contoh sorotan literatur : kesan pembangunan bandar baru terhadap manusia dan alam sekitar

25
BAB DUA

Upload: sharifah-nor-hadaniah

Post on 18-Jul-2015

1.123 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB

DUA

Page 2: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

11

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab sorotan literatur merupakan bahagian yang menghimpunkan segala

definisi, proses, kesan, dan ciri-ciri bagi suatu kajian tersebut. Di dalam bab ini akan

menerangkan segala yang berkaitan mengenai pembangunan bandar termasuk

implikasinya sama ada dari segi positif dan negatif. Selain itu, bahagian ini juga

dapat memberi gambaran kepada pembaca termasuklah pengkaji mengenai apa yang

sedang dikaji dengan informasi-informasi tersebut yang membantu dalam

menambahkan ilmu pengetahuan serta secara langsung memberi manfaat dalam

penyebaran ilmu itu sendiri. Di dalam bab ini akan dibahagikan beberapa bahagian

pecahan seperti definisi pembangunan, cirri dan proses perbandaran, bandar dan

pembangunan mampan, serta kesan pembangunan sama ada terhadap manusia atau

alam sekitar.

2.2 Definisi Pembangunan

Pelbagai definisi pembangunan yang diutarakan oleh ahli-ahli geografi

misalnya. Misalnya menurut Dorner (1972) telah menyatakan bahawa pembangunan

ekonomi sering dikaitkan denagn pertumbuhan ekonomi dan walaupun

pembangunan merangkumi pelaburan serta pasaran yang membesar, pembangunan

juga adalah proses-proses yang kompleks dan prosedur institusi yang berubah,

taburan semula kuasa politik dan ekonomi. Menurut Dorner (1972) reformasi tanah

sering dilihat sebagai alat dalam pencapaian ekuiti yang lebih besar,

walaubagaimanapun populasi yang bertambah sering memerlukan sumber tanah

dalam memenuhi permintaan dan dengan pembukaan teknologi yang semakin maju

Page 3: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

12

maka bermakna reformasi tanah mempunyai 2 tujuan yang ideal iaitu pengtaburan

semula dan meningkatkan produktiviti.

Menurut Dorner (1972) dalam reformasi tanah ini, jika hanya mengutamakan

pengtaburan semula ianya tidak akan dapat mencapai tahap yang diinginkan kerana

produktiviti sangat penting dalam pembangunan selari dengan insentif baru bagi

pertambahan kerja dan pelaburan yang dicipta hasil daripada pembangunan tersebut.

Tambah Dorner (1972), apabila sesuatu tempat tersebut menjadi tumpuan, ramai yag

bermigrasi ke kawasan tersebut mengakibatkan kurangnya produktiviti dalam kerja

dan kebanyakan yang bermigrasi adalah mereka yang berasal dari kawasan luar

bandar di mana pertumbuhan penduduk luar bandar tinggi. Revolusi hijau telah

mengubah di mana terdapat kaedah baru dalam menghasilkan produk yang lebih

banyak dalam memenuhi keperluan, telah mewujudkan peluang pekerjaan sama ada

dalam sektor pertanian, pemasaran, dan prosesan dalam menghasilkan output yang

lebih tinggi, Dorner (1972).

Menurut The World Bank (1992) pembangunan adalah mengenai

memperbaiki kesejahteraan manusia. Meningkatkan taraf hidup dan menambah baik

tahap pendidikan, kesihatan, dan kesamaan peluang adalah komponen penting bagi

pembangunan ekonomi. Menurut The World Bank (1992) sebuah bandar dianggap

sebagai tempat tumpuan bangunan dan jalan, iaitu tempat orang tinggal dan bekerja,

serta melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan budaya mereka. Bandar juga

memerlukan jumlah penduduk yang sekurang-kurangnya sebanyak sepuluh ribu

orang menurut Cappon (1990) yang dipetik oleh Haughton dan Hunter (1994).

Menurut Beall dan Fox (2009) telah memetik definisi bandar daripada pakar urban

pada abad ke-20 iaitu :

“The essential physical means of a city’s existance are the fixed site, the

durable shelter, the permanent facilities for assembly, interchange, and storage; the

essential social menas are the social division of labour, which serve not merely the

economic life but the cultural processes. The city in its complete sense, then, is a

Page 4: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

13

geographical plexus, an economic organisation, an institutional process, a theatre of

social action, and an aesthetic symbol of collective unity.”

(Mumford 1937)

Menurut Beall dan Fox (2009), sebuah bandar merupakan satu kawasan yang

besar, padat, dan merupakan kawasan kediaman yang tetap. Tambah Beall dan Fox

(2009) bandar juga merujuk kepada pekan, aglomerasi urban atau penempatan urban.

Urbanisma pula adalah cara hidup yang unik dalam kehidupan sebuah bandar dan

secara umum, urbanisma merujuk kepada sosial yang unik, budaya, ekonomi, serta

dinamik politik yang berkembang di kawasan penempatan manusia yang padat,

namun urbanisma tidak semestinya hanya berlaku di bandar sahaja tetapi turut

berlaku di kawasan luar bandar dan kawasan yang hampir menjadi bandar, Beall dan

Fox (2009).

2.3 Ciri Dan Proses Pembandaran

Menurut Fischer (1976), bandar moden mempunyai tiga ciri utama yang

membezakannya daripada bandar praindustri, tiga cara tersebut adalah seperti :

i. Tempat tinggal dan tempat kerja berada di lokasi yang berbeza. Pemilihan

tempat kerja tidak semestinya hampir dengan tempat kerana tempat

tinggal kemungkinan juga boleh jauh beberapa batu.

ii. Perbezaan kelas sosial semakin ketara. Perbezaan ketara apabila di bandar

terdapat kawasan perumahan yang berkos tinggi dan berkos rendah yang

telah mewujudkan perbezaan ketara antara komuniti berpendapatan

rendah atau tinggi.

iii. Hubungan di antara jarak pusat bandar dan kelas sosial menjadi songsang.

Apabila seseorang itu daripada kelas sosial yang tinggi dan berpendapatan

tinggi, jarak tempat tinggal semakin jauh dari pusat bandar ini kerana

mereka lebih suka memilih kawasan yang sunyi (pinggir bandar) dan kos

bagi kawasan tersebut lebih tinggi.

