tanpa masyarakat maka tiada budaya. Sejarah rumpun Melayu berkembang mengikut peredaran zaman iaitu dimulakan dengan perkembangan sejarah pada zaman antah-berantah hingga pada awal abad ke-15, diikuti oleh zaman-zaman selepas itu hingga sekarang. Perkembangan sejarah sesebuah masyarakat rumpun Melayu dipengaruhi oleh pelbagai unsur ilmu alam, pengeluaran bahan mentah tempatan dan pendedahan kepada unsur luar atau asing.

Kedudukan geografi merupakan faktor penting yang membawa perkembangan kepada masyarakat dalam rumpun Melayu. Rantau Melayu Polinesia terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu barat dan timur. Sejak Melaka dibangunkan pada 1400 gagasan kepulauan Melayu merupakan sebahagian daripada jaringan perdagangan yang kompleks, merentasi benua Afrika ke benua China sejak beratus-ratus tahun dahulu. Barang-barang dagangan yang dibawa ke Melaka akan diniagakan oleh penduduk tempatan ke serata pelusuk kawasan. Aktiviti perdagangan merupakan warisan dan tradisi kegiatan ekonomi peribumi yang telah berjalan sejak kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya dari abad ke 7 hingga ke 13. Kegiatan perdagangan antara penduduk peribumi dengan pedagang asing yang menetap dan berdagang di Melaka telah melahirkan masyarakat bercorak kosmopolitan. Perkembangan ini dipengaruhi oleh kewujudan bahan-bahan mentah tempatan yang diperlukan oleh pedagang-pedagang asing.

Rantau Melayu boleh dianggap penting kerana merangkumi daerah yang kaya dengan sumber bumi iaitu bermula daripada Yunan di China Selatan hingga ke Pulau-pulau Bangka dan Belitung. Selain daripada pertanian, terdapat logam di kawasan ini. Sumber bumi ini telah membuka peluang kepada tempat-tempat yang terpencil dan berpotensi berkembang sebagai

Page 24: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1024

tempat berdagang. Delta Sungai Sarawak di Barat Laut Borneo pada abad ke 7 telah dikatakan sebagai pusat pengeksport besi lebur dan jongkong emas. Kekayaan emas ini, telah memahsyurkan nama Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera pada suatu masa dahulu dan ahli geografi Yunani telah menamakannya sebagai “Golden Khersonese” (Bumi Emas).

Weirtheim telah membahagikan tiga corak asas sistem masyarakat Nusantara sejak awal abad Masihi iaitu:

• Perkampungan petani iaitu daerah-daerah sawah padi di mana terdapat pusat-pusat pemerintahan beraja seperti Kraton dan Jawa;

• Pusat-pusat bandar sebagai kota persisiran Nusantara dengan kegiatan perdagangan; dan

• Pedalaman kepada bandar-bandar pesisir yang mengusahakan kegiatan perdagangan seperti lada hitam dan padi huma.

Pada masa itu, masyarakat Melayu sudah hidup berkelompok dan mengusahakan pertanian secara tetap serta tidak lagi berpindah-randah. Ini secara tidak langsung telah menampakkan satu sistem kemasyarakatan dan kebudayaan yang telah lama wujud sebelum kedatangan pengaruh-pengaruh luar.

Kesimpulannnya, kebanyakan tamadun bermula di kawasan lembah sungai sebab:

• Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur dan amat sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan. Kesuburan tanah membolehkan tanaman makanan diusahakan dengan banyak dan boleh menampung penduduk yang ramai;

• Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukit bukau;

• Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkan manusia membuat kediaman yang selesa;

• Mudah mendapat sumber makanan di sungai seperti ikan;

• Kemudahan perhubungan pengangkutan; dan • Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia

membuat alat-alat keperluan harian seperti belanga, pasu tempayan, bahan binaan membuat tempat kediaman.

Page 25: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1025

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

1.3 SEJARAH PERANCANGAN BANDAR DI MALAYSIA

Sistem perancangan bandar telah diperkenalkan di Tanah Me-layu oleh pihak penjajah British. Di Tanah Melayu, penjajah British telah memperkenalkan kerajaan tempatan di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura bagi memudahkan pentadbi-ran bandar-bandar untuk kepentingan pembangunan sektor ekonominya. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pentadbiran British pada masa itu meliputi:

• Perkhidmatan kesihatan seperti membina longkang, saluran pembetungan, jalan raya, tempat membuang sampah, mendirikan klinik bersalin dan klinik perubatan;

• Membina tempat-tempat rekreasi untuk bersukan dan taman permainan kanak-kanak;

• Perkhidmatan membaiki jalan, zon kilang dan kawasan perdagangan dan perniagaan, perancangan bandar, menyediakan pasar, tandas, lampu jalan dan mengawasi bangunan;

• Menyediakan kemudahan untuk masyarakat seperti perkhidmatan bomba dan kawalan keselamatan;

• Mengawal kualiti makanan dan minuman yang dijual serta pelbagai barangan yang dijual dan kualiti perkhidmatan yang disediakan; dan

• Menyediakan perkhidmatan seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik untuk masyarakat.

Pengaruh Brtish dalam membangunkan kawasan perban-daran masih kekal sehingga kini. Di antara konsep perancan-gan bandar yang diperkenalkan oleh Sir Ebenezer Howard iaitu Konsep Garden City, telah dibawa ke Tanah Melayu oleh Charles Compton Reade. Charles Compton Reade pernah bek-erja di Garden City Association, Britain dibawah naungan Sir Ebenezer Howard.

Sistem perancangan bandar di Malaysia berubah mengikut keperluan semasa dan perkembangan teknologi. Proses per-ancangan bandar telah bermula dari era kesultanan Melayu, dikembangkan oleh penjajah British, dan mengalami pelbagai perubahan selepas kemerdekaan sehinggalah pengwujudan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Peruba-han ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, harmoni, selamat, selesa dan seterusnya membangunkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan negara. Objektif utama perancangan bandar iaitu untuk kepentingan awam tidak berubah, tetapi bentuk dan ruang lingkupnya telah banyak berkembang.

Page 26: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1026

Sistem perancangan bandar di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sebelum tahun 1970an, di mana konsep perancangan adalah berdasarkan model perancangan fizikal Blueprint iaitu satu pelan draf ataupun rangka cadangan pem-bangunan.

Sekitar tahun 1976-1990an selepas penggubalan Akta Peran-cangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), sistem perancangan bandar telah bertukar kepada perancangan berasaskan Ran-cangan Pemajuan (yang merangkumi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan). Selepas 1990an ianya berkembang ke-pada konsep perancangan yang lebih teratur dan berwawasan iaitu berlandaskan kepada Doktrin Perancangan dan Pemban-gunan Sejagat yang memberi keutamaan dalam proses mer-ancang kegunaan tanah di kawasan bandar dan desa supaya dapat mewujudkan satu sistem perancangan guna tanah yang menyeluruh.

1.3.1 PERANCANGAN BANDAR SEBELUM MERDEKA

Perancangan Bandar Di Tanah Melayu Sebelum Penjajahan British

Tanda awal perancangan bandar di Tanah Melayu telah bermula di Melaka pada abad ke 15. Petempatan-petempatan awal pada masa itu biasanya terletak di sepanjang laluan darat, sungai-sungai dan pantai sama seperti tamadun-tamadun yang lain, bertujuan untuk memudahkan pergerakan penduduk. Ia juga bertujuan untuk memudahkan penduduk mendapatkan sumber bekalan air untuk keperluan harian dan aktiviti pertanian mereka.

Menurut sejarah, Parameswara tiba di Melaka pada tahun 1400 di satu kampung nelayan Melayu. Parameswara telah merancang dan membina semula Melaka dan sekaligus meletakkan asas bagi sebuah bandar yang kemudiannya menjadi ibu kota empayar Melaka yang termasyhur. Melaka berkedudukan strategik di laluan Selat Melaka merupakan pusat pertumbuhan yang berpotensi dari segi perdagangan, mempunyai bekalan air yang mencukupi, sistem pertahanan semulajadi yang baik dan dataran pertanian yang luas.

Page 27: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1027

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Berdasarkan sejarah Melaka serta penulisan Moorhead dan Winstedt didapati pada abad ke-15 (sebelum penjajahan British) telah ada tanda-tanda awal perancangan yang diamalkan di negara ini. Pada masa itu, perancangan meliputi pelbagai aspek antaranya aspek petempatan, pentadbiran, perniagaan dan pertahanan. Perancangan bandar di Tanah Melayu berkembang dengan kemasukan British pada hujung abad ke-19 dan seterusnya mewujudkan amalan perancangan fizikal di Melaka dan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat.

Moorhead menghuraikan tentang perkembangan perancangan seperti berikut,

‘Di sana, di tepi sungai, terdapat sekumpulan rumah-rumah diperbuat daripada buluh atau jenis-jenis kayu lainnya; tidak tercapai oleh banjir atau binatang-binatang liar. Ketika membina rumah-rumah yang demikian itu, orang-orang pribumi mungkin telah mendapat ilham daripada bentuk pokok bakau yang banyak tumbuh di sepanjang sungai itu …’

Tiap-tiap kampung merupakan unit kemasyarakatan dengan organisasi sosialnya tersendiri di bawah pimpinan seorang ketua yang dipilih berdasarkan kepada kewibawaan, kebijaksanaan, keupayaan dan keberanian di mana beliau dipercayai sebagai penyimpan tradisi dan penjaga kesejahteraan seluruh warga kampung, termasuklah undang-undang dan peraturan.

Winstedt pula menerangkan perkembangan bandar seperti berikut,

‘… Dalam masa kurang dari satu abad, Melaka telah berkembang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat dan ibu kota sebuah empayar. Orang-orang Melayu mentadbir pelabuhan antara bangsa mereka ini seiring dengan cara-cara yang diamalkan di India pada masa itu. Mereka menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mengira bayaran pelabuhan serta mengenakan cukai ke atas barangan eksport seperti timah dan barangan import seperti pakaian. Mereka mempunyai piawaian ukuran berat dan panjang yang tersendiri

Page 28: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1028

serta melaksanakan peraturan bagi mengetahui muatan kapal serta cara mengumpulkan cukai oleh pegawai-pegawai pelabuhan untuk diserahkan kepada kapitan perdagangan. Pentadbiran orang-orang Melayu pada masa itu adalah cekap dan adil sehingga bangsa-bangsa asing begitu tertarik untuk berniaga ke pelabuhan tersebut …’

Perancangan Bandar Di Tanah Melayu Semasa

Penjajahan British

Semasa penjajahan British, Pulau Pinang dan Melaka dikenali sebagai Negeri-negeri Selat (Straits Settlements), manakala negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan pula dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States). Dari segi pentadbiran, Negeri-negeri Selat berada di bawah kuasa penuh empayar British kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula terletak di bawah kuasa Pegawai Pentadbir British dan setiap negeri ditadbir oleh seorang Residen British yang diberi kuasa oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Selain itu negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Unfederated Malay States) juga tertakluk di bawah naungan empayar British. Bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdapat seorang penasihat British kepada Sultan dalam hal-hal berkenaan pentadbiran dan keselamatan.

Kegiatan awal perancangan bandar dan desa telah bermula pada tahun 1801 dengan penubuhan Jawatankuasa Penilai (Committee of Assessors) di Pulau Pinang. Menjelang akhir abad ke 19 ianya telah berkembang ke negeri-negeri Melayu yang lain iaitu negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Ini ekoran daripada masalah yang dialami oleh bandar-bandar utama termasuk Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur seperti kesesakan, kesihatan, kebakaran dan jenayah yang berpunca daripada kegiatan perlombongan. Pihak kerajaan Inggeris telah mengambil peluang untuk campur tangan dalam pentadbiran kawasan-kawasan tersebut dengan

Page 29: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1029

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

mewujudkan sistem pengurusan bandar di Negeri-negeri Tanah Melayu demi memastikan kepentingan ekonomi dan politik mereka dilindungi.

Banyak faktor yang mempengaruhi proses perbandaran di Tanah Melayu iaitu perkembangan perusahaan perlombongan, penemuan petroleum, perkembangan pertanian dagangan, penghijrahan penduduk dan kemajuan sistem perhubungan. Penghijrahan buruh Cina beramai-ramai ke Tanah Melayu akibat daripada perkembangan sektor perlombongan telah mewujudkan bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Miri di Sarawak muncul sebagai bandar baru akibat daripada penemuan petroleum dan pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan dalam sektor pertanian dagangan, industri getah serta tanaman gambir, lada hitam dan nanas juga turut membantu pertumbuhan bandar lain seperti Pontian dan Pekan Nanas di Johor dan Kuching di Sarawak. Kewujudan peluang pekerjaan di bandar-bandar tersebut menyebabkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar dan kemasukan pendatang dari China dan India.

Kemajuan sistem perhubungan seperti jalan raya dan

jalan keretapi yang menghubungkan Taiping - Port Weld, Klang - Kuala Lumpur dan negeri- negeri lain turut membantu pertumbuhan bandar-bandar baru di Tanah Melayu. Menurut banci terdapat 92 buah bandar pada tahun 1911 yang bertambah kepada 176 buah bandar pada tahun 1931 di Semenanjung Tanah Melayu.

Kuala Lumpur dan Johor Bahru berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran, politik, kewangan, perdagangan dan perusahaan serta pusat perdagangan antarabangsa sejajar dengan perkembangan ekonomi moden. Bandar baru juga muncul untuk memenuhi keperluan ekonomi dan menyelaraskan pentadbiran daerah di Jajahan seperti Tapah, Jesselton dan Kuala Kubu Bharu.

Perkembangan bandar baru telah mendorong

terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik. Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Sekolah Inggeris terawal di Malaysia ialah Penang

Page 30: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1030

Free School dibina pada tahun 1825. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan seperti Taiping, Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Klang. Keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya kemudahan infrastruktur asas yang lengkap.

