1.2 sorotan literatur

10
1.2 Sorotan Literatur Sains merupakan satu bidang ilmu hasil daripada usaha manusia mencari penerangan yang rasioanal berkaitan kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam ini. Menurut Mc Intyre (1984) sains adalah proses menyedari dan memahami diri kita sendiri, kehidupan yang lain dan persekitaran melalui deria, dan penerokaan peribadi. Menurut Driver, Asako, Leach, Mortimer & Scot (1994, seperti yang dinyatakan dalam Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd Ali Shamsuddin, (2005), melalui dapatan-dapatan yang ditemui daripada kajian yang dilaksanakan, ahli-ahli Sains menggunakan konstruk dan konsep bagi menerangkan fenomena semulajadi yang diperhatikan. Menurut Zurida Ismail et al (2005), penjelasan ini membentuk isi kandungan sains yang dikatakan merumitkan kerana pembelajaran konsep-konsep sains itu sendiri amat abstrak.

Upload: aida-ayu

Post on 10-Aug-2015

69 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.2 sorotan literatur

1.2 Sorotan Literatur

Sains merupakan satu bidang ilmu hasil daripada usaha manusia mencari

penerangan yang rasioanal berkaitan kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam ini.

Menurut Mc Intyre (1984) sains adalah proses menyedari dan memahami diri kita

sendiri, kehidupan yang lain dan persekitaran melalui deria, dan penerokaan peribadi.

Menurut Driver, Asako, Leach, Mortimer & Scot (1994, seperti yang dinyatakan

dalam Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd Ali Shamsuddin, (2005),

melalui dapatan-dapatan yang ditemui daripada kajian yang dilaksanakan, ahli-ahli

Sains menggunakan konstruk dan konsep bagi menerangkan fenomena semulajadi

yang diperhatikan. Menurut Zurida Ismail et al (2005), penjelasan ini membentuk isi

kandungan sains yang dikatakan merumitkan kerana pembelajaran konsep-konsep

sains itu sendiri amat abstrak.

Disamping itu juga, proses pengajaran Sains juga adalah suatu proses yang

kompleks, di mana ianya melibatkan hubung kait antara pengajaran guru, pembelajaran

murid dan kurikulum Sains. Namun begitu subjek Sains ini masih berada di tahap

rendah. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan murid-murid kurang berminat

belajar subjek sains. Antara faktor pendidikan seperti kesukaran subjek Sains ini

sendiri, persiapan akademik yang lemah, teknik dan kaedah pengajaran yang kurang

bersesuaian, kekurangan perancangan kerjaya dan juga faktor-faktor psiko-sosial

seperti ketiadaan “role-model” dan adaptasi kerjaya yang rendah dan persepsi peluang

Page 2: 1.2 sorotan literatur

pekerjaan menyebabkan pelajar-pelajar kurang meminati subjek Sains ini. ( S.Sipon,

1999).

Berdasarkan pengalaman saya, murid masa kini lebih cenderung hilang minat

belajar di dalam kelas disebabkan pendekatan atau strategi pembelajaran yang tidak

menarik dan membosankan kepada murid. Hal ini disebabkan oleh pelbagai kekangan

yang dihadapi oleh guru menyebabkan pembelajaran yang diguna pakai oleh guru pada

masa kini tidak dapat menarik minat segelintir murid untuk mempelajari Sains. Hal ini

telah disokong oleh Sharifah Maimunah dan Lewin (1993), di mana murid tidak diberi

peluang terlibat secara aktif untuk merancang aktiviti amali yang bakal dilakukan.

Memupuk dan membina rasa ingin tahu murid adalah kunci bagi pembelajaran

sains. Oleh itu seorang guru sains, kita perlulah merancang serta memilih kaedah

pengajaran yang menarik supaya pembelajaran sains berlaku dalam keadaan yang

dapat merangsang minat murid belajar dengan bersungguh-sungguh. Pendekatan atau

kaedah yang sesuai akan dapat memberikan murid perasaan ingin belajar dan

berkeinginan dalam mendapatkan pengetahuan mengenai sains.

Menurut Harry dan Rillero (1994), who did a research on investigative activities

said that hands-on activities did motivate students in learning science as long as they

were given the chance to manipulate materials and meaningful learning session.

Page 3: 1.2 sorotan literatur

Daripada pernyataan, ini menyatakan bahawa pembelajaran sains akan menarik minat

dan memotivasikan murid, jika murid didedahkan kepada aktiviti penyiasatan dengan

memanipulasikan alatan melalui aktivitI pembelajaran yang bermakna.

Ini dapat dibuktikan lagi oleh Wheeler (1967), seperti dinyatakan dalam Zurida

Ismail et al., (2005) menyatakan bahawa murid tidak dapat memahami sains semata-

mata dengan mentelaah dan memerhati persekitaran sebaliknya untuk menjiwai sains,

mereka harus melakukan aktivti-aktiviti sains yang sistematik. Menurut teori

perkembangan kognitif Piaget (Poh,1997) bahawa setiap murid mempunyai skema

sedia ada (kerangka alternatif) berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran

yang berjaya adalah hasil penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu

penemuan baru.

1.2.1 Definisi Istilah

Minat

Wilson dan Eysenck (1976) menyatakan minat adalah pendirian yang tetap sama

ada ia disokong, tidak disokong atau neutral. Minat juga merangkumi perasaan,

kepercayaan dan pemikiran terhadap sesuatu objek, simbol atau aspek kehidupan

individu. Oleh itu sewajarnyalah minat merupakan faktor terpenting dalam pendidikan.