Page 5: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

14

Menurut Zimmer dan Kasarda (1975) yang dipetik oleh Fischer (1976) telah

menyatakan bahawa tempat kerja dan tempat membeli-belah kurang ditumpukan di

pusat bandar tetapi disebar ke serata kawasan yang berbeza. Menurut Fischer (1976)

keadaan ini akan memberi kesan kepada kurangnya jumlah penduduk yang menuju

ke satu lokasi yang sama pada masa yang sama yang mengakibatkan kurangnya

kesesakan dan kepadatan.

Menurut Toynbee (1970), bandar merupakan satu penempatan di mana

penduduknya tidak menghasilkan tetapi menggunakan sumber yang disediakan di

dalam bandar itu sendiri dan kenyataan ini berkait rapat dengan fungsi bandar yang

pelbagai dalam memenuhi kehendak penduduk. Disebabkan itu, terdapat banyak

bangunan membeli-belah dan jabatan-jabatan dibina bagi memenuhi keperluan

penduduk itu sendiri. Malah, disebabkan kepelbagaian fungsi itu sendiri, telah

menarik masuk penduduk luar bandar memasuki kawasan bandar, Toynbee (1970).

Selain itu, perindustrian yang berlaku membawa perubahan kepada fizikal

habitat manusia di mana daripada kawasan yang mempunyai tumbuhan semula jadi

kepada kawasan yang mempunyai kilang yang menjalankan perindustrian, menurut

Mohd Hairy, Jamaluddin, Abdul Samad, dan Khairi (2011). Menurut Haughton dan

Hunter (1994), pembangunan urban bersifat dinamik dan mereka menyatakan sebuah

bandar bersifat dinamik ekonomi kerana dapat menyediakan pelbagai perhubungan

dan aktiviti yang menyebabkan bandar tersebut merupakan satu kawasan hub

informasi dan pusat kreatif maka disebabkan itu semua proses mudah berlaku di

pusat bandar seperti proses penghasilan, kajian, dan penggunaan yang menyebabkan

kebanyakan firma terletak di kawasan pusat bandar. Tambah Haughton dan Hunter

(1994), selain itu bandar juga merupakan kawasan yang dinamik dari segi sosial

malah bandar mempunyai pelbagai kemudahan sosial seperti pusat penjagan,

hospital, agensi servis sosial, dan lain-lain yang semakin banyak memainkan peranan

kerana apabila populasi penduduk semakin meningkat semakin ramai golongan yang

menganggur, tidak berumah, dan berada di tahap kemiskinan yang perlu diberi

Page 6: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

15

penjagaan serta bantuan. Selain itu, bandar juga membekalkan peluang pekerjaan dan

pilihan lain seperti peluang pendidikan dan lain-lain, Haugton dan Hunter (1994).

Menurut Haughton dan Hunter (1994) lagi, bandar bersifat dinamik dari segi

budaya. Sejarah sesebuah bandar membolehkan semakin banyak aktiviti yang unik

dan berkaitan dengan budaya iaitu industri perlancongan. Menurut Haughton dan

Hunter (1994) bandar juga dinamik dari segi politik, berbeza dengan kawasan yang

lain pentadbiran bandar perlu memberi maklum balas secara telus kepada penduduk

bandar bagi mendapatkan posisi kerana bandar merupakan kawasan di mana

seseorang individu mempunyai semangat sivik yang kuat dan setiap individu boleh

meluahkan pendapat secara bebas.

Menurut Beall dan Fox (2009) gabungan perubahan demografi dan Revolusi

Perindustrian menyebabkan perubahan urban yang sehingga hari ini masih terjadi

dan apa yang dimaksudkan perubahan demografi adalah pada peringkat awal

berlakunya urbanisasi, kadar kematian mula menurun dan apabila mencapai kadar

urbanisasi yang tinggi kadar kesuburan pula yang akan menurun. Menurut Beall dan

Fox (2009) Revolusi Perindustrian pula pada peringkat permulaan telah

menampakkan perkembangan dalam aktiviti penghasilkan produk pertanian dan

berlaku perkembangan awal dalam inovasi industri, apabila mencapai kadar

urbanisasi yang tinggi akan berlaku pengkhususan ekonomi dan pertambahan inovasi

baru.

Page 7: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

16

Rajah 2.1 : Interaksi antara demografi, ekonomi, dan perubahan bandar

Sumber : Beall dan Fox, 2009

Menurut daripada Beall dan Fox (2009) lagi, permintaan yang tinggi dari

bandar telah membentuk persekitaran, pada permulaan bandar merupakan pusat

pasaran bagi membekalkan keperluan kepada kawasan sekeliling bandar namun

proses urban telah berubah di mana kawasan luar bandar yang kini membekalkan

permintaan kepada penduduk bandar. Menurut Bairoch (1988) yang dipetik oleh

Beall dan Fox (2009) menyatakan bandar-bandar sememangnya bergantung pada

penghasilan makanan dari kawasan luar bandar, tetapi bandar bukanlah parasit

sepenuhnya kerana suatu ketika dahulu bandar merupakan catalyst yang telah

meningkatkan bidang pertanian di kawasan luar bandar dengan membekalkan

peralatan ladang pertanian dan baja-baja. Juga peranan bandar sebagai pusat servis di

mana membekalkan servis yang menyokong perusahaan dan keperluan luar bandar

seperti bank, perubatan, pembaikan, dan servis informasi maklumat.

Menurut Katiman (1988), menerangkan secara ringkas faktor-faktor yang

menggalakkan proses pembandaran seperti kegiatan pengeluaran sumber alam

tempatan, misalnya penemuan bahan mentah seperti galian dan hasil tanaman untuk

dagangan telah mendorong usaha-usaha pengeluaran dijalankan secara besar-

besaran. Menurut Katiman (1988) juga keperluan suatu pusat untuk mengumpul,

Penurunan awal

dalam kadar

kematian

Produktiviti

pertanian

bertambah baik dan

permulaan Revolusi

Perindustrian

Kadar kesuburan

menurun

Pengkhususan

ekonomi dan

peningkatan fasa

inovasi

Urbanisasi

Perubahan demografi

Revolusi Perindustrian

Page 8: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

17

menyimpan dan mengurus serta kewujudan pusat kediaman pekerja telah

menyebabkan munculnya bandar-bandar berhampiran kawasan perdagangan. Selain

itu, perpindahan penduduk dari desa ke bandar berlaku serentak di kebanyakan

negara Asia Tenggara.