Walau bagaimanapun, perkembangan ini telah mewujudkan kesan negatif terhadap pembangunan bandar tradisional dan masyarakat peribumi yang jauh dari sistem pengangkutan dan peluang-peluang pekerjaan di kawasan perlombongan serta ladang getah. Bandar-bandar tradisional ini diabaikan seperti bandar Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangan bandar-bandar ini tidaklah setanding dengan bandar-bandar yang baru muncul. Bandar lama telah hilang kepentingan dan tidak berkembang lagi setelah pengeluaran bijih timah berkurangan contohnya bandar Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak). Penghijrahan penduduk ke bandar menyebabkan kurang tenaga kerja di kawasan luar bandar. Ini telah menyebabkan kemajuan yang tidak seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar, sebagai contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahan awam.

Proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks berasaskan kegiatan ekonomi dan pola petempatan yang berbeza hingga kini. Orang Melayu di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Penjajah British walau bagaimanapun telah membiarkan orang Melayu tinggal di dalam sistem ekonomi tradisional untuk mengelakkan wujudnya saingan atau ancaman terhadap ekonomi dan politik British. Kerajaan Inggeris khuatir penglibatan orang Melayu dalam perladangan getah akan menyebabkan pengeluaran berlebihan dan kejatuhan harga. Mereka tidak mahu orang Melayu bersaing dengan bangsa lain dan kerajaan British juga ingin mengekalkan orang Melayu sebagai pembekal makanan, supaya dapat menjimatkan kos mengimport beras dari luar

Page 31: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1031

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(seperti dari Burma, Siam dan India). Pihak Inggeris juga tidak mahu melibatkan orang Melayu dalam kegiatan ekonomi moden yang terdedah kepada turun naik harga bekalan makanan. Pihak penjajah Inggeris juga cuba mengelak perpaduan dan pakatan rakyat daripada menentang penjajah melalui strategi atau dasar pemerintahan `pecah dan perintah’.

Sejarah Awal Perbandaran Kuala Lumpur

Peraturan perancangan bandar pertama dibuat adalah dalam bentuk tindakan-tindakan kawalan pembangunan untuk kepentingan kesihatan dan perumahan. Ia diperkenalkan di Kuala Lumpur pada awal suku terakhir abad ke-19. Ini berikutan peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan sebahagian besar bandar tersebut pada tahun 1881 yang mengakibatkan lebih kurang 500 orang kehilangan tempat tinggal. Untuk mengurangkan risiko berulangnya bencana sebegini di masa hadapan, Majlis Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu telah mengambil beberapa langkah pencegahan. Kuala Lumpur telah dibahagikan kepada empat kawasan iaitu:

• Kawasan perniagaan bagi pekedai-pekedai dan

saudagar-saudagar besar;• Kawasan perindustrian bagi tukang-tukang besi

dan perniagaan berbahaya yang lain;• Kawasan rumah-rumah pelacuran; dan• Kawasan untuk kedai-kedai candu, kuih-muih dan

bengkel.

Pembinaan rumah-rumah kayu dilarang dalam kawasan perdagangan di kawasan bandar. Bagi kawasan yang masih dibenarkan penggunaan rumah kayu, rumah-rumah tersebut tidak boleh didirikan lebih daripada dua belas unit dalam satu deretan. Deret-deret rumah berkenaan juga mesti dipisahkan dengan jarak tidak kurang daripada dua puluh kaki sebagai langkau api. Penggunaan bahan untuk bumbung yang mudah terbakar seperti atap untuk meneduhi kaki lima dilarang sama sekali.

Page 32: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1032

Pada tahun yang sama satu lagi kebakaran telah berlaku dan memusnahkan 12 rumah papan. Rumah-rumah didirikan dengan pesat disebabkan oleh pertambahan penduduk yang berlipat ganda tetapi jalan-jalan mempunyai kelebaran 12 kaki sahaja. Walau bagaimanapun tidak ada kaedah-kaedah pencegahan kebakaran disediakan. Kebanyakan rumah-rumah diperbuat daripada lumpur dan beratap kayu serta tidak teratur. Kegawatan yang melanda industri bijih timah telah menimbulkan masalah yang mengancam pentadbiran Kapten Yap Ah Loy di mana kurang perhatian telah diberikan kepada soal kawalan kesihatan, pencegahan kebakaran dan pentadbiran perbandaran secara amnya.

Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (MMN) telah ditubuhkan pada 1877 atas inisiatif Residen Douglas. Majlis ini merupakan mekanisma terpenting dalam kaedah pentadbiran British. Dalam persidangan

Foto 1.2 : Pemandangan di Padang, Kuala Lumpur pada tahun 1884 menunjukkan ‘pondok atap’ sebagai struktur bangunan

Foto 1.3 : Pemandangan di Lebuh Pasar pada awal abad ke 20

Page 33: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1033

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

MMN yang kedua, Douglas berpendapat bahawa perlu ditubuhkan sebuah Majlis Perbandaran untuk Kuala Lumpur supaya kerja-kerja pengendalian kebersihan terpelihara. Ini adalah penting untuk mengatasi permasalahan yang timbul akibat dari bencana kebakaran yang kerap kali mengancam penduduk Kuala Lumpur pada waktu itu. Sistem pembetungan najis dan pemungutan sampah juga tidak terurus. Sampah sarap dibiarkan bertimbun di tepi jalan dan penyakit seperti malaria, beri-beri, demam campak dan cirit-birit tidak dapat dibendung dan mengakibatkan kadar kematian yang tinggi. MMN telah memutuskan untuk mengubah keadaan di bandar supaya dapat mengurangkan risiko kebakaran yang disebabkan oleh rumah-rumah papan dengan menetapkan bahawa bilangan rumah yang di bina dalam satu blok tidak melebihi 12 buah sahaja serta memastikan jalan selebar enam meter antara setiap blok tersebut.

Peristiwa banjir besar yang melanda Kuala Lumpur pada bulan Disember 1881 telah menenggelamkan Kuala Lumpur dan seterusnya membantutkan perlaksanaan rancangan MMN. Usaha-usaha ke arah penubuhan Pejabat Kesihatan dan penguatkuasaan hanya merupakan usaha-usaha individu yang memberi kesan-kesan setempat yang terhad. Menjelang tahun 1890, W.E. Maxwell selaku Residen British di Selangor ketika itu telah menyedari kepentingan untuk meletakkan penjagaan hal-ehwal perbandaran Kuala Lumpur di bawah satu badan penguasa tempatan. Pembentukan Sanitary Board pada tahun 1890 merupakan satu pendekatan terbaik memandangkan penduduk bandar Kuala Lumpur yang kian meningkat. Tujuan utama penubuhan Sanitary Board Kuala Lumpur adalah untuk menjamin kepentingan kesihatan penduduknya justeru menguatkuasakan fungsi kerajaan tempatan bagi menyelesaikan masalah kependudukan. Penubuhan Sanitary Board serta peraturan-peraturan yang dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu boleh dianggap sebagai usaha-usaha awal perundangan perancangan dalam pembangunan bandar.

Page 34: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1034

Sanitary Board antara lain berfungsi :

• menguatkuasakan undang-undang kecil yang memerlukan pemilik menyerahkan pelan-pelan bangunan baru dan lama;

• mengawal pembinaan, pembaikan, pembersihan, perparitan, pengairan, pemasangan lampu jalan, pembinaan dan penjagaan terusan serta lain-lain perkara yang bersangkutan dengan pembangunan bandar; dan

• mengatasi masalah penyakit berjangkit, kesesakan dan kekotoran yang berpunca daripada perkembangan bandar yang tidak terkawal.

Sistem Sanitary Board ini telah diperluaskan ke bandar-bandar lain dan sebahagian kampung-kampung di sekitar bandar pada tahun-tahun berikutnya. Ini bermakna dalam dekad terakhir abad ke-19 penduduk bandar di Semenanjung Tanah Melayu telah mula menikmati keadaan kebersihan dan kesihatan yang lebih baik hasil daripada kawalan pembangunan yang lebih terancang. Ia juga memberi kesan di dalam pembentukan keseragaman bangunan dan rupa bentuk bandar dalam sesebuah negeri.

Pada tahun 1912 W.F. Nutt, seorang Ahli Majlis Persekutuan (Federal Councillor) telah menyuarakan pendapat mengenai keperluan penyeliaan peraturan perancangan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu. Setelah mengambil kira pendapat-pendapat tersebut, pada tahun 1913 Jawatankuasa Perancangan Bandar (Town Planning Committee) bagi Kuala Lumpur telah ditubuhkan.

Sejarah Perancangan Bandar Pulau Pinang

Penulisan-penulisan sejarah menyatakan bahawa bandar George Town diwujudkan oleh Sir Francis Light pada 10 August 1786 apabila beliau menamakan kawasan hutan yang beliau bersihkan di sekitar Tanjung Penaga sebagai George Town, sempena Raja George ke-III. Kapten Francis Light merancang susunatur fizikal bandar berasaskan kepada 4 batang jalan yang disusun mengikut grid segiempat dan membangunkan George Town sebagai pelabuhan

Page 35: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1035

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

perdagangan dan pertahanan. Sebelum kedatangan beliau, kawasan sekitar Tanjung Penaga merupakan hutan paya dan Pulo Pinang (nama Pulau Pinang ketika itu) diduduki oleh sebilangan kecil penduduk tempatan sahaja. Menyedari bahawa pembangunan bandar George Town memerlukan pertambahan penduduk, Kapten Light dan pihak pentadbir Inggeris mengamalkan polisi-polisi yang boleh menarik penghijrahan masuk penduduk. Ini termasuk amalan yang memudahkan pendatang untuk memiliki tanah dalam kawasan bandar.

Ordinan Perbandaran (Negeri-Negeri Selat Bab 133) telah diluluskan pada tahun 1931 bagi penubuhan lembaga luar bandar untuk pentadbiran di luar kawasan perbandaran. Ia juga memberi peruntukan menggubal undang-undang kecil bagi kawalan perancangan, pembinaan bangunan dan jalan-jalan di kawasan perbandaran. Kerja-kerja perancangan secara rasmi bagi Georgetown telah diluluskan buat pertama kalinya di bawah ordinan ini apabila kerja-kerja mengukur di kawasan bandar telah dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan Perbandaran.

Usaha perancangan bandar dimulakan oleh Jawatankuasa Penaksir dari abad ke 19 sehingga penubuhan rasmi sempadan pihak berkuasa tempatan setengah abad kemudian. Pembangunan bandar bergantung kepada susunatur bangunan sebagai kaedah kawalan. Pemakaian Ordinan Perbandaran pada tahun 1939, memperkenalkan amalan pengezonan kawasan di dalam sistem perancangan pembangunan fizikal bandar. Pengezonan ini mengawal jenis-jenis bangunan yang boleh dibina dalam kawasan bandar George Town. Kaedah perancangan yang diamalkan masih bertumpu kepada pelan susunatur dan pengezonan.

Bahagian IX, Enakmen Lembaga Bandaran (CAP 137) telah digunapakai pada tahun 1949, untuk menambah peruntukan bagi penyediaan pelan-pelan pemajuan dan mewujudkan suatu undang-undang yang khusus untuk tujuan perancangan bandar. Enakmen ini memberi kuasa kepada Majlis Bandaran (dan Lembaga Luar Bandar) untuk:

Page 36: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1036

• menyedia pelan pengezonan (zoning plan); dan• menyedia pelan-pelan susun atur bagi mana-mana

tanah yang dalam proses pembangunan.

Pada tahun 1951, Jabatan Perancangan Bandar dan Bangunan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah diwujudkan. Pada tahun 1959, Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung Negeri telah ditubuhkan bagi mengambil alih tugas Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Persekutuan (Cawangan Utara) yang telah ditubuhkan dalam tahun 1956. Tugas jabatan ini ialah untuk memberi nasihat kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mengenai perkara berkaitan perancangan bandar dan menyedia pelan susun atur dan pelan-pelan pengezonan bagi kawasan luar majlis MPPP.

Perancangan formal dalam fahaman perancangan sebagai usaha mengatur tindakan-tindakan masa hadapan berasaskan jangkaan daripada keadaan masa kini hanya bermula dalam tahun 1964 dengan penyediaan Pelan Induk Pulau Pinang oleh A.M. Munro. Ini merupakan laporan penyiasatan pembangunan fizikal Pulau Pinang yang komprehensif dan terawal. Dalam laporan ini, Munro berpendapat pembangunan telah tersebar ke pinggir bandar dengan luasnya sementara kawasan pusat bandar tidak dibangunkan dengan sepenuhnya sehingga mengabaikan potensi kawasan pusat bandar tersebut.

Rajah 1.7 : Pelan Pembangunan Pelan Induk Pulau Pinang (1964)Sumber: A.M. Munro (1964). Penang Master Plan

Page 37: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1037

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Walau bagaimanapun, dalam Pelan Induk Pulau Pinang 1964 tidak terdapat perancangan khusus untuk bandaraya George Town kerana perancangan hanya menyediakan cadangan rangka bentuk bagi pusat bandar utama sahaja. Pembangunan kawasan bandar ditumpukan kepada pembangunan semula kawasan bandar dengan kepadatan tinggi di mana 90% tempat kediaman ialah dalam bentuk rumah pangsa. Walaupun Pelan Induk Pulau Pinang 1964 tidak diterima pakai tetapi saranan-saranan yang terkandung di dalamnya dijadikan asas rujukan dan diambilkira dalam Pelan Induk Pulau Pinang 1970 yang disediakan oleh Nathan. Perancangan pembangunan bandar George Town yang disediakan dalam Pelan Induk ini mencadangkan pembangunan bercampur (kediaman dan perdagangan) dalam bandaraya George Town. Seterusnya MPPP telah meneruskan Pelan Perlingkungan Sementara Bandaraya dan akhirnya Pelan Pembangunan Pulau Pinang.

Kawasan sekitar Lebuh Light merupakan kawasan yang diduduki oleh pihak Syarikat Hindia Timur, saudagar dan pegawai dari Eropah. Kaum Eurasian dari Kedah menetap di sekitar Lebuh Bishop dan Lebuh Gereja, manakala kaum India tinggal dan berniaga di sekitar Lebuh Chulia. Aneka budaya dalam pertumbuhan bandar George Town merupakan ciri keunikan utama yang masih kekal dalam bandar moden George Town masa kini.

