121455070-refleksi-perkhemahan

4
REFLEKSI PERKHEMAHAN Nama: G.Mariyal A/P Ganarokiam No. Kad Pengenalan: 771028-10-5898 Kursus: Sains Ambilan Khas Saya ingin bersyukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Laman Tiga Budaya. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini. Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan ini merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Puan Pensyarah yang telah menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi memberi pendedahan dan informasi bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Upload: g-mariyal-ganarokiam

Post on 22-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppg

TRANSCRIPT

Page 1: 121455070-Refleksi-Perkhemahan

REFLEKSI PERKHEMAHAN

Nama: G.Mariyal A/P Ganarokiam

No. Kad Pengenalan: 771028-10-5898

Kursus: Sains Ambilan Khas

Saya ingin bersyukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi

saya dan semua rakan-rakan saya yang terlibat dalam Perkhemahan Laman Tiga

Budaya. Kami berjaya menempuhi segala halangan dan kekangan dengan berjaya

sekali. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan program ini.

Kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan peserta Perkhemahan ini

merupakan tunggak utama kejayaan program ini. Dalam pada ini, saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Puan Pensyarah yang telah

menganjurkan program ini bagi melahirkan guru yang berdisplin dan berkeyakinan diri

yang tinggi. Sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi memberi pendedahan

dan informasi bersama kami di sepanjang perkhemahan ini. Segala maklumat yang

disampaikan dapat dijadikan sebagai pedoman dan ilmu pada masa akan datang.

Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu perkhemahan ini tidak

dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kami telah menjalani satu perkhemahan selama 3 hari 2 malam di Taman Tema

Asahan Jasin Melaka pada 11 hingga 13 Oktober 2014. Pelbagai aktiviti yang menarik

telah dilaksanakan sepanjang saya berada disana. Disana saya dapat mempraktikkan

ilmu yang telah diajar oleh pensyarah kami sepenuhnya dalam pelbagai hal.

Perkhemahan ini adalah wajib disertai oleh semua guru PPG. ini.

Page 2: 121455070-Refleksi-Perkhemahan

Secara jujur, sebelum perkhemahan saya berasa takut dan kurang berkeyakinan

untuk pergi berkhemah dengan keadaan akan dihadapi di sana nanti. Namun persepsi

saya telah bertukar apabila saya telah berada di kem tersebut dan merasakan

perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan memberi pengalaman yang cukup manis

buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan silaturrahim dengan

rakan-rakan yang lain.

Sebelum perkhemahan ini diadakan, suatu ahli jawatankuasa telah dilantik untuk

mengendalikan perkhemahan kami . Kami telah berbincang mengenai perkara-perkara

penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan tersebut sebelum kami bertolak dari

Institut Perguruan. Kami meneliti perkara-perkara yang diperlukan satu persatu

sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa telah melakukan tugas masing-

masing dengan sikap penuh bertanggungjawab.

Sebelum perkhemahan dimulakan, AJK Aktiviti telah membuat perbincangan

dimana kami meneliti aktiviti yang perlu dijalankan di di Taman Tema Asahan Jasin

Melaka .Di sini, saya telah mendapati kerjasama antara semua rakan-rakan

seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk menjayakan perkhemahan ini.

Semua guru perlu mengambil bahagin kerana ia adalah aktiviti wajib.Setiap

orang. Markah juga akan diambil bagi pertandingan ini. Seterusnya bagi menyeimbangi

kemasukan ahli-ahli dalam pertandingan yang diadakan saya mencadangkan agar

semua ahli perlu mengambil bahagian dalam acara Malam Kebudayaan yang akan

diadakan pada hari malam itu.

Saya berasa sangat mudah untuk berkomunikasi dengan semua ahli .Tidak

banyak masalah yang timbul semasa saya membahagikan tugas kepada semua ahli

mengikuti aktiviti yang akan diadakan. Semua ahli memberikan komitmen yang tinggi

apabila diberikan satu tanggungjawab kepada mereka. Menguruskan jadual aktiviti

menjadi satu pengalaman yang berguna kepada saya dan apabila saya berada di

sekolah kelak saya dapat mengaplikasi ilmu yang saya perolehi. Cara menguruskan

Page 3: 121455070-Refleksi-Perkhemahan

sebuah ahli kumpulan dengan mengambil kira keperluan semua orang tanpa

menyinggung perasaan mana-mana ahli juga turut saya pelajari.

Acara rasmi pertama yang diadakan pada hari pertama ialah perjumpaan semua

ahli. Semua guru diberi nasihat agar mendengar segala arahan Komenden Kem dan

mematuhi arahan tersebut. Selain itu, penerangan tentang tugas rondaan malam dan

kawalan keselamatan juga turut diberi.

Kesimpulannya, pelbagai manfaat yang saya dapat daripada mengikuti

perkhemahan ini. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada

diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru dalam hidup..

Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan perkhemahan ini

namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat dengan aktiviti

perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama mengikuti

perkhemahan ini.

Saya akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Banyak

perkara yang telah saya pelajari dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial

semasa perkhemahan ini. Saya dapat memupuk sikap bertolak ansur, sifat sabar,

setiakawan, bekerjasama dan bekerjasama antara ahli pasukan ialah antara perkara

yang dapat saya pelajari disini dan saya percaya ianya tidak boleh dijual beli. Saya

akan gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru

yang cemerlang.