Antara sebab yang penting menyebabkan perpindahan penduduk adalah

kerana keadaan kemiskinan yang ketara di kawasan luar bandar, Katiman (1988). Di

Malaysia perpindahan ke bandar dalam kalangan kaum bumiputera menyumbang

peratus yang tinggi dalam pertambahan penduduk bandar. Selain daripada itu, bandar

adalah pusat fungsi dan pembangunan ekonomi, Katiman (1988). Di Malaysia

bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulang Pinang menjadi pusat

kegiatan perindustrian perkilangan, Katiman (1988). Kawasan- kawasan

perindustrian yang khusus dibina di suburbnya yang terletak tidak jauh dari pusat

bandar induk misalnya Petaling Jaya berhampiran dengan Kuala Lumpur, Katiman

(1988). Tambah Katiman (1988) pembandaran kawasan mundur juga menyumbang

ke arah pembentukan bandar baru dan usaha-usaha yang dijalankan adalah melalui

penubuhan bandar-bandar kecil yang sedia ada di kawasan-kawasan yang mundur

dan membuka pusat-pusat perindustrian baru di bandar-bandar kecil terutamanya di

kawasan yang mempunyai penduduk luar bandar yang padat.

Tambah Katiman (1988) lagi, pembandaran juga boleh berlaku melalui

proses-proses atau faktor-faktor lain. Peluasan kawasan sempadan sesuatu bandar

boleh meninggikan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar berkenaan.

Tiap-tiap bandar cenderung untuk meluaskan sempadannya, Katiman (1988), dan

misalnya Kuala Lumpur yang telah bertambah keluasannya daripada 93 kilometer

persegi kepada 243 kilometer persegi dalam tahun 1974 melalui pembentukan

Wilayah Persekutuan maka penduduk yang sebelumnya terletak di luar dari

sempadan bandaraya telah diambil kira dalam bancian penduduk Kuala Lumpur yang

baru.

Page 9: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

18

Menurut Usman (1989), menyatakan keadaan yang mempengaruhi

pertumbuhan penduduk dan urbanisasi di negara membangun adalah sama dengan

keadaan yang telah mempengaruhi pertumbuhan penduduk dan urbanisasi di negara

maju pada masa dahulu. Ini bermakna negara membangun juga akan menghadapi

masalah sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan pada masa akan datang hasil

daripada pertumbuhan penduduk dan urbanisasi yang pesat ini. Tambah Usman

(1989), pertumbuhan penduduk bandar yang tinggi ini disebabkan pembangunan

dalam bidang sosioekonomi yang dilaksanakan di kawasan bandar yang menarik

ramai penduduk luar bandar dan perpindahan penduduk dari luar bandar ke kawasan

bandar akan berterusan selagi pembangunan sosioekonomi antara bandar dan luar

tidak seimbang. Menurut Bradford dan Kent (1981), berdasarkan Model Christaller

mengenai petempatan pusat telah menyatakan teorinya bahawa petempatan pusat

menggambarkan satu pusat tersebut mempunyai dataran seragam yang tidak

mempunyai batasan kerana terdapatnya pengangkutan yang mudah ke semua arah.

Menurut Bradfort dan Kent (1981) kos pengangkutan adalah berpadanan

dengan jarak dan cuma terdapat satu jenis pengangkutan sahaja, taburan penduduk

juga adalah sama rata malah petempatan pusat juga menyediakan barangan

perkhidmatan dan fungsi pentadbiran kepada kawasan pedalamannya. Selain itu,

menurut Bradford dan Kent (1981) pengguna akan datang ke tempat pusat yang

berdekatan yang menyediakan fungsi yang mereka perlukan dan ini dapat

mengurangkan jarak perjalanan mereka. Mereka yang membekalkan fungsi tersebut

bertindak sebagai manusia ekonomi, iaitu mereka yang berusaha memaksimumkan

keuntungan dengan memilih tempat sejauh mungkin dari pembekal lain agar boleh

memaksimumkan kawasan pasaran mereka disebabkan pengguna akan memilih

tempat yang menyediakan fungsi diperlukan tempat yang terdekat bagi

memendekkan jarak perjalanan mereka, Bradfort dan Kent (1981).

Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004), bagi sesebuah

bandar, pertumbuhan ekonominya tumbuh dalam persekitaran yang berubah, sumber

yang diperlukan sudah tidak terdapat lagi atau sudah boleh diperolehi lagi di

Page 10: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

19

kawasan bandar maka kesejahteraan penduduknya dibina dari sumber yang datang

dari luar kawasan bandar tersebut maka rangkaian sumber bagi mendapatkan sumber

tersebut boleh datang dari pelbagai kawasan atau dari merata dunia, maka

disebabkan ciri tersebut sebuah bandar menjadi kawasan longgokan kekayaan

material. Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi,

disebabkan perkara tersebut, kawasan bandar menjadi tumpuan dan orang akan terus

menumpu ke kawasan bandar kerana keistimewaan tersebut dan tambah Abdul

Samad dan abdul Hadi lagi, sebuah bandar merupakan sebuah tempat longgokan bagi

institusi kesihatan, pendidikan, perniagaan, dan rangkaian pelbagai lapis bandar itu

dengan kawasan sokongan yang tersebar ke seluruh dunia.

2.4 Pembangunan Bandar Baru

Menurut Abdul Rahman (2011), menyatakan proses pembandaran yang

berlaku di Sememnanjung Malaysia yang pesat sejak kemerdekaan lima dekad yang

lebih lalu telah mengubah masyarakat Malaysia yang bersifat luar bandar kepada

masyarakat yang bandaran. Menurut beliau lagi, peningkatan penduduk bandar yang

berlaku secara mendadak semenjak banci 1991 adalah kerana beberapa faktor

pertumbuhan semula jadi, penghijarahan masuk, dan pendefinisian semula kawasan

bandar. Tambah Abdul Rahman (2011), transformasi besar masyarakat Malaysia

berkait erat dengan perkembangan ekonomi dalam 50 tahun lebih ini. Perkembangan

ini dapat dilihat apabila kita membandingkan perubahan dalam sumbangan sektor

primer, kedua, dan ketiga kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang telah

menunjukkan peningkatan sektor kedua dan ketiga serta penurunan dalam sektor

primer seperti contoh adalah sektor pertanian.