Kawasan ini telah diwartakan di bawah Akta Kawalan Sewa 1966 untuk melindungi kawasan asal dari dimusnahkan oleh tekanan pembangunan moden. Di bawah akta tersebut dianggarkan bandar asal George Town mempunyai 12,000 bangunan sebelum perang dunia ke II sehingga pemansuhannya pada 31 Disember 1999.

Page 38: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1038

Rajah 1.8 : Peta menunjukkan susunatur George Town 1798

Sejarah Perancangan Bandar Ipoh

Ipoh mendapat namanya daripada pokok Ipoh, sejenis pokok dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan. Bandar Ipoh juga dikenali sebagai ‘Paloh’. Ipoh diwujudkan pada 1800-an di tebing sungai Kinta oleh seorang ketua Sumatra yang bernama Dato’ Panglima Kinta. Penubuhan kilang bijih timah oleh syarikat British pada akhir abad ke-20 telah menjana ekonomi tempatan serta menarik pelabur asing. Populasi Ipoh bertambah dengan penghijrahan beramai-ramai kaum Cina ke sektor perlombongan. Sejarah perancangan awal bermula dengan kewujudan Ipoh Sanitary Board pada tahun 1893 yang diasaskan oleh Sir Frank Swettenham bagi mengatasi masalah kesesakan, kesihatan dan jenayah.

Pada tahun 1922 hingga 1923, proses membuat Pelan Bandar Am untuk Ipoh dimulakan. Ipoh telah dibahagikan kepada 22 kawasan untuk tujuan kajian khas dan penyediaan pelan-pelan awal demi melaksanakan sistem perancangan guna tanah yang efektif dan efisyen. Ini merupakan penyediaan pelan

Page 39: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1039

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

sebelum Enakmen Perancangan Bandar 1923 yang diluluskan oleh Majlis Persekutuan untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930-an, Ipoh mula berkembang apabila seorang jutawan bernama Yau Tet-Shin membangunkan kawasan di sebelah timur Sungai Kinta yang juga dikenali sebagai pekan baru seiring dengan konsep perancangan bandar moden pada masa itu.

Status Ipoh mula meningkat semasa Perang Dunia Kedua apabila orang Jepun menjadikan Ipoh sebagai pusat pentadbiran bagi Perak. Seterusnya, Ipoh menjadi Ibu Negeri dan pusat pentadbiran Negeri Perak semasa Malaysia mencapai kemerdekaan. Dengan pertambahan penduduk dan keperluan kawalan perancangan yang lebih teratur, Ipoh diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Ipoh pada 31hb Mei 1962 dan secara rasminya mendapat status Bandaraya pada 27hb Mei 1988 selepas Kuala Lumpur.

Sejarah Perancangan Bandar Kuala Kubu Baru

Kuala Kubu yang kini dikenali sebagai Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di atas puncak bukit dan merupakan ibu daerah Hulu Selangor. Perancangan bandar ini menggunakan konsep bandar baru pertama British Malaya, telah dirancang oleh Charles Compton Reade mulai tahun 1924. Kuala Kubu Lama terletak di sebuah kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Selangor. Nama Kuala Kubu Bharu berasal dari Sungai Kubu yang merupakan salah satu cabang Sungai Selangor. Menurut sesetengah pendapat, nama “Kubu” dipilih kerana di kawasan tersebut terdapat sebuah kubu pertahanan yang digunakan oleh angkatan perang Raja Mahdi dan Syed Mashyor melawan angkatan perang Tengku Kudin sewaktu perang yang berlaku di antara tahun 1868 hingga tahun 1873.

Pada ketika itu, Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya dikenali dengan kegiatan perlombongan bijih timah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Selangor. Kuala Kubu menjadi tumpuan para peniaga dan saudagar bijih. Ia mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti hospital, pejabat-pejabat

Page 40: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1040

kerajaan, sekolah, panggung wayang dan stesen keretapi. Selain itu, bandar ini juga menjadi tempat persinggahan para pelancong untuk ke Bukit Kutu iaitu tempat peranginan bagi pegawai-pegawai Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu. Pentadbiran daerah awalnya terletak di Kuala Kubu (lama) yang kini dikenali sebagai Ampang Pecah.

Pekan yang terletak kira-kira 66 kilometer dari Kuala Lumpur kini lenyap disebabkan banjir besar yang berlaku pada tahun 1883. Banjir besar di Sungai Selangor mengakibatkan pecahnya Empangan Kuala Kubu lalu menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu.

Pada tahun 1926 satu lagi banjir besar telah menenggelamkan sama sekali bandar tersebut. Penduduk dipindahkan ke kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampung Kelapa, Paya Dalam dan Rasa. Bandar Kuala Kubu telah ditenggelami pasir dan lumpur kira-kira 30 meter dalamnya. Sebuah bandar baru dibina dan diberi nama Kuala Kubu Bharu. Kesan daripada peristiwa ini wujud pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Ia dibina di sebuah kawasan yang lebih tinggi untuk mengelak ancaman banjir. Kini, Kuala Kubu Bharu menjadi tempat persinggahan bagi sesetengah orang yang akan ke tempat peranginan Bukit Fraser. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor, daerah yang paling luas di Selangor. Kuala Kubu Bharu juga terkenal sebagai tempat melatih pegawai-pegawai dari pelbagai agensi dengan adanya Maktab Polis Diraja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Pusat Latihan Belia.

Sejarah Perancangan Bandar Petaling Jaya

Petaling Jaya terletak di daerah Petaling wujud sejak zaman darurat lagi iaitu dengan pemindahan penduduk ke Kampung Petaling yang diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Sir Gerald Templer. Kampung Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang Cina yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur. Ia dibangunkan oleh

Page 41: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1041

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Kerajaan British di Tanah Melayu. Petaling Jaya, diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur.

Idea bandar baru ini bertujuan mengatasi masalah sosial dan fizikal yang wujud kesan daripada pembangunan yang tidak terkawal di kawasan bandar. Petaling Jaya dirancang secara menyeluruh sebagai sebuah bandar baru menggunakan konsep kejiranan pada tahun 1952-1953 oleh T.A.L Concannon untuk mengatasi masalah perbandaran yang wujud. Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah iaitu Effingham Estate seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British. Pembangunan Petaling Jaya bertumpu di “Old Town Petaling”. Petaling Jaya Authority ditubuhkan pada penghujung 1954 yang kemudiannya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya.

Pada 1hb. Januari 1964, sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai autonomi kewangan sendiri ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,100 orang. Pada tahun 1965 Kawasan Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Zon perdagangan bebas ini telah dibangunkan hampir serentak dengan zon di Bayan Lepas dan Kawasan Perindustrian Tasek di Ipoh, Perak. Petaling Jaya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kawasan itu yang dikhaskan untuk pembangunan bandar baru telah menunjukkan kemajuan yang mendadak pada tahun 1954.

Pada 1hb. Januari 1977, Lembaga Bandaran telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Taraf baru ini memberi kesan yang besar pada kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan meransang pertumbuhan pesat kawasan-kawasan sekitarnya seperti Sungai Way, Kelana Jaya, Subang Jaya dan Utara Subang Jaya (USJ). Pada awal 1997, pemisahan sempadan di Petaling Jaya dilakukan dan sebahagian

Page 42: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1042

kawasan di Petaling Jaya seperti Subang Jaya, Sunway dan USJ telah diletakkan di bawah pentadbiran baru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Pada 20hb. Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandaraya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan Petaling Jaya adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar terbesar di Selangor.

Sejarah Pengwujudan Kampung-kampung Baru

Perancangan bandar di awal tahun 1950an memberi fokus kepada aspek keselamatan yang berpunca daripada ancaman komunis. Pada masa itu, perancangan petempatan dibuat secara ‘ad-hoc’ antaranya mewujudkan kampung-kampung baru. Kampung-kampung Baru merupakan perkampungan untuk menempatkan semula penduduk atas sebab keselamatan daripada ancaman Parti Komunis Malaya yang pada ketika itu mengganggu ketenteraman dan keselamatan sebilangan besar penduduk yang tinggal di kampung-kampung terpencil dan kawasan setinggan yang berselerak di kawasan luar bandar dan pinggir hutan. Kampung-kampung Baru telah disediakan dengan kemudahan-kemudahan asas jangka pendek seperti jalan yang tidak berturap serta lot untuk bercucuk tanam.

Sekitar tahun 1948 sehingga 1960, 87% daripada keseluruhan jumlah Kampung Baru merupakan Kampung Baru untuk bangsa Cina, 8.0% untuk bangsa Melayu, 4.0% untuk bangsa India dan 1% bagi lain-lain bangsa. Pembangunan Kampung Baru yang tidak tersusun telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah seperti kawasan yang sesak dan buruk (slum) serta peluang pekerjaan terhad. Dari segi taraf dan bentuk pentadbirannya pula, kebanyakan kampung-kampung baru pada masa itu adalah di bawah pentadbiran Majlis Tempatan.

Persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu telah mengakibatkan Darurat diisytiharkan pada 7hb. Julai 1948. Akibat ancaman parti komunis, Home Guard merupakan seramai 200,000 orang diperkenalkan untuk

Page 43: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1043

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

membantu membanteras komunis. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji) diperolehi dan Polis Khas juga telah diadakan. Perintah berkurung telah dikenakan di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya memudahkan British membanteras pengganas Komunis. Kawasan Putih bermaksud kawasan yang bebas daripada anasir komunis dan sebaliknya bagi kawasan hitam. Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih. Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang disyaki sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh anasir komunis. Kad Pengenalan diwajibkan oleh Kerajaan British bagi semua penduduk Tanah Melayu berumur 12 tahun ke atas. Sir Harold Briggs pula telah melancarkan rancangan yang dipanggil Rancangan Briggs untuk membanteras komunis. Rancangan itu termasuk:

• Penempatan semula orang Cina kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun. Melalui rancangan Briggs ini lebih daripada 400,000 orang penduduk setinggan Cina telah dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu. Dengan kawalan ke atas orang Cina, masalah untuk membanteras komunis adalah lebih mudah.

• Kampung Baru telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih untuk menempatkan orang Cina. Kampung baru ini dilengkapi dengan kemudahan perkhidmatan kesihatan, bekalan elektrik dan air paip. Kampung-kampung ini juga dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Polis Khas. Kesemua langkah-langkah perancangan kampung baru dirancang untuk menghalang anasir komunis dari berhubung dengan rakyat dan mempengaruhi mereka.

Apabila Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) berkuatkuasa, pentadbiran petempatan-petempatan

Page 44: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1044

ini diletakkan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan segala kegiatan dan bentuk pembangunan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Akta 171 tersebut. Dengan penyusunan semula kampung-kampung baru ini, Kerajaan Tempatan boleh memberi perhatian dalam mengawal dan menentukan corak pembangunan di petempatan tersebut.

Sejarah Pengwujudan Petempatan FELDA

Pada pertengahan tahun 1950an, penglibatan perancangan mula berubah kesan daripada pembentukan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). FELDA bertanggungjawab membuka tanah-tanah baru, mendirikan petempatan baru dan mengembangkan kampung-kampung sedia ada bagi memperbaiki taraf kehidupan penduduk-penduduk yang menyertai rancangan tersebut. Walau bagaimanapun, perancangan kampung-kampung FELDA yang dibuat melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan prasarana asas sebelum kemasukan penduduk telah mengakibatkan pembaziran serta mewujudkan corak guna tanah yang kurang sesuai. FELDA Lembah Bilut merupakan sekim perumahan yang pertama dirancang pada 1957 dan diikuti dengan lain-lain sekim FELDA.

1.3.2 PERANCANGAN BANDAR SELEPAS MERDEKA

Perancangan bandar selepas merdeka beralih kepada usaha membaiki keadaan kampung tradisi di bandar-bandar yang majoritinya didiami oleh orang-orang Melayu. Kampung tradisi ini merupakan petempatan berbentuk kampung yang wujud secara tidak dirancang. Kampung tradisi di bandar menampung bilangan penduduk yang tinggi yang majoritinya terlibat dengan aktiviti bandaran dan mempunyai keadaan fizikal yang kurang teratur dan seringkali mempamerkan keadaan sesak. Corak kampung tradisi ini adalah samada berjajar atau pun berkelompok. Kampung tradisi juga terdapat di pulau-pulau.

Akibat daripada dasar pecah dan perintah pemerintahan British, tercetus satu konflik perkauman di Malaysia pada 13hb. Mei 1969 yang menyebabkan darurat diisyhtiharkan.

Page 45: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1045

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Lanjutan daripada darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia pada 16 Mei 1969, Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengatasi masalah perpaduan kaum dan mewujudkan pentadbiran negara yang lebih licin. MAGERAN telah mengarahkan penubuhan jawatankuasa untuk bertanggung jawab ke atas pembentukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan perancangan bandar. Suruhanjaya Kajian Diraja yang dikenali Suruhanjaya Athi Nahappan telah ditubuhkan pada tahun 1965 telah bertanggungjawab untuk mengkaji pentadbiran badan berkuasa tempatan dan meninjau undang-undang kerajaan tempatan sedia ada serta melaporkan dan membuat cadangan tentang perubahan struktur yang diperlukan oleh pentadbiran kerajaan-kerajaan tempatan di negara ini.

Salah satu daripada cadangan yang telah dilaksanakan adalah untuk menyusun semula penguasa-penguasa tempatan di Semenanjung Malaysia dengan menjadikan penguasa tersebut sebagai unit-unit yang lebih berautonomi. Ekoran daripada laporan ini beberapa undang-undang baru telah digubal oleh Kerajaan Persekutuan iaitu:

• Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);• Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171); dan • Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta

172).

Kesemua undang-undang ini adalah bertujuan untuk memantapkan pentadbiran kerajaan tempatan serta

Foto 1.4 : Keadaan semasa darurat pada tahun 1969

Page 46: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1046

mewujudkan satu sistem perancangan bandar dan desa yang mapan dan mampu untuk merancang guna tanah yang efektif.