Crow & Crow (1980) mengatakan minat adalah tabiat yang dipelajari oleh

seseorang dan dipengaruhi oleh alam sekitar yang mengelilinginya. Minat dalam mata

Page 4: 1.2 sorotan literatur

pelajaran sains bermula daripada latihan penerokaan dan keinginan untuk memenuhi

rasa ingin tahu seseorang itu dalam kegiatannya. Mereka juga berpendapat minat

sebagai satu komponen perasaan yang melibatkan emosi seperti suka dan benci serta

kesediaan melakukan sesuatu tindakan.

Sikap serta minat yang negatif terhadap sains mungkin dipengaruhi oleh guru-

guru, ibu bapa dan persekitaran. Hasil daripada kajian Suriati (1979) terhadap pelajar-

pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah, mendapati bahawa faktor-faktor dari

ibu bapa, guru dan rakan sebaya memberi kesan yang signifikan ke atas mata

pelajaran sains mereka. Manakala Goh Ah Sin (1998) pula telah menjalankan kajian

untuk menentukan sama ada suatu perhubungan wujud di antara minat terhadap sains

dan pencapaian dalam mata pelajaran sains di kalangan pelajar. Beliau mendapati

bahawa terdapat perhubungan yang positif dan signifikan di antara minat dengan

pencapaian mata pelajaran sains, guru dan implikasi sosial bagi sains.

Manakala Mac Carthy (1930), ada menyatakan bahawa pelajar yang

memperolehi pencapaian yang rendah adalah disebabkan oleh latar belakang keluarga

yang serba kekurangan dari segi pelajaran dan kemudahan asas seperti buku-buku

rujukan dan sebagainya. Dalam kajian saya ini, ke enam-enam responden adalah

berlatar belakangkan keluarga yang berpendapatan rendah. Ini jelas menunjukkan

salah satu faktor kurangnya minat murid adalah berpunca daripada ibu bapa.

Page 5: 1.2 sorotan literatur

Ini dapat dikukuhkan lagi oleh Mac Carthy (1930) menyatakan bahawa pelajar

yang memperolehi pencapaian yang rendah adalah di sebabkan oleh latar belakang

keluarga yang serba kekurangan dari segi pelajaran dan kemudahan asas seperti buku-

buku rujukan dan sebagainya. Kajian Asmah Bee (1975) menunjukkan bahawa pelajar-

pelajar dari keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi tinggi adalah penggerak

pencapaian yang tinggi berbanding pelajar-pelajar kelas bawahan. Ini berkemungkinan

besar pelajar-pelajar yang datangnya dari status sosio-ekonomi yang tinggi mempunyai

motivasi yang lebih untuk mendapat maklumat-maklumat yang sesuai dan diperlukan

untuk dirinya.

1.2.2 Sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains

Sesungguhnya sikap pelajar amat penting dalam mempengaruhi pembelajaran

mereka. Banyak kajian mengenai sikap pelajar yang telah dilakukan mendapati sikap

memainkan peranan penting sebagai objek p&p dan mempengaruhi pembelajaran

pelajar sekolah. Sulivan (1927) menjelaskan pelajar-pelajar yang bersikap positif

terhadap Sains mempunyai motivasi yang tinggi untuk mempelajari mata pelajaran

tersebut.

1.2.2 Minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains

Memang tidak dapat dinafikan dalam diri seseorang pelajar itu terdapat pertalian

yang erat di antara sikap dan minat. Menurut Russel (1973), rangsangan baru boleh

meletus kedua-dua kemiripan iaitu, kehairanan dan ketakutan. Kedua-dua kemiripan ini

mengeluarkan kegiatan yang berlanjutan daripada gerak balas mendekati dan

Page 6: 1.2 sorotan literatur

mengundur. Daripada penyataan ini, sikap dan minat akan menggerakkan seseorang

untuk melakukan aktiviti yang seterusnya atau sebaliknya.

Roe (1975) pula menyatakan, seseorang yang merasa seronok akan tertarik

kepada keindahan. Manakala Devis (1983), menegaskan seseorang yang merasa

seronok akan tahan menghadapi risiko serta berminat terhadap rangsangan-

rangsangan yang kompleks. Oleh itu, daripada pernyataan ini jelaslah menunjukkan

sesuatu rangsangan yang diterima boleh menggerakkan minat atau sebaliknya. Maka

rangsangan yang positif atau menarik amat perlu bagi setiap pelajar.

Menurut Crow & Crow (1980), menyatakan bahawa faktor minat merupakan

perkara yang penting bagi mengembangkan dan meningkatkan prestasi pelajar di

dalam sesuatu mata pelajaran. Tanpa minat yang mendalam dalam sesuatu perkara,

pembelajaran tidak akan mendatangkan kesan yang diharapkan.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti

Sains Malaysia yang bertajuk “Student Orientation Towards Science and Mathematics”.

Why are enrolments falling?(1993), mendapati nisbah pelajar sains adalah 20 : 80.

Sebab utama yang dikemukakan dalam kajian ini ialah kekurangan minat yang positif

terhadap Sains. Daripada sorotan ini dapatlah saya nyatakan bahawa minat adalah

faktor terbesar yang mempengaruhi prestasi serta motivasi pelajar terhadap mata

pelajaran Sains.

Page 7: 1.2 sorotan literatur