Menurut Katiman dan rakan-rakan (2011), pembangunan dan pembandaran di

sesebuah kawasan boleh menyebabkan perubahan terhadap perilaku isi rumah dalam

aktiviti melancong dan makan di luar rumah. Menurut Katiman dan rakan-rakan

(2011) proses pembandaran lazimnya menyebabkan isi rumah terdedah kepada

Page 11: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

20

budaya melancong dan makan di luar rumah dan ini sememangnya selaras dengan

peningkatan pendapatan serta perubahan cita rasa penduduk. Berdasarkan kajian

mereka mengenai impak pembangunan Bandar Baru Nusajaya telah menampakkan

kesan sosioekonomi pada peringkat awal sahaja dan antara kesan awal yang dikesan

adalah kesan positif iaitu perubahan dalam pekerjaan, peningkatan pendapatan

bulanan, perbelanjaan, dan darjah ketersampaian kepada kemudahan perkhidmatan

asas yang semakin tinggi, Katiman dan rakan-rakan (2011).

Menurut Selvi dan Katiman (2012) dalam kajian mereka mengenai impak

sosial pembangunan Bandar Baru Putrajaya kepada penduduk asal menyatakan

penduduk kawasan tersebut terasa teraniaya kerana tidak berasa selesa setelah

dipindahkan ke kawasan baru dan menurut Selvi dan Katiman (2012) lagi, bandar

baru ini lazimnya dibina untuk menyelerakkan pembangunan ke kawasan pinggir

atau mundur supaya pembangunan tidak hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja.

2.5 Pembangunan Mapan

Menurut The World Bank (1992) pembangunan mapan adalah pembangunan

yang berpanjangan, menurut Our Common Future (1987) yang dipetik The World

Bank (1992) pembangunan mapan adalah mengenai pemggunaan keperluan sumber

tanpa menterhadkan keperluan sumber generasi akan datang, telah diguna pakai

dalam laporan ini. Generasi akan akan datang tidak hanya mewarisi pencemaran

yang kita lakukan mereka juga akan menerima perkara positif seperti pendidikan,

kemahiran, dan pengetahuan, The Worl Bank (1992).

Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002), sustainable development

atau pembangunan mapan adalah satu konsep pembangunan yang menekankan

kesepaduan antara alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Konsep mapan

bermaksud pengekalan sumber alam sekitar semula jadi yang dapat memenuhi

Page 12: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

21

keperluan generasi masa kini dan pada masa yang sama tanpa menjejaskan keperluan

generasi yang akan datang, Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002).

Menurut Jacobs (1989) yang dipetik oleh Haughton dan Hunter (1994)

terdapat tiga idea mengenai faedah sumber alam sekitar semula jadi iaitu yang

pertama terdapat sumber alam sekitar semula jadi bagi tujuan penghasilan produk

dan penggunaan, iaitu selalunya dilihat penggunaan bahan-bahan mentah dan tenaga.

Tambah Jacobs (1989) yang kedua adalah disebabkan alam sekitar semula jadi

bertindak sebagai ‘sink’ kepada bahan buangan masyarakat maka konsep

pembangunan mampan itu masyarakat cuba untuk tidak gunapakai secara berlebihan

dan ketiga persekitaran semula jadi membekalkan ‘servis percuma’ yang tidak patut

dirosakkan seperti lapisan ozon.

Menurut Haughton dan Hunter (1994) lagi, walaupun terdapat banyak

tumpuan yang diarahkan kepada peringkat global, namun pada peringkat tempatan

juga perlu diambil kira. Sebagai contoh, tahap kapasiti sungai yang boleh menerima

sisa buangan adalah terhad dan jika ianya berlebihan boleh menyebabkan

berkurangnya kadar hidupan akuatik, Haughton dan Hunter (1994). Menurut Beall

dan Fox (2009), pembangunan mapan adalah :

“The expansion of real freedoms through means that do not threaten the

possibility of future generations to enjoy and continue expanding real freedoms. In

particular, sustainable development refers to interventions that expand real freedoms

while taking account of long-term environmental consequence. Sustainability can be

assessed both at local and global levels”.

(Beall dan Fox 2009)

Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) bandar lestari

boleh ditanggap sebagai masih lagi berada dalam satu proses pembentukan beserta

persekitaran binaan dengan keadaan ekonomi, sosial, politik dan persekitaran

masyarakatnya berada dalam kesejahteraan. Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan

Page 13: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

22

Abdul Hadi (2004) oleh kerana bandar lestari itu merujuk kepada satu proses dan

bukan satu bentuk entiti akhir dewasa ini maka kita dapat gambarkan bahawa setiap

aspek kehidupan masyarakat tadi tidak semestinya berjalan tanpa masalah. Menurut

Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi, pembangunan lestari

mendasari hampir semua usaha pembangunan sosial dan ekonomi sejak 1980-an lagi

terutamanya selepas persidangan alam sekitar sedunia di Rio de Janerio, Brazil pada

tahun 1992. Sidang yang telah berlaku tersebut telah mengambil kira tentang

pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar supaya generasi masa kini

dapat terus merasai nikmat daripada pembangunan yang dijalankan tetapi

pembangunan yang dijalankan perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab

supaya generasi mendatang juga tetap dapat merasai nikmat pembangunan yang

dilakukan pada masa kini, Abdul Samad dan Abdul Hadi (2004).

Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004) lagi, longgokan

kekayaan dan segala kemudahan itu tidak semestinya menjamin kelestarian bandar.

Keadaan ini timbul disebabkan kemasukan orang ramai untuk menetap di kawasan

bandar tidak dapat ditapis oleh pengurus kawasan perbandaran dan pembangunan

bandar lestari itu juga boleh merujuk kepada pembangunan kesejahteraan sosial

penduduk secara berterusan, Abdul Samad dan Hadi (2004).

Menurut Azahan dan rakan-rakan (2006), kemapanan pembangunan tidak

hanya diukur dari abstrak penjimatan tenaga atau pengekalan biojisim, ia dinilai

berasaskan perubahan kehidupan seharian penduduk sendiri dan harapannya ialah

pendekatan mapan akan mempertingkat ‘kualiti’ kehidupan tersebut atau lebih

mewakili kehendak masyarakat itu sendiri. Selain itu, menurut Azahan dan rakan-

rakan (2006) lagi, analisis kualiti hidup membolehkan penilaian kemapanan

pembangunan bandar bukan hanya diperolehi melalui penyediaan pelbagai prasarana

kemudahan masyarakat semata-mata, lebih penting lagi mengetahui keperluan

individu dalam masyarakat di bandar agar mereka memperoleh apa yang diingini.