Perancangan bandar dan desa masa kini telah mengalami evolusi yang membanggakan kerana wujudnya undang-undang yang boleh mengawal dan memantau pembangunan. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang telah dipinda sebanyak empat kali berupaya menyelaraskan pentadbiran pihak berkuasa perancangan di kesemua peringkat iaitu, peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan di dalam melaksanakan dasar-dasar serta undang-undang berhubung perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia.

Pembangunan Bandar dan Wilayah

Bagi mengatasi masalah pembangunan bandar yang tidak terkawal seperti bekalan tanah yang semakin terhad dan kepadatan di kawasan bandar yang terlalu tinggi, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan pelbagai agensi untuk melaksanakan projek-projek pembangunan pada tahun 1970an. Ini termasuk penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) pada tahun 1971 yang bertanggungjawab untuk membangunkan bandar-bandar, perumahan awam dan pusat komersil. Di antara projek-projek UDA yang terkemuka ialah Terminal Pengangkutan Puduraya, rumah kedai di Kampung Attap, Kompleks Dayabumi, Kompleks Pertama dan Taman Tun Dr. Ismail.

Penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah (RDA) di luar bandar yang menekankan pembangunan integrasi dalam masyarakat melalui pembaikan dari aspek sosial, ekonomi dan fizikal. Objektif utama RDA ini adalah untuk merancang dan membangunkan bandar-bandar baru di kawasan luar bandar bagi membantu perkembangan ekonomi dan keseimbangan pembangunan di antara wilayah. Penubuhan RDA yang bermula pada tahun 1972 adalah satu langkah untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum. Antara agensi yang ditubuhkan di bawah RDA ialah

Page 47: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1047

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1972, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1981, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada tahun 1983. JPBD juga terlibat dalam menyediakan pelan susunatur untuk RDA. Konsep perancangan ini melibatkan penyediaan kawasan kediaman dan tempat bekerja yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti sekolah, kawasan komersil, industri dan kemudahan rekreasi.

Era Perancangan Baru

Era ini menyaksikan pembangunan projek mega nasional untuk pembangunan infrastruktur seperti Lebuhraya Utara Selatan sepanjang 966km, Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang dan Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan kawasan timur Semenanjung Malaysia melalui Jeli di Kelantan ke bahagian barat Semenanjung Malaysia melalui Grik di Perak.

Pada tahun 1986, pembangunan luar bandar telah menekankan kepada pendekatan pembangunan in-situ seperti Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) merupakan petempatan terendah dalam hierarki petempatan pada keseluruhannya. Ia berfungsi sebagai pusat kemudahan awam, perkhidmatan dan barangan (low order goods), hub perniagaan dan pengangkutan serta bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan perbandaran. Antara kampung-kampung yang dibangunkan sebagai PPD adalah Kg. Soi di Kuantan dan Kg. Sungai Rusa di Pulau Pinang.

Pembangunan bandar perlu menyediakan pusat tumpuan yang berfungsi sebagi pusat interaksi awam bagi semua lapisan masyarakat. Pusat tumpuan ini dilengkapi dengan pelbagai keperluan masyarakat seperti kemudahan awam, kediaman, perniagaan, pentadbiran dan kawasan rekreasi untuk meningkatkan taraf persekitaran kehidupan yang lebih baik. Elemen landskap telah mula diperkenalkan sebagai satu komponen penting dalam perancangan bandar pada waktu itu.

Page 48: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1048

Penyediaan Asas Untuk Pembangunan Masa Hadapan

Tahun 90an merupakan permulaan kepada Wawasan 2020, yang telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia merupakan satu rancangan pembangunan yang menetapkan sasaran untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Dasar Pembangunan Nasional telah menggantikan Dasar Ekonomi Baru bagi memberi tumpuan dan penekanan kepada pertumbuhan ekonomi mapan untuk mencapai struktur transformasi melalui sains dan teknologi, pembangunan dan penyelidikan serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Pada tahun 90an, dunia telah mengalami peningkatan tahap globalisasi terutamanya kebebasan ekonomi ditambah dengan impak perkembangan di dalam bidang ICT. Perkembangan ini telah mengubah cara hidup rakyat dari segi pemikiran, perancangan, pentadbiran, perniagaan dan juga aktiviti sosial harian.

Demi menghadapi cabaran global ini, pengamal perancang bandar telah memilih pendekatan yang mapan, berintegrasi dan komprehensif melalui Sistem Perancangan dan Pengurusan Sumber Berintegrasi (IPRMS). Pendekatan ini membolehkan perancangan fizikal dan penggunaan sumber asli diintegrasikan secara mendatar dan menegak di antara semua peringkat pentadbiran kerajaan. Peranan Perancang Bandar telah bertambah dan semakin penting dengan pembangunan Multimedia Super Corridor, Putrajaya dan lain-lain projek skala besar.

Tahun 90an juga telah menyaksikan beberapa kemudahan infrastruktur bertaraf antarabangsa dibina bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur seperti Light Rail Transit (LRT) dan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM). Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu salah satu bangunan tertinggi di dunia telah dibina dalam era ini.

Page 49: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1049

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Seiring dengan Wawasan 2020 Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat telah diperkenalkan pada tahun 1995. Perancangan bandar yang berteraskan Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat telah direalisasikan melalui pembangunan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.

Pengekalan dan Kemajuan Masa Depan

Malaysia telah mengalami kemajuan yang signifikan dalam pembangunan negara, memajukan ekonomi dan menaiktaraf kualiti hidup rakyat. Cabaran menuju tahun 2020 akan bertambah sengit disebabkan keadaan sosio-ekonomi tempatan dan global yang memerlukan usaha yang berterusan.

Era 20an menyaksikan pembangunan negara yang pesat. JPBD dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan telah menyediakan sebanyak 117 Rancangan Struktur dan 201 Rancangan Tempatan yang masih dalam pelbagai peringkat penyediaan. Rancangan-rancangan pemajuan kini disediakan melalui rundingan dan kerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan supaya dapat menghasilkan satu rancangan pemajuan yang menyeluruh serta memberi fokus kepada kualiti dan amalan yang praktikal. Sehingga tahun 2007, JPBD telah menyediakan sebanyak 41 Garispanduan Perancangan Fizikal dan Pembangunan sebagai panduan perancangan dan pembangunan hartanah.

Pada tahun 2007 Pusat Setempat (OSC) di peringkat kerajaan tempatan telah diperluaskan kepada memproses permohonan cadangan pemajuan dan memberi perakuan kepada permohonan perihal tanah. Dalam perlaksanaan Pusat Setempat, Jawatankuasa Pusat Setempat ditubuhkan dengan penurunan kuasa dari Mesyuarat Majlis Penuh Pihak Berkuasa Tempatan dalam perihal meluluskan permohonan cadangan pemajuan. Ianya bertujuan menyeragamkan prosedur dan proses serta memendekkan norma masa memproses permohonan cadangan pemajuan. Pada tahun yang sama, selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) beberapa koridor pembangunan wilayah telah ditubuhkan iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar, Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER),

Page 50: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1050

Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

1.4 SEJARAH PERUNDANGAN PERANCANGAN BANDAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Mengikut British, sewaktu Francis Light mendarat di Pulau Pinang atau Prince of Wales Island, tiada terdapat sebarang petunjuk wujudnya undang-undang dilaksanakan di pulau itu. Dengan yang demikian mereka telah memperkenalkan un-dang-undang England atau Common Laws of England di Ta-nah Melayu. Privy Council, badan rayuan tertinggi di England pada masa itu, dalam kes Ong Cheng Neo v Yeap Cheah Neo (1897) 1 Ky. 326, 337 mendakwa bahawa pulau tersebut tiada berpenghuni dan tiada bukti menunjukkan pernah ada sistem undang-undang yang diperkenalkan.

Sejarah perundangan perancangan bandar di Semenanjung Tanah Melayu boleh dikatakan bermula pada tahun 1786, apabila Kapten Francis Light wakil kerajaan Britain yang mendarat di Penaga (kini George Town) Pulau Pinang menga-rahkan supaya pelan susunatur jalan disediakan. Susunatur jalan ini adalah asas bagi perancangan bandar pada masa itu kerana ia merupakan reka bentuk bagi perletakan pertama sesebuah petempatan. Oleh itu undang-undang Inggeris telah digunakan di Pulau Pinang. Pada tahun 1801, Committee of Assessors telah ditubuhkan di Georgetown, Pulau Pinang yang menjurus kepada perkhidmatan kerajaan tempatan di dalam menjaga kebersihan awam, mengawal bangunan dan kesela-matan penduduk.

Permulaan perundangan bandar secara rasminya telah diper-kenalkan pada tahun 1921 dengan perlantikan Charles C. Reade sebagai perancang bandar kerajaan yang pertama bagi Tanah Melayu. Beliau telah memberi justifikasi kepada keper-luan aktiviti perancangan bandar bagi mempertahankan keu-tamaan kepentingan awam berbanding kepentingan individu. Ini adalah kerana pada masa itu, penjajah British percaya bahawa hak pemilik tanah individu adalah tidak terbatas. Reade telah memperkenalkan aktiviti perancangan bandar melalui ideologi kepentingan awam di mana aktiviti peran-cangan bandar mempertahankan kepentingan awam atau se-luruh masyarakat mengatasi kepentingan harta persendirian. Ini bermakna bahawa kepentingan awam atau masyarakat

Page 51: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1051

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

hendaklah diutamakan daripada hak individu. Reade juga mencadangkan supaya undang-undang perancangan bandar hendaklah menafikan pampasan walaupun tanah seorang in-dividu mengalami kecacatan (injuriously affected) kesan dari-pada perancangan bandar.

Sejak awal abad ke 20, terdapat beberapa enakmen yang telah digubal dan diguna pakai di negara ini bertujuan untuk men-gawal dan memandu perancangan dan pembangunan bandar. Antara enakmen-enakmen tersebut ialah Town Improvement Enactment 1917, Town Planning Enactment 1923, Town Plan-ning Enactment 1927 dan Town Board Enactment CAP 137. Asas perundangan perancangan bandar selepas merdeka te-lah diperkukuhkan untuk mengatur dan menjamin kegunaan tanah yang efisyen dan berkesan demi kepentingan awam khususnya Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

1.4.1 ENAKMEN PEMBAIKAN BANDAR (TOWN IMPROVEMENT ENACTMENT) 1917

Pada akhir abad ke-19, Sanitary Board telah ditubuhkan bertujuan untuk mengurus petempatan yang kian berkembang. Pertambahan penduduk yang tidak terkawal di bandar telah mengakibatkan kesesakan penduduk dan keadaan yang tidak sihat termasuk peningkatan kepada penyakit berjangkit serta menambah risiko kebakaran. Justeru, pada tahun 1890 Sanitary Board telah dibentuk untuk mengawal dan mengurus kawasan bandar Kuala Lumpur supaya lebih teratur dan sempurna.

Pada tahun 1913, satu Jawatankuasa Perancang Bandar untuk Kuala Lumpur telah ditubuhkan bagi menggantikan tugas pembaikan dan perancangan bandar yang dijalankan oleh Sanitary Board pada masa itu dan kemudiannya dinamakan sebagai pihak berkuasa tempatan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menyedia, memeriksa dan memberi kelulusan terhadap pelan-pelan pembangunan bandar. Pada tahun 1917 Enakmen Pembaikan Bandar (Town Improvement Enactment) telah diluluskan. Enakmen ini memberi kuasa kepada Sanitary Board melaksanakan rancangan pembaikan bandar dalam bentuk rancangan perbaikan am, rancangan pengagihan semula, rancangan

Page 52: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1052

pembangunan semula, rancangan jalan-jalan, rancangan lorong-lorong belakang atau rancangan bangunan (seksyen 3 dan 6, ‘Town Improvement Enactment’). Enakmen ini juga mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan bagi tujuan pembaikan atau pembangunan semula. Ianya adalah berdasarkan kepada Town Improvement Act 1890 di United Kingdom.

Town Improvement Enactment, 1917 memperuntukkan undang-undang yang khas untuk Sanitary Board menjalankan aktiviti pembaikan, khususnya bagi skim pembaikan bandar demi kesihatan dan keadaan kebersihan yang selesa untuk kawasan bandar. Walaubagaimanapun undang-undang yang khusus bagi perancangan bandar masih belum lagi wujud. Tanpa perundangan tersebut, tiada sebarang tindakan yang sah dan berkesan dari aspek pengawalan perancangan tanah dan bangunan boleh dilakukan. Seksyen III dan IV, Town Improvement Enactment, 1917 menunjukkan kuasa yang diberi kepada Sanitary Board (Jadual 1.1).

Page 53: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1053

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Dari segi pelaksanaan Enakmen 1917, Pihak Berkuasa perlu mengambil balik tanah secara paksa dan membayar pampasan pada kadar yang tinggi kepada pemilik tanah. Segala kos membaik pulih kawasan perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. Pada masa yang sama juga, Persekutuan Negeri-negeri Tanah Melayu masih kurang kaedah dan peruntukan kewangan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan bandar seperti yang tercatat dalam Enakmen Pembaikan Bandar 1917. Keadaan ini menjadi lebih rumit apabila tiadanya pegawai perancang bandar yang layak di Tanah Melayu pada ketika itu bagi melaksanakan Enakmen tersebut.

Jadual 1.1 : Seksyen III dan IV, Town Improvement Enactment, 1917.

Seksyen III Dan VI, Enakmen Pembaikan Bandar (Town Improvement Enactment), 1917

Seksyen III -Improvement Schemes

Subject to the provisions of this Enactment, every Sani-tary Board shall, within the area subject to its control, have power:a) To initiate, execute and enforce improvement

schemes under this Enactment;b) To administer for the purpose of such improvement

schemes such funds as may from time to time be put at its disposal by the Government; and

c) To do all such things as may be necessary or proper for the due discharge of any of the functions assigned to it by this Enactment.

Seksyen VIAn improvement scheme shall be one of the following types or may combine any two or more of such types of any special features thereof that is to say:a) A general improvement scheme.b) A redistribution scheme.c) A rebuilding schemed) A street scheme.e) A back lane scheme.f) A building scheme.