Page 14: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

23

2.6 Pembangunan Dan Alam Sekitar

Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002), perkataan ‘alam sekitar’

membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan dan berdasarkan kepada

terjemahan literal, ‘alam sekitar’ merujuk kepada apa sahaja yang melingkungi dan

mengelilingi manusia namun secara lebih khusus perkataan ‘alam sekitar’ merujuk

kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi sesuatu

organisma. Tambah Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) fenomena fizikal ini

termasuklah fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. Dalam pengajian

Geografi Fizikal yang berdasarkan pendekatan sistem atau system approach, alam

sekitar didefinisikan sebagai suatu sistem bumi secara keseluruhan atau sfera, yang

mempunyai komponen-komponen atau sub-system, seperti biosfera, atmosfera,

hidrosfera, dan lain-lain.

Menurut Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002) lagi setiap komponen di

dalam sistem bumi keseluruhan mengandungi komponen-komponen yang lebih kecil

sehingga kepada komponen yang paling asas, contohnya sebuah lembangan sungai.

Tambah mereka lagi komponen-komponen alam sekitar di setiap peringkat adalah

saling berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain dan sesuatu perubahan

yang berlaku di dalam komponen-komponen sub-sistem boleh menyebabkan

gangguan ke atas keseimbangan sistem bumi keseluruhan. Menurut Mohd Zuhdi dan

Amer Saifude (2002) pembangunan sumber-sumber semulajadi oleh manusia sama

ada membawa kemusnahan ataupun keseimbangan kepada alam sekitar dan ini

ditentukan oeh tindakan manusia sendiri. Jika mereka tidak memikirkan keperluan

generasi masa akan datang dan mementingkan kesenangan sendiri kemungkinan

mereka memilih untuk membawa kemusnahan dan sekiranya manusia mula berhati-

hati dan menguruskannya dengan baik kemungkinan generasi akan datang juga dapat

merasai apa yang kita nikamti sekarang, Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002).

Page 15: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

24

Menurut Baldwin (1986) yang dipetik Mohd Zuhdi dan Amer Saifude (2002)

alam sekitar dapat didefinisikan sebagai lingkungan dan keseluruhan keadaan luaran

yang memberi pengaruh serta berinteraksi dengan organisma dalam apa jua peringkat

kedudukannya. Menurut Gilphin (1976) dan Wolman (1973) yang dipetik oleh Mohd

Zuhdi dan Amer Saifude (2002), alam sekitar manusia bermaksud semua unsur

hidupan dan bukan hidupan secara faktor sosial yang melingkungi manusia dan alam

sekitar adalah fenomena luaran termasuklah faktor fizikal dan sosial yang

mempunyai potensi bagi mempengaruhi sesuatu kehidupan.

Menurut Keyes (1976), walaupun laporannya adalah mengenai penglibatan

manusia dalam pembangunan tanah namun kita tidak patut terlepas pandang dengan

fakta bahawa kawasan semula jadi sangat rapat hubungannya dengan kualiti udara,

kualiti air, banjir dan bunyi. Taburan vegetasi yang semakin berkurang boleh

mengakibatkan perubahan kepada suhu, kelembapan dan corak angin. Vegetasi juga

dapat membantu dalam menapis udara dari pencemaran dan sangat berguna juga

dalam menentukan kualiti dan kuantiti air larian permukaan. Serba maklum bahawa,

apabila vegetasi berkurang air larian permukaan akan meningkat dan juga boleh

menyebabkan banjir lumpur dan keadaan ini sering berlaku di kawasan cerun yang

sangat kurang peratus vegetasinya, Keyes (1976). Malahan, terdapat beberapa jenis

tumbuh-tumbuhan mempunyai fungsi sebagai penghadang bunyi dan kenyatan ini

menunjukkan bahawa fungsi vegetasi sangat penting dalam menjamin kualiti alam

sekitar fizikal kita, Keyes (1976).

Selain daripada itu, tambah keyes (1976) turut menyatakan bahawa semua

organisma hidup adalah wujud bersama alam sekitar mereka sama ada yang hidup

atau tidak hidup iaitu dalam keadaan dynamic equilibrium di mana semua saling

bergantung antara satu sama lain. Menurut Keyes (1976) setiap organisma itu sendiri

mempunyai fungsinya tersendiri sebagai contoh, tumbuhan hijau yang memainkan

peranan dalam membekalkan sumber makanan (producer); pemakan tumbuh-

tumbuhan (herbivor); pemakan daging peringkat pertama dan kedua (karnivor);

pemakan daging dan tumbuh-tumbuhan (omnivor); parasit dan haiwan mati

Page 16: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

25

(pebangkai); bacteria, fungi, lain-lain (pereput); dan mikroorganisma yang menukar

nutrisi menjadi campuran yang berguna (pengubah). Setiap hidupan mempunyai

fungsinya sendiri dalam mengekalkan kestabilan alam sekitar. Namun perubahan

kian berlaku apabila pembangunan giat dijalankan dan menyebabkan gangguan

berlaku terhadap sistem yang terjalin, Keyes (1976).

Menurut The World Bank (1992), pendidikan, kesihatan, nutrisi, dan jangka

hayat boleh ditingkatkan melalui pertumbuhan ekonomi namun alam sekitar

kadangkala dirosakkan oleh pertumbuhan tersebut. Tambahan lagi, mereka yang

menderita akibat kerosakan tersebut adalah golongan yang berbeza dari mereka yang

menikmati pertumbuhan ekonomi tersebut. Mereka mungkin adalah golongan orang

miskin pada masa kini ataupun golongan masa hadapan yang mewarisi alam sekitar

yang telah rosak, The World Bank (1992). Menurut laporan The World Bank (1992)

lagi, mengapa aktiviti ekonomi menyumbang kepada degredasi alam sekitar secara

berlebihan? Satu sebab adalah kerana banyak sumber semulajadi dikongsi dan

penggunaan sumber tersebut tidak perlu dibayar atau tidak dibayar oleh mereka yang

menggunakannya. Sesetengah sumber semulajadi dikongsi kerana tiada mekanisma

yang dapat menentukan hak harta sumber tersebut, sebagai contoh atmosfera sangat

mustahil untuk ada mekanisma dalam menerbitkan hak-hak dalam perkongsian

atmosfera, The World bank (1992).