Page 54: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1054

Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan Negeri-negeri Tanah Melayu telah mendapatkan khidmat seorang perancang bandar daripada Kerajaan Australia Selatan bagi tempoh dua belas bulan iaitu Charles Compton Reade sebagai Penasihat Perancang Bandar yang pertama bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Beliau telah menubuhkan Jabatan Perancangan Bandar di Kuala Lumpur pada 18 Januari 1921. Jawatan Perancang Bandar juga telah diwujudkan untuk mengambil alih kuasa Sanitary Board bagi kelulusan pembangunan. Charles Compton Reade juga telah berusaha untuk memperkenalkan satu perundangan bagi perancangan bandar. Usaha beliau berjaya apabila Enakmen Perancangan Bandar No.19, 1923 yang merupakan undang-undang perancangan pertama diluluskan pada tahun 1923.

1.4.2 ENAKMEN PERANCANGAN BANDAR (TOWN PLANNING ENACTMENT) 1923

Pada tahun 1923, undang-undang perancangan bandar yang pertama telah diperkenalkan iaitu Enakmen Perancangan Bandar No.19, 1923 (Town Planning Enactment No. 19, 1923). Ia digubal dengan merujuk kepada beberapa sumber dari Britain, Australia, dan Amerika. Melalui Enakmen ini, tujuan kawalan pembangunan tidak hanya terhad kepada aspek-aspek keselamatan dan kesihatan, malah telah diperluaskan meliputi pengawalan guna tanah bagi kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian dan kegunaan lain. Enakmen ini menggantikan Town Planning Enactment 1917.

Enakmen ini merupakan satu perundangan yang komprehensif di dalam bidang perancangan dan kawalan pembangunan termasuklah peluasan kawasan rumah, pengambilan, penjualan dan penyewaan tanah yang disokong oleh Kaedah Perancangan Bandar, 1924. Di samping itu, Enakmen ini memberi ruang kepada juru rancang dalam merancang dan membangunkan tanah. Enakmen ini juga menyediakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Bandar (Town Planning Commitee) di mana juru rancang merupakan ahli ‘ex-officio’ yang mempunyai kuasa

Page 55: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1055

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

dalam semua hal yang berkait dengan perancangan bandar. Walaupun Enakmen ini memberi kuasa yang luas kepada para perancang bandar ia juga mengambil kira kepentingan individu dan tuan-tuan tanah. Town Planning Enacment 1923 telah memperuntukan supaya Jawatankuasa Perancangan Bandar dikehendaki untuk memaklumkan keputusan kelulusan perancangan kepada pemohon yang membuat permohonan untuk pembangunan tanah dalam masa tiga bulan daripada tarikh penghantaran permohonan.

Enakmen ini juga mengandungi peruntukan penyediaan zon guna tanah, jalan dan kemudahan awam lain, pembukaan dan penutupan tasik dan sungai, dan juga pengambilan balik, penjualan dan tukar syarat tanah. Enakmen ini juga turut memperuntukan hal-hal berkaitan penyediaan Pelan Bandar Am yang bertujuan untuk:

• meningkatkan atau meluaskan komunikasi dan kemudahan lalu lintas;

• meningkatkan atau meluaskan pelan tata atur tanah atau peruntukan pelan atur untuk daerah yang kurang maju;

• menyediakan peraturan untuk bangunan dan pembangunan;

• meningkatkan dan meluaskan kemudahan perumahan; dan

• memastikan keselamatan, kebersihan dan keselesaan awam.

Dengan adanya Pelan Bandar Am, individu mahupun pihak berkuasa tidak dibenarkan membina, mengubah, menambah atau meroboh bangunan, juga mengguna sebarang tanah atau bangunan melainkan mengikut ketentuan yang telah ditetapkan. Sebelum sebarang perubahan dibuat, permohonan perlu dibuat kepada Jawatankuasa Perancangan dan sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh merayu kepada Residen Inggeris yang berkenaan. Enakmen 1923 juga menyediakan peruntukan bagi tujuan penguatkuasaan melalui mahkamah dan barang siapa yang melanggarnya boleh didenda sehingga RM 2,000.

Page 56: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1056

Bidang Kawalan di dalam Enakmen 1923 telah diperluaskan untuk meliputi pengezonan tanah bagi tempat-tempat kediaman, perindustrian, pertanian dan lain-lain kegunaan dalam Pelan Bandar Am. Tujuan perluasan bidang kawalan ini ialah untuk memastikan tanah adalah mencukupi untuk pelbagai kegunaan di samping mencegah berlakunya percanggahan guna tanah. Pemecahan lot tanah pula dikawal bagi menjamin setiap lot adalah selaras dengan tujuan pembinaan serta susun atur secara keseluruhannya yang sesuai untuk pembangunan. Ia juga dapat memastikan jalan-jalan, lorong-lorong belakang, kawasan lapang serta keperluan-keperluan lain disediakan ketika pemecahan lot dijalankan. Ia juga bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi pembaikan dan pembangunan bandar-bandar serta kawasan-kawasan lain.

Pada tahun 1926, satu pameran perancangan bandar yang diusahakan oleh Reade telah diadakan buat pertama kalinya di Tanah Melayu bertempat di Bandar Kuala Lumpur bersempena ‘Malayan Agri Horticultural Show’. Ia merupakan langkah awal bagi memperkenal dan mempromosikan perkhidmatan perancangan bandar melalui koleksi pelan-pelan dan gambarajah perancangan yang komprehensif kepada masyarakat. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan perancangan bandar serta membolehkan mereka membuat bantahan. Pameran ini turut merangkumi pameran sejarah perancangan bandar kuno China dan Yunani, sejarah dan konsep ‘Garden City’ yang telah dilaksanakan di England.

Town Planning Enacment 1923 telah mendapat bantahan hebat daripada ahli-ahli perniagaan dan tidak disenangi oleh mereka yang berkepentingan dalam memajukan tanah yang lebih mementingkan keuntungan semata-mata serta ahli-ahli Majlis Persekutuan pada ketika itu. Tentangan tersebut menyentuh kuasa Jawatankuasa Perancangan Bandar yang bertindih dengan kuasa Sanitary Board. Pentadbiran perancangan bandar di Jabatan Perancangan Bandar Kuala Lumpur oleh Charles Crompton Reade pada masa itu dikatakan tidak telus dan persoalan-persoalan telah timbul sama ada

Page 57: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1057

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

beliau bebas daripada sebarang kritikan terhadap skim perancangan yang hendak dijalankan. Ahli-ahli perniagaan yang mempunyai kepentingan individu mengambil kesempatan untuk mengkritik usaha Reade di dalam isu pelebaran jalan-jalan di dalam skim pelan susun atur, kelewatan meluluskan pelan serta kemampuan kerajaan untuk melaksanakan perlebaran jalan dan pembayaran pampasan kepada tuan tanah terlibat.

Kritikan-kritikan tersebut telah menjana penubuhan satu Jawatankuasa Pemilihan Majlis Persekutuan pada tahun 1926, yang bertujuan untuk mengkaji dan menyemak semula peruntukan Enakmen Perancangan Bandar 1923, dan seterusnya, Enakmen Perancangan Bandar 1927 digubal menggantikan Enakmen Perancangan Bandar 1923.

1.4.3 ENAKMEN PERANCANGAN BANDAR (TOWN PLANNING ENACTMENT) 1927

Pada bulan September dan Oktober tahun 1927, satu

lagi pameran perancangan bandar telah diadakan di Ipoh, juga atas usaha Reade. Pameran kali ini memberi penekanan kepada bandar-bandar di Tanah Melayu. Pada tahun yang sama, Enakmen Perancangan Bandar 1923 telah diubahsuai dan digantikan dengan Enakmen Perancangan Bandar 1927 (Town Planning Enactment 1927).

Town Planning Enactment 1927 (Enakmen 1927) bertujuan untuk menyediakan perancangan bagi keseluruhan kawasan Sanitary Board. Ia tidak lagi hanya tertumpu kepada kawasan perancangan bandar yang diisytiharkan sahaja malah meliputi kawasan yang lebih luas. Enakmen 1927 masih mengekalkan keperluan penyediaan Pelan Bandar Am walaupun perinciannya telah diringkaskan kepada:

• jalan-jalan, jalan kereta api dan lain-lain perhubungan yang utama;

• zon-zon atau perkawasan yang diasingkan bagi kegunaan perdagangan, perindustrian, pertanian atau lain-lain kegunaan yang dikhususkan;

Page 58: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1058

• rezab untuk keperluan kerajaan; dan• taman-taman, kawasan-kawasan lipur diri serta

kawasan-kawasan lapang seumpamanya.

Di bawah Enakmen ini Sanitary Board diberi dua kuasa utama iaitu:

• Kuasa menyediakan sebuah Pelan Bandar bagi kawasannya mengikut seksyen 135 Enakmen; dan

• Kuasa untuk menguatkuasakan Pelan Bandar itu mengikut seksyen 145 Enakmen.

Enakmen 1927 telah mengubah bentuk perancangan bandar daripada suatu bentuk pengurusan tanah untuk tujuan kebajikan komuniti kepada bentuk perancangan yang menekankan kepada penyeliaan pelan-pelan asas yang menunjukkan jalan-jalan utama dan pengkelasan guna tanah.

Di bawah Enakmen ini, Sanitary Board merupakan pihak berkuasa dalam bidang perancangan bandar. Lembaga ini telah melantik satu Jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal perancangan bandar. Enakmen ini masih mengekalkan idea Reade yang menggunakan pengezonan sebagai satu mekanisme untuk mengawal pembangunan bandar. Namun begitu Enakmen 1927 digantikan dengan Sanitary Enactment 1929 di mana sebahagian besar Enakmen 1927 telah disesuaikan menjadi Bahagian IX Enakmen 1929.

1.4.4 TOWN BOARD ENACTMENT 1946, CAP 137

Pada tahun 1935, Sanitary Board Enactment 1929 telah disemak semula dan digabungkan dengan semua pindaan yang telah dibuat sebelumnya. Hasil semakan tersebut disatukan di bawah ‘Sanitary Boards Enactment, CAP 137 of the Laws of Federated Malay States, 1935’ (F.M.S. CAP 137).

Setelah Pemerintah Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1946, R.P. Davis kembali menjadi ‘Town Planner Malayan Union’. Pada tahun yang sama, Sanitary Board telah ditukar kepada Town Board manakala nama Sanitary Board Enactments telah diganti dengan nama Town Board

Page 59: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1059

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Enactment atau Enakmen Lembaga Bandaran dengan mengekalkan sinonim yang sama iaitu CAP 137. Enakmen ini bertujuan untuk menyeragam penerima pakaian Enakmen ini di semua Negeri Tanah Melayu. Penggubalan Town Board Enactment CAP 137 (CAP 137) merupakan gabungan pelbagai pindaan ke atas Sanitary Board Enactment semenjak tahun 1916 dan mengintegrasikan juga peruntukan-peruntukan di dalam Town Planning Enactment yang berkaitan dengan penyediaan Pelan Bandar Am yang dikenali juga sebagai Pelan Pengkawasan (Zoning Plan).

Pada tahun 1947, penguatkuasaan peraturan kawalan pembangunan telah diperkukuhkan melalui “Town Board Enactment 1947 FMS CAP 137 (Part IX)” yang menyentuh mekanisme perancangan berdasarkan Pelan Bandar Am sebagai asas pengezonan guna tanah.

CAP 137 memperuntukkan dua belas bahagian seperti berikut:

Bahagian I Penyusunan Seksyen Bahagian II Perlembagaan Lembaga Bandaran Bahagian III Tugas dan Kuasa Lembaga Bandaran

& Pengerusi Bahagian IV Perkadaran Bahagian V Pencegahan dan Pemadaman Kebakaran Bahagian VI Halangan dan kacau-ganggu Bahagian VII Pengawalan Gerai dan Penjaja Bahagian VIII Jalan-jalan dan Bangunan Bahagian IX Perancangan Bandar Bahagian X Peluasan Pengunaan Enakmen Bahagian XI Pengumpulan Kadaran dengan Ansuran Bahagian XII Tambahan

Peruntukan yang berkaitan secara langsung dengan hal-hal perancangan bandar di dalam CAP 137 terkandung di dalam bahagian IX yang juga merupakan petikan dan penyesuaian daripada Enakmen 1927. Kandungan bahagian IX CAP 137 adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 1.2.

Page 60: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1060

Jadual 1.2 : Kandungan Bahagian IX ‘Town Board Enactment CAP

PART IX TOWN PLANNING

Powers of Boards

135. Every Town Board shall have power to prepare a general town plan in respect of the area for which it has been appointed or any part thereof.

Contents of general town plan

136. (i) A general town plan (hereinafter referred to as a draft plan) may show or make provision therein for(a) streets, railways and other main

communications;(b) zones or districts set apart for use for any type

or category that may be stated on such draft plan of residential, commercial, industrial, agricultural or other use (including use for the working of minerals), and zones or districts (being either the same as or different from any of those herein before referred to) in any one or more of which the intensity of development, calculated by references to –• the number of houses or persons on any

one acre;• the percentage of the area of any lot to be

covered by building; and• the total floor space of buildings, or

calculated in such other manner as the Board may determine, shall not exceed the degree or amount indicated in the draft plan as permitted for that particular zone or district;

(c) reserves for Government purposes;(d) parks, recreation grounds and similar open

spaces;(e) building lines; and(f) regular lines of streets which have been

declared under Part VII. (ii) The draft plan may consist of one or more plans

drawn to such scale and reproduced in such manner as the Board may determine.

Page 61: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1061

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Exhibition of draft

137. A draft plan when prepared shall be open to public inspection for a period of three months. During such period the Board shall advertise once a week in a local newspaper and shall notify in each issue of the Gazette the place and hours at which such plan may be inspected.

Consideration of objections

138. (i) Any person affected by the draft plan may within the said period of three months send to the chairman a written statement of his objections to anything appearing in the draft plan.

(ii) Such written statement shall set out(a) the nature of the reasons for the objection;(b) if the objection would be removed by an

alteration of the draft plan, any alteration proposed.

(iii) Any written such statement shall be considered at a meeting of the Board, of which the objector shall be advised, and the objector may attend and be heard in person or by advocate or by duly authorized agent or officer.

(iv) The Board may reject any objection in whole or in part or frame amendments of the draft plan to meet such objection. Notice of any amendment shall be served upon the registered proprietor of any land affected thereby.

(v) Any written objection to an amendment received within fourteen days after service of such notice upon the objector shall be considered at a meeting of the Board of which such objector and the objector (if any) upon whose objection such amendment was made shall be advised, and all the objectors may attend and be heard in person or by advocate or by a duly authorized agent or officer.

Page 62: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1062

Submission of draft plan to Resident

139. After consideration of all objections the Board shall submit the draft plan with or without amendments to the Ruler in Council for his approval. They shall submit therewith

(a) a schedule of the objections (if any) made under section 138 and not withdrawn;

(b) a schedule of the amendments (if any) framed by the Board with a view to meeting such objections.

Powers of Resident

140. (i) Upon submission of a draft plan the ruler in council may:

(a) approve it;(b) refuse to approve it;(c) refer it to the Board for the further

consideration and amendment;

(ii) The Ruler in Council may approve a draft plan notwithstanding that any requirements under the provisions of the Part applicable thereto have not been complied with;

(iii) A draft plan approved as aforesaid is hereinafter referred to as ‘an approved plan’;

(iv) The Ruler in Council may by notification in the gazette correct any omission fromor error in any approved plan;

(v) On such approval being given the approved plan shall be printed and a copy shall be permanently exhibited for public inspection at the offices of the Board, and the fact of such approval and exhibition shall be notified in the gazette; and

(vi) The Board shall supply a copy of the approved plan to any person on payment of such fee as the Board may determine.

Page 63: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1063

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Refusal to approve plan

141. If the Rule in Council refuses to approve a draft plan such refusal shall be notified in the gazette, but any such refusal shall be without prejudice to the preparation of a new draft plan and the submission of the same.

Deposit of copies of plan

142. (i) Copies of the approved plan certified by theChairman shall be deposited with the Collector of Land Revenue and the Registrar of Titles, and each such officer shall forthwith make an endorsement on the document of title registered in his office to the holding affected by the approved plan to the effect that such holding is subject to the conditions of the approved plan.

(ii) The Collector or Registrar may, if he shall think fit, by notice in the prescribed form require any person in pessession of an issue copy of a document of title to deliver the same to him for similar endorsement, and such person shall be legally bound to deliver the same within fourteen days from the service of such notice.

Plan of lay out of local area

143. (i) Whenever it appears to the Board that any land is in process of development the Board may prepare a lay out showing any of the things for which provision may be made under section 136(i) which it deems necessary to secure proper sanitary conditions, amenity and convenience in connection with the laying out and the use of such land and of any neighbouring lands.

(ii) The provisions of sections 137 to 141, both inclusive, shall apply to the preparation of such lay out.

Page 64: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1064

(iii) When any such lay out has been approved it shall become part of the approved plan and a copy shall be deposited and endorsement made as provided in Section 142.

(iv) Land shall be deemed to be in the process of development when a plan for any building upon it has been submitted under Part VII or any application for sub-division of it has been made under Section 149.

Amendment of revocation of approved plan

144. (i) The Ruler in Council may by notification in the gazette

(a) amend an approved plan in whole or in part by the alteration or deletion of any provision or matter therein appearing or the addition of any provision thereto: provided that before any approved plan is so amended a Schedule of the proposed amendments shall be exhibited in the manner prescribed in Section 137 and objections thereto may be made and considered as provided in Section 138;

(b) revoke in whole or in part an approved plan by the approval of any subsequent draft plan prepared and submitted in accordance with this Enactment.

(ii) Any amendment to an approved plan shall be permanently exhibited in the manner provided by Section 140, and a copy thereof shall be deposited and endorsement made as provided in Section 142.

Effect of approved plan

145. (i) The Board shall refuse to approve the plan of any new building or of any new private street submitted under Part VII of this Enactment, unless such plan is in conformity with the approved plan.

Page 65: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1065

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(ii) The Board may refuse to approve the plan of any new building or of any private street to be erected or made upon any land in respect of which the preparation of a draft plan or lay-out has been authorized by the Board.

(ii) Any amendment to an approved plan shall be permanently exhibited in the manner provided by Section 140, and a copy thereof shall be deposited and endorsement made as provided in Section 142.

145A. The Board may -(a) make by laws to regulate and control the

development and use of any land or building within the town Board area; and

(b) approve and impose conditions thereof.

Survey of streets, etc., shown in approved plan

146. (i) After the notification of a draft plan showing zoning in respect of any area has been first gazetted under Section 137 no building shall be used or converted for use for any purposes other than the purpose for which the zone in which such building stands is set apart: Provided that nothing in this section shall prevent the continued use of a building for the purpose for which it was used immediately prior to the first notification in the gazette of the draft plan.

(ii) Any person who without the written sanction of the Board uses or converts for use any building in contravention of subsection (i) of this section shall be liable to a fine of five hundred dollars and to a daily fine of one hundred dollars for every day on which the offence is continued after conviction, and a Magistrate may, on the application of the Chairman, make an order requiring such person to alter in any way, or to demolish, such building.

Page 66: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1066

Payment of compensation for zoning

147. Subject to the provisions of Parts VII and VIII of this Enactment when the provision shown or made in an approved town plan for any of the purposes specified in paragraph (a), (c) and (d) of section 136(i) extends to the inclusion therein of any alienated land compensation shall except as hereinafter provided be paid for the acquisition of so much of such land as is required for the aforesaid purposes:

(a) Provided that no compensation shall be paid for land required for a street not exceeding 66 feet in width;

(b) Provided further that in the case of a street exceeding 66 feet in width compensation shall only be paid for so much of the land required therefore as is in excess of 66 feet in width;

(c) Provided further that nothing herein contained shall be deemed to require the Ruler in Council to acquire any land until until the registered proprietor thereof shall have submitted a plan under Part VII of this Enactment and approval thereof shall have been refused under Section 145;

(d) And provided lastly that if it is shown to the satisfaction of the Ruler in Council that in any particular case the application of the provisions of this section would cause undue hardship to the proprietor of any alienated land the Ruler in Council may authorize the payment to such proprietor of such compensation as the Ruler in Council in his discretion may think reasonable and just.

Control of subdivision

148. No compensation shall be paid to the proprietor or any person interested in any holding on account of any zoning in an approved plan affecting such holding.

Page 67: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1067

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

149. (i) No holding or holdings situated within a Town Board area shall be divided or combined, the provisions of any other enactment notwithstanding, unless such division or combination be approved in writing by the Chairman.

(ii) In the case of holdings not affected by an approved plan or layout the Chairman shall, before granting or withholding his approval, take into consideration the suitability for building purposes of the size and situation of each proposed lot having regard to the probable future development of the area.

(iii) In the case of holdings affected by an approved plan or layout, the Chairman shall withhold his approval if any portion of a street, back-lane or open space shown in the approved plan or layout and comprised within the holding or holdings does not appear as a separate lot in the proposed scheme of division or combination.

(iv) In the case of holdings affected by zoning the Chairman shall withhold his approval if any lot in the proposed scheme of division or combination other than land comprised in a street, back-lane or open space as aforesaid is not so situated and of such size that it can be used for the purpose of eracting at least one dwelling-house in accordance with the prescribed density of buildings.

(v) Nothing in this section contained shall be held to debar the Chairman from approving any division or combination which in his opinion will facilitate the redistribution and proper development of any land having in view the provisions of the approved plan, if any, or the probable future development of the area.

(vi) Any person aggrieved by the withholding by the Chairman of his approval may appeal to the Ruler in Council whose decision shall be final.

Sumber: The Town Board Enactment of the Federated Malay States (F.M.S. Cap 137)

Page 68: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1068

Bahagian IX, Perancangan Bandar dalam Cap 137 yang diambil daripada Enakmen 1927 memberi kuasa kepada setiap Lembaga Bandaran untuk menyediakan pelan-pelan yang sah di sisi undang-undang bagi kawasan di bawah pentadbirannya. Pelan tersebut yang dikenali sebagai Pelan Bandar Am boleh dibuat bagi keseluruhan atau sebahagian dari kawasan Lembaga Bandaran (seksyen 135).

Di bawah CAP 137, setiap Lembaga Bandaran dikehendaki menyediakan Pelan Bandar Am bagi keseluruhan atau sebahagian kawasan di bawah bidang kuasanya. Kandungan Pelan Bandar Am di bawah Enakmen 1927 dan Cap 137 adalah berbeza. Di bawah Enakmen 1927, Pelan Bandar Am yang dihasilkan adalah lebih ringkas bagi membolehkan hanya kategori am zon guna tanah disertakan bersama dengan jaringan perhubungan utama. Sesuatu Pelan Bandar Am boleh menunjukkan atau membuat peruntukan untuk jaringan komunikasi, jenis pengezonan guna tanah atau pengkawasan (district), kepentingan guna tanah, rezab kerajaan seperti taman-taman, kawasan rekreasi atau lain-lain kawasan lapang, garisan bangunan dan jajaran jalan-jalan. Sebahagian pengezonan atau pengkawasan yang telah ditetapkan hendaklah diperuntukkan untuk kawasan perumahan, komersial, industri, pertanian atau lain-lain kegunaan.

Kandungan Pelan Bandar Am yang disediakan di bawah CAP 137 telah dibuat beberapa perubahan ke atasnya termasuk kawalan terhadap kepentingan guna tanah. Beberapa peruntukan dalam Pelan Bandar Am (di bawah CAP 137) telah dijadikan asas rujukan dalam perancangan bandar moden seperti kawalan kepadatan untuk pembangunan perumahan, nisbah plot dan kawasan ‘plinth’ untuk pembangunan komersial dan peruntukan untuk menyediakan kawasan-kawasan taman, rekreasi dan kawasan lapang.

Dalam jangka masa 10 tahun yang pertama selepas penggubalan Enakmen Kebersihan pada tahun 1929, sejumlah lima belas pelan bandar telah diwartakan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu masing-masing lapan di Negeri Perak, satu di Kuala Lumpur

Page 69: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1069

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

dan tiga di Selangor. Pelan Bandar Am yang terawal disediakan di Perak ialah Pelan B3 Bandar Ipoh (Kinta) pada tahun 1930 di mana pelan tersebut telah dipinda oleh Majlis Bandaraya Ipoh pada akhir bulan September 1988. Pelan Bandar Am bagi Kuala Lumpur dan Selangor diwartakan pada tahun 1939. Tiga pelan di Negeri Sembilan telah diwartakan pada tahun 1932 bagi Kuala Kelawang, pada tahun 1939 bagi Petaling (Jelebu) dan pada tahun 1935 bagi Port Dickson.

CAP 137 turut memperuntukkan perkara berhubung dengan bayaran pampasan. Pampasan akan diberi bagi mana-mana tanah yang dimajukan untuk tujuan penyediaan jalan-jalan dan tujuan kerajaan. CAP 137 turut memperuntukkan bahawa pengambilan balik tanah yang diberimilik bertujuan untuk kepentingan awam akan dibayar pampasan kecuali bagi tanah yang diperuntukkan untuk jalan-jalan yang mempunyai kelebaran kurang dari 66 kaki (Sek. 147). Pampasan turut diberikan bagi tanah-tanah yang bersempadan dengan tanah yang telah diambil balik untuk penyediaan jalan, lain-lain bentuk perhubungan dan juga tanah yang merujuk atau ditetapkan untuk kegunaan, kawasan rekreasi dan lain-lain kegunaan yang mirip kepada kawasan lapang.

Pada asalnya, CAP 137 (terutama Bahagian IX) hanya diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai undang-undang berhubung dengan pembangunan bandar yang tersendiri. Di Negeri Johor undang-undang mengenai perancangan bandar terkandung dalam Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran (Johor) No.118, 1951. Di Kelantan ia terkandung dalam Bahagian VIA Enakmen Perbandaran No.20, 1938. Di Terengganu undang-undang itu merupakan Bahagian IX daripada Enakmen Lembaga Bandaran (Terengganu) Bab 64, 1936. Melaka dan Pulau Pinang menerima pakai Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran Cap 137 dalam tahun 1949, manakala Perlis menerima pakai Enakmen Lembaga Bandaran yang sama dalam tahun 1952 dan akhirnya Kedah dalam tahun 1956. Pada dasarnya semua undang-undang tersebut adalah sama; namun terdapat perbezaan dari segi cara pemakaiannya, samada

Page 70: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1070

oleh negeri, perbandaran, lembaga bandar ataupun majlis tempatan. Ini bermakna semenjak tahun 1956 semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah mempunyai undang-undang perancangan bandar yang hampir sama bagi melaksanakan Pelan Bandar Am, kawalan kegunaan tanah serta pemecahan lot tanah.

Sistem perundangan perancangan menerusi Cap 137, tidak dapat menghasilkan perancangan guna tanah yang menyeluruh kerana liputan Pelan Bandar Am yang dihasilkan mengikut Cap 137 adalah terhad dan menyebabkan pembangunan berlaku secara ‘piece meal.’ Di samping itu, kandungan Pelan Bandar Am yang tidak komprehensif dan struktur perancangan yang tidak telus menyebabkan peranannya sebagai alat perancangan bagi negeri-negeri yang sedang menghadapi pembangunan pesat didapati tidak berkesan.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, jentera pentadbiran perancangan bandar beroperasi menerusi dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri (Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan). Melalui sistem tersebut perlaksanaan perancangan bandar diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, manakala pembentukan dasar perancangan am diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

1.4.5 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

Usaha mengubal perundangan baru bagi perancangan bandar dan desa bagi seluruh Semananjung Malaysia bermula seawal tahun 1961. Draf pertama telah dikemukakan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan kepada Kementerian Kehakiman pada tahun 1966. Draf ini antara lain mencadangkan pelan pengezonan yang lebih mudah lentur berbanding dengan sistem terdahulu yang disediakan di bawah CAP 137. Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (National Development Planning Committee) yang dimaklumkan mengenai draf tersebut pada tahun 1967, berpendapat ianya sangat penting dan bersetuju diberi keutamaan.