Menurut The World Bank (1992) , dalam kes golongan miskin atau kurang

berkemampuan, dengan aset yang sedikit mereka tiada pilihan selain mengdegredasi

alam sekitar dengan lebih bagi mendapatkan sumber. Selain itu, menurut laporan ini

lagi, sumber air dan udara merupakan sumber yang boleh diperbaharui namun

mempunyai kapasiti yang terhad dalam membiasakan kepada pelepasan bahan

buangan. Jika populasi melebihi kapasiti ini akan menyebabkan ekosistem bertambah

buruk dan kehilangan spesis flora dan fauna. Pembekalan air yang terhad menjadi

contoh pengurangan sumber kian berlaku, The World Bank (1992). Sebagai contoh,

lewat 1990-an di China lima puluh bandar menghadapi pengurangan sumber air

kerana air bawah tanah berkurang sedalam satu hingga dua meter setahun. Bandar

Page 17: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

26

Mexico mengepam air bawah tanah empat puluh peratus lebih tinggi kadarnya dalam

penghasilan semula jadi air tersebut, The World Bank (1992).

Menurut The World Bank (1992), polisi ekonomi, alam sekitar dan pelaburan

alam sekitar mempunyai peranan dalam memastikan tingkah laku individu

memainkan peranan pada sumber semulajadi. Polisi ekonomi mempengaruhi skala,

komposisi, dan keberkesanan pengjasilan produk sama ada hasilnya positif atau

negatif. Rujuk rajah berikut :

Rajah 2.2 : Aktiviti ekonomi dan alam sekitar

Sumber : Staf World Bank, 1992

Bandar boleh menjadi indicator bagi mengukur tahap-tahap amaran awal

yang lebih mendalam mengenai krisis alam sekitar kerana penduduk bandar

merupakan pengguna tenaga terbanyak yang menyumbang kepada pemanasan global

misalnya, Haughton dan Hunter (1994). Menurut Douglas (1989) yang dipetik oleh

Houghton dan Hunter menyatakan bahawa urbanisasi membawa bersamanya banyak

perubahan kepada alam sekitar termasuklah pencemaran, transformasi lokasi, seperti

lencongan saliran sungai, dan perubahan kepada fungsi ekosistem tempatan,

mengubah aliran semulajadi tenaga, air, makanan, dan bahan-bahan. Tambah

Page 18: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

27

Houghton dan Hunter (1994) lagi, bandar juga berpotensi menjadi lebih mesra alam

dari apa yang disedari. Misalnya, menurut Banister (1992) yang dipetik oleh mereka

menyatakan perjalanan di dalam bandar adalah lebih kurang dalam penggunaan

tenaga dari pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar kerana perjalanan di dalam

bandar adalah lebih singkat, maka penduduk boleh berjalan kaki atau berbasikal.

Tambahan lagi, di bandar-bandar besar pengangkutan awamnya biasanya adalah

lebih baik dan penggunaannya sangat luas. Rekaan yang cermat dan pengurusan

yang baik dalam sesebuah bandar boleh mengurangkan jarak perjalanan maka

dengan itu penggunaan tenaga yang sedikit menjadikan kawasan tersebut mesra

alam. Menurut Beall dan Fox (2009) telah menyatakan :

“it is important to recognise that the relationship between cities and the

global environment works in two directions. Cities are vulnerable due to a failure to

address climate change at the national and international levels. This is not to imply

that rural areas should not receive attention. Indeed their vulnerability should be

seen and responded to alongside urban vulnerability”.

(Beall dan Fox 2009)

Menurut Katiman (1988), kegiatan menukar kawasan tanah pertanian untuk

dijadikan kawasan perumahan, bangunan, jalan raya dan industri dalam proses

pembandaran juga turut mengancam keseimbangan ekologi di kawasan bandar.

Bertambahnya kawasan berturap akan mempercepatkan kadar larian air permukaan

kerana air tidak meresap ke dalam tanah sebaliknya terpaksa disalurkan terus ke

longkang dan seterusnya ke kawasan rendah dan akibatnya isipadu air akan melebihi

kapasiti dan dengan hujan yang lebat dan air yang deras serta kapasiti yang kurang

akan menyebabkan wujudnya banjir kilat, Katiman (1988). Hal ini bertambah parah

apabila jalan yang diturap akan berlaku hakisan dan air larian akan membawa sisa

tersebut ke sungai dan menjadi mendapan atau mendakan lumpur di kawasan

bertanah rendah. Keadaan ini turut akan mewujudkan pencemaran persekitaran

fizikal di bandar, Katiman (1988).

Page 19: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

28

2.7 Kesan Pembangunan

Terdapat kesan pembangunan terhadap sosial dan kesan terhadap alam sekitar

iaitu sosial yang merangkumi sosioekonomi masyarakat dan aktiviti harian mereka

manakala bagi alam sekitar melihat kepada kesan-kesan pencemaran terhadap tanah,

udara, air, dan bunyi.

2.7.1 Kesan Terhadap Sosial

Menurut Fischer (1976) terdapat perubahan pada ciri fizikal alam sekitar di

kawasan pembangunan bandar. Berlakunya peningkatan suhu akibat peningkatan

jumlah bangunan yang merupakan punca kewujudan pulau haba, peningkatan bunyi

di kawasan bandar dan punca utamanya adalah pengangkutan, pencemaran udara

yang mengakibatkan masalah kesihatan meningkat seterusnya memnyebabkan kos

perubatan meningkat, dan perumahan yang semakin padat, Fischer (1976).

Perubahan ini sangat berkait rapat apabila pembangunan dijalankan, satu perubahan

berlaku dan mengakibatkan kesan negatif wujud di samping terdapat kesan positif

seperti meningkatkan paras pendapatan serta memperbaiki ekonomi penduduk,

Fischer (1976). Menurut Katiman (1988), pembandaran yang menumpu dan tidak

terkawal boleh menimbulkan masalah-masalah lain misalnya pembangunan sosial

dan ekonomi hanya wujud di bandar-bandar besar sedangkan kawasan-kawasan yang

lain terus ketinggalan. Penduduk akan terus bertumpu ke bandar-bandar besar dan

peruntukan pembangunan sosial terpaksa disalurkan kebandar berkenaan, Katiman

(1988).

Menurut Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul Hadi (2004), terdapat

beberapa unsur yang diterapkan dalam kesejahteraan ekonomi antaranya

kelangsungan budaya sesebuah komuniti di samping memastikan peningkatan kualiti

kehidupan masyarakatnya dan komuniti yang sejahtera merupakan komuniti yang

Page 20: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

29

dapat meneruskan kehidupan merentas generasi di mana generasi pertama mereka

selesa, selamat, dan sesuai meneruskan kehidupan serta memupuk kehidupan

generasi seterusnya. Tambah mereka lagi, keperluan untuk komuniti sejahtera

termasuk pengukuhan identiti setempat ini membantu dalam pembentukan komitmen

dan komitmen ini wajib bagi memastikan pembangunan setempat yang membawa

kepada kesejahteraan komuniti setempat, Abdul Samad, Shaharudin, dan Abdul hadi

(2004).

Menurut Azahan dan rakan-rakan (2008), kualiti hidup bukan hanya

melibatkan kebendaan tetapi juga meliputi kesemua perkara yang dapat

mempenagruhi tahap kepuasan manusia mengikut tempat atau ruang dan masa.

Tambah Azahan dan rakan-rakan (2008) lagi, definisi operasi kualiti hidup dalam

kajian yang dilakukan ini merujuk kepada statusnya dalam konteks penduduk bandar

dan fungsinya dalam menilai kemapanan pembangunan bandar yang berlaku.

2.7.2 Kesan Terhadap Alam Sekitar Dan Manusia

Kesan terhadap alam sekitar dan manusia melihat kesan terhadap sumber

semula jadi seperti tanah, udara, dan air serta kesan terhadap persekitaran yang

menganggu gugat tahap keselesaan penduduk.

2.7.2.1 Pencemaran Bunyi

Menurut Keyes (1976) lagi bahawa pembangunan tanah boleh menjadi

sumber kepada bunyi bising terhadap penduduk dan kawasan sekitar. Terdapat dua

kategori bunyi bising tersebut wujud sama ada secara telus seperti contoh dari

manusia atau mesin dan secara tidak telus seperti kesesakan lalu lintas. Pencemaran

bunyi yang berlaku akan mempengaruhi penduduk yang tinggal sekitar kawasan

Page 21: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

30

tersebut dan mereka yang bekerja di kawasan tersebut, Keyes (1976). Petempatan,

kawasan komersial, dan kawasan pembangunan industri akan menyebabkan

peningkatan trafik sekurang-kurangnya di sekitar jalan yang berdekatan. Impak yang

berlaku akan ditentukan oleh jenis dan bilangan kenderaan yang bertambah dan

keadaan ini menunjukkan jika kawasan tersebut menjadi sebuah kawasan yang

semakin menjadi tumpuan penduduk maka bunyi yang dihasilkan akan meningkat,

Keyes (1976).

2.7.2.2 Pencemaran Tanah

Menurut Keyes (1976) tanah runtuh merupakan kesan apabila terdapat daya

dikenakan ke atas bahan di permukaan bumi di kawasan yang bercerun curam dan

faktornya boleh dipengaruhi oleh ciri-ciri tanah atau kelemahan batu batan di

kawasan tersebut. Menurut Goudie (2000), hakisan tanah merupakan aspek yang

serius daripada peranan manusia dalam perubahan alam sekitar tidak boleh

disangkal. Hakisan tanah mempunyai implikasi yang serius terhadap produktiviti

tanah. Pengurangan tanah akibat hakisan boleh menyebabkan mengurangkan kapasiti

menyimpan air dan mengurangkan ruang untuk tumbesaran akar pokok. Menurut

beliau lagi :

“Hardpans and duricrusts may become exposed at the surface and provide a

barrier to root penetration. Furthermore, splash erosion may cause soil compaction

and crusting, both of which may be unfavourable to germination and seedling

establishment. Erosion also removes nutrients preferentially from the soil. Some

damage may be caused by associated excessive sedimentation, while wind erosion

may lead to the direct sandblasting of crops”.

(Goudie 2000)

Page 22: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

31

2.7.2.3 Pencemaran Udara

Menurut Sunu (2001), pencemaran udara dapat dibahagi mengikut tempat,

bentuk, gangguan, kesannya terhadap tahap kesihatan, komposisi kimia, dan asal

usul pencemaran udara itu berlaku. Berdasarkan bentuk, pencemaran udara terdiri

daripada gas iaitu wap yang terjadi daripada pengeluwapan sama ada dari sejatan

atau zat padat, contoh gas-gas tersebut adalah seperti karbon dioksida dan karbon

monoksida. Seterusnya, bentuk partikel akibat percampuran bahan asing sama ada

berupa padatan, cairan atau lain-lain yang menghasilkan debu, jerebu, asap, dan

sebagainya yang merupakan pencemaran udara, Sunu (2001).

Tambah Sunu (2001) lagi, bagi berdasarkan tempat pula terdapat 2 jenis iaitu

pencemaran udara ruang dalam dan pencemaran udara ruang luar. Bagi pencemaran

udara bahagian dalam, selalunya yang dikaitkan apa-apa pencemaran di dalam

bagunan seperti rumah, hospital, sekolah, kilang, dan sebagainya. Contoh punca

pencemaran udara ruang dalam adalah seperti asap rokok, asap dapur tradisional,

asap mesin, dan lain-lain. Manakala bagi pencemaran udara ruang luar adalah seperti

asap-asap dari kawasan industri dan kenderaan bermotor, Sunu (2001). Selain itu,

jika melihat dari faktor gangguan dan kesannya terhadap kesihatan terdapat beberapa

jenis seperti irritansia yang dapat mendatangkan irritasi pada tubuh seperti ozon dan

nitrogen oksida. Menurut Sunu (2001) terdapat juga gas yang boleh menyebabkan

aspeksia iaitu darah kekurangan oksigen dan tidak dapat melepaskan karbon

dioksida, gas-gas tersebut adalah seperti karbon monoksida, ammonia, dan metana.

Malahan terdapat juga gas yang menyebabkan seseorang itu lali seperti alkohol yang

selalunya berlaku di ruang dalam maka pencemaran ini tergolong dalam pencemaran

udara ruang dalam, Sunu (2001). Asal usul pencemaran udara terdiri dari dua sumber

iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah pelepasan gas

beracun yang dilepaskan secara langsung ke udara manakala sumber sekunder

diakibatkan oleh tindak balas kimia di udara yang mendatangkan kesan bahaya

kepada semua organisma hidup, Sunu (2001).

Page 23: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

32

The World Bank (1992) telah menyatakan pencemaran udara terdapat tiga

penyebab utama buatan manusia iaitu penggunaan tenaga, pelepasan asap kenderaan,

dan bahan buangan industri di mana semua ini cenderung berkembang dengan

pertumbuhan ekonomi melainkan terdapatnya langkah-langkah pengawalan

pencemaran yang mencukupi dilaksanakan. Kadar urbanisasi dan penggunaan tenaga

per kapita meningkat dengan laju di kawasan-kawasan membangun. Menurut laporan

tersebut, dalam tahun 1970-an sehingga lewat 1980-an negara yang mengalami

pencemaran udara yang lebih tinggi adalah di negara-negara berpendapatan rendah

berbanding negara-negara berpendapatan tinggi, The World Bank (1992). Kandungan

sulfur dioksida adalah serius di negara-negara yang bergantung pada bahan api

bersulfur tinggi. Pada lewat 1970-an tahap kepekatan gas ini di negara

berpendapatan rendah adalah sederhana, rendah berbanding negara yang

berpendapatan tinggi, The World Bank (1992).

Menurut Houghton dan Hunter (1994) kawasan bandar merupakan kawasan

utama bagi sumber pelbagai bentuk pencemaran udara kerana bandar merupakan

pusat aktiviti industri, penghasilan tenaga dan penggunaan tenaga, dan kawasan yang

sesak dengan kenderaan. Tambah Houghton dan Hunter (1994), pencemaran udara

bukan hanya mengganggu kesihatan manusia malah memberi kesan ekonomi juga

kerana ia juga menyebabkan degredasi terhadap sumber lain dan aset-aset penting

seperti hutan, bangunan, dan bahan-bahan lain. Ozon merupakan lapisan yang berada

pada lapisan atmosfera stratosfera yang terletak di atas 20 hingga 25 kilometer atas

permukaan Bumi. Ianya terbentuk apabila gas oksigen bertindak balas dengan

ultraviolet untuk mewujudkan tiga atom oksigen iaitu ozon, Houghton dan Hunter

(1994). Ozon secara semula jadi akan dipecahkan secara semula jadi bagi

mengimbangi jumlahnya walaubagaimanpun pemecahan ozon ini telah menjadi

semakin meningkat kebelakangan ini dan menyebabkan wujudnya lubang-lubang

pada lapisan ozon, Houghton dan Hunter (1994). Ini disebabkan pencemaran yang

dibawa ke arah stratosfera. Lapisan ozon melindungi hidupan di Bumi dan penipisan

ini menyebabkan pelbagai kesan buruk seperti kanser kulit, Houghton dan Hunter

(1994). Menurut Katiman (1988) dengan bertambah ramainya penduduk bandar

maka lebih banyak penggunaan tenaga minyak, dan yang lain terutama dalam

Page 24: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

33

pengangkutan, mengakibatkan bertambahnya gas beracun, asap dan bahan-bahan

pencemar lain yang dilkeluarkan oleh bandar.

2.7.2.4 Pencemaran Air

Menurut The World Bank (1992) lagi, pencemaran air yang paling meluas

adalah dari bahan buangan manusia pembawa penyakit, yang selalunya dikesan

dengan mengukur tahap coliform bahan buangan tersebut. Sisa buangan manusia

merupakan penyebab terbesar risiko kesihatan kepada mereka yang minum atau

membasuh (pengguna air) dengan air yang tidak dirawat dari sungai atau kolam.

Pencemaran air dari bahan buangan manusia tidak menjadi isu besar di negara-

negara yang mampu menampung kos rawatan, boleh diselesaikan dengan pelaburan

yang mencukupi dalam sistem rawatan air tetapi kualiti masih terus merosot

walaupun di negara-negara maju, The World Bank (1992). Tambah The World Bank

(1992), kapasiti sungai-sungai untuk menampung hidupan akuatik berkurang apabila

mendapan bahan pencemar menyebabkan jumlah oksigen yang larut di dalam air

semakin berkurang. Kekurangan oksigen tidak mempengaruhi tahap kesihatan secara

menerus tetapi ia mungkin mempengaruhi ekonomi perikanan. Kumbahan manusia

dan aktiviti pertanian secara besar-besaran merupakan penyumbang kepada

permasalahan tersebut. Menurut The World Bank (1992) lagi dengan meningkatnya

perindustrian, perlombongan, dan bahan kimia pertanian, sungai menjadi semakin

tercemar dengan bahan bertoksik dan bahan besi berat seperti merkuri. Bahan-bahan

ini sukar diasingkan dari air minuman. Bahan ini boleh mencemari haiwan

cengkerang atau ikan-ikan yang mungkin bakal dimakan oleh manusia khususnya

tanpa menyedari bahawa makanan tersebut tercemar, The World Bank (1992).

Disebabkan air permukaan semakin tercemar di kawasan berdekatan bandar,

keperluan air orang awam dan pengguna air urban lain terpaksa menukar sumber

kepada air bawah tanah sebagai sumber yang berpotensi lebih murah dan selamat,

The World bank (1992).

Page 25: Contoh Sorotan Literatur : Kesan Pembangunan Bandar Baru Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

34

Menurut Shaw (1988) yang dipetik Haughton dan Hunter (1994),

pembangunan bandar sering berkaitan dengan penggantian sumber semula jadi atau

tanah separa semula jadi dan permukaan vegetasi dengan bahan buatan manusia,

permukaan yang dibuat oleh manusia seperti konkrit yang menyebabkan

berkurangnya aktiviti sejat-transpirasi dari kawasan tersebut dan kelajuan air larian

hujan meningkat yang boleh menyebabkan berlakunya air larian permukaan, banjir

kilat, dan menyebabkan kualiti air berkurang. Menurut Haughton dan Hunter (1994)

lagi, pencemaran air boleh mempengaruhi ekosistem akuatik, kesihatan manusia,

pertanian, industri, pengangkutan, eksploitasi mineral, dan nilai aesthetic sumber air.

Menurut Katiman (1988) menyatakan bahawa di kawasan perindustrian

pengeluaran asap yang beracun dan pembuangan sisa seperti raksa dan plumbum

tanpa kawalan yang rapi boleh mencemarkan kualiti udara dan air di sekitarnya.

2.8 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, bab ini telah menampakkan segala yang berkaitan

dengan pembangunan bandar baru serta kesan yang diwujudkan olehnya. Terdapat

kesan positif dan kesan negatif yang berlaku apabila mewujudkan bandar baru.

Proses pembangunan bandar di Malaysia dilihat telah bermula sejak sebelum

kemerdekaan namun kemuncaknya berlaku selepas kemerdakaan. Maka,

pembangunan bandar baru yang diterapkan melibatkan kawasan sedia ada cuma jenis

aktiviti ditukar ganti daripada sektor primer kepada aktiviti dari sektor kedua dan

ketiga.