Page 71: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1071

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pada tahun 1970 Jawatankuasa Penyelaras yang ditubuhkan oleh MAGERAN bersetuju dengan pandangan bahawa sistem perancangan bandar sediada telah lapuk dan perlu dipinda. Pada tahun 1972, Draf Akta Perancangan Kebangsaan selesai dipinda. Asas kepada penggubalan Akta 172 adalah dari Bahagian 1X, Town Boards Enactment (1947) atau CAP 137.

Beberapa cadangan baru telah dibuat di dalam Draf Akta Perancangan Kebangsaan tersebut adalah:-

1. Penubuhan 4 jenis Pihak Berkuasa Perancangan

• Majlis Perancangan Negara ditubuhkan di peringkat Persekutuan dan dipengerusikan oleh Menteri. Pesuruhjaya Perancang Bandar adalah Setiausaha kepada Majlis ini.

• Pihak Berkuasa Perancang Negeri dilantik oleh Ketua Menteri.

• Badan Perancangan Tempatan diasingkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (serupa dengan Jawatankuasa Perancangan Bandar dalam Enakmen 1923).

• Suruhanjaya Perancangan Wilayah yang akan dilantik oleh Majlis Perancangan Negara.

2. Penyediaan 3 Jenis Pelan Pembangunan

• Pelan Induk Negara. • Skim Pembangunan Wilayah.• Rancangan Pembangunan (Rancangan Struktur

dan Tempatan).

3. Kawalan Pemajuan

• Draf Akta ini mencadangkan supaya semua pembangunan memerlukan kebenaran merancang.

Pada tahun 1976 Parlimen meluluskan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) bagi menyeragamkan sistem kerajaan tempatan dan perancangan bandar di Semenanjung Malaysia. Walaupun begitu, mana-mana kelulusan atau keputusan yang telah diberikan

Page 72: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1072

di bawah perundangan CAP 137 masih terpakai sehingga kini sehingga kelulusan atau keputusan yang telah dibuat mengikut CAP 137 tamat tempoh dan memerlukan kelulusan atau keputusan baru. Pada ketika itu, semua keputusan akan tertakluk di bawah akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Akta 172 telah digubal mengikut Fasal (1) Perkara 74, Fasal (4) Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan. Ianya hanya berkuatkuasa di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun pemakaian bagi negeri-negari hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menggunakan undang-undang perancangannya sendiri.

Akta ini memperkenalkan satu sistem perundangan yang seragam untuk mengawal kegiatan perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Ianya bertujuan untuk memastikan kawalan pembangunan yang lebih teratur bagi perancangan bandar dan desa di kawasan pihak berkuasa tempatan. Tahun 1978 bermulalah proses penerimapakaian dan penguatkuasaan Akta 172 oleh negeri-negeri di Semenanjung. Di bawah peruntukan Akta 172, sistem rancangan pemajuan meliputi dua peringkat utama iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rancangan Malaysia Keempat adalah permulaan pelaksanaan Rancangan Pemajuan mengikut peruntukan Akta 172 dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan. Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan telah disediakan terutamanya bagi kawasan bandar. Rancangan Struktur pertama disediakankan adalah untuk Seremban sementara Rancangan Tempatan adalah untuk Tampoi/Larkin dan Kempas.

Sebelum tahun 1976, peruntukan perundangan perancangan tidak dapat menghasilkan perancangan guna tanah yang menyeluruh kerana liputan Pelan Bandar Am yang disediakan mengikut Cap 137 adalah terhad. Justeru itu, satu mekanisme pelan

Page 73: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1073

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

pembangunan diperlukan untuk menterjemah Rancangan-Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Dasar Ekonomi Baru dalam bentuk perancangan fizikal serta dapat mengatasi perancangan ad-hoc oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Ekoran itu, Akta 172 bertujuan menghasilkan perancangan yang lebih sistematik. Melalui Akta 172 bidang perancangan bandar mengalami satu titik tolak baru yang mencorakkan disiplin perancangan bandar di negara ini hingga ke hari ini. Falsafah perancangan juga telah beranjak daripada bentuk pelan pengezonan guna tanah kepada satu sistem perancangan strategik (rancangan struktur dan rancangan tempatan) yang lebih komprehensif, terbuka, terperinci dan lebih kompleks iaitu meliputi aspek sosial, ekonomi dan fizikal selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan cabaran pembangunan negara semasa.

Pada asalnya Akta 172 ini mengandungi 9 bahagian dengan 59 seksyen dan kemudiannya telah dipinda sebanyak 4 kali iaitu antara tahun 1993 hingga tahun 2007. (Rajah 1.9 : Carta Alir Kronologi Sejarah Perundangan Perancangan Bandar Dan Desa Di Semenanjung Malaysia).

Page 74: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1074

• Bagi mewujudkan sistem perancangan bandar yang seragam di Semenanjung Malaysia;

• Perancangan gunatanah yang menyeluruh, sistematik, komprehensif dan lebih kompleks;

• Meliputi aspek sosial, ekonomi dan fizikal.

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976

[AKTA 172]

Rajah 1.9 : Carta Alir Kronologi Sejarah PerundanganPerancangan Bandar Dan Desa Di Semenanjung Malaysia

•DitubuhkandiPulauPinang;•Menjuruskepadaperkhidmatankerajaantempatandalammenjagakebersihanawam,mengawalbangunandankeselamatanpenduduk.

•Satuenakmenbagikerajaantempatanmenguruspetempatandikawasanbandar

•Mempunyaikuasamengisytiharkansesuatukawasanbagitujuanpembaikandanpembangunansemula.

•Undang-undangberasinganuntukSanitaryBoardmenjalankanaktivitipembaikan,khususnyabagiskimpembaikanbandardemimenjagakesihatandanmenyediakansanitariyangselesauntukkawasanbandar.

•Perundanganyangkomprehensifmemberikuasakepadaperancangbandaruntukmengawalpembangunanbagimemastikankeselamatan,kebersihandankeselesaanawammelaluipeningkatankomunikasidankemudahanlalulintas,kemudahanperumahansertamenyediakanperaturanuntukbangunandanpembangunan.

•PengenalankepadaPelanBandarAm•Penubuhan‘TownPlanningCommitee’

•KuasamengawalpembangunandikembalikankepadaSanitaryBoardekoranketidakpuasanahliperniagaanterhadappelaksanaanEnakmen1923.

•PengenalankepadaBahagianIX(PerancanganBandar),Cap137yangmenyentuhperundanganperancanganbandar.

•BahagianinimengukuhkanmekanismeperancanganberdasarkankepadaPelanBandarAmsebagaiasaspengezonangunatanah.

•BagimewujudkansistemperancanganbandaryangseragamdiSemenanjungMalaysia;

•Perancangangunatanahyangmenyeluruh,sistematik,komprehensifdanlebihkompleks;

•Meliputiaspeksosial,ekonomidanfizikal.

•SelepasPerangDuniaKeII,namaSanitaryBoardEnactmentditukarkepadaTownBoardEnactmenttetapimasihmengekalkansinonimCap137;

•bertujuanuntukmenyeragampenerimapakaianEnakmentersebutsecaramenyeluruhdiSemenanjungTanahMelayu;

•Memperuntukkanbayaranpampasanbagipembangunanuntukkepentinganawam;

•Cap137tidakdapatmenghasilkanperancangangunatanahyangmenyeluruhdanmenyebabkanpembangunanberlakusecara‘piecemeal;

•Digunapakaisehinggatahun1976.

Akta Perancangan Bandardan Desa (Pindaan) 1993

[Akta A866]

Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995

[Akta A933]

Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001

[Akta A1129]

Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2007

[Akta A1313]

Memastikan peruntukan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508] diambilkira dalam menimbang permohonan kebenaran merancang.

• dipinda ekoran keruntuhan Pangsapuri Highland Towers.

• fokus kepada isu alam sekitar (pemeliharaan pokok dan topografi tanah);

• penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP);

• perlindungan bangunan sejarah dan senibina

• Dipinda ekoran pembangunan hartanah yang tidak dirancang khususnya kelulusan tukar syarat tanah tidak berdasarkan pasaran semasa.

• memperkukuhkan perkhidmatan perancangan bandar dan desa melalui perseimbangan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

• penubuhan Majlis Perancang Fizikal Negara;

• penubuhan Jawatankuasa Perancangan Wilayah;

• untuk meminda sub-seksyen 22(2) supaya mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dalam memproses permohonan kebenaran merancang.

COMMITEE OF ASSESSORS1801

SANITARY BOARD ENACTMENT1890

TOWN IMPROVEMENTENACTMENT

1917

TOWN PLANNING ENACTMENT1923

TOWN PLANNING ENACTMENT 1927

SANITARY BOARDS ENACTMENT 1935

TOWN BOARDS ENACTMENT CAP 137

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976

[AKTA 172]

Page 75: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1075

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

1.5 SEJARAH PENUBUHAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

1.5.1 SEBELUM MERDEKA, SEMASA PENJAJAHAN BRITISH

Pejabat pertama untuk mentadbir kegiatan perancangan bandar telah ditubuhkan di Bangunan Sekretariat Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dengan nama Town Planning Department atau Jabatan Perancangan Bandar. Jabatan tersebut diketuai oleh Charles C. Reade, Pegawai Perancang Bandar yang dibawa dari Australia Selatan sebagai penasihat kepada Kerajaaan British bagi Negeri-negeri Tanah Melayu. Pada tahun 1921 beliau telah dilantik sebagai Government Town Planner. Dari tahun 1921 hingga 1927, Reade telah dibantu oleh pegawai-pegawai Juru Ukur dan Jurutera Awam yang dipinjam dari Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Pegawai Tadbir dari Pejabat Tanah juga telah dilibatkan sebagai Town Planning Administrator dalam mengurus aktiviti penyusunan semula dan pengagihan lot berdasarkan kegiatan idea penyusunan lot Lex Adickes (1902). Di antara sumbangan terbesar Reade adalah menggubal Enakmen Perancang Bandar, 1923 iaitu perundangan perancangan bandar yang pertama di Tanah Melayu dan melaksanakan konsep perancangan bandar berlandaskan General Town Plans dan Town Planning Schemes. Reade juga telah merancang bandar baru pertama di Semenanjung Malaysia iaitu, Bandar Kuala Kubu Bahru pada tahun 1924 dan menyediakan Pelan Pengezonan Cameron Highlands pada tahun 1928 berdasarkan perancangan pusat peranginan di Baguio, Philippine.

Pada penghujung tahun 1929, Jabatan Perancangan Bandar telah mempunyai lima pegawai perancang yang bertauliah dari Britain dan ditempatkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dengan persaraan Reade pada tahun 1929, R.P Davis menjadi Ketua Jabatan manakala kesemua pegawai perancang bandar yang lain telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Charles C. Reade

(1921-1929)

Page 76: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1076

Perkhidmatan perancangan bandar telah mula diagihkan ke negeri-negeri bermula dengan Negeri Perak yang berpejabat di Ipoh, diikuti dengan Negeri Selangor yang berpejabat di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang bertempat di Seremban. Pada tahun 1933, perkhidmatan perancangan bandar telah berpusat di Kuala Lumpur di mana semua aktiviti perancangan bandar hanya meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN

Jabatan Perancangan Bandar ditutup pada tahun 1941, ekoran daripada Perang Dunia Pasifik dan telah dibuka semula dalam tahun 1942 di bawah pentadbiran New Order penjajah Jepun. Pada masa itu, pentadbiran Jabatan dikendalikan oleh Pentadbir Jepun manakala Encik A. Manuelpillai, Ketua Juruteknik dari Jabatan Ukur dilantik untuk memangku jawatan pegawai perancang Kerajaan. Jabatan Perancangan Bandar sekali lagi telah ditutup pada 1 Oktober 1943 kerana Perang Dunia Kedua. Selepas Perang Dunia tersebut pada tahun 3 Mei, 1944, Jabatan Perancangan Bandar telah dibuka semula dan menjadi sebahagian dari Pejabat Public Works (PWD), berpejabat di Maxwell Hill. Pentadbiran Jabatan dikendalikan pada mulanya oleh Jurutera Eksekutif, P.W.D. Daerah Kuala Lumpur dan seterusnya oleh Pengarah Ukur sehingga tibanya T.H.H. Hancock, seorang Jururancang Bandar pada September 1946

1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA

Kegiatan Jabatan selepas perang telah diperluaskan pada tahun 1948 untuk merangkumi kawasan Lembaga Bandaran dan Majlis Perbandaran di dalam Malayan Union. Jawatan Pegawai Perancang dikenali sebagai Pegawai Perancang Malayan Union. Pada masa yang sama, dibawah Perjanjian Persekutuan 1948, Jabatan Perancangan Bandar Persekutuan dikekalkan sebagai satu badan penasihat dalam aspek perancangan bandar.

Pada tahun 1949, Jabatan Perancangan Bandar

Page 77: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1077

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

mempunyai pejabatnya sendiri yang terletak di belakang bangunan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Pejabat ini diketuai oleh T.H.H. Hancock. Bilangan jawatan di Jabatan Perancang Bandar adalah seramai 25 orang iaitu:

Seorang Perancang Bandar; Seorang Penolong Perancang Bandar; 3 orang Pembantu Teknik; 2 orang Kadet Teknikal; 7 orang Pembantu Teknikal Rendah; Seorang Pembantu Teknik Tidak Bertauliah; Seorang Aprentis Teknikal; 6 orang Kerani; dan 3 Peon.

Thomas Arthur Lawrence Concannon (T.A.L. Concannon) telah mengambil alih jawatan Commisioner di antara tahun 1950 hingga 1960. Jabatan Perancangan Bandar telah beroperasi melalui penubuhan Pejabat-pejabat wilayah iaitu, Pejabat Wilayah Selatan di Johor Bahru, Pejabat Wilayah Tengah di Ipoh dan Pejabat Wilayah Utara di Fort Cornwallis, Pulau Pinang.

Pejabat di Kuala Lumpur masih dikekalkan sebagai Ibu Pejabat di samping menjalankan tugas-tugas perancangan bagi Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sumbangan terbesar Concannon adalah merancang Sekim Perkampungan Felda yang pertama di Bilut, Pahang.

1.5.4 SELEPAS KEMERDEKAAN

Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, perkhidmatan perancangan bandar telah dijalan berdasarkan kepada dua peringkat iaitu peringkat

T.A.L. Concannon (1950-1960)

Page 78: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1078

Persekutuan dan Negeri di bawah Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan, bertujuan mempercepat dan melicinkan pembangunan negara dengan lebih teratur. Di dalam hal ini, tugas kawalan pembangunan disalurkan kepada Kerajaan Negeri, manakala pembentukan dasar dan polisi di peringkat persekutuan (Ibu Pejabat). Justeru itu, dari tahun 1958 pejabat-pejabat negeri telah ditubuhkan bermula dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Johor dan diikuti dengan JPBK Negeri Selangor yang juga memberi khidmat kepada negeri Melaka dan Negeri Sembilan. JPBD Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan untuk memberi khidmat kepada Negeri Kedah dan Perlis. Penubuhan JPBK Negeri adalah seperti di dalam Jadual 1.3.

Tahun JPBK Catatan

1958 JPBK Johor -1958 JPBK Selangor Juga memberi khidmat

kepada negeri Melaka dan Negeri Sembilan

1958 JPBK Perak -1959 JPBK Pulau Pinang Juga memberi khidmat

kepada Negeri Kedah dan Perlis

1959 JPBK Pahang -1960 JPBK Negeri Sembilan Juga memberi khidmat kepada Negeri Melaka1963 JPBK Kelantan Juga memberi khidmat kepada Negeri Terengganu1965 JPBK Kedah Juga memberi khidmat kepada Negeri Perlis1969 JPBK Terengganu -1977 JPBD Melaka -1978 JPBD Perlis -

Jadual 1.3 : Penubuhan Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri

Catatan : Pada 1 Februari 1975, Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung (JPBK) telah ditukarkan kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).

Page 79: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1079

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pada tahun 1960, Walter Fairbanks dilantik sebagai Pesuruhjaya Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Persekutuan. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga tahun 1965. Salah satu penerbitan beliau tentang perancangan bandar ialah’ The Sitting Of Petrol Filling/Services Station’ (Fairbanks, 1961)

Pada tahun 1965, Frank Watkinson telah dilantik menyandang jawatan Pesuruhjaya Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung sehingga tahun 1969. Pada tahun 1968, Jabatan Perancangan Bandar telah berpindah ke Bangunan Pejabat Kerajaan di Jalan Young (Jalan Cenderasari).

Awal tahun 1980an menyaksikan era pelaksanaan

Akta 172 dibawah penyeliaan Bahagian Perancangan Bandar, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Persekutuan, di mana usaha-usaha yang gigih telah dijalankan bagi memperkenalkan serta mempromosikan penerimapakaian Akta 172 oleh semua Kerajaan Negeri. Pada masa itu, JPBD (IP) dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Perancangan Bandar, Bahagian Spatial Negara, Bahagian Perancangan Luar Bandar, Bahagian Perancangan Wilayah dan Bahagian Projek Khas. Pada tahun 1981, Unit Landskap telah ditubuhkan berikutan arahan kerajaan ke atas kesedaran awam bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta peranan perancangan landskap di dalam perancangan bandar secara menyeluruh di dalam mengimbangi pembangunan fizikal dengan alam semulajadi di bawah Bahagian Spatial Negara.

Pada tahun 1987, JPBD telah mengalami penstrukturan semula organisasi pentadbirannya bagi meningkatkan lagi prestasi kerja melalui penubuhan Pejabat Cawangan untuk menjalankan Rancangan Pemajuan

Walter Fairbanks (1960-1965)

Frank Watkinson(1965-1969)

Page 80: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1080

dengan lebih efektif. Pejabat-Pejabat Cawangan di Kuala Lumpur (meliputi Negeri Selangor dan Perak), Alor Setar (bagi Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang), Kuantan (bagi Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan), dan Melaka (bagi Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) untuk mengendalikan semua penyediaan Rancangan-Rancangan Pembangunaan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan, Pusat Pertumbuhan Desa, Rancangan Wilayah, Rancangan Pembangunan Desa serta Projek-Projek Khas.

Fungsi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Persekutuan Kuala Lumpur telah juga di tumpukan kepada mengkordinasikan kegiatan-kegiatan perancangan bandar dalam negara, menjalankan program-program penyelidikan dan pembangunan serta menggubal dasar perancangan bandar dan desa. Ia juga telah membentuk satu unit pakar yang terdiri daripada ahli-ahli perancang bandar yang mempunyai kelayakan yang tertentu seperti demografi, landskap, rekabentuk bandar, pengangkutan, pelancongan dan teknologi maklumat. Pada tahun 1990, Unit Landskap yang berada di bawah Bahagian Spatial Negara telah dinaikkan taraf kepada Bahagian Penyelarasan dan Pengawasan Taman-Taman Awam untuk menasihati Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengenai perlaksanaan, penyelarasan dan pengawasan taman-taman awam di seluruh negara termasuk Negeri Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1996 unit ini telah dinaik taraf kepada jabatan-jabatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada tahun 2003, JPBD telah melalui penstrukturan semula organisasi untuk menampung mekanisma pelaksanaan Akta A1129 ekoran daripada pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 ( Akta 172) pada tahun 2001. Penstrukturan semula melibatkan penubuhan Bahagian Rancangan Fizikal Negara, Bahagian Perundangan, Perancangan dan Kawal Selia, Bahagian Perancangan Wilayah dan Urusetia bagi Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN). Mesyuarat MPFN yang pertama telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada masa itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 23 Jun 2003.

Page 81: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1081

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Sejak ditubuhkan pada tahun 1921, JPBD telah diterajui oleh seramai 11 orang Ketua Pengarah. Dato’ Hj. Mohd Rosli bin Hj. Buyong merupakan anak Malaysia yang pertama menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia yang kelima. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarah pada tahun 1970 sehingga tahun 1985. Di antara sumbangan beliau adalah melaksanakan pemakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) oleh semua Kerajaan Negeri apabila ia diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1976. Penerimapakaian Akta ini telah membolehkan penyediaan Rancangan Struktur yang telah dimulakan di semua ibu negeri di Semenanjung Malaysia. Seremban iaitu ibu negeri bagi Negeri Sembilan telah dipilih sebagai ibu negeri yang pertama untuk penyediaan Rancangan Struktur di Malaysia.

Dato’ Hj. Rosli bin Hj. Buyong juga telah bertanggungjawab dalam penubuhan Unit Perancangan Bandar-Bandar Baru di Kuantan untuk Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan diikuti seterusnya oleh Unit di Jengka, KESEDAR dan KETENGAH pada tahun 1974.

Seterusnya, Program Pengumpulan Semula Orang Asli Kawasan Titiwangsa yang melibatkan 25 sekim di Banjaran Titiwangsa telah juga dirancang oleh Jabatan. Dalam masa yang sama, beberapa Garis Panduan dan Piawaian Perancangan telah mula dibukukan. Unit Landskap juga telah ditubuh di Ibu Pejabat Perancangan Bandar semasa pentadbiran beliau pada tahun 1981. Ketika ini minat ke arah perlaksanaan landskap telah ditunjukkan oleh Jabatan dalam perancangan bandar.

Dato’ Hj. Mohd. Rosli bin Hj. Buyong(1969-1985)

Page 82: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1082

Selepas Dato’ Mohd Rosli bin Buyong, kepimpinan JPBD telah diterajui oleh En. Chung Weng Foo dari tahun 1985 sehingga 1986. Beliau telah meneruskan penyediaan Rancangan-Rancangan Struktur disamping meluaskan perkhidmatan perancangan bandar ke Kampung Tradisi, Pusat Pertumbuhan Desa dan Kampung-Kampung Baru. Merangka penubuhan pejabat cawangan bagi Kajian-kajian Rancangan Struktur, Rancangan – rancangan Tempatan dan Rancangan Pembangunan Daerah dan Desa serta mengerakkan semula penyediaan deraf Akta Perancang Bandar.

Dato’ Mohamed Ishak bin Mohd Ariff telah menggantikan En. Chung Weng Foo pada tahun 1986 sehingga 1990. Beliau telah meneruskan usaha En. Chung Weng Foo dengan menubuhkan Pejabat-Pejabat Cawangan untuk mengendalikan semua Rancangan-Rancangan Pembangunaan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan, Pusat Pertumbuhan Desa, Rancangan Wilayah, Rancangan Pembangunan Desa serta Projek-Projek Khas pada tahun 1987.

Pada ketika ini juga Bahagian Penyelarasan dan Pengawasan Taman-Taman Awam telah ditubuhkan di Ibu Pejabat untuk menasihatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri mengenai perlaksanaan dan penyelenggaraan taman-taman awam.

En. Chung Weng Foo(1985-1986)

Dato’ (Dr.) Mohamed Ishak bin Mohd Ariff(1986-1993)

Page 83: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1083

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Seiring dengan kepesatan pembangunan dan keperluan perancangan bandar di dalam pembangunan negara beberapa usaha telah dilakukan oleh Dato’ Prof. Zainuddin bin Muhammad yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah pada tahun 1990 sehingga tahun 2001. Diantara perubahan dan peningkatan semasa pentadbiran beliau ialah menubuhkan Jabatan Landskap Negara pada 1 Januari 1996 dan melancarkan Buku Garis Panduan Landskap Negara yang pertama di Malaysia serta penggubalan Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538) untuk mengawal mutu dan etika para profesional perancang bandar.

Dato’ Zainuddin juga telah memantapkan lagi peranan Jabatan di dalam perancangan negara dengan memperkenalkan Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat yang telah diterimapakai di dalam perancangan dan rekabentuk Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Di samping itu, Akta 172 telah dipinda sebanyak 2 kali disepanjang kepimpinaan beliau, iaitu pada tahun 1993 (Akta A866) dan pada tahun 1995 ( Akta A933). Sumbangan terakhir beliau adalah penyediaan Rang Undang-Undang bagi Pindaan Akta 172 pada tahun 2001.

Dato’ Wan Mohamad Mukhtar Mohd. Nor telah menggantikan Dato’ Zainuddin sebagai Ketua Pengarah pada tahun 2001 sehingga 2003. Pada tahun

Dato’ (Prof.) Zainuddin bin Muhammad (1993-2001)

Dato’ Wan Mohamad Mukhtar Mohd. Nor (2001-2003)

Page 84: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1084

2001, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) telah dipinda bagi mengimbangi kuasa Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa sebagai Akta A1129. Dato’ Wan Mohamad Mukhtar telah menstruktur semula organisasi JPBD dan berperanan menjalankan persediaan awal bagi mekanisma pelaksanaan Akta A1129. Antara perkara baru semasa perkhidmatan beliau, ialah kewujudan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), Jawatankuasa Perancang Wilayah, Rancangan Fizikal Negara, kewajipan untuk berunding, nasihat MPFN tentang;

a. pembangunan bandar baru lebih dari 10 000 penduduk atau lebih dari 100 hektar

b. pembangunan di puncak atau lereng bukit dalam kawasan sensitif alam sekitar, dan

c. pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama.

Ketika itu rekabentuk dan penilaian opsyen-opsyen pembangunan telah dilaksanakan menggunakan teknik-teknik sains pemutusan (decision science) dan GIS. Contoh teknik ialah multi-criteria decision making (MCDM).

Dato’ Haji Abdul Mutallib bin Jelani dilantik Ketua Pengarah pada tahun 2003 sehingga 2005. Beliau telah meneruskan pelaksanaan Akta A1129 serta mekanismanya. Pada era kepimpinannya penyediaan rancangan-rancangan Struktur dan Tempatan diperluaskan iaitu sebanyak 86 Rancangan Tempatan dan 15 Rancangan Struktur Negeri.

Sehingga Disember 2004, Draf Akhir RFN telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri bagi negeri-negeri Pulau-Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Pahang, Perlis dan Selangor.

Dato’ Haji Abdul Mutallib bin Jelani(2003-2005)

Page 85: SEJARAH DAN PERUNDANGAN - townplan.gov.my 1.pdf · 1.5.2 SEBELUM MERDEKA, DI BAWAH PENTADBIRAN JEPUN 1.5.3 SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA 1.5.4 SELEPAS MERDEKA. ... Pelan Geometri ini

1085

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Di samping usaha-usaha di atas satu kajian iaitu Kajian Pelan Implementasi Pembangunan Tanah Bersepakat Kampung Pulau Meranti, Daerah Sepang, Selangor telah dirasmikan pada 1 Oktober 2003 dan dijadikan asas pelaksanaan kepada Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) sebagai projek perintis pertama di Malaysia. Program Bandar Selamat bagi mewujudkan satu bandar dan pekan yang selamat dari gejala jenayah juga telah diperkenalkan pada awal tahun 2004.

Pada tahun 2005 sehingga kini, Dato’ Mohd. Fadzil bin Mohd. Khir telah dilantik sebagai Ketua Pengarah yang kesebelas sejak ditubuhkan pada tahun 1921. Beliau telah menyambung kerja-kerja pelaksanaan Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan serta menyediakan Dasar Perbandaran Negara pada tahun 2006. Beliau juga telah menggerakkan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) di dalam Rancangan Malaysia ke-Sembilan. Sehingga tahun 2007, JPBD telah menyediakan sebanyak 41 Garis Panduan Piawaian Perancangan sebagai panduan perancangan dan pembangunan hartanah.

Pusat Setempat (OSC) di peringkat kerajaan tempatan telah diperluaskan bertujuan menyeragamkan prosedur dan proses serta memendekkan norma masa memproses permohonan cadangan pemajuan. Pada tahun yang sama, selaras dengan RMK9, beberapa koridor pembangunan wilayah telah ditubuhkan iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar, Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

Dato’ Mohd. Fadzil bin Mohd. Khir (2005 sehingga